Tuesday, March 10, 2015

Sampai Hujung Masa - Prolog

PROLOG

RENUNGAN tajam mata lelaki itu dibalas resah. Tidak keruan jiwanya saat ini. Dia tunduk memandang meja marble hitam itu. Seolah-olah meja itu mampu menghilangkan gelodak jiwanya. Setelah bertahun-tahun lamanya dua mata tidak saling memandang. Dua bibir tidak saling berbahasa. Rupanya jauh ke dasar hati masih ada debaran kencang yang tidak diundang. Wajah itu kian tampan di bawa usia. Kian gagah melebihi dari apa yang pernah dia sangka. Kaca mata dari jenama Ray Ban yang terselit di baju kemeja bewarna biru muda itu kian menonjolkan sisi baru seorang lelaki yang pernah bertahta dihatinya suatu masa lalu. Pertemuan yang nyata menyeret sejarah lalu yang pernah tercatit di dalam hidupnya. Sungguh! Dia tidak menyangka pertemuan yang cuba dia elakkan ini mempertemukan mereka setelah lima tahun terpisah. Tetapi…
“Lama tak jumpa kau kan? Tak sangka pulak aku rupa-rupanya kau calon isteri pilihan papa untuk aku. Beria-ia papa suruh aku jumpa kau. Kau tak rasa jijik ke ni berhadapan dengan aku?” Keras suara itu memulakan bicara setelah lima tahun lamanya. Wajah serius jelas tersua.
I did not know it was you,
Pemilik sebaris nama Amsyar itu ketawa mendengar jawapannya sambil meraup tangannya ke atas rambut hingga ke leher. Mata kuyu itu mana mungkin dia lupa. Dia sedar Amsyar dulu bukanlah Amsyar yang sekarang berada di hadapannya matanya. Jika dahulu bebola mata lelaki ini penuh dengan cahaya cinta untuknya tapi tidak sekarang. Mohamad Amsyar Dato Ismady. Seratus peratus dah berubah.
Dia sedar semua itu sudah berubah. Dia sedar semua itu tidak akan wujud lagi di dalam hati lelaki ini. Dia percaya cinta itu akan hilang di bawa arus kesakitan yang mendalam. Apa maknanya cinta kalau sakit. Dia yakin Amsyar sudah buang jauh-jauh semuanya. Sama seperti dia. Dia benci Amsyar. Benci dengan pilihan dan cita-cita Amsyar. Baginya Amsyar lebih layak untuk mewarisi harta Dato Ismady. Menjadi lelaki korporat itu pilihannya untuk Amsyar. Tapi Amsyar reject mentah-mentah. Dia memilih untuk masuk Pulapol dan berkhidmat sebagai anggota Polis. Dek kerana cinta-cita dan semangat tinggi Amsyar mereka putus. Putus pulak bukan dengan cara yang sopan santun. Putus cara kejam. Sadis sungguh kisah cinta klasik mereka.

“Aku harap kau kena tembak sampai mampos. Aku jijik dengan cita-cita kau tu. Kau ingat bila kau boleh pegang senjata kau hebat?”

“Kalau aku diberi peluang memang aku akan tembak kau sampai mampos!”

