SUDAH hampir seminggu Riyadh
berusaha untuk melupakan apa yang terjadi di dalam hidupnya sejak akhir-akhir
ini. Namun, semakin jauh dia cuba untuk melupakan semakin kuat ingatannya
terhadap Aqilah dan Fazmizie. Entah makan ke tidak?Tapi stok makanan yang dia
beli dahulu memang rasa mencukupi untuk Fazzura dan anak-anaknya. Dia letih.
Rasanya lebih letih dari melayan kerenah Annis. Seminggu ini jugaklah dia sepi
tanpa Annis di sisi.
Puan Noriah yang sedang
menyiram pokok bunga di taman memandang anak lelakinya itu dengan seribu satu
pertanyaan. Lain dari kebiasaan. Riyadh yang memakai baju t’shirt merah dan berseluar
track duduk termanggu di atas gazebo. Entah apa yang mengganggu fikiran anak
lelaki tunggalnya itu.
“Handsome sangat ke anak ummi ini?” soal Riyadh apabila sedar
dirinya sedang di perhatikan umminya.
“Selalunya hari minggu
macam ni kalau matahari tak terpacak di atas kepala jangan harap nak nampak
muka kamu. Mana Annis? Seminggu ummi tak nampak dia?”soalan terakhir dari ummi
tentang Annis. Dia sendiri pun rasa sunyi jugak bila Annis tak ada. Maklumlah
sudah tujuh tahun dia dengan Annis. Dalam mengada-ada Annis, wanita itu
jugaklah yang menjadi teman setianya selama ini. Tapi, itulah masalahnya. Ajak
kahwin tak nak.
“Hari minggu yang
membosankan ummi. Annis tak ada. Travel
ke Singapore.” balas Riyadh perlahan. Fikirannya lebih menerawang kepada Aqilah
dan Fazmizie. Entah apalah yang diaorang sedang lakukan sekarang. Boleh ke
Fazzura jaga diaorang. Huh! pedih rasa bila memikirkan semua itu. Yang peliknya
kenapa mesti dia fikirkan tentang mereka. Padahal bukan dia ada kaitan apa pun.Orang
pandang sebelah mata pun tak. Hmm…
“Ummi suruh kau kahwin
dengan Annis tu cepat-cepat Riyadh. Apalagi yang kau orang berdua tunggu. Ke
hulu ke hilir tanpa ada ikatan yang sah. Malu nanti kalau tak jadi.” ujar ummi
lagi.
“Bukannya saya tak nak ummi.
Annis yang tak nak.”
“Kau tu lembut sangat
dengan dia. Cuba kau berkeras sedikit. Jangan ikutkan sangat permintaan dia tu.
Buat apanya bercinta lama-lama tanpa ikatan yang sah.”
“Nantilah...” balas Riyadh
semula. Tak ada hati untuk dia berbicara tentang Annis sekarang. Sedangkan
jiwanya sekarang bukan terarah kepada hal yang dibangkitkan. Dia memandang ummi
yang begitu leka menyusun pasu-pasu kecil yang tertanam bunga cactus di
sekeliling kolam kecil itu. Itulah ummi dan walid. Suka pada keindahan alam
semulajadi.
“Walid mana ummi?” soalnya
kemudian.
“Katanya nak pergi ke
rumah Pak Su Syukri kau tu.”
“Buat apa?”
“Adalah hal dia orang
adik beradik. Ummi tak campur.” balas Puan Noriah semula.
“Ummi...”panggil Riyadh
perlahan.
“Ada apa kau ni Riyadh.
Apa benda yang kau nak beritahu pada ummi. Raut wajah kau tu pun ummi dah dapat
agak ada sesuatu yang kau sorokkan dari ummi kan?”
“Ummi, Riyadh belum
cakap lagi ummi dah dapat baca kan?”
“Ummi yang melahirkan
kau Yadh, semua gerak geri kau ummi dah boleh agak.” Tambah Puan Noriah lagi. Dia
perasan semenjak seminggu ini anak lelakinya itu tak banyak cakap. Pergi kerja
balik kerja. Tak seperti kebiasaan.
“Ummi nak jumpa anak-anak Yadh?” tuturnya
selamba. Orang tua tu dah terlopong mendengar kata-katanya. Riyadh ketawa kuat.
