Tuesday, August 23, 2011

hangatnya cinta-5

Bab 5

KETIKA terjaga subuh itu, Nur Nilam merasakan kepalanya berdenyut kuat. Badannya terasa lemah dan seram sejuk. Perutnya juga terasa menyucuk-cucuk. Kalau di ikutkan hati mahu sahaja dia menyambung kembali tidurnya. Tetapi apabila memikirkan yang dia sedang berada di Teratak Qaseh ini niatnya untuk menyambung tidur itu dibatalkan sahaja. Bimbang nanti apapula tanggapan Datuk dan Datin. Sudahlah Datin Rozita seolah-olah benci padanya. Sejak dari semalam lagi asyik mencari salahnya sahaja. Hendak tak hendak terpaksalah dia gagahkan jua dirinya untuk bangun.
Selepas mandi, Nur Nilam keluar dengan berpakaian lengkap. Hanya dengan berbaju t’shirt bewarna putih dan seluar track bewarna hitam sudah cukup membuatkan penampilannya begitu bersahaja. Rambut kerintingnya itu disanggul seperti biasa. Lantaklah kalau Iskandar nak cakap dia Nampak tu bila sanggul. Yang penting dia selesa dengan caranya yang begini.
Dia kemudiannya menuju kea rah Iskandar yang masih lena diulit mimpi. Dia segera mengejutkan Iskandar apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 6.40 minit pagi.
“Is..Is..bangun. Subuh dah nak habis.”Iskandar bergerak-gerak sebelum membuka matanya.
“Dah pukul berapa?”
“6.40 minit.”
“Kau dah solat..”
“Hmm..tak.”
“Apa yang tak?’
“Tak boleh!Uzur,”jawab Nur Nilam. Jelas kelihatan raut wajahnya bertukar rona. Malu.
Iskandar pula hanya berlagak selamba seperti biasa. Dia bangun dan menuju ke towel rack untuk mengambil sehelai tuala sebelum masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Nur Nilam kemudiannya mengorak langkah menuju ke bawah. Tangannya memegang perutnya yang dirasakan semakin memulas itu. Teruklah dia kali ini. Ubat yang selalu dia telan untuk mengurangkan sakit senggugutnya ini tidak di bawa pula. Semuanya tertinggal dirumah. Jadi terpaksalah dia menahan kesakitan yang semakin kuat mencengkam ini.
“Assalammualaikum, mak Piah. Masak apa pagi ni?Boleh Nilam tolong tak?”sapa Nilam kepada Mak Piah yang sedang mengeluarkan sesuatu dari dalam peti sejuk itu. Mak Piah satu-satunya pembantu rumah di Teratak Qaseh ini.
“Waalaikummussalam, Nilam. Tak payah susah-susah. Kerja mak Piah ni. Nilam kan orang baru kenapa tak duduk berehat saja.Nanti siap mak Piah panggil.”
“Tak apalah mak Piah. Nilam dah biasa bangun awal-awal macam ni,”ucap Nilam pula sambil tangannya masih lagi memegang perut yang sakit itu.
“Untung Iskandar dapat isteri macam Nilam ni. Sudahlah cantik baik hati pula nak tolong mak Piah.”Mahu saja Nilam bilang kepada mak Piah yang dia dan Iskandar bukanlah seperti yang semua orang sangkakan.
“Janganlah puji lebih-lebih mak Piah. Kalau mak Piah tak puji pun Nilam tetap akan tolong mak Piah masak,”jawab Nilam kemudiannya sambil tersenyum.
“Tak menyusahkan Nilam ke?”
“Tak adalah. Nilam kan dah cakap tadi Nilam dah biasa bangun awal-awal macam ni. Masakkan untuk ibu..”menyebut nama ibunya membuatkannya begitu sayu. Sayu kerana dia sendiri tidak tahu bila akan bertemu dan tinggal bersama ibunya. Iskandar seolah-olah tiada jawapan untuk pertanyaannya itu.
“Jauhnya termenung.. Cakap tadi nak masak?Nilam nak masak apa?”mak Piah mengejutkan lamunan panjang Nilam.Nilam tersenyum hambar.
“Iskandar suka makan sarapan apa ya mak Piah?”laju sahaja soalan itu terpacul dari bibirnya.Mak Piah tersenyum memandang Nilam. Keikhlasan yang Nilam tinjukkan benar-benar membuatkannya tersentuh. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan arwah anaknya yang telah lama meninggal dunia. Sikapnya saling tak tumpah seperti Nilam. Ringan tulang dan tak kisah untuk membantunya.
“Mak Piah?Kenapa pandang saya macam tu?”soal Nur Nilam pula.
“Nur Nilam rajin..macam arwah anak mak Piah.”balasnya pula.
“Oh..maafkan Nilam sebab tanya macam tu tadi.”
“Tak ada salahnya Nilam,”balas mak Piah pula.
“Mak piah tahu tak Iskandar suka makan apa ya?”Nur Nilam cuba mengalih topic perbualan. Dia tidak mahu bersedih di pagi hari.
“Iskandar tak cerewet orangnya. Dia akan makan apa sahaja yang mak Piah masak. Kalau dia tahu yang Nilam masak lagilah dia suka.”
“Kalau  macam tu Nilam masak nasi goring boleh tak?”
Mak Piah mengangguk setuju dengan cadangan Nilam. Dia kemudiannya meneydiakan barang-barang yang diperlukan Nilam. Sesekali matanya melirik ke tangan Nilam yang sekejap-sekejap memegang perut. Seperti sedang menahan kesakitan.
“Kamu okey ke Nilam?Kalau tak biar mak Piah saja yang buat. Kamu pergi berehat.”ucap mak Piah lagi.
“Tak apa, sakit sikit saja. Sakit perempuan. Nanti okeylah tu.”jawab Nur Nilam sambil tersengeh memandang mak Piah. Telatahnya itu benar-benar mencuit hati mak piah.
Setengah jam kemudian nasi goreng di masak oleh Nilam sudah siap sepenuhnya. Bau nasi goreng yang di masaknya itu benar-benar membuka selera sesiapa sahaja. Nilam masih lagi berperang dengan kesakitan.
“Nilam, kau kenapa?Sakit ke?”sapa Datuk Ismail tiba-tiba sahaja.
“Tak..tak..”jawab Nilam tergagap-gagap. Dia malu untuk beritahu hal yang sebenarnya.
“Betul ke kamu okey ni?Papa tengok macam tak okey je?Ha, mak Piah kenapa bagi Nilam yang masak. Kesian kat dia.” Serentak dengan itu Nilam terasa ingin muntah. Dia segera bangun menuju ke singki. Dia benar-benar merasa tidak selesa.
“Saya dah larang tadi Datuk, tapi dia berdegil juga nak tolong saya. Bertuah Iskandar Datuk. Isterinya sakit-sakit pun masih nak masak untuknya.”mak kiah kemudiannya berlalu dengan membawa dulang berisi air untuk di hidangkan di atas meja.
“Kalau dah sakit sangat, pergilah berehat di atas tu,”ucap papa mertuanya lagi.Papa mertuanya benar-benar mengambil berat akan dirinya. Sama seperti ayahnya. Ah!Rindunya dia pada arwah ayah hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Nur Nilam teragak-agak untuk naik berehat di atas atau teruskan sahaja kerja-kerja yang telah separuh dia lakukan. Dalam hatinya yang sebenar takut di salah anggap. Tapi apabila melihakan keikhlasan yang Datuk Ismail tunjukkan dia mengangguk setuju.
Baru sahaja langkah kakinya ingin melangkah terpacul wajah Datin Rozita di hadapannya.
“Hah,kamu ni nak ke mana pula?”soalnya pula.
“Nilam tak sihat tu mamanya. Saya suruh naik berehat saja. Lagipun dia muntah-muntah tadi. Perutnya kosong tu. Nanti papa mintakkan Iskandar bawakan sarapan untuk kamu.”sambungnya lagi.
“Hai..baru buat kerja sikit pun dah sakit ke?Perli Datin Rozita lagi. Nur Nilam menelan semua kata-kata itu walaupun agak pedih hatinya. Mujur ada papa mertuanya. Sekurang-kurangnya dia tidak terasing di dalam rumah ini.
Lagipun di dalam keadaannya sekarang dia terasa benar-benar lemah dan tidak berdaya. Sejak dari zaman persekolahan lagi dia mengalami senggugut yang teruk. Bahkan akan muntah samapi kadang-kadang tu perlu dapatkan rawatan di klinik.

“MORNING mama, papa..Hmm sedapnya bau nasik goring ni?Resipi baru ke mak Piah?”soal Iskandar yang baru sahaja sampai di meja makan.
“Isteri kamulah yang masak..”balas mak Piah pula.Iskandar yang baru sahaja mahu ddudk memandang muka mak Piah. Betul ke Nilam yang masak. Pandailah pula dia.Bisik hatinya pula.
“Is macam mana isteri kamu?Sakitnya dah kurang ke belum?”Iskandar yang mendengar pertanyaan papanya itu mengerutkan dahinya. Dia tidak faham apa yang di perkatakan oleh papanya. Masa bila pula Nilam sakit.
“Kau jangan buat tak tahu pula, Is.”sambung papanya lagi.
“Entah abang ni!Boleh buat selamba saja.Kak Nilam sakit pun tak tahu ke?Papa cakap tadi kak Nilam muntah-muntah.”kali ini giliran adiknya Irma pula bersuara.
Iskandar dah mula tak sedap hati. Muntah?Biar betul..tak kan Nilam mengandung pulak kot. Dia tak sentuh pun Nilam tu. Tak kan dah pegang tangan boleh mengandung pulak! Fikirannya mula terfikir yang bukan-bukan tentang Nur Nilam. Lagipun segalanya mungkin. Dia bukannya kenal siapa Nur Nilam Qaseh. Hah!Sudah..Bala apa pula kali ini. Gerutu hatinya lagi.

