Tuesday, February 21, 2012

Bila Cinta Hadir - Bab 5




PAGI itu aku bangun awal. Selepas solat subuh aku terus turun siapkan sarapan apa yang ada. Nasi goreng dan roti beserta air kopi panas. Kalau Syameen nak cakap aku malas lagi tak tahulah. Memang sengaja alasan dialah tu. Kain baju dia pun aku dah basuh. Cuma tunggu nak pergi sidai saja lagi. Aku kemas dapur apa yang patut sebelum menuju ke luar untuk menyidai pakaian.
Pagi ini tenang sahaja. Udara nyaman dan segar. Hmm, seronok jika hati juga senyaman ini. Tapi, itu mustahil akan berlaku. Kerana fitnah manusia sanggup berubah. Mampukah untuk menyambung kembali rindu yang telah di pisahkan dengan kebencian?Hmm..susahnya.
“Kau buat apa ni?” teguran Syameen Fikran membuatkan lamunan aku sedikit terganggu.
“Tak nampak?”aku soal balik. Geram dan terkejut.
“Tak!”dia balas selamba.
“Buta!”
“Tak juga!”
“Habis tu?”
“Buat apa aku nak tengok kau nak buat apa pun kau punya pasallah.”
“Habis tu tanya buat apa?”
“Suka hati akulah nak tanya.!”
“So, suka hati saya jugalah nak cakap awak buta!”
Aku lihat Syameen tak jawab tapi dia menuju ke depan sambil menarik getah paip yang bergulung itu. Tahulah aku yang dia nak mencuci keretanya itu. Pagi-pagi buta dah nak cari gaduh dengan aku.Kenapa hari ni dia tak pergi berjogging?Sengaja nak ambil kesempatan duduk di rumah dengan akulah tu. Hehehe..sekali sekala nak juga hiburkan hati yang sedih ini. Walaupun sebenarnya semua itu semakin melukakan hatiku sendiri.
 Selesai sahaja tugasan aku ingin masuk ke dalam rumah semula.  Tapi, langkah aku terhenti bila aku dengar Syameen panggil aku ke arahnya. Aku usung sekali raga baju yang sudah kosong itu dan berjalan menuju ke arahnya.
“Kenapa?”Aku soal sambil pandang ke arah lain.
“Kau dah mandi ke belum?”
“Kenapa nak sibuk-sibuk saya mandi ke belum?”aku jawab balik. Bukan nak kurang ajar tapi aku nak jadi kuat. Aku tak nak tertewas. Tertewas dengan kepedihan yang menghuni jiwa. Dia ni memang buta ke?Tak nampak aku masih pakai baju tidur.
“Bagus!”aku dengar dia cakap macam tu. Kenapa pula bagus?Apa yang bagusnya?Tak mandi lagi pun bagus ke?Aku kalih pandangan mata aku untuk menentangnya. Tapi, saat itu jugalah aku terasa seperti hujan sedang turun dengan lebatnya. Habis lencun aku disemburnya dengan air paip itu. Perghh..nasib tak guna water jet. Kalau tidak mahu terpelanting aku dengan semburan yang tiba-tiba ini.
Aku terkejut dan bingung seketika dengan apa yang berlaku. Syameen ketawa kuat sambil pandang aku. Seronok ke dia dapat buat aku macam ni?Kenapa dia mesti ketawa?Ketawa macam hati senang sangat. Dia suka macam ni ke?Gaduh-gaduh macam ni?Dia suka ke?Kalau dia suka aku lagi suka. Kata orang gaduh-gaduh manja. Soal cinta tolak ke tepi sekejap.
Aku terus baling raga baju tu ke arah dia. Mungkin dia dah sedar dari awal sebab aku lihat dia mengelak. Aku meluru  ke arahnya sambil mencapai paip air yang dilepaskannya ke atas rumput itu. Terus aku sembur ke arahnya. Hah!padan muka. Kali ini giliran aku pula. Horey..!
Dia kemudian berlari-lari dan berlindung di balik keretanya itu. Aku tak putus asa terus tarik paip yang panjang itu dan sembur ke arahnya lagi. Habis lencun. Aku ketawa bebas. Sudah seminggu tak ketawa bebas macam ni.
Kemudian aku tengok dia berdiri tegak sambil pandang aku. Nak main pandang-pandang pula?
“Tu..”aku tengok dia tunjukkan tangannya ke arah tubuh aku.
“Kenapa?”
“Tu!”
Aku tunduk dan pandang tubuh aku dari atas sampai bawah. MasyaAllah!baju  tidur bewarna bercorak biru putih itu tidak mampu melindungi tubuhku yang di sembur air. Aku terus jerit kuat sambil melemparkan paip air ke rumput. Terus aku berlari kuat masuk ke dalam rumah. Dengan basah-basah lencun itu juga aku terus naik ke atas bilik.
Aku rasa malu sangat. Rasa seperti nak sorok-sorok muka kat bawah katil. Syameen lah ni punya pasal. Kalau dia tak sembur aku dengan air dah tentu semuanya tak akan jadi.Sengaja nak ambil kesempatan nak tengok!.Huh!Tak guna!
Selesai mandi dan bersiap-siap aku berkira-kira samada nak turun ke bawah atau tidak. Malu nak berhadapan dengan Syameen. Jam baru menunjukkan ke angka 9.00 pagi. Masih awal lagi. Akhirnya, aku ambil keputusan untun turun ke bawah. Sebabnya perut aku dah lapar dan minta di isikan dengan segera. Bukannya aku tak nak makan sarapan yang aku buat tadi tapi sebab aku belum minta izin dengan Syameen  sebab guna barang-barangnya.