Puan Noriah urut dada sambil geleng kepala. Tak kanlah dia nak beritahu pada ummi.
Nanti tak pasal-pasal dapat serangan jantung pula orang tua ni. Tapi,
keluarganya jenis open minded. Kalau
dia beritahu pun rasanya ummi boleh terima. Jangan ummi mintak dia kahwin dengan
Fazzura sudah. Eh!Tapi okey apa kalau kahwin dengan Fazzura pun. Cantik kut!
Status tak penting.
“Ummi suruh menikah kau
tak nak. Kau tu bukannya muda lagi pun. Sekarang ni kau sebut pasal anak pula.
Kau dah gila ke apa Yadh? Kau jangan main-main Yadh. Jangan buat bukan-bukan
pada anak orang.”ujar ummi serius.
“Masalahnya si Annis tu
yang tak nak. Kalau ikutkan hati Riyadh sekarang pun boleh.” jawab Riyadh
sambil garu kepala yang tak gatal.
“Kau cari sajalah orang
lain. Ramai lagi di luar sana Yadh.”
“Memanglah ramai.
Tapi...”
“Tapi apa? Apa yang kau
cari? Kalau kau hanya pandang kecantikan je Yadh tak guna. Cuba kau bukak mata
luas-luas ramai lagi perempuan kat luar sana tu yang cantik-cantik. Yang lagi
bagus. Yang boleh jaga kau. Jaga maruah kau.”
“Ummi, Yadh kenal
Annis. Walaupun dia macam tu...seksi. Dia baik ummi.” Riyadh cuba
mempertahankan Annis. Dia sedar yang ummi tak berkenan pada Annis. Walid
lagilah.
“Kalau kita pilih orang
yang bagus sebagai kawan kita, kita pun akan ikut bagus. Jangan silap memilih Yadh.
Soal masa depan jangan di buat main-main. Kalau kau dah rasa serius sangat
dengan Annis. Kahwin je. Sampai bila nak macam ni.” bebel Puan Noriah. Kalau dia cakap macam mana pun Riyadh tetap
mempertahankan si Annis tu.
“Masalahnya Annis tu
belum bersedia lagi ummi. “
“Kau tu yang bagi muka
sangat pada dia. Kau tegas tapi dengan Annis kau ikut je. Sayang jangan sampai
menyusahkan diri sendiri. Umur dah makin meningkat. Apa lagi yang dia tak
bersedia.”
“Susah-susah Yadh
kahwin dengan jandalah. Senang.” Riyadh ketawa berdekah-dekah. Wajah ummi
kelat.
“Kau ni dah kenapa? Mak
janda mana pulak yang kau berkenan ni? Cuba kau caka betul-betul. Anaklah,
jandalah. Hai! Macam-macam kau ni.”
“Gurau je ummi. Tapi
kalau betul pun ummi tak kisahkan?” soalnya sekali lagi.
“Terpulang pada kaulah.
Kalau betul ada yang berkenan bawa jumpa ummi dan Walid. Tapi, si Annis tu kau
nak letak mana. Kau jangan buat hal. Ummi tak nak dia datang menangis, meraung
kat sini. Kalau dah tak nak lepas elok-elok.”
Riyadh terus ketawa
kuat. Ummi…ummi, tak kanlah dia nak kahwin dengan si Fazzura tu. Orang tu baru
je kena cerai. Agak-agaklah. Dia gurau aje. Tapi kalau nak bergurau pun kenapa
mesti Fazzura? Kenapa tak sebut perempuan lain yang dia kenal. Banyak apa
pelanggan syarikat dia dalam kalangan wanita. Jawapannya senang je, sebab dia
tak pernah pandang perempuan lain. Tapi bila dengan Fazzura ni dia rasa macam
sesuatulah.
“Kenapa kau dah ada
pilihan lain selain si Annis tu?”
Riyadh sengeh. “Eh! ummi…mana ada. Si Annis itu aje pilihan
yang saya ada ummi.” ujarnya semula.
“Kalau begitu ummi nak
korang berdua cepat-cepat kahwin. Jangan sampai ummi paksa kau orang berdua
kahwin!” tutur Puan Noriah sebelum berlalu meninggalkan Riyadh yang
terpinga-pinga.
“Ummi…saya setuju cakap
ummi tu..tapi Annis yang tak nak…” luah Riyadh perlahan. Memang sah-sah nak
kena paksa jugak si Annis tu. Gumam hatinya pula. Jodoh itukan rahsia Allah.
