Saturday, February 18, 2012

Bila Cinta Hadir - Bab 4


Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku sedang menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu
Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

        MALAM itu aku seorang diri di rumah. Syameen Fikran sejak keluar petang tadi lagi tak balik-balik. Kali pertama aku tinggal seorang diri alam rumah besar macam ni. Semua lampu aku buka. Dari ruang atas sampai ke ruang bawah hinggalah ke halaman rumah. Terang benderang. Memang nampak sangat yang aku ni penakut. Televisyen pula aku buka kuat-kuat. Macam 10 kilometer jauhnya dari aku. Padahal televisyen depan aku saja.
        Sedang aku asyik melihat rancangan yang sedang ke udara tiba-tiba semua lampu terpadam. Aku menjerit sekuat hati. Menggigil rasanya tubuh badan aku bila pandang kiri kanan gelap gelita. Masa itu juga aku rasa seperti hendak menangis. Terus aku peluk tubuh sambil pejamkan mata rapat-rapat. Gemuruh di hati memang tak terkata. Takut sangat-sangat.
        Tapi, tidak lama kemudian aku dengar bunyi dentuman enjin kereta di luar rumah. Aku pasti Syameen sudah pulang. Aku masih seperti tadi, tidak bergerak sedikit pun. Tak ada manusia yang penakut seperti aku.
        Aku dengar Syameen tolak pintu rumah perlahan.
“Syameen?Awak ke tu?”aku soal terus. Tapi, tak dapat jawapan seperti yang aku harapkan. Hanya bunyi tapak kaki yang sedang berjalan.
“Syameen? Awak ke tu?!”aku soal lagi. Kali ini lebih keras. Kemudian aku terasa bahuku di tolak perlahan. Aku tahu Syameen sudah berada di hadapanku. Bau minyak wangi itu cukup kuat untuk meyakinkan hati aku. Terus aku buka mata dan bangun peluk tubuhnya. Aku memang dah tak fikir apa-apa. Sebab aku takut sangat-sangat.
“Tolong jangan tinggalkan saya sendiri lagi..”
“Apa kau buat ni?”Dia tolak aku sehingga aku terduduk kembali di sofa itu. Apa aku buat?Ya Allah...aku terasa malu tiba-tiba dengan tindakan di luar jangkaan tadi.
“Er..maaf..maaf...saya tak sengaja..”aku jawab perlahan.
“Sengaja nak ambil kesempatan!”
Sampai hati dia cakap macam tu. Buat apa aku nak ambil kesempatan. Aku memang takut sangat. Aku berharap dia menjadi pelindung aku tapi dia ternyata tidak seperti yang aku harapkan. Sedih rasanya hati ini. Sungguh, aku tak sangka yang Syameen Fikran akan berubah menjadi seperti ini.
“Maaf, saya betul-betul tak sengaja. Saya takut sangat. Saya merayu pada awak tolong jangan tinggalkan saya sendiri. Saya masih tak biasa duduk di dalam rumah ini.”aku jawab sambil genggam erat jari-jemari.Masih menggigil rasanya tubuh aku. Di dalam masa yang sama aku malu dengan apa yang aku buat tadi.
“Semua perempuan akan cakap macam tu!Tapi, sengaja nak ambil peluang. Aku cukup menyampah perempuan yang terhegeh-hegeh macam kau!”
“Awak tak perlu nak hina saya macam tu Syameen! Bukan saya yang terhegeh-hegeh nak awak. Saya sedar diri saya sejak mula lagi waktu kenal awak. Tapi, awak yang menabur cinta. Hinggakan saya hanyut dengan umpan janji palsu awak tu!Kalau awak menyampah sangat kenapa awak kahwin juga dengan saya!”aku menjawab geram. Dalam kegelapan malam masih lagi bertekak. Tapi, aku tak rasa yang Syameen akan pukul aku lagi. Cukuplah dua kali aku rasa penamparnya.
“Itu memang kebodohan aku yang paling teruk pernah aku buat!Aku tak sepatutnya kahwin dengan perempuan yang pemalas dan materialistik macam kau!”
