Wednesday, September 14, 2011

DSRC Bab 6

5 bulan berlalu

Ku kehilangan kata..
Tempat untuk meluah rasa..
Tanpamu kaku coretan tak bermakna..
Segalanya tak terasa..
Di mana puisi yang dulu meresap dijiwa..
Di mana madah indah yang penuh rasa cinta..
Semuanya layu seiring kepemergiaanmu..
Tanpamu catatanku sepi...
Layu disudut hati...
NUR IRIS ARISYA

SUASANA di kota Strasbourgh sungguh nyaman dan menyenangkan. Mendung dan hembusan angin tidak menghalangi Khyrill untuk menjelajahi pusat kota Strasbourg. Orang-orang di kota ini kelihatan ramah dan bersemangat menjalani hidup sehari-harian. Keadaan kota ini juga kelihatan sangat bersih. Terdapat  begitu banyak bangku yang di sediakan di kawasan ini. Sudah hampir 5 bulan dia di sini.  Rindunya kepada Arisya semakin kuat mencengkam jiwa. Apatah lagi apabila membaca puisi-puisi ciptaan yang Arisya titipkan untuknya.  Hatinya sangat merindui gadis itu. Sangat- sangat rindu!. Kesibukan sebagai seorang pemain bola amat membataskan waktunya.  Manakan tidak, waktu di Malaysia berbeza tujuh jam dengan waktu di Perancis.  Di sini, dia hanya ditemani oleh seorang rakan yang juga rakyat Malaysia.  Cuma yang membezakan adalah status mereka.  Yang seorang masih belajar manakala dia pula seorang pemain bola.
            Untuk  bermain bola ini bukannya mudah. Kekuatan minda dan fizikal  perlu seimbang. Jika hanya kekuatan fizikal sahaja yang di titikberatkan manakala mental tak mampu memberikan konsentrasi semasa beraksi memang prestasi cemerlang seorang pemain tidak dapat di tunjukkan. Gabungan kedua-duanya amat penting kerana secara tidak langsung gabungan kedua-dua ini akan membantu memberikan aksi yang terbaik semasa perlawanan. Ini sememangnya asas kejayaan bagi seseorang pemain bola sepak profesional sepertinya. Kerana itu setiap dugaan yang datang harus di tangani dengan penuh ketenangan dan kesabaran agar minda tidak terganggu.
Soal susah payah hidup disini, sudah semakin menjadi lumrah dalam hidupnya. Sakit demam tanggung sendiri. Ya, hidup berjauhan amat menyakitkan.  Tambahan pula bila mengenangkan kekasih yang selama ini berada dekat di depan mata, kini jauh beribu batu.  Terbayang wajah ibu yang langsung tidak merestui perjalanannya ke sini dan ayah yang mengharap kan dirinya menjadi insan terbaik. Rindunya dia pada Malaysia.
Kehidupan disini amat berbeza sekali, jika tidak kuat iman, sudah pasti akan hanyut bersama keseronokan. Kali pertama menjejakkan kaki ke sini,awal – awal lagi dirinya sudah di uji.  Dihidang dengan botol-botol arak yang bergelimpangan didalam rumah ini.  Perempuan pula bertukar setiap malam.  Yang melayu, mat saleh dan yang kulit hitam pun ada.  Mujur juga di bilik tidurnya masih bersih dan suci dari semua itu.  Teman serumahnya ini memang telah jauh hanyut dengan kehidupan moden.   Halal haram sudah tidak ada lagi di sini.
Dia sendiri tidak tahu sampai bila dirinya akan kuat bertahan dengan semua ini.  Walaupun dia menyedari bahawa dirinya bukan manusia yang sempurna tetapi sedaya upaya dirinya mencuba untuk menjadi yang terbaik.  Apatah lagi hidup di negara orang, tersilap langkah pasti musnah segalanya. Entah semakin baik atau semakin buruk. Terkadang, Khyrill sendiri ngeri bila memikirkannya.
 Setiap malam pasti rakannya akan mengajaknya berhibur di kelab-kelab malam di sekitar kawasan yang mereka tinggal.  Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, sampai bila dia mampu menolak. Sedang gelodak di jiwa muda, terkadang ingin juga melepaskan kebosanan hidup disini. Melihat apa sebenarnya keseronokkan yang dikatakan oleh rakan-rakannya yang lain. 
