Wednesday, March 11, 2015

Sampai Hujung Masa - Bab 1



Bab 1


BAJU KURUNG moden dari kain chiffon yang bewarna kuning itu tersarung kemas di tubuhnya. Bunga-bunga hitam yang tersusun kemas dihujung baju dan tangan kian menyerlahkan keanggunan pemilik nama Alis Zahira binti Tan Sri Adam. Rambut yang disanggul kemas menampakkan sisi anggun pewaris tunggal YNK Global Holding sejak tujuh tahun yang lalu.
“Assalamualaikum dan Selamat pagi, Cik Alis.”
“Waalaikumusalam, Auni. Selamat pagi.” Alis menghadiahkan senyumannya yang manis di situ. Gadis yang memakai baju korporat bewarna hitam dan ungu itu mengangguk hormat.
“Cantiknya cik Alis hari ni. Macam perempuan melayu terakhir.” Ujar gadis itu lagi. Alis sambut dengan gelak tawa. Bezanya dia hari ini kerana memakai pakaian sopan yang lain dari kebiasaan.
“Awak pun apa kurangnya.” Alis terus bergerak menuju ke bilik bersama beg dari jenama Gucci di tangan. “Tan Sri dah masuk?” dia soal tatkala melihat bilik daddy yang masih kosong. Bukan ke tadi daddy keluar lebih awal dari dia.
“Tan Sri keluar jumpa Dato Ismady. ”
Dato Ismady merangkap bakal bapa mentua. Teringat persetujuannya semalam. Dia senyum lebar. Macam mimpi di siang hari tiba-tiba nak kahwin dengan ex-boyfie sendiri. Sadis.
“Cik Alis!”
Alis kembali berpaling melihat Auni yang berjalan mendekatinya.
“Kenapa awak ni?”
“Tak…tadi Rizal call saya dan dia apply cuti untuk seminggu.”
“Seminggu? Why?Lamanya dia apply cuti? Dah masuk sistem kenapa saya tak tahu? Dia menyoal tegas. Bab cuti boleh suka-suka macam itu aje. ”
Auni angkat bahu. “Dia tak cakap apa-apa Cik Alis. Dia cuma beritahu saya yang dia nak ambil cuti seminggu. Itu saja.”
“Hmm…” Alis meneruskan langkahnya semula. Rizal, salah seorang pekerjanya yang paling lama. lagi Rajin dan tak berkira dalam soal kerja walaupun tugas Rizal hanya sebagai pembantu am di pejabat ni. Bila tak ada Rizal pun susah jugak. Banyak dokumen yang perlu dihantar memerlukan khidmat Rizal. Urusan keluar masuk cek ke akaun bank juga selalunya melibatkan Rizal. Sebab akaun dia yang urus. Jadi memang memerlukan bantuan Rizal. Kalau nak harapkan dia semua memang tak mungkin sempat.
Dia terus menuju ke arah kerusi baldu bewarna hitam itu. Beg tangan diletakkan di kanan meja. Fail-fail yang tersusun di hadapannya dikerling sejenak. Semua fail ini memerlukan tandatangannya. Dia menekan button on di komputer peribadi miliknya. Semalaman tidurnya tak tentu arah. Terasa bayangan Amsyar datang mengganggu. Senyuman sinis lelaki itu terasa melekat ditubir matanya.

Kau boleh kembalikan hati aku yang mati disebabkan cinta kau dulu?

