SILAUAN cahaya matahari yang masuk membuatkan Fauzie terjaga. Dia memandang sekeliling. Jam di tangan sudah hampir menunjukkan pukul 10.00 pagi. Suasana sejuk di dalam bilik hotel itu bagaikan menarik-narik tubuhnya untuk menyambung semula tidurnya yang diganggu oleh cahaya matahari yang masuk itu.
Dia kemudiannya bersandar di birai katil sambil meraup mukanya beberapa kali. Nazirah di sebelahnya belum terjaga. Entah pukul berapa mereka tidur semalam dia sendiri tidak sedar. Sewaktu pulang dari kelab, waktu sudah hampir subuh. Memang begitulah rutin hariannya apabila tiba waktu hujung minggu. Bilik hotel ini sudah menjadi rumah kedua buatnya.
Entah sampai bila harus begini. Hidup bergelumang dengan dosa dan noda. Pernah juga dia menyuarakan hasrat hati kepada Syamirr untuk berubah apabila dia menjumpai wanita yang mampu membimbingnya dan membuatkan dia percaya pada cinta. Namun hanya tawa yang diterima, mana mungkin akan jumpa jika dia sendiri asyik pergi ke lubuk yang sama. Balik-balik perempuan yang macam Nazirah juga yang akan ditemuinya.
Dia bingkas bangun. Mengutip pakaian yang berselerakan di atas lantai. Hadiah yang istimewa sudah seringkali dia dapat. Dia tersenyum sendiri sambil berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Lama dia berada di dalam bilik air. Melayani cerita dan kehidupan semalam. Fikirannya melayang pula kepada Arisya. Entah kenapa, secara tiba-tiba dia teringatkan gadis itu. Petang semalam dia mengenakan gadis itu. Tiba-tiba sahaja dia diburu perasaan bersalah.
Setengah jam kemudian dia keluar dari bilik air dan segera menuju ke almari pakaian. Matanya memandang ke arah Nazirah yang masih lagi di ulit mimpi. Nyenyak benar dia tidur.
Selesai sahaja bersiap-siap dia segera mencapai kunci kereta dan keluar meninggalkan Nazirah keseorangan di dalam bilik hotel itu. Dia tahu Nazirah tidak kisah. Bukannya ini kali pertama dia melakukan begitu. Sudah banyak kali.
Suasana di banglo Dato Tengku Amri dan Datin Fadila sunyi sepi sewaktu dia sampai tadi. Tentu mama dan papanya berada di belakang. Bukan dia tidak tahu, papa da mamanya itu asyik benar dengan kebun-kebun sayur yang terdapat di belakang rumah banglo itu. Tanah yang luas itu langsung tidak di biarkan kosong. Kadang-kadang itu terasa seperti tinggal di kampung.
“Hai..anak mama baru balik?Tidur mana?”soal Datin Fadila sebaik sahaja ternampak batang tubuh Fauzie di pintu itu. Hari minggu sahaja pasti anaknya itu tidak pulang ke rumah. Kalau pulang sekalipun waktu matahari sudah menampakkan cahayanya.
“Biasalah mama..mana lagi.”celah suaminya pula. Datin Fadila hanya menggelengkan kepala.Fauzie pula hanya tersenyum kelat. Dia tahu mama dan papanya tidak kisah. Ini bukan yang pertama kali.
“Okeylah mama..papa..Fauzie naik atas dulu. Ada kerja sedikit..”ucapnya pula. Dia tahu, makin lama nanti pasti ada sahaja perkara yang akan di soal oleh mamanya nqanti. Jadi lebih baik dia mengelak.
“Saya dah penat abang hendak menasihatkan anak teruna awak yang sorang tu, perangai tak pernah berubah. Umur sudahlah makin meningkat. Nak dicarikan jodoh, tak mahu, tak bersedia. Susah betul budak zaman sekarang.” ucap Datin Fadila lagi.
“Tahu la dia jaga diri.”
Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh suaminya. Datuk Tengku Amri memang begitu, dia lebih terbuka dalam mendidik anak-anaknya. Jiwa budak muda, memang begitu baginya. Sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru sementara umur masih muda. Dia memang terlalu memanjakan anak-anaknya. Berlainan pula dengan Datin Fadila yang amat serius dalam mendidik anak-anaknya.
