Thursday, March 15, 2012

* Istimewa untuk yg merindui Di sebalik Rahsia Cinta [bab 24]*




Cinta..
Kau Kini Di mana..
Ku Cari – Cari Kau Tiada.
Ku Nant-Nanti Kau Tak Datang Jua..
Angin..
Sampaikan Rindu Ini..
Yang Merana Kerana Cinta..
Jangan Kau Siksa Aku Seperti Ini..
Kau Robek–robek Hatiku..
Kau Sayat– sayat Batinku..
Hingga Aku Tak Berdaya..
Cinta..
Berikan Sinarmu Untukku..
Terangkan Jiwaku Yang Gelap Keranamu..
Bahagiakan Hatiku Yang Merana Olehmu..
Sembuhkan Lukaku Yang Telah Ternganga..
Agar Aku Dapat Menggapai Bahagia..
Yang Telah Lama Tiada......

SUDAH hampir empat bulan bulan cerita itu berlalu. Kakinya juga sudah semakin sembuh. Dia sudah boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat. Cuma ingatannya sahaja yang masih kukuh terhadap Khyrill. Sekukuh cinta yang sentiasa berlagu di hatinya. Bagaimana lagi caranya untuk dia melupakan Khyrill. Bagaimana untuknya menghapus rindu yang seringkali berlagu.  Sesungguhnya perpisahan itu membuatkan hari-harinya terasa sepi. Tidak mudah  merawat hati yang retak seribu setelah segunung kasih  dan selautan sayang sudah diberi. Tapi sampai bila dia akan terus begini?
 “Sampai bila hang akan begini Arisya.? Aku tak sanggup untuk melihat hang macam ni.! Hang harus kuatkan semangat, Arisya.! Biarkan masa yang menentukan segalanya. Aku percaya semua yang terjadi ada hikmahnya yang tersendiri.” Tutur Emilia panjang lebar. Arisya di sebelahnya hanya tersenyum kelat. Emilia, satu-satunya sahabat yang paling setia di sisi. Di saat-saatnya kebuntuan, kebingungan dan keseorangan. Emilia sentiasa menemani Arisya tanpa jemu.
“Entahlah..aku sendiri tak tahu sampai bila benda ini akan berakhir. Semangat aku hilang seiring kehilangan cinta yang aku bina bersama dia.”
“Cinta tak akan melemahkan hang, Arisya.! Hang kena belajar menerima kenyataan.! Jangan jadi bodoh kerana cinta, Arisya.!”
“Aku tahu semua tu, tapi aku tak kuat untuk menghadapinya. Perpisahan yang berlaku ini tanpa restu aku, Emi. ” Tutur Arisya lagi sambil menyapu perlahan daun-daun kering yang berguguran di sebalik meja yang terdapat di bawah pokok itu.
“Aku yakin semuanya akan pulih seperti sedia kala. Aku pasti dia ada sebab dan alasan yang tersendiri. Biarkan dia terus memburu impian dia itu. Hang jangan terus mengalah begini. Hang mesti kuat, Arisya.!”
“Dan kau mesti berusaha untuk menjadi seorang doktor jiwa yang hebat..”
Arisya berkata sambil tergelak kecil.
“Wah..hang ni.! Masih sempat lagi nak buat lawak  dalam  keadaan yang macam ni. Aku serius okey.! Aku boring tau dok sorang-sorang kat bandar tu.”
“Ya lah. Aku nak bergurau pun tak boleh. Weh! tadi kau juga yang suruh aku heppy la, gembira la. Ni bila aku dah heppy nak suruh aku sedih  balik ke.?”
“Hish..perasaan manusia ni kadang-kadang pelik kan. Sekejap okey, sekejap tidak. Memang sukar untuk di mengertikan. Lama-lama aku boleh sakit jiwa dengan hang ni.!”
“Okeylah tu.!Doktor jiwa yang sakit jiwa.!”Arisya tergelak kecil. Cuba menyembunyikan kedukaan jiwa.
Life must go on, Arisya! Aku tahu hang kuat untuk menghadapi  dugaan ini. Lagipun dalam dunia ni berlambak-lambak lelaki tak kanlah satu pun tak ada untuk hang kan.? ”
