Assalamualaikum dan selamat berpuasa ya..
Hari ni entah kenapa tetiba saja teringat kepada story Bila Cinta Hadir Tu..Ingat lagi x Syameen Fiqran dan Lia Juwita.Dah lamakan story tu...Saya ingat nak simpan je tapi ada mintak saya edit balik. Aisey...sebab sekarang saya tengah fokus buat cerita Akulah Mentarimu. Jadi setelah di tolak tambah darab dan bahagi.(merepek bulan2 posa ni ) saya akan edit balik cerita tu...Edit balik!Hehehe...
Sekian, Terima Kasih.
Friday, July 26, 2013
Thursday, July 25, 2013
Elusan Kasih - Bab 13
ANNIS sampai di Kelab Rekreasi dan Berkuda Denai
Alam tepat jam 5.00 petang. Semalam dia
dah janji dengan Remy nak datang awal ke sini. Malas mahu memikirkan soal
perkahwinan yang semakin dekat. Lagipun hari ini dia tak sibuk. Riyadh?
Ermm...bakal suami yang tak ada banyak masa untuk dia. Kalau tak kena paksa
memang jangan harap.Sekarang pun mereka dah jarang jumpa. Satu lagi yang
menyebabkan dia boleh datang ke sini pasal Riyadh sendiri pergi Perak tanpa beritahu
apa-apa kepada dia. Urgent? Apa
masalah Riyadh sebenarnya?
“Hye Miss Annis? How are you?
Dah sedia nak menunggang kuda ke ni?” Remy yang baru sampai menegur Annis yang
sedang duduk di atas kerusi kayu itu.
Annis tersenyum.
Melihat gerak langkah lelaki itu mendekatinya. “Of couse I ready to riding. Dari tadi lagi I tunggu you tau.” Sudah
lama dia tak menunggang kuda. Seingatnya enam bulan yang lalu dia ada datang
sini.
Remy pandang Annis yang
sudah bersedia dengan kasut but setinggi paras lutut dan mengenakan sarung
tangan bewarna warni. Cuma topi sahaja yang belum tersarung di kepala gadis
berkenaan.Wajah Annis yang ala-ala Fauziah Gous nampak ceria. Apatah lagi bila
rambut ikal mayangnya diikat ke belakang. Kemas dan benar-benar menarik pesona
sesiapa sahaja yang melihat. Jadi, tak hairanlah kenapa Riyadh memilih wanita
ini. Dia sendiri pun suka si Annis ni. Pendek kata dari atas sampai bawah perfect. Memang lelaki suka.
“Ingat lagi tak asas-asas nak menunggang kuda
ni Cik Annis. Maklumlah, dah lama sangat awak tak datang menunggang.” soal Remy
lagi sambil menyarung kasut butnya. Annis angguk.
“Jangan nak ber cik-cik
pulak. Benda yang I minat tak kan pulak I nak lupa.”
Remy sengeh. Kemudian
bangun dan mengambil helmet menunggang
dari jenama Corich lalu dihulurkan kepadanya. “Untuk awak.” ujarnya perlahan.
“Thanks”.
Balas
Annis. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah stable yang menempatkan kuda bernama Zidane. Sekali sekala bahu
mereka bersentuh di antara satu sama lain. Kedua-duanya berlagak seperti biasa.
“See ?who’s coming.” tutur Remy sambil mengurut lembut badan Zidane
yang bewarna coklat itu. Kuda kesukaan Annis. Annis memang ada soul dengan Zidane. Annis boleh melantun dan ikut rentak
Zidane. Sebab itu dia selesa bila ajar Annis.
“You pasangkan dulu
Zidane.” Remy memberi arahan.
“Hai Zidane,” tutur Annis pula sambil mengusap-usap badan
dan kepala Zidane dengan tangannya. Annis juga mengambil pendekatan yang sama.
Seperti mana yang pernah di ajar oleh Remy dahulu sebelum menunggang kita kena
berbicara seminit dua dengan kuda tu. Barulah kuda tersebut akan memberi tindak
balas untuk ditunggangi.
Kuda ni juga
seolah-olah boleh membaca isi hati penunggang lantas bertindak selaras
dengannya. Andai kata penunggang sedang bersedih, kuda akan bergerak longlai.
Kiranya penunggang berfikiran agresif, kuda akan bergerak aktif. Seumpama ada
hubungan antara dua hati. Sebab itulah dia suka. Yang paling penting dapat bina
bentuk tubuh yang lebih menarik. Sebagai model dia harus jaga bentuk tubuhnya agar
kelihatan menarik.
Dia mengambil pelana
dan tali kekang yang dihulurkan Remy. Kemudian dia terus memasang Zidane dengan
diperhatikan oleh Remy. Tali kekang diperiksa sekali lagi. Selesai sahaja, kuda
yang diberikan nama Zidane itu dikeluarkan dari stable.
Remy pula mengeluarkan
kuda kegemarannya yang diberi nama Gray.
“You tak ajak Riyadh
sekali?” soalnya sewaktu mereka sama-sama menuju ke Paddock.
“You tahulah Riyadh tu.
Busy memanjang. Kalau I busy dia nampak sangat. Sekarang pun,
persiapan kahwin I yang banyak uruskan. Dulu beria-ia sangat ajak I kahwin.
Seminggu dua ni, ke hulu ke hilir I sorang-sorang.” Annis meluahkan rasa
hatinya. Bila dia bersetuju nak kahwin Riyadh pula sibuk. Dulu waktu dia tak
setuju bukan main terhegeh-hegeh Riyadh.