“Perangai anak sama aje ngan papanya time muda. Tutur Datin Fadila sambil tersenyum. Datuk Tengku Amri tersenyum kelat. Apalagi yang perlu dia nafikan kerana kata-kata isterinya itu sememangnya benar-benar belaka. Memang perangainya juga tidak ubah seperti Fauzie sewaktu muda. Bapak borek anak rintik.
“Awak mesti nasihatkan dia, bang. Saya tak nak dia makin hanyut dengan keseronokan dunia yang sementara ni.”
“Ya lah..Bukan saya tak pernah nasihatkan dia. Tapi orang muda..biasalah tu..”
“Kita dulu pun muda jugak bang, tapi tak adalah sampai macam ni. Hari minggu je hilang. Keseronokkan tak akan membawa mereka ke mana-mana bang..”
“Zaman kita dulu lain Fadila..”
“Sebab lainlah yang kita perlu lebih mengambil berat tentang mereka. Zaman sekarang yang mencabar ini macam-macam perkara yang terduga boleh berlaku dalam sekelip mata. Tersilap satu langkah pun keadaan dah berubah, bang.”
“Budak-budak sekarang tak boleh di paksa sangat, Fadila. Nanti makin menjadi-jadi. Lagipun anak kita tu tidak pernah abaikan soal kerja walaupun selalu berseronok di luar. Darah muda katakan.”
Datin Fadila sekadar berdehem. Dia risau benar dengan sekap anak-anaknya. Yang perempuan cara perempuan. Yang lelaki pun sama. Ini yang depan mata, yang jauh bagaimana pula. Pening juga kepala bila memikirkannya.
***
HAMPIR seharian Arisya berkurung di dalam bilik. Hatinya luka. Air mata menjadi teman setianya kala ini. Mengenangkan perjalanan cinta ini. Apakah dia yang tertipu dengan kepalsuan Khyrill selama ini. Sebagai seorang kekasih, pasti sedikit sebanyak dia merasa risau,cemburu dan bermacam-macam, lagi perasaan yang menghuni jiwanya. Dia cuba berlagak tenang seolah–olah tidak ada apa yang berlaku. Namun hakikat yang sebenar dia gagal untuk mengawal emosinya.
Lagipun dia bukan sah menjadi milik Khyrill. Bila-bila masa sahaja lelaki itu boleh pergi meninggalkannya. Bukan dia tidak mahu percaya kerana bukti semakin jelas di depan mata. Perkara yang di takutkan selama ini sudah terjadi. Apakah hidup di sana benar-benar merubah lelaki itu.
Ya Allah..hanya kau yang maha mengetahui segalanya. Kau tunjukkanlah aku jalan yang sebenar-benarnya. Aku tak mahu kehilangannya.
Kekasih, sejak kau menghuni jiwaku tiada sekuntum kumbang pun yang mampu menggugat hatiku. Adakah kau setia di kejauhan ini sebagaimana aku yang setia mencintaimu..yang setia merinduimu. Kekasih katakanlah, cintamu masih utuh untukku..katakanlah hanya aku sahaja dihatimu. Rintih hati Arisya lagi.
Derapan tapak kaki yang meniti di tangga rumah sewanya membuatkan lamuanannya terhenti. Mungkin Emilia yang baru pulang dari kerja. Pintu biliknya di kuak. Terpacul wajah Emilia dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
“Kau ni kenapa? Kau menangis.!”Soalnya sebaik sahaja terpandangkan wajah Arisya dengan mata yang sembab itu.
“Ish, kau ni. Sibuk je.! Dah la masuk bilik aku tak ketuk pintu. Pakai redah je.!” “Hehehe..sorrylah kawan. Hang ni kenapa?..”Soal Emilia semula.
“Entahlah?aku tak tahu samada aku patut cerita pada kau atau tak. Tapi sekarang aku sedih sangat. Aku tak sangka semuanya akan jadi teruk macam ni.”Ungkap Arisya sebelum duduk di kerusi meja tulisnya.
