MATA Fatihah masih tajam merenung kad undangan perkahwinan itu. Sekejap-sekejap pandangannya beralih pula kepada Nur Nilam yang hanya bersikap selamba itu. Seolah-olah tiada apa-apa yang luar biasa.
“Apa ni Nilam?Boleh kau jelaskan pada aku?”
“Aku harap kau tak anggap aku bukan-bukan. Aku memang akan berkahwin, Fatihah,”tutur Nur Nilam perlahan namun masih jelas di pendengaran telinga Fatihah. Fatihah seperti tidak percaya tetapi kad ini sudah menjadi bukti bahawa setiap kata-kata yang keluar dari mulut Nur Nilam ádalah benar-benar belaka. Dia tidak nampak sebab untuk Nur Nilam berbohong.
“Kenapa Iskandar?Bukan Syahriezal?”soal Fatihah lagi .
“Sebab…
“Sebab bakal suami kau ini anak Datuk?Anak orang berada?Macam tu,?”
“Kau jangan tuduh aku begitu Tihah.Aku..aku..”Nur Nilam tergagap-gagap. Dia tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan kepada Fatihah.
“Siapa Iskandar?Sampai hati kau Nilam. Kau langsung tak bercerita pada aku. Tup..Tup..dah hantar kad kahwin,”Fatihah benar-benar berkecil hati dengan Nur Nilam.
“Fatihah kau mesti terima kenyataan yang aku memilih Iskandar bukan Syahriezal. Lagipun kau sendiri tahu yang aku tak pernah cintakan Syahriezal,”bicara Nur Nilam lagi.
“Tapi siapa Iskandar?”soal Fatihah masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Nur Nilam. Dia bagaikan dapat merasakan yang Nur Nilam seperti mahu berahsia sesuatu darinya.
“Siapa Iskandar itu tidak penting. Nanti kau akan kenal juga siapa dia. Aku harap kau dapat tarima keputusan aku ini. Kau doakan kebahagiaan aku ya,”hampir menitík air mata Nur Nilam. Kalaulah Fatihah tahu yang dia terpaksa buat semua ini sudah tentu Fatihah awal-awal lagi akan memarahinya. Bahkan sudah tentu Fatihah tidak bersetuju dengan pilihannya ini. Dengan meperjudikan masa depannya hidup bersama dengan lelaki yang langsung dia tidak kenal. Itu tidak masuk akal.
“Kenapa kau begitu terburu-buru,Nilam?Bukankah dahulu kau beria-ia mahu mendapatkan pekerjaan yang kau idam-idamkan. Selepas itu,baru kau akan terfikir tentang kahwin. Tapi sekarang?Mana prinsip hidup kau itu Nilam?”
Nur Nilam serba salah. Dia tahu Fatihah sudah tentu pedih dengan sikapnya yang tiba-tiba sahaja mahu berkahwin. Dia terpaksa berkorban. Ibunya lebih memerlukan rawatan diálisis yang berterusan untuk penyakit buah pinggang di hidapinya.
“Soal kerjaya itu tidak menjadi masalah. Bakal suami aku tidak akan menghalang perjalanan aku.”
“Tapi kenapa begitu tergesa-gesa Nilam?Kau seperti merahsiakan sesuatu dari aku.”Fatihah masih tidak berpuas hati.
“Lagi cepat lagi bagus. Kami dah buat keputusan. Aku harap kau akan dapat menghadirkan diri ke majlis aku nanti. Doakan kebahagiaan aku ya, Tihah..”
Fatihah semakin tidak faham dengan sikap Nur Nilam. Nur Nilam kelihatan resah setiap kali dia memepersoalkan siapa Iskandar?Bakal suaminya itu.Tapi dia tidak akan memaksa Nur Nilam untuk memberitahunya.Dia cuba memujuk hatinya sendiri kerana dia tahu Nur Nilam berhak menentukan masa depannya sendiri dan siapa jua pilihannya.
