Sewaktu dia datang ke pejabat hari ini matanya di hidangkan dengan fail-fail yang menimbun. Terlalu banyak tugasan yang perlu di selesaikan dalam masa yang segera. Sudah hampir sebulan dia tidak datang ke pejabat. Papa pun dah mula bising padanya. Dia sedar jatuh bangun syarikat terletak ditangannya. Tapi bagaimana untuk dia buat semua kerja-kerja ini kalau fikirannya asyik teringatkan Nur Nilam sahaja.
Kadang kala semangatnya luntur. Tapi atas sokongan dan dorongan dari papa dia kembali kuat. Kuat demi Nur Nilam. Kuat demi Ish Jaya Sdn Bhd. Sehingga ke hari ini keadaan Nur Nilam masih tetap sama. Masih tetap bersedih di atas pemergiaan ibunya.
Sekarang pun hidupnya agak tunggang langgang. Makan, pakai semuanya dia yang uruskan sendiri. Terasa pula apa bezanya dulu bujang sekarang suami orang tapi masih terpaksa uruskan semuanya sendiri.
Mujur, hari ini Mak Ndak sudi datang menjenguk. Jadi, bolehlah dia datang ke pejabat. Tidaklah dia risau untuk meninggalkan Nur Nilam seorang diri di rumah. ‘Abang janji sayang, abang akan bahagiakan sayang hingga akhir nafas abang.' Ucap Iskandar perlahan. Bingkai gambar Nur Nilam yang terletak di atas mejanya itu dicapai lalu dikucup perlahan. Sesungguhnya ada rindu dendam yang begitu sarat terpendam.
Ketukan di muka pintu biliknya membuyar lamunan. Terjengul wajah setiausahanya Nur Harmimie dengan senyuman.
“Ada apa Mimie?”soalnya pantas.
“Cik Jueliana ada di luar dan mahu berjumpa Encik,”
Mendengarkan nama itu sudah cukup menjengkelkan hatinya. Lama dia terfikir samada mahu membenarkan Jueliana masuk atau tidak. Tidak lama kemudian dia mengangguk perlahan. Nur Harmimie yang faham dengan isyarat yang di berikan oleh bosnya itu segera berlalu keluar untuk mendapatkan Juleiana.
Tidak lama kemudian bayang Jueliana sudah terpacul di hadapannya. Bau minyak wangi menerobos ke ruang udara. Kali ini Jueliana hanya berdiri. Tidak lagi duduk di atas meja Iskandar. Kadang-kadang dia pelik dengan sikap Jueliana ni. Dia marah ke, caci ke, Jueliana tetap akan datang. Macam orang tak ada hati dan perasaan pula.
“Nak apa lagi you datang ke mari?”soal Iskandar sambil menyandarkan badannya di kerusi itu.
“Kalau ya pun you bagilah I duduk dulu,”balas Jueliana pula. Sebuah senyuman menguntum di bibir Iskandar mendengarkan kata-kata yang terbit di bibir gadis itu.
“Sebelum ni you datang tak pernah pun you nak mintak izin I untuk duduk. I tak beri kebenaran pun you masuk apatah lagi untuk duduk,”
“You jangan nak perli-perli I, Is..”balas Jueliana pula.
“Duduklah!Ada apa you datang sini? You nak buat laporan tentang apa pula kali ni?”soal Iskandar bertubi-tubi. Raut wajahnya selamba sahaja menuturkan kata-kata itu.
Berlainan pula dengan Jueliana yang sudah berubah wajah. Terkedu dia mendengarkan kata-kata itu. Dia melepaskan keluhan. Bibirnya di ketap geram. Iskandar memang tak ada hati perut. Bila bercakap ikut sedap mulut. Dia datang sini pun dengan tujuan perniagaan juga.
“I dengar you yang akan dapat projek membersih dan mencuci blok-blok bangunan di Putrajaya tu?”
“I belum terima sebarang surat rasmi. Macam mana pula you boleh tahu.?”
“Hanya syarikat yang kukuh saja akan dapat Is. Lagipun tidak banyak syarikat yang mampu kerana kosnya besar.”
“Habis tu syarikat papayou pun besar juga. Boleh jadi saingan I bukan?”