“Awak jangan nak tuduh je kalau tak ada bukti!Ada ke saya minta yang bukan-bukan dari awak?”Aku jawab lagi tak puas hati. Suka hati dia nak cakap aku macam tu.
“Aku memang dah ada bukti. Cuma aku terlewat!”
“Kalau begitu tunjukkanlah bukti awak tu? Saya pun nak tahu juga.”
“Kenapa kau selalu mencabar kesabaran aku!!”dia herdik aku kuat. Saat itu juga lampu-lampu mula menyala semula. Aku tarik nafas. Syukur padaMU Ya Allah.
“Syameen, antara kita pernah tercipta cerita bahagia. Tapi, sekarang saya tak tahu kenapa awak jadi begini? Kenapa awak berubah dalam sekelip mata? Apa salah saya pada awak Syameen? Kalau awak tak cintakan saya sepatutnya awak tak perlu menikahi saya. Awak bukan sahaja memainkan hati saya tapi juga perkahwinan ini. Kenapa Syameen?Kenapa?”
Aku terus meluahkan sebuah kekesalan sambil pandang wajahnya yang duduk berhadapan dengan aku. Dia masih dengan baju t’shirt dan seluar pendek yang di pakainya siang tadi. Tiada senyuman hanya wajah serius yang menghiasi keadaan ini. Sesungguhnya, aku merindukan saat-saat manis yang pernah di lalui walaupun sementara tapi cukup bermakna. Senyuman dan layanan dia sebulan yang lalu cukup buat aku terpesona.
“Aku tak boleh terima apa yang kau dah buat. Kau sendiri kahwin dengan aku sebab kau gilakan harta aku. Habis tu, macam mana aku nak cintakan kau!Sebab kau sendiri pun tak cintakan aku!”
“Sebab tu awak menyesal kahwin dengan saya Syameen?Sebab tu awak berubah dan layan saya macam ni?Saya tak semurah itu untuk cintakan wang ringgit awak!Saya cuma nak hidup bahagia dengan lelaki yang mencintai dan menyayangi saya sepenuh hati. Tapi, ternyata saya juga silap.!”
        Aku tak tahu dari mana datangnya kekuatan. Tapi yang pasti aku mahu semua masalah yang terjadi di rungkaikan dengan segera. Sampai hati dia menuduh aku gilakan hartanya. Jadi atas sebab itulah yang dia berubah menjadi seperti ini. Atas sebab itulah yang membuatkan dia tidak boleh menerima aku.
        “Siapa yang cakap macam tu pada awak Syameen?”aku soal lagi. Kali ini suara aku kendurkan. Tidak lagi meninggi seperti awal tadi. Aku tahu berdosa bila aku meninggikan suara bila bercakap dengan suami.
        “Azlan!!”
        Azlan? Bulat mata aku merenung Syameen. Tak mungkin Azlan sanggup buat begini pada aku. Tapi, ada betulnya juga kerana Azlan sendiri masih tidak dapat menerima kenyataan yang hubungan aku dengannya sudah berakhir. Azlan, aku tak sangka kau sanggup fitnah aku macam ni! Hati aku memberontak marah.
Terus aku berlari anak naik ke atas dan menyalin baju tidur yang aku pakai dengan seluar jeans dan baju t’shirt warna putih. Kemudian, jaket dari kain jeans itu terus aku sarung ke tubuh. Aku mengambil beg sandangku yang terletak di atas meja itu sebelum berlalu keluar dari bilik.
Hanya dalam beberapa minit sahaja aku turun ke bawah kembali sambil mencapai telefon bimbit yang aku letakkan di atas meja sofa itu. Aku tak kira apa pun yang berlaku aku tetap mahu berjumpa dengan Azlan. Azlan memang tak patut buat aku macam ni. Terus aku dail nombor teksi dan mintak datang segera ke alamat yang aku beritahu. Sedikitpun aku tak hiraukan Syameen yang masih berada di situ.
***
Aku sampai di hadapan rumah Azlan waktu jam sudah menunjukkan ke angka 11 malam. Memang aku dah tak boleh nak fikir dengan waras lagi dah. Selagi aku tak jumpa dan bertentang empat mata dengan Azlan selagi itulah hati aku sakit. Loceng rumahnya aku tekan berkali-kali.
Tidak lama kemudian teman serumah Azlan yang bernama Safwan keluar. Dia pandang aku pelik.
