“KAHWIN? Betul ke apa yang ibu dengar ni? Anak ibu nak kahwin dengan siapa?”terjah ibunya bertalu-talu pada pagi itu. Nur Nilam yang sedang meletakkan dulang berisi milo panas hanya tersenyum kelat.
“Kalau ya pun ibu makanlah dulu.”ucapnya perlahan sambil mencedok nasik goreng ke dalam pinggan ibunya. Bau nasi goreng yang di masak oleh Nilam sungguh menyelerakan Puan Syarifah. Dia bertuah mendapat anak yang baik seperti Nilam. Bukan sahaja bijak tetapi juga pandai memasak. Sejak dari kecil hingga ke besar Nilam seorang yang tidak susah untuk di didik.Tapi dia juga kesiankan Nilam kerana terpaksa berkorban untuk menjaganya yang sudah sakit.
“Nanti bila tetamu kita datang ibu berkenalanlah dengan dia ya..”
“Pandai betul anak ibu ni berahsia dengan ibu.”
“Ibu gembira tak?”soalnya sekali lagi. Mengharap reaksi dari Puan Syarifah.
“Ibu gembira sangat. Nanti bila ibu sudah tidak ada lagi adalah orang yang akan jaga anak ibu ni.Tak adalah ibu susah hati tinggalkan Nilam seorang diri.”
“Ibu..kenapa cakap macam tu..”
“Ibu rasa telah banyak menyusahkan kamu, Nilam. Kamu belajar tinggi-tinggi tetapi terpaksa bersusah payah untuk menjaga ibu pula.”
Nur Nilam berubah wajah. Ibu hanya satu di dunia dan tidak ada galang gantinya. Dia rela berkorban apa sahaja asalkan ibu bahagia. Perkahwinan ini juga untuk kebahagian ibunya. Dia mahu ibunya sembuh walaupun tidak sepenuhnya. Sekurang-kurangnya dia tidak menyesal kerana dapat membalas jasa ibunya walaupun sedikit cuma. Walaupun dia terpaksa berkorban tentang masa depannya.Ampunkan Nilam, Ibu..Ritih hatinya sayu.
“Kamu ada rahsiakan apa-apa dari ibu?”soal Puan Syarifah seolah-olah dapat membaca hati anaknya itu.Nur Nilam menggelangkan kepalanya. Biarlah hanya dia dan Iskandar sahaja yang tahu. Semoga rahsia ini akan terus tersimpan kemas.
Tidak lama kemudian kedengaran suara seseorang memberi salam di muka pintu. Dia bingkas bangun menuju ke arah pintu. Sebaik sahaja pintu rumahnya dibuka terpacul wajah Iskandar di hadapan pintu rumahnya. Dengan kaca mata hitam yang dipakainya itu membuatkan Nur Nilam hampir-hampir tidak perasaan akan wajah itu. Kacak,bergaya,tinggi. Sehingga dia perlu mendongak untuk memandang lelaki itu. Itulah yang boleh dirumuskan tentang lelaki yang bakal menjadi suaminya ini. Rupa kacak macam ni pun tak ada kekasih ke?Gerutu hatinya lagi.
“Jemput masuk..”
“Mana ibu awak?”soal Iskandar pula sambil membuka kaca mata yang dipakainya.
“Ada di dapur. Marilah sarapan sekali.”Iskandar menggangguk perlahan. Menuruti langkah kaki Nur Nilam. Matanya meninjau keadaan di dalam rumah. Kemas walaupun rumah ini tidak terlalu besar. Jika hendak di bandingkan dengan rumahnya memang jauhnya ibarat Pluto dan Bumi. Tapi itu tak menjadi masalah buatnya. Dia tidak pernah menganggap bahawa kesenangan adalah cermin kebahagiaan. Sebab itulah di dalam apahal pun dia lebih sederhana. Setakat pandu Honda Civic Mugen tu apalah sangat.
“Ibu,kenalkan inilah Iskandar,”beritahu Nur Nilam sebaik sahaja menghampiri ibunya. Iskandar tersenyum sambil menyalami tangan Puan Syarifah.
“Apa khabar, Mak cik?”soal Iskandar memulakan bicara.
“Beginilah Iskandar..mak cik kesiankan Nur Nilam, bersusah payah dia menjaga mak cik.”
“Tak mengapa, selepas ini saya akan jaga Nur Nilam dan mak cik,”tuturnya bersahaja. Dia melihat Nur Nilam menjeling ke arahnya. Dia tersenyum namun tidak bagi Nur Nilam yang kelihatan agak resah. Entah kenapa dia rasa bergetar di dalam dada mendengarkan kata-kata dari Iskandar tadi.