“Kami dah tarik diri Is..You perlu berterima kasih pada I. Kalau tidak peluang you mungkin tipis,” Jueliana tersenyum mengejek sebaik selesai berkata-kata begitu. Sakit hati betul Iskandar melihatnya. Macam baguslah pula minah ni.
“Tuhan dah tentukan rezeki masing-masing. Tidak ada kaitan sikitpun kalau syarikat you undur diri. Kalau Tuhan dah tentukan itu rezeki syarikat I yang akan dapat siapa you nak menghalang?” bidas Iskandar kembali. Dia menyandarkan badannya di kerusi itu sambil merenung wajah perempuan yang berada di hadapannya itu. Bukan tak cantik cuma tak cerdik. Mahu sahaja mulutnya yang celupar ini berkata begitu. Tapi, hati masih mampu mengawal kata.
“You begitu sombong dan angkuh Is!”
Iskandar ketawa kuat. Sombong? Siapa yang sombong sekarang dia atau Jueliena? Dia cakap benda yang betul. Tak kan itu pun dah di kategorikan sebagai sombong.
“Terpulanglah apa pun yang you nak cakap. Oh ye, ada apa-apa lagi ke?”soal Iskandar semula.
“I dengar ibu mertua youdah meningal dunia? Takziah Is..”
“Hurmm...Dari mana you tahu?”
“Mama you yang beritahu pada I. Jumpa dia tadi sedang membeli baju-baju bayi?Nilam mengandung ke?”
“Mengandung?Apa you merepek ni Jue!”Iskandar ketawa.
“Habis tu autie belikan untuk siapa? Setahu I kakak you Izreen tu pun belum ada anak lagi. Tak kan mama you pula kot yang mengandung. Peliklah!Tak pun adik you tu..”
“I pelik kenapalah you boleh masuk dalam bidang perniagaan ini. You anak Tan Sri dan belajar tinggi tapi kalau bab yang merepek dan karut marut boleh serah kat you. Kenapa you tak gunakan akal sikit bila bercakap apa-apa. I rasa you lebih sesuai jadi wartawan,” balas Iskandar keras sahaja nadanya. Perasaan geramnya membuak-buka bila berhadapan dengan Jueliana. Inilah gangguan dan ‘virus’ paling bahaya sekali yang pernah dia jumpa.
“You jangan nak perli I macam tu Is.!You tahu tak I ambil berat soal you, keluarga you sebab I sayangkan you!
“You ni dah gila ke?”marah Iskandar tiba-tiba.
“Salah ke apa yang I cakap?”
“I rasa otak you ni dah mereng!Lebih baik you keluar dan jangan datang sini lagi. Kalau you nak tahu mama I mungkin belikan baju-baju tu untuk anak Kamalia. Tak pun anak you! Manalah tahu kalau sebenarnya you tu yang mengandung!”
“Is!!!!”
“Get out!!”
Fail-fail yang ada di atas mejanya itu di tolak oleh Jueliana sebelum berlalu keluar. Habis berselerak. Mujurlah kau perempuan. Kalau tidak teruk kau aku kerjakan!marah Iskandar lagi di dalam hati. Tak ada kerja lain agaknya ayik nak mengganggu orang saja. Diri sendiri pun tunggang langgang nak menyibuk hal orang pula. Apahal!
Di mana Kamalia sekarang?Soalan itu tiba-tiba saja terdetik di fikirannya. Selepas kejadian itu Kamalia tidak lagi menganggunya. Tapi, kenapa pula mama beria-ia benar membelikan baju bayi itu untuk anak Kamalia. Dia yakin baju itu untuk anak Kamalia. Agaknya mama lupa kesengsaraan dia dahulu.Ah!Kenapa pula dia nak pening-pening kepala fikir pasal Kamalia. Padahal dia sendiri sudah berjanji yang nama itu tidak mampu untuk mempengaruhi kehidupannya lagi. Rindu? Rindu itu telah mati semenjak kehadiran Nur Nilam.