Kasar kata-kata yang masih dia ingat sampai bila-bila. Dia tak akan lupa apa yang Alis kata kepadanya. Tidak sama sekali. Tercabar dengan kata-kata itu membuatkan dia bangun dari mimpi dek cinta Alis yang hanya memandang kepada kekayaan dan kemewahan. Hidup di dunia tak perlu nak kejar semua benda tu. Sederhana tu lebih baik. Alis tak fikir, Negara tak akan aman kalau tak ada polis macam dia. Alis silaplah. Dia tetap dengan pendiriannya. Dalam tubuhnya mengalir darah seorang pahlawan. Pahlawan yang sanggup berkorban cinta itu hebat. Itu nasihat atuk dengan tok wan kepadanya dulu. Lagipun dia tak pernah harapkan harta keluarga semata-mata. Sejak kecil dia tinggal dengan atuk dan tok wan. Jadi, biarlah dia pilih cita-citanya sendiri. Sekarang ni papa dan mama sibuk-sibuk nak dia kahwin. Paling sentap bila calon yang tak diundang seperti Alis Zahira. Alis adalah cinta pertama untuknya. Tapi cinta pertama tu cinta tak guna. Buat dia sakit. Buat dia parah. Buat dia angau cuma belum tahap gila.
“Kau rasa boleh bahagia ke dengan aku ni? Aku ni gaji tak macam kau. Gaji aku nak beli pakaian kau mahal-mahal pun tak mampu. Aku takut nanti kau merempat pulak bila kahwin dengan aku. Setakat nak bayar kau masuk toilet 20 sen tu lepas la kot.” Puas hati dapat mukadimah macam ni. Bertahun sangat pendam rasa dalam hati. Itu mukadimah cara terhormat dia bagi.
“Am, kalau saya tahu yang Am tu Amsyar Dato Ismady awal-awal lagi saya cakap tak nak. Saya tak nak tambahkan luka dalam hati awak lagi Am. Saya sedar kesalahan saya dulu. Saya mintak maaf Am. Cukup-cukuplah cerita lama tu tak…” macam tak sanggup nak sambung tak usah dikenang bila tengok bebola mata Asmyar yang semulajadi kuyu tu merenungnya tajam.
Dia cuba berlembut. Menyedari kekasaran kata-katanya lima tahun dahulu. Semua salahnya dulu. Memandang rendah dengan cita-cita lelaki ini. Dia dah berubah kut. Jauh berubah dari apa yang Amsyar sangka. Andai dapat diputarkan masa. Dia lebih rela memilih polis seperti Amsyar dari terjebak dengan buaya-buaya bergelar ahli perniagaan seperti yang dia impikan dulu.
“Nampaknya macam aku dah serah diri kepada kau.”
“Apa maksud awak ni Am?” Alis tidak faham apa yang Amsyar cuba sampaikan. Dia angkat bahu mintak lelaki itu terang bagi dia faham.
“Kau dah dapat peluang yang kau nak.”
“Peluang?” soal lagi sebab tak faham.
“Peluang untuk kau tembak aku.”
Alis mendengus perlahan. Tak kanlah dia nak tembak betul-betul. Dia cakap waktu tengah marah dulu. Time marah tak payah nak persoal la . Temperature mendadak naik sampai otak pun dah tak boleh nak mencerna perkataan yang sopan dan berbunga. Adoi! Apa kau merepek ni Alis?
Past is past,”
“Semudah tu?” Lelaki itu kembali menyoalnya dengan riak wajah yang sukar untuk dia gambarkan. Mata tu…aduh… buat jiwa dia rasa dijentik.
“Dah tu awak nak saya biarkan awak ungkit semuanya sekarang? Bukan ke semua tu melukakan hati awak je. Hati…” dia pandang Amsyar. Payah nak mengaku salah sendiri sebenarnya. “Hati saya…” perlahan sambil tunduk pandang lagi meja tu.
Amsyar geleng. “Hati kau tak luka Alis. Yang luka cuma aku.” Dia yang jadi mangsa. Alis boleh cakap pulak hati dia yang luka. Eh! Eh! Geram pulak dia. Sakitnya tuh di sini.