“Kenapa?Siapa yang buat hang sedih macam ni?”
“Kau tengoklah sendiri..”ungkap Arisya perlahan sebelum menunjukkan gambar-gambar yang terdapat di dalam komputer ribanya itu kepada Emilia.
“Hah!!Biar betul ni, Sya.!”Terbeliak mata Emilia sebaik sahaja terpandangkan gambar-gambar tersebut.
“Betul ke ni Khyrill?Hish..!biar betul ni?!Tak kan Khyrill macam ni kot?seksinya perempuan ni?Mak oiii....botol arak bergelimpangan.” Sambung Emilia lagi dengan muka terkejut beruknya itu.
“Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku tak sangka dia berubah sampai macam ni?mungkin ini kehidupan yang dia nak sangat bila berjauhan dari aku, dari family dia.” Ungkap Arisya sayu.Air mata jernih sekali lagi mengambil tempat di pipinya yang mulus.
“Hang dah tanya Rill, Risya? betul ke dia buat macam ni?siapa pula yang hantar gambar-gambar ni?”
“Dia mengaku memang dia pergi disko. Tapi dia tak mengaku yang dia minum air kencing syaitan tu. Kau sendiri boleh tengok kan?gelas yang perempuan seksi tu beri pada dia. Semuanya ada bukti. Aku tak tahu siapa pengirimnya and apa motif dia buat macam ni. Aku cuba balas tapi alamat e-mail tu sudah di block.”
Ungkap Arisya sambil air mata yang bersisa itu di kesat.
“Tapi aku masih percaya yang Rill tak buat semua benda-benda tu. Aku rasa dia masih bersih dari semua itu. Mungkin tekanan hidup di sana buat dia macam tu. Lagipun hang sendiri tak tahu siapa yang hantar gambar-gambar ini pada hang. Mungkin ni cuma rancangan jahat orang yang tak suka dengan hang dan Khyrill.”
“Aku cuba tak nak percaya. Tapi gambar-gambar ni buat hati aku hancur luluh dengan sikap dia. Kalau dia tidak minum arak sekalipun dia tak sepatutnya pergi tempat-tempat macam ni. Kau tengoklah gambar perempuan seksi ni?siapa perempuan ni?kau nak cakap mereka kawan?tapi kawan yang macam mana?”Soal Arisya pula. Lama Emilia terdiam.
“Mungkin itu salah seorang dari peminatnya.”sambungnya tiba-tiba. Kali ini giliran Arisya pula yang terdiam. Di sebalik kata-kata Emilia itu ada kebenarannya. Di sini pun sudah selalu sangat dia melihat peminat-peminat perempuan Khyrill memeluk lelaki itu. Jadi tak mustahil di sana juga ada.
“Tapi aku seoalah-olah pernah melihat wajah perempuan di dalam gambar ini.”Arisya kembali bersuara.
“Mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Dalam dunia ni bukankah ada tujuh wajah yang seiras dengan kita.”
“Entahlah..Aku takut untuk meletakkan kepercayaan aku pada dia lagi. Aku takut terluka dengan cinta ini. Aku bukan siapa-siapa. Cuma kekasih yang boleh ditinggalkan bila-bila masa sahaja. Aku takut mimpi-mimpi aku sebelum dia melangkah pergi menjadi kenyataan.” Sekali lagi kelopak matanya bertakung air jernih yang bila-bila masa sahaja akan pecah menjadi titisan-titisan bisa.
Emilia merapatinya. Memeluk erat bahu sahabatnya itu sambil menyambung kata-katanya.“Arisya, bercinta dengan lelaki yang popular seperti Khyrill hang perlu terima risikonya. Yakinkan diri bahawa tiada apa yang akan berlaku. Mimpi itukan mainan tidur. Agaknya sebab hang terlalu rindukan dia sangat tu. Sudahlah..jangan menangis macam ni. Aku rasa tak ada apa-apalah. Khyrill sendiri yang cakap dia masih mampu nak bezakan halal dan haram. Hang mesti tanamkan kepercayaan tu dalam hati hang ni.”
Tutur Emilia sambil jari telunjuknya dihalakan tepat ke dada Arisya.