Dengan wajah yang mencuka Jueliana berlalu keluar dari pejabat itu. Belum pernah lagi seumur hidupnya dia berjumpa dengan lelaki seperti Iskandar.Kasar!Kadang-kadang cakap aku engkau. Setiap kali dia datang pasti akan berakhir pertengkaran.Pasti aka nada sahaja benda yang akan di gaduhkan. Susahnya untuk takhluki hati seorang lelaki bernama Iskanadar Dzulkarnain.
Pekerja-pekerja Iskandar pula saling berpandangan sesama sendiri. Ada yang senyum dan ada yang buat muka kesian. Kadang-kadang sampai dah naik lali. Jueliana bukannya tahu serik. Lagi di marah oleh Iskandar lagi dia datang buat muka tebal dia tu. Prinsipnya mudah saja, beralah tak mengerti kalah. Selagi ada ruang dan peluang apa salahnya dia mencuba.
Kini, saingannya bukan sahaja Nur Nilam tetapi juga Kamalia!
***
Petang itu Iskandar merasakan perjalanan pulang ke rumah di iringi dengan perasaan berdebar, seronok,bangga dan bermacam-macam lagi perasaan yang menggambarkan benih-benih gembira. Puncanya kerana di tangannya kini tergenggam erat sesuatu yang mewakilkan harapan. Harapan untuk melihat semangat isteri kembali pulih seperti dahulu. Harapan untuk membina kembali kehangatan cinta yang hilang itu. Di dalam masa yang sama dia bimbang jika Nur Nilam menolak. Mudah-mudahan semuanya berjalan seperti yang di rancangkan.
Sebaik sahaja sampai di rumah kelibat Nur Nilam sudah kelihatan di muka pintu itu beserta senyuman yang paling menawan. Hatinya makin berdebar. Rasanya sudah lama juga dia tidak melihat Nur Nilam keluar dari bilik. Apatah lagi untuk menghadiahkannya dengan sebuah senyuman yang manis. Mata mereka bertaut di antara satu sama lain. Pandangan yang jelas menunjukkan kerinduan pada hati masing-masing. Ya Allah..aku bersyukur kepadaMu..
Tiba-tiba sahaja dia rasa bergetar untuk berhadapan dengan Nur Nilam. Apakah Nur Nilam sudah kembali seperti dahulu. Apakah Nur Nilam sudah mula mendengar lagu rindunya. Apakah akan ada lagi air mata di wajah ayu itu. Terlalu banyak persoalan sehingga dia hampir tidak sedar yang dia sudah terlalu lama berada di dalam perut kereta.
Dia segera keluar dari kereta bersama-sama benda yang mewakilkan segunung harapan. Sebuah senyuman yang paling manis di hadiahkan untuk Nur Nilam. Nur Nilam mengucup lembut tangannya. Dia membalas kucupan di dahi Nur Nilam. Lama dan Nur Nilam membiarkan sahaja. Terasa beban yang ditanggung lenyap dalam sekelip mata. Memang benarlah pepatah pujangga mengatakan kuasa cinta lebih dari segalanya dan mampu mengubah apa sahaja.
“Alhamdullillah, isteri abang dah sihat..”ucapnya sebelum masuk ke dalam rumah. Nur Nilam hanya tersenyum mendengarkan kata-kata Iskandar. Dia sedar yang dia terlalu ikutkan kata hati. Kini, dia mahu berpijak di bumi yang nyata.
Semalam dia mimpikan ibu datang padanya. Wajah ibu tenang dan mendamaikan. Ibu berpesan supaya dia berhenti menangis. Langkah ibu tersekat-sekat. Ibu mahu dia kuat. Kuat untuk meneruskan hidup. Dia yakin doa ibunya sentiasa mengiringi perjalanan hidupnya. Hatinya kini sudah mula dapat menerima pemergiaan ibu mengadap Ilahi.
“Abang nak air?”soal pula kepada Iskandar yang sudah duduk di sofa itu.
“Hurmm..nantilah. Abang belum haus lagi. Eh, abang lupa?mana Mak Ndak?Tak nampak pun?”soalnya lagi apabila langsung tidak nampak bayang wajah Mak Ndak.
Nur Nilam duduk di sebelah Iskandar sambil menguntum senyuman lagi. Arghh..rasa macam nak luruh jantung!