ISKANDAR menarik selimut yang menutupi tubuh Nur Nilam. Nur Nilam membuka matanya perlahan-lahan Di depannya kini Iskandar sedang merenung tajam ke arahnya.
“Maaflah sebab saya tidur atas katil ni..”Nur Nilam bersuara lemah.
“Hey!Aku tak kisah pun kau nak tidur atas katil ni!Itu kau punya pasal!”jawab Iskandar kuat. Matanya mencurun tajam memandang Nur Nilam. Tindakannya itu benar-benar menimbulkan kecurigaan di hati Nur Nilam.
“Habis tu awak nak apa?”soal Nur Nilam pula. Kepalanya dirasakan sangat berat sewaktu dia cuba untuk bangun sebentar tadi.
“Kau tanya aku kenapa!Baik kau cakap dengan aku anak siapa yang sedang kau kandungkan tu!”
“Apa awak merepek ni Iskandar!”Nur Nilam sangat terkejut.
“Aku tanya anak siapa yang kau kandungkan tu!”marah Iskandar lagi.
Nur Nilam hanya menggelengkan kepala dengan telatah Iskandar. Baru dua hari dia di sini boleh jadi gila di buatnya.
“Hey!yang kau diam kenapa?Kau pekak ke?!Aku tanya anak siapa yang kau kandungkan tu!”suara Iskandar perlahan tapi nadanya kedengaran sangat keras. Nur Nilam semakin resah.
“Apa awak merepek ni?Bila masa pulak saya mengandung. Awak jangan asyik nak tuduh saya tanpa bukti, Is.”Nur Nilam segera turun dari katil. Makan hati benar dia dengan sikap Iskandar. Sudahlah sakitnya masih belum hilang. Dia sangat memerlukan ubat di kala ini. Nak harapkan pada siapa untuk minta tolong.Iskandar?Jangan haraplah dia nak tolong!
“Habis yang kau muntah-muntah tadi tu apa?Kau nak tipu aku!Aku tak sangka rupanya kau semurah itu!Patutlah kau setuju nak kahwin dengan aku. Rupa-rupanya aku perlu jadi pak sanggup. Macam tu!.”
“Is!!!”jerit Nur Nilam kuat. Dadanya berombak kencang menahan kemarahan. Sampai hati Iskandar menganggapnya begitu. Dia tidak semurah itu. Jika tidak kerana ibu dia sendiri tidak akan terima tawaran Iskandar .
“Hey betina!Aku dah pesan pada kau banyak kali jangan menjerit!Kau ni memang tak faham bahasa!Kau memang nak buat malu dalam keluarga ni.Kalau aku tahu macam ni lebih baik aku pilih si Jueliana tu.”Kali ini Iskandar benar-benar hilang sabar. Dia menarik kuat rambut  Nur Nilam sehingga Nur Nilam terdorong ke dinding. Satu penampar hinggap di pipinya yang mulus.  Sakit dan peritnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Air matanya pantas sahaja mengambil tempat di pipinya yang pedih itu.
“Is..saya tak mengandung!Saya senggugut yang teruk. Bukan ke pagi tadi saya dah cakapkan pada awak yang saya uzur..Awak hina saya Is..saya tak semurah itu..”bibirnya berkata perlahan dalam sedu sedan. Cecair jernih yang membasahi pipinya sudah cukup untuk memberitahu tentang sakitnya. Kini, dia  terasa sangat kesal dan menyesal dengan apa yang di lakukannya. Dia terduduk lemah, kepalanya semakin berdenyut. Dia tidak tahan lagi. Pandangannya di rasakan semakin berpinar dan perlahan-lahan gelap. Dia tidak sedar lagi apa-apa yang berlaku.
Iskandar terkedu disitu!







Monday, August 22, 2011

HANGATNYA CINTA (NOVEL TERBARU DARI AKU..)

Bab 1
HARI sudah hampir gelap. Nur Nilam Qaseh mempercepatkan langkahnya untuk menuju ke perhentian teksi. Dia harus cepat kerana jalan yang sedang dia lalui sekarang ini sangat sunyi. Dia harus segera pulang ke rumah. Hari ini masuk hari ketiga dia  keluar mencari kerja. Sudah banyak temuduga yang dihadirinya namun tiada satu syarikat pun yang memberikan jawapan seperti yang dia mahukan. Dia sangat hampa. Apatah lagi bila terkenang akan ibunya yang sakit. Hatinya semakin sayu. Sudah sehari suntuk dia meninggalkan ibunya di rumah.
Dia menarik nafas lega apabila sudah hampir sampai ke perhentian teksi itu. Tiada seorang pun yang kelihatan. Lagipun di dalam waktu-waktu rembang begini memang susah untuk mendapatkan teksi. Baru sahaja dia mahu duduk tiba-tiba beg tangannya direntap kuat. Dia terkujut.
“Tolonngggggggggggg!!!!!Toloonnngggg!!!Toloonngggg!!!” Nur Nilam Qaseh menjerit kuat apabila melihat beg tangannya yang sedang dipegangnya tadi  diragut oleh dua orang lelaki. Kejadian berlaku terlalu pantas. Dengan sedaya upaya dia cuba mengejar mereka berharap agar beg tangannya itu dapat di kembalikan semula.
 Namun kudratnya tidak sekuat peragut-peragut itu. Dia akhirnya terduduk lemah berhampiran sebuah kerata. Tercungap-cungap nafasnya. Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya yang semakin gelap itu. Tiada sesiapapun yang ada untuk menolongnya. Dia akhirnya menangis tersedu sedan di situ. Dia amat perlukan wang itu. Itu sajalah wang yang dia ada untuk membeli ubat bagi merawat penyakit buah pinggang ibunya. Hatinya makin sayu. Harapannya musnah berderai.
“Kenapa menangis sorang-sorang kat sini.?”
Nur Nilam Qaseh mendongak perlahan. Seorang pemuda sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam. Perlukah dia menceritakan semuanya kepada pemuda yang berdiri di hadapannya ini. Perlukah?Untuk apa?Kerana beg tangannya sudah dibawa lari jauh entah ke ke mana.  Lagipun siapa lelaki ini? Apa yang dibuat di sini?Apakah pemuda ini datang untuk membantunya ataupun pemuda ini juga sama seperti peragut-peragut tadi bahkan mungkin lebih teruk lagi dari peragut tadi. Fikirannya mula memikirkan sesuatu yang bukan-bukan. Dia mengesot sedikit merapatkan tubuhnya berhampiran kereta yang berwarna putih itu. Takut jika diapa-apakan oleh lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini.
“Awak ni kenapa?Boleh saya tolong?”soal lelaki itu lagi. Kali ini suaranya kedengaran semakin kuat.Dia mencangkung di hadapan Nur Nilam Qaseh.
“Saya diragut!”jawabnya spontan. Tangisannya kembali merembes dengan laju.
“Mari saya hantar awak ke balai. Lagipun sekarang dah masuk waktu maghrib. Kalau awak masih di sini pun tiada apa yang awak boleh buat,”tuturnya tenang. Nur Nilam Qaseh menarik nafas lega. Dia telah membuat andaian yang bukan-bukan tentang pemuda di hadapannya ini sebentar tadi.
Namun apabila dia teringat akan wangnya yang telah hilang itu, air matanya kembali merembes dengan laju. “Saya perlukan wang tu…itu sajalah wang yang saya ada untuk merawat penyakit mak saya..”Dia berbicara perlahan di dalam sedu sedannya. Dia bukannya orang senang. Dia bukannya orang yang kaya raya. Kenapa peragut-peragut itu tidak meragut sahaja orang yang kaya. Kenapa mesti dia yang menjadi mangsa. Sedangkan dia amat memerlukan wang itu. Dia bukannya berharta.
“Syuhh..awak jangan menangis. Wang awak tu pun dah hilang entah ke mana. Awak menangis macam ni pun belum tentu dapat kembalikan wang awak tu. Cepatlah, kalau awak masih duduk di situ lagi macam mana saya nak masuk ke dalam kereta,” lelaki itu berbicara lagi sambil menghadiahkannya senyuman. Serentak dengan itu Nur Nilam Qaseh bangun. Baru dia sedar yang lelaki di hadapannya ini sedang menanti dia ke tepi.
“Maafkan saya,”ucapnya sepatah.
“Tak mengapa,”balas lelaki itu pula.