Sampai sahaja di pintu dapur aku lihat Syameen dah ada sambil makan nasi goreng yang aku buat. Lagi cepat dia mandi dari aku. Berseleranya dia. Aku rasa lega. Lega sangat dengan penerimaan dia. Dalam hati aku bimbang jika dia cakap seperti semalam. Jika itu berlaku hati aku akan tanggung kepedihan lagi untuk sekian kali.
Tak apalah, biarlah dia makan. Aku ingin kembali menuju ke atas semula. Lagipun aku malu pasal kejadian tadi.
“Lia!”aku toleh bila dengar dia panggil.
“Kau dah sarapan belum?”
Aku geleng.
“Marilah!Sarapan sekali!”
Sarapan sekali?”Hmm..er..tak apalah..awak makanlah.Tadi, saya masak tanpa minta izin dengan awak pun..”
“Kau masak pun untuk aku makan!Habis tu yang kau nak minta izin lagi apahal?”dia balas geram.Aku masih terkaku di situ. Ya lah!Akulah yang bodoh.
“Sinilah!”dia panggil lagi. Kasar.
Aku terus jalan perlahan ke arah meja makan sebelum menarik kerusi berhadapan dengannya. Entahlah, aku malu. Sebab tu aku lebih rela pandang pinggan yang kosong di hadapanku itu.
“Kau nak aku suap ke kau nak suap sendiri?”
“Hmm...”aku terus cedok nasi goreng itu ke dalam pinggan. Rasa macam tak tertelan sahaja nasi goreng ni.
“Lain kali tak payah nak minta izin. Masak sajalah apa pun!”
“Hmm..harta awakkan semuanya. Saya tak berani nak guna!”
“Memang betul bendul la kau ni!”
Aku tak jawab tapi terus mengunyah nasi goreng yang aku masak tu. Suka hati dialah nak cakap aku betul bendul ke betul macam pembaris ke. Itu hak dia aku malas nak gaduh lagi dah. Nanti panjang cerita pula. Tapi, aku masih terbayang gelak tawanya tadi. Betul hati ini rindukan gelak tawa itu. Gelak tawa yang pasti tak akan jadi milikku.
“Kau makan ke berangan?”kata-katanya yang agak kuat itu membuatkan aku tersedak. Terbatuk-batuk aku.
“Awak ni kenapa?”aku soal bila batuk ku kembali reda. Anginlah juga aku.
“Betullah kau berangan!Sebab tu kau tesedak. Ingatkan Azlan, kekasih hati kau tu ke?”
“Apa awak merepek ni, Syameen!”
“Huh!Aku tak merepeklah.”
“Azlan memang ada kaitan tapi bukan dalam soal hati dan perasaan. Tapi sebab dia dah fitnah saya!Syameen, saya tak gilakan harta awak!”aku balas sambil tolak pinggan nasi. Memang selera aku dah hilang. Tambahan pula bila nama Azlan di bangkitkan.
“Kau ingat aku nak percaya?”
“Terpulang kepada awak!Tapi, saya rasa tak perlulah awak nak berikan alasan sebab Azlan. Semuanya atas diri awak sendiri. Kalau awak sayang, kasih dan cintakan saya dah tentu segala kata-kata dari Azlan awak tak terima bulat. Sayang orang pandai macam awak buta dalam memaknakan erti cinta!”
“Memanglah aku buta sebab tak tahu nak menilai yang kau ni baik atau tak!Memang akulah yang buta sebab percaya kan kau ikhlas cintakan aku. Tapi, sengaja nak menumpang kesenangan aku. Aku cukup benci kepada perempuan yang macam kau. Yang tergila-gilakan harta sampai sanggup tinggalkan cinta yang sudah lama kau bina!”
“Syameen!semuanya sudah jelas!saya tinggalkan Azlan bukan sebab awak!Bukan sebab tergila-gilakan harta awak. Tapi, sebab hati dan perasaan saya ni di sakiti. Saya rasa awak tahu itu!”
“Ah!Aku tetap tak percaya!”
“Terpulang!”Aku terus bangun dan tinggalkan Syameen disitu. Aku semai benih kasih tapi racun juga yang Syameen beri.Sedangkan dahulu dia yang terlalu mengharapkan benih-benih kasih itu dari aku. Menyesal?seribu kali aku menyesal pun semuanya tak akan menguah apa-apa. Aku lebih kesal bila Azlan sanggup buat aku macam ni. Kalau betul dia cintakan aku sudah tentu dia akan biarkan aku hidup bahagia dengan orang yang aku sayang. Lelaki, semuanya membuatkan hati aku sakit!Sakit sangat-sangat!




4 comments:

  1. Aduh syameen ni, sgh menyakitkan hati je....

    ReplyDelete
  2. huhu ... dialog last dia sesuai sngt3 ... 'lelaki smuanya membuatkan hati aku sakit! Sakit sangat-sangat!'

    Lagi jahat syameen, lagi menarik cite nih . tpi jgn la smpai jahat sngt kang tragis lak hidup lia

    ReplyDelete
  3. Syameen tu ego je lebih..Tapi i like cerita ni... huhuh teruskan kaq Faz <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi cerita ni kena reject dik. sebab tu tak keluar-keluar sampai sekarang. hahahaha

      Delete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...