Kerana penghinaannya hati Amsyar hilang rasa cinta. Sebaris kata yang hanya menuruti hati muda yang sedang marah. Marah tatkala impian dan harapan untuk melihat lelaki itu menjadi seperti apa yang dimahukan tidak tercapai. Hancur dan lebur tatkala lelaki itu menolak mentah-mentah kemahuannya. Dan di akhirnya, penghinaan itu yang keluar dari bibirnya. Dia menyesal.
Mouse segera dihalakan ke folder dokumen. Dia perlu hapuskan buat seketika ingatannya terhadap lelaki itu. Masih banyak kerja pejabat yang perlu perhatian kusyuk darinya. Namun tiba-tiba pintu pejabatnya ditolak kuat. Dia terkejut dengan tindakan Auni dan terus bangun. Terasa hendak marah.
“Kenapa ni Auni?” suaranya sedikit meninggi. Dari pintu yang terbuka dia melihat kelibat beberapa orang pekerja turut bangun. Dia nampak Auni begitu cemas.
“Rizal cik, Rizal!” Auni gelabah.
“Kenapa dengan Rizal?”
“Rizal…Rizal…polis cari Rizal.” balas Auni tergagap-gagap.
Alis terus bergerak menuju ke arah Auni. Auni segera memberi laluan untuknya. Kelibat bebarapa anggota polis sedang berdiri di hadapan meja menyambut tetamu itu dikerling sejenak sebelum dia menoleh semula ke arah Auni.
“Awak bertenang… biar saya yang uruskan” Pesannya sebelum bergerak laju menuju ke arah anggota-anggota polis itu.
“Ya encik boleh saya bantu?”
Anggota polis itu berpaling.
Amsyar! Alis terlopong.
“Saya polis.”Dia tunjuk kad kuasanya.
“Kami datang untuk mencari pemilik nama Mohd Rizal bin Rahman.”Tegas suara itu menyapa gegendang telinga. Dia pandang Amsyar yang kemas memakai baju t’shirt bewarna putih dengan jacket kulit dari warna hitam. Amsyar tenang menunjukkan kad kuasanya kepada dia. Dia ketap bibir sebelum menggelengkan kepalanya. Amsyar langsung tak terkejut tatkala berhadapan dengannya. Berbeza betul dengan dia.  Dah macam cacing kepanasan.
Memang dia dah lupa kau Alis.
“Encik boleh masuk ikut saya ke bilik saya.” Dia bergerak menuju ke arah biliknya.
Amsyar member isyarat kepada rakan setugasnya yang lain. Da bergerak menurut Alis. Pengarah Urusan. Biar betul?
“Ada apa yang boleh saya bantu? Kenapa cari Rizal?” ujarnya semula. Dia mempersilakan Amsyar duduk berhadapan dengannya. Dua orang lagi pegawai polis menanti di luar biliknya. Meninjau kawasan sekeliling pejabat miliknya. Carilah Rizal memang tak datang bertugas.
            “Kenapa cari Rizal?”
            “Kat mana Rizal?” soalan dibalas soalan. Wajah Alis macam orang bingung. Amsyar pandang bilik serba mewah ini. Set sofa kulit bukan calang-calang orang boleh masuk dan duduk. Bingkai gambar keluarga Alis tergantung di satu sudut. Sebenarnya mata nak lari dari pandang Alis yang…emm, perlu ke dia puji orang yang dah sakitkan hati dia.
 “Rizal dicari bagi membantu siasatan untuk kes bunuh teman wanitanya.” Akhirnya dia mengalah. Sebab dia masuk rumah orang.
“Hah!”
Degup jantung Alis kian laju. Betulkah apa yang Amsyar cakapkan ni.
“Apa kes pulak sampai bunuh-bunuh ni?” spontan keluar dari bibirnya.Tak mungkin Rizal sanggup membunuh. Dia kenal Rizal. Rizal orang susah. Tak mungkin…tak mungkin. Bisik hatinya lagi.
“Awak jangan nak main-main dengan saya. Rizal tak macam tu. Saya kenal Rizal. Saya kenal pekerja saya.” Alis bangun mundar mandir di belakang sofa. Dia lupa saat ini ada perbezaan di antara dia dengan Amsyar.
“Maaf cik Alis, ini tugas saya. Tugas saya untuk menyiasat kes ini. Rizal didapati terlibat dengan kes pembunuhan teman wanitanya. Kami perlukan siasatan lanjut. Jangan sesekali Cik Alis sembunyikan apa-apa maklumat tentang Rizal kepada kami.”
Suara Amsyar tegas tatkala menyebut namanya, Amsyar kian tegas. Bagai melepaskan amarah dan geramnya di situ. Dia tak percaya Rizal macam tu. Tak mungkin.
“Rizal tak akan buat kerja bodoh tu. Saya kenal Rizal. Rizal tak bersalah.” Kali ini gilirannya pula bertegas mempertahankan Rizal.
“Cik Alis, apa bukti yang cik Alis ada untuk mengatakan yang suspek tak bersalah?”
Alis terdiam.
“Cik Alis, tugas saya bukan untuk menuduh tanpa menyiasat. Tugas saya bukan terus jatuhkan hukuman kepada orang tanpa bukti. Kami hanya mengesyaki dia terlibat. Kami perlukan siasatan. Saya perlu menyiasat Rizal sebelum membawa kesnya ke mahkamah jika dia didapati bersalah. Hanya mahkamah yang berhak jatuhkan hukuman. Bukan saya.”
“Tapi…”
“Alis Zahira! Tolong hormat undang-undang. Undang-undang tak ada tapi-tapi. Yang salah akan tetap salah. Kalau tak salah kenapa perlu dia menghilangkan diri. Kalau dia tak bersalah dia boleh menyerah diri. Aku harap kau boleh bagi kerjasama. Jangan cuba-cuba nak sembunyikan apa-apa.”
“Am, saya kenal pekerja saya. Dia tak akan buat macam tu. Tak akanlah,” Dia cekak pinggang geram. Tak puas hati cara Amsyar tinggikan suara macam tu. Amsyar pun terus bangun dari duduknya.
“Kau dari dulu sampai sekarang nak menguasai segalanya. Kau ingat semua kau boleh tafsir. Kau boleh baca?Kau boleh kenal? Kau rasa kau hebat. Ini dah tugas aku. Kalau kau tak mampu nak faham tugas aku jangan pulak kau halang kerja aku. Aku tak pernah halang kau nak maki hamun aku dulu. Please lah! Jangan nak cakap kau kenal pekerja kau. Kau ingat bila kau cakap macam tu dia akan terus didapati tak bersalah? Aku bukan nak jatuhkan hukuman gantung sampai mati untuk dia. Segala hukuman bukan aku yang tentukan. Tolong la, tolong hormat undang-undang dan kerja aku.” Cukup dalam maksud untuk difahami.
“Tapi Am?”Alis tak puas hati.
“Saya datang sini untuk menyiasat suspek yang bernama Mohd Rizal. Boleh cik Alis bagi maklumat berkaitan pekerja Cik Alis ni.”
“Saya tak akan bagi maklumat pekerja saya sesuka hati saya.”
Amsyar mendongak pandang Alis. Payahlah bila berhadapan dengan orang yang tak faham tugas dia ni.
“Tolong Cik Alis bagi kerjasama.”
“Apa yang saya dapat kalau saya bagi kerjasama pada awak Inspektor Amsyar?” Alis menyoal sambil angkat kedua-dua kening.
“Jangan nak ambil kesempatan dalam keadaan sekarang Cik Alis.” Amsyar jawab dengan muka serius dengan tangan yang bersilang di dada.
“Itu jawapan untuk soalan saya tadi?” Alis menduga lagi.
“Dah tu kau nak aku buat apa? Jangan main-main boleh tak?” Temperature dah mula nak tinggi semula. Payah sungguh berhadapan dengan orang yang tak faham tugas dia ni macam mana.
Dinner. Pukul lapan malam. Inspektor Amsyar jemput saya ya. Nanti saya bagi info.” Alis kau memang gila. Amsyar dah macam nak terkam mangsa. Dia boleh buat permintaan macam tu.
“So now I waste my time coming here without any information.” Alis memang betul-betul menduga  Tak kan dia nak balik Ibu Pejabat tanpa dapat apa-apa maklumat. Dah tu masuk bukan main lama lagi dalam bilik ni dia buat apa. Jual minyak urat.
“Okay, Rizal tak datang kerja hari ni. Tak tahu sebab apa. Pagi ni saya dapat info dari setiausaha saya. Itu sahaja.”Alis cuba menipu. Info yang dia dapat dari Auni Rizal cuti seminggu. Kena simpan untuk dinner malam nanti.
Amsyar di lihat mencatit sesuatu ke dalam buku notanya.
“Boleh saya tahu dah lama ke dia kenal teman wanitanya tu?”
“Am, urusan peribadi dia tak kanlah saya nak masuk campur. Yang saya tahu Rizal tu memang sayang sangat dekat girlfreind dia. Dia pernah bawak perempuan tu datang sini. Pernah bawak ketika annual dinner syarikat. Dua kali kalau tak salah saya.”
“Peribadi Rizal yang Cik Alis tahu?”
“Baik. Sangat baik. Sebab tu saya tak boleh terima Am apa yang awak cakap. Rizal tak akan buat macam tu. Tak akan.” Macam dah banyak pulak dia jawab.
“Manusia ni mudah berubah. Ombak dengan pantai pun berubah. Inikan pulak manusia. Sanggup berubah demi cinta. Bila-bila masa aje boleh lupa diri sebab cinta. Sebab sayang.”Amsyar simpan buku nota kecil dalam poket bajunya. Siap perli Alis lagi tu.
Ketegasan Amsyar membuatkan dia tidak berani untuk menentang anak mata lelaki itu. Tidak seperti lima tahun yang dulu. Dia menguasai segalanya. Sekarang cakap pun aku, kau. Tapi itu bukan bermakna dia boleh biarkan Amsyar buli dia sesuka hati.
Amsyar berpaling semula ke arahnya.
 “Saya harap Cik Alis dapat bagi kerjasama kepada pihak polis. Ini melibatkan kes bunuh. BUNUH. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan tadi.” Ujar Amsyar bergerak menghampiri pintu. Tombol ditarik lalu tersua wajah seorang lelaki yang agak berusia sebaya papanya di muka pintu tersua.
Daddy…” suara Alis menyebut dari belakang.
Daddy Alis.. Amsyar yang berada ditengah-tengah antara dua beranak itu berpaling melihat Alis melambai –lambai tangannya.
Sorry dad, Alis pinjam bilik daddy kejap.” Alis berdiri di sebelahnya.
“Kenapa ni? Ada apa? Awak ni…
“Inspektor Amsyar,” Amsyar jawab perlahan. Janganlah daddy Alis ni buat pengumuman pasal dia. Harap-haraplah daddy Alis ni tak perasan dia anak Dato Ismady. Kalau tak hmm jahanamlah.
“Nanti Alis terangkan kat daddy.” Alis mempersilakan Amsyar keluar. Tan Sri Adam dah pandang pelik. Maknanya sekarang ni Alis dah kenakan dia. Dia dah bajet Alis Pengarah Urusan yang mana berbezanya Alis dengan dia macam langit dan Bumi. Tapi dia tak hairan pun. Alis anak tunggal dan tetap akan jadi pewaris syarikat YNK Global Holdings ni. Itu hakikat.
Amsyar menghampiri dua rakan setugasnya.
“Terima kasih di atas kerjasama yang Cik Alis berikan,” ujar Amsyar hipokritlah.
Alis sekadar mengangguk. Berlakon macam orang asing yang tak kenal. Padahal baru semalam pertemuan mereka.
Amsyar…dia rindukan Amsyar yang dulu. Amsyar yang romantik. Amsyar yang selalu memberinya bunga dan coklat. Amsyar yang selalu menarik hidungnya yang tak berapa nak mancung ni. Amsyar sekarang, hidupnya terlalu disiplin. Dia tetap yakin Rizal tak bersalah. Rizal tak akan jadi pembunuh. Amsyar tak patut berkata pekerjanya macam tu. Tak patut. Rizal tak bunuh sesiapa. Dia yakin itu. Tubuhnya sedikit bergetaran. Perasaan takut menyelinap dalam diri. Tiba-tiba dia teringat tentang Rizal yang memohon cuti selama seminggu pagi tadi. Allah! Rizal. Alis terduduk di kerusi berhadapan dengan Auni.
“Cik Alis?”
Alis mendongak wajah melihat Auni berdiri dihadapanya.
“Rizal disyaki bunuh teman wanitanya.” Beritahu Alis berat. Gadis itu tersentak. Riak cemas jelas terpamer diwajahnya sama seperti di awal kehadiran polis ke sini tadi.
“Saya tak percaya Rizal buat begitu…”
Alis mendengus perlahan. Kalau Auni tak percaya dia sendiri apa kurangnya. Daddy yang di dalam tu perlu ke dia beritahu. Daddy tegas. Dia risau.
“Tolong rahsiakan hal ni.” Ujarnya perlahan dan terus bangun. Dia yakin Auni boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia.

