Bertemu dalam hamparan yang basah..
Dalam lebat titisan hujan yang mengalir..
Itu cerita...cerita tentang aku dan dia...
Ada musim bahagia..ada musim derita..
Pada mereka yang menjadi saksi..
Diri ini hilang arah dan kemudi..
Merajuk pada nama cinta yang tak mungkin memujuk..
Setiap kali gerimis halus berguguran..
Setia itulah hatiku berlagu tangisan..
Yang tak pernah ada hentian..
Aku kembali melihat rintik hujan diluar jendela
Sebanyak itukah rinduku padanya yang masih terasa..
Atau bencinya padaku yang tak mampu ku kira?
Gelombang rasa yang menggila..
Membelah akal kewarasan aku yang hanya tinggal sisa.
Mendoakannya dalam setiap sujudku
Lalu aku berjuang atas nama cinta
Menanti takdir menemukan ku kembali dengannya..
Rupanya takdir tetap membawa ku kepadanya..
Inikah kebahagiaan?
Ataupun penderitaan?
Jawapan dalam pencarian...
Cerita lalu yang dibangkitkan..
Aku hanya mahu kenangan lalu dijadikan pengajaran
Setiap kali kau cuba membukanya
Ada genggaman kasar yang merentap jiwa..
Jika sakit ubatilah ia..
Bukan membuka parut yang pernah ada..
Simbahlah dengan rintik-rintik hujan yang menyejukkan..
Dengan irama yang seiringan...
Belajarlah mencintai walau banyak kekurangan...
Itub bukan kesalahan..Kerana yang mengalir dari hati..
Adalah keikhlasan mencintai..
Itu yang sepatutnya dihargai..
Saturday, February 22, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NOVEL PATERI
Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...
-
Bab 1 HARI sudah hampir gelap. Nur Nilam Qaseh mempercepatkan langkahnya untuk menuju ke perhentian teksi. Dia harus cepat kerana jalan yang...
-
Selesai sahaja kerjanya, Iskandar terus kembali menuju ke biliknya. Tidak mahu menunggu lama kerana sejak dari siang tadi lagi dia masih...
-
cerita tak ada tajuk versi 3... Bilakah kisah ini akan berakhir? Aku hanya mampu tersenyum... Ketawa dalam tangisan... Lewat petang tad...
No comments:
Post a Comment