KETIKA subuh sedang
meninggalkan alam. Riyadh melangkah keluar dari pintu rumah. Niatnya
cuma satu mahu menuju ke kondominum miliknya. Semalaman tidurnya diganggu
dengan bayangan Aqilah dan Fazmizie. Dia benar-benar risaukan mereka. Apatah
lagi, bila memikirkan sarapan apa yang ada untuk mereka jamah. Bukannya dia
tidak yakin dengan Fazzura. Tetapi di dalam keadaan Fazzura yang masih bersedih
dia benar-benar risau akan Fazmizie dan Aqilah. Terus lepas subuh tadi dia
bersiap-siap keluar.
Warung di tepi jalan
menjadi pilihannya. Beberapa bungkus nasik lemak dan sedikit kuih muih dibeli. Hampir
tiga puluh minit perjalanan dia sampai di Kondominium Central yang terletak di
Titiwangsa. Langkah kaki diatur menuju ke pintu rumah. Loceng ditekan
berkali-kali. Sengaja ingin mengejutkan penghuninya yang mungkin masih diulit
mimpi. Buat seketika dia tersenyum sendiri. Entah kenapa dia sanggup berkorban
hari cutinya hanya kerana orang luar yang langsung tiada kaitan di dalam
hidupnya.
“Assalammualaikum...”
ujarnya sebaik sahaja pintu dibuka.
“Err…Waalaikumussalam.”
jawab Fazzura. Tidak menyangka dengan kedatangan Riyadh pagi-pagi buta begini.
“Dah bangun?”soalnya
terus masuk tanpa dipelawa. Mentang-mentanglah rumah sendiri. Suka hati dialah
kan?
“Aqilah dan Fazmizie
tidur lagi. Belum bangun.”.
“Tak per biar saya
kejutkan. Ni ada nasik lemak dengan kuih saya letak atas meja dulu.” Dia terus berjalan
menuju ke meja makan. Nasik lemak dan kuih muih yang dibelinya tadi diletakkan
di atas meja kayu bewarna coklat itu.
“Awak boleh bancuh air
tak? Jag ada dalam almari tu. Saya nak tengok dia putra dan putri tu dulu.”
Fazzura angguk sahaja. Kenapa
Riyadh perlu buat semua ini. Riaydh menyusahkan diri dia sendiri. Putra dan
Putri? Sejak bila pula anak-anak aku jadi Putra dan Putri kau?Fazzura geleng
kepala yang berdenyut. Inilah akibat terlalu banyak mengalirkan air mata.
Semalam dia langsung tidak boleh memejamkan mata.
“Err…kalau awak tak
boleh bancuh tak pe. Kejap lagi saya
boleh buat. Lagipun saya tengok luka di dahi awak tu masih bengkak lagi.” Dia
kembali menoleh ke arah Fazzura. Terlupa akan luka yang di alami wanita itu
semalam.
“Oh!tak pe, dahi saya aje yang sakit. Tangan
saya okey lagi.” jawab Fazzura semula. Sakit di dahi tak boleh nak di jadikan
alasan. Sakit di dahi ini jugak tak sama macam sakit kat hati. Ya
Allah…terdayakah aku mengharungi semua ini sendiri.
“Oh!okey.” jawab Riyadh
dan terus berlalu.
Fazzura terus membuka
pintu cabinet di dapur itu. Mencari jag yang di maksudkan oleh Riyadh. Jumpa
sahaja terus diambil tea uncang yang
terdapat di dalam deretan balang kaca di rak itu. Semuanya lengkap. Banyak
jugak barang-barang yang ada dalam rumah ini. Kalau Riyadh tak datang bawa
sarapan pun tak apa. Anak-anaknya dapat susu pun dah cukup.
Selesai sahaja
menyiapkan air yang diminta oleh tuan rumah. Fazzura terus bergerak menuju ke
bilik yang menempatkan anak-anaknya. Telinganya menangkap bunyi riuh rendah
suara Aqilah dan Riyadh yang bergurau
senda. Ada ketikanya di selangi dengan rengekan manja Fazmizie. Hatinya kian
terasa duka. Kenapa mesti Riyadh? Kenapa tidak Aqil.