“Really? You dah nak kahwin dengan Riyadh? Bila korang nak kahwin?”
soal Remy sedikit terkejut. Dia baru berangan nak try tackle si Annis ni.
Annis ketawa halus. “Memang
tak ramai yang tahu I dah nak berkahwin dengan Riyadh. Kami buat majlis akad
nikah kecil dan tertutup. Lagipun I tak nak kecoh-kecoh. Takut tak jadi. Kalau
diikutkan perancangan lagi dua bulan dari sekarang. Tapi tak mengapalah, sebab
I faham dia sibuk nak uruskan perniagaan dia lagi.You maklum sajalah, bukan bidang I nak buat semua tu. I setakat nak
design baju pengantin tu bolehlah.
Jadi, soal nak buka butik tu I mintak tolong dia uruskan. Dia lebih
berpengalaman dari I.” Cerita Annis lagi bersungguh-sungguh.
“I terlambatlah ni. I baru ingat nak tackle you.” balas Remy sambil buat muka
hampa. Berterus terang dia menyatakan keinginan hatinya terhadap Annis.
Annis ketawa.
“You nak isteri you
lempang I?”
“Itu sama sekali tak
akan berlaku.” Balas Remy yakin. Perwatakan Annis yang manja membuatkan Remy
tidak melepaskan matanya walau seminitpun dari memandang Annis. Alahai Annis,
kalau isteri orang pun boleh jatuh cinta dengan aku inikan pula engkau. Bisik
hatinya lagi nakal. Padahal isteri sendiri terabai.
Sampai sahaja di Paddock, Riyadh membantu Annis untuk
naik ke atas Zidane. Waktu itu jugalah
Remy tersentuh paha Annis. Kononnya untuk perbetulkan kedudukan kaki Annis.
Annis perhatikan Remy
yang tersenyum. Sentuhan Remy bagaikan aura. Dia resah dan debar bila Remy
pandangnya tajam. Mungkin sebab anak mata Remy tu yang dalam. Dengan Riyadh pun
dia tak resah bagai. Biasalah bila dah lama-lama ni mesti kadang-kadang tu rasa
bosan. Tapi Riyadh pandang dia macam kayu tak ada perasaan pun. Dia cuba juga
goda-goda Riyadh tapi iman lelaki tu boleh tahan kuat. Hmm!
“Take care ya cik Annis…”ujar Remy lagi. Semakin ditatap wajah Annis
semakin bersemangat pula hatinya untuk menggoda wanita itu. Selagi ada
kesempatan apa salahnya dia cuba. Annis pun macam beri respond yang positif saja pada dia.
Hampir tiga puluh minit
mereka menunggang di dalam Paddock.
Selepas selesai kuda-kuda itu harus dibersihkan dan dimandikan sendiri.
Semuanya memang dia kena buat sendiri. Dalam bab-bab ini Remy memang tegas.
Tapi dengan dia Remy boleh tawarkan diri nak tolong buat. Dia tak perlu nak
buat apa-apa. Beruntungnya dia.
“Kesian you Annis. You
nampak letih je. Ambil ni,” Remy menyuakan botol air mineral kepadanya. Annis sambut. Sekali lagi jari jemari mereka
bersentuhan. Tapi kedua-duanya hanya tersenyum sahaja.
“Meh! I tolong bukakan untuk you.” suara Remy benar-benar kedengaran
sangat romantis. Cara Remy berbeza dengan Riyadh. Remy romantis. Riyadh tak
pandai sangat nak tunjukkan sifat romantis dia. Kenapa ia rasa berdebar sangat
bila dengan Remy.
“You nak ke mana lepas
ni?” soal Remy lagi lalu kembali menghulurkan mineral water kepada Annis.
“Thanks.I pun tak tahu nak buat apa. Ingatkan bila hari cuti begini
boleh prepare apa yang patut pasal
perkahwinan tu. Tapi, you faham sendirilah Riyadh tu. Jadual kerja kami tak
sama. Bila I free dia pula busy. Sekarang makin dekat nak kahwin
makin busy dia.” Annis mengeluh lagi.
Kenapa dia tidak rasa teruja dengan perkahwinan ini.
“Kalau macam tu you
mintak lah dia tangguh dulu. Kalau I pun tak nak buat majlis kalut-kalut
begitu. Nanti tak memuaskan hati pula. Kenapa tak bertunang dulu?” Remy cuba cucuk jarum.
“Dah banyak kali I
tolak Remy. Sampai dah tak ada alasan untuk I lagi. Kadang-kadang tu I bosan
dengan hubungan kami ni. Hambar. Apa yang I minat dia tak minat. Tapi, dia tak
ada pula nak halang apa yang I minat. I pun risau bila dah kahwin dia
sibuk-sibuk nak I mengandung cepat-cepat. Padahal I tak bersedia langsung nak
ada anak. Kalau ikutkan memang nak bertunang, tapi sebab Riyadh dah tak sabar.
Nak cepat-cepat kahwin.”
“Patutlah you sayangkan
dia. You jangan fikirkan sangat pasal hal tu. Nanti you yang pening kepala. Tak
cantik nanti cepat tua nanti.” Anak rambut Annis yang terjuntai di hadapan
ditarik perlahan ke belakang. Annis tak mampu nak kata-kata kerana terlalu
terkejut dengan perbuatan Remy yang spontan itu. Caring!
