Monday, August 22, 2011

bab 4


PUAN Kamariah berdiri di tepi tingkap yang sedikit terbuka itu. Pandangannya di halakan jauh ke halaman rumah yang terbentang. Suasana rumah hari ini sunyi dan sepi. Pemergian Khyrill ke Perancis benar-benar membuat hati tuanya luka. Nafasnya terasa sesak kerana cuba menahan tangis. Kepalanya benar-benar sakit.
Sama sekali dia tidak menyangka anak yang di kandungnya selama 9 bulan 10 hari sanggup pergi meninggalkannya tanpa restu darinya. Hatinya sakit dan terluka. Khyrill adalah anak sulung harapannya. Lama dia menanti kelahiran Khyrill di dunia. Ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi sayang anak lelakinya itulah yang sanggup membuat hati tuanya terluka.
Dia kemudian beralih pandangan ke arah barang-barang hantaran yang terletak kemas di atas meja itu. Semuanya kini menjadi sesuatu yang sia-sia. Puas dia bersusah payah menghasilkan hantaran itu dengan hasil tangan sendiri. Akhirnya semua yang dirancang itu tidak kunjung tiba. Khyrill membuat keputusan dengan tergesa-gesa tanpa langsung berbincang dengannya terlebih dahulu. Semuanya kerana bola. Kerana cita-citanya yang melangit itu langsung dia tidak memikirkan hati mereka sekeluarga.
Suaminya dan Khuzaime turut serta dalam misi menghantar Khyrill.Walau seribu kali dia di pujuk, namun seribu kali jualah hatinya makin keras. Apakah Khyrill mengikut jejak langkahnya yang keras hati ini.
Ya Allah, Kau bantulah aku menghadapi semua dugaan ini. Doanya lagi di dalam hati. Dia terasa kepalanya berdenyut kuat.  Dia memicit-micit kepalanya yang semakin berdenyut kuat itu. Pandangannya di rasakan berpinar-pinar. Dia cuba untuk berjalan ke sofa namun pandangannya semakin gelap gelita. Dia akhirnya rebah dan tidak sedarkan diri di situ seorang diri.
***
KOTAK indah untuk diberikan kepada Khyrill tersemat kukuh di tangannya lantas diletakkan di belakang tempat pemandu.  Emilia di sebelah hanya diam tidak seperti pagi tadi, mengalahkan murai tercabut ekor.  Mungkin sedang melayan perasaan agaknya, aii..ada juga engkau perasaan ya Emilia.  Arisya tersenyum sendiri mengenangkan temannya itu, sambil itu kereta yang di pandu terus bergerak menuju ke destinasi.
Hari ini, hari terakhir mereka akan berjumpa, meluah rindu, meluah kata. Khyrill akan pergi membawa cintanya bersama.  Mereka terpaksa berpisah untuk sementara demi cita-cita dan impian  Khyrill yang perlu ditunaikan.  Impian yang selama ini dinantikan akhirnya menjadi nyata apabila Khyrill menerima perkhabaran gembira yang dirinya ditawarkan untuk menjadi seorang  pemain bola bersama kelab impiannya R.C Strasbourg, di Perancis.  Perkhabaran itu amat sayu untuk Arisya menerimanya, namun  Arisya terpaksa merelakan demi impian dan cita-cita  Khyrill. 
Yang pasti hidup berjauhan amat menakutkan dan Arisya pasrah melepaskan lelaki itu pergi walaupun pada awalnya dia kesal dengan sikap Khyrill yang membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Hari yang sepatutnya menjadi hari paling indah dalam hidupnya rupanya menjadi hari yang paling menyedihkan bahkan amat menyayat hati.
Kau pergi jua....