“Ibu!”jerit Fazzura
apabila terpandangkan tubuhnya yang berdiri di muka pintu.
“Papa mana bu?”tanya
Aqilah.
Fazzura ketap bibir.
Dia menatap wajah mulus Aqilah. Dia tahu si kecil itu merindui bapanya. Aqilah
terlalu rapat dengan Aqil. Cuma sejak Aqil dinaikkan pangkat masa untuk mereka
bersama sudah tiada. Bila Aqilah tidur, Aqil pula baru pulang. Begitulah
sebaliknya.
Riyadh cepat-cepat
bangun dari katil dan mengangkat Fazmizie yang sudah mula merengek-rengek bila
terlihat ibunya. Si kecil yang masih tidak mengerti apa-apa yang terjadi.
“Jom, Aqilah...mandi
jom. Uncle mandikan nak? Nanti kita
sarapan sama-sama.” panggil Riyadh cuba
mengalihkan tumpuan Aqilah. Fazmizie didukungan segera diberikan kepada
Fazzura.
“Air dah siap?”soalnya
pula.
Fazzura mengangguk.
“Mata awak bengkak?Awak
banyak menangis? Istighfar…cuba tenangkan hati yang kewalahan tu. Saya faham
apa yang terjadi ni berat untuk awak.” Dalam situasi begini Riyadh faham yang Fazzura tidak ada sesiapa untuk dia
meluahkan apa yang terpendam. Fazzura sendiri pernah kata yang dia tak ada
sesiapa pun di sini. Jadi, dia sekadar tolong apa yang dia mampu sahaja. Tapi
bila dia ingat pesan ummi kepadanya dulu. Dia rasa takut jugak. Takut dia akan
terjatuh cinta. Hesy! Memang bahaya. Tapi tak apalah. Dia kena fikir yang
positif. Kadang-kadang Allah hadirkan insan-insan baik di dalam hidup kita
hanya sekadar untuk menguji perasaan kita bukan untuk menjadi pasangan hidup
kita. Tidak terlintas pun untuk dia berpaling dari Annis.
“Awak, saya nak balik
kampung.” Wajah lelaki itu berubah mendengarkan permintaannya itu.
“Nak balik?”
Fazzura angguk.
“Nak balik ke mana? Ke
rumah semalam? Awak nak buat apa lagi?Nak bagi dia pukul awak lagi? Atau awak
nak dia pukul anak-anak awak pulak?”Tidak seharusnya Fazzura keluar rumah dalam
keadaannya yang begitu. Benar dia tiada hak untuk melarang tapi
sekurang-kurangnya dia nak Fazzura tahu. Kembali semula ke sana hanya menambah
beban yang sedia ada. Biarlah keadaan reda dahulu. Fazzura nak mati ke bunuh
dengan jantan tu ke apa? Bahaya sangat. Dia tak setuju. “Saya bukannya apa.
Risaulah jugak kalau dia tampar awak macam kelmarin. Tampar tu tak sakit. Tapi
kalau luka lagi di dahi tu? Awak nak kena jahit?”
Laju Fazzura geleng.
“Haa…thu pun awak tak
nak. Itu yang saya risaukan.”Riyadh memang suka bagi nasihat. Suka cakap! Suka
membebel. Riyadh nampak ramah dengan caranya sendiri.
“Bukan…bukan. Saya nak
ambil barang-barang yang penting. Urusan penceraian ini harus didaftarkan. Itu
aje. ” jawab Fazzura dalam nada getar.
Hatinya semakin hancur saat menuturkan perkataan cerai itu. Bukan itu
yang dia harapkan. Bukan begini pengakhiran yang dia mahukan. Kasih dan
cintanya masih masih menebal untuk Aqil walaupun lelaki itu terlalu tegar
menceraikannya.
Riyadh mengeluh berat.
Dia pandang wajah Aqilah dan Fazmizie. Kemudian dia beralih pula memandang
wajah Fazzura. Wajah itu pucat. Mata itu sebam. Sejak pertemuan pertama
sehingga sekarang dia tak nampak segaris senyuman yang benar-benar ikhlas dari
bibir Fazzura. Senyuman yang Fazzura pamerkan hanya untuk menyembunyikan luka
di dalam hatinya.
