Sunday, September 2, 2012

Milik Siapakah Hati Ini - Bab 1


 Maaf, jika cerita ini agak 'nakal' sedikit jalan ceritanya. Ini manuskrip 4 tahun yg lepas. Hanya suka2...


BAB 1
Cerita tentang masa lalu..
Cerita tentang kau dan aku…
Kini tinggal hanya kenangan..
Kau abadi di dalam hatiku…


HARI ini aku mula kerja sepenuh masa di Restoran Sri Buluh. Lagipun dah selalu sangat aku dapat tawaran kerja dekat sini. Tawaran gaji yang diberikan kepada aku juga agak lumayan. Bukannya dulu aku tak mahu terima. Cuma perasaan malu yang menebal dalam diri ini yang membuatkan aku menolak tawaran yang di beri. Senang cakap, aku seganlah kerja kedai makan.! Hendak melayan pelanggan yang bermacam-macam kerenah ni. Kadang-kadang buat sakitkan hati sendiri. Tapi itulah, tokey restoran ini jenis yang tak reti berputus asa. Semakin aku tolak semakin galak pulak dia suruh aku kerja di restoran ini. Dari part time dah jadi full time.
Nampaknya bermula hari ini aku dah tak dapat nak ushar mamat ‘milo ais’ tu lagi la. Oh, lupa aku nak bagitahu, mamat ‘milo ais’ tu kerja dekat restoran yang hampir dengan tempat kerja lama aku. Rupa parasnya tidaklah handsome mana pun. Boleh di kategorikan sebagai sederhana. Kulitnya pula hitam macam kicap cap MAJU. Kakak aku lagi la teruk, siap cakap mamat ‘milo ais’ tu macam negro!.
Hah! aku tak kisah. Ada apa dengan kulit?.Yang penting hati dan perasaan. Sebab hati yang melahirkan rasa cinta. Tapi aku suka dia aje sebab dia selalu buat lawak bila aku masuk ke restoran tu. Tak adalah sampai cinta-cinta ini. Yang paling aku suka milo ais dia buat. Sedap gila. Nak Tanya nama dia aku malu,nanti dikatakan perigi mencari timba pulak.Jadi aku panggil aje lah dia dengan gelaran tu. Mamat milo ais..!Hehehe…kira okey la dari aku panggil mamat ‘kicap’.
Nama aku pulak Nur Amili Binti Bakhtiar. Umur aku baru nak masuk 21 tahun. Muda lagi. Sementara masih muda inilah aku hendak cari pengalaman hidup puas-puas. Perjalanan yang masih jauh untuk aku gapai. Cuma bila masuk bab cinta aje aku tak ada banyak pengalaman. Pengalaman zaman persekolahan ada la. Apa orang panggil cinta monyet.!
Aku ni pulak jenis habitat yang saja seronok-seronok nak bercouple. Padahal dalam hati bukan ada cinta sejati pun. Aku bukan sengaja nak memainkan perasaan kaum Adam ni, tapi aku ini jenis yang suka berterus terang. Aku akan cakap bila aku dah tak suka. Waktu tu, keluarlah air mata darah sekalipun aku tak akan merujuk kembali hubungan yang sudah terputus. Cinta itu tak perlu dipaksa. Nampak seperti aku kejam, tapi hakikatnya aku jujur dengan hati sendiri. Jujur dengan orang lain juga.
“Amili, nanti awak tolong ambil barang-barang di pasaraya depan tu, saya dah order tadi. Ajak Hafifi sekali ya.” Kata tauke aku atau lebih senang ku panggil dengan panggilan Abang Badrol.
Aku menoleh sebelum menjawab “Okey”. Sejak akhir-akhir ini Abang Badrol bukannya selalu sangat ada di restoran. Aku pun tak tahu apa masalah dia yang sebenarnya.
Jauh benar aku mengelamun tadi. Agak-agaknya sudah sampai ke bulan atau bintang? Agak-agaknya mungkin sudah sampai ke bulan kot..Hish!merepek betul. Aku memarahi diri ku sendiri dengan menggeleng-gelengkan kepalaku beberapa kali. Abang Badrol dan isterinya yang ku panggil Kak Mila tersenyum ke arah ku. Mungkin mereka menjadi pemerhati ke atas perlakuan ku sebentar tadi.
 Alamak! malunya. Mujur pelanggan tidak ada. Jeritan Kak Kiah a.k.a tukang masak yang memanggil namaku menyelamatkan aku dari malu yang amat. Aku dengan kadar segera bangun menuju ke belakang.