“Malam ni you free? Kita ke Club.” Remy separuh berbisik ke telinganya
Annis tersenyum sambil mengerling sekilas ke
wajah lelaki itu. Tidak lagi berfikir panjang dia menggangguk setuju. Itulah
kesukaannya. Berpeleseran di kelab-kelab. Riyadh tegur tapi tak pernah paksa
untuk dia berhenti dari mengunjungi tempat-tempat berkenaan.
Kali ini senyuman lebar
pula yang terukir di bibir Remy. Permulaan yang sangat positif. Riyadh? Apa
kata kita main game. Jerit hatinya
girang.
RIYADH sampai di rumah
sewaktu jam sudah menunjukkan ke angka 12 malam. Dia benar-benar keletihan.
Tadi dia pergi begitu sahaja tinggalkan Fazzura dalam keadaan marah. Geram
dengan Fazzura yang tiba-tiba sahaja naik angin dengannya. Sudahnya dia pun
naik angin sama. Kalau betul pun dia silap cakap susah sangat ke Fazzura nak
maafkan dia.
Annis?
You di mana? Temankan I kejap!
SMS dihantar. Menanti
dengan penuh sabar. Rasanya memang dia tak boleh nak lelapkan mata. Hampir lima
minit berlalu tiada balasan yang diterima. Dia mencapai Samsung S3 miliknya.
Mendail nombor telefon Annis.Telefon bersambut. Bunyi bising mengiringi
permulaan bicara. Tak perlu ditanya dia sudah dapat mengagak Annis di mana.
Terus dia letak telefon! Geram. Yang sorang ni pantang kena tinggal kejap asyik
nak ke clubbing kerjanya. Apa tak
sakit kepala ke si Annis ni dengan bunyi muzik yang kuat-kuat begitu.
Annis!
Keluar dari situ dan tunggu I di tempat
biasa.Jangan lewat!
Send!
Dia terus capai kunci
kereta yang diletakkan di hujung katil.
Nafasnya rasa tak teratur. Laju langkahnya menapak keluar dari biliknya
yang berada di tingkat atas rumah banglo dua tingkat itu.
Sewaktu kaki mengorak
langkah di tangga dia bertembung dengan ummi yang sedang memegang segelas air. Ummi
urut dada terkejut dengannya kehadirannya. Sewaktu dia masuk ke bilik tadi anak
tunggal lelakinya ini belum lagi pulang ke rumah.
“Keluar kejap ummi.”
jelasnya sambil teruskan langkah.
“Anak bertuah…bila yang
kau balik ni Yadh? Nak ke mana pulak waktu-waktu begini.” Puan Noriah menyoal
sambil geleng kepala memerhatikan anak bujangnya itu.
“Keluar kejap ummi…ambil
angin luar kejap.” balasnya pula memberi jawapan selamat. Persoalan ummi dibiarkan
tidak berjawab. Dia terus hilang di balik pintu. Laju menuju ke kereta Alfa
Romea Giulietta miliknya. Pintu dibuka sebelum dia masuk ke dalam kereta
bewarna putih itu. Enjin dihidupkan lalu pedal minyak ditekan keluar dari rumah
banglo dua tingkat itu.
Tiga puluh minit
perjalanan dia sampai di HR Steak House Kampung Baru. Masih ramai pengunjung
yang berada di Restoran itu. Jadi dia memilih untuk menunggu Annis dari dalam
kereta sahaja. Muzik di buka. Lagu Akulah Mentarimu nyanyian Laksamana
berkumandang. Lagu kena kat batang hidung dia. Hmm!
Redup
matamu bagai petanda lepas gerimis…
Yang
tersimpul bagai terkunci mengikat diri..
Kalaulah
aku mempunyai kuasa sakti..
Akan
ku ubah duka hidupmu jadi bahagia..
Ya! Kalaulah dia ada
kuasa sakti tentu dia sendiri akan tolong ubahkan nasib Fazzura. Dia tahu
Fazzura makan hati dengan kata-katanya. Dia tak sengaja. Dia sendiri tidak
ingin menambahkan beban untuk wanita itu. Untuk ibu muda yang bergelar ibu tunggal itu. Apatah lagi
melihat mata itu bertukar jadi bola golf sebab banyak sangat mengalirkan air
mata. Pelik!tak ada kaitan apa pun dengan dia. Tapi kenapa dia resah? Kenapa
dia risau setiap kali memikirkan soal Fazzura anak beranak. Jangan cakap dia
memang dah suka wanita tu. Dia tak sampai hati nak curang dengan Annis pun.
Tapi kenapa dia resah. Kenapa dia rasa sesuatu yang hilang bila Fazzura dan
anak-anaknya tidak kelihatan. Telefon bimbitnya yang diletakkan di box segera
diambil. Jari jemarinya ligat menaip sesuatu.
Zurra,
maafkan saya pasal hal ptg tadi. Saya tak berniat nak patahkan semangat awak.
Saya cuma nak Zurra kuat. Abaikan yg negatif ambil yg positif. Sampaikan
ciuman syg saya utk anak-anak awak yg
comel tu.
Pesanan dihantar. Hatinya
rasa sedikit lapang. Seboleh-bolehnya dia tak mahu semua itu berlaku. Dia yang
bersalah. Terlanjur cakap mana nak boleh u-turn
dah. Tapi Fazzura pun tak boleh nak lepaskan amarah dia pada anak-anak. Itu
yang dia pun naik angin tadi. Itu pantang. Matanya kembali merenung skrin
telefon bimbitnya itu sebaik sahaja bunyi pesanan ringkas yang masuk.