            BUNYI aplikasi WhatApps membuatkan makanan yang hendak disuapkan di dalam mulut terhenti. Amsyar capai I Phone yang terletak di sebelah pinggan.
§  Tonight. 8.pm. Don’t late okay.
Alis ni tak faham bahasa ke dia banyak kerja.
§  Bz.
§  Tak nak info ke? Tak nak sudah.
§  Kalau aku x dpt sumbat Rizal dlm lokap aku sumbat kau dulu okay. Rahsiakan maklumat. Tak hormat undang-undang.
Siap ada caption hidung besar dua dengan jelir lidah lagi. Alis sudah mengekek ketawa.
§  Saya offer sekali je. Tak nak sudah bukan saya yang rugi pun. Awak Inspektor Amsyar.
“Kurang asam sungguh.” Tanpa sedar bibir melafaz kata.
“Kau dah angau dengan minah mana pulak ni. Dari tadi asyik belek I phone tu. Depan rezeki ni I phone tu campak tepi dulu.” Bebel Razif macam dia tak pernah pegang telefon waktu makan.
“Kau ingat tugas macam kita ni telefon boleh boleh main aci campak je. Tengah makan pun aku masih fikir pasal tugas. Selagi tak dapat maklumat pasal kes pagi tadi aku punya selera makan pun dah tahap zero.” Ayat nak selamatkan diri semata-mata. Yang tak lalu makan sebab lain bukan sebab tugas pun. Perlu ke dia cerita dekat Razif. Mahu mengekek ketawa si Razif ni nanti. Baik dia simpan aje. Silent is better.
“Sebelum ni mana pernah kau peduli I phone kau tu kalau waktu makan. Orang angau je yang selalunya tengah makan pun sibuk-sibuk nak ber whatsapp ni.” Razif sengeh.
“Kalau aku cakap dekat kau memang tak surprise kan? Tapi kalau aku diam pun esok-esok orang akan tahu jugak.” Bab kahwin mana boleh nak rahsia. Kena naik turun pejabat ambil dokumen sokongan. Surat kebenaran dari ketua.Yang pasti orang akan tahu. Tambah-tambah dengan Razif. Razif satusatunya kawan yang paling rapat dengan dia. Sama-sama dekat Pulapol. Anak cikgu ni.
“Lain macam ayat kau bro,” Razif terus bangun pergi sinki yang berdekatan untuk cuci tangan. Amsyar nampak macam ada something aje. Riak wajah lelaki tu dia dah dapat baca. Berangan aje depan rezeki sambil pandang telefon. Sempat dia intai dari dalam cermin yang ada di tempat sinki tu.
“Aku nak kahwin bulan depan,” ujar Amsyar tenang. Razif yang baru nak sedut air guna straw terhenti. Tawanya meletus.
“Kau ni bro biar betul?” Razif tak percaya. Amsyar ada awek pun tak. Nak kahwin dengan siapa. Kalau ada macam mana dia boleh tak tahu pun.
“Seriuslah.” Jawab Amsyar malas.
“Dengan siapa? Kenapa cepat sangat. Tak ada angin tak ada rebut tup tup nak kahwin ni. Kau jangan bro.” Razif dah mula nak fikir yang bukan-bukan. Sebab cepat sangat.
“Habis kau ingat aku macam kau. Nak jadi bujang terlajak.” Amsyar terus bangun sambil ketawa. Manusia diciptakan berpasangan. Kalau dia nak kahwin tu apa yang pelik. Ini bukan drama, bukan kisah dalam novel tapi ini kenyataan yang dia memang akan kahwin dengan kekasih lama. Barang mainan lama yang dah lukakan jari kita elok bagi dekat orang. Tapi dia terpaksa kutip balik. Nak renevote bagi elok balik. Bukan senang nak terima tapi dia okey je. Bila lagi nak ajar Alis. Sakit bayar sakitlah.