Khyrill sudah mula merasai kebosanan yang tidak dapat di ungkap dengan kata-kata.  Walau macam mana sekalipun dirinya sibuk di sini, hatinya tetap sunyi.  Hari ini, tiada latihan, hanya dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan ini dapat menghilangkan kebosanan yang di hadapi.  Walaupun tidak sepenuhnya.
 Dia terus berjalan menuju ke pasar panjang yang menjual buah-buahan segar di sepanjang jalan Boulevard De Strasbourg. Kota kecil yang menawan di Perancis Timur. Apa yang dia tahu Starsbourg adalah kota yang unik, berada dekat dengan Jerman dan Swiss. Posisi geografinya sebagai pusat komunikasi internasional menjadikannya kaya akan sejarah dan berbagai tradisi.
Selepas itu, Dataran Capitole pula menjadi tempat sasarannya utuk melepak bak kata Arisya melayan suasana.   Rindunya pada Arisya, hanya Tuhan saja yang tahu. Tidak sabar rasanya hati untuk bertemu dengan seraut wajah comel itu.  Sedang dirinya asyik melihat keindahan seni bina yang terdapat pada bangunan-bangunan di situ, tegur satu suara dari belakang.  Suara itu  yang datangnya dari seorang gadis, dia pula tidak punya kawan perempuan di sini.
            “Hai, Khyrill ya?” Sapa perempuan itu.  
            “Ya.”
Balas Khyrill pendek. Dia mendongak. Tiba-tiba dia rasa segan. Perempuan itu tersenyum memandangnya  Entah lah, sejak berkasih dengan Arisya dia sudah tidak punya teman perempuan lain.  Jika ada pun boleh dibilang dengan jari.  Segalanya telah berubah semenjak hati ini milik Arisya.  Gadisku....
            “Tengku Hafizzah Datuk Tengku Amri. Panggil aje Fizzah.”
Perempuan itu memperkenalkan dirinya.  Membuatkan Khyrill tersedar dari lamuanannya sebentar tadi.
            “Mohd Khyrill Zafrie bin Zahrul. Panggil je Rill. ”
Ringkas jawapan yang di beri. Adakah dia pernah melihat perempuan ini.  Seperti pernah di lihatnya, cuma tidak mengingati di mana mereka pernah bertemu.
            “Do you remember  me again.?”Perempuan itu menyoal. 
            “Entahla, rasa macam pernah jumpa awak.  Kita pernah bertemu ke?” Soal Khyrill  kembali.
            “Sebelum tu awak tak ingat ke? I pernah jumpa you kat Malaysia.”
            “Ye ke? kat mana? Dah lama-lama saya tak ingat la.”
Jawab Khyrill jujur. Memang bukan pelanduk dua serupa.  Gadis ini sendiri yang mengakui mereka pernah bertemu.  Cuma memory Khyrill agak low.  Tidak mengingati di mana. Maklumlah,di Malaysia ramai sangat peminat-peminatnya dari kalangan wanita,  cuma yang teristimewa hanya Nur Iris Arisya sahaja.
You ingat lagi tak gadis yang minta bergambar dengan you di atas kapal dua tahun yang lalu.  Kapal yang dalam perjalanan ke Langkawi dulu?”tutur Tengku  Hafizzah memberikan jawapan.
“Ohh ya, Sorry, I forgot. Sudah dua tahun lamanya.”  Baru Khyrill mengingati gadis itu. Ya, gadis seksi yang memeluknya di atas kapal dua tahun lalu. Khyrill tersenyum. Ingatannya melayang kepada Arisya. Arisya yang mengambil gambar dia dengan perempuan ini. Lucu melihat muka Arisya ketika itu. Comel.!
Perempuan ini tidak banyak yang berubah.  Masih seksi seperti dulu.  Ahh! perempuan macam ni. Biasalah.  Nakal.!
How long you will stay here?.”Soal Tengku Hafizzah memulakan bicara yang seterusnya.
“Tak lama, only two years.” Balas Khyrill pendek.
So, you bolehlah join I dengan Izmail di sini ya. Lagipun  you dah tak lama kan kat sini.”
“Izmail.?” Khyrill menyoal kehairanan. Bagaimana pula gadis ini mengenali teman serumahnya itu.