“Mungkin tak sama macam Khyrill.?” Arisya berkata lagi.
“Tak apa, mamat tiang tu kan ada...”
“Eh!engkau ni. Tak ingin aku dekat mamat tiang tu.! Dah la badan macam besi.!Gatal,gedik.!Menyampah aku.!” Emilia yang mendengar sudah ketawa terkekeh-kekeh.  Sekurang-kurangnya Arisya sudah boleh melupakan dunia derita yang sedang dia lalui. 
“Menyampah ya.!Dulu dengan Khyrill pun hang menyampah tahap maut. Tup..tup.. rasa tu bertukar jadi sayang. Hang tengok tu orang yang hang menyampah dah datang. Tuuu..” Emilia menjuihkan mulutnya menunjuk ke arah  kereta yang sedang membelok masuk ke halaman rumahnya. “Aku balik dulu lah. Tak nak kacau okey. Nanti aku datang lagi. Kirim salam pak cik dan mak cik.!”Pesannya lagi.
“Weh!Emi.!Emi.! Kurang asam punya minah.”Jerit Arisya perlahan. Emilia sudah berlalu menuju ke arah keretanya hanya tersengih.  Suka lah tu dapat kenakannya. Yang mamat tiang ni pun satu, sejak akhir-akhir ni makin kerap pula dia datang ke rumahnya ini kenapa. Hendak tak hendak terpaksalah Arisya melayan si Fauzie ni.
Ayah dan emaknya pun macam dah suka saja kat Tengku Fauzie. Huh!yang Nazirah pula hilang entah ke mana. Gagal di kesan. Itupun Fauzie yang beritahu padanya. Biarlah apa pun. Dia malas hendak ambil  tahu tentang perempuan yang cemburu membabi buta itu. Tak pasal-pasal dia kena pakai tongkat tiga bulan. Kan dah reject kaki. Ini kalau nak mintak jadi polis pun dah tak boleh ni.!Reject.!
“Assalammualaikum..jauhnya termenung?”
Sapa Tengku Fauzie.
“Waalaikummussalam..eh..er...tak lah. Dekat-dekat je...”sambung Arisya lagi. Tengku Fauzie tersenyum memandang Arisya. Sambil  berkata perlahan. “Awak ni makin kelakar ye. Boleh saya duduk?” sambungnya lagi. Arisya hanya mengangguk. Duduk lah Fauzie oi, banyak lagi kerusi kosong yang tak terduduk  tu. Hatinya pula berbisik
“Cuaca petang ni redup sekali erk, seredup mata awak..? Awak sihat ke tak.?” Soal Fauzie kembali.
“Hmm..sihat.”
“Pak  cik dan mak cik ada.?”
“Ada.Jemputlah masuk ke rumah boleh berbual dengan mereka kat dalam.” Jawab Arisya kembali dan serentak dengan itu juga dia bangun dari tempat duduknya. Dia sebenarnya segan hendak berbual dengan Fauzie. Tambahan pula semenjak akhir-akhir ini Fauzie selalu datang menjenguknya.
“Nantilah, saya nk berbual dengan awak kat sini.” Tengku Fauzie pula bersuara.
“Er..hmm..okey..” Arisya kembali duduk.
“Saya tengok awak dah semakin sembuh. Bila awak boleh start kerja. Semua orang rindu kat awak.”
“Mengarutlah..”
“Betul. Saya lagilah boring tak ada orang nak melawan cakap saya.” Ujar Tengku Fauzie sambil tersengeh. Handsome..!
“Hmm..”
“Saya tak paksa awak. Tapi saya memang berharap agar awak bekerja lagi di syarikat saya. Tentang Nazirah tu awak tak perlu risau. Saya dengan dia memang tak ada apa-apa. Saya akan jaga awak dengan sebaiknya. Lagipun semenjak hal yang berlaku Nazirah sudah hilang entah ke mana. Kalau saya jumpa dia tahulah saya nak ajar dia cukup-cukup.!”
“Tak ada apa-apa konon. Awak ni kan senang je cakap. Habis awak kerjakan dia awak tinggal dia macam tu je. Lepas tu cakap tak ada apa-apa. Macam lah saya tak tahu. Tak pasal-pasal saya dapat dosa malam tu. Teruk punya perangai.” Balas Arisya kembali sambil menggelengkan kepalanya. Tengku Fauzie sudah gelak kuat mendengar kata-kata Arisya. Memang itu yang sebenarnya jadi untuk apa lagi dia menafikan.