“Jadi apa yang perlu aku buat. Nak maafkan dia?macam tu..”
“Itu yang lebih baik, Risya. Kemaafan itu bukankah dendam yang terindah.”
Ucap Emilia lagi sambil tersenyum. Mendengarkan kata-kata Emilia membuatkan dia tidak mampu menarik muka masam lama-lama. Lagipun memang itulah yang dia harapkan. Secebis senyuman itu mampu membuang segala gundah yang bersarang di jiwa.
“Tapi aku perlukan masa. Tak mudah untuk merawat hati yang luka.”
“Luka itu boleh sembuh jika hang buka pintu hati hang, mata hati hang untuk hulurkan kemaafan tu. Hanya orang yang tak reti untuk menilai sahaja akan cakap cinta itu indah. Sedangkan cinta itu ada pahit manisnya. Ada luka..ada perit.”
Kali ini sekali lagi kata-kata Emilia membuatkan Arisya terdiam. Entahlah, cinta..ada apa dengan cinta?Bisik hati Arisya lagi.
***
SEMENJAK dari pagi hingga ke malam dia setia menunggu kata maaf dari Arisya. Namun hampa kerana gadis itu, masih tidak mahu menjawab sebarang mesej mahupun panggilan telefon yang dibuatnya. Sungguh sunyi rasanya. Tak mungkin Arisya sudah membencinya. Dia tahu, dia bersalah tapi patutkah dia di hukum sebegini sekali.
Masih dia ingat usikan adiknya, Khuzaimie. Tentang keresahan yang bermukim di hatinya saat Arisya pulang ke Kuala Lumpur untuk menyambung kembali pengajiaan selepas habis cuti semester. Keresahan itu memaksanya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Memohon pertukaran untuk bermain di kelab lain. Walaupun beribu rintangan dan halangan yang terpaksa di lalui, dia tekad untuk berhijrah.
Bukan mudah untuk membuat pertukaran di sana. Banyak yang menghalang kepermergiaannya untuk ke Kuala Lumpur. Bukan dia lupa akan janji-janji yang pernah di kata, tapi kuasa cinta. Siapa dapat menghalang. Dan yang pasti suatu hari nanti, dia akan kembali semula di tempat ia bermula.
Bukan hanya semata-mata kerana cinta, tapi kerana dia juga ingin mencari pengalaman yang berharga. Walaupun berat hati untuk meninggalkan tempat di mana segalanya bermula, namun dia yakin. Pengorbanan itu adalah satu sifat yang agung. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik penghijrahan ini.
Ya, kerana penghijrahannya ke Kuala Lumpur bakatnya makin lebih terserlah sehingga dia mendapat tawaran untuk bermain di luar negara. Siapa yang sangka, dia juga tidak pernah menduga akan mendapat satu peluang yang hanya akan datang sekali sahaja dalam hidupnya.
Walaupun cita-citanya ditentang hebat oleh ibu dia tetap mahu meneruskan langkah yang telah diatur sejak mula lagi. Sekali dia melangkah dia tidak akan berputus asa. Dia akan tabah untuk menempuhnya. Dia sentiasa berdoa agar ibu akan menerima cita-citanya ini.
Walaupun sekali lagi dia terpaksa membuat pengorbanan. Meninggalkan orang yang di sayangi jauh di mata. Jauh beribu-ribu batu. Bagaikan irama yang jauh terpisah dari lagu. Tempang...cacat...Ahhh.......
>>Arisya, please..jangan buat macam ni sayang..Rill mengaku silap Rill ke disko, tapi tolonglah jangan hukum Rill macam ni. Rill rindu...Walau akhir ini, kita terpisah dengan masa dan suasana yang tak terduga, namun percayalah tidak sedikitpun kasih Rill terhadap Arisya berubah.
Mesej terus di hantar. Ungkapan-ungkapan kata maaf dan cinta tidak akan berhenti selagi Arisya tidak memaafkannya.
interesting start..tak sabar nak baca sambungannya..cepat update, k? thanks! :D
ReplyDeleteterima kasih ye..jgn lupa tinggalkan komen anda lagi k..;)
ReplyDelete