PROTON SATRIA NEO bergerak laju membelah malam yang kian berginjak ke pagi. Di luar kereta hujan renyai-renyai sejak dari petang tadi. Cuaca sedikit sejuk membuatkan dia memperlahankan penghawa dingin yang terpasang sewaktu mula bergerak dari tempat kerjanya tadi. Dia nak sahaja cepat sampai ke rumah. Lepas habis dinner dengan Alis dia terus masuk kerja semula. Masih ada tugasan yang ingin dia selesaikan. Papa tak suka dia balik lewat-lewat. Papa memang tak faham kerjayanya sebagai anggota polis. Semua orang boleh pandang dia buruk. Mereka tak tahu kerjayanya ini satu kerja yang mulia. Kalau tiada keberanian dan kesungguhan hentikan angan-angan untuk menjadi anggota polis. Papa pun sama macam Alis. Nak dia mewarisi syarikat papa. Perniagaan supply barang Hospital tu bukan kena dengan jiwa dia. Papa sendiri tak kenal anaknya macam mana. Inikan pula Alis
Hmm… Alis…Alis… bibirnya menguntum senyum. Puas hati dia dapat buat Alis begitu. Alis patut terima harga yang setimpal di atas kesakitannya dulu. Dia tak akan lupa Alis hinanya macam mana. Alis cuba nak ajar dia. Cuba nak bentuk dia jadi macam mana yang Alis suka. Alis silap bila mana melibatkan cita-cita dia tak akan berganjak.
            Sampai sahaja di banglo tiga tingkat milik Dato Ismady dia segera keluar dari kereta. Angin sejuk dari luar terasa menyapa muka. Niatnya untuk melepak dibatalkan. Dia rindukan suasana kampung. Angin kampung yang terasa lebih segar. Dia rindukan semua tu. Kalaulah nenek dengan tok wan ada lagi waktu ni tentu dia boleh ceritakan segalanya pada mereka. Tapi mereka dah lima tahun tinggalkannya. Cinta sejati nenek dan tok wan sehingga hujung nyawa. Kemalangan yang berlaku sewaktu umat Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut hari raya benar-benar buat hidupnya kosong. Nenek dan tok wan pergi meninggalkannya di malam Ramadhan yang mulia. Peristiwa itu membuatkan hari raya sudah tiada makna baginya. Lima tahun berturut-turut dia bertugas. Dengan rela menawarkan diri untuk bekerja di hari raya. Dalam keterpaksaan itu dia ikut arahan papa agar tinggal dengannya.
            Al-fatihah untuk nenek dan tok wan.
            Pintu rumah ditolak perlahan. Setiap kali dia balik penghuni di dalam rumah ni masing-masing sudah sampai ke bulan agaknya.
            “Ehem…” bnenek kecil kedengaran. Amsyar berpaling ke arah ruang tamu tengah itu. Papa masih berada di situ dengan sebuah buku di tangan. Dia bergerak menuju ke arah papanya sebelum menyalami tangan lelaki itu.
Dato Ismady mengerling jam di dinding. Tepat pukul dua tiga puluh minit pagi.
“Lewat lagi kau blik hari ni?”
“Banyak kerja papa…”
“Hmm…kau dah fikir masak-masak apa yang kau beritahu papa dalam telefon semalam?”
Amsyar angguk. Dia tahu papanya sedang berbicara tentang perancangan mereka untuk snenekan dia dengan Alis. Memang dia dah bersetuju. Tapi jangan harap kebahagiaan itu yang mampu dia beri. Dia ada agendanya tersendiri. Dendam dalam diam terhadap wanita itu masih menebal. Dia mahu ajar Alis dengan jiwanya yang kental ini. Dia nak Alis tahu kekayaan tak mencerminkan segalanya. Dia nak ajar Alis hidup susah walaupun dia tahu Alis sekarang sudah cukup hebat. Lihat saja cara Alis pagi tadi. Walau dia nampak tenang hakikatnya dia sendiri terkejut melihat Anis yang muncul di depan mata. Nyaris-nyaris ditipu yang Alis tu dah jadi Penagrah Urusan. Hebat…Tapi Alis ingat dia duit banyak dia mulia. Mulia sampai nak hina cita-citanya dulu. Itu tidak tepat Manusia yang tidak banyak duit tidak mulia lah? Itu yang Alis silap dulu. Angan Alis terlalu tinggi. Kerana itu Alis hilang pedoman dalam menilai mulia atau hina seorang manusia.
“Hmm…lamanya kau fikir? Papa nak kau serius Amsyar. Ini soal masa depan kau. Kau dah jumpa budak tu? Anak Tan Sri Adam rakan papa tu?”
Amsyar angguk. Am lebih kenal dia siapa papa. Itu cinta rahsia. Sampa bila pun tetap rahsia. Dan Amsyar sudah awal –awal lagi bersetuju. Bulan depan tu dia sendiri yang pilih.
“Kau suka ke tidak?”
Angguk. Entah. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya pada Alis sekarang. Suka atau tidak tu belakang kira baginya.
“Kau setuju tanpa bantahan?”
“Hmm...”Payah nak cakap perkataan setuju tu banyak kali.
“Bila kau rasa masa yang sesuai untuk langsungkan majlis tu?”
“Lagi cepat lagi bagus. Papa dan mama je lah yang uruskan semuanya. Am sibuk sikit. Banyak kes baru yang sedang berjalan. Bila dah dapat date beritahu Am. Nanti Am mintak cuti dengan majikan. Am nak naik atas dulu papa. Nak bersihkan diri. Kalau ada apa-apa lagi esok ajelah kita bincang. Lagipun dah lewat ni papa. Pergilah naik tidur. Tak elok untuk kesihatan papa tu tidur lewat-lewat. Buku tu esok-esok pun papa boleh baca lagi.”
Dia bangun untuk bergerak menuju ke atas. Baru beberapa langkah kakinya terhenti. Dia berpaling semula ke arah Dato Ismady.
“Papa, Am rasa tak perlu nak buat majlis besar-besaran. Am tak nak.”
“Am lupa ke papa siapa? Tak kan kita nak buat majlis kecil. Lagipun kau tu anak Dato Ismady, Am. Perempuan yang kau nak kahwini tu pun anak kenalan papa. Papa tak nak dia cakap bukan-bukan nanti.”
“Papa semua tu tak penting pun. Yang penting nikah. Buat apa nak membazir. Am memang anak Dato Ismady. Tapi Am bukan jutawan macam Dato Ismady dan Tan Sri Adam. Am ni polis je papa. Am tak ada kepentingan langsung untuk buat majlis besar-besaran macam tu.”
“Papa tak peduli.” Dato Ismady bertegas.
“Tapi Am peduli papa. Am yang nak kahwin. Am tak nak nak majlis besar-besaran macam tu. Membazir.”
“Papa tetap nak buat majlis besar-besaran.” Dato Ismady bangun dari duduknya. Dua beranak yang tak ada satu persefahaman. Pada akhirnya si anak yang perlu mengalah mengikut segala kehendak dari orang tuanya.
Amsyar geleng. Payah betul nak lenturkan keegoaan papa.
“Papa, Am tak perlu semua tu. Akad nikah yang penting,”
“Papa tetap dengann keputusan papa. Kau suka atau tak majlis tetap akan berlangsung dalam keadaan yang meriah dan besar-besaran. Papa nak undang semua kenalan papa. Kau tak perlu risau. Papa akan uruskan semua.”
“Maksud papa sekarang ni semua urusan perbelanjaan kahwin ni papa nak tanggung. Macam tu?”
Dato Ismady angguk.
“Terpulanglah.” Jawab Amsyar akhirmya. Kenapa nak buat majlis besar-besaran. Nak menunjuk yang mereka mampu. Ada duit banyak. Macam tu? Menunjuk-nunjuk tu sifat keanak-anakan je Anak-anak kecil je yang suka menunjuk-nunjuk barang permainan. Tak kan papa nak dia jadi macam tu. Tujuk isteri cantik Hmm…cantik ke? Tunjuk yang diorang mampu buat majlis gah. Anak Dato katanya. Padahal dia tak mampu pun. Bukan dia yang Dato.
“Macam tak bertanggungjawab pula saya ni kan papa bila papa yang nak kena tanggung majlis kahwin saya.” Dia jawab tak puas hati.
“Kalau nak tunggu dan harapkan gaji kau untuk buat majlis tu memang tak tercapai impian papa nak buat majlis besar-besaran macam tu. Tak perlu kau nak fikirkan soal majlis tu. Kau cuma prepare duit belanja dan mas kawen aje.”
Senangnya cara papa fikir. Lagi seronoklah Alis bahan dia nanti. Tak dapat jugaklah nak buktikan kat Alis yang dia mampu. Aduh! Amsyar malas nak pening-pening. Setuju ajelah dengan permintaan papa kau tu. Hatinya terus menyambung kata-kata. Kalau bertekak dengan papa memang tak akan ada kesudahannya. Sudahnya dua tiga hari baru nak bertegur sapa. Memang dari dulu dia tak bertentang angin dengan papa sendiri.
“Terpulanglah.”
Amsyar terus bergerak tinggalkan Dato Ismady di sofa mewah bewarna merah hati itu sebaik sahaja berkata begitu.
Dato Ismady mengerling ke arah anaknya itu sambil geleng kepala. Dia tak kira, dia dah janji dengan Tan Sri Adam untuk buat yang terbaik jika anaknya mereka bersetuju untuk berkahwin. Tiga hari tiga malam pun dia akan buat. Dia tak peduli Amsyar setuju ke tidak.