Aku takut untuk berjauhan denganmu Rill.  Aku takut mimpi-mimpi itu benar-benar terjadi. Aku lemah Rill.  Hati ini terlalu berat untuk melepaskanmu pergi.  Berat rasanya, bagai ada sesuatu yang aku tak tahu bakal berlaku.  Namun aku tetap merelakan  demi impianmu, Rill.  Terbanglah sebebas yang kau mahu.  Kepermegianmu tidak akan sekali ku halang. Semoga jodoh itu akan tetap menjadi milik kita.
Arisya dan Emilia sampai di lapangan terbang KLIA tepat jam 10.00 pagi.  Sudah ramai orang yang memenuhi ruang legar KLIA.  Lapangan terbang ini tidak pernah sunyi bisik hati kecil Arisya.  Emilia sudah mula mencari tempat duduk untuknya membaca akhbar yang baru dibeli sebentar tadi.  Manakala Arisya pula leka memerhatikan kawasan sekitar ruang legar KLIA itu. Mencari wajah kekasih hati.
Kotak indah itu diletakkan didalam beg sandangnya.  Didalamnya mengandungi sehelai jerrsy yang tertera tulisan nama mereka berdua.  ‘RILL & RISYA’. Didalam kotak itu juga terselit beberapa keping gambar dan juga puisi ciptaannya untuk Rill. Betapa dalamnya cinta Risya untuk Rill sehingga setiap kali wajah Rill bermain difikirannya, pasti akan datang ilham untuk Arisya mencipta puisi-puisi dan madah-madah indah.  Sungguh mengasyikkan sesiapa saja yang membacanya.  Bagi Arisya, Khyrill bukan sahaja sumber ilham untuknya malah wajah itu umpama cahaya yang menyuluh dan menerangi dirinya setiap masa.
“Hai sayang! yang tercegat berdiri disitu kenapa? belum lagi runtuh banggunan ni.!” Arisya pantas menoleh, Khyrill sudah tercegat di belakangnya. Memandang Arisya tanpa berkelip walaupun sesaat.  Bab pandang memandang ni lah yang membuatkan Arisya lemah ni.  Alahaiiii...tak rock lah macam ni.
“Yang Rill pandang Risya macam tu kanapa?tak pernah tengok ke?”soal Arisya dengan wajah yang merah padam.  Malu apabila direnung begitu. Khyrill sudah tergelak kecil melihat gelagat Arisya. Nampak comel sangat.
“Nak  ushar muka buah hati sendiri pun tak boleh ke? yang Arisya cantik sangat hari ni kenapa?nak pikat Rill ya.? Tak payahlah..Rill dah terpikat pun. Tak pun nak ikut Rill pergi sana? Rill tak kisah...tersangat tak kisah.!”
“Jangan nak merepek Rill, bila masa pulak yang Risya nak ikut Rill?Jangan nak perasanlah ya.!”
“Hehe..Saja je, Rill tahu Risya mana boleh tinggal Malaysia ni kan?”sambil mengangkat keningnya beberapa kali.  Sepantas itu juga satu cubitan hinggap di tangan Khyrill. “Padan Muka.!!”
“Aduhh! Risya, sakit la.  Tak kesian kat Rill ke? bagi la kiss ke, pelukan rindu ke, ni tak bagi cop pulak.  Kalau ye pun nak bagi cop, bagi la kat tempat lain, kat sini ke, sambil menunjukkan pipinya.”  Arisya sudah geram melihat gelagat Rill yang tak habis-habis untuk menyakatnya. Siap ketawa pulak tu.  Gelak tawa itulah yang membuatkan aku semakin berat hati untuk melepaskanmu pergi, Rill. Arisya bermonolog sendiri didalam hati. Khyrill suka sangat berjenaka walaupun perasaannya gundah.
“Sayang...!Oo sayangku Nur Iris Arisya. Time-time macam ni pun nak jadi tugu jugak ke? berangan apa lah ya? Rill pun nak tahu jugak.?”