SELESAI sahaja membuat laporan polis tentang kejadian ragut tadi dia keluar dari balai polis itu dengan langkah yang tergesa-gesa. Dia mahu segera pulang ke rumah. Dia amat risaukan keselamatan ibunya yang berada seorang diri di rumah. Semenjak kematian ayahnya, hanya dia sajalah tempat ibunya bergantung harap. Dia anak tunggal. Tiada abang, tiada kakak bahkan juga tiada adik untuk dia berkongsi segala-galanya.
Dahulu sewaktu arwah ayahnya ada tidaklah hidupnya melarat sebegini. Tatapi semenjak kematian ayahnya 5 bulan yang lalu dia terpaksa berkorban untuk menjaga ibunya. Mujur dia masih sempat menamatkan pengajiannya di peringakat Ijazah. Kini, dia mahu berbakti kepada ibunya. Ibulah segala-galanya bagi dia buat masa ini. Pernah dia mendapat tawaran pekerjaan yang agak lumayan sewaktu baru menghabiskan pengajian dulu tetapi ianya terpaksa ditolak kerana dia tidak sanggup berjauhan dengan ibu.
“Awak..mari saya hantarkan awak pulang..”Dia berpaling. Pemuda yang menolongnya tadi masih ada di situ. Sangkanya lelaki itu telah pulang tadi. Tidak sangka pula lelaki itu masih setia menunggunya.
“Terima kasih sebab awak tolong saya. Saya tak tahu bagaimana harus membalas jasa baik awak,”tutur Nur Nilam sebaik sahaja tubuhnya berada di dalam kenderaan mewah lelaki itu. Pasti lelaki disebelahnya ini bukan calang-calang orang. Lihat sahajalah kereta Honda Civic Mugen yang sedang dipandunya ini.
“Tak mengapa kerana saya juga  memerlukan bantuan awak,”
“Bantuan saya,?”Nur Nilam mengerutkan keningnya. Dia tidak mengerti bantuan apa yang lelaki ini mahukan darinya.
“Mak awak sakitkan,?”lelaki itu menyoal. Nur Nilam hanya mengangguk lemah.
“Awak perlukan duitkan?”Kali ini Nur Nilam tidak lagi mengangguk tetapi memandang lelaki itu dengan perasan kurang senang. Apa sebenarnya lelaki ini perlukan darinya. Jangan-jangan lelaki ini mahu menjualnya. Ya Allah..kenapa dia terlalu bodoh kerana mempercayai lelaki di sebelahnya ini. Kenapa dia menerima sahaja perlawaan lelaki ini untuk menghantarnya pulang tadi. Jika berlaku apa-apa pasti dia akan menyesal seumur hidup.!
“Kenapa awak pandang saya macam tu?Apa nama awak,?”lelaki itu sekali lagi menyoalnya. Mengejutkannya dari lamunan. Nur Nilam kembali ke alam nyata. Dia merasa tubuhnya bergetar saat ini. Bimbang jika diapa-apakan lelaki ini. Tetapi dari cara yang lelaki ini tunjukkan kepadanya tidak ada apa-apa yang mencurigakan.
“Nur Nilam Qaseh Binti Ahmad Kamil,”
“Sedap nama awak. Saya Mohd Iskandar Dzulkarnain Datuk Ismail. Panggil saja Is.”
Nur Nilam hanya mengangguk. Perasaan takutnya semakin berlalu. Anak Datuk rupanya. Patutlah dari gayanya sahaja boleh dilihat bahawa lelaki ini anak orang yang kaya raya.
            “Awak nak saya tolong apa?”kali ini giliran Nur Nilam pula menyoal.
            “Saya nak awak kahwin dengan saya!”
“Hah!kahwin?Apa yang awak merepek ni?”Nur Nilam benar-benar terkejut.
“Saya tak merepek!Lagipun bukankah awak perlukan duit untuk merawat penyakit ibu awak. Awak tolong saya dan saya tolong awak!Lagipun keadaan awak dan saya sekarang ni sama. Kita sama-sama terdesak!Saya perlukan calon isteri untuk mengelak dari berkahwin dengan calon menantu pilihan mama saya.!”ujar Iskandar bereterus terang.
Nur Nilam benar-benar tergaman. Memang dia perlukan duit untuk merawat penyakit ibunya. Tetapi haruskah dia berkorban masa depannya dengan hidup bersama lelaki yang langsung dia tidak kenal. Dia tidak cintakan lelaki ini. Begitu juga dengan lelaki ini. Kahwin bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main.
“Maaflah,saya tak boleh!Saya bukan perempuan murahan. Boleh dibeli dengan wang ringgit. Saya ada maruah. Saya juga ada hati dan perasaan. Saya bukannya patung ataupun barang maianan. Saya tak nak kerana duit segalanya tergadai.”
“Saya tak cakap pun awak perempuan murahan.Apatah lagi barang mainan. Cuma sekarang saya terdesak.Saya perlukan bantuan awak.Itu saja.!”Iskandar  sudah geram.
“Kenapa awak tak kahwin sahaja dengan calon menantu pilihan mama awak?Bukankah pilihan orang tua lebih baik. Mereka lebih tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk anak mereka,”Nur Nilam masih tidak berpuas hati. Dia hairan mengapa mesti lelaki di sebelahnya ini menolak pilihan orang tuanya sendiri. Dia juga pelik, di dalam zaman moden begini masih ada orang tua yang ingin menjodohkan anak-anak.
“Saya kenal perempuan yang ingin mama saya jodohkan itu macam mana. Saya lebih rela tak berkahwin dari  mendapat isteri yang macam tu!Tapi saya tak boleh!Saya tak ada kuasa untuk menghalang kehendak mama. Mama memang suka memaksa. Dia cuma bagi saya seminggu untuk buat pilihan. Bawa calon menantu atau saya akan tetap berkahwin dengan calon pilihannya. Tolonglah saya..saya merayu sangat pada awak..”
“Tapi kenapa saya,?”
“Sebab awak yang saya jumpa. Tolonglah saya.Please..”
“Saya simpati dengan awak. Tapi, permintaan awak terlalu berat untuk saya tunaikan!”balas Nur Nilam pula. Sudahlah masalahnya belum selesai kini ditambah pula dengan masalah yang langsung tidak di duga. Wajah ibunya terbayang di depan mata. Kesian ibu, sehingga ke tahap ini aku masih tidak mampu untuk meringankan beban yang di hadapinya.Bisik hatinya lagi.
“Saya merayu pada awak. Tolonglah saya. Saya benar-benar terdesak. Saya tak akan paksa awak lakukan apa-apa. Awak cuma perlu berlakon jadi isteri saya sahaja. Saya akan tanggung semua rawatan penyakit ibu awak. Awak tak sayangkan ibu awak?”pertanyaan terakhir itu membuatkan Nur Nilam semakin resah.
“Saya sangat sayangkan ibu dan sanggup buat apa sahaja untuk dia. Tapi..
“Saya juga sayangkan mama. Tapi saya tak boleh ikut kehendak mama di dalam soal jodoh. Awak tolonglah saya..saya akan tolong awak merawat penyakit ibu awak.”
“Boleh ke saya percaya yang awak tak akan buat apa-apa pada saya,?”
Pertanyaan dari Nur Nilam benar-benar membuatkan hati lelaki Iskandar tercuit. Dia mahu ketawa kuat. Tapi ditahan agar tidak berderai. Soalan dari Nur Nilam kedengaran sangat lucu. Jika tidak terdesak dia sendiri tidak akan buat kerja bodoh ini. Berkahwin dengan perempuan yang dia tidak cinta. Bahkan tidak kenal.
Tapi dia lebih rela berkahwin dengan gadis disebelahnya ini dari berkahwin dengan Jueliana. Perempuan pilihan hati ibunya. Dia langsung tidak berkenan pada Jueliana itu. Bukannya dia tidak tahu cara hidup Jueliana yang agak ke arah kebaratan itu. Entahlah, apa yang mamanya berkenan pun dia tidak tahu. Mamanya memang begitu. Suka sahaja memaksa anak-anaknya. Dia tidak mahu menderita seperti kakaknya Izreen. Berkahwin dengan lelaki pilihan mama. Dia tahu kakaknya terseksa.
“Kita buat perjanjian.”Iskandar bersuara perlahan. Kereta yang dipandunya sudah sampai di hadapan sebuah rumah yang sederhana besar. Di luar rumah terdapat satu cahaya lampu neon yang sedia terpasang.
“Awak bagi saya masa.”
“Okey!saya akan tunggu awak disini sampai pagi esok. Selepas subuh saya mahukan jawapan. Saya harap awak akan tolong saya. Jika awak setuju saya kita buat perjanjian.”
“Awak nak tunggu disini?”Nur Nilam menyoal kembali. Dia cuma hanya ada beberapa jam sahaja lagi untuk memberikan jawapan kepada lelaki yang berada di sebelahnya ini. Ya Allah,kau bantulah hambaMu ini. Lelaki ini tidak ada bezanya dengan sikap mamanya itu yang suka memaksa. Bisik hati Nur Nilam pula.
“Yup!Saya akan tunggu.!Seperti yang saya katakan tadi. Saya sangat terdesak. Saya tak boleh tunggu lebih lama.”
Nur Nilam menarik nafas sedalam dalamnya. Pintu kereta dibuka. Dia turun bersama hati yang sarat dengan persoalan. Apa yang harus dia lakukan.Dia sendiri tidak tahu. Dia sendiri memerlukan wang yang banyak untuk membuat rawatan dialisis ibunya. Untuk satu bulan rawatan dialisis dia memerlukan sekurang-kurangnya satu ribu ringgit. Duit simpanan pula sudah habis. Kerja pula masih belum dapat. Di tambah pula dengan kejadian ragut tadi dia seolah-olah tinggal sehelai sepinggang.
            “Okey!saya setuju!”jawabnya perlahan sebelum menutup pintu kereta.
            “Hah!!Terima kasih Nur Nilam Qaseh!”Jerit Iskandar dari dalam kereta. Di menjerit sambil menyebut penuh nama Nur Nilam. Di balik cermin kereta yang sedikit terbuka itu Nur Nilam jelas dapat melihat keseronokkan lelaki itu apabila dia bersetuju untuk berkahwin. Senyuman Iskandar meleret-leret.
“Tapi dengan beberapa syarat!”sambung Nur Nilam pula. Iskandar segera keluar dari kereta dan berdiri menghadap Nur Nilam.
“Cakaplah?”
“Awak tanggung perbelanjaan ibu saya sehingga saya dapat kerja. Bila saya dah dapat kerja awak tak perlu susah-susah lagi. Kedua, awak jangan nak sentuh-sentuh saya sesuka hati awak. Ketiga, saya nak kita tinggal di rumah sendiri dan saya akan bawa mak saya sekali.!Okey.”
“Okey!Saya setuju.”jawab Iskandar sambil tersenyum. Syarat-syarat yang Nur Nilam tetapkan tidaklah terlalu susah untuk di penuhi. Untuk membiayai rawatan ‘bakal’ ibu mertuanya itu tidaklah susah sangat. Sebagai pengarah urusan di syarikat Isz Jaya Sdn Bhd dia mampu untuk menanggung segala keperluan rawatan itu. Cuma yang kedua tu agak tak boleh nak di penuhi seratus peratus. Sebab di hadapan mama dan papanya dia perlu berlagak mesra dengan Nur Nilam. Lagipun ada apa dengan syarat?Dia tersenyum gembira.