“Kenapa?”Soal aku sebaik sahaja sampai di hadapannya. Kak Kiah menjuihkan bibirnya ke arah Hafiz a.k.a Hafifi. Rakan sekerjaku yang perwatakannya seperti perempuan. Sememangnya dia telah di kenali dengan panggilan Hafifi. Aku menoleh ke arahnya yang sedang kyusuk benar melakukan lawak yang aku kira ‘tersangat bangang’. Ada ke patut buah Oren dua biji tu dimasukkan ke dalam bajunya. Hey! budak ni memang nak kena dengan aku. Siap boleh buat gaya ala-ala model lagi. Pusing-pusing macam anak patung Barbie yang paling comel. Dari elok-elok ALLAH lahirkan sebagai lelaki nak jugak jadi perempuan.MasyaAllah.
“Ha! elok sangat la tu.! Aku takut nanti buah oren tu masuk dalam mulut engkau pulak.!” Kataku sambil menggelengkan kepala. Ketawa Kak Kiah dah pecah terburai mendengarkan kata-kata aku.
“Kalau buat jus oren tak payah letak susu dah, sebab susu original dah tersedia dalam buah limau tu..!” Mak ai Kak Kiah. Siap mencarut lagi. Dasyat betul  bila kawan dengan orang yang dewasa ni. Sepatutnya dia yang paling tua kenalah tegur kami yang muda ni,tapi sebaliknya pula. Dua kali lima aje dia. Entahlah, aku pun tak faham.
Bestkan kalau realitinya macam ni. Aku teringin sangat lah tapi nak buat macam mana ye.?” Kata Hafiz dengan lemah lembutnya. Rambutnya yang kerinting itu mengerbang apabila di tiup angin. Macam dah sarang tebuan aku tengok. Tak pun sarang lebah. Confirm ada madu ni.
“Pergi ajelah buat pembedahan plastik. Kumpul la duit banyak-banyak. Lepas tu jangan lupa duit untuk kenduri arwah kau sama nanti.”
Sengaja aku memberikan cadangan yang bodoh tu. Aku tahu dia tak akan mampu punyalah. Tambahan pula bila dengar aku cakap ‘kenduri arwah’ muka dia dah kelat aku tengok.
Dulu masa mula-mula aku kerja part time kat restoran ni, aku ada la jugak rasa geram dan menyampah tahap ‘kaw-kaw punya’ dengan  kelakuannya yang lembut tu, tapi lama kelamaan bila aku dah kenal dia, aku jadi serasi pulak. Aku manalah ada kawan perempuan kat sini. Dapat kawan yang separuh perempuan pun jadilah kan.
“Kau ajak je Amili ni pergi farmasi di seberang jalan tu. Cari pil hormon. Tak payah kau nak buang duit banyak-banyak, Hafifi oi.!” Kak Kiah pula memberikan cadangan. Aku mengangguk tanda setuju dengan cadangan Kak Kiah itu. Rasa macam bersubahat la pulak aku. Tapi yang sebenarnya aku malas nak tegur-tegur dia lagi.
Aku pernah tanya dia kenapa dia nak sangat jadi perempuan? Ada ke dia cakap sebab kecil-kecil dulu mak dia selalu pakaikan dia dengan pakaian perempuan. Tersalah didikanlah ni. Tapi yang dia pun satu, sedarlah yang diri tu adalah lelaki. Bukan perempuan.
“Malulah nak beli. Amili, kau tolong belikan kat aku ye. Boleh la..boleh la..boleh la…” Dia merayu. Heee..geli telinga aku mendengarnya. Kak Kiah masih lagi dalam tawanya. Patutlah ‘kembang’ ketawa banyak sangat.
“Boleh.!Tapi aku nak kau beri upah dua kali ganda dari harga pil yang kau nak beli tu. Macam mana?Setuju?”
“Amboi kau, dengan aku pun nak berkira ye. Habislah gaji aku macam ni.” Katanya separuh merajuk. Lemah lembut mengalahkan perempuan sejati. Aduhai…aku sendiri pun tak seperti itu.
“Kau nak ke tak nak? Tak nak kau boleh cari orang lain.” Kataku dengan lagaknya.
“Yang sorang dah macam perempuan dan yang sorang lagi dah macam lelaki Kak Kiah tengok.!” Aku ketawa mendengar kata-kata itu. Aku belum tahap ‘tomboy’ okey. Masih perempuan melayu terakhir. Cuma caraku sahaja yang sedikit kasar.
“Macam mana? Setuju ke tak dengan tawaran balas yang aku berikan?” Soalku sekali lagi kepada Hafiz.