“Saya risaukan awak,
Zurra. Saya teman awak pergi ambil barang-barang tu.”
Fazzura geleng. Bukan
ke dia dah cakap tak menyusahkan lelaki ini. Kenapa Riyadh masih berdegil untuk
menolongnya. Dia sudah cukup malu dengan Riyadh. “Saya tak perlukan bantuan
awak. Saya nak pergi sendiri. Saya boleh buat. Jangan risau pasal saya.”
“Memanglah…awak cakap
senang. Tak kan saya nak pandang aje awak pergi. Keadaan awak pun tak okey
lagi. Saya risaukan kalau jadi apa-apa nanti. Kesian budak-budak ni.”
“Kalau macam tu awak
tolonglah tunggu budak-budak ni kejap. Saya pergi seorang dah cukup.” Pintanya
lagi.
“Kalau macam tu saya
memang tak boleh nak halang awak. Awak nampak lembut tapi degil ya. Semalam dia
dah halau awak sehelai sepinggang macam tu je. Itu yang saya risaukan.” pesan Riyadh.
Riak wajahnya kembali tenang dan bersahaja. Dia bergerak mengambil tuala yang
bersidai di rak tuala.
“Cepat jom uncle
mandikan.”
Fazzura hanya memerhati
perilaku lelaki itu. Tidak mahu mencelah di dalam perbuatan mahupun perkataan.
Macam-macam yang dia fikirkan. Apa orang sekeliling akan kata padanya nanti.
Perempuan jalang? Perempuan tak ada maruah. Baru diceraikan sudah ada lelaki
lain disisi. Hakikatnya mereka tak tahu. Dia tidak mengundang sedikit pun
kehadiran Riyadh ke dalam hidupnya. Semua ini secara kebetulan. Lelaki ini
hadir menjadi saksi dia diceraikan. Malu, sakit, marah entah apa-apa lagi
perasaan di hatinya saat ini.
“MANA you pergi? I call you tak jawab? I call ummi
you, dia cakap awal-awal subuh lagi you dah keluar?You jangan nak buat
hal sayang?” tutur Annis sebaik sahaja panggilan telefonnya bersambut. Sudah
masuk dua hari berturut-turut dia menghubungi Riyadh. Selepas kejadian di
restoran malam itu Riyadh langsung tak mahu jawab panggilannya.
“I pergi masjid
sembahyang berjemaah. Kenapa you nak ikut ke? Kalau you nak ikut esok pagi I
ambil you di rumah. You nak?” Riyadh senyum sinis. Seronok menyakat Annis.
Yalah, Annis ni makin lama makin jual maha dengan dia. Oh! Mentang-mentang dah
jadi model. Ajak kahwin tak nak.
“Sejak bila pulak you
jadi alim sangat ni.”
“Sejak you tak nak
kahwin dengan I. So, I pergilah
masjid. Kut-kut dapat jodoh I kat sanan nanti. Manalah tahu tulang rusuk I dah
lama tunggu I.”
“You jangan nak mengada
pulak ye!”
“Eh!mengada apa pulak
ni. I cakap benda betul. You tak percaya ke ajal maut jodoh semuanya di tangan
Tuhan. You cakap macam you tak percaya pulak dengan ketentuan.”
Riyadh senyum lagi.
Nasib Annislah.
“I nak jumpa you
sekarang!”
“I sibuk...” balas Riyadh
lambat.
“Sibuk?”
“Ya sibuk. Nak uruskan
persiapan perkahwinan I.” balas Riyadh selamba. Sekali lagi senyuman nakal terbit
di bibirnya.
“You ni kenapa? dah gila!” soal Annis tak
berpuas hati di hujung talian.
“You yang cabar I
supaya kahwin dengan perempuan lain.”
Annis terasa bengang.
“Jadi you nak buat macam yang I cakap?”
“I dah pesan pada you,
jangan cabar I. You pun tau yang I ni pantang dicabar kan. Apatah lagi kalau
you yang cabar I.”