bab 4


PUAN Kamariah berdiri di tepi tingkap yang sedikit terbuka itu. Pandangannya di halakan jauh ke halaman rumah yang terbentang. Suasana rumah hari ini sunyi dan sepi. Pemergian Khyrill ke Perancis benar-benar membuat hati tuanya luka. Nafasnya terasa sesak kerana cuba menahan tangis. Kepalanya benar-benar sakit.
Sama sekali dia tidak menyangka anak yang di kandungnya selama 9 bulan 10 hari sanggup pergi meninggalkannya tanpa restu darinya. Hatinya sakit dan terluka. Khyrill adalah anak sulung harapannya. Lama dia menanti kelahiran Khyrill di dunia. Ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi sayang anak lelakinya itulah yang sanggup membuat hati tuanya terluka.
Dia kemudian beralih pandangan ke arah barang-barang hantaran yang terletak kemas di atas meja itu. Semuanya kini menjadi sesuatu yang sia-sia. Puas dia bersusah payah menghasilkan hantaran itu dengan hasil tangan sendiri. Akhirnya semua yang dirancang itu tidak kunjung tiba. Khyrill membuat keputusan dengan tergesa-gesa tanpa langsung berbincang dengannya terlebih dahulu. Semuanya kerana bola. Kerana cita-citanya yang melangit itu langsung dia tidak memikirkan hati mereka sekeluarga.
Suaminya dan Khuzaime turut serta dalam misi menghantar Khyrill.Walau seribu kali dia di pujuk, namun seribu kali jualah hatinya makin keras. Apakah Khyrill mengikut jejak langkahnya yang keras hati ini.
Ya Allah, Kau bantulah aku menghadapi semua dugaan ini. Doanya lagi di dalam hati. Dia terasa kepalanya berdenyut kuat.  Dia memicit-micit kepalanya yang semakin berdenyut kuat itu. Pandangannya di rasakan berpinar-pinar. Dia cuba untuk berjalan ke sofa namun pandangannya semakin gelap gelita. Dia akhirnya rebah dan tidak sedarkan diri di situ seorang diri.
***
KOTAK indah untuk diberikan kepada Khyrill tersemat kukuh di tangannya lantas diletakkan di belakang tempat pemandu.  Emilia di sebelah hanya diam tidak seperti pagi tadi, mengalahkan murai tercabut ekor.  Mungkin sedang melayan perasaan agaknya, aii..ada juga engkau perasaan ya Emilia.  Arisya tersenyum sendiri mengenangkan temannya itu, sambil itu kereta yang di pandu terus bergerak menuju ke destinasi.
Hari ini, hari terakhir mereka akan berjumpa, meluah rindu, meluah kata. Khyrill akan pergi membawa cintanya bersama.  Mereka terpaksa berpisah untuk sementara demi cita-cita dan impian  Khyrill yang perlu ditunaikan.  Impian yang selama ini dinantikan akhirnya menjadi nyata apabila Khyrill menerima perkhabaran gembira yang dirinya ditawarkan untuk menjadi seorang  pemain bola bersama kelab impiannya R.C Strasbourg, di Perancis.  Perkhabaran itu amat sayu untuk Arisya menerimanya, namun  Arisya terpaksa merelakan demi impian dan cita-cita  Khyrill. 
Yang pasti hidup berjauhan amat menakutkan dan Arisya pasrah melepaskan lelaki itu pergi walaupun pada awalnya dia kesal dengan sikap Khyrill yang membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Hari yang sepatutnya menjadi hari paling indah dalam hidupnya rupanya menjadi hari yang paling menyedihkan bahkan amat menyayat hati.
Kau pergi jua....
Aku takut untuk berjauhan denganmu Rill.  Aku takut mimpi-mimpi itu benar-benar terjadi. Aku lemah Rill.  Hati ini terlalu berat untuk melepaskanmu pergi.  Berat rasanya, bagai ada sesuatu yang aku tak tahu bakal berlaku.  Namun aku tetap merelakan  demi impianmu, Rill.  Terbanglah sebebas yang kau mahu.  Kepermegianmu tidak akan sekali ku halang. Semoga jodoh itu akan tetap menjadi milik kita.
Arisya dan Emilia sampai di lapangan terbang KLIA tepat jam 10.00 pagi.  Sudah ramai orang yang memenuhi ruang legar KLIA.  Lapangan terbang ini tidak pernah sunyi bisik hati kecil Arisya.  Emilia sudah mula mencari tempat duduk untuknya membaca akhbar yang baru dibeli sebentar tadi.  Manakala Arisya pula leka memerhatikan kawasan sekitar ruang legar KLIA itu. Mencari wajah kekasih hati.
Kotak indah itu diletakkan didalam beg sandangnya.  Didalamnya mengandungi sehelai jerrsy yang tertera tulisan nama mereka berdua.  ‘RILL & RISYA’. Didalam kotak itu juga terselit beberapa keping gambar dan juga puisi ciptaannya untuk Rill. Betapa dalamnya cinta Risya untuk Rill sehingga setiap kali wajah Rill bermain difikirannya, pasti akan datang ilham untuk Arisya mencipta puisi-puisi dan madah-madah indah.  Sungguh mengasyikkan sesiapa saja yang membacanya.  Bagi Arisya, Khyrill bukan sahaja sumber ilham untuknya malah wajah itu umpama cahaya yang menyuluh dan menerangi dirinya setiap masa.
“Hai sayang! yang tercegat berdiri disitu kenapa? belum lagi runtuh banggunan ni.!” Arisya pantas menoleh, Khyrill sudah tercegat di belakangnya. Memandang Arisya tanpa berkelip walaupun sesaat.  Bab pandang memandang ni lah yang membuatkan Arisya lemah ni.  Alahaiiii...tak rock lah macam ni.
“Yang Rill pandang Risya macam tu kanapa?tak pernah tengok ke?”soal Arisya dengan wajah yang merah padam.  Malu apabila direnung begitu. Khyrill sudah tergelak kecil melihat gelagat Arisya. Nampak comel sangat.
“Nak  ushar muka buah hati sendiri pun tak boleh ke? yang Arisya cantik sangat hari ni kenapa?nak pikat Rill ya.? Tak payahlah..Rill dah terpikat pun. Tak pun nak ikut Rill pergi sana? Rill tak kisah...tersangat tak kisah.!”
“Jangan nak merepek Rill, bila masa pulak yang Risya nak ikut Rill?Jangan nak perasanlah ya.!”
“Hehe..Saja je, Rill tahu Risya mana boleh tinggal Malaysia ni kan?”sambil mengangkat keningnya beberapa kali.  Sepantas itu juga satu cubitan hinggap di tangan Khyrill. “Padan Muka.!!”
“Aduhh! Risya, sakit la.  Tak kesian kat Rill ke? bagi la kiss ke, pelukan rindu ke, ni tak bagi cop pulak.  Kalau ye pun nak bagi cop, bagi la kat tempat lain, kat sini ke, sambil menunjukkan pipinya.”  Arisya sudah geram melihat gelagat Rill yang tak habis-habis untuk menyakatnya. Siap ketawa pulak tu.  Gelak tawa itulah yang membuatkan aku semakin berat hati untuk melepaskanmu pergi, Rill. Arisya bermonolog sendiri didalam hati. Khyrill suka sangat berjenaka walaupun perasaannya gundah.
“Sayang...!Oo sayangku Nur Iris Arisya. Time-time macam ni pun nak jadi tugu jugak ke? berangan apa lah ya? Rill pun nak tahu jugak.?”
“Berat hati Risya untuk melepaskan Rill pergi.” Sayu kedengaran suara Arisya, tetapi itulah hakikat sebenar yang sedang dihadapinya.  Hatinya terlalu berat untuk melepaskan Rill pergi. Entah mengapa? Arisya semakin berperang dengan perasaannya. Tambahan pula bila dia teringat akan mimpinya tadi.
“Risya, Rill sayang Risya.  Sayang sangat-sangat.  Hati ini juga berat untuk meninggalkan Risya. Tapi Rill janji Risya, cinta Rill tidak akan berubah. Tidak akan sekali.!” Ucap Khyrill pula.
            Sepantas itu juga jari jemari Risya dicapai dan digenggam erat. Sungguh perpisahan ini terlalu berat.  Air mata sudah mula mengambil tempat di pipi Arisya. Kelopak mata Khyrill juga turut basah walaupun dia cuba untuk menyembunyikan kesedihannya dari pandangan mata Arisya. Namun dia gagal kerana kenyataannya dia juga tak mampu menahan gelodak rasa yang bermukim di hatinya.
Berpisah demi mengejar impian dan cita-cita yang belum terlaksana.  Arisya juga pasrah dalam resah gelisah. Suasana menjadi hening seketika. Khyrill melepaskan jari jemari Arisya dan segera menoleh ke arah lain. Dia tidak sanggup untuk melihat kesedihan Arisya. Sungguh! Kesedihan itu amat menyakitkan.
 Ya Allah, kau berikanlah kami kekuatan.
“Abg Rill, kak Risya,”  Khuzaimie  adik bongsu Khyrill memanggil.
Sorry ya, ganggu drama air mata. Adik cuma nak bagitahu abah  panggil.” Khyrill sudah terjegil biji mata melihat gelagat Khuzaimie sambil jari jemarinya diletup-letupkan.  Khuzaimie hanya tersengeh. Faham dengan isyarat dari abangnya itu. Khuzaimie, walaupun baru berumur 15 tahun tetapi fikiran mengalahkan mereka yang berumur 30 tahun.