“Siapa pun pilihan kau, aku akan tetap bersamamu Nilam,”Fatihah sedikit sebak. Mereka kemudiannya berpelukan. Fatihah merasakan yang dia akan kehilangan seorang sahabat kerana Nur Nilam akan melangkah ke fasa hidup yang baru sebagai seorang isteri.
“Bagaimana dengan Syah,?”soal Fatihah sebaik sahaja merungkaikan pelukannya.
“Aku sudah kirimkan kad undangan perkahwinan aku padanya. Aku yakin dia dapat menerima keputusan aku. Lagipun kau kan ada?Kau sajalah yang kahwin dengan Syah tu.!”Nur Nilam masih sempat mengusik. Fatihah membulatkan matanya memandang Nur Nilam. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Nur Nilam ketawa gembira. Ketawa yang menutup segala gelodak jiwa yang sedang dihadapinya saat ini.
***
Hembusan angin pantai di Pulau Sipadan pada petang itu sangat nyaman. Tidak seperti hatinya yang sedang bergelodak sejuta rasa. Mahu sahaja saat ini dia menyeberangi Laut China Selatan ini untuk bertentang empat mata dengan Nur Nilam. Agar semua persoalan yang bermain di benaknya ini dapat dirungkaikan satu persatu. Tapi tugasnya sebagai seorang pendidik di kawasan pendalam ini lebih di perlukan.
Cinta sebetulnya cukup membebankan. Cukup berat!Apatah lagi bila kasih sayang yang sekian lama digapai tidak kesampaian. Hati sang gadis terlalu utuh untuk menerima salam cinta yang selalu dititipkan dari kejauhan. Ah! Syahriezal mengeluh perlahan.
Sekali lagi pandangan matanya terarah kepada sebaris nama yang tertera di dalam kad undangan bewarna ungu itu. Nur Nilam Qaseh bt Ahmad Kamil dan Mohd Iskandar Dzulkarnain bin Datuk Ismail. Dadanya semakin sebab. Sampai hati kau, Nilam. Aku sangkakan selama ini kau menyimpan perasaan yang sama seperti apa yang aku rasa. Tapi ternyata aku silap. Kau sudah ada pilihan..tutur Syahriezal perlahan. Matanya pula masih terarah pada pemandangan yang terbentang luas di hadapannya. Hatinya terasa sayu.
Semuanya adalah kenyataan yang benar-benar menggerikan dan tak mungkin lekang di dalam lipatan sejarahnya. Sejujurnya amat berat di hati untuk merelakan semua ini berlaku. Tapi kenyataannya dia harus terima bahawa cinta Nur Nilam bukan untuknya. Ya Allah, tidak ada yang memberi kebahagiaan selain Engkau, tidak ada yang mengambil kesedihan selain Engkau. Tolong kuatkan hatiku ini untuk berdepan dengan kenyataan yang Engkau berikan.Doanya lagi di dalam hati.
****
Sudah hampir 45 minit Nur Nilam menjadi penunggu setia Iskandar. Matanya melilau ke arah jalan. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Bayang kereta Iskandar langsung tidak kelihatan. Awal-awal lagi dah tak reti nak tepati janji.!Guman Nur Nilam perlahan.Hampir seminggu sahaja lagi mereka akan bergelar suami isteri. Segala persiapan sudah hampir siap sepenuhnya. Cuma hari ini mereka berdua perlu mencuba baju perkahwinan. Takut tak muat pula. Mama Iskandar pun dah bising-bising sebab mereka berdua seolah-olah tak ambil pusing langsung dalam hal perkahwinan ini. Maklumlah seperti yang sedia tahu perkahwinan ini di rancang dan akan berakhir apabila tiba waktu, jadi buat apa nak buat besar-besar. Membazir je.
Tidak lama kemudian kelibat kereta Honda Civic Mugen milik Iskandar itu sedang meluncur dengan laju ke arahnya dan berhenti betul-betul di hadapannya. Fuhhh!Laju gila mamat ni bawa kereta. Bisik hati Nur Nilam lagi.