“Yadh!”
“Lagi cepat I kahwin,
cepatlah ada anak. Kalau tunggu you? Ermm… sampai ke tua pun belum tentu. Agaknya
you fikir umur you still ditakuk tu
je kut. You terlupa ke atau you buat-buat tak tahu yang boyfriend you ni market
dia lagi tinggi dari you. I kalau nak berlambak. Petik jari sikit je I boleh
dapat. Tapi, you sendiri fikirlah kenapa I masih stay dengan you.” balas Riyadh lagi. Melepaskan rasa geram yang
terbuku. Matanya mengerling ke arah Fazmizie dan Aqilah yang sedang tidur di
sisinya. Kesian dia orang, pagi-pagi dah kena ganggu dengan dia tadi. Sebaik
sahaja Fazzura keluar dia pun terus landing
sama-sama dengan budak-budak ni depan televisyen ni. Layan kartun katanya.
Last-last tertidur dengan botol susu masing-masing disisi.
“You ni tak habis-habis
asyik cakap soal anak, anak, anak. Jadi you serius dengan apa yang I cabar tu.
Sampai hati you kan.” Suara Annis mulai berubah.
“Seriuslah! Habis dah
memang I nak anak. I ajak you kahwin you tak nak. Banyak alasan you bagi.”
“Sampai hati you…”
suara Annis mulai serak. Hah! Baru dia gurau sikit je tu. Kalau dia buat
betul-betul. Ermm…perempuan dengan air mata. Kadang-kadang sampai tak tahu yang
air mata tu palsu ke atau memang dari hati. Tapi macam kes Fazzura kelmarin
memang betul-betullah. Kesian!
“Dah la sayang!I gurau
je. Yang you nak menangis macam tu kenapa? You jugak yang cabar I.”
“I tetap tak bersedia
nak kahwin. You jangan cakap lagi dengan I pasal kahwin. You kena faham kerjaya
I sebagai model.” balas Annis dengan suara yang serak. Dia belum bersedia untuk
berkahwin untuk ada anak jauh sekali.
“Suka hati youlah!”
Riyadh dah malas nak sebut lagi. Makin sakit hatinya sahaja.
“Okeylah I nak ke
Singapura. Ada urusan di sana. Maybe
dalam seminggu dua lagi baru I balik. Nampaknya I akan rindukan you sebab you
dah tak nak jumpakan.”
“I kalau jumpa you
hari-haripun perasaan rindu I terhadap you tetap ada.” Romantis kata-katanya
untuk Annis. Sekali sekala keluar juga jiwang karatnya.
Riak wajah Annis kembali bertukar ceria. Dia
suka bila Riyadh cakap begitu. Sebab Riyadh payah sangat nak tunjuk romantisnya
dia. Sekali sekala dia rasa bangga. Wajah kacak kalau tak romantis mana
seronok. Jadi pokok perghiasanlah jawabnya.
“You pergi sana
hati-hati. Jaga diri.” Pesan Riyadh semula.
“Yalah sayang. I janji
I akan jaga diri.” Annis senyum meleret. Terbayang keseronakan yang bakal di
alaminya ketika berada di Singapura nanti.
“Ermm...” Riyadh
sekadar berdehem. Malas lagi nak ambil kisah. Selagi mana dia mampu untuk
menunggu Annis. Dia akan tunggu. Cinta punya pasal. Kadang-kadang fikir
bercinta ni mengarut. Bila umur makin meningkat baru rasa semua tu.
“You tak nak pesan
apa-apa pada I, sayang?” soal Annis lagi tak berpuas hati dengan cara Riyadh.
Sejak kejadian malam itu Riyadh seolah-olah dah berubah. Dia sayangkan Riyadh.
Tapi untuk berkahwin itu sahaja yang dia belum bersedia.
