Thursday, February 16, 2012

Bila Cinta Hadir - Bab 3




Pagi itu selepas solat subuh aku terus sambung tidur. Tidak sedar bahawa jam sudah menunjukkan ke angka 9.30 pagi. Kelam kabut aku bangun dan terus membersihkan diri. Terasa segar sahaja bila air menyirami badanku. Terlupa aku seketika pada masalah yang membebankan jiwa dan fikiran ku.
Selesai mandi, aku terus keluar dan segera menyarungkan seluar track dan t’shirt bewarna merah. Aku sendiri tidak tahu apa yang aku nak buat. Padahal cuti kahwin aku masih berbaki 5 hari. Kalaulah aku tahu semuanya akan jadi macam ni, tidak ingin aku mengambil cuti lama-lama.
Aku berjalan menuju ke balkoni. Perut terasa lapar. Tapi aku malas sangat nak turun ke bawah. Nak mengadap muka Syameen. Entahlah, aku tak sanggup. Semua perasaan bercampur menjadi satu. Aku tak pernah impikan semuanya akan jadi begini. Perubahan Syameen Fikran dengan tiba-tiba sahaja. Aku buntu setiap kali memikirkannya.
Angin bertiup lembut. Mentari semakin meninggi. Besar-besar rumah di kawasan ini. Perumahan orang yang ada duit. Yang tak ada banyak duit macam aku ni lebih baik sewa di rumah flat-flat je. Dapat jimat kos sara hidup.
Aku membuang pandang ke arah jalan. Kelibat seseorang yang memakai baju merah dan seluar track hitam itu yang sedang berlari-lari anak itu aku menarik perhatian jiwaku yang tenang. Sama pula warna dengan baju yang sedang aku pakai.
 Rajinnya dia jogging?Hatiku pula berkata-kata. Aku pandang dan terus pandang ke arah dia yang sudah menuju ke pintu pagar rumah. Dia kacak, tinggi, rambut tercacak. Macam playboy. Tapi hati?Penipu.
“Asal pandang-pandang?”
Aku dengar dia sergah aku dari bawah. Terus aku toleh ke arah lain. Padahal aku dah kantoi. Dia dah nampak aku pandang dia. Hmm, salah ke aku nak pandang dia?Dia suami aku?Aku dan dia berkahwin atas dasar cinta. Walaupun sebulan itu terlalu singkat untuk aku mengatakan cinta. Tapi, dia dah cakap yang semua ni hanya satu kesilapan. Dia tak sepatutnya menikahi aku. Aduh, pedih rasanya lubuk hati ni.
“Kau tak kerja hari ni?”Aku toleh bila dengar soalan tu. Tapi aku tak nampak pun kelibat dia di belakang aku. Lagipun aku kunci pintu. Aku kemudian menoleh ke sebelah kanan. Aku lihat dia sedang berdiri di balkoni bilik dia sambil pandang ke arah jalan. Aku senyum saja. Boleh pula duduk sebelah-sebelah macam ni.
“Belum, ada lagi lima hari cuti.” Aku jawab tanpa pandang wajahnya.
“Kau berhenti terus. Kerja dengan aku!”
Aku ketawa kuat. Ketawa untuk lepas geram. Tak ingin aku kerja dengan dia.
“Lebih baik saya kekal dengan kerja saya sekarang. Tak menyusahkan sesiapa. Lagipun dengan kelulusan yang saya ada mana layak untuk kerja di syarikat awak tu!”
“Ada.”Dia jawab sambil jeling sekilas pada aku. Kenapa nak jeling-jeling pula. Ingat aku takut ke dia buat mata macam tu.
“Ada?”aku soal dia balik.
“Tukang cuci!”dia jawab dah terus beredar dari situ. Hish,nak je aku cekik-cekik dia. Aku tahu aku ni tak sepandai macam dia. Tapi, cara dia tu macam dah hina aku sangat.Aku kalau nak sambung belajar pun boleh sangat-sangat. Cuma masalah kewangan je. Sebab itu aku ambil keputusan nak kerja saja. Sedih betul aku bila dia cakap macam tu tadi. Kemana hilangnya Syameen Fikran yang aku kenal dulu. Sebulan yang lalu dia begitu romantis, begitu mengambil berat, segala-galanya indah. Tapi, mengapa semua itu hanya sementara. Sekarang dia dah jadi sebaliknya. Apakah ini balasan untuk aku yang melukai?Lagi sekali soalan itu mengetuk hatiku.
Perut aku yang semakin pedih membuatkan aku ambil keputusan untuk keluar mencari makanan. Tapi, macam mana aku nak keluar sebabnya kereta Myvi aku masih ada di rumah sewa. Tak kan aku nak naik keretea Mitsubishi Lancer Syameen pula?Aduhai, susahnya.
Tak mengapalah, mungkin daam rumah ni ada sesuatu yang boleh aku masak. Aku terus turun ke bawah dan menuju ke dapur. Tapi aku patah balik semula dan naik ke atas kembali. Pintu bilik Syameen aku ketuk perlahan.
“Kenapa?”dia soal aku keras. Raut wajah aku terus bertukar warna bila melihat Syameen hanya memakai seluar pendek tanpa baju. Memang antara aku dengannya halal. Tapi, semuanya dah jadi seperti asing!
“Er..aa..nak pinjam meggie kari awak sebungkus boleh tak?”
“Pinjam?”
Aku angguk.
“Boleh ke makanan pinjam-pinjam macam tu?”dia soal aku lagi sambil peluk tubuh.