“Hah.! Tawaran apa pulak ni? Pergi ambil barang yang abang Badrol kata tadi. Hafifi, kau pergi tolong Amili angkat barang tu. Abang Badrol dengan Kak Mila nak balik dah ni. Nanti malam abang Badrol datang lagi. Nak berborak pun pergilah kat depan tu. Duduk kat dapur ni tak nampak pulak pelanggan masuk nanti.” Kata abang Badrol dengan panjang lebar. Sebelum sempat Hafifi memberikan aku jawapan.
Aku segera menuju ke arah store dan mengambil troli untuk mengambil barang-barang yang di pesan. Hafifi juga turut serta. Kak Kiah apalagi, buat-buat sibuk mengemas dapur. Tadi bukan main lagi bergelak ketawa. Pandai berlakon betul. Mujur abang Badrol agak sporting. Kalau Kak Mila mungkin kena tahan telinga jugak kot. Biasalah perempuan lebih emosi dari lelaki.Ye tak..?
*****
“Aku nampak dia..! Aku nampak dia…!Aku nampak dia…!Seronoknya akuuu…!” Aku terjerit kuat sambil buat muka kanak-kanak ribena.
“ Woi Amili! Kau ni kenapa? Apa yang engkau nampak ni?Seronok lain macam je. Belum maghrib lagi kau dah kena sampuk ke ha?” Kata Hafifi dengan kuatnya tapi versi tetap samalah seperti biasa. Lemah lembut. Aku mengangkat kedua-dua belah keningku. Seronok sangat sampai tak boleh nak berkata-kata.
“Apa yang kau nampak?” Soalnya lagi.
“Dia..!!”
“Siapa?”
“Dia laaa..”
" Mamat ‘milo’ ais tu erk..?”
“Hah! tahu pun. Aku nampak dia lalu tadi. Aku rasa-rasa dia balik kerjalah. Sekarang pukul berapa hah. Esok bolehlah aku tunggu dia lalu lagi time-time macam ni.”
“Pukul 6.10 minit. Hish..Kacak sangat ke mamat milo ais tu sampai kau sanggup jadi penunggu ni ?”
“Kacak la sikit pada engkau tu.”
“Amboi kau..tak sayang mulutnya?” Aku tersengeh mendengar kata-kata itu. Siap dengan gaya lembut tu yang aku tak tahan tu. Kelakar betullah dia ni.
“Alah..aku melawak je. Kau tak segak, tapi kau cantik.Hehehe.”
“Menyampah! Eh, kau perkenalkanlah mamat tu kat aku? Boleh aku mengorat..”
"Ish kau ni…! Kau dengan dia sama spesis aje lah.!” Kataku dengan geramnya.
“Kau cemburu ya?”Aku yang mendengar terus ketawa kuat. Gila apa dia ni. Ada ke aku nak cemburu dekat dia. Ish..tak logik langsung. Lagipun tak kan lah aku nak cemburu dekat Hafifi yang lembut ni. Aku jugak tak rasa yang aku cinta mamat ‘milo ais’ tu. Aku rasa aku ni terlebih minat je.Hehehe..
“Senyumlah sorang-sorang tu. Angau!” Katanya lagi dan terus berlalu menuju ke hadapan. Merajuklah tu. Sikit-sikit merajuk, rimas aku. Tak kuasalah aku nak pujuk. Dia ingat aku ni pak we dia apa nak merajuk-merajuk. Tapi aku memang tak nafikan yang pak we dia memang handsome. Itupun aku curi-curi tengok dalam telefon bimbit dia semasa aku nak mintak Bluetooth MP3. Tak sangka ya, ada juga lelaki yang suka dekat kaum sejenis ni. Selalunya aku baca dalam surat khabar dan Internet je, sekarang ni aku dah lalui pengalaman tu sendiri. Dunia akhir zaman. Astagafirullahalazim…
Tadi dia bilang aku angau? Entahlah, kadang-kadang aku memang selalu memikirkan tentang mamat ‘milo ais ‘ tu. Tapi kadang-kadang dia langsung tak ada dalam kotak fikiran aku ini. Cuma aku seronok bila teringat akan caranya yang kelakar tu. Hatiku rasa terhibur. Celotehnya yang mesra alam tu membuatkan aku selalu tersenyum sorang-sorang. Angau ke aku? Kalau dah senyum sorang-sorang macam ni, lepas itu menjerit-jerit seronok macam tadi, bukan ke itu dah angau namanya.? Tak pun gila bayang bila sudah asyik terkenang. Perasaan apakah yang sebenarnya ku alami terhadap mamat ‘milo ais’ tu..?Cinta atau suka.?Entahlah?Persoalan hati terlalu sukar untuk di tebak. 







No comments :

Post a Comment