“Kenapa dengan kamu ni Nilam?Kenapa tak cedokkan nasi tu ke dalam pinggan Is?Air tu kenapa kamu tak tuangkan?Tak baik layan tetamu macam ni,Nilam,”Puan Syarifah mengomel perlahan. Sengihan Iskandar semakin panjang. Meluat pula Nur Nilam melihatnya. Dia mencedokkan nasi goreng itu ke dalam pinggan. Betulkah apa yang sedang dia lakukan ini?Bisik hatinya lagi.Berbelah bagi.
“Dah lama ke kamu kenal dengan anak mak cik ni?”soal Puan Syarifah pula.
“Hmm..kami baru je kenal. Saya sebenarnya lebih suka perhubungan selepas berkahwin,”jawab Iskandar tenang. Padahal di dalam hatinya bagai nak gelak guling-guling macam tenggiling. Bercinta lepas kahwin?Huh!Tak ada maknanya.
“Baguslah macam tu,Is. Orang kata bercinta lepas kahwin lebih indah. Ini tak bercinta bagai nak rak tapi putus last-last kahwin dengan orang lain. Rugi masa sahaja.”Iskandar tersenyum kelat. Kata-kata Puan Syarifah bagai terkena batang hidungnya sendiri. Bercinta bagai nak rak. Alih-alih ditinggalkan sendiri.Perempuan tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Bisik hatinya sekali lagi.
Nur Nilam yang mendengar tidak menyampuk. Dia tidak tahu apa perkara yang perlu dibualkan. Dia kemudiannya segera meminta diri untuk berlalu ke dalam bilik kerana dia mahu segera bersiap-siap. Banyak lagi urusan yang harus dia lakukan dengan segera. Mahu buat kad pengenalan baru, lesen baru, nak ambil borang nikah lagi dan yang paling berdebar mahu berjumpa dengan family Iskandar. Mujur kursus perkahwinan sudah dihadirinya sewaktu belajar dahulu. Iskandar benar-benar telah menyusahkannya.
“SUDAH siap anak ibu?Kenapa biar tetamu tunggu lama-lama tu. Tak baik tau.”tegur ibunya sebaik sahaja melihat Nur Nilam masih berada di hadapan cermin bersolek itu. Dia hairan melihat sikap Nur Nilam yang seperti melarikan diri daripada berhadapan dengan Iskandar.
“Tak apalah ibu, sekali sekali apa salahnya Is tunggu.”jawabnya pula.
“Cantik anak ibu. Berseri-seri wajah. Seri bakal pengantinlah ni ya?”Puan Syarifah sengaja ingin mengusik Nur Nilam.
‘Tak adalah ibu..salah tu. Yang sebetulnya anak ibu ni memang cantik,”tawanya berderai melihat muka ibunya yang terkejut itu. Dia bingkas bangun dan segera berjalan menuju keluar sebelum menyalami tangan ibunya. Iskandar turut melakukan perkara yang serupa. Mengikut sahaja apa yang dilakukan Nur Nilam.
Kereta Honda Civic Mugen bewarna merah itu terus bergerak laju menuju ke destinasi. Suasana di dalamnya sunyi sepi. Hanya yang kedengaran lagu yang berkumandang di radio sayup-sayup. Bau wangian Country Garden yang terpasang terasa begitu mendamaikan. Dia tidak pernah mengimpikan semua ini. Tapi takdir memaksanya untuk melakukan semua ini.
Mereka tidak saling mengenali tapi mereka terpaksa hidup di dalam sebuah ikatan perkahwinan yang telah di rancang. Masih banyak onak dan ranjau yang perlu mereka depani selepas ini.
“Berapa umur awak?”soal Iskandar memulakan bicara setelah lama berdiam.
“25,awak?”
“29 tahun. Saya lebih tua dari awak.”
“So?”
“Jangan pura-pura buat tak tahu..”jawab Iskandar bersahaja. Nur Nilam terpana kerana hakikatnya dia memang tidak tahu apakah maksud di sebalik kata-kata Iskandar itu. Akhirnya dia berdiam diri sahaja. Lagipun dia tidak berminat untuk berbicara apa-apa degan lelaki ini. Dia seperti tidak mahu mengenali lelaki ini. Bukan apa, dia bimbang nanti di akhirnya dia yang terluka sendiri.
“Awak dah ada kekasih?”Iskandar menyoal sekali lagi. Soalan dari Iskandar membuatkan tawanya meledak tiba-tiba. Tak kuat tapi boleh tahan.