“Amsyar nak jadi polis papa. Itu amanah nenek untuk Amsyar. Dia nak tengok Am jadi polis macam Tok wan. Lagipun sejak kecil Am tinggal dengan nenek dan tok wan. Jadi tak salah Am buat apa yang nenek suka. Lagipun memang cita-cita Am nak jadi polis.”
“Habis syarikat papa tu siapa yang nak urus.”
“Jangan harapkan Am semata-mata papa. Am tak minat. Jangan paksa Am. Adik Zarema ada papa. Mintak dia yang uruskan. Mintak dia yang buat. Dia ada pendidikan dalam bidang tu. Bukan Am papa. Am tak berminat.”

            Dato Ismady menarik kaca matanya. Dia gosok perlahan matanya yang terasa pedih. Dia masih ingat ketegasan Amsyar waktu itu. Walaupun dia halang Amsyar tetap berdegil untuk masuk Pulapol. Kalau tak disebabkan bondanya yang beria-ia dia rasa, Amsyar masih boleh ikut kata-katanya. Tapi dulu, hidupnya hanya diperhambakan untuk membuka empayar perniagaan Dia terpaksa tinggalkan Amsyar dengan bonda di kampung. Sebab tu susah nak baca hati Amsyar. Dia bagaikan tak kenal anaknya sendiri. Bila dia dah senang tak salah untuk dia banggakan apa yang dia ada. Peduli soal Amsyar suka atau tidak.
Amsyar menolak pintu biliknya. Penghawa dingin dipasang. Dia bergerak menuju ke jendela. Angin luar terus menyapa ke wajah. Hujan renyai telah berhenti. Dia mendengus perlahan. Beg yang masih tergalas di bahu diambil lalu diletakkan di atas katil semula. Zip beg dibuka dan sekotok rokok Mild Seven dikeluarkan. Disiplin dalam tugas tapi bila bab rokok tetap tak boleh tinggal. Jangan jadi lelakilah kalau tak hisap rokok. Itu teori yang dicipta untuk dirinya sendiri. Tak ada kaiatan untuk lelaki-lelaki lain di luar sana. Tapi dia bukan penghisap rokok tegar. Sekotak ni seminggu agaknya baru habis. Sekadar suka-suka. Bila stress sangat barulah nak layan sebatang dua. Itu yang Alis tak suka agaknya. Konon lelaki korporat tak hisap rokok.
Nak cari yang sempurna bukan dia. Kalau mama tahu dia hisap rokok ni siaplah kena bebel. Mama ingat dia budak kecik agaknya. Yalah, tok wan dulu pun hisap rokok jugak. Bahagia je hidup dengan nenek. Nenek siap balut rokok daun untuk tok wan lagi. Aduh, rindunya kat kampung. Rumah arwah nenek dan tok wan yang dah lama ditinggalkan.
Pemetik api segera dinyalakan ke hujung rokok. Asap mengambil alih angin malam yang segar dan masuk melalui jendela yang dibukanya tadi. Hujan pun sudah berhenti.
 Tiba-tiba bunyi deringan telefon bimbit I phone miliknya berbunyi. Rokok yang baru dihisap lekas-lekas dipadamkan apinya lalu dibuang ke dalam tong sampah. Dia pantas mengambil I-phone yang berada di dalam beg. Bimbang jika ada hal kecemasan yang memerlukan dia kembali semula ke pejabat. Tapi sangkaannya meleset bila nama Alis Zahira yang tertera. Apa gadis ni buat sudah lewat-lewat malam pun masih nak hubunginya. Tak cukup pertemuan makan malam tadi.
Hello!”
“Waalaikummusalam. Kau dah kenapa? Tak tahu nak beza malam ke siang?”
“Rizal? Kenapa kau ada maklumat tentang dia lagi?”
“Oh! Maknanya dia ada hubungi kaulah nak cuti seminggu sebab mak dia sakit. Habis tu kenapa kau tak cakap awal-awal waktu dinner tadi. Sengaja kau nak buang masa aku jumpa kau. Sekarang dah pukul berapa. Bila aku tanya tadi kau tak boleh nak jawab dengan betul ke? Kau main-main sebab benda tu tak kena dekat diri kau.” Alis jumpa dia makan malam konon nak bagi dia maklumat. Alis cakap Rizal apply cuti tiga hari tadi. Sekarang dah seminggu. Seminggu boleh jadi sebulan. Lesap terus. Ingat dia nak biarkan macam itu aje. Alis ni memang nak bagi dia angin satu badan.Tak perlu pun nak sembunyikan maklumat apa-apa. Dia akan siasat sampai jumpa siapa pembunuhnya.
“Kau nak apa lagi?” soalnya tatkala Alis masih berada di talian.
“Am dah balik kerja?” soalan Alis memang macam budak-budak-budak baru nak up. Tak payah soal dia. Selama hari ni pun bukan ada sesiapa pun peduli dia.
“Kenapa beria-ia kau beritahu aku malam ni.”
“Alis nak jumpa Am lagi esok.”
“Jumpa esok? Tengoklah.”Button cancel terus ditolak di skrin. Talian diputuskan olehnya.
“Kau tunggu langit tu tinggi ke rendah ye sayang.”
Amsyar terus bangun mencapai tuala yang terletak dirak tuala. Tuala bewarna biru itu disangkut di bahunya. Dia menyanyi-nyanyi kecil sebelum masuk ke dalam bilik air. Seronok pula tiba-tiba. Seronok atas alasan yang dia kurang pasti. Barangkali gembira dapat sakitkan hati Alis. Entahlah.
           
