Monday, February 24, 2014

Hati


Wahai hati..
Dengarkan kataku...
Jangan mengikut kata nafsu
yang akan membuatkan kau
menderita lagi...
Apa kau lupa tangisan ibu..
Apa kau lupa amarah abah..
Apa kau lupa kalimah-kalimah mereka..

Wahai hati..
Jangan kau pamerkan riak kecewa di wajahku
Kerana aku tidak mahu mereka tahu..
Untuk sekali ini...
Biarlah segala rintihan hiba ini tidak terpamer
Kerana sesungguhnya
Aku tidak mahu sesiapun tahu deritaku..

Mungkin kau lupa hati..
Kau lupa pada sejarah yang pernah terjadi.
Kau lupa pada kisah lalu
Yang kau berniat untuk tidak mahu sakit lagi..
Jangan meyiksa mereka lagi...
Dengan keluhanmu...
Dengan tangisanmu
Dengan sakitmu..
Sampai kau lupa siapa dirimu...

Ungkaplah zikir tatkala kau rindu..
Basahlah bibirmu dengan kalimah itu..
Kalimah penuh syahdu...
Untuk Tuhan yang Satu...
Hanya dia yang maha mengetahui..
Rahsia di sebalik dukamu wahai hati...
Jika dia bahagia menyakitimu hati..
Relakanlah...

Saturday, February 22, 2014

Hujan

Bertemu dalam hamparan yang basah..
Dalam lebat titisan hujan yang mengalir..
Itu cerita...cerita tentang aku dan dia...
Ada musim bahagia..ada musim derita.. 

Pada mereka yang menjadi saksi..
Diri ini hilang arah dan kemudi..
Merajuk pada nama cinta yang tak mungkin memujuk..
Setiap kali gerimis halus berguguran..
Setia itulah hatiku berlagu tangisan..
Yang tak pernah ada hentian..
 
Aku kembali melihat rintik hujan diluar jendela
Sebanyak itukah rinduku padanya yang masih terasa..
Atau bencinya padaku yang tak mampu ku kira?
Gelombang rasa yang menggila..
Membelah akal kewarasan aku yang hanya tinggal sisa.
Mendoakannya dalam setiap sujudku
Lalu aku berjuang atas nama cinta
Menanti takdir menemukan ku kembali dengannya..

Rupanya takdir tetap membawa ku kepadanya..
Inikah kebahagiaan?
Ataupun penderitaan?
Jawapan dalam pencarian...
Cerita lalu yang dibangkitkan..
Aku hanya mahu kenangan lalu dijadikan pengajaran
Setiap kali kau cuba membukanya
Ada genggaman kasar yang merentap jiwa..

Jika sakit ubatilah ia..

Bukan membuka parut yang pernah ada..
Simbahlah dengan rintik-rintik hujan yang menyejukkan..
Dengan  irama yang seiringan...
Belajarlah mencintai walau banyak kekurangan...
Itub bukan kesalahan..Kerana yang mengalir dari hati..
Adalah keikhlasan mencintai..
Itu yang sepatutnya dihargai..


NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...