Thursday, February 9, 2012

Bila Cinta Hadir - Bab 1



Semalam yang berlaku tidak mungkin aku lupakan. Aku terasa hilang arah dah tujuan. Terbayang wajah Azlan yang aku lukai hatinya. Lukai kerana memilih Syameen menjadi suamiku. Bukan dia. Sedangkan aku dan Azlan sudah hampir 5 tahun menyulam cinta.
Itu belum ku kira hati keluarga. Apa yang harus aku buat?Aku tak berdaya untuk bertahan dengan cinta Azlan kerana lelaki itu seringkali melukakan. Tapi, di akhir garisan aku tahu dia begitu terseksa dengan keputusanku.Ah!Ku kira tiada jodoh di antara aku dengannya.
Aku juga tahu kasihku sudah beralih arah kepada Syameen Fikran. Tapi, kasihku kepadanya tiada nilai. Sudah jelas semuanya tidak membawa apa-apa erti. Aku terperangkap dalam jerat sendiri.Jadi, aku harus sedar di mana kaki aku sedang berpijak. Aku harus kuat untuk menempuhnya. Aku tidak pasti apa yang membuatkan Syameen Fikran berubah dalam sekelip mata. Ku kira ada yang tak kena.
“Aku nak balik ke Kuala Lumpur petang ni juga!”ucap Syameen tiba-tiba.
Aku toleh kepada raut wajah itu. Kacak!Akukah yang tergoda.?
“Tak boleh ke kita balik rumah saya dulu?”Aku memberanikan diri menyoal. Tak kanlah nak balik begitu cepat. Apa pula kata orang tuaku nanti. Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bukannya dekat. Entah bila pula aku akan pulang selepas ini.
“Kalau kau nak balik ke rumah mak bapak kau aku tak kisah. Tapi, aku tak akan ikut sama. Kau boleh pilih nak ikut aku atau nak balik rumah mak bapak kau. Satu je aku pesan kau jangan nak cakap yang bukan-bukan bila mak bapak kau soal kau tentang aku!”
“Tak salah kalau saya cakap yang betul pun. Sedangkan semua ni adalah kenyataan!”
“Kau ni bodoh ke apa?Kau nak mak bapa kau mati sakit jantung ke!”
“Awak yang ajar saya untuk berdepan dengan kenyataan.!”
“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku, Lia!”
“Tak ada salahnya. Awak sendiri yang menyesal dengan perkahwinan ni. Jadi, apa susah. Cerai sajalah!”
“Hey!betina.Kau ingat aku kebulur sangat ke? Kau cuba cermin diri kau tu!Kau tahu tak yang kau tu dengan aku macam enggang dengan pipit!”
“Enggang?Pipit?awak jangan riak dengan apa yang awak ada Syameen Fikran. Manusia yang lupa daratan macam awak sekali tiup angin je akan jatuh!”aku juih bibir. Geram sangat-sangat. Dia ingat dia pandai sangat?Kalau aku tahu semua ini akan berakhir begini aku tak akan pernah ubah status dari kawan kepada suami. Ah!Masih wujudkah istilah kawan sedangkan aku dan dia sudah terpisah selama 15 tahun. Aku kira seperti orang asing yang kemudian bertemu dan jatuh cinta. Tapi?Hanya aku seorangkah?Sedangkan dia sudah jelas menafikan segalanya!Padahal sebulan yang lalu dia yang begitu beria-ia.
“Kau sepatutnya bersyukur kahwin dengan aku. Sekurang-kurangnya hidup kau tak melarat. Kau ingat gaji kau sebagai juruwang di Telekom tu besar sangatkah?”
Aku pandang wajahnya. Ya, dia memang riak!
“Sekurang-kurangnya saya berusaha sendiri. Bukan macam awak, setakat kerja di Syarikat keluarga sendiri. Tak perlulah nak tunjukkan kesombongan tu!”
Dia terus terkam aku. Satu penampar hinggap lagi di pipi kanan ku. Perit sangat ku rasakan. Sungguh, aku masih sukar untuk mempercayai segalanya.
“Kurang ajar!Sial!”dia tolak kepala aku kuat. Sampai hati dia buat begini pada aku. Seperti biasa air mata sangat mudah untuk menitis. Kenapa aku selemah ini. Aku harus kuat.
“Kau jangan nak buat wayang depan aku. Kau tak layak pun jadi isteri aku!”gumamnya lagi.
“Kalau tak layak kenapa awak melamar?Antara saya dengan awak siapa yang lebih beria-ia?”
Aku jawab lagi. Masih tak puas hati dengan jawapan dia. Sambil air mata masih mahu menitis. Ah!Pergilah air mata. Aku tak ingin menangis di depannya.