“You jaga diri
baik-baik. I tak nak you buat bukan-bukan belakang I. Itu saja pesan I dari
dulu sampai sekarang. Take Care.” Talian
diputuskan. Bukannya dia tak tahu macam mana
life Annis. Kalau yang pandai jaga diri pandailah. Kalau yang jenis iman
‘caca marba’ mahu gigit jari ajelah dia. Entahlah, kenapa Annis juga yang dia
pilih. Mungkin sebab selama ini Annis tak pernah lagi buat bukan-bukan di
belakangnya. Kalau bab seksi itu, memang
tak boleh nak tegur. Bila di tegur aje Annis akan jawab ‘I buat semua tu sebab
kerja.’ Penting sangatkah kerja dia tu sampai ajak kahwin pun tak nak. Huh!
FAZZURA sampai di
hadapan rumahnya tepat jam 11.30 pagi. Teksi yang membawanya terus beredar
sebaik sahaja wang tambang diberikan. Dia berdiri di hadapan pintu pagar yang
sedikit terbuka. Pandangannya jatuh kepada kereta Toyota Camry milik Aqil yang
berada di garaj. Maknanya Aqil ada di rumah. Apapun yang terjadi aku harus
masuk. Bisik hatinya pula.
Dia menapak perlahan
menuju ke pintu utama. Semalam sewaktu Aqil menghalaunya dia sempat mengambil
kunci rumah yang terletak berhampiran telefon bimbitnya. Terus pintu dibuka.
Kosong dan sunyi. Itulah yang dia rasakan saat ini. Hatinya terasa hiba. Apatah
lagi debaran di dada seperti mengundang firasat yang tidak baik. Apalagi
perkara buruk yang bakal dia lalui. Terpandang di dinding bingkai gambar mereka
sekeluarga yang tergantung sewaktu dia meniti anak tangga. Hatinya semakin
merintih hiba. Bagaimana harus aku lalui kehidupan ini tanpa kau di sisi? Bisik
hati kecilnya lagi.
Pintu bilik utama terus
ditolak. Dia tidak pasti Aqil ada di
dalam ataupun tidak. Niatnya kembali semula ke rumah ini hanya untuk mengambil
barang-barang peribadi miliknya. Namun matanya terus dihidangkan dengan sesuatu
yang dia tak pernah sangka dan jangka akan dilihat pada pandangan matanya ini.
“Aqil!” Fazzura
menjerit kuat sekuat hati.
Aqil tersentak. Buntang
matanya memandang Fazzura. Wanita yang berada di dalam pelukan Aqil juga turut
memandangnya tanpa sedikitpun rasa bersalah.
“Aku tak sangka kau
seteruk ni, Aqil!!!” jerit Fazzura seperti orang hilang akal. Tangisannya
merembes laju. Terlalu tegar Aqil membuatnya begini. Sedangkan dia bersusah
payah untuk mencari kehidupan baru tetapi Aqil sedang bergembira melakukan
maksiat. Hatinya sakit. Terlalu sakit dengan perbuatan Aqil yang benar-benar
tak bermoral. Apatah lagi wanita itu adalah wanita yang sama menyebabkan
pergaduhan mereka meletus kelmarin. Allahuakhbar! Apa semua ni?
“Hey!pompuan. Kau jangan nak buat hal di
sini! Kau ingat kau bagus? Sedar diri kau dulu. Jangan nak tunjuk baik di sini.
Entah apa yang kau buat dengan jantan tu pun aku tak tahu! Aku dah halau kau
semalam. Kau memang tak malukan!” balas Aqil kasar dari atas katil dengan jari
telujuknya dihalakan kepada Fazzura.
“Aku pun tak ingin nak
buat hal. Aku datang cuma nak ambil barang-barang aku. Berbahagialah kau jantan
tak guna.”ujar Fazzura geram. Semangat kembali memuncak. Dia segera mengesat
air matanya dengan tapak tangan. Dia
tidak mahu dilihat lemah di hadapan lelaki yang langsung tidak tahu menghargai.
Dia terus bergerak menuju ke almari. Beg besar yang terdapat di dalam almari
itu diambil. Barang-barangnya yang penting segera dimasukkan ke dalam beg besar
itu. Aqil memang jantan tak guna. Dia benci Aqil. Dia benci lelaki itu. Dia
benci!
“Baguslah tu. Aku pun
tak ingin barang-barang kau ada dalam rumah aku. Isteri curang macam kau memang
tak layak pun aku nak simpan lama-lama!”