“Berat hati Risya untuk melepaskan Rill pergi.” Sayu kedengaran suara Arisya, tetapi itulah hakikat sebenar yang sedang dihadapinya.  Hatinya terlalu berat untuk melepaskan Rill pergi. Entah mengapa? Arisya semakin berperang dengan perasaannya. Tambahan pula bila dia teringat akan mimpinya tadi.
“Risya, Rill sayang Risya.  Sayang sangat-sangat.  Hati ini juga berat untuk meninggalkan Risya. Tapi Rill janji Risya, cinta Rill tidak akan berubah. Tidak akan sekali.!” Ucap Khyrill pula.
            Sepantas itu juga jari jemari Risya dicapai dan digenggam erat. Sungguh perpisahan ini terlalu berat.  Air mata sudah mula mengambil tempat di pipi Arisya. Kelopak mata Khyrill juga turut basah walaupun dia cuba untuk menyembunyikan kesedihannya dari pandangan mata Arisya. Namun dia gagal kerana kenyataannya dia juga tak mampu menahan gelodak rasa yang bermukim di hatinya.
Berpisah demi mengejar impian dan cita-cita yang belum terlaksana.  Arisya juga pasrah dalam resah gelisah. Suasana menjadi hening seketika. Khyrill melepaskan jari jemari Arisya dan segera menoleh ke arah lain. Dia tidak sanggup untuk melihat kesedihan Arisya. Sungguh! Kesedihan itu amat menyakitkan.
 Ya Allah, kau berikanlah kami kekuatan.
“Abg Rill, kak Risya,”  Khuzaimie  adik bongsu Khyrill memanggil.
Sorry ya, ganggu drama air mata. Adik cuma nak bagitahu abah  panggil.” Khyrill sudah terjegil biji mata melihat gelagat Khuzaimie sambil jari jemarinya diletup-letupkan.  Khuzaimie hanya tersengeh. Faham dengan isyarat dari abangnya itu. Khuzaimie, walaupun baru berumur 15 tahun tetapi fikiran mengalahkan mereka yang berumur 30 tahun.
“Bertuah punya adik.!” Bebel Khyrill pula.
“Gurau ajelah abang..!hehehe.” Tutur Khuzaimie lagi. Arisya hanya tersenyum memandang Khuzaimie.  Merah mukanya menahan malu.  Sambil mengesat air mata yang masih bersisa. Adik dengan abang sama je perangainya.  Tak boleh blah. Suka sangat menyakat orang.
“Abah. ” Sapa Khyrill sebaik sahaja menghampiri Encik Zahrul.
“Pakcik apa khabar?”
Tanya Arisya sambil menyalam tangan Encik Zahrul. Puan Kamariah tidak kelihatan. Hatinya masih dapat menerima kenyataan. Kesian Khyrill tentu dia lagi sedih dengan apa yang terjadi.
Dari jauh kelibat Emilia sedang menuju ke arah mereka. Arisya mengeluarkan kotak indah itu lalu diberikan kepada Khyrill.  Lagi 15 minit penerbangan ke Perancis akan berlepas. Khyrill sudah mula bersalam dengan semua yang menghantar pemrgiaannya. Satu persatu wajah direnung. Sayu,  teramat sayu suasana pagi itu.
“Jaga diri baik-baik Rill kat tempat orang.  Ingat pesan abah.” ucap Encik Zahrul penuh makna
“Insyaallah abah.  Rill akan sentiasa ingat pesan abah. Sampaikan salam maaf Rill pada Ibu. Rill berdosa pada ibu.”Tutur Khyrill sebak.
“Jangan cakap begitu,Rill. Lambat laun ibu pasti terima semuanya yang berlaku. Kamu jangan sia-siakan masa depan kamu. Ingat tu.”
“Baik abah..Ampunkan Rill.abah.” Khyrill memeluk erat Encik Zahrul. Suasana cukup hening. Pemergiaannya tanpa restu dari ibu.