“Kenapa kau suka soal aku dengan soalan yang aku tak suka?Kenapa???”dia soal aku keras sambil tangannya pegang bahu aku. Tubuhku  di goncang kuat.Apalah kudrat aku untuk melawan si gagah perkasa.
 Kalau dulu katanya cinta habis sekarang benci dengan tiba-tiba. Apakah itu jawabnya.
“Saya tak sangka awak begini, Syameen!Awak telah mempermainkan hati dan perasaan saya. Apa salah saya pada awak Syameen?Apa salah saya?”aku soal lagi.
“Salahnya..aku..
“Awak tak cintakan saya kenapa awak kahwin dengan saya!Awak memang bodoh!”
Aku tak tahu dari mana datangnya bicara sekasar itu. Aku sudah bersedia jika dia nak tampar aku lagi. Aku tak mahu lemah!
Tapi,dia terus lepaskan cengkaman tangannya di bahuku. Dia pandang aku. Buat beberapa ketika pandangan kami bertaut. Kasihku sudah mulai bertukar benci. Benci dengan sikapnya yang penipu. Aku terus memilih untuk tunduk memandang lantai semula.
“Aku tak boleh terima kau sebab..
“Sebab awak tak cintakan saya!Sudah!awak tak perlu jelaskan apa-apa lagi!”aku terus memotong percakapannya untuk sekian kali. Terus aku mengorak langkah menuju ke balkoni. Angin pagi ini tenang berhembus. Tapi tidak hatiku.
“Semua ini tidak sepatutnya berlaku!”aku toleh padanya semula sambil pegang pipi aku yang masih pedih.
Apa maksudnya semua ini tidak sepatutnya berlaku?Aku tidak arif untuk menilai kata-kata itu. Tapi aku nekad untuk selesaikan masalah ini dengan segera. Aku tak mahu terus terlajak menyanyanginya. Sungguh, aku tak mahu walaupun aku sudah bertekad dia cinta terakhirku. Semalam telah merubah segala-galanya.
“Kita perbetulkan kembali apa yang salah.Awak lepaskan saja saya. Hanya itu saja cara untuk selesaikan masalah.”
Aku berkata dalam keberanian yang menggila sedang hati sedang menanggung sebuah duka. Mungkin aku dan dia tidak setaraf. Aku hanya perempuan biasa yang belajar hanya sampai Diploma. Bukan seperti dia yang ada Ijazah. Tapi, perlukah semua itu menjadi kayu ukuran?
“Aku akan lepaskan kau. Tapi bukan sekarang!”terus di menghenyakkan tubuhnya di atas tilam yang empuk itu.
Kalau bukan sekarang, maksudnya aku harus tunggu lagi. Tunggu sesuatu yang pahit berlaku tentu saja hati tak akan pernah tenang. Tak mengapalah sekurang-kurangnya aku akan di lepaskan.
Ketukan di pintu bilik membuatkan aku sedikit tersentak. Lekas-lekas aku sapu air mata yang bersisa. Dia pula hanya selamba. AKu tahu ini rumah dia. Apa dia nak kisahkan.
“Kenapa Yati?”soal Syameen Fikran sebaik sahaja wajah pembantu rumah mereka terjengul di muka pintu bilik.
“Tuan dan Puan panggil ke bawah.”jawab Yati pula sambil tersenyum pandang aku yang masih lagi kaku berdiri di balik balkoni itu.
“Ada apa?”
Aku lihat Yati angkat bahu. Tanda tidak tahu.
“Tak apalah. Nanti kita orang turun.”jawan Syameen lagi.
Kita orang?Maknanya aku pun kena turn sama. Ah!aku semakin kalut.
***
          “Apa ni Papa, mama?”soal Syameen Fikran sebaik sahaja Tuan Syafirul menyerahkan sesuatu padanya.
          “Kunci untuk rumah baru kamu. Hadiah dari papa dan mama.”jawab Tuan Syafirul lagi.
Aku pandang wajah Puan Latifah yang kini merangkap ibu mertuaku. Wajah Syafira adik Syameen yang manis itu juga ku pandang. Mereka senyum-senyum aja. Ternyata mereka mempunyai hati yang sangat bersih bukan seperti Syameen!
          “Kenapa susah-susah ni Pa..Ma..”
          “Tak besar mana pun hadiah yang kami beri tu Syameen. Kau dah penuhi permintaan papa dan mama yang nak kan menantu. Jadi, papa nak kau jaga Lia Juwita dengan baik-baik. Kau sekarang dah jadi suami. Tanggungjawab makin besar. Lagi satu, papa nak kau uruskan perniagaan papa di Kuala Lumpur tu. Papa, mama dan Syafira akan terus menetap di sini. Sudah malas untuk berulang alik ke sana.”