“Bertuah punya adik.!” Bebel Khyrill pula.
“Gurau ajelah abang..!hehehe.” Tutur Khuzaimie lagi. Arisya hanya tersenyum memandang Khuzaimie.  Merah mukanya menahan malu.  Sambil mengesat air mata yang masih bersisa. Adik dengan abang sama je perangainya.  Tak boleh blah. Suka sangat menyakat orang.
“Abah. ” Sapa Khyrill sebaik sahaja menghampiri Encik Zahrul.
“Pakcik apa khabar?”
Tanya Arisya sambil menyalam tangan Encik Zahrul. Puan Kamariah tidak kelihatan. Hatinya masih dapat menerima kenyataan. Kesian Khyrill tentu dia lagi sedih dengan apa yang terjadi.
Dari jauh kelibat Emilia sedang menuju ke arah mereka. Arisya mengeluarkan kotak indah itu lalu diberikan kepada Khyrill.  Lagi 15 minit penerbangan ke Perancis akan berlepas. Khyrill sudah mula bersalam dengan semua yang menghantar pemrgiaannya. Satu persatu wajah direnung. Sayu,  teramat sayu suasana pagi itu.
“Jaga diri baik-baik Rill kat tempat orang.  Ingat pesan abah.” ucap Encik Zahrul penuh makna
“Insyaallah abah.  Rill akan sentiasa ingat pesan abah. Sampaikan salam maaf Rill pada Ibu. Rill berdosa pada ibu.”Tutur Khyrill sebak.
“Jangan cakap begitu,Rill. Lambat laun ibu pasti terima semuanya yang berlaku. Kamu jangan sia-siakan masa depan kamu. Ingat tu.”
“Baik abah..Ampunkan Rill.abah.” Khyrill memeluk erat Encik Zahrul. Suasana cukup hening. Pemergiaannya tanpa restu dari ibu.
“Arisya, walau kat mana pun Rill berada, sayangnya Rill pada Risya tak akan berubah. Rill janji akan jaga cinta yang telah Risya berikan ini dengan baik.  Rill janji Risya.” Kedengaran begitu tulus kata-kata yang keluar  dari mulut Khyrill. Separuh berbisik Khyrill melafazkannya. Air mata kembali menitis di pipi Arisya  mendengar pengakuan dari mulut Khyrill.  Sungguh berat perpisahan ini untuk di terima. 
“Rill, Risya juga sayang pada Rill.” Air mata yang sejak tadi membasahi pantas disekat.
“Sudah la tu menangis. Mata tu dah jadi macam bola pun. Hidung tu dah jadi macam hidung badut. Khyrill pergi bukannya lama Arisya. Bersabar ya sayang.”Tutur Khyrill lagi sambil ketawa. Khuzaimie yang sedari tadi menjadi pemerhati hanya menggelengkan kepala melihat telatah abangnya itu.
“Risya, simpan ini baik-baik ya. ”Ucap Khyrill sambil menghulurkan sebuah beg plastik kecil bewarna merah kepada Arisya. Arisya sekadar menangguk. Terasa sebahagian dari dirinya akan turut pergi bersama Khyrill.
“Sayang, nak cium pipi boleh ke.?”Khyrill berkata lagi separuh berbisik.  Sempat lagi dia nak menyakat Arisya yang dah mula menjegilkan biji matanya.  Bibirnya diketap kuat-kuat. Geram dengan usikan-usikan nakal dari Khyrill itu.
Akhirnya mereka sama-sama ketawa.  Gelak tawa yang menutup segala duka lara.  Khyrill terus berlalu masuk ke dalam balai berlepas.  Dia akan menempuh perjalanan yang agak panjang melalui penerbangan dari Kuala Lumpur ke Amsterdam, Belanda sebelum penerbangan yang seterusnya ke Paris. Selamat tinggal semua.  Hatinya sangat sayu melihat Arisya sebentar tadi.
 Ya,dia tahu betapa berat untuk Arisya melepaskan dirinya pergi. Begitu juga dengan dirinya, mereka tidak pernah berjauhan selama ini.  Dia sanggup memohon untuk bermain di kelab lain yang ada di Kuala Lumpur, asalkan dia akan selalu dekat dengan Arisya. Tapi hari ini, impian dan cita-citanya menuntut sebuah pengorbanan yang terlalu besar.  Semoga pengorbanan ini akan menghadiahkan sesuatu yang indah pada masa akan datang. 
Lambaian terakhir itu semakin hilang dari pandangan. Khyrill pergi tanpa restu dari isterinya. Dia merasa cukup serba salah. Namun sedaya upaya dia cuba untuk tidak menunjukkan resah hatinya. Dia tahu, dia kekuatan untuk Khyrill. Dia berbangga mendapat anak yang tidak pernah kenal erti putus asa seperti Khyrill. Cuma isterinya sahaja yang masih tidak boleh menerima kenyataan. Isterinya tetap tidak merestui pemergian Khyrill walau seribu kali dia cuba memujuk. Telefon bimbitnya berdering.
“Assalammualaikum”Ucap Encik Zahrul sebaik sahaja punat hijau itu ditekan. “Waalaikumussalam Zahrul, aku ni Ahmad.”
Kedengaran suara Encik Ahmad jiran sebelah rumahnya bersuara. Perasaan Encik Zahrul semakin tidak tenteram.
“Kenapa ni,Mad?Ada apa?”Soal Encik Zahrul bertalu-talu.
“Kamariah..”
“Kenapa dengan Kamariah?”
Semua mata kini tertumpu kepada Encik Zahrul. Khuzaimie berdebar. Kenapa pula dengan ibunya.
“Isteri aku jumpa dia tidak sedarkan diri tadi. Sekarang aku ada kat hospital. Dia masih ada di dalam bilik rawatan. Kau bersabar banyak-banyak, Rul..Aku tunggu kau di sini..”
“Baik-baik. Saya bergerak ke sana sekarang.!”
“Hati-hati.. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Talian diputuskan. Encik Zahrul menarik nafas panjang sebelum bersuara perlahan. “Ibu masuk hospital. Kita bergerak ke sana sekarang.”
“Saya beritahu pada abang Rill, abah..”
“Jangan!tolong jangan! Arisya, kamu juga tolong rahsiakan hal ini buat sementara waktu.”
“Tapi abah..Ibu..”
“Sudah!Jangan tapi-tapi lagi. Mari kita gerak sekarang.Arisya kamu hati-hati ya..”
Arisya mengangguk lemah. Badannya rasa bergetar. Cuba menahan tangis dari merembes keluar lagi. Pandangan matanya di sorot ke arah langkah Encik Zahrul dan Khuzaimie yang semakin hilang dari pandangan mata. Petanda apakah pula kali ini. Apakah pemergian Khyrill benar-benar membuat hati Puan Kamariah terluka. Ya Allah, Kau Ampunilah DosaNya.
***
            SUASANA sepi kembali mengambil tempat di antara mereka. Emilia mengambil tempat sebagai pemandu. Kesian Arisya, berturut-turut dugaan yang menimpanya. “Risya, hang nak balik kampung terus tau nak singgah rumah sewa kita dulu?”Arisya menoleh memandang Emilia. “Hmm..teruslah. Aku nak melawat mak cik..”
“Bersabarlah, Risya.Bakal mak mentua hang tu tak ada apa-apalah.”
“Aku boleh bersabar..tapi macam mana dengan Rill. Aku kesian kat dia.Aku nak bagitahu pada dia..tapi, kau pun tahu Encik Zahrul sudah pesan tadi.”
“Sebab kesian tu lah Encik Zahrul tak bagi kau orang semua beritahu pada Khyrill. Dia sorang-sorang kat sana, Arisya. Takut nanti apa pulak yang akan jadi pada dia.”
“Lagipun dia baru sahaja berlepas semasa kita semua dapat berita tu tadi.” Balas Arisya semula. Baginya Khyrill masih sempat untuk dihalang dari berlepas pergi.
Hang sendiri tau yang dia cukup tersiksa...”
“Kalau dia tersiksa kenapa dia mesti pergi jugak.!Bukankah kalau lebih baik dia tak pergi. Tak ada sesiapa yang akan susah.”Bentak Arisya kuat.
Hang cakap apa ni, Risya!Hang sedar tak apa yang hang cakap. Semua yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Hang seolah-olah tak ikhlas melepaskan Khyrill pergi. Hang sendiri yang izinkan dia pergi. Sekarang ni hang nak cakap macam tu pulak?apahal?kawallah sikit emosi tu. Aku tahu la hang tertekan.”Bidas Emilia kembali. Baginya Arisya seolah-olah tidak redha dengan apa yang berlaku. Dia tidak mahu Arisya terus mengalah dengan dugaan sekecil ini. Perjalanan masih jauh. Banyak lagi yang perlu di laluinya.
Memang dia tidak pernah bercinta, tetapi dia cukup paham dengan dugaan cinta jarak jauh. Arisya sepatutnya bersabar dan melalui hari-hari esok dengan tenang kerana dia sendiri yang ikhlas melepaskan lelaki itu pergi.
“Maafkan aku, Emi. Aku memang ikhlas melepaskan Khyrill pergi. Cuma rasa kecewa ini kadang-kadang membuatkan hati aku tak mampu nak kawal emosi aku.”
Emilia hanya berdehem perlahan. Dia pun bukan sengaja nak meninggikan suara sebegitu. Dia faham perasaan Arisya. Susah senang mereka bersama. Apa yang Arisya rasa dia turut merasainya. Dia tidak mahu Arisya ikhlas melepaskan Khyrill pergi hanya dibibir sahaja. Biarlah keikhlasan lahir dari hati yang tulus.