 “Salah awak jugak! yang awak pergi buka pintu tak bagi salam tu siapa suruh. Awak mengintai ya...”
“Hah.! Tak hingin saya nak mengintai awaklah. Awak tu sengaja kan nak menunjuk-nunjuk perangai tak senonoh awak tu. Biar semua orang tahu kan dosa yang yang buat.?”
“Itu dulu Arisya. Sekarang saya dah berubah tau. Saya berubah kerana awak.! Kerana saya cinta kan awak.!” Arisya mencebikkan mulutnya. Gurauan apa yang sedang engkau mainkan Fauzie. Tak semudah itu untuk aku percaya. Hati Arisya berkata-kata.
“Cinta tu tak semudah ungkapan.! Awak jangan pandai nak sebut je kalau tak tahu apa itu cinta.! Dan satu lagi jangan nak berubah sebab saya okey. Itu tak ikhlas namanya. Kalau betul-betul awak berubah biarlah kerana Allah.” Sambung Arisya lagi.
 Tengku Fauzie hanya terdiam. Mengakui kebenaran pada kata-kata Arisya. Betapa jahil dirinya. Penuh dengan kekhilafan. Dia berjaya di dunia tetapi di akhirat sana entah bagaimana. Apakah bekalannya.Tiada.!
Saya manusia yang tak sempurna Arisya. Saya sedar kekhilafan yang saya lakukan terlalu banyak. Saya hanya mahu jadi sebahagian dari diri awak. Hanya awak yang mampu takhlukkan hati saya. Hanya awak, Arisya.”Luahan hati Fauzie membuatkan dada Arisya berombak kencang. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi mendengar kata-kata cinta dari mulut seorang lelaki kerana hatinya telah di lukai.
Saya tak mahu lagi dengar awak berbicara tentang hati dan perasaan awak pada saya. Tolonglah!.Saya bentul-betul tak mahu mendengarnya. Setelah apa yang saya lalui, hati saya ini seolah-olah tak bernyawa lagi. Separuh jiwa saya pergi dengan perpisahan yang berlaku antara saya dengan Khyrill. Saya mintak tolong pada awak, jangan cakap soal ini lagi.”
“Tapi awak mesti terima lamaran ni. Awak tak boleh menolak lagi. Saya tak mahu mendengar sebarang alasan lagi.”
“Apa lagi awak ni.! Saya dah cakapkan tadi. Saya tak mahu dengar apa-apa lagi soal hati dan perasaan ni.” Keras Arisya bersuara.
 “Terpulanglah pada awak, Arisya. Apa yang saya nak minggu depan awak mesti hadirkan diri ke pejabat. Saya tak mahu awak menolak lagi lamaran saya ni.” Tutur Fauzie sambil tersenyum. Arisya malu sendiri. Mamat tiang ini ada-ada sahaja. Arisya kembali diam seribu bahasa.
Sememangnya tawaran itu sudah banyak kali diterimanya. Sudah banyak kali juga dia menolak. Sudah banyak kali juga dia cuba mengelak. Dia takut jika sejarah mungkin berulang.Takut.!


*mood* begitu rindu..:)Rindu pada siapa?Rindu untuk menatapnya..heheh..mengarut di petang hari..lamakan nk tunggu cerita ni keluar..entahkan betul entahkan tidak..ekeke..InsyaAllah, kalau di izinkan bulan August akan dtg..penantian mmg satu penyiksaan. Kadang kala ada waktu2nya rasa seperti ini tidak adil..tidak adil..bagiku..hehe:) sabo je la kan..kitakan SB3 (saya bdk bru belajar)hehe:)senyum tu penting..saya ambil semangat dari hero cerita ni..Senyum..apapun terjadi senyum..Betul, ubat yg paling mujarab adalah senyum:)











No comments:

Post a Comment

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...