“Ada apa?”
“Mana Azlan?”
“Azlan?Setahu aku dia balik kampung. Dah dua hari dia tak ada di sini?”
“Betul ke!”aku soal lagi tak puas hati.
“Betullah!Buat apa aku nak tipu kau pula. Azlan tu kan sayang sangat pada kau.”
“Sayang?”
Safwan angguk.
Sayang yang bagaimana dia ada kalau dia sanggup menghancurkan kebahagiaan yang aku bina dalam sekelip mata. Mahu saja aku cakap begitu. Tapi, lidah aku kembali kelu. Safwan pandang aku hairan. Aku tak boleh nak ceritakan pada Safwan sebab aku tak mahu hal ini menjadi semakin besar dan kecoh.
“Tak apalah.Aku balik dulu.”Terus aku berlalu dari rumah teres itu. Teksi sudah pergi. Lagi satu masalah buat aku. Nak telefon Nadia lagi aku tak sanggup.Dia sendiri seolah-olah dah pinggirkan aku. Ah!Sedih sangat mengenangkan perjalanan hidup aku yang begini. Ada kawan tapi tak tak boleh nak menilai erti persahabatan dan setia kawan. Ada suami pula, lebih percayakan orang asing dari isteri sendiri.
Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda
Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Perasaan takut kembali menjadi penghuni di dalam hati.Walaupun kawasan perumahan ini terang benderang dengan cahaya lampu tetapi masih tidak mampu untuk menutup rasa takutnya. Baru sahaja beberapa langkah kaki berjalan dari rumah Azlan sebuah kereta di belakang telah memberikan isyarat hon.
Aku pandang belakang. Syameen?Apa dia buat di sini?Dia ikut akukah?Persoalan-persoalan itu pula yang menerjah di ruang fikiranku. Aku lihat Syameen memberi isyarat agar aku segera masuk ke dalam kereta.
Tanpa menunggu lebih lama aku segera berjalan ke arah kereta bewarna merah itu sebelum masuk. Bau wangian lavender mula terasa menyucuk hidung.
“Awak buat apa kat sini?”aku soalnya sebaik sahaja kereta yang di pandunya mula bergerak. Dia tidak jawab tetapi hanya jeling sekilas sahaja pada aku. Hmm, dia buat dah jeling-jeling macam tu.
Tadi, aku memang tak mintak izin dia lansung untuk keluar. Aku isteri yang tidak di kisahkan oleh suami. Soal makan, minum aku lagilah dia tak pernah nak tanya. Memang betul dia tidak kisahpun kalau aku mati kebuluran. Jadi, sebab itulah aku ambil keputusan untuk tidak memberitahunya ke mana destinasi aku tadi.
Aku masih tak puas hati selagi tak dapat bersemuka dengan Azlan. Dan yang paling aku kesalkan Syameen dengan mudahnya percayakan Azlan.
“Awak ikut saya ke?”Aku soal dia lagi. Dan lepas tu aku dengar desah nafasnya kuat. Marahkah kalau aku soal perkara yang aku rasakan perlu.
“Kau tu isteri aku!Aku belum lepaskan kau lagi pun!Kalau dah tak sabar sangatpun tak perlulah sampai nak cari laki. Perempuan jenis apa kau ni? Tak ada maruah!”
“Maruah saya sedang di pijak-pijak sekarang!Jadi, saya buat apa yang saya rasakan perlu!”aku balas bersahaja.
“Kalau awak tak cintakan saya buat apa awak nak peduli apa yang saya nak buat. Buat apa awak ikut saya?”Ujar aku sekali lagi.
“Betul!Tapi kau masih di bawah tangungjawab aku.!”
“Tanggungjawab?Awak tahu ke apa itu tanggungjawab?Tanggungjawab bagaimana yang awak ada?Sedangkan erti cinta pun awak tak boleh nak menilai dengan sebaik-baiknya apatah lagi erti tanggungjawab.”
Sejak dua hari ini aku semakin berani membalas setiap kata-katanya. Aku tak mahu perasaan aku semakin terdera. Jika, dia boleh membenci aku dalam sekelip mata kenapa aku tak boleh. Memang tak mudah untuk menafikan sebuah perasan cinta. Tapi, perlukah cinta itu bertepuk hanya sebelah tangan. Bukankah cinta itu mesti bersatu. Cantuman dua hati menjadi satu. Cinta Syameen terlalu murah nilai harganya sehingga nilai-nilai kepercayaan itu tidak wujud.