            Malis Corner Danau Kota
           
“Am nak bawak Alis dinner kat sini je?” Alis muka kelat pandang dia tak puas hati.
“Dah tu kau nak dinner kat mana? Hotel lima bintang. Sorry tak mampu.” Amsyar tolak pintu kereta dan keluar.
Alis muka masam tolak daun pintu ikut dia keluar. Punya cantik dia pakai last-last Amsyar bawak dia datang sini.
“Senyum sikit. Ramai lagi orang susah yang tak dapat makan sedap-sedap. Sini pun dah cukup sedap. Syukur. Belajar bersyukur.” Ujar Amsyar tenang. Dia bergerak masuk ke dalam. Port dia dengan Razif. Nasik lemak yang paling best area ni. Terubat rindu dekat arwah nenek dan tok wan sebab dulu dia selalu bawak mereka datang sini. Bahagia waktu itu dapat bergurau senda dengan diorang berdua. Nenek romantis
“Duduk situ aku ambilkan.” Amsyar ketuk meja dengan jari. Isyarat agar Alis duduk di situ.
“Cepat sikit.” Balas Alis tak puas hati.
“Sabar sikit.” Jawab Amsyar sambil menuju ke kaunter. Nasik lemak special dua jadi pilihan  Selesai buat pesanan dia bawak dulang yang berisi nasik lemak ke kaunter sebelah. Milo kosong ais dua.
“Betul ke awak order air tu?” soal Alis.
“Masih ingat apa yang Alis Zahira suka.” Dia balas rileks.
“Sudu?”
“Nampak sinki tu pergi basuh tangan. Jangan nak belagak sangat.” Selamba dia cakap. Muka tak puas hati Alis tersua. Habuan…ajak lagi dia dinner konon.
“Awak tak boleh ke nak tolong ambilkan saya sudu dan garpu?”
“Aku bukan kuli kau.” dia terus suap nasik ke dalam mulut. Terasa hendak ketawa tengok wajah Alis. Itu baru sikit. Banyak lagi yang kau perlu hadap.
Amsyar pusing pancuran air paip dia atas kepala. Senyum dan terus tersenyum mengingati makan malam yang tak berapa nak indah tadi.


           




Tuesday, March 10, 2015

Sampai Hujung Masa - Prolog

PROLOG

RENUNGAN tajam mata lelaki itu dibalas resah. Tidak keruan jiwanya saat ini. Dia tunduk memandang meja marble hitam itu. Seolah-olah meja itu mampu menghilangkan gelodak jiwanya. Setelah bertahun-tahun lamanya dua mata tidak saling memandang. Dua bibir tidak saling berbahasa. Rupanya jauh ke dasar hati masih ada debaran kencang yang tidak diundang. Wajah itu kian tampan di bawa usia. Kian gagah melebihi dari apa yang pernah dia sangka. Kaca mata dari jenama Ray Ban yang terselit di baju kemeja bewarna biru muda itu kian menonjolkan sisi baru seorang lelaki yang pernah bertahta dihatinya suatu masa lalu. Pertemuan yang nyata menyeret sejarah lalu yang pernah tercatit di dalam hidupnya. Sungguh! Dia tidak menyangka pertemuan yang cuba dia elakkan ini mempertemukan mereka setelah lima tahun terpisah. Tetapi…
“Lama tak jumpa kau kan? Tak sangka pulak aku rupa-rupanya kau calon isteri pilihan papa untuk aku. Beria-ia papa suruh aku jumpa kau. Kau tak rasa jijik ke ni berhadapan dengan aku?” Keras suara itu memulakan bicara setelah lima tahun lamanya. Wajah serius jelas tersua.
I did not know it was you,
Pemilik sebaris nama Amsyar itu ketawa mendengar jawapannya sambil meraup tangannya ke atas rambut hingga ke leher. Mata kuyu itu mana mungkin dia lupa. Dia sedar Amsyar dulu bukanlah Amsyar yang sekarang berada di hadapannya matanya. Jika dahulu bebola mata lelaki ini penuh dengan cahaya cinta untuknya tapi tidak sekarang. Mohamad Amsyar Dato Ismady. Seratus peratus dah berubah.
Dia sedar semua itu sudah berubah. Dia sedar semua itu tidak akan wujud lagi di dalam hati lelaki ini. Dia percaya cinta itu akan hilang di bawa arus kesakitan yang mendalam. Apa maknanya cinta kalau sakit. Dia yakin Amsyar sudah buang jauh-jauh semuanya. Sama seperti dia. Dia benci Amsyar. Benci dengan pilihan dan cita-cita Amsyar. Baginya Amsyar lebih layak untuk mewarisi harta Dato Ismady. Menjadi lelaki korporat itu pilihannya untuk Amsyar. Tapi Amsyar reject mentah-mentah. Dia memilih untuk masuk Pulapol dan berkhidmat sebagai anggota Polis. Dek kerana cinta-cita dan semangat tinggi Amsyar mereka putus. Putus pulak bukan dengan cara yang sopan santun. Putus cara kejam. Sadis sungguh kisah cinta klasik mereka.

“Aku harap kau kena tembak sampai mampos. Aku jijik dengan cita-cita kau tu. Kau ingat bila kau boleh pegang senjata kau hebat?”

“Kalau aku diberi peluang memang aku akan tembak kau sampai mampos!”