Riyadh,
saya pun nak mintak maaf. Sebab emosi sangat.Terima kasih atas jasa baik awak
selama ni.
.
Tak habis-habis nak
berterima kasih kepadanya. Apalah sangat jasa dia. Dia hanya tolong setakat
yang termampu sahaja.
Kalau
banyak sangat jasa saya ni, kalungkanlah pingat!
Di sengeh panjang.
Konon-konon banyak sangat jasa dia. Dia sandarkan kepalanya di kusyen kereta
itu. Jari jemarinya mengetuk perlahan stereng kereta itu. Matanya dipejamkan.
Buat seketika dadanya rasa lapang. Aduhai lega. Mengingati wajah si comel
Aqilah dan Fazmizie jiwanya rasa tenang. Bagai ada kuasa yang mengalir dalam
diri. Dia pejam mata sambil bibir mengukir senyuman manis.
Bunyi hon yang di
belakang keretanya kembali mengejutkan dia yang baru sahaja ingin melelapkan
mata. Dari cermin sisi dia memandang Annis yang melambaikan tangan kepada
seseorang. Dia tidak pasti siapa pemilik kereta Rexton bewarna hitam itu kerana
cerminnya yang agak gelap. Rexton hitam itu terus berlalu dari situ. Dia
mengeluh perlahan sebelum membuka pintu keretanya dan keluar. Tangan kanannya
diletakkan di atas bumbung Alfa Romeo Giulietta manakala tangan kiri diletakkan
di atas pintu kereta itu. Wajah wanita yang berdiri di belakang kereta itu
direnung tajam. Wajah itu bukan hadir dengan senyuman tapi masam kelat!
“Masuk!” Riyadh
memberikan arahan. Dengan pakaian Annis yang menjolok biji mata itu tak kuasa
dia nak pergi makan. Seleranya terus hilang.
Annis menurut. Dia masuk ke dalam sebelum pintu kereta itu
dihempaskan kuat-kuat. Marah kerana aktivitinya diganggu.
“Siapa yang hantar you
tadi?”
“Kawan I!” jawab Annis
acuh tak acuh.
“Lelaki?”dia soal lagi
sambil pusingkan badan mengadap Annis. Seksi sangat dengan baju gaun pendek
sendat bewarna hitam itu. Rambutnya yang berelung di biarkan mengurai. Bibirnya
yang munggil itu dioles lipstick warna terang. Nasib dia ingat nak buat isteri.
Kalau tidak sudah lama dia ngap!
Tapi, sabar…imannya masih kuat.
“I tanya you ni,
sayang? Lelaki ke?”
Annis angguk
lambat-lambat.
Riyadh mengeluh kasar.
“I tak pernah tahu pula you ada kawan lelaki pakai Rexton?”
“Kawan I…kebetulan I
pergi dengan Sarah tadi. Baru je I masuk club you dah call. I tumpanglah dia.”
“Siapa dia?”Annis
mengeluh. Riyadh dah macam pegawai penyiasat pula. Semua dia nak ambil tahu
sekarang. Naik rimas dibuatnya.
“Daim…budak model yang
sama agensi dengan I” jawab Annis. Terpaksa menipu. Kalau cakap Remy? Panjang
pula bebelan Riyadh nanti. Awal-awal lagi Riyadh dah warning tak mahu dia rapat dengan Remy.
“Apa nak jadi dengan you ni. Dah berbuih tau
mulut I pesan. Pakai sopan-sopan sikit tak boleh ke? You tengok pakaian you tu. I sendiri rasa malu. Sudah-sudahlah
nak pakai seksi segala bagai.” bebelnya kembali. Dari pemilik Rexton beralih
bebelannya kepada pakaian pula. Penghawa dingin diperlahankan. Nanti tak
pasal-pasal pula Annis jadi tugu. Maklumlah terlampau sejuk.
“You ingat I pergi masjid
ke yang nak berbungkus segala bagai?” soal Annis semula. Tubuh dipeluk. Bukan
sejuk sangat pun.
“Oh! I lupa you pergi clubbing kan? Habis tu kalau pergi kelab
tu mesti pakai seksi-seksi begini. I ni kira bagus tau. I cuma tegur you. I tak
pernah nak larang. Tapi, you janganlah nak over
sangat. You tu dah cantik. I ni dah tertarik. Cukup!” bidas Riyadh pula.
Tertarik dengan tergoda dua perkara yang berbeza. Kalau tergoda?
Jahanam!sekali-kali dengan dia.
Muncung Annis dah
sedepa mendengar kata-katanya itu. “Hah!elok sangatlah tu. Tegur sikit tarik
muka.” Pedal minyak terus ditekan keluar dari parking.
“You nak ke mana pula
ni?” soal Annis apabila Riyadh mula bergerak dari situ.
“Balik! I dah kenyang
tengok you pakai macam ni!” Sebaris kata itu membuatkan mulut Annis terkunci.
Kerana sebaris kata itu muncungnya kian sedepa. Riyadh! Semakin lama asyik nak
sakitkan hati dia. Cara Riyadh layan dia sekarang jauh beza dengan cara layanan
Remy terhadapnya tadi.
Entah kenapa wajah Remy
asyik terbayang di depan matanya sahaja.