“Saya tak sangka awak lelaki yang begitu mudah percaya kepada cakap-cakap orang. Kerana Azlan awak sanggup layan saya beginikan?”
“Kau nak aku layan kau macam mana hah?”dia tolak bahuku.
Layan aku sebagai seorang isteri dan juga sebagai sahabat!Mahu saja aku cakap macam tu. Tapi, bimbang pula jika dia menganggap aku terlalu mahukan dia. Lagipun orang yang berlagak macam Syameen ni tak boleh kalau aku cakap macam tu. Lagi ada matalah dia untuk burukkan aku.
“Kenapa kau diam?Kau nak aku layan kau sebagai seorang isteri? Kau nak hak kau?Nak ke!?” dia menarik tubuhku rakus dengan sebelah tangannya.Aku benar-benar terkejut dengan tidakan gila dan bahaya darinya itu. Terus aku tolak kuat.
“Syameen!apa awak buat ni!”marah aku pula.
“Kau kan nak aku layan kau sebagai isteri. Sekarang aku nak layan kau sebagai isterilah!”
“Bukan itu yang saya maksudkan Syameen!Jujur saya katakan. Saya nak awak yang saya kenali seperti lima bulan yang lalu. Saya cintakan awak bukan sebab harta awak. Sikitpun tak ada semua itu di dalam hati saya. Tapi, awak dah bunuh semuanya. Awak dah hukum tanpa soal periksa. Mungkin semua itu dah tak boleh nak tarik balik. Tapi..
“Aku tak cintakan kau!” Aku dengar Syameen cakap macam. Seperti belati tajam yang sedang mengiris kejam hatiku.
Aku tak malu untuk mengaku cinta sebab aku mengharapkan keadaan yang lebih baik. Tapi ternyata cinta itu bukan milikku.
“Jadi, saya merayu pada awak lepaskanlah saya dengan sebaik-baiknya.” Luah aku perlahan. Sebak hatiku saat mengungkapkan kata-kata itu. Ya, aku pernah berkata begitu pada malam pertama perkahwinan kami. Waktu itu aku masih tidak tahu apa puncanya. Sekarang aku sudah tahu. Puncanya hanya kerana Azlan. Azlan telah fitnah aku mungkin sebab dendam! Hmm..betul ke?atau itu semua hanya alasan Syameen Fikran?
Air jernih mula menitis di pipiku. Aku telah cuba untuk menahan air mata jernih ini agar tidak mengalir. Tapi, aku tertewas lagi. Keluarga bahagia yang aku harapkan tak mungkin akan wujud. Rindu dan dendam kembali menjadi pegangan.
Terbayang kenangan di hari dia melamarku. Berulang kali mulutnya mengatakan cinta. Berulang kali juga dia meyakinkan aku dengan cintanya. Pandai dia goda hingga aku tertewas. Pandai dia pujuk hingga aku larut dalam pujukannya.Padahal hati aku waktu berdegil kerana aku baru sahaja berpisah dengan Azlan. Tapi akhirnya, aku terbuai juga dengan kasih sayang yang dia hulurkan. Kini, lelaki itu juga yang memaksa untuk dia berubah dan buang rasa cinta yang ada.
“Aku belum mahu lepaskan kau!”ucap Syameen Fikran perlahan sambil turun dari kereta. Aku sendiri tidak sedar yang kami sudah sampai. Terlalu jauh aku hanyut dalam alam ciptaan aku sendiri. Aku sapu air mata yang masih bersisa. Kemudian cepat-cepat keluar dan masuk ke dalam rumah besar itu.
Syameen Fikran, aku tak tahu apa sebenarnya yang ada di dalam hati kau! Jerit hati aku pula sambil pandang dia yang sudah berlalu menuju ke atas.















                                                               

7 comments :

  1. aish ... caiyok! caiyok! jgn bagi muka sngt kat syameen tuh !

    ReplyDelete
  2. rinsyaRcy: hehe...kita tggu mcm mana..

    ReplyDelete
  3. teruknya syameen tu.....

    ReplyDelete
  4. nagis lgi, itu jer yg pompuan lemah boleh buat, xsuke xsuke, menci taw..........

    ReplyDelete