Kasar kata-kata yang masih dia ingat sampai bila-bila. Dia tak akan lupa apa yang Alis kata kepadanya. Tidak sama sekali. Tercabar dengan kata-kata itu membuatkan dia bangun dari mimpi dek cinta Alis yang hanya memandang kepada kekayaan dan kemewahan. Hidup di dunia tak perlu nak kejar semua benda tu. Sederhana tu lebih baik. Alis tak fikir, Negara tak akan aman kalau tak ada polis macam dia. Alis silaplah. Dia tetap dengan pendiriannya. Dalam tubuhnya mengalir darah seorang pahlawan. Pahlawan yang sanggup berkorban cinta itu hebat. Itu nasihat atuk dengan tok wan kepadanya dulu. Lagipun dia tak pernah harapkan harta keluarga semata-mata. Sejak kecil dia tinggal dengan atuk dan tok wan. Jadi, biarlah dia pilih cita-citanya sendiri. Sekarang ni papa dan mama sibuk-sibuk nak dia kahwin. Paling sentap bila calon yang tak diundang seperti Alis Zahira. Alis adalah cinta pertama untuknya. Tapi cinta pertama tu cinta tak guna. Buat dia sakit. Buat dia parah. Buat dia angau cuma belum tahap gila.
“Kau rasa boleh bahagia ke dengan aku ni? Aku ni gaji tak macam kau. Gaji aku nak beli pakaian kau mahal-mahal pun tak mampu. Aku takut nanti kau merempat pulak bila kahwin dengan aku. Setakat nak bayar kau masuk toilet 20 sen tu lepas la kot.” Puas hati dapat mukadimah macam ni. Bertahun sangat pendam rasa dalam hati. Itu mukadimah cara terhormat dia bagi.
“Am, kalau saya tahu yang Am tu Amsyar Dato Ismady awal-awal lagi saya cakap tak nak. Saya tak nak tambahkan luka dalam hati awak lagi Am. Saya sedar kesalahan saya dulu. Saya mintak maaf Am. Cukup-cukuplah cerita lama tu tak…” macam tak sanggup nak sambung tak usah dikenang bila tengok bebola mata Asmyar yang semulajadi kuyu tu merenungnya tajam.
Dia cuba berlembut. Menyedari kekasaran kata-katanya lima tahun dahulu. Semua salahnya dulu. Memandang rendah dengan cita-cita lelaki ini. Dia dah berubah kut. Jauh berubah dari apa yang Amsyar sangka. Andai dapat diputarkan masa. Dia lebih rela memilih polis seperti Amsyar dari terjebak dengan buaya-buaya bergelar ahli perniagaan seperti yang dia impikan dulu.
“Nampaknya macam aku dah serah diri kepada kau.”
“Apa maksud awak ni Am?” Alis tidak faham apa yang Amsyar cuba sampaikan. Dia angkat bahu mintak lelaki itu terang bagi dia faham.
“Kau dah dapat peluang yang kau nak.”
“Peluang?” soal lagi sebab tak faham.
“Peluang untuk kau tembak aku.”
Alis mendengus perlahan. Tak kanlah dia nak tembak betul-betul. Dia cakap waktu tengah marah dulu. Time marah tak payah nak persoal la . Temperature mendadak naik sampai otak pun dah tak boleh nak mencerna perkataan yang sopan dan berbunga. Adoi! Apa kau merepek ni Alis?
Past is past,”
“Semudah tu?” Lelaki itu kembali menyoalnya dengan riak wajah yang sukar untuk dia gambarkan. Mata tu…aduh… buat jiwa dia rasa dijentik.
“Dah tu awak nak saya biarkan awak ungkit semuanya sekarang? Bukan ke semua tu melukakan hati awak je. Hati…” dia pandang Amsyar. Payah nak mengaku salah sendiri sebenarnya. “Hati saya…” perlahan sambil tunduk pandang lagi meja tu.
Amsyar geleng. “Hati kau tak luka Alis. Yang luka cuma aku.” Dia yang jadi mangsa. Alis boleh cakap pulak hati dia yang luka. Eh! Eh! Geram pulak dia. Sakitnya tuh di sini.
“Kalau semua tu menambah luka jangan dipersoalkan lagi. Masalahnya sekarang orang tua kita yang beria-ia nak jodohkan kita. Awak rasa?Awak jodoh saya?” Alis soal direct to the point la. Pertemuan ni pun sebab daddy dia yang beria-ia. Dia datang sebab dia hormat permintaan daddy. Tak nak jadi anak derhaka. Dia rasa Amsyar pun sama macam dia. Tak nak jadi anak derhaka. Alasan boleh pakai tapi zaman serba canggih ni macam tak logik sangat. Tapi derhaka dengan logik mana boleh disamakan. Tak dengar kata ibu bapa. Itu memang derhaka. Tak nak dia jadi anak derhaka walaupun macam tak logik zaman ni ibu bapa siap nak jodohkan anak-anak. Tambah-tambah anak tunggal macam dia. Pun kena. Jodoh ni tak kira ‘ barang lama’atau ‘barang baru’.
“Kenapa sampai sekarang kau tak kahwin lagi?” Apa punya soalan dia tanya. Jodoh belum tiba. Klise sangat soalan nak berhadapan dengan cinta lama ni. Rileks Amsyar.
“Tak ada lelaki korporat yang kaya nak kan kau ke? Yang mampu menjamin masa depan kau? Kau cantik cuma tercarik sikit.” Amsyar sambung perbualan. Siap buat bibir herot petot. Bajet menyampahlah sangat dengan Alis.
“Awak bagi soalan awak yang bagi jawapan.”Agaknya sebab banyak sangat soal orang dalam tahanan tu. Itu pasal jadi macam ni.
“Tak faham apa yang tercarik?” Alis soal balik. Sambil pandang baju yang dia pakai. Tak ada pun carik.
Your heart,”
My heart?”Alis kerut kening. Ingatkan bila masuk polis tak perlu nak guna ayat kiasan lagi dah. Kalau cakap direct je kan senang. Tak perlulah dia pening-pening nak fikir bahasa melayu Am yang memang dia tak faham ni. Ini Bahasa Melayu dah macam zaman dia belajar form 6 dulu. Adalah dalam sebulan macam tu sebelum dapat sambung masuk University. Tak kan Melayu hilang di dunia. Tapi dia dah tak nampak sangat dah gadis melayu bila pakai skirt paras paha macam ni.
“Saya tak faham apa yang awak cuba nak sampaikan.”
“Aku tak mampu nak ubah hati kau dulu. Jadi aku biarkan kau hina aku sepuas-puas hati kau.” Alis buat-buat tak faham. Memanglah sebab Alis tak sakit. Dia sorang aje yang merana jiwa dan raga.
Alis ketap bibir. Bagaimana lagi caranya untuk dia perbetulkan kesilapan dulu dek kata-katanya yang begitu menurut emosi. Dia bukan sengaja. Kenapa Amsyar nak ulang lagi.
“Maafkan saya, Am…” ayat macam seorang pelajar tak buat kerja sekolah mintak maaf dengan cikgu.
“Kau boleh kembalikan hati aku yang dah mati ni disebabkan cinta kau dulu?”
“Am…”
“Di sebabkan kau aku tak kahwin sampai sekarang kau tahu tak? Bagi aku perempuan sama aje perangai macam kau tu. Gila pangkat dan kekayaan.” Puas.
“Am…”
“Kau hina cita-cita aku dulu Alis…aku tak akan lupa apa yang pernah kau kata.”
“Am…”
“Kalau pakai cloroks sekalipun belum tentu lagi kesan kata-kata kau tu akan hilang. Tak lenyap sekalipun ditelan bumi.” Parah betul. Agak-agaklah Amsyar.  Jangan tunjuk yang kau tu lemah. Jantan woi!
Amsyar terus bangun dari kerusi itu. Kaca mata disarungkan semula. Sempat dia menghulurkan wang kertas ke arah Alis yang diletakkan di atas meja. Bukan wang kertas berjumlah lima puluh ringgit tapi berjumlah seratus untuk harga minuman Nescafe yang dia pesan tadi.
Alis benar-benar terkesan. Permulaan ke pengakhiran?Dia terpinga-pinga sendirian.