“Saya ni menumpang. Jadi saya buat cara menumpang. Semua yang ada dalam rumah ni harta awak dan keluarga awak. Jadi, makanan pun saya kena pinjamlah.”Aku jawab selamba tapi mata tak tengok pada dia.Tak sanggup nak tengok.
“Tapi, takkan sampai kena pinjam. Mintak izin sudahlah!”
“Boleh ke tak?”aku soal semula.
“Kau tak reti masak ke?”
Aku terdiam seketika.Tak tahu nak jawab apa. Aku perempuan takkan tak reti masak.
“Kau reti ke tak?!’dia soal lagi. Keras sahaja nadanya.
“Reti!”
“Habis tu kenapa nak masak meggie?”
“Hmm..sebab meggie kalau pinjam mudah nak bayar. Kalau benda lain tak tahu nak agak.”
Terus dia tolak kepala aku perlahan sambil ketawa kuat. Aku pandang dia pelik. Selepas berkahwin mana pernah dia ketawa macam tu lagi dengan aku. Semuanya serius sahaja. Ketawa dia itu mengingatkan aku pada pertemuan kami 5 bulan yang lalu. Dia ketawa begitulah sambil tarik hidung aku. Lima belas tahun kami tak jumpa bila aku pindah rumah. Waktu itu aku dan dia tinggal satu taman perumahan. Masih kanak-kanak yang tak tahu tentang erti dan perasaan.
“Kalau macam tu kau masak untuk aku sama. Jangan lupa letak telur lebih!”terus dia tutup pintu kuat. Lamunan masa lalu aku terhenti di situ.
Hati aku masih rasa sebak. Tapi aku sudah tidak ingin menangis lagi. Aku akan pegang pada kata-katanya. Walaupun hati aku sebenarnya sudah sayang pada dia. Rasanya perasaan ini tak pernah sama sewaktu aku bercinta dengan Azlan dahulu. Cinta pertama itu memang indah tapi menyakitkan. Aku bukan sengaja untuk putuskan hubungan dengan Azlan. Tapi sikap lelaki itu sendiri yang membuatkan aku ambil keputusan begitu.
***
Selesai saja memasak maggie aku terus jerit panggil dia dari bawah. Tak larat untuk aku berulang alik naik ke atas. Aku tengok dia keluar dengan seluar pendek dan baju t’shirt warna hitam. Sambil di tangannya ada beberapa helai baju.
“Dah siap maggie awak?”aku cakap padanya.
“Nah!”
“Apa ni?”aku soal dia balik. Nak buat apa dia bagi baju-baju tu pada aku.”
“Perlu ke aku beritahu apa yang perlu kau buat?”dia soal aku dengan wajah serius.
“Awak nak saya basuhkan?”
“Habis tu tak kan aku nak suruh kau pakai pulak!”dia balas geram.
“Lepas makan nantilah saya basuh.”Aku lihat dia pandang jam di tangannya.
“Hmm..kau makan sajalah maggie tu. Aku nak keluar.”dia jawab tanpa pandang wajah aku. Kunci kereta yang tergantung di ambilnya.
“Awak nak ke mana?”aku soal sekadar ingin tahu.
“Kenapa?”dia toleh pandang aku seketika. Kemudian dia membuka almari kasut yang berada di sebelah pintu itu. Aku lihat dia mengambil sandal bewarna hitam.
“Makanlah dulu maggie tu.”
“Kau ingat perut aku ni kenyang nak makan maggie yang kau masak tu. Lebih baik aku makan dia luar. Lagi terbuka selera aku! Memanglah sekarang ni satu kerugian besar aku ambil kau sebagai isteri!”
“Apa awak cakap ni, Syameen?”aku semakin tidak sabar dengan sikapnya.
“Apa aku cakap?kau pekak ke ? Tak dengar apa aku cakap!?Memang betullah kau tak layak jadi isteri aku. Pemalas!” Selesai berkata dia terus keluar.
Aku terkedu di situ. Sampai betul hati dia cakap aku macam tu. Dia juga yang suruh aku masakkan untuk dia sama. Aku dah buat pun. Salah aku lagi ke?Kenapalah aku mengenali lelaki ini. Lelaki yang sombong dan berlagak macam ni. Kalau dia nak pergi makan di luar pun pergilah. Aku sikitpun tak kisah. Tapi, janganlah buat aku macam ni. Sekejap-sekejap layan aku baik. Aku bukannya orang gaji dia. Tak tahulah aku kalau dia memang anggap aku macam tu. Taraf dia pada aku mungkin begitu.








                                                                            

11 comments:

  1. geram sgt dgn syameen!!

    ReplyDelete
  2. best gak layan citer ni..tapi pendek sangat la..tak puas baca...

    ReplyDelete
  3. x puas hati bace..cam pendek sangat....syameen berlagak sungguh...

    ReplyDelete
  4. okey lepas ni saya wat panjang sikit...

    ReplyDelete
  5. hiss teruk betul syameen tu.....

    ReplyDelete
  6. bez~g0od job writer..n3 plizzz~

    ReplyDelete
  7. bez~g0od job writer..n3 plizzz~

    ReplyDelete
  8. Syameen ni kan .. aku rasa mcm nk lempang je.. Dah suruh org masak tapi tak nak mkn.. lepas tu label org pemalas.. heyyy lahh Syameen mkin benci pulak aku dekat kau..

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...