Sekuat apa pun dia setia, selama apa pun dia menunggu, sekeras apapun dia
bersabar dan sejujur apapun dia menerima Annis kalau Allah dah tulis tak ada
jodoh mereka tetap tidak akan bersama. Dia dah berusaha jadi dia kena terima
walauapapun yang akan berlaku pada masa depan. Tapi sekarang ni dia dah mati
akal. Dia dah tak boleh nak tahan sabar. Dia nak jumpa budak-budak tu jugak
hari ni. Dia tak kira!
PINTU rumah itu diketuk
berulang kali. Setelah seminggu dia menahan perasaan dari menjenguk mereka.
Tetapi, hari ini perasaan itu tidak mampu dibendung lagi. Kerinduan mengajarnya
menjadi manusia yang tekad. Keresahan memaksa dirinya untuk berada di sini.
Bukan kerana simpati semata-mata tetapi kerana kasih yang sudah mulai tumbuh di
dalam dirinya terhadap dua insane kecil itu.
Terpacul di muka pintu
wajah Fazzura yang cengkung dan lesu. Pandangan mereka bertaut. Fazzura bungkam
di situ. Terkejut dengan kehadiran Riyadh. Perasaan bersalah kembali menjengah di
jiwanya. Dia tidak sepatutnya menghalau Riyadh seminggu yang lalu. Dia resah
sendiri. Tak sedar diri menumpang. Tak sedar dek untung. Dia benar-benar rasa
rendah diri. Malu pada renungan mata lelaki ini.
“Assalammualaikum. Boleh
saya masuk?” soal Riyadh memecah kesunyiaan di antara mereka.
“Err...Waalaikummusalam.
Rumah awak kan? kenapa pula tak boleh.” jawab Fazzura tergagap-gagap. Riyadh
senyum simpul. Soalan apa yang aku tanya. Dah sah-sah rumah aku. Ikut suka
akulah kan nak keluar masuk. Gumam hatinya pula.
“Uncle!”jerit Aqilah sebaik sahaja terpandang tubuhnya yang berdiri
berhampiran pintu. Terus berlari si comel itu menghampirinya.
“Hai sayang!Ya
Allah…rindu sangat uncle kat korang
berdua ni. Hmmm…muaah!muaah!muaah!”Bertalu-talu ciumannya jatuh ke wajah
Aqilah. Kemudian menuju pula ke arah Fazmizie yang sedang bermain botol air
mineral kosong itu. Fazmizie terkebil-kebil memerhatikannya. Kanak-kanak yang
sekecil itu apalah yang dia faham. Lainlah Aqilah yang masih setia
mengingatinya. Terus digomolnya Fazmizie. Melepas rindu yang menjadi penghuni
setia seminggu yang lalu. Pipi si comel itu terus menjadi perhatian bibirnya.
“Hai sayang uncle ni. Baru seminggu uncle
tak datang dah lupa uncle ye?” Tubuh
kecil Fazmizie diusap-usap perlahan. Kemudian beralih pula kepada Aqilah. Di
peluk kedua-duanya bagaikan melepaskan rindu yang sarat. “Uncle rindu korang berdua sangat-sangat! Serba tak kena. Makan tak
kena. Baring tak kena. Jiwa kacau sebab korang.”ujarnya perlahan.
“Mana uncle pergi uncle. Aqilah dan adik rindu kat uncle.” soal Aqilah sambil memeluknya dari belakang. Alahai…sejuk
rasa hati.
“Sorry sayang…uncle sibuk.
Uncle bukan tak nak datang tapi sibuk
sikit.” jawab Riyadh sambil menghadiahkan satu senyuman yang manis.
“Mama pun cakap macam
tu. Mama cakap uncle sibuk. Papa pun
sibuk. Aqilah rindu papa dengan uncle.”
Mendengarkan kata-kata Aqilah hatinya sedikit tercuit. Bukan dia sengaja tetapi
keadaan memaksa agar dia tidak berjumpa dengan mereka. Lagipun siapalah dia dan
apa perlunya kehadiran dia. Dia bukan papa mereka.
“Maafkan uncle
sayang…” tutur Riyadh perlahan namun cukup jelas di pendengaran telinga
Fazzura. Tak ada niat untuk dia lari dari semua ni.