“Mak Ndak dah balik baru je sekejap tadi. Malam ini ada kenduri di sebelah rumah jirannya. Jadi, dia terpaksa balik awal. Lagipun Nilam dah okey..”lembut sahaja dia menuturkan kata-kata. Iskandar senyum sambil merangkul pinggang Nur Nilam.
“ Nah?”hulurnya pula.
Tiket percutian ke Pulau Krabi Thailand?Nur Nilam menyambutnya bagaikan tidak percaya. Dia ulang baca lagi takut silap. Setelah hatinya makin pasti dia menguntum senyum. Selepas itu makin bulat pula matanya bila melihat tarikh percutian itu. Hari ini Ahad, maknanya esoklah mereka akan berangkat.
“Kenapa buat muka terkejut tu sayang?”
“Tak sangka..?”
“Tak sangka apa?”
“Dapat pergi ke Pulau Krabi.”
“Suka?”
“Sangat-sangat suka! Dah lama Nilam mahu ke Pulau Krabi ni.”
“Kenapa? Ada kenangan dengan seseorang ke?”soalnya lagi.
“Tentulah tak! Tapi sebab Pulaunya yang cantik. Kata orang Pulau Krabi suasananya begitu romantis,”balas Nur Nilam sambil melentokkan kepalanya di bahu Iskandar. Walaupun dia sebenarnya masih malu-malu dengan Iskandar. Maklum sajalah mereka berkahwin bukan atas dasar cinta. Tentulah ianya ambil masa.
“Tapi bagi abang, kat mana-mana pun abang dah rasa romantis bila isteri abang ni ada sama,”bisik Iskandar nakal di hujung telinga Nur Nilam.
“Iye?Tapi abang tak sibuk ke? Syarikat abang tu macam mana? Abang dah lama cuti untuk jaga Nilam dan sekarang abang tambah lagi cuti? Nanti apa pula kata papa?Bukan ke itu akan bagi kesan kat Syarikat abang kalau bos asyik cuti je..”
“Semua ni abang lakukan untuk sayang. Abang nak Nilam sembuh. Abang nak Nilam kembali senyum seperti dulu. Soal kerja itu bukan soal utama di dalam hidup abang sekarang. Kalau Nilam nak tahu abang dah selesaikan tugas abang. Jadi, tak salah kalau abang nak pergi bercuti ke mana pun. Lagipun kita tak pernah bulan madu pun semenjak kahwin. Jadi, inilah masa yang sesuai. Terima kasih sayang,”ucap Iskandar lagi sambil memperkemaskan tangannya yang berada di pinggang Nur Nilam.
“Terima kasih untuk apa?Nilam yang sepatutnya ucap terima kasih untuk abang. Abang sanggup berkorban apa sahaja untuk Nilam. Abang bersabar melayan kerenah Nilam. Walaupun Nilam buat tak tahu sahaja pada abang..”ada sebak pada setiap kata-katanya itu.
Iskandar memegang dagu Nur Nilam. Setiap inci wajah itu tidak terlepas dari pandangan matanya. “Sayang, jangan bersedih lagi. Kalau bukan kerana sayang tentu abang tidak akan berusaha untuk menghabiskan semua kerja abang. Diam sayang itu adalah semangat abang. Dalam diam, abang sedar sayang sebenarnya sudah banyak bantu abang untuk selesaikan tugas abang..”
Nur Nilam terharu mendengarkan kata-kata itu. Kata-kata yang lahir dari hati yang tulus ikhlas mencintai. Dia benar-benar merasa diri di sayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami.
“Maafkan Nilam sebab buat abang susah..
“Nilam, Nilam isteri abang okey. Jangan cakap macam tu. Abang tak nak sayang sedih-sedih lagi. Mata tu dah jadi bola golf!Asyik nak nangis je. Abang nak Nilam senyum!”
“Itu je?” Nur Nilam kembali menyoal. Tapi tidak lama kemudian dia kembali menundukkan wajahnya. Tahu yang dia sudah tersilap cakap. Darah merah terasa menyerbu ke muka dengan tiba-tiba. Ya Allah,malunya dia.
