Tuesday, November 15, 2011

hangatnya Cinta bab 10

Bab 10

Tiada Bintang..

Tiada Bulan..

Tiada Angin..

Tiada Salji..

Tiada Suria..

Tiada Laut..

Yang ada hanya kau yang ku Cinta...



Pagi yang cerah tidak seperti semalam yang hujan. Nur Nilam awal-awal lagi sudah bangun menyediakan sarapan. Nasi goreng dan segelas teh o panas sahaja. Simple tapi cukup membuka selera. Dia kemudiannya duduk di bangku itu.

 Pagi tadi sewaktu dia bangun Iskandar memeluknya erat. Bagaikan tidak percaya dia dan Iskandar akan bersama. Mungkin benar kata mak Piah mereka harus memberi peluang dan ruang di dalam hati masing-masing. Ingin sahaja saat ini dia khabarkan kepada mak Piah bahawa perkahwinan yang di rancang ini sebenarnya anugerah yang tidak terhingga di dalam hidupnya. Bahkan telah melahirkan erti cinta yang hanya dia dan Iskandar sahaja yang tahu. Tapi di dalam masa yang sama dia juga bimbang jika Iskandar hanya sekadar untuk mempermainkannya sahaja.

“Sayang..muahhh..!”satu ciuman hinggap di pipinya. Nur Nilam terasa mukanya sudah hangat dan merah menyala. Tiba-tiba sahaja di buru perasaan malu. Malu sangat-sangat. Nak pandang wajah Iskandar pun dia malu.

“Kenapa ni?Diam je?Dah tak nak pandang muka abang ke?Semalam bukan main lagi sayang pandang..sekarang dah tak sudi  nak pandang ke?”ucap Iskandar pula sambil ketawa kuat. Gembira dapat menyakat Nur Nilam.Dia menarik kerusi duduk berhadapan Nur Nilam.

“Awak ni...”Nur Nilam berdebar namun cuba kuatkan semangat untuk menentang sepasang mata yang sedang galak merenungnya.

“Abang!bukan awak..”balas Iskandar pula sambil tersenyum.

“Hmm...”

 “Sayang nanti kita keluar jalan-jalan nak tak?Kalau sempat abang nak balik rumah mama, sayang nak ikut tak?”soal Iskandar pula. Nur Nilam yang mendengar terus menganggukkan kepalanya beberapa kali. Mestilah dia nak balik sebab nak sangat jumpa mak piah.

“Sayang ni kenapa?Dah bisu ke?Asyik pakai bahasa isyarat je..sayang malu eh?Tapi semalam..”

“Abang ni..dah la, tak payahlah nak sebut-sebut lagi pasal semalam tu..”ucap Nur Nilam pula sambil menjeling tajam ke arah Iskandar yang sedang tersengeh itu. Kalau nak cakap pasal semalam memanglah dia malu. Malu gila.!

“Sayang, abang rasa nak sarapan yang lain je lah. Tak naklah nasi goreng,”tutur Iskandar pula sambil buat muka seposen dia tu.

“Ala..abang ni mengada-ngada betullah. Penat-penat Nilam masa abang tak nak makan pula. Habis tu abang nak sarapan apa?Ini je yang ada..”

“Abang nak sarapan yang lainlah..”

“Apa?Bagitahulah?”

“Sarapan ni tak boleh nak beritahu tapi kena tunjukkan je..”

“What!!”Nur Nilam terkejut. Terkejut sangat-sangat. Baru kini dia faham sarapan apa yang sedang di maksudkan oleh Iskandar.Mukanya sudah merah menyala manakala Iskandar sudah ketawa berdekah-dekah. Gembira sangat-sangat. Syukur padaMU Ya Allah.

Kehadiran Nur Nilam benar-benar telah melengkapkan hidupnya yang dulunya suram. Cinta itu akan ada bagi mereka yang berani mencuba. Cuma kadangkala kita tidak sedar bila cinta itu wujud. Kadang-kadang pula kita langsung tidak menghargainya. Seperti dia yang pada awalnya menolak sebuah kehadiran cinta. Walhal perasaan itu sudah wujud sebelum mereka di ijabkabul lagi. Semuanya bermula saat Nur Nilam mencuba baju pakaian pengantin dulu. Saat itu hatinya sudah bergetar kuat. Cuma dia sahaja yang seringkali menafikannya.

“Bolehlah sayang...”rengek Iskandar sekali lagi. Kali ini Nur Nilam menjegilkan matanya bulat-bulat ke  arah Iskandar membuatkan tawa Iskandar pecah berderai.

“Abang jangan nak menggatal yek!”

“Dengan sayang je abang jadi macam ni.Marah-marah abang sebenarnya abang dah sayang sangat kat Nilam.”luah Iskandar lagi sambil mula menjamah nasik goreng yang di masak Nur Nilam itu.