“Apa perlunya awak
mintak maaf Riyadh?” dia yang sepatutnya
minta maaf. Riyadh tak ada salah apa-apa pun. Dia yang tak mampu nak kawal
emosi.
“Hmm…sebab saya tak
menyahut panggilan Aqilah seminggu yang lalu. Saya keluar macam tu je. Saya tak
peluk cium dia. Saya tak beritahu dia macam selalu.” jawab Riyadh cuba berlagak
biasa. Waktu itu kalau di ikutkan kata hati tak sanggup dia nak berlalu pergi
macam tu sahaja. Tuhan saja yang tahu perasaannya waktu tu.
“Hmm...awak nak air?
Saya buatkan?” Hatinya tertanya-tanya tujuan Riyadh ke sini. Mungkin ingin
menghalaunya keluar atau apa sahaja. Dia pasrah kerana sejak dari mula lagi dia
sedar yang dia hanya menumpang. Bahkan dengan apa yang terjadi seminggu yang
lalu dia sepatutnya lebih sedar siapa yang harus melangkah kaki meninggalkan
rumah ini. Bukan Riyadh tapi dia.
“Tak!tak! awak jangan
susah-susah. Saya nak pinjam dia orang sekejap. Saya bawa mereka ke taman
permainan di bawah tu aje. Awak izinkan tak?”
“Err...tak menyusahkan
awak ke?”
“Eh? Apa pulak yang
susahnya. Budak-budak sekecil ni manalah diaorang reti nak menyusahkan orang.
Kalau menangis pun senang aje nak pujuk. Bagi susu diamlah dia orang. Tapi
kalau yang dah besar panjang memang susahlah sikit. Tak menyusahkan tapi
sedikit memeningkan.”
“Awak perli saya ke apa
ni?”
“Eh! Eh! Ada orang makan cili ke ni? Jom
sayang…ikut uncle kita makan ice- cream.” terus tubuh Fazmizie
didukungnya. Mengekek ketawa Aqilah bila melihat Fazmizie yang meronta di dalam
dukungan Riyadh.
“Awak nak ikut tak?Makan
ice-cream?Bukan makan cili.”
Fazzura geleng kepala.
Terasa sakit hati mendengar kata-kata dari lelaki itu. Dia cuba untuk buat muka
serius tapi Riyadh terus ketawa melihat raut wajahnya yang tak puas hati dengan
kata-kata dari lelaki itu.
“Apalah ibu tu kan…uncle tanya aje, dia menangis pulak.” tutur Riyadh sekali lagi
sebelum berlalu menuju ke muka pintu.
“Saya tak izinkan pun
awak bawak keluar anak-anak saya. Kenapa awak sesuka hati aje bawak diaorang.”
tegur Fazzura tegas. Langkah kaki Riyadh terhenti. Dia kembali berpaling
menentang wajah Fazzura yang serius.
“Saya tak beri keizinan pun.” ulang Fazzura
lagi.
“Kenapa pulak awak tak
bagi? Awak nak kurung diaorang dalam rumah ni? Tak payah tengok dunia? Macam
tu? Nak ikut mood awak yang bersedih.
Zurra, dia orang ni budak-budak lagi. Tak tahu apa-apapun. Jangan nak kurung
mereka dalam dunia kesedihan awak tu.Okey!” balas Riyadh tegas. Berlagak pulak
dia macam anak sendiri.
Fazzura terpana
seketika. Dia pandang wajah Aqilah yang turut memandang ke arahnya. Jari jemari
itu kemas berada di dalam pegangan Riyadh. Begitu juga Fazmizie. Selesa di
dalam dukungan lelaki itu.
“Pergilah...” balasnya
perlahan. Mengalah dengan keadaan.
Riyadh senyum.
“Kesedihan tak akan bawa diri tu ke mana-mana.” tuturnya lagi sambil menarik
pintu. Fazzura membatu. Kau tak rasa apa aku rasa. Boleh lah cakap macam tu.
Cubalah kau duduk tempat aku. Bisik hatinya pula. Geram!
“Saya pergi dulu. Kat
bawah tu je.” Pintu ditutup perlahan.
Fazzura mendengus.
Entah untuk apa keluhan ini. Adakah dia tidak bersyukur dengan pertolongan dari
lelaki tadi. Kalau tak sebab Aqil dia tak akan jadi begini.
