Review Elusan Kasih dari kak Imaniah Fajaya Othman
Kau ingat hidup kau akan bahagia kalau hanya berdasarkan cinta semata-maata. Aku taknak kau sush dikemudian hari. Aqil tu kerja kilang je. Kau pula baru umur 21tahun. Mentah lagi Zura. Masa depan kau belum tentu terjamin. Dah elok2 mak dan ayah hantar kau belajar, kau balik. Kau kemaruk sangat nak kahwin dengan jantan tu. Kenapa dengan kau ni?”Walaupun dihalang oleh ibu ayah dan kakak2nya , Siti Fazzura bertekad ingin berhenti belajar dan berkahwin dengan kekasihnya Aqil dan menyebabkan dirinya makin terpinggir dari keluarga sendiri, setelah Aqil mendapat jawatan yang kukuh, dia telah membawa Zura berpindah ke Kuala Lumpur , mereka dikurniakan 2 org anak Aqilah dan Fazmizie. Akan tetapi sikap Fazmizie mula berubah setelah dia dinaikkan pangkat. Masa dengan keluarga telah tiada, dia bukan lagi seorang suami dan bapa yang penyayang. Saban hari Zura dan anak2 sering dimarah sehingga sakit demam anak tidak diperdulikan , dia berfoya2 dengan wanita yang pandai bergaya dengan alasan Zura sudah tidak cantik dan hanya memakai tshirt dan kain batik saja dirumah dan membantutkan seleranya.
Pertemuan pertama Mohd Riyadh Rizqullah dengan Zura dan anak ketika Zura membawa Fazmizie ke hospital kerana sakit telah mencambakan rasa sayang Riyadh dihati terhadap Aqilah dan Fazmizie. Saban hari dia sentiasa terkenangkan anak2 itu sehinggakan dia sanggup mengajak kekasih hatinya Aniss berkahwin kerana ingin mempunyai anak sendiri, akan tetapi Aniss tidak mahu , kerjayanya sebagai model menyebabka dia tidak mahu terikat dengan komitment tambah2 lagi untuk mempunyai anak.Ini menyebabkan mereka selalu berkelahi dan untuk mengelakkan hubungan mereka semakin teruk , Riyadh meminta izin untuk membawa anak2 zura keluar dan pada masa yang sama , Aqil bengang dan mengesyaki Zura mempunyai hubungan sulit dengan Riyadh dan dia menceraikan Zura . Riyadh merasa bersalah dengan apa yang berlaku tambahan lagi melihat tangisan Zura dan anak2 yang telah dihalau dan Riyadh telah membawa Zura dan anak2 dirumah yang dibelinya . Riyadh sering ke rumah itu dan menghabiskan masa dengan Aqilah dan Fazmizie dan anak2 itu rapat dengan uncle mrk itu, ini menyebabkan Aniss merasa terabai tambahan lagi dia telah melihat Riyadh bersama Aqilah dan Fazmizie. Zura yang melihat kejadian itu , merasa tidak selesa dan akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke kampong .
Kehadiran Zura dan anak2 tidak disenangi oleh emak dan kakak2nya , nasib baik ayah Zura memafkannya. Anak2 Zura sering terabai apabila Zura meninggalkan mereka kepada emaknya kerana dia bekerja di kilang, akan tetapi Zura bersabar tambahan lagi ayahnya kadang2 membantunya jika dia tidak sibuk. Emak Zura pula bertindak untuk menerima pinangan dari Ammar anak buahnya yang menyimpan hati kepada Zura sblm ini dan Zura terpaksa akur dan pada hari pertunangannya itu Riyadh juga akan berkahwin dan Riyadh menjemput Zura dan anak2nya ke majlis kendurinya itu. Sebaik sahaja majlis selesai, Zura terus bersama anak2nya menaiki kereta sewa untuk ke kenduri Riyadh, malang tidak berbau , mereka trlibat dalam kemalangan dan disini bermulanya penderitaan dan tekanan makin teruk kepada Zura dimana Aqilah dan Fazmizie telah meninggal dunia, Zura menjadi cacat dan menghadapi tekanan mental yang teruk ekoran kejadian itu , Ammar dan emaknya juga menghina Zura. Riyadh merasa bertanggung jawap atas apa yang berlaku, bagaimanakah dia hendak menolong Zura? Bagaimanakah pula dengan perkahwinannya dengan Aniss? Adakah Zura dan Aniss bermadu? Nak tahu kesudahan novel ini , sila baca, mmg best , ada romantic, sedih , ketawa , keluarga dan macam2 ada. Psttt : Ku jatuh cinta pada RIYADH… muahahhahahah
No comments:
Post a Comment