“Arisya, walau kat mana pun Rill berada, sayangnya Rill pada Risya tak akan berubah. Rill janji akan jaga cinta yang telah Risya berikan ini dengan baik.  Rill janji Risya.” Kedengaran begitu tulus kata-kata yang keluar  dari mulut Khyrill. Separuh berbisik Khyrill melafazkannya. Air mata kembali menitis di pipi Arisya  mendengar pengakuan dari mulut Khyrill.  Sungguh berat perpisahan ini untuk di terima. 
“Rill, Risya juga sayang pada Rill.” Air mata yang sejak tadi membasahi pantas disekat.
“Sudah la tu menangis. Mata tu dah jadi macam bola pun. Hidung tu dah jadi macam hidung badut. Khyrill pergi bukannya lama Arisya. Bersabar ya sayang.”Tutur Khyrill lagi sambil ketawa. Khuzaimie yang sedari tadi menjadi pemerhati hanya menggelengkan kepala melihat telatah abangnya itu.
“Risya, simpan ini baik-baik ya. ”Ucap Khyrill sambil menghulurkan sebuah beg plastik kecil bewarna merah kepada Arisya. Arisya sekadar menangguk. Terasa sebahagian dari dirinya akan turut pergi bersama Khyrill.
“Sayang, nak cium pipi boleh ke.?”Khyrill berkata lagi separuh berbisik.  Sempat lagi dia nak menyakat Arisya yang dah mula menjegilkan biji matanya.  Bibirnya diketap kuat-kuat. Geram dengan usikan-usikan nakal dari Khyrill itu.
Akhirnya mereka sama-sama ketawa.  Gelak tawa yang menutup segala duka lara.  Khyrill terus berlalu masuk ke dalam balai berlepas.  Dia akan menempuh perjalanan yang agak panjang melalui penerbangan dari Kuala Lumpur ke Amsterdam, Belanda sebelum penerbangan yang seterusnya ke Paris. Selamat tinggal semua.  Hatinya sangat sayu melihat Arisya sebentar tadi.
 Ya,dia tahu betapa berat untuk Arisya melepaskan dirinya pergi. Begitu juga dengan dirinya, mereka tidak pernah berjauhan selama ini.  Dia sanggup memohon untuk bermain di kelab lain yang ada di Kuala Lumpur, asalkan dia akan selalu dekat dengan Arisya. Tapi hari ini, impian dan cita-citanya menuntut sebuah pengorbanan yang terlalu besar.  Semoga pengorbanan ini akan menghadiahkan sesuatu yang indah pada masa akan datang. 
Lambaian terakhir itu semakin hilang dari pandangan. Khyrill pergi tanpa restu dari isterinya. Dia merasa cukup serba salah. Namun sedaya upaya dia cuba untuk tidak menunjukkan resah hatinya. Dia tahu, dia kekuatan untuk Khyrill. Dia berbangga mendapat anak yang tidak pernah kenal erti putus asa seperti Khyrill. Cuma isterinya sahaja yang masih tidak boleh menerima kenyataan. Isterinya tetap tidak merestui pemergian Khyrill walau seribu kali dia cuba memujuk. Telefon bimbitnya berdering.
“Assalammualaikum”Ucap Encik Zahrul sebaik sahaja punat hijau itu ditekan. “Waalaikumussalam Zahrul, aku ni Ahmad.”
Kedengaran suara Encik Ahmad jiran sebelah rumahnya bersuara. Perasaan Encik Zahrul semakin tidak tenteram.
“Kenapa ni,Mad?Ada apa?”Soal Encik Zahrul bertalu-talu.
“Kamariah..”
“Kenapa dengan Kamariah?”
Semua mata kini tertumpu kepada Encik Zahrul. Khuzaimie berdebar. Kenapa pula dengan ibunya.
“Isteri aku jumpa dia tidak sedarkan diri tadi. Sekarang aku ada kat hospital. Dia masih ada di dalam bilik rawatan. Kau bersabar banyak-banyak, Rul..Aku tunggu kau di sini..”
“Baik-baik. Saya bergerak ke sana sekarang.!”