Sunday, July 21, 2013
Elusan Kasih - Bab 12
RIYADH berjalan menuju
ke arah wad kanak-kanak itu sambil memegang tangan Aqilah. Tadi, pagi-pagi lagi
dia sudah kejutkan Aqilah. Niatnya cuma satu nak cepat-cepat sampai ke
Hospital. Walaupun waktu melawat belum dibuka kepada orang ramai dia tetap nak
datang awal. Di tangan kirinya memegang sebungkus plastik. Ada nasik lemak tiga
bungkus, air mineral, dan kuih-muih. Dia senyum sendiri. Sempat lagi dia
singgah beli di gerai tepi jalan tadi. Beraneka kuih muih. Kalau di fikir-fikir
macam ramai sangat yang nak makan.
“Zurra, saya ada di luar wad ni. Awak keluar
kejap.” pintanya sebaik panggilannya di sambut. Telefon kembali diletakkan di
dalam poket seluar jeansnya itu.
Sementara menanti Fazzura keluar dia meninjau kawasan sekitar. Matanya
terpandang pondok yang bersebelahan wad itu. Dia senyum menampakkan sebaris
giginya yang tersusun cantik.
“Okey, sayang, uncle dah jumpa port cantik untuk kita sarapan.” ujarnya selamba kepada Aqilah.
Aqilah yang sedang memegang susu botol itu hanya angguk.
“Awalnya awak datang Riyadh?”
tegur Fazzura dari belakang. Riyadh menoleh laju. Satu senyuman dilemparkan
kepada wanita itu. Fazzura masih dengan pakaian yang dipakainya semalam. Rambutnya
yang sedikit kusut disanggul. Matanya sebam sebab semalaman tak dapat lelapkan
mata-mata.
Dia memandang Riyadh
yang nampak segak dengan baju t’hirt dari jenama polo bewarna biru gelap dengan
jeans biru dari warna yang agak lusuh.
“Anak ibu nakal tak
duduk dengan uncle?” soalnya
kemudian.
“Mestilah tak kan
Aqilah..” Riyadh pula yang tolong menjawab bagi pihak Aqilah.
“Iye ke tak ni?Kalau
duduk dengan ibu bukan main nakal lagi kan?” Dia usap pipi anaknya lembut.
“Ye ke, ciannya ibu…”
celah Riyadh lagi sambil tersenyum.
“Ermm…” Dia tak faham
apa maksud senyuman Riyadh tu. Sedangkan tak ada apa yang lucu dan
menggeletekkan hatinya langsung di kala ini.
“Ibu, adik mana ibu?”
soal Aqilah sambil menarik-tarik tangannya. Sebelah tangan lagi masih memegang
susu botol itu. Pandai Riyadh bancuhkan dan buat semua ini. Ringan tulangnya
dia.
“Adik tak bangun tidur
lagi Aqilah. Adik tidur lagi. Nanti kita pergi tengok adik ya sayang.”
“Kalau macam tu kita
sarapan dulu. Kita duduk dekat situ.” Riyadh
angkat plastik makanan yang berada di tangan kirinya. Mulutnya dijuihkan
ke arah pondok itu.
“Awak ni tak habis-habis nak menyusahkan diri.
Bukannya selesa sangat duduk kat situ. Kenapa awak tak makan di kedai tu siap-siap.”
“Selesa tu kan dari
hati bukan dari tempat. Awak ingat saya ni belagak sangat ke? Saya bukan macam
tu okey. Tak selesa tak semestinya tak bersihkan. Lagi selesa duduk kat tempat macam ni. Orang tak ramai macam
kat restoran tu. Lagi selesa kalau dapat makan dengan awak anak beranak.”
Selamba dia menuturkan kata-kata. Fazzura angkat bahu.
“Terpulanglah, saya
takut awak tak selesa.” Fazzura naik rimas dengan layanan baik dari pemuda ini.
Apa yang istimewanya anak-anak dia. Macam budak-budak lain jugak. Kasih sayang Riyadh
untuk anak-anaknya terlalu mendalam. Sampaikan sanggup datang dari jauh untuk
tengok semua ini. Riyadh, tak ada kepentingan pun kau nak buat semua ini.
“Duduklah atas surat
khabar tu. Selesa sikitkan.” ujarnya sambil memperlawa Fazzura duduk.
“Aqilah, mari duduk dekat uncle...” Riyadh tarik Aqilah agar duduk bersebelahan dengannya.
“Dah tak nak duduk
dekat ibu ye dia.” Fazzura jeling.
“Alah… dengan ibu
hari-hari dah duduk kan sayang. Duduk dekat
uncle ni jarang-jarang sangat. Entah bila la pulak lepas ni nak jumpa...”
“Aqilah duduk sebelah uncle. Nanti adik duduk sebelah ibu.”
tutur Aqilah petah.
“Ermm…pandai pun sayang
uncle ni.” Riyadh usap perlahan pipi
Aqilah yang comel itu. Geram sebab comel sangat. Kulit putih mesti ikut Zurra.
“Owh!Aqilah dah tak nak kawan dengan ibu ya. Tak
pe ibu kawan dengan adik je lah..."
Riyadh ketawa. “Ibu
marajuk sayang. Cakap kat ibu…jangan merajuk, nanti cepat tua. Muka ibu tak
cantik kalau merajuk.” ajarnya pula.
“Ibu jangan
merajuk…nanti cepat tua. Ibu tak cantik
uncle kata kalau merajuk.” ikut Aqilah dengan lancar sekali.
“Eh!pandai pula anak
awak ni tambah apa yang saya cakap. Hahaha...” Fazzura geleng kepala. Anaknya
macam tu lah.