“Betul ke?”

“Betul sayang, Cuma maafkan abang sebab cuba untuk membuang perasaan ini. Abang sebenarnya takut derita lama abang berulang lagi. Abang harap Nilam tak kecewakan abang lagi. Isteri abang hanya milik abang seorang sahaja!”ucap Iskandar lagi sambil mengenyitkan matanya ke  arah Nur Nilam. Benar, saat ini  hatinya dia dibuai asmara yang menggila. Nur Nilam benar-benar buat dia jadi penasaran.

Nur Nilam tersenyum mendengarkan kata-kata yang di ucapkan oleh Iskandar. Siapa sangka akan jadi begini. Hanya dalam tempoh dua minggu ikatan perkahwinan ini di bina sudah terpahat cinta di dalam hati masing-masing. Walaupun layanan dan cara Iskandar begitu menyakitkan hati tetapi kuasa cinta itu tetap melebihi segalanya.

***

Mereka sampai ke pusat beli belah terkemuka itu tepat pada pukul 11 pagi. Sudah ramai pengunjung yang datang. Biasalah kalau cuti hujung-hujung minggu begini. Pasti ramai yang berpusa-pusu datang. Jari jemarinya berada kemas di dalam genggaman Iskandar. Iskandar ni macam takut sangat dia lari. Sekali sekala tangan Iskandar melingkar pula di pinggangnya. Saat itu jugalah dia terasa mukanya di simbah cat warna merah. Kalau pun Iskandar tak malu tapi dia terasa malu yang amat.

Dari satu kedai ke satu kedai mereka masuk. Iskandar ni boleh di ketegorikan seorang yang kaki shopping jugalah. Tapi cerewetnya mengalahkan mak nenek. Itu tak, ini tak. Sampai naik rimas pula dia dengan kerenah Iskandar ni.

“Sayang, baju ni cantik..”

“Tak naklah,” balas Nur Nilam pula. Dress berwarna merah dari jenis baldu itu memang cantik sangat. Harganya pun cantik juga. Manalah dia ada duit.

“Sayang, cantik ni. Abang suka..”

“Seksilah abang..”balas Nur Nilam pula cuba memberi alasan.

“Seksi sikit je.. ”

“Semalam Abang marah Nilam pakai seksi-seksi. Sekarang abang nak suruh pulak. Nanti kalau orang asyik tengok Nilam je, abang juga yang nak cemburu..”ucap Nur Nilam lagi sambil melirik manja ke arah Iskandar. Supaya Iskandar ingat sendiri akan kata-katanya semalam.

“Sayang abang ni pakai apapun tetap nampak seksi. Kalau rasa nak kena pelangkung dengan abang dia orang usharlah!”

Nur Nilam yang mendengar terus ketawa. Kemudian serta merta jugalah tawanya lenyap apabila melihat Iskandar memberitahu kepada pekerja butik itu untuk membeli pakaian tersebut. Nur Nilam segera menghampiri Iskandar.“Abang..mahal ni. Nilam bukannya ada duit. Tak payahlah beli..”luahnya berterus terang.

“Sayang, ada ke abang mintak sayang bayarkan?Abang nak belikan untuk Nilamkan. Lagipun itukan dah memang jadi tanggungjawab abang untuk sediakan segalanya. Jangan hanya nafkah batin je..nafkah zahir pun wajib..Hehehe..”

“Abang ni...”Nur Nilam tarik muncung sedepa mendengarkan kata-kata dari Iskandar itu. Asyik-asyik dia sahaja yang terkena dengan gurauan nakal dari suaminya itu.

Keluar sahaja dari pusat membeli belah itu mereka terus sahaja menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu pulang ke rumah papa dan mamanya pula. Perasaan Nur Nilam berdebar-debar pula. Debarannya itu membuatkan dia rasa resah dari tempat duduk penumpang itu.

“Nilam kenapa?Gelisah je dari tadi lagi,”

“Entahlah...”jawab Nur Nilam sepatah.

“Entahlah apa?”

“Entahlah?tiba-tiba je rasa takut dan berdebar.Betul ke apa yang kita buat ni?Boleh ke Nilam percayakan abang? Betul ke abang tak akan tinggalkan Nilam selepas abang dapat segalanya?”Iskandar yang mendengar terus memandang tepat wajah Nur Nilam. Dia kemudiannya membelok kereta ke tepi lalu memberhentikan keretanya di tepi jalan itu.

“Nilam tak percayakan abang?”