Aqil semakin biadap.
Menuduhnya curang. Sedangkan siapa yang curang. Dia tak pernah buat apa-apa.
Sehabis baik dia telah lakukan untuk melihat kebahagiaan rumahtangga mereka.
“Seronok dengan jantan
lain. Patutlah…” Aqil masih terus terusan ingin menyakiti hatinya.
“Selamat berbahagia!” Pintu
bilik dihempas kuat. Tidak sanggup menyaksikan insan yang pernah berjanji untuk
sehidup semati bersama seorang wanita lain di sisi. Di dalam pelukan hanya dilindungi
sehelai selimut milik mereka. Apa yang pasti keadaan mereka tanpa seurat benang
langsung. Sungguh! Hatinya semakin rabak. Jiwanya parak!
SUARA tangisan yang
masih kedengaran dari dalam bilik air membuatkan Riyadh mengeluh kasar. Sejak
dari pulang tadi Fazzura mengurung diri di dalam bilik air. Puas dipujuk tapi
dia pula dimarahinya. Sudahnya dia terpaksa biarkan Fazzura menangis
sepuas-puasnya. Tapi sekarang dia terpaksa memujuk lagi.Sudah hampir satu jam
Fazzura berkurung di dalam bilik air. Fazmizie pula dah mula merengek-rengek.
Aqilah pula sibuk-sibuk tanya pasal ibunya. Habis tak ke serabut di buatnya dia.
“Zurra, sudahlah
menangis tu.” ujar Riyadh sambil mengetuk perlahan pintu bilik air. Suaranya
kedengaran tegas. Ya, kalau terpaksa dia harus bertegas.
Tiada perubahan. Riyadh
mengeluh hampa.
“Zurra, awak ingat yang
awak ada anak. Sampai bila awak nak menangis macam tu. Semalam saya tengok awak
kuat. Hari ni, awak dah kembali lemah. Kesiankan anak-anak awak.” Pujuk Riyadh
lagi.
“Awak boleh balik.
Tinggalkan saya! Tinggalkan anak-anak saya!” jerit Fazzura lantang dari dari
dalam bilik air.
“Ini yang saya pun nak
marah pada awak. Saya dah pesan tadi. Jangan pergi tapi awak nak pergi. Awak tu
belum kuat lagi. Sekarang awak menangis macam ni siapa yang jadi mangsa?
Anak-anak awak. Awak tak kesian ke pada diorang Zurra. Bukak pintu ni.”
“Jangan ganggu aku!
Jangan!” jeritan Fazzura buat Aqilah menghampirinya.
“Hmm…sayang. Sayang
pergi depan tu duduk dengan adik.”
“Kenapa dengan bu…”
wajah si comel itu berkerut.
“Ibu tak ada apa-apa
Aqilah. Aqilah pergi depan main dengan adik ya.” Di dalam pun kena pujuk. Di
luar pun kena pujuk. Aduh! Dia bukannya pandai pujuk.
“Apa yang bekas suami
awak tu dah buat pada awak sampai awak jadi macam ni?” Riyadh masih tak berpuas
hati. Bukan dia nak sibuk. Tapi dia cuma fikirkan Fazmizie dan Aqilah. Itu
sahaja.
“Awak takkan faham apa-apa!”
kedengaran jeritan Fazzura sekali lagi dalam bilik air. Begitu lantang sekali.
Semalam tak adalah teruk begini keadaan dia. Hari ni dah jadi semakin parah
pulak.
“Saya tak faham atau
awak yang tak mahu beritahu?” tanya Riyadh sekali lagi.
“Kalau awak tak nak pergi biar saya yang
pergi. Saya akan bawa anak-anak dan tak akan menyusahkan awak lagi.” balas
Fazzura kasar.
Nak pergi mana pula.“Zurra,
saya akan pergi kalau awak keluar dari bilik air tu. Kalau awak tak nak saya
ada di sini. Kalau awak rasa saya ni menyusahkan awak. Saya mintak maaf Zurra.
Saya tak ada niat nak campur tangan atau nak sibuk-sbuk dalam masalah awak.