“Awak dah baca ke belum surat khabar ni, Riyadh?”
soal Fazzura pula apabila terpandangkan tarikh pada surat khabar yang
dihamparkan oleh Riyadh tadi.
“Belum baca lagi. Tak penting. Kalau saya nak baca saya beli yang lain.”
Fazzura mengeluh.“Lagi
sekali awak buat saya rasa serba salah. Awak tak perlulah nak buat semua ni…”
“Zurra, tak payahlah
cakap macam tu. Awak ni…dah la tu. Makan dulu nanti adik jaga cari ibu tak de pulak!”
Dia tak nak Fazzura
terlalu fikir macam tu. Apalah sangat surat khabar 1.50 sen ni. Dia boleh beli
lainlah. Muka Fazzura berkerut memandangnya. Dia suka tengok wajah Fazzzura.
Tanpa make up. Asli semulajadi. Macam ni pun bekas suami dia boleh cari
perempuan lain lagi. Kalau dialah tak adanya dia nak sia-sia macam ni. Macam
teringin pula nak test market. Dah
tujuh tahun jadi manusia yang setia pada cinta. Boleh ke?Huh!jangan buat pasal Riyadh!
Kau kan dah nak kahwin! Tak sedar diri betul.
“Banyaknya awak beli?
Macam nak makan satu kampung ni?”
“A’ah…satu hospital ni
pun boleh.” jawab Riyadh cuba bergurau.
“Aqilah, nak makan apa?
Kuih? Nasi lemak?Nak yang mana satu uncle
suapkan.”
“Tak nak nasi pedas.
Aqilah nak yang tu…”Aqilah tunjuk kuih yang di inginkannya.
“Kuih lapis sayang.” Riyadh
ambil dan berikan kepada Aqilah apabila si comel itu mahu menyuapnya sendiri ke
dalam mulut. “Jangan comot-comot.”
Di awal pertemuan dulu,
Fazzura beranggapan Riyadh adalah seorang lelaki yang serius. Sekarang dia
tengok dah semakin kelakar pulak. Memang betullah pepatah mengatakan.Tak kenal
maka tak cinta. Tapi dalam kesnya tak boleh guna istilah cinta-cinta tu. Tak
boleh…tak boleh… Tidak aka nada sebarang harapan lagi untuk mana-mana lelaki
kerana hatinya masih lagi belum terbuka. Kenangan silam mestipun mampu untuk
dia padamkan tapi belum cukup untuk menghapus trauma yang yang masih ada.
Apatah lagi lelaki seperti Riyadh bukanlah calon yang layak untuknya. Riyadh
sempurna jadi memang tak layak untuk dia. Lagipun Riyadh bakal berkahwin jadi
tak wajar dia berbicara mengenai lelaki yang baik hati ini.
“Awak makan Zurra. Jangan
tak makan. Semalam awak beli nasik kat saya tu awak dah makan ke
belum?Jangan-jangan Zurra belikan untuk saya tapi Zurra tak makan?”
“Saya kenyang. Tak ada
selera nak makan.”
“Itulah awak, patutlah
saya tengok makin kurus. Sekarang Zurra makan. Makan bagi gemuk balik macam
mula-mula saya kenal dulu!” keras suaranya. Bungkusan nasik lemak itu dibuka
lalu diletakkan di hadapan Fazzura.
“Saya boleh buat
sendiri.” Fazzura rasa malu. Riyadh ni layan dia lebih sangat. Cukup anak-anak
dia sudahlah. Perlu ke nak take care
segala bagai? Tak perlu kan.
“Berapa hari awak kat sini?” soal Fazzura. Bau
nasik lemak memang benar-benar membuka seleranya.
“Berapa hari yang awak
nak?”Riyadh soal balik.
Fazzura geleng. Orang
tengah serius dia nak buat lawak pulak. Kalau aku tahu buat apa aku nak
tanya!Sengallah!
“Sorry…” ujar Riyadh perlahan. Wajah itu kelihatan kelat dengan
usikannya.
“Saya ingat nak stay dua tiga hari lagi kut. Ingat kalau
Fazmizie keluar wad nak bawa dia orang pergi jalan-jalan dulu.”
“Jalan-jalan?”
Riyadh angguk.
“Kenapa?Zurra tak izinkan?”
“Tak lah bukan macam
tu…”
“Kalau Zurra tak izin,
saya culik anak-anak Zurra dengan Zurra sekali nanti. Buatlah tengok.” jawabnya
selamba sungguh. Berani nak culik dia. Langkahlah mayat abah dulu.
“Awak ni
agak-agaklah…”dia balas perlahan. Tak lagi menghiraukan senyuman dari Riyadh.
Malaslah nak layan. Tak ada kepentingan pun.
Mereka terus makan di
atas pondok itu di iringi dengan suasana yang tenang dan nyaman. Riyadh lega
kerana semuanya selamat. Lega kerana dapat melepaskan rindu yang sarat kepada
Aqilah dan Fazmizie. Tapi, keadaan akan jadi sebaliknya bila dia pulang ke
Kuala Lumpur nanti.