“Oh, sayakan kawan dia. Saya selalu datang ke rumah dia. Tapi jarang nampak awak. Awak asyik terperap di dalam bilik je.”
“Awak belajar sekali dengan Izmail?”soal Khyrill lagi sekadar inginkan kepastian.
“Ya, satu University aje.Tak sama course pun!.”
  Balas Tengku Hafizzah ceria.
“Hmm…”
I always see you play football in Malaysia. I like the way you play. Do you have exceptional talent!.
Tutur Tengku Hafizah lagi. Memuji Khyrill ikhlas dari hatinya yang tulus.
Khyrill hanya sekadar tersenyum mendengar pujian itu. Tidak menduga peminatnya ada sehingga di sini.
“Ramai lagi yang lebih hebat dari saya.Saya ni tak adalah bagus sangat.”Tutur Khyrill kembali. Bukan niat untuk merendah diri tapi itu adalah kenyataan. Mungkin juga Hafizzah tidak tahu bahawa sebenarnya di Malaysia tu ramai lagi yang handal bermain bola. Mungkin juga pengetahuannya di dalam sukan bola sepak tidak meluas.
You tak boring ke tinggal di sini?”
“Boring jugak. Tapi masih dalam tahap kawalan.”
Tengku Hafizzah tertawa medengar jawapan dari Khyrill itu. 
You tak teringin ke nak join I dengan Izmail berhibur-hibur kat sini.” 
I rasa sudah cukup terhibur dengan kehidupan disini. Lagipun Kota ini memang cantik. Penuh tradisi dan nilai sejarah.” Tengku  Hafizzah tersenyum mendengarkan kata-kata itu. Zaman sekarang rupanya masih ada lagi lelaki seperti Khyrill.
“Hmm..kalau berhibur di kelab malam?”
“Oh, Sorry la, I belum lagi berminat untuk menjejakkan kaki ke tempat seperti itu buat masa now!.”Jawab Khyrill jujur. Sungguh! katakanlah apa sahaja kerana dia sememangnya tidak berminat.
“Maksudnya masa akan datang you mungkin berminat?”
“Eh, tak kot...”
 Jawab Khyrill tergagap-gagap. Bibirnya mengukir senyuman. Geli hati dengan soalan yang di beri.
You belum pergi lagi. So, you belum tahu lagi seronok atau tak.  Kalau you dah pergi, I yakin, you akan berminat.” Tengku Hafizzah masih tidak jemu untuk memujuk Khyrill. Tangannya diletakkan di atas bahu Khyrill. Khyrill tidak selesa namun hanya membiarkan sahaja. Baginya tindakan gadis ini terlalu berani. Boleh di buat kesimpulan bahawa wanita ini begitu mesra dalam setiap tingkah lakunya.
“Apa yang bestnya.?” Soal Khyrill lagi sengaja ingin melayan.
You mesti pergi dulu. Lepas tu baru you akan tahu.” Jawab Tengku Hafizzah sambil tersenyum  menggoda. Khyrill turut tersenyum mendengar jawapan itu. Jawapan  yang baginya sangat berterus terang.
“Menarik apa yang you katakan tapi bagi I itu semua hanyalah ketenangan, keseronokkan yang tidak hakiki. Semuanya hanya bersifat sementara. Ketenangan yang sebenar-benarnya adalah apabila kita mengingati siapa pencipta kita.” Ucap Khyrill jujur.
Tengku Hafizzah serta merta berubah wajah. Dia memandang dengan perasaan yang sukar untuk di mengertikan. Perasaan sepi lantas menyelubungi. Khyrill bukanlah seperti lelaki-lelaki lain yang di kenalinya. Perasaannya berdebar sama seperti kali pertama dia bersua dengan Khyrill dahulu.
Khyrill segera bangun meminta diri untuk pulang.  Malas pula dirinya nak berborak-borak dengan Tengku Hafizzah.  Perempuan itu tak jemu-jemu untuk memujuknya. Kalau setakat pujuk dia tak kisah sangat tapi  sampai tangan pun dah berjalan sama. Itu yang dia tak suka. Tiga perkara yang paling dia tak suka, pertama orang yang suka berleter. Kedua orang yang suka cakap dari belakang, kira macam megumpat la dan yang ketiga perempuan yang terhegeh-hegeh macam ni. Baru kenal sudah berani nak pegang-pegang tangan. Hai..entahlah!Dia pun bukannya sempurna sangat. Tapi sekurang-kurangnya dia cuba untuk jadi yang terbaik.