Saya cuma tak nak awak abaikan anak-anak awak. Awak menangis macam tu apa yang
awak dapat. Oh! Saya faham kalau sekadar awak nak luahkan kelukaan hati awak tu
melalui tangisan. Saya boleh terima tapi tak kan sampai ambil masa berjam-jam
macam ni. Awak keluar sekarang!” ujar Riyadh dalam nada yang sedikit keras. Siapa
dia untuk sibuk-sibuk sama. Ya, dia bukan siapa-siapa. Kalau Fazzura nak
gelarnya penyibuk sekalipun dia terima. Asalkan Fazzura keluar dari bilik air
tu.
“Saya akan pergi dari sini kalau awak keluar.”
pujuk Riyadh lagi. Menanti dengan penuh sabar.
“Pergi! Saya mampu jaga
anak-anak saya. Awak tak perlu nak sibuk sama!” jerit Fazzura seperti orang
hilang akal dari dalam bilik air. Entah berapa banyak air mata yang mengalir.
Hatinya terlalu sakit. Riyadh tak akan faham. Sesiapapun tak akan faham apa
yang dia rasa saat ini. Kekecewaan yang bertambah-tambah semenjak kejadian pagi
tadi.
“Zurra, saya akan
pergi. Tapi awak tolonglah keluar. Kasihankan anak-anak awak.” Rayu Riyadh pula.
“Please Zurra, awak menangis macam
orang hilang akal sekalipun tak akan selesaikan apa-apa masalah. Keluarlah atau
awak nak saya pecahkan pintu bilik air ni. Keluar Zurra.”
Tidak lama kemudian
tombol bilik air dipulas. Terpacul wajah Fazzura dengan air mata yang masih
merembes laju di pipi. Teresak-esak keluar tanpa sedikit pun memandangnya yang
sedang berdiri di sisi pintu itu. Tubuh itu basah di sirami air. Ya Allah,
sesungguhnya dia tidak sanggup melihat tangisan wanita ini. Sejak dari dulu dia
tak boleh tengok perempuan menangis.
Fazzura terus bergerak
menuju ke arah anak-anaknya. Sedikitpun dia tidak menghiraukan Riyadh yang
berdiri di sisi pintu bilik air itu. Bukan niatnya untuk melepaskan kemarahan
jauh sekali menghalau Riyadh pergi. Lelaki ini yang banyak menolongnya. Yang
banyak membantunya. Menjadi penyelamat mereka anak-beranak. Tetapi dia tak mahu
dengan kehadiran lelaki ini keadaan akan menjadi semakin rumit.
“Zurra, saya mintak
maaf kerana menyusahkan awak. Mungkin betul yang saya sebenarnya tak patut ada
di sini. Awak boleh duduk di rumah ini selama mana yang awak mahu. Saya pergi
dulu.” ujar Riyadh sambil berjalan menuju ke ruang depan. Dia terus mengambil
kunci kereta miliknya yang terletak di atas meja kaca itu. Melintasi Aqilah
dengan Fazmizie dengan pandangan yang sayu.
“Awak, tolong jaga
mereka baik-baik. Jaga diri awak juga.” pesannya lagi. Kakinya terus diatur
laju menuju ke muka pintu. Kali ini dia tidak lagi memandang ke arah Fazzura
anak beranak. Sedikitpun dia tidak menoleh kepada Fazmizie yang merengek dan
Aqilah yang memanggilnya. Jika dia memandang mereka sudah pasti dia tidak
sanggup untuk pergi. Sudah pasti dia tidak mampu membiarkan mereka dalam
keadaan begini. Kasihnya terhadap Aqilah dan Fazmizie sudah mula bertunas.
Tunas itu semakin lama semakin membesar di dalam jiwanya. Hatinya merintih hiba
bila panggilan Aqilah yang tidak dihiraukannya.
Tapi, dia harus pergi. Dia tak sepatutnya terheret sama di dalam
permasalahan Fazzura. Tak sepatutnya!
Ya Allah, kenapa semua
ini yang aku rasa?
best2... nak lagiii
ReplyDeleteBEST...NAK LAGI..
ReplyDelete