Bagi Fazzura pula dia
kusut. Kusut bila mana Riyadh ingin membawa Aqilah dan Fazmizie jalan-jalan. Di
sini langkah kakinya terbatas. Hidup di kampung tidak seperti di kota
metropolitan. Apa alasan jika abah bertanya? Apa alasan jika emak menyoal
perkara yang sama. Apa pula tanggapan Kak Shahira bila dapat tahu dia sedang
duduk bersama seorang lelaki padahal dia baru sahaja bercerai. Apa pula
tanggapan Maria nanti. Itu belum lagi dikira soal bakal isteri Riyadh. Riyadh
tak seharusnya makin dekat. Riyadh seharusnya makin jauh. Agar nanti
anak-anaknya tidak ulang bertanya ke mana ‘uncle’ pergi. Dia sendiri tidak mahu
ada fitnah yang timbul di kemudian hari.
FAZZURA meletakkan
barang-barang Fazmizie di dalam kereta Proton Saga bewarna biru itu. Sudah dua
hari abah membenarkan dia menggunakan keretanya. Dia lega kerana abah semakin
lembut hatinya. Fazmizie pula sudah dibenarkan keluar pada hari ini. Jadi, dia
tidak perlu berlama-lama di sini lagi. Riyadh yang sedang mendukung Fazmizie dikerling
sekilas. Pagi tadi wajah pemuda itu riang sekarang dah bertukar masam. Semuanya
gara-gara dia tak benarkan pemuda itu ikut dia pulang ke rumah. Mana boleh!
“Zurra, family awak tu makan orang ke?” soal Riyadh
sekali lagi. Tak puas hati betul dia. Tapi
apa nak buat dia bukan siapa-siapa. Lagipun dia kasihankan Fazzura dan
tak nak membebankan wanita itu. Cuma dia
frust sebab tak puas lagi duduk dengan Aqilah dan Fazmizie.
“Saya bukan apa Riyadh.
Saya nak awak faham. Saya tak nak orang salah tafsir. Nanti apa pulak emak akan
anggap dekat saya kalau awak ikut saya pulang ke rumah. Siapa awak? Orang pasti
akan bercakap.” terang Fazzura lagi.
“Tapi…saya dah janji
dengan Aqilah nak bawa dia jalan-jalan.”
Fazzura senyum. “Nanti
ada masa kita jumpa lagi.”
“Bila?” soalnya kuat.
Fazzura geleng kepala. Tidak mahu berjanji. Biarkan keadaan yang menentukan
bila.
“Saya mintak maaf Riyadh.
Saya perlu jaga tingkah saya. Saya janda. Awak pun tahu. Saya tak nak emak dan
abah rasa malu bila orang kampung mula mengata nanti. Kampung saya tu bukan
macam di Kuala Lumpur.”
“Apa masalah dengan
janda. Bukannya saya nak buat apa-apa pun. Tak logiklah alasan awak tu.”
“Habis tu awak nak saya
bagi alasan apa Encik Riyadh?” Dia ulang menyoal. Nadanya sedikit tegas. Tak
faham kenapa Riyadh terlalu kasihkan anak-anaknya sampai sanggup datang ke
sini. Sanggup redah perjalanan panjang dari Kuala Lumpur. Yang paling
mengharukan sanggup tolong jagakan Aqilah semalam. Riyadh, aku tak nak terlalu
makan budi! Kau tak faham ke!
Riyadh tarik nafas.
“Saya tak boleh nak paksa.” jawabnya lemah. Satu ciuman hinggap di pipi
Fazmizie sebelum dia menyerahkan anak kecil itu kepada Fazzura.
“Sepatutnya dalam
keadaan adik begini awak perlu ribakan dia. Kesian dia...”
Fazzura menyambut
Famizie. “Dah nasib saya macam ni Riyadh.”
“Kita boleh ubah nasib
kita Zurra. Nak dengan tak nak je?”
“Habis tu awak ingat
saya tak nak ubah. Saya nak macam ni jer!”
Riyadh terus diam bila
nada suara Fazzura dah mula meninggi. Tak mahu Aqilah dan Fazmizie melihat
mereka bertikam lidah. “Saya minta maaf…” ucapnya perlahan.
“Aqilah salam dengan uncle cepat!” pinta Fazzura pula tanpa
menghiraukan maaf dari Riyadh. Aqilah yang duduk di hadapan kereta segera mendapatkan
Riyadh.
“Uncle…kenapa tak ikut Aqilah?”soal anak kecil itu pula. Riyadh
duduk mencangkung sambil memegang bahu anak kecil itu. Beratnya hati untuk
berpisah dengan mereka. Semalam dia menidurkan Aqilah. Membancuhkan susu untuk
anak comel itu. Telatah Aqilah menghiburkan dia sehingga penat seharian bekerja
dan memandu datang ke sini tidak terasa.
“Uncle bukan tak nak ikut...tapi…”
“Aqilah uncle sibuk. Nanti ada masa lapang uncle bawa Aqilah jalan-jalan.” potong
Fazzura laju. Riyadh mengeluh perlahan. Kenapa Fazzura tak cakap je yang
Fazzura tak suka dia rapat dengan anak-anaknya. Takut menyusahkan dia. Ermm…
“Cepat salam Aqilah, nanti
lambat pula kita sampai rumah!” paksa Fazzura lagi. Benar, dia mahu cepat-cepat
tinggalkan kawasan Hospital ini. Bukan niat ingin melarikan diri daripada Riyadh
tapi dia tidak mahu pemuda itu selalu menolongnya. Cukuplah, dia menginzinkan Aqilah tidur dalam
jagaan lelaki ini semalam. Lagipun hatinya begitu terasa dengan kata-kata dari Riyadh
tadi. Riyadh tak tahu betapa siksanya dia. Siapa cakap dia tak nak ubah takdir
hidup dia. Orang luar hanya tahu membuat penilaian tentang hatinya.