“Hati-hati.. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Talian diputuskan. Encik Zahrul menarik nafas panjang sebelum bersuara perlahan. “Ibu masuk hospital. Kita bergerak ke sana sekarang.”
“Saya beritahu pada abang Rill, abah..”
“Jangan!tolong jangan! Arisya, kamu juga tolong rahsiakan hal ini buat sementara waktu.”
“Tapi abah..Ibu..”
“Sudah!Jangan tapi-tapi lagi. Mari kita gerak sekarang.Arisya kamu hati-hati ya..”
Arisya mengangguk lemah. Badannya rasa bergetar. Cuba menahan tangis dari merembes keluar lagi. Pandangan matanya di sorot ke arah langkah Encik Zahrul dan Khuzaimie yang semakin hilang dari pandangan mata. Petanda apakah pula kali ini. Apakah pemergian Khyrill benar-benar membuat hati Puan Kamariah terluka. Ya Allah, Kau Ampunilah DosaNya.
***
            SUASANA sepi kembali mengambil tempat di antara mereka. Emilia mengambil tempat sebagai pemandu. Kesian Arisya, berturut-turut dugaan yang menimpanya. “Risya, hang nak balik kampung terus tau nak singgah rumah sewa kita dulu?”Arisya menoleh memandang Emilia. “Hmm..teruslah. Aku nak melawat mak cik..”
“Bersabarlah, Risya.Bakal mak mentua hang tu tak ada apa-apalah.”
“Aku boleh bersabar..tapi macam mana dengan Rill. Aku kesian kat dia.Aku nak bagitahu pada dia..tapi, kau pun tahu Encik Zahrul sudah pesan tadi.”
“Sebab kesian tu lah Encik Zahrul tak bagi kau orang semua beritahu pada Khyrill. Dia sorang-sorang kat sana, Arisya. Takut nanti apa pulak yang akan jadi pada dia.”
“Lagipun dia baru sahaja berlepas semasa kita semua dapat berita tu tadi.” Balas Arisya semula. Baginya Khyrill masih sempat untuk dihalang dari berlepas pergi.
Hang sendiri tau yang dia cukup tersiksa...”
“Kalau dia tersiksa kenapa dia mesti pergi jugak.!Bukankah kalau lebih baik dia tak pergi. Tak ada sesiapa yang akan susah.”Bentak Arisya kuat.
Hang cakap apa ni, Risya!Hang sedar tak apa yang hang cakap. Semua yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Hang seolah-olah tak ikhlas melepaskan Khyrill pergi. Hang sendiri yang izinkan dia pergi. Sekarang ni hang nak cakap macam tu pulak?apahal?kawallah sikit emosi tu. Aku tahu la hang tertekan.”Bidas Emilia kembali. Baginya Arisya seolah-olah tidak redha dengan apa yang berlaku. Dia tidak mahu Arisya terus mengalah dengan dugaan sekecil ini. Perjalanan masih jauh. Banyak lagi yang perlu di laluinya.
Memang dia tidak pernah bercinta, tetapi dia cukup paham dengan dugaan cinta jarak jauh. Arisya sepatutnya bersabar dan melalui hari-hari esok dengan tenang kerana dia sendiri yang ikhlas melepaskan lelaki itu pergi.
“Maafkan aku, Emi. Aku memang ikhlas melepaskan Khyrill pergi. Cuma rasa kecewa ini kadang-kadang membuatkan hati aku tak mampu nak kawal emosi aku.”
Emilia hanya berdehem perlahan. Dia pun bukan sengaja nak meninggikan suara sebegitu. Dia faham perasaan Arisya. Susah senang mereka bersama. Apa yang Arisya rasa dia turut merasainya. Dia tidak mahu Arisya ikhlas melepaskan Khyrill pergi hanya dibibir sahaja. Biarlah keikhlasan lahir dari hati yang tulus.




No comments:

Post a Comment

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...