Thursday, November 24, 2011

Sinopsis Di Sebalik Rahsia Cinta


 


MOHD KHYRILL ZAFRIE seorang pemain bola yang menjadi pujaan ramai wanita-wanita di luar  sana. Namun cintanya hanya milik gadis itu. Gadis ‘comel yang bisu’. Percintaan yang terjalin itu membawa mereka ke satu titik nohtah pada sebuah perhubungan cinta iaitu ikatan perkahwinan. Namun, saat mereka hampir disatukan, Khyrill terpaksa pergi. Pergi ke satu destinasi jauh demi cita-cita yang melangit. Perkahwinan itu terpaksa di tunda. Dia harus pergi dan membawa cintanya yang begitu menggunung terhadap si gadis. Pemergiannya itu benar-benar membuatkan dua wanita yang paling di sayangi tersiksa. Separuh jiwa mereka seoalah-olah hilang seiring dengan kepermegiaan Khyrill.

NUR IRIS ARISYA Si gadis ‘comel yang bisu’. Itulah gelaran yang diberikan oleh Khyrill Zafrie untuknya di awal perkenalan. Percintaan yang di lalui bersama pria pujaan itu begitu banyak rintangan. Luluh hatinya saat di khabarkan bahawa kekasih hati yang selalu berada di depan mata akan pergi jauh meninggalkannya. Hidup berjauhan amat menyiksakan. Rintangan demi rintangan akhirnya membawa kepada sebuah kehancuran. Ikatan terlerai dek perasaan cemburu yang mendalam. Di saat luka masih berdarah itulah datang seseorang yang mahu mengetuk pintu hatinya. Cuba memberi bunga-bunga cinta. Namun hatinya hanya milik Khyrill Zafrie. Biarpun lelaki itu seringkali melukakan hatinya. Dia keliru antara cinta dan bayangan kekasih lama.

TENGKU FAUZIE Siapa tidak kenal dia?Lelaki kaya yang mempunyai ramai teman wanita. Lelaki kacak yang tidak percaya pada cinta. Baginya cinta umpama pakaian yang indah di pakai dan boleh di buang apabila lusuh. Mengenali Arisya membuatkan dia terbuai dalam satu perasaan aneh. Namun sayangnya, cinta Arisya umpama mimpi dalam mimpi. Hati gadis itu terlalu sukar untuk menerima salam cintanya. Kecewakah dia?Marahkan dia?Apakah yang kurangnya pada dia berbanding Khyrill Zafrie?Hanya kerana Khyrill Zafrie itu pemain bola?Itukah?

Segala yang berlaku  pasti ada rahsia di sebaliknya. Mampukah Khyrill hidup tanpa cinta Arisya.  Tanpa sokongan dari ibu tercinta. Bagaimana dengan hati Arisya yang sarat dengan luka dek keputusan Khyrill yang terburu-buru untuk meninggalkannya itu. Masih adakah cinta untuk lelaki yang pernah melukai itu. Untuk apa kehadiranmu jika semuanya dusta semata-mata.  Dusta yang melemparkan aku ke lembah penuh sengsara…

No comments:

Post a Comment

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...