          “Syafiq?”Syameen menyoal tentang adik lelakinya itu yang tidak nampak batang hidung.
          “Syafiq nak sambung pengajiannya di luar negara bulan hadapan. Lagipun, adik kau tu tak minat pada perniagaan. Kau sajalah yang uruskan.”
          “Kalau kau rasa terbeban ambil saja isteri kau kerja dengan kau..”luah Puan Latifah pula.
Kerja dengan Syameen.? Itu tak mungkin berlaku. Habislah kalau aku kerja dengan dia. Di bulinya aku nanti. Huh!Tak nak!Tak nak!
“Bolehkan Lia?”soal ibu mertuaku lagi.
“Er..hmm...hmm..
“Bolehlah sayang!tolong abang uruskan pejabat”dia peluk bahuku erat.
Aduhai, macam nak tercabut jantung aku dengar Syameen cakap macam tu. Ini kali pertama dan mungkin yang terakhir. Kau memang penipu yang hebat Syameen!
“Boleh tak?”Syameen menyoal aku lagi. Raut wajah mnggoda dan sememangnya aku sudah tergoda sampai dengan mudah menerima dia. Huh!benci!
“Er..hmm..
“Tak payahlah fikir-fikir lagi. Setuju sajalah Kak..”
Aduh,adiknya pula cakap macam tu. Kalau aku setuju maknanya aku akan mengadap muka mamat yang perasaan bagus ni hari-hari. Sebelum ni hanya dua tiga kali je aku jumpa dia. Kalau boleh aku memang nak mengadap muka dia hari-hari bila lepas kahwin. Tapi, kalau dah jadi macam ni. Tak teringin langsung aku. Penipu!
“Diam tu tandanya setujulah..”terus dia bagi jawapan.
Aku lihat Tuan Syafirul sudah terangguk-angguk. Puan Latifah dah tersenyum lembar. Tapi hatiku hambar.Dia orang mungkin suka tapi tidak aku!Aku dah mula tanam benih-benih kebencian. Benci dengan sandiwara manusia bernama Syameen Fikran!
“Kita orang nak balik petang ni juga Papa, mama..”ujarnya lagi.
“Cepatnya Meen..”
“Ada kerja sikitlah ma..”
“Habis tu tak singgah dulu rumah ibu bapa Lia?”
“Kita orang singgah sekejap je lah nanti. Lepas tu terus pulang..”
Aku dengar saja apa yang dia cakap. Singgah sekejap? Kalau betul aku bersyukur sangat-sangat. Memang aku nak sangat jumpa ibu dan abah. Tapi, lelaki ni kan berlakon je. Pagi tadi sudah terang lagi bersuluh yang dia tak mahu singgah. Tak patut sungguh dia buat begini.
“Kamu dah jadi ketua keluarga jangan asyik nak kerja sahaja. Ingat tu..!”pesan Puan Latifah lagi.
“Ingatlah mama..Tahu...Meen akan jadi ketua keluarga yang baik!”
“Boleh percaya ke abang Syameen ni?”soal adiknya pula. Aku senyum sajalah. Pelik juga pada soalan Syafira itu. Tapi, aku sikit pun tak mahu kisah lagi.
“Kalau tak baik , kak Lia tak tersangkutlah pada abang!”jawapan bodoh apa yang di beri. Dada aku berdebar lagi. Nampak sangat macam aku seorang saja yang sukakan dia. Padahal sebelum ni dia yang tekan ayat macam-macam untuk kahwin dengan aku. Ah!Penipu je kerjanya.
Dia orang semua dah mula ketawa. Aku senyum sajalah. Dalam hati sudah mula menyumpah seranah. Dia kenakan aku. Tak mengapa mungkin hari ini hari dia. Aku pujuk lagi hati untuk tabah menerima.


10 comments:

  1. ni yg nyampah ni, asek pompuan jer yg terseksa... cubalh kuat sikit, xpenat ker sek lemah jer... apa2 pun thanxs cik writer

    ReplyDelete
  2. mimi:)

    Zawani: hehe..lemah ke?rasanya watak ni tabah..

    ReplyDelete
  3. sabo je la jd pompuan ni laki n ponnn satu suke na nak brpure2

    ReplyDelete
  4. aigooo... apekena dngan syameen ? x pe , cita nih best gile .. <3

    ReplyDelete
  5. knapakah dengan syameen???....hihihihi. best2

    ReplyDelete
  6. cerita ny ok jgk ... seorg wanita yang tabah tq share cerita

    ReplyDelete
  7. Jantan tak guna.. Asyik pukul isteri je.. hehhh benci pulak dgn Syameen ni..

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...