“Kalau semua tu menambah luka jangan dipersoalkan lagi. Masalahnya sekarang orang tua kita yang beria-ia nak jodohkan kita. Awak rasa?Awak jodoh saya?” Alis soal direct to the point la. Pertemuan ni pun sebab daddy dia yang beria-ia. Dia datang sebab dia hormat permintaan daddy. Tak nak jadi anak derhaka. Dia rasa Amsyar pun sama macam dia. Tak nak jadi anak derhaka. Alasan boleh pakai tapi zaman serba canggih ni macam tak logik sangat. Tapi derhaka dengan logik mana boleh disamakan. Tak dengar kata ibu bapa. Itu memang derhaka. Tak nak dia jadi anak derhaka walaupun macam tak logik zaman ni ibu bapa siap nak jodohkan anak-anak. Tambah-tambah anak tunggal macam dia. Pun kena. Jodoh ni tak kira ‘ barang lama’atau ‘barang baru’.
“Kenapa sampai sekarang kau tak kahwin lagi?” Apa punya soalan dia tanya. Jodoh belum tiba. Klise sangat soalan nak berhadapan dengan cinta lama ni. Rileks Amsyar.
“Tak ada lelaki korporat yang kaya nak kan kau ke? Yang mampu menjamin masa depan kau? Kau cantik cuma tercarik sikit.” Amsyar sambung perbualan. Siap buat bibir herot petot. Bajet menyampahlah sangat dengan Alis.
“Awak bagi soalan awak yang bagi jawapan.”Agaknya sebab banyak sangat soal orang dalam tahanan tu. Itu pasal jadi macam ni.
“Tak faham apa yang tercarik?” Alis soal balik. Sambil pandang baju yang dia pakai. Tak ada pun carik.
Your heart,”
My heart?”Alis kerut kening. Ingatkan bila masuk polis tak perlu nak guna ayat kiasan lagi dah. Kalau cakap direct je kan senang. Tak perlulah dia pening-pening nak fikir bahasa melayu Am yang memang dia tak faham ni. Ini Bahasa Melayu dah macam zaman dia belajar form 6 dulu. Adalah dalam sebulan macam tu sebelum dapat sambung masuk University. Tak kan Melayu hilang di dunia. Tapi dia dah tak nampak sangat dah gadis melayu bila pakai skirt paras paha macam ni.
“Saya tak faham apa yang awak cuba nak sampaikan.”
“Aku tak mampu nak ubah hati kau dulu. Jadi aku biarkan kau hina aku sepuas-puas hati kau.” Alis buat-buat tak faham. Memanglah sebab Alis tak sakit. Dia sorang aje yang merana jiwa dan raga.
Alis ketap bibir. Bagaimana lagi caranya untuk dia perbetulkan kesilapan dulu dek kata-katanya yang begitu menurut emosi. Dia bukan sengaja. Kenapa Amsyar nak ulang lagi.
“Maafkan saya, Am…” ayat macam seorang pelajar tak buat kerja sekolah mintak maaf dengan cikgu.
“Kau boleh kembalikan hati aku yang dah mati ni disebabkan cinta kau dulu?”
“Am…”
“Di sebabkan kau aku tak kahwin sampai sekarang kau tahu tak? Bagi aku perempuan sama aje perangai macam kau tu. Gila pangkat dan kekayaan.” Puas.
“Am…”
“Kau hina cita-cita aku dulu Alis…aku tak akan lupa apa yang pernah kau kata.”
“Am…”
“Kalau pakai cloroks sekalipun belum tentu lagi kesan kata-kata kau tu akan hilang. Tak lenyap sekalipun ditelan bumi.” Parah betul. Agak-agaklah Amsyar.  Jangan tunjuk yang kau tu lemah. Jantan woi!
Amsyar terus bangun dari kerusi itu. Kaca mata disarungkan semula. Sempat dia menghulurkan wang kertas ke arah Alis yang diletakkan di atas meja. Bukan wang kertas berjumlah lima puluh ringgit tapi berjumlah seratus untuk harga minuman Nescafe yang dia pesan tadi.
Alis benar-benar terkesan. Permulaan ke pengakhiran?Dia terpinga-pinga sendirian.