“Ai sayang...lain macam je bunyinya? Betul ke isteri abang yang cakap ni?Ish..ke telinga abang ni yang silap dengar.?”soal Iskandar semula dengan muka yang berkerut. Macam lepas kena sembelit je!
“Abang ni tak baik tau!Nanti Nilam cubit baru tau.”
“Bukannya sakit pun kalau Nilam cubit.”
Seakan tercabar dengan kata-itu, tangan munggilnya pantas sahaja hinggap lengan kiri Iskandar. Tapi tangan kanan Iskandar lebih pantas menyambar, lalu menggenggam tangan Nur Nilam. Seakan ada arus elektrik yang menyengat mereka berdua. Mata mereka berpandangan di antara satu sama lain. Bergetar dada masing-masing. Pandangan Nur Nilam cukup redup dan mendamaikan.
Tetapi sudahnya Iskandar ketawa terbahak-bahak. Terasa lepas bebas. Nur Nilam jua turut larut dalam tawa. Sudah lama rasanya dia tidak ketawa begini. Semenjak pemergian ibu dia lebih banyak menyendiri. Makan, pakai Iskandar langsung tidak di endah. Dia mahu membalas kembali setiap kesalahannya. Dia mahu menebus kembali setiap doasanya. Dalam langkah kadangkala dia selalu alpa.
Iskandar merasa lega. Hanya duduk berdua-duaan begini sahaja sudah cukup untuk membuatkan hatinya berbunga ceria. Beban rindu yang digalas selama ini tiba-tiba hilang begitu sahaja. Bahkan semangatnya juga sudah semakin meluap-luap bila melihat Nur Nilam sudah kembali senyum padanya. Rasa bagaikan tidak sabar untuk ke Pulau Krabi esok bersama Nur Nilam.
Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu di atas kebahagiaan yang Engkau berikan. Kau telah mengembalikan dia di dalam hidupku. Hidup yang semenjak dua menjak ini suram tanpa gelak tawanya. Kau seiringkanlah kami dalam menggapai bahagia.
“Abang,” panggil Nur Nilam setelah alam mereka berdua hanyut dalam alam khayalan ciptaan masing-masing.
“Ya Sayang,”
“Abang tak menyesal sebab pilih Nilam?”
“Menyesal untuk apa?”
“Sebab..sebab..Nilamkan tak cantik..”
“Hey..sayang..sayang..kenapalah sayang cakap macam tu?Kalau abang cakap sayang macam-macam nanti mulalah nak muncung sedepa. Siapa cakap Nilam tak cantik?Kalau nak di bandingkan dengan seribu perempuan di luar sana pun belum tentu mampu untuk menandingi Nilam. Cantik tak semestinya di fizikal tapi juga dalam hati.Macam abang kacak luar kacak dalam! Hehehe..” Iskandar sudah mula ketawa.
Nur Nilam pula terlopong mendengar kata-kata terakhir Iskandar itu. Perasan betul suaminya ini. Walaupun hakikat sebuah hati mengatakan ya, memang awak kacak.!
senyum panjang ni..... lpas ni xmo gado2 dah ok
ReplyDeletebest....hope mereka bahagia dan mampu mengharungi dugaan bersama dgn ikatan kasih yg kukuh
ReplyDeletehoneymoon di krabi ye...smoga nilam sntiasa bahagia...
ReplyDeletesemoga iskandar dan nilam bahagia selamanya......
ReplyDeletebest....iskandar & nilam akan ke pulau krabi....semoga mereka berdxua bahagia....
ReplyDeletekak zu: pulau krabi sdh menanti...InsyaAllah..akan ada bahagia...terima kasih ya..
ReplyDeleteso sweet..nice n3 nak lg cpt sambung arr
ReplyDeletesory sebab baru post comment..
ReplyDeletecter ni mmg best..tergelak-gelak je bace..
even tga bace kol 3.30 pg pon mate still segar..
hahaha
sweet...
ReplyDeletewei,mai nk bca kat ending boley? hihihihi :P
ReplyDeletesyiokkkk~ tangkap leleh! :D
hahah.....ehhh...biaq betui sampai tngkap leleh ni...nk ka ending..nk bg....tp tggu buku kuar la.haha
ReplyDelete