“Nilam cuma was-was. Lagipun abang sendiri pernah cakap yang abang tak akan jatuh cinta lagi,”

“Bukan ke abang dah cakap semalam yang abang nak kita sama-sama bagi peluang dan ruang di dalam hati kita untuk mencintai dan di cintai. Cinta tu sudah wujud dalam hati abang. Wujud sejak Nilam mencuba pakaian pengantin di butik dulu. Waktu tu abang dah rasa lain macam sangat. Cuma silap abang terlalu ego. Abang cuba menafikan segala rasa yang ada sehingga sampai satu tahap abang benci dengan perasaan itu dan Nilam jadi mangsa. Abang rasa bersalah sangat pada sayang. Abang bukan sengaja nak tampar sayang apatah lagi nak buat sayang tersiksa. Tapi sebab abang cuba untuk menidakkan rasa yang berada di hati abang ini. Abang pun dah cakap tentang ini. Tapi bila abang sedar,abang tak seharusnya buang semua rasa yang ada. Sebab cinta itu adalah anugerah dariNya. Tuhan hilangkan abang dengan cinta dan DIA juga gantikan abang dengan cinta yang lebih baik.”luah Iskandar sambil memandang tepat ke wajah isterinya itu. Jari jemari Nur Nilam di raih perlahan. Ada keikhlasan yang tertumpah di situ.

Nur Nilam yang mendengar terasa terharu. Setitik demi setitik air matanya gugur membasahi pipinya yang mulus itu.

“Sayang, janganlah menangis macam ni. Abang janji tak akan tinggalkan sayang!Abang akan jaga sayang sampai akhir hayat abang!Abang janji. Cuma abang harap Nilam pun begitu.”

Nur Nilam mengangguk perlahan. Air matanya di kesat. Dia memandang wajah Iskandar sambil bersuara perlahan.

“Nilam harap abang tak akan mungkir janji lagi..”

Iskandar tersenyum.

“Tak!”jawabnya sepatah.

Nur Nilam masih memandang wajah Iskandar tanpa bersuara sepatah pun.

“Sayang, jangan pandang abang macam tu lagi kalau tak nak kereta ni terus berhenti kat sini..”

“Abang ni...”Nur Nilam tersenyum manakala Iskandar terus ketawa kuat.

“Sayang jangan goda abang lagi. Abang dah kalah dengan sayang. Dari abang nak benci dah jadi semakin sayang. Sayang sangat-sangat!”

“Nilam pun sayangkan abang..”ucapan Nur Nilam perlahan sahaja tetapi sudah cukup menjelaskan kepada Iskandar yang dia tidak bertepuk sebelah tangan kerana Nur Nilam juga sepertinya. Merasa cinta yang serupa.

 “Kalau macam tu lain kali je lah kita balik rumah papa dan mama. Abang rasa hari ni nak duduk berdua je dengan sayang!Kita baliklah ek!”ucap Iskandar lagi sambil mencubit perlahan pipi Nur Nilam. Kereta Honda Civic Mugen itu terus membelok ke  arah jalan pulang ke rumah mereka pula.

“Abang ni...mengada tau!”Nur Nilam menarik muka tak puas hati dengan Iskandar. Beria-ia dia nak jumpa dengan mak Piah alih-alih Iskandar dan pusing ke jalan pulang ke rumah mereka. Tak habis-habis nak mengenakkannya.

Iskandar yang memandang terus ketawa kuat. Geli hati dengan cara Nur Nilam pamerkan. Manja dan comel sangat. Walaupun pada awalnya Nur Nilam seperti malu-malu dengannya. Mestilahkan.!Dia pun malu juga. Cakap macam-macam. Akhirnya dah jadi macam lain. Dari selalu bertikam lidah dah jadi ayat-ayat cinta pula. Tapi tak kanlah dia nak tunjuk malu kot. Lelaki apa-apahal pun mesti cool. Baru macho.! Kini. Dia terasa kebahagiaan yang sukar untuk di ungkapkan dengan kata-kata. Terasa hangatnya cinta kian menjalar di seluruh urat-urat saraf yang ada.








7 comments:

  1. wahh. sweetnya iskandar... haha.. malu-malu panda pulak Nilam ni..

    ReplyDelete
  2. mmg superb..!-Aina Eyna

    ReplyDelete
  3. best best! tak sia2 tunggu entry ni. best sgt! good job! :D puas sgt baca! :D

    ReplyDelete
  4. Oooooo...cpt smbg best.....

    ReplyDelete
  5. terima kasih all..sokongan anda semua bt saya brsemangat sket nk tulis..hehe

    ReplyDelete
  6. wah..syok..sweet..hihi keep it up.. muah3..

    weh reserve iskandar utk calon suami aku la..sruh dia ceraikan nur nilam~

    haha jahatnye aku,jdi watak jahat dlm cite ni.. :P

    ReplyDelete
  7. auni:nak ke?ang kan suka lelaki yang romantik..Is ni ganas..kejam..hahaha

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...