“Kalau ada saya tak akan terima lamaran untuk kahwin dengan awak.”jawab Nur Nilam sebaik sahaja tawanya reda.
“Manalah tahu,kekasih awak tu tak boleh bantu awak. Sebab tu awak terima saya..”
“Awak ingat saya kebulur sangat ke dengan bantuan awak tu?Kali ini soalan Iskandar dibalas dengan soalan. Geram benar Nur Nilam. Iskandar seperti menganggapnya sebagai seorang perempuan yang tamakkan wang ringgit. Dia tak seperti itulah!
“Bukan macam tu maksud saya...”Iskandar tahu dia sudah tersalah cakap. Habislah dia kalau Nur Nilam menukar fikiran nanti.
“Saya sudah buat surat perjanjian tu. Nanti bila semuanya selesai awak boleh tandatangan.”tutur Iskandar kembali.
“Saya rasa tak payahlah awak nak minta tandatangan. Cukuplah awak ingat semuanya dan saya pun begitu.” Iskandar hanya mengangguk setuju.
Selepas itu tiada lagi kedengaran suara Nur Nilam. Iskandar terasa sangat bosan dengan situasi itu. Seolah-olah dia sedang bercakap dengan streng kereta pula.Tapi gadis ini jugalah yang sudi menolongnya. Jika tiada gadis ini sudah tentu dia akan di kahwinkan dengan Jueliana. Perempuan seksi itu. Pagi tadi sewaktu dia bercerita pada mama dan papanya bukan main terkejut lagi orang tuanya itu. Dalam apa-apahal sekalipun mama dialah yang lebih-lebih. Semua dia mahu tahu, kerja apa?Anak siapa?Umur berapa?Berapa orang adik beradik.
Kadang-kadang membuatkan dia rimas. Rimas sangat-sangat. Di sebabkan dia anak lelaki tunggal di dalam keluarga mamanya sibuk-sibuk mahu dia berkahwin dengan segera. Sedangkan umurnya belum lagi menginjak ke angka 30 tahun. Masih muda. Mamanya takut sangat dia tak berkahwin sampai bila-bila selepas dia putus dengan Kamalia dulu.
Mujur juga mama tidak membantah dengan pilihannya kali ini. Cuma mama mahu berjumpa terlebih dahulu. Siaplah kau, Nilam nak kena ‘basuh’ dengan mama nanti. Ucapnya di dalam hati.
SETENGAH jam kemudian mereka sampai di hadapan sebuah banglo besar yang tertera nama Teratak Qaseh. Nur Nilam tersenyum kerana teratak itu sama seperti namanya. Nur Nilam Qaseh. Mesti penghuni-penghuni di dalam rumah ini sangat mengasihi di antara satu sama lain. Fikirnya lagi.
Dia membetulkan rambutnya yang disanggul itu supaya lebih kelihatan kemas. Dia memang suka bersanggul sebegini kerana rambutnya kerinting. Walaupun ramai yang menyukai rambutnya yang kerinting itu tetap dia lebih suka menyembunyikannya dengan bersanggul. Baru sahaja pintu kereta itu mahu dibuka, Iskandar terlebih dahulu membukakan untuknya.Romantis la pula mamat ni.
”Terima kasih,”ucapnya perlahan.
“Welcome,”
Dia menuruti langkah kaki Iskandar dari belakang. Semakin hampir tubuhnya di muka pintu semakin berdebar pula dadanya dirasakan. Dab dub dap.!
Pintu rumah ditolak perlahan oleh Iskandar sebaik sahaja salam diberi?Sunyi sahaja suasana di dalam rumah ini. Tiada penghunikah?Tapi tak mungkin pula. Bukan ke tadi si Iskandar yang beria-ia sangat nak dia jumpa dengan mama dan papanya. Aneh betul.Rumah besar-besar tapi tak ada penghuni. Mesti sangat membosankan.
“Awak tercegat di situ kenapa?Masuklah ke dalam. Awak duduk dulu di sofa tu, sekejap saya panggil mama dan papa. Agaknya dia orang ada di atas.”Nur Nilam hanya mengangguk. Dengan langkah yang berhati-hati dia menapak dan duduk di sofa mewah itu. Dia meninjau keadaan sekeliling. Semua perabut-perabut dan barangan yang terdapat di dalam rumah ini kelihatan sangat mewah dan mahal-mahal belaka. Beruntung Iskandar hidup di dalam suasana yang kaya raya begini.
Tetapi itu tidak bermaksud dia tidak mensyukuri nikmat yang dia terima. Rumah yang dia duduk dengan ibunya itupun sudah cukup besar dan sempurna baginya.