Tuesday, August 16, 2011

Bab 3


“SAYA tetap tak bersetuju dengan keputusan dia abang. Dari dulu lagi saya sudah beritahu pada abang, saya tak mahu seorang pun anak saya yang menjadi pemain bola. Saya takut kehilangan mereka abang.Saya takut.”Tutur Puan Kamariah pada petang itu kepada Encik Zahrul.
“Mahu atau tidak awak mesti terima Kamariah. Ini pilihan anak-anak kita. Jangan kita nak membebankan mereka pula. Kita sebagai orang tua perlu menyokong mereka. Kita kekuatan kepada anak-anak.”
“Saya tak boleh terima abang. Sampai hati dia buat begini pada saya. Saya cuma tak mahu dia jadi pemain bola. Itu sahaja.”Ucap Puan Kamariah lagi dalam suasana yang cukup emosi. Langkah kaki Khuzaimie yang baru hendak turun ke bawah terhenti. Dia terpaku di tangga. Perbualan itu melibatkan abangnya, Khyrill. Kesian abang Rill, Ibu masih tidak boleh menerima keputusannya.
“Awak sepatutnya berbangga dengan Khyrill. Dia menjadi kebanggaan semua orang, tapi kenapa awak sebagai ibunya tak boleh menerimanya? Tak mahu berbangga dengan kejayaannya. Apa yang terjadi adalah takdir dari Allah. Jangan pula kerana peristiwa dulu Khyrill yang menjadi mangsa. Itu tidak adil pada dia, Kamariah.”
“Saya takut pada sebuah kehilangan abang. Sakitnya sebuah kehilangan. Saya masih terbayangkan saat itu. Saat insan yang saya paling sayangi pergi mengadap ilahi.”Bicara Puan Kamariah lagi. Mana mungkin dengan mudahnya dia melupakan peristiwa dulu. Walaupun sudah 40 tahun berlalu.
“Kamariah, ajal maut itu di tangan Tuhan. Bukan kita yang menentukan. Kita tak berhak untuk menghukum Khyrill. Awak tak patut buang dia dari hidup awak.”
“Saya melihat betapa sakitnya arwah pada masa itu. Sakitnya terkena panah petir. Sekujur tubuhnya terbaring kaku di tengah padang. Saya hilang abang yang paling saya sayangi. Saya tak mahu kehilangan lagi. Saya tak rela abang. Saya tak rela...”
Esak tangis Puan Kamariah jelas kedengaran. Satu demi satu rahsia yang terungkai di pendengarannya. Khuzaimie kaget. Rintihan ibu begitu sayu. Ibu menangis teresak-esak. Rupa-rupanya arwah Pak longnya meninggal dunia kerana terkena panah petir ketika bermain bola. Ibu dan abah langsung tidak pernah bercerita padanya mahupun abangnya, Khyrill. Baru kini dia tahu kenapa ibu tidak mengizinkan abangnya menjadi seorang pemain bola. Simpatinya menebal.
“Sudahlah Kamariah. Semuanya sudah ketentuan dari Yang Maha Esa. Sudahlah..”Pujukan Encik Zahrul pula. Bahu isterinya itu diusap lembut. Dia tahu hati isterinya ini masih trauma dengan peristiwa lalu.
“Tak semudah itu abang, saya takut peristiwa yang sama berulang. Kenapa dia langsung tak mahu dengar cakap saya. Saya kecewa dengan sikap dia. Sangat kecewa. Saya tak ada anak yang degil seperti dia..”Rintih Puan Kamariah lagi dalam sendu yang masih bersisa.
“Doakan sahaja yang terbaik untuknya.”Ungkapan suaminya itu tidak mampu untuk  menenangkan hatinya di kala ini kerana hatinya tetap berkeras tidak mahu Khyrill menjadi pemain bola. Dia benci sukan itu. Dia trauma dengan apa yang berlaku.
Barulah Khuzaimie tahu mengapa ibunya begitu menghalang. Dia mengerti perasaan ibu, tapi perasaan abangnya juga harus di ambil kira. Ibu tidak boleh menerima hakikat kehilangan Pak long dengan cara sebegitu. Tetapi mengapa ibu dan abah tidak berterus terang sahaja kepada abangnya. Bukankah itu lebih baik. Apa yang berlaku seolah-olah menambahkan lagi penderitaan ibu yang telah di simpan sejak sekian lama.
***
BARANG-barang untuk dibawa sudah selesai di kemas. Segala dokumen penting telah disimpan rapi. Hanya tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi dia akan berangkat pergi jauh meninggalkan tanah air. Hanya Abah dan adiknya sahaja yang akan menghantarnya pergi. Begitu berat hati abah mahu meninggalkan ibu sendiri di kampung. Puas di pujuk, puas di rayu namun ibu tetap tidak mahu menghantarnya. Ibu masih berkeras dengan keputusannya.
 Khyrill kemudiannya menuju ke balkoni. Duduk di kerusi malas itu. Melihat cahaya bintang yang bersinar terang. Angin bertiup lembut dan bulan masih setia memancarkan cahayanya kepada sang pungguk idaman. Ingatannya melayang jauh kepada Arisya. Jika tidak kerana tawaran itu, sudah pasti saat ini ini dia sedang mengulit mimpi indah bersama Arisya.  Kenangan demi kenangan sering sahaja bermain di ingatannya kini dan mungkin juga untuk hari-harinya yang akan datang.
3 DISEMBER 2008
****
KHYRILL tersenyum penuh makna dari dalam kereta. Berakhirnya sebuah penantian yang agak panjang. Selepas sebulan terjalinnya perkenalan, Arisya akhirnya sudi menerima ajakkannya untuk keluar bersama.  Puas pertemuan diatur namun semunya menemui jalan-jalan hampa.  Memang jual mahal betul si Arisya ni.
 Dengan seluar jeans dan baju t’shirt berlengan pendek berwarna biru muda cukup membuatkan penampilan Arisya bersahaja namun menawan. Ya, dia menyukai kesederhanaan yang ada pada Arisya. Tidak perlu seksi untuk menawan hatinya. Tidak perlu bermekap seperti opera cina.  Cukup kesederhanaan dalam apa jua perkara. Itulah ciri-ciri gadis idamannya. Berlainan sungguh Arisya dengan bekas tunangnya dahulu.
“Hai Arisya.”Soal Khyrill dari dalam kereta.
“Hai..”Ringkas sekali jawapan yang diberikan oleh Arisya. Sepatah di tanya, sepatah yang dijawab.
“Jom!”
“Pergi mana?”
“Pergi makan la sayang oi, perut dah lapar ni.” Dengan muka bersahaja Khyrill menjawab. Tak habis-habis nak menyakat Arisya.  Suka benar dia melihat Arisya yang sedang menunjukkan muka tidak puas hati tu. Ini kali kedua pertemuan mereka. Arisya pasti merasa kekok.
“Arisya tunggu apa lagi naik la cepat. Tak kan nak kena dukung pulak. Tak pun takut nak naik kereta saya ni.? Awak tu bukannya berat pun. Badan dah la sekeping macam  asam keping, tak pecah punyalah tayar kereta saya ni.!Sudah-sudah la jadi tugu tu.”  Jerit Khyrill dari dalam kereta sambil tertawa kuat. Seronoklah dapat menyakat Arisya macam tu.
Arisya menjeling tajam ke arah Khyrill yang sedang tertawa. Memang mulut celupar gila mamat ni. Suka hati dia aje nak cakap aku sekeping macam asam keping. Habis yang dia tu besar sangatlah. Giliran Arisya pula membebel.
“Arisya...!!Cepatlah naik..lambat macam siput ba...”
“Oii…mulut awak ni memang celupar ya..!” Balas Arisya kembali sebelum sempat Khyrill menghabiskan kata-katanya. Khyrill hanya tersengeh.
“Awak ni kan bila marah makin comel. Awak ni kan memang penggoda yang terhebat di alaf  ini.!” Usik Khyrill lagi.
 Dia sendiri sebenarnya sedang berperang dengan perasaan. Entah mengapa hatinya bergetar hebat. Usikan-usikan nakal sekadar ingin menutup debaran yang bergelora di jiwa. Arisya masih membatu di luar kereta. Menjadi tugu walaupun setiap usikan-usikan yang di lakukan Khyrill ingin sekali di balasnya. Lidahnya kelu setiap kali berhadapan dengan lelaki ini. Kenapa.?
“Cepatlah Arisya masuk.! Kalau tak saya keluar dukung awak letak dalam ni. Nak ke?kalau awak sudi besar padang bola saya tadahkan! and awak janganlah jeling macam tu..saya tergoda la!tergoda.! ”Tutur Khyrill lagi.Senyum!