Sebaik sahaja sampai di rumah sewanya. Dia terus meluru ke atas katil dan membaringkan tubuhnya di atas tilam yang empuk itu. Pertemuan dengan Tengku Hafizzah bagaikan membuka kembali kenangan cintanya dengan Arisya. Dia tersenyum sendiri. Kembali mengulit kenangan yang tiada henti.

PULAU INDAH INI MENJADI SAKSI CINTA KITA…
Penghujung Disember 2008
***
KAYUHAN langkah kakinya terus di atur laju menuju ke arah mereka yang sedang menantikan kehadirannya. Ternyata dia sudah terlalu lewat sampai seperti yang di janjikan. Semuanya gara-gara tidurnya yang tidak lena semalam. Kemenangan perlawanan semalam tidak menjanjikan ketenangan kepadanya selagi impian cinta belum tercapai. Mujur ada adiknya yang sudi membantunya mengemas barang-barang untuk di bawa bersama. 
“Hai semua, maaf ya terlambat.”Tegur Khyrill sebaik sahaja dia menghampiri mereka.
 “Tak apa,ada masa lagi ni ha.”
Ucap Syahrizzan pula sambil tersengeh ke arah Arisya. Arisya tersentak melihat kedatangan Khyrill. Tidak menduga bahawa lelaki itu turut sama dalam percutian ini.
Mukanya terasa disimbah cat berwarna merah saat itu. Jantungnya bagaikan nak luruh bila memandang wajah itu. Pandangan mereka bertaut sebelum Arisya kembali menoleh ke arah lain.  Berpura-pura seolah- olah tidak ada apa yang berlaku di antara mereka.
Dia cuba mententeramkan jiwanya. Ternyata Khyrill sedang berusaha untuk berdampingan dengannya. Aduh!macam mana pula dia boleh ikut ni.  Kalau aku tahu macam ini, mati hidup semula pun dia tak kan pergi.  Khyrill masih sempat menguntum senyum ke arahnya.Arghh...!
Hanya tinggal lagi beberapa minit feri akan bertolak.  Masing-masing  mula mengambil tempat duduk. 
“Arisya , saya minta maaf kalau saya ikut awak dan kawan-kawan bercuti.  Sorry. Saya tak reti nak menipu tentang perasaan. Saya akan cakap bila saya suka, bila saya tak suka. Saya harap awak faham okey.”
            Khyrill mula menuturkan kata-katanya sebaik sahaja dia mengambil tempat di sebelah Arisya. Rakan-rakan yang lain sememangnya sudah mengetahui hasrat sebenar Khyrill itu. Arisya  segera  bangun menuju ke belakang feri. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu berbicara tentang itu. Tambahan pula di hadapan teman-temannya.
Arisya termenung di situ, sambil mengingat kembali kenyataan perasaan dari Khyrill sebentar tadi. Entah kenapa, dia terasa malu apabila bertentang mata dengan Khyrill sebentar tadi. Perasaan rendah diri yang membara, membuatkan dirinya merasa tidak layak untuk bergandingan dengan Khyrill. Lelaki pujaan ramai itu. Dia sendiri tidak tahu, mengapa dirinya merasa debaran yang begitu menggila dan hebat ini. Sudah berputikkah cinta di hatinya.? Dia sendiri tidak pasti. Kenapa dia rasa malu bila berhadapan dengan lelaki ini.?  Kenapa?
 Ya, dia tahu siapa Khyrill.  Tak mungkin seorang pemain bola yang sedang mencipta nama, yang di kelilingi beribu-ribu peminat wanita akan jatuh hati padanya. Tambahan pula untuk menjalani sebuah percintaan bersamanya. Tak mungkinnnnn....ikhlaskah engkau melafaz kata cinta padaku?Khyrill benar-benar mahu menciptakan kemesraan di antara mereka. Kerana itu dia turut serta.
“Sayang, boleh saya berbual-bual dengan awak kat sini?”
“Awak ni kenapa? Jangan nak berjiwang-jiwang kat sini pulak ya.!”