“Sorry!saya ada mesyuarat penting tadi!”tutur Iskandar sebaik sahaja tubuh Nur Nilam sudah berada di dalam perut kereta.
“Hmm..”jawab Nur Nilam tanpa memandang sedikitpun ke wajah Iskandar. Dia seganlah!
Iskandar hanya tersenyum kelat. Biasalah kalau Nur Nilam jawab macam tu. Kalau dia pun tak ada mood nak jawab panjang lebar. Lagi-lagi bila bab tunggu menunggu ni. Memang dia sibuk sangat. Mujur hari ini masih sempat-sempat dia mencuri masa untuk keluar bersama bakal isterinya ini. Ah!Dia masih tidak percaya bahawa dia akan menjadi suami kepada wanita yang tidak di cintainya. Mujur ada perunding perkahwinan. Hendak harapkan dia alamatnya nanti tetamu yang hadir makan bihun sajalah.
Setengah jam kemudian mereka sampai di hadapan butik Irries. Iskandar terlebih dahulu turun dari keretanya lalu membuka pintu tempat duduk pemandu. Layanan daripada Iskandar membuatkan dada Nur Nilam bergetar hebat. Apatah lagi tatkala mata mereka bertembung. Ah! Agak aneh rasa ini.
Mereka kemudiannya beriringan masuk ke dalam butik itu. Kedatangan mereka sememangnya telah di nantikan oleh pekerja butik itu. Baju pengantin yang bewarna ungu itu diserahkan kepada Nur Nilam untuk dicuba. Manakala baju melayu warna yang sama di serahkan pula kepada Iskandar. Dalam gementar Nur Nilam masuk ke dalam bilik persalinan untuk mencuba pakaian pengantin mereka itu.
Nur Nilam merenung tubuhnya yang telah tersarung kemas baju pengantin yang direka hasil gabungan tradisional dan moden itu. Nampak kemas dengan hiasan yang sepadan. Betul ke apa yang aku buat ni? soal hatinya lagi.
Kata orang baju pengantin jika warna ungu menunjukkan yang si pengantin seorang yang romantis dan mesra. Jadi Iskandar tu romantislah ye sebab dia yang pilih warna ni. Hish..jangan sampai hati aku ni cair sudahlah. Bisik hatinya lagi.
Dia kemudiannya memusing-musingkan tubuhnya di hadapan cermin di dalam bilik persalinan itu. Kemudiannya bibirnya mengukir senyuman kerana baju yang tersarung tidak memerlukan apa-apa perubahan lagi. Ianya sudah tersarung cantik di tubuhnya.
Sebaik sahaja pintu bilik persalinan itu di kuak, Iskandar sudah terlebih dahulu berada di luar. Sekali lagi mata mereka bertembung. Nur Nilam resah namun tidak bagi Iskandar yang kelihatan selamba sahaja.
“Macam mana?Okey tak?”soal Iskandar kepada Nur Nilam. Bakal isterinya ini boleh di ketegorikan agak cantik. Hampir nak terbeliak juga biji matanya sebentar tadi. Tapi, nasib baik dapat cover line.
“Er..hmm..okey..okey..”jawab Nur Nilam gugup.
“Kalau macam tu baju cik Nilam tak ada apa-apa perubahanlah ye. Baju cik Iskandar pun dah okey sangat tu..”tutur pekerja butik itu pula dengan gaya lemah lembutnya. Perwatakannya mengalahkan perempuan. Biasalah tu. Walaupun dia orang macam ala-ala lembut gitu tapi kreatifnya mengalahkan perempuan.
“Ha..okeylah ni. Boleh kita orang salin sekarang? Nanti pakai lama-lama hilanglah pula seri di wajah.”tutur Iskandar lembut sambil mengerdipkan matanya beberapa kali ke arah pekerja butik itu. Nur Nilam hanya tersenyum kelat dengan gelagat Iskandar yang agak ‘nakal’ itu. Masih sempat untuk mengusik pekerja butik itu. Manakala pekerja butik itu pula ketawa kuat. Seronok nampak.?
.
No comments:
Post a Comment