“Bila masa saya goda awak  hah..?!Eh!awak jangan nak perasanlah...!Awak ingat awak tu kacak sangat ke?Pak Cik yang kutip kotak tu lagi kacak lah pada awak.!Tutur Arisya pula sambil menjuihkan  bibirnya ke arah  lelaki tua itu. Khyrill menoleh seraya berkata Arisya..Arisya...apa  punya taste la awak ni. Pak Cik yang tua kerepot cucu 18 tu pun awak berkenan. !Cepatlah naikkkk.!!”
“Hish awak ni...!!!” Arisya meluahkan rasa geram  lantas segera masuk ke dalam kereta yang  pintunya sejak dari tadi lagi terbuka. “Saya takutlah.!!takut awak tahu tak..!” Arisya berkata lagi.
“Sayang, apa yang awak nak takutkan. Saya bukan nak culik awak.  Saya nak bawa awak pergi makan!sebab perut saya dah tersangat lapar sekarang.!Takut..takut...peliklah awak ni.!”
Khyrill tergelak.  Apalah yang si Arisya ni takutkan. Aneh.!
“Saya bukan takut awak culik, tapi saya takut nanti kena gosip dengan awak.!  Tak pun nanti girlfriend awak datang serang saya, tak ke teraniaya namanya.!” Serentak dengan itu jugalah Khyrill ketawa kuat. Arisya..Arisya...keanehanmu semakin menawan hatiku.!
“Saya baru dalam proses nak dapatkan seseorang.  Susah la gadis tu jual mahal sangat. Tapi dia ingat saya heran sangat ke dengan “jualan  mahal” dia tu.”  Tutur Khyrill apabila tawanya reda. Tangannya terus memasukkan gear kereta untuk menuju ke destinasi. Arisya di sebelah hanya diam. Pandangan matanya di buang jauh ke luar. Tidak tahu apa yang hendak di katakan. Mulut Khyrill ni kalau letak cabai satu kilo pun belum tentu lagi akan hilang keceluparan dia tu. Baik dia berdiam diri sahaja.
“Nak makan apa?order la. Abang belanja.” Soal Khyrill sebaik sahaja mereka sampai di medan  itu.  Siap dengan berabang-abang lagi. Dah tu tersengeh macam siput sedut.
Arisya memesan nasi goreng kampung dan milo ais.  Dah lama Arisya tidak merasai makanan kat tempat ni.  Dulu selalu jugak time zaman sekolah datang makan kat gerai ni.  Cuma bila dah masing-masing sambung belajar, dah jarang dapat datang ke sini.  Yang si Khyrill ni pulak macam tahu – tahu je. Mana dia tahu ni or ada ‘TV3’ yang bagi tahu kat dia. Bukan boleh percaya sangat ni.
“Arisya, awak cuti sampai bila ya.?”  Khyrill mula menyoal sementara menunggu makanan yang dipesan  siap. Matanya tidak lepas dari memerhatikan seraut wajah yang kini semakin dekat dihatinya.
“Lagi dua minggu. Kenapa.?”
“Awak tak ada planning nak pergi mana-mana ka.?” Khyrill menyoal dalam lorat utaranya yang tidak berapa ketara.  Tak macam Emilia.  Mungkin juga dia orang bandar.
“Kenapa kalau ada pun? Nak ikut jugak ke.? Jangan sibuklah..!”
“Apa salahnya.  Boleh la kita jalan sama-sama nanti kan. Seronoknya kalau dapat jalan-jalan dengan awak lagi. Saya harap ini bukan pertemuan yang terakhir.!” Kata  Khyrill lagi. Matanya galak menatap wajah Arisya. Cantik.!
“Tak malu ikut lah.!”Arisya bersuara dengan agak perlahan.  Dia hanya tersenyum memandang pelayan restoran itu yang telah siap menghidang makanan. Khyrill turut tersenyum melihat gelagat Arisya. 
Arisya, kau tahu tak yang kau sudah mencuri sekeping hati aku ni.  Bisik hati kecil Khyrill.  Caramu itu  benar-benar membuat hatiku ini penasaran. Entah kenapa sejak bersua denganmu aku dilanda resah gelisah. Sungguh! hatiku ini terlalu ikhlas untuk mengenali kau, Arisya.! Arisya berhenti dari menyuap makanan ke dalam  mulutnya apabila menyedari yang dirinya sejak tadi menjadi perhatian sepasang mata yang begitu tajam merenungnya. Arisya tidak selesa begitu.  Dia malu.  Ya, teramat malu bila direnung begitu.
“Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok orang makan ke?” soal Arisya.
“Comel sangat!!huhu.  Rugi kalau tak tengok anugerah ciptaan Tuhan yang indah ni.”  Sempat lagi dia menyakat.
“Mengada-ngada lah awak ni,Rill.!!”
“Ye ke? bagus la kalau macam tu...mengada-ngada dengan pujaan hati bukan dengan orang lain.!” Khyrill sudah ketawa melihat Arisya menjegilkan biji matanya.
Arisya, kau memang istimewa..! Bisik Khyrill perlahan namun masih mampu di dengari sepasang telinga milik Arisya. 
Selesai menikmati hidangan makanan di situ, Khyrill membawa Arisya berjalan-jalan disekitar kawasan Tasik Darulaman.  Sejak putus tunang dengan Putri dia banyak menyibukkan siri dengan aktiviti-aktiviti sukan yang lain.  Awek pun tak tahan dapat pakwe yang macam dia ni.  Sibuk sepanjang masa.  Siang malam asyik dengan latihan.  Manalah dia ada masa untuk datang ke sini.  Apatah lagi untuk berdating, untuk tengok wayang.  Jauh sekali.
Tetapi dengan Arisya ada masa pulak dia masa. Mungkin sebab hatinya sudah semakin menyukai Arisya. Mengenali Arisya bagaikan satu anugerah buatnya. Manakan tidak, selepas putusnya ikatan pertunangan yang di bina dia sudah takut untuk mengadakan sebarang komitmen dengan sesiapa. Bukan kerana kecewa, tetapi perasaan cinta yang lahir  dari  hati masih belum  tiba. Jujur hatinya berbicara bahawa dia tidak kecewa dengan  ikatan pertunangan yang putus itu,tapi dia tahu itu yang terbaik untuk masa depannya.
Kadang-kadang itu, mereka hanya menyukainya sebab populariti yang ada pada dia.  Mungkin juga kekacakkan yang menjadi asetnya. Ye ke kacak..? Walaupun baru mengenali Arisya, tetapi hatinya merasakan seperti sudah lama benar dia mengenali gadis ini.  Gadis comel ini.  Semoga Arisya juga akan berperasaan sepertinya.
“Cantikkan pemandangan  tempat ni. Awak selalu datang ke sini,Rill.?”Soal Arisya sebaik sahaja mereka duduk di bangku yang terdapat di Tasik itu. 
“Sangat cantik. Secantik orang yang berada di sebelah saya.  Alangkah bagusnya jika saya dapat memiliki kecantikkan itu untuk menjadi milik saya.”Arisya yang mendengar hanya tertawa kecil. Cuba mengawal rasa debar yang sedang bermukim dihatinya secara tiba-tiba.
“Apalah yang awak merepek ni, Rill.!”
“Merepek?mana ada..saya serius okey..!”
“Hish..mengada-ngada la.!”
“Betul..kalaulah saya dapat memiliki keindahan itu pasti setiap detik dalam hidup saya akan lebih bermakna. Semoga pertemuan akan datang akan memberikan saya satu jawapan yang saya tunggu selama ini.” Arisya ketawa kuat. Tidak dapat di tahan-tahan lagi. Khyrill..keculaparanmu tak mampu menutup kejiwanganmu. Jawapan apa yang sedang lelaki ini nantikan darinya.
Khyrill hanya diam. Matanya masih merenung jauh ke arah tasik itu. “Awak berangan apa tu Khyrill, diam dari tadi?” Soal Arisya ingin tahu.
“Saya pun  teringin juga nak jadi bisu macam yang selalu awak buat tu.!”
Selamba sahaja Khyrill menjawab. Arisya sudah mencebikkan bibirnya.  Meluat pulak dia.  Tak habis-habis nak kenakan Arisya. Menyesal  dia tanya soalan yang macam tu.
            “Buat la macam tu selalu, cium kang baru ceq tau.Hehehe!!” Khyrill ketawa. Bahagianya di rasa dapat kenakan si Arisya.
            “Tak takut ke ni? keluar dengan saya, tak takut peminat marah?” soal Arisya lagi.
            “Eh! tak adalah macam tu, siapalah saya ni kalau nak dilabelkan pemain popular. Saya anggap diri saya ni biasa aje dan banyak lagi kelemahan dan ilmu yang perlu saya pelajari.  Mana ada peminat sangat pun! Lain lah awak tuuuu.” Jawab Khyrill pula.
            “Apahal pulak saya?”
            “Awak kan gadis comel yang bisu, mesti ramai lagi peminat dari saya kan...!” Khyrill menjawab sambil mengangkat keningnya.