“SAYA tetap dengan cita-cita saya Alis. Saya nak jadi seorang anggota polis. Saya nak berkhidmat untuk Negara dan Bangsa.”
“Tapi saya nak awak jadi lelaki korporat.”
“Awak nak bentuk diri saya jadi macam apa yang awak nak?”
“Awak patut ikut apa yang saya nak, Am!”
“Kehendak dan keinginan awak untuk diri saya? Cukuplah…saya ada pendirian dalam soal cita-cita. Saya tak akan patuh pada apa yang awak mintak.”
“Awak sanggup tolak saya demi cita-cita awak tu?”
“Dah tu?awak nak saya berkorban cita-cita demi kepentingan diri awak? Saya tak perlukan harta papa yang banyak Alis. Saya perlukan semangat dan dorongan dari insan yang dekat dengan saya. Awak Alis. Awak…”
 “Saya tak nak awak jadi polis Am,”
“Saya akan masuk Pulapol lagi dua minggu.”
“Am!”
“Saya dah banyak bekorban untuk awak, Alis.”
“Untuk sekali ni awak tak mampu nak korban untuk saya. Cakap sayang saya. Ikutlah apa yang saya nak. Yang saya mintak. Bukan susah pun.”
“Senangnya awak cakap?” Alis cakap guna ‘otak’ yang dekat bawah bukan dekat ‘atas’.
“Keputusan saya muktamad. Untuk sekali ni saya mintak awak mengalah. Bagi peluang kepada saya untuk buktikan yang saya boleh,”
“Apa yang perlu dibanggakan sangat. Setakat pegang pistol boleh tembak orang sana sini. Rasuah sana sini. Bukannya bagus sangat,” Alis dah melampau. Sebab nila setitik habis rosak susu sebelanga. Dia ada cita-cita. Dia darah pahlawan. Alis hina Polis macam Alis hina atuk dia. Kenapa dengan Alis ni?
Dia geleng. Kesal mendengarkan kata-kata yang terbit dari mulut Alis.
“Aku harap kau kena tembak sampai mampos. Aku jijik dengan cita-cita kau tu. Kau ingat bila kau boleh pegang senjata kau hebat kut?
“Alis!” Alis terus menghina.
“Kalau aku diberi peluang memang aku akan tembak kau sampai mampos!” Puas hati.
Astagfirullahalazim… Alis…apa yang kau buat dulu Alis. Alis memicit-picit kepalanya yang sakit. Kenangan di akhir perpisahan mereka berulang di depan mata. Terbayang Amsyar yang dia lukai hatinya lima tahun yang lalu. Terngiang-ngiang ejekannya terhadap lelaki itu. Apatah lagi penghinaannya terhadap cita-cita lelaki itu lima tahun yang lalu. Malahan dia berniat untuk menembak lelaki itu. Memang dia benar-benar bodoh dan buta perasaan waktu itu.
Angin malam yang berhembus lembut tidak mampu mendamaikan gelora jiwanya akibat pertemuan di siang hari tadi. Dia berdiri di sisi balkoni kaca yang menampakan pemandangan malam yang indah. Bulan dan bintang bersinar penuh di dada langit. Hatinya kian resah. Kerana mulut badan binasa. Ini pepatah melayu yang memang kena untuk diri dia.
Dia menyesal dengan apa yang dia buat. Dia bersalah namun dia sendiri tidak pernah bermimpi yang lelaki pilihan daddy dan mummy adalah Amsyar. Dulu dia dengan Amsyar asyik kisahkan pasal diri mereka aje. Amsyar jarang cerita pasal papa dan mama dia. Yang dia cerita atuk, tokwan. Itu aje dua puluh empat jam.
Cinta rahsia zaman University itu kekal rahsia. Hanya dia dan Amsyar sahaja yang tahu kisah mereka. Entahlah dia tidak pasti kenapa mereka merahsiakan percintaan mereka. Barangkali fokus lebih kepada pelajaran walaupun bercinta bagai nak rak. Macam belangkas berkepit. Seiring dan sejalanlah konon.
Amsyar, sebaris nama yang pernah hadir dalam hidupnya. Hanya kerana pilihan hati Amsyar untuk menjadi polis mereka terpisah. Bahkan kelancangan mulutnya waktu itu membuatkan mereka berpisah seperti musuh. Pertemuan tadi hanya membuka kembali kisah lama yang dia cuba lupakan. Dia akui, adakala hatinya merindui Amsyar . Sejak mereka berpisah dia mencari pengganti Amsyar. Namun, tiada satu pun yang kekal. Sudahnya dengan Amsyar juga dia jumpa. Dengan Amsyar juga dia hendak dijodohkan. Lelaki yang begitu tekad dengan cita-cita itu jugalah yang daddy nak jadikan suaminya.
Alis mendengus perlahan. Dia bergerak masuk semula ke dalam biliknya. Kakinya pantas menuju ke katil dan tilam yang empuk itu. Bilik serba putih itu terasa sepi.I Phone dicapai. Banyak notification yang tertera. Dia terlupa untuk menukarkan mood silent selepas mesyuarat di pejabat siang tadi. Satu mesej dari nombor yang tidak dikenali tertera di aplikasi Whatsapp miliknya. Jari jemari runcing miliknya segera membuka Whatsapp itu.