Dari jauh kedengaran derapan tapak kaki menuju ke arahnya. Dia semakin berdebar.
“Papa, mama, kenalkan..bakal isteri Is. Nur Nilam Qaseh,”perkenal Iskandar kepada mereka. Nur Nilam menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan Datin Rozita.
Datin Rozita menyambut namun tiada kemesraan yang ditonjolkan. Datin Rozita benar-benar tidak menyangka yang Iskandar sebenarnya sudah ada pilihan hatinya sendiri. Dia juga yang suruh Iskandar buat pilihan. Kini dia terpaksa menerima hakikat yang anaknya memang sudah ada calon sendiri.
“Wah! pandai Iskandar cari Qaseh ya...Sama pula dengan nama teratak kita. Sekarang barulah ada Qaseh betul-betul di dalam rumah ini,”ucap Datuk Ismail. Nur Nilam tersenyum. Kebetulan sahaja namanya sama dengan Teratak Qaseh ini. Dia rasa lega kerana Datuk Ismail melayannya dengan mesra.
“Datuk, Datin apa khabar?”soal Nur Nilam memulakan bicaranya. Ada nada getar dalam setiap butir bicaranya. Dia sangat resah sebenarnya. Iskandar yang duduk bersebelahan dengannya hanya tersengeh. Menyampah la pulak dia.
“Macam yang Nilam tengok sekarang.Kami baik-baik saja,”jawab Datuk Ismail.
“Tak payahlah kamu nak panggil Datuk dan Datin. Tak lama lagi kamu nak masuk ke dalam keluarga ini juga,”tutur Datin Rozita pula. Walaupun dia tidak begitu menyukai tetapi dia terpaksa menerima.
“Macam mana mama?Suka tak dengan pilihan Is,”soal Iskandar pula. Dia tahu pasti sekarang Nilam sedang diburu perasaan debar yang menggila.Tambahan pula di hadapan mama dan papanya.
“Suka tak suka ini yang kau pilih. Keluarga Nilam tinggal di mana?Nilam kerja apa?”
“Nilam tinggal dengan ibunya saja mama. Ayah dia dah meninggal. Nilam ni anak tunggal dan baru habis belajar,”laju sahaja Iskandar menjawab. Padahal dia hentam je pasal belajar tu. Manalah dia tahu Nilam baru habis belajar ke apa. Entah-entah SPM pun kantoi.
“Mama bukannya tanya kamu pun. Yang kamu sibuk-sibuk nak jawab bagi pihak Nilam ni kenapa?Bakal isteri kamu ni tak ada suarakah,?!”tempelak Datin Rozita tiba-tiba.
Iskandar ni pun satulah, tak pasal-pasal dia pula yang kena. Dah tu boleh pula buat muka selamba.Mujur pembantu rumah datang menyediakan minuman.Kalau tidak entah apa lagi yang bakal Datin Rozita gumankan.
“Mama dah buat keputusan. Bulan hadapan kamu mesti disatukan,”
“Tak cepat sangat ke mama,?”ucap Iskandar pula. Mengharapkan agar mamanya memanjangkan lagi tempoh tersebut. Nur Nilam semakin resah. Sebulan tu bukannya lama. Jenuhlah dia nanti.
“Ini keputusan mama!”
Mereka kemudian berpandangan sesama sendiri. Bagi Iskandar kata-kata mamanya memang sudah tidak mampu untuk dibantah lagi. Tak kisahlah bila pun janji dia tak kahwin dengan Jueliana tu dah kira bagus.
Datuk Ismail pula hanya diam. Dia menurut sahaja yang mana di rasakan baik. Lagipun dia juga suka dengan calon pilihan anaknya ini. Sopan,cantik,budi bahasa. Sejuk mata yang memandang. Mujur bukan Jueliana yang jadi menantunya kerana dia sendiri tidak berkenan pada gadis itu. Kalau nak dibandingkan dengan Nur Nilam Qaseh jauh api dari panggang.
Pertemuan hari ini berakhir dengan selamat. Tiada kejadian-kejadian yang tidak di ingini terjadi. Tiada juga bom atom yang meletup mahupun gunung berapi yang meletus. Nur Nilam terasa sangat lega apabila kehadirannya seolah-olah di terima dengan baik. Walaupun layanan daripada Datin Rozita begitu acuh tak acuh padanya dia tidak kisah sangat. Lagipun dia tidak mengharapkan apa-apa kerana dia tahu akhir kisahnya ini tak mungkin sempurna seperti orang lain.
seriau dpt mak mentua camni
ReplyDeletejalan cerita sangat menarik!
ReplyDeleteknpe bab 1 tkde eh?
ReplyDelete