“Huh...”Arisya mengeluh perlahan.  Khyrill sudah tersenyum. Suka benar dia melihat gelagat Arisya.  Walau dalam apa cara sekalipun, mukanya tetap comel.  Hatinya benar-benar ikhlas untuk mendampingi Arisya. Ikhlas!
“Aaa..bagus la kalau awak tahu. So, macam mana awak tak takut ke keluar dengan saya ni.  Tak takut jumpa boy saya ke.?” Soal Arisya kembali.  Sengaja ingin menduga sekeping hati milik lelaki ini.  Suasana terdiam seketika, persoalan yang tiada jawapan.
 Ada betulnya apa yang Arisya kata, bagaimana jika terserempak dengan boy Arisya, dia tak mahu sebab dirinya Arisya bergaduh.  Dia sendiri tidak terfikir akan semua itu, dan langsung tak pernah bertanya tentang status Arisya, masih solo atau sudah berpunya.  Salahnya jika berlaku apa-apa di kemudian hari.  Hanya yang dia tahu hatinya meronta-ronta untuk bertemu dengan seraut wajah yang telah mencuri hatinya ini.  Benarkah Arisya sudah berpunya?  Wajah comel seperti ini mustahil pulak tak ada kekasih. Dia tidak sanggup untuk bertanya, takut jawapan yang di terima sangat mengecewakan hatinya.  Hati yang sudah berbunga rasa cinta terhadap gadis di sebelahnya ini.   Ah!....relaku pujuk.
“Siapa la lelaki malang tu ya..” Ucap Khyrill pula setelah lama dia terdiam. Cuba menyembunyikan resah gelisah dalam jiwa.
“Eh!awak ni suka hati aje nak cakap macam tu. Mulut awak ni memang celupar ya.” Khyrill yang mendengar hanya tersenyum kelat.
“Awak dah lama ke main bola ni.?”
“Hmm..lama la jugak. Start habis sekolah terus dapat wakil negeri.”
“Ye ke.? Boleh la saya pergi tengok awak main lepas ni ya.”
“Awak tak takut boy awak marah ka.?”
“Ehh..tak apa. Dia tak kisah.”
“Pergilah. Jangan nanti boy awak masuk padang belasah saya sudahlah.”
“Kenapa pulak dia nak belasah awak.?”
“Sebab awak asyik jerit nama saya..”
“Awak ni memang suka perasankan Rill!”tutur Arisya geram. Asyik-asyik dia yang terkena dan di kena. Khyrill..khyrill..
“Betul ke awak sudah berpunya.”Soal Khyrill benar-benar ingin tahu.
“Betullah..awak ingat saya tipu ya..?”
“Mungkin....tapi saya tak kisah pun. Kalau saya kata saya nak.!saya nak la !”
“Gila..!”
“Awak!”Balas Khyrill lagi.
Apa yang dikatakan hanya di bibir semata-mata. Tak mungkin dia akan menjadi lelaki perampas. Jika benar Arisya milik orang dia pasrah walaupun hatinya terluka. Terasa kebahagian yang dia dapat hari ini hanya sementara. Di penghujung pertemuan hatinya berakhir dengan kecewa. Kecewa kerana bunga idaman yang di puja milik orang. Mengapa wujudnya rasa ini hanya untuk kau Arisya..monolog Khyrill di dalam hati.
 Bukan ini jawapan yang aku mahukan.!
Khyrill segera menghidupkan enjin keretanya itu sebelum segera beredar pulang.  Dia dapat merasakan yang Arisya merasa gelisah dan tidak selesa. Tiada sepatah kata yang kedengaran. Hanya yang  kedengaran lagu yang berkumandang di corong radio.  Layu di hujung mekar.  Lagu nyanyian kumpulan Rio yang berkumandang menambahkan lagi  sepi yang sejak dari tadi menyelubungi. 
Bait-bait lirik lagu yang kedengaran di corong radio diikuti oleh Khyrill perlahan.“Hmm, sedap suara awak, Rill. Ada bakat yang terpendam tu. ” Arisya berkata memecah kesunyian yang sejak dari tadi menjadi penghuni di antara mereka. Khyrill hanya tersenyum kelat.
            “Bila dekat dengan awak  aje bakat terpendam ni keluar.”
Balas Khyrill bersahaja. Tawanya ditahan.  Suka benar dia untuk menyakat gadis di sebelahnya ini, tapi bila di kenangkan kembali kata-kata Arisya di Taman tadi hatinya sayu...Ah! biarkan..jangan memburu bunga di taman larangan Rill.!
“Rill, awak boleh turunkan saya dekat pondok tu ya.”
Arisya bersuara perlahan. 
            “Saya hantar di rumah  aje lah Arisya.”
 Balas Khyrill pula.
            “Eh..tak usah!”
            “Kenapa?”
            “Segan kat orang tua saya.”
Jawab Arisya perlahan.
“Betul ke ataupun awak takut kantoi dengan boyfreind awak..?”
“Hmm..lebih kuranglah.”
“Eleh..penakut ya.!”Balas Khyrill lagi. Masih ingin menyakat gadis di sebelahnya ini. Arisya hanya membisu seribu bahasa. Makin di layan makin menjadi-jadi. Jadi lebih baik dia berdiam diri. Dia lebih selesa begitu.
Khyrill akhirnya aku pada permintaan Arisya.  Mungkin benar apa yang Arisya cakap sewaktu di Taman Tasik tadi.  Dia sudah punya kekasih.  Mungkin sebab itulah Arisya enggan untuk dihantar pulang.  Bimbang apa pula anggapan orang tuanya dan jika terserempak dengan teman lelaki Arisya nanti tak pasal-pasal terjadi masalah lain pulak. Tak kan nak gaduh pasal perempuan pulak.
 “Relaku pujuk..!” Kata Khyrill sebaik sahaja Arisya menutup pintu keretanya. Di luar tingkap kereta Arisya masih sempat menghadiahkan senyuman untuk Khyrill. Senyuman yang membuatkan gelora jiwa Khyrill semakin sesak di dada.
 Khyrill terkesima.  Mana mungkin dengan mudahnya dia dapat menerima hakikat gadis itu bunga di taman larangan. Namun dia tak berdaya untuk memaksa cinta itu menjadi miliknya walaupun hatinya menjerit-jerit menginginkan cinta itu. Keharuman bunga kasihku semamangnya hanya untukmu Arisya.!
Pintu bilik di kuak perlahan, terjengul wajah adiknya di muka pintu. “Berangan sahaja kerja kamu dong?Apa mahu jadi sama kamu ini.!”Tutur Khuzaimie sambil mengambil tempat di sebelah Khyrill. Ingatan Khyrill kembali ke alam nyata.
“Abang tahu la kau tu dah jatuh cinta kat minah indon yang naik bas kilang tu kan?”
“Mana ada pak! Saya mau cari cewek malaysia saja dong.”
“Mengatal je kerja kau.!Apahal ni kacau orang tengah-tengah malam.?”
“Takut nanti abang Rill rindu pulak dekat Mie, duduk kat sana tu sorang-sorang pulak tu.”
“Ya lah. Kau tolong jaga abah dan ibu baik-baik. Ingat pesan abang ni.”
“Kesian ibu.”Tutur Khuzaime perlahan.
“Abang bukan sengaja nak sakitkan hati ibu. Kau pun tahu macam mana sayangnya abang Rill pada ibu. Tapi abang Rill jugak ada impian abang Rill sendiri. Kenapa ibu langsung tak boleh terima cita-cita abang? Hina sangatkan menjadi pemain bola pada pandangan ibu.”
“Ibu bukan hina abang Rill, tapi..?”
“Tapi kenapa?”
“Tak ada apalah. Dah siap kemas semuanya? Nak Mie tolongkan?” Khuzaimie cuba menukar topik. Sememangnya dia berasa serba salah. Dia sebolehnya tidak mahu abangnya itu merasa lebih berdosa bahkan terbeban dengan apa yang hendak di sampaikannya.
“Kau nak cakap apa? Cakap je lah.Jangan nak berahsia apa-apa dari abang. Abang tak suka okey.!”Khuzaimie terdiam. Dia tahu dia tidak boleh lari lagi dari menceritakan hal yang sebenar kepada abang. Cuma sekarang bukan masa yang sesuai untuknya bercerita dengan lebih lanjut. Biarlah ianya hanya menjadi rahsia  mereka bertiga sahaja. Walaupun abah dan ibu tidak tahu bahawa dia sudah mengetahui cerita yang sebenarnya.
“Betul abang Rill. Tak ada apa.”Selindung Khuzaimie lagi.
“Suka hati kau lah, Mie.!”
Kelegaan kembali bermukim di hatinya apabila abangnya kelihatan seolah-olah malas untuk berbicara lagi. Dia hanya tidak mahu membebankan abangnya itu. Dia tahu abangnya sudah cukup terluka dengan cara penerimaan ibu terhadap cita-cita dan impian abangnya. Biarlah abangnya meneruskan impian yang masih belum terlaksana. Suatu hari nanti ibu pasti akan berlembut hati juga. Itu harapannya. Dia terus akan menyimpan rahsia ini.














NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...