Ah!Aqil…kau bunuh
semuanya. Entah bila kesakitan ini akan lenyap. Kau buat aku macam sampah.
Segalanya masih jelas terbentang di depan mata. Lafasan ceraimu terhadapku,
kemesraanmu bersama wanita lain di hadapanku. Ah! hati ini terlalu sakit.
Terlalu dalam luka yang kau berikan Aqil! Hatinya memberontak lagi kala
sendiri. Dia rasa trauma.
RUANG masa yang ada di
isi dengan sebaik-sebaiknya. Matanya tidak terlepas dari memerhatikan Aqilah
dan Fazmizie yang berkejar ke sana ke mari tidak jauh darinya. Perasaan ingin
memiliki zuriat sendiri membuak-buak. Tapi
dengan siapa? Annis nasih dengan dunianya.
“Uncle...uncle...”panggil
Aqilah.
“Ya Aqilah, jangan main jauh-jauh sangat tu. Mari
dekat sikit.” sahutnya pula. Aqilah berlari menghampirinya.
“Kenapa tinggal adik sorang-sorang tu?” Riyadh
yang bimbang terus bangun dari bangku kayu itu. Tangan Aqilah dipimpin untuk
menuju ke arah Fazmizie yang sudah terduduk di atas rumput itu. Tangan si kecil
itu mula bermain-main dengan rumput dan tanah.
“Sayang…jangan main
tanah ni. Kotor nanti sakit lagi. Ibu susah hati. Kesian kat ibu. Dah la jom uncle bawa korang dua makan ice-cream. Dah lama tak makan ice-cream kan.” ujar Riyadh terus
mendukung tubuh Fazmizie. Aqilah ketawa melihat adiknya itu merengek-rengek
ingin turun.
“Kakak ketawa kat adik yer…”
bisiknya sambil tersenyum memandang Aqilah.
“Adik nak jalan..tak
nak uncle dukung. Uncle bagilah dia jalan.”
“Kalau macam tu uncle dukung Aqilah bagi adik jalan? Okey?”Terus
Aqilah geleng kepala. “Kenapa tak nak pula?” soalnya lagi.
“Aqilah dah berat. Nanti
susahkan uncle.” Riyadh ketawa.
“Alah...tak berat pun. Aqilah baru nak masuk empat tahun.
Tapi Aqilah bijak. Aqilah pandaikan. Cakap pandai. Uncle sukalah. Mulut kecil Aqilah celoteh macam orang dewasa dah.”
Perasaan Riyadh semakin
kuat untuk memiliki anak sendiri. Saat itu juga dia tekad. Tekad untuk
mengahwini Annis. Tekad untuk memaksa wanita itu walau dalam apa cara
sekalipun. Yang pasti saat ini hanya Annis wanita yang ingin dinikahinya. Dia
nekad! Dia akan berkahwin dan memiliki anak sendiri bersama si kekasih hati.
“Dah lama tak makan ice- cream.” ujar si kecil itu.
“Uncle pun dah lama tak makan.” balasnya pula sambil membuka plastik
ice-cream perisa chocolate. Perisa kesukaan Aqilah dan Fazmizie.
“Papa dah lama tak
belikan. Ibu pun tak nak belikan.”
“Uncle kan ada sayang. Kalau Aqilah nak apa-apa cakap je uncle boleh belikan.”
“Seronok you? Anak siapa pulak yang you bawak
ni? Terus Riyadh panggung kepala. Annis! Dia hampir-hampir tak kenal dengan
fesyen terbaru rambut Annis. Cantik! Terpana dan terkejut bercampur jadi satu.
Tapi…
“You? Siapa budak-budak
dua orang ni?Anak siapa ni? Bukan anak abang dengan kakak you kan…” soal Annis
manja.
“Cantik rambut baru
you. I suka.” Riyadh cuba mengelak dari jawab soalan Annis. Apa dia nak jawab.
Lebih baik dia bicarakan perihal rambut baru Alis. Warna terang pada rambut
Annis membuatkan wajah Annis makin berseri-seri. Dengan pancaran gelombang
lembut yang membuatkan Annis betul-betul nampak segar. Blonde style kononnya.