“SAYA tetap dengan cita-cita saya Alis. Saya nak jadi seorang anggota polis. Saya nak berkhidmat untuk Negara dan Bangsa.”
“Tapi saya nak awak jadi lelaki korporat.”
“Awak nak bentuk diri saya jadi macam apa yang awak nak?”
“Awak patut ikut apa yang saya nak, Am!”
“Kehendak dan keinginan awak untuk diri saya? Cukuplah…saya ada pendirian dalam soal cita-cita. Saya tak akan patuh pada apa yang awak mintak.”
“Awak sanggup tolak saya demi cita-cita awak tu?”
“Dah tu?awak nak saya berkorban cita-cita demi kepentingan diri awak? Saya tak perlukan harta papa yang banyak Alis. Saya perlukan semangat dan dorongan dari insan yang dekat dengan saya. Awak Alis. Awak…”
 “Saya tak nak awak jadi polis Am,”
“Saya akan masuk Pulapol lagi dua minggu.”
“Am!”
“Saya dah banyak bekorban untuk awak, Alis.”
“Untuk sekali ni awak tak mampu nak korban untuk saya. Cakap sayang saya. Ikutlah apa yang saya nak. Yang saya mintak. Bukan susah pun.”
“Senangnya awak cakap?” Alis cakap guna ‘otak’ yang dekat bawah bukan dekat ‘atas’.
“Keputusan saya muktamad. Untuk sekali ni saya mintak awak mengalah. Bagi peluang kepada saya untuk buktikan yang saya boleh,”
“Apa yang perlu dibanggakan sangat. Setakat pegang pistol boleh tembak orang sana sini. Rasuah sana sini. Bukannya bagus sangat,” Alis dah melampau. Sebab nila setitik habis rosak susu sebelanga. Dia ada cita-cita. Dia darah pahlawan. Alis hina Polis macam Alis hina atuk dia. Kenapa dengan Alis ni?
Dia geleng. Kesal mendengarkan kata-kata yang terbit dari mulut Alis.
“Aku harap kau kena tembak sampai mampos. Aku jijik dengan cita-cita kau tu. Kau ingat bila kau boleh pegang senjata kau hebat kut?
“Alis!” Alis terus menghina.
“Kalau aku diberi peluang memang aku akan tembak kau sampai mampos!” Puas hati.
Astagfirullahalazim… Alis…apa yang kau buat dulu Alis. Alis memicit-picit kepalanya yang sakit. Kenangan di akhir perpisahan mereka berulang di depan mata. Terbayang Amsyar yang dia lukai hatinya lima tahun yang lalu. Terngiang-ngiang ejekannya terhadap lelaki itu. Apatah lagi penghinaannya terhadap cita-cita lelaki itu lima tahun yang lalu. Malahan dia berniat untuk menembak lelaki itu. Memang dia benar-benar bodoh dan buta perasaan waktu itu.
Angin malam yang berhembus lembut tidak mampu mendamaikan gelora jiwanya akibat pertemuan di siang hari tadi. Dia berdiri di sisi balkoni kaca yang menampakan pemandangan malam yang indah. Bulan dan bintang bersinar penuh di dada langit. Hatinya kian resah. Kerana mulut badan binasa. Ini pepatah melayu yang memang kena untuk diri dia.
Dia menyesal dengan apa yang dia buat. Dia bersalah namun dia sendiri tidak pernah bermimpi yang lelaki pilihan daddy dan mummy adalah Amsyar. Dulu dia dengan Amsyar asyik kisahkan pasal diri mereka aje. Amsyar jarang cerita pasal papa dan mama dia. Yang dia cerita atuk, tokwan. Itu aje dua puluh empat jam.
Cinta rahsia zaman University itu kekal rahsia. Hanya dia dan Amsyar sahaja yang tahu kisah mereka. Entahlah dia tidak pasti kenapa mereka merahsiakan percintaan mereka. Barangkali fokus lebih kepada pelajaran walaupun bercinta bagai nak rak. Macam belangkas berkepit. Seiring dan sejalanlah konon.
Amsyar, sebaris nama yang pernah hadir dalam hidupnya. Hanya kerana pilihan hati Amsyar untuk menjadi polis mereka terpisah. Bahkan kelancangan mulutnya waktu itu membuatkan mereka berpisah seperti musuh. Pertemuan tadi hanya membuka kembali kisah lama yang dia cuba lupakan. Dia akui, adakala hatinya merindui Amsyar . Sejak mereka berpisah dia mencari pengganti Amsyar. Namun, tiada satu pun yang kekal. Sudahnya dengan Amsyar juga dia jumpa. Dengan Amsyar juga dia hendak dijodohkan. Lelaki yang begitu tekad dengan cita-cita itu jugalah yang daddy nak jadikan suaminya.
Alis mendengus perlahan. Dia bergerak masuk semula ke dalam biliknya. Kakinya pantas menuju ke katil dan tilam yang empuk itu. Bilik serba putih itu terasa sepi.I Phone dicapai. Banyak notification yang tertera. Dia terlupa untuk menukarkan mood silent selepas mesyuarat di pejabat siang tadi. Satu mesej dari nombor yang tidak dikenali tertera di aplikasi Whatsapp miliknya. Jari jemari runcing miliknya segera membuka Whatsapp itu.

Aku setuju rancangan orang tua kita. Aku dah bincang dengan papa dan mama. Lagi cepat lagi bagus kita kahwin.

Gambar seorang lelaki yang berpakaian uniform polis sedang memeluk tubuh di amati. Dadanya berdegup kencang. Matanya beralih semula ke arah mesej yang diterima tadi. Oh Tuhan…apakah semua ini? Hatinya menyoal sendiri.
Ya Allah…apakah tujuan Amsyar? Kenapa Amsyar begitu mudah untuk bersetuju dengan rancangan orang tua mereka. Adakah Amsyar punya agendanya yang tersendiri. Lelaki itu benar-benar meletakkan seluruh kesalahan di atas bahunya. Adakah ini satu cubaan untuk membalas dendam di atas kesakitan yang pernah dia pahatkan.

Apa niat awak, Am? Jika awak berniat untuk membalas dendam terhadap saya. Lupakanlah. Baik tak payah.

Niat aku untuk memperisterikan kau. Orang macam kau yang layaknya polis macam aku. Kenapa kau jijik? Aku lebih suci dari kau, Alis. Paling tidak pun polis macam aku ni sudi untuk terima wanita korporat yang berjaya macam kau. Tapi…tak laku-laku. Oh! Kesian dengan you, syg!

Alis ketap bibir. Walaupun dia macam ni tapi dia masih suci. Suka hati aje Amsyar nak cakap dia macam tu.  Amsyar masih memanggilnya Alis. Hanya itu yang masih kekal dalam diri lelaki itu. Lain sekali perilaku Amsyar. Amsyar dulu untuk berkasar dengan jauh sekali. Paling tidak pun dia tegur dengan memanggil nama penuh miliknya. Oh! dia lupa. Amsyar kan dah jadi polis. Eleh berlagak.

Awak ingat bila awak jadi polis saya takut la?

Kau yang nak tembak aku. Bukan aku yang nak tembak kau sampai mampos pun.

Siap ada caption jelir lidah lagi tu.

So, awak nak cakap yang awaklah sekarang yang takut saya. Macam tu?

Entahlah!maybe kut.

Awak fikir hbis2.Kang menyesal pulak bila awak jatuh cinta kali kedua dgn saya.

Seminit dua tida balasan. Dia hantar lagi tak puas hati dengan cara Amsyar.

Am!
Am!
Am!

Busy! Jangan sampai aku block kau.

Berlagak tengah-tengah malam busy apanya. Dia sedar Amsyar cuba mengulangi apa yang pernah dia kata. Dia perlu membayar harga yang mahal jika jodoh mereka berdua memang sudah ditakdirkan. Bukan sedikit kasih sayang yang dulu pernah ada harus diraihnya kembali. Dia sudah dapat bayangkan apa yang akan jadi. Dendam itu sudah bersarang dalam diri Amsyar Dendam itu yang harus dia musnahkan. Penderitaan yang dia cipta jadi dia sendiri yang harus menghapuskan. Sudah puas hatinya menderita dek cinta palsu selepas perpisahan dengan Amsyar. Barangkali Amsyar adalah cinta sejati yang harus dia rebut kembali.
Tetapi mampukah dia? Merebut kembali cinta lelaki itu. Untuk menundukkan lelaki seperti Amsyar bukan seperti menundukkan lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Amsyar yang dia jumpa siang tadi bukan seperti-seperti lelaki lain. Amsyar dengan ketegasannya. Amsyar dengan dendamnya. Amsyar dengan amarahnya. Itulah rumusan yang dapat dia buat setelah lima tahun mereka terpisah. Amsyar ni dia tengok dah macam bapak harimau.

Baiklah…saya ikut tanpa bantahan Inspektor Amsyar.
           

            Alis tersenyum sebaik sahaja button send disentuh.