Aku setuju rancangan orang tua kita. Aku dah bincang dengan papa dan mama. Lagi cepat lagi bagus kita kahwin.

Gambar seorang lelaki yang berpakaian uniform polis sedang memeluk tubuh di amati. Dadanya berdegup kencang. Matanya beralih semula ke arah mesej yang diterima tadi. Oh Tuhan…apakah semua ini? Hatinya menyoal sendiri.
Ya Allah…apakah tujuan Amsyar? Kenapa Amsyar begitu mudah untuk bersetuju dengan rancangan orang tua mereka. Adakah Amsyar punya agendanya yang tersendiri. Lelaki itu benar-benar meletakkan seluruh kesalahan di atas bahunya. Adakah ini satu cubaan untuk membalas dendam di atas kesakitan yang pernah dia pahatkan.

Apa niat awak, Am? Jika awak berniat untuk membalas dendam terhadap saya. Lupakanlah. Baik tak payah.

Niat aku untuk memperisterikan kau. Orang macam kau yang layaknya polis macam aku. Kenapa kau jijik? Aku lebih suci dari kau, Alis. Paling tidak pun polis macam aku ni sudi untuk terima wanita korporat yang berjaya macam kau. Tapi…tak laku-laku. Oh! Kesian dengan you, syg!

Alis ketap bibir. Walaupun dia macam ni tapi dia masih suci. Suka hati aje Amsyar nak cakap dia macam tu.  Amsyar masih memanggilnya Alis. Hanya itu yang masih kekal dalam diri lelaki itu. Lain sekali perilaku Amsyar. Amsyar dulu untuk berkasar dengan jauh sekali. Paling tidak pun dia tegur dengan memanggil nama penuh miliknya. Oh! dia lupa. Amsyar kan dah jadi polis. Eleh berlagak.

Awak ingat bila awak jadi polis saya takut la?

Kau yang nak tembak aku. Bukan aku yang nak tembak kau sampai mampos pun.

Siap ada caption jelir lidah lagi tu.

So, awak nak cakap yang awaklah sekarang yang takut saya. Macam tu?

Entahlah!maybe kut.

Awak fikir hbis2.Kang menyesal pulak bila awak jatuh cinta kali kedua dgn saya.

Seminit dua tida balasan. Dia hantar lagi tak puas hati dengan cara Amsyar.

Am!
Am!
Am!

Busy! Jangan sampai aku block kau.

Berlagak tengah-tengah malam busy apanya. Dia sedar Amsyar cuba mengulangi apa yang pernah dia kata. Dia perlu membayar harga yang mahal jika jodoh mereka berdua memang sudah ditakdirkan. Bukan sedikit kasih sayang yang dulu pernah ada harus diraihnya kembali. Dia sudah dapat bayangkan apa yang akan jadi. Dendam itu sudah bersarang dalam diri Amsyar Dendam itu yang harus dia musnahkan. Penderitaan yang dia cipta jadi dia sendiri yang harus menghapuskan. Sudah puas hatinya menderita dek cinta palsu selepas perpisahan dengan Amsyar. Barangkali Amsyar adalah cinta sejati yang harus dia rebut kembali.
Tetapi mampukah dia? Merebut kembali cinta lelaki itu. Untuk menundukkan lelaki seperti Amsyar bukan seperti menundukkan lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Amsyar yang dia jumpa siang tadi bukan seperti-seperti lelaki lain. Amsyar dengan ketegasannya. Amsyar dengan dendamnya. Amsyar dengan amarahnya. Itulah rumusan yang dapat dia buat setelah lima tahun mereka terpisah. Amsyar ni dia tengok dah macam bapak harimau.

Baiklah…saya ikut tanpa bantahan Inspektor Amsyar.
           

            Alis tersenyum sebaik sahaja button send disentuh. 

5 comments:

  1. Not bad....
    Sorry dear nak inform pasal ayat ni "bukan seperti-seperti lelaki lain."
    Rasanya lagi sesuai kalau gunakan ayat ni "bukan seperti lelaki-lelaki lain."
    Good luck with ur new novel...
    Semoga dipermudahkan...amin....

    ReplyDelete
  2. Wowwww cerita ni pun menarik kaq Faz.. Mohon siapkan tau ^_^

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...