“Ala-ala korea la ni.” sambungnya lagi. Terfikir kata-kata ummi pagi tadi. Betul ke dia jatuh cinta pada rupa? Kalau
rupa semua tu hanya nafsu. Kalau pandang
pada rupa memang Annis langsung tak ada cacat cela. Kalau pandnag rupa semua tu
hanya sementara. Tapi dia dengan Annis dah tujuh tahun. Tak kanlah sebab rupa
melainkan hati dan perasaan ada rasa cinta juga.
“Tapi kalau you pakai
tudung lagi cantik.” Riyard jungkit kening. Orang dah cantik kalau sopan lagi
cantik.
“Apa yang you merepek
ni sayang? I tanya you ni sayang? Siapa budak-budak dua orang tu?” soal Annis
lagi. Muncungnya diarahkan ke arah budak-budak tu. Riyadh hela nafas panjang. Tak boleh cerita.
Annnis tak akan faham.
“Yang girl tu Aqilah. Yang boy tu Fazmizie. Anak jiran I. Baru
pindah.”
Annis kerut kening.
“Tolonglah… you jangan nak tipu I. I tak tanya pun nama diaorang.”
“Tadi you tanya siapa
diorangkan?” soal Riyadh balik. Bergurau sambil mencari jawapan selamat.
“Tak sayang…serius ni.”
balas Riyadh. Sekejap-sekajap matanya dikerling ke arah Aqilah dan Fazmizie.
“Macam mana you boleh datang sini pulak? Kenapa tak cari I dekat rumah je tadi.
Bukan ke you cakap lambat lagi nak balik?” gilirannya pula yang menyoal Annis
bertubi-tubi.
“I pergi rumah you.
Nampak kereta you tak ada. I call you,
susah sangat nak jawabkan.” Baru Riyadh teringat. Telefonnya tadi tertinggal.
Dia pun dah malas nak patah balik. Riyadh langut pandang ke arah kondominium
miliknya. Tiba-tiba dia rasa susah hati. Hesy! Macam mana Annis nak jujur kalau
dia sendiri pun sekarang tak jujur dengan Annis. Bukan dia tak nak cerita kat
Annis. Tapi dia tahu yang Annis ni jenis yang tak akan faham.
“You, baliklah dulu.
Nanti malam kita jumpa ya sayang. I pun nak hantar diaorang balik ni. Bising
pulak papa dan mama diaorang nanti.” Dia bangun mendapatkan Aqilah dan
Fazmizie.“Aqilah, adik, jom kita balik.”
“Sebab tu la yang you
beria-ia ajak I kahwin. Sebab tak sabar sangatkan nak ada anak. Sebab
budak-budak dua orang ni kan! You dah teringin sangat.”
“Aqilah, salam dengan untie.” ujar Riyadh. Annis memang tak
puas hati bila dia buat tak peduli apa yang Annis cakap. Malaslah dia nak
panjangkan cerita.
“Heeee…apa ni?You tak
nampak ke tangan diorang tu kotor dengan ice-cream.
Dengan tanah!Hesy!kotor…gelilah!” tempelek Annis. Dia menepis tangan Aqilah.
“Apa yang you buat ni
Annis?You! jangan nak berlagak sangat dengan budak-budak-budak ni.” Riyadh
angkat jari telunjukknya tepat ke muka Annis. Geram dengan tindakan wanita itu.
Dia tak suka kelakuan Annis terhadap Aqilah.
“Oh! Ssekarang you
beria-ia nak mempertahankan budak-budak ni pulak. Entah anak siapa yang you
bawak ni. Kusut masai. I jijiklah!” balas Annis geram. Riyadh tarik Aqilah
dekat dengannya.
“Dahlah sayang, jangan
layan mak cik ni. Dia ingat orang kusut masai tak boleh masuk syurga agaknya.”ujar
Riyadh geram. Dia pandang pula Fazmizie yang berada dalam dukungannya.
“Ermm...kesian kat mak cik ni kan adik. Jomlah kita balik. Mengarut je layan
orang yang lupa daratan ni.”
Muka Annis kelat.
Berubah tiga ratus enam puluh darjah mendengar kata-kata yang terbit dari mulut
Riyadh. Argh!jantan tak guna. Sanggup cakap dia begitu. Mujur budak-budak lagi.
Kalau tak dah lama dia tarik-tarik rambut tu. Geram!sakit hati dengan tindakan
Riyadh. Sanggup hina dia macam tu.
BEST.
ReplyDelete