Tutur Arisya. Cuba menyembunyikan gelodak rasa yang cuba bertapak di jiwanya.  Debaran di hatinya  ibarat ombak yang sedang bergelora di lautan di hadapannya ini. Dia panggil aku sayang!
 “Jiwang dengan bakal kekasih hati, apa salahnya.”
Ucap Khyrill pula. Balik-balik ayat itu jugak yang diulanginya. Naik cemuih Arisya mendengarnya.
“Siapa yang nak kat awak? Tolong jangan nak perasaan ya.!”
“Jual mahal.”Tutur Khyrill pula.
“Peduli apa saya nak jual mahal ke? Nak jual satu seringgit ke?Awak peduli apa.?”
“Tak apa sayang, mahal ke,murah ke, saya tetap akan beli.”
“Gila..!”
“Gila  dekat awak Arisya oii..!”
“Awak ni kenapa ?boleh tak jangan ganggu saya.!Awak pergi la duduk di dalam tu. Janganlah nak menyibuk kat sini.!”
“Awak tanya saya kenapa? Awak pun tahu kenapa saya jadi macam ni kan? atau awak saja buat-buat tak tahu? Nak saya lafazkan lagi sekali ke apa yang saya ucapkan semalam? Saya tak kisah. Kalau semalam saya lafazkan di dalam mesej hari ini saya nak bagi seluruh alam dan orang-orang yang berada di dalam feri ini dengar. Termasuk dengan tekong feri tu sekali. Awak suka kot macam tu.!”
“Awak ingat saya hairan sangat ke dengan ugutan awak tu?”
Balas Arisya pula. Geram.!
“Okey, baik. Arisyaaaaaaaa..!!! Saya cin........
Baru sahaja dia mahu melafaz kata cinta ada pula suara yang menegurnya. Perempuan seksi yang dia jumpa di dataran Capitole tadi itu lah. Tak sangka gadis itu masih mengenalinya. Bahkan masih ingat pertemuan pertama mereka. Mana mungkin Khyrill lupa saat itu, segalanya masih membayang di depan mata. Saat cinta bertaut menjadi satu. Saat wajah comel Arisya menahan malu dek perangainya yang suka mengusik tak kira di mana itu. Ah! Dia benar-benar rindukan Arisya. Kekasih yang terpaksa di tinggalkan buat sementara demi mengejar cita-cita.
***
TENGKU Hafizzah gembira. Benar-benar gembira. Tidak menyangka pertemuan itu masih menjadi milik mereka. Tidak menyangka orang yang amat di minatinya itu kini berada di depan mata. Dia bukan sahaja meminati Khyrill bahkan amat menyukai personaliti Khyrill yang sederhana itu. Tak menyangka sama sekali bahawa dia dapat berkenalan dengan Khyrill lebih dekat.  Walaupun layanan Khyrill seperti acuh tak acuh terhadap dirinya, Tengku Hafizzah tidak akan berputus asa.  Dia terbawa-bawa ke satu alam yang aneh. Alam yang hanya ada dia dan Khyrill.  Dia bertemu dengan Khyrill buat kali pertama kali di atas kapal itu bersama seorang wanita.  Entah siapa wanita itu, Tengku Hafizzah tidak peduli saat itu. Jiwa mudanya hanya mahu menegur lelaki pujaan ramai itu.
 Dia tidak kisah siapa juga saingannya, asalkan hatinya dapat mengenali insan yang bernama Mohd Khyrill Zafrie. Sudah lama dia menanti saat ini. Saat bertemu dengan Khyrill dahulu menjadi memorinya sehinggalah pertemuan hari ini. Bagaikan membuka kembali impiannya ketika zaman persekolahan. Tidak akan sesekali dia melepaskan apa jua peluang yang ada.  Khyrill, lelaki idamannya itu mesti menjadi miliknya walau dengan apa cara sekalipun. Dia tidak kisah.  Siapa lagi yang dapat menolongnya melainkan Izmail, teman serumah Khyrill.  Hanya Izmail yang boleh membantunya.
“Kenapa dengan you ni? Tergesa-gesa nak jumpa I ni?Ada apa-apa yang perlu I bantu you ke.?”Soal Izmail sebaik saja dia tiba di situ.
Of course .”Tengku Hafizzah membalas pendek.
I tak kisah, untuk you apapun I sanggup. Apa benda yang you nak I tolong sangat tu.?”Izmail menyoal kembali.
You mesti tolong I dapatkan Khyrill tu.! ”
What?!! you kenal Khyrill tu?”
“Kalau you nak tahu I dah lama sukakan Khyrill tu..”
“Tapi..you sendiri tahu Khyrill tu macam mana.  Selama ni pun puas I cuba ajak dia ikut I ke kelab-kelab malam.  Tapi dia masih tetap dengan pendirian kolot dia tu.!” Balas Izmail.  Dia seperti mendapat kejutan elektrik apabila  mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Hafizzah itu .
Please la Izmail.  I betul-betul minta tolong kat you ni.  Malam ni you try la ajak dia ke kelab lagi. Please. !”Tutur Tengku Hafizzah separuh merayu.
You dah gila ke Fizzah.! Khyrill tu bukan macam kita. Tak cukup lagi ke you dengan lelaki-lelaki yang ada. Lagipun I tak nampak apa sangat yang istemewa sampaikan  you tergila-gilakan dia.?” Soal Izmail kepada Tengku Hafizzah lagi.
“Cinta..sebab cinta aku tergila-gilakan dia.! Tak salahkan kita cuba..?” Tegas sekali jawapan yang kedengaran. Izmail tergelak kuat. Tak menyangka gadis di hadapannya ini kenal erti cinta. Tapi cinta bagaimana yang dia ada. Dengan hanya memberikan tubuh badannya untuk dihidangkan, dia akan mendapatkan cinta.Tak semudah yang di sangka.
You jangan nak merepek, Fizzah.!”Tawa Izmail sekali lagi berderai.
I tahu you akan tolong I. Please,..Iz....”Tengku Hafizzah separuh merayu. I mencintainya, Iz. Sejak dari zaman sekolah lagi. I tak sangka akan jumpa dia di sini.” Izmail menghela nafas panjang. Walaupun dia telah lama mengenali Tengku Hafizzah namun rahsia hati Tengku Hafizzah langsung tidak di ketahuinya.
“Cinta? you tahu tak cinta itu apa? you punya cinta atau nafsu yang menggila.?”Soal Izmail lagi dengan senyuman yang kelihatan sinis sekali kepada Tengku Hafizah.
“Itu I tak peduli,Iz.! Yang I tahu I inginkan lelaki itu. I mahu dia, Iz.!”
You tak layak untuk dia, Fizzah. Sedarlah diri.”
“Layak atau tak!Itu I tak peduli. Sejak bila you jadi baik ni? Hei, Iz! I cuma nak you tolong I.! Bukannya I  nak dengar semua tu. Susah sangat ke hah.!?”
“Okey! Okey..! I akan cuba.”Ucap Izmail pula. Mengalah kepada kehendak Tengku Hafizzah.
I tahu apa yang I nak buat. Ini Tengku Hafizzah!”Izmail tersenyum sinis mendengarkan kata-kata  yang keluar dari mulut Tengku Hafizzah. Lagaknya umpama dia adalah seorang pejuang yang hebat. “Okey, good luck!!” ucap Izmail sambil terus berlalu. Dia tahu apa yang sedang di fikirkan oleh Tengku Hafizzah. Jika dia kata dia mahu. Dia mahulah. Tak ada siapa yang boleh menghalang.
Dalam perjalanan pulang itu fikirannya ligat berputar. Hakikat yang sebenarnya permintaan Tengku Hafizzah itu terlalu berat untuk di tunaikan. Khyrill bukan sepertinya yang kaki berhibur, kaki perempuan. Dia tahu Khyrill masih bersih dari semua itu. Dia kagum dengan sikap Khyrill yang masih utuh berpegang teguh kepada agama walaupun kehidupan di sini sentiasa teruji.
Mampukah dia untuk mengheret Khyrill ke lembah penuh dosa? Mampukah dia untuk memenuhi impian Tengku Hafizzah yang mencintai Khyrill sejak dari zaman persekolahan lagi. Bagaimana pula dengan perasaan halusnya ini. Ya, mereka kawan, mereka teman, tapi rasa itu begitu halus setiap kali bersama Tengku Hafizzah.
Ah!aku pun dah tahu Hafizzah tu gadis yang macam mana.?Tak mungkin semua rasa itu bertukar..tak mungkin.!Jerit hatinya pula.








1 comment:

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...