“Uncle ikut Aqilah kan…” Anaknya itu masih tidak putus menyoal.
“Sudahlah tu…jangan tanya banyak sangat
Aqilah. Salam dengan uncle cepat!
”keras nada Fazzura berbicara. Riyadh geleng kepala. Dia tak suka cara Fazzura
cakap dengan anak-anak macam tu.
“Salam Aqilah ibu dah
marah tu. Jangan nakal-nakal sayang. Jangan susahkan ibu ya.” pinta Riyadh
tenang. Aqilah menurut. Riyadh cium pipi
comel itu. Berat dan berat!Argh! Hatinya menjerit tidak keruan. Menyakitkan
bila kita menyayangi seseorang melebihi diri kita sendiri. Aqilah di bawa masuk
ke dalam kereta. Fazmizie pula dibaringkan di tempat duduk belakang.Kemudiaan
Fazzura kembali semula kepadanya sambil
menghulurkan duit kertas lima puluh ringgit tiga keping kepadanya.“Bil hospital
yang awak bayar tadi.”
Riyadh geleng. Matanya
tajam memandang Fazzura. “Kenapa dengan awak ni? Makan harimau ke apa yang nak
angin-angin macam ni. Kalau sebab saya cakap macam tu awak nak marah macam ni
saya mintak maaf. Senyumlah…awak lebih cantik kalau senyum bukan bila buat
muncung itik macam ni.”
Fazzura tetap buat muka serius. Rasanya di
dalam hidupnya cukuplah dengan Aqil sahaja dia berlembut. Cukuplah Aqil sahaja
yang mampu membuat dia mendengar kata. Kesudahannya dia sendiri yang kecewa
dengan Aqil. Dia sangup korbankan apa sahaja demi Aqil dan yang nyata
kesudahannya hanya sia-sia. Namun, ini bukanlah kudis untuk dibiarkan merebak
begitu sahaja.
Bukannya dia tak percaya Riyadh. Tapi dengan
apa yang berlaku dalam hidupnya, kepercayaan terhadap lelaki itu semakin
kurang. Kalau dia tidak percaya langsung sudah tentu dia tak benarkan Aqilah
bersama dengan Riyadh. Dia masih kenang jasa-jasa Riyadh. Dan kini, dia ingat
apa yang Riyadh katakan padanya sebentar tadi. Hatinya rasa kecewa dengan
sebaris kata yang keluar dari mulut lelaki itu.
“Ambillah…saya tak nak
terlalu makan budi.”
“Awak simpanlah buat
belanja dia orang.Lagi satu kalau nak marah apa-apa, marah terus pada saya. Tak
perlu nak lepaskan angin kus-kus awak kat anak-anak. Assalammualaikum.” ujarnya
terus berlalu dari situ. Fazzura tercengang. Tidak berkelip matanya
memerhatikan langkah lelaki yang berbaju warna biru gelap itu berlalu menuju ke
kereta. Marah mungkin!Ah…suka hatilah!Grr…
Wednesday, July 17, 2013
Elusan Kasih - Bab 11
RIYADH sampai di
perkarangan Hospital Parit Buntar tepat jam Sembilan empat puluh lima minit malam.
Nombor telefon Fazzura didail berulang kali namun hampa tidak berjawab. Dia
keluar dari kereta Alfa Romeo Giulietta miliknya itu. Keaadan di sekeliling
hanya di terangi oleh lampu-lampu tiang. Kawasan hospital ini semakin sunyi
menjelang malam. Maklum sahajalah waktu melawat hanya dibenarkan sampai pukul
tujuh malam sahaja. Dia bersandar di sisi pintu kereta itu. Sebuah keluhan kecil dilepaskan. Kenapa
dengan dia ni? Risau semacam!
Dia pandang tubuhnya
yang masih tersarung baju kemeja bewarna hitam dan seluar bewarna kelabu itu.
Dari pejabat tadi dia terus bergerak menuju ke sini. Dia hanya berhenti
menunaikan solat Maghrib di Perhentian Tapah. Siaplah dia duit untuk bayar
saman AES selepas ini. Bayar ajelah. Itulah yang tak seronoknya Malaysia ni
sikit-sikit nak saman. Tak tahu kita ni urgent
macam mana.
“Riyadh?” Namanya dipanggil.
Dia menoleh laju. Jantung seakan berdenyut kencang sebaik sahaja melihat wajah
itu. Wajah wanita di hadapannya ditatap kemas. Dengan baju t’shirt putih dan jeans
biru gelap. Simple. Rambutnya yang
panjang sehingga melepasi paras bahu dibiarkan lepas bebas. Buat seketika
matanya tidak berkerdip memandang seraut wajah itu. Ayu, tenang dan mendamaikan
walaupun mata wanita itu kelihatan sangat sebam. Ternyata pertemuan ini tidak
seperti pertemuan-pertemuan yang lalu. Dia rasa kekok setelah dua bulan tidak
bertemu. Di mana yang tidak menariknya wanita ini kerana apa yang matanya
pandang sekarang sudah cukup buat dia tertarik.
Fazzura berdehem perlahan. Tidak selesa dengan
cara pemuda itu memandangnya.
“Eh! Zurra...” Riyadh
gelabah sendiri.
“Awak dah lama sampai?”
Riyadh angguk.“Macam
mana keadaan Fazmizie?”
Anehnya kenapa dia jadi
macam ni. Seolah-olah dia tidak pernah bertemu dengan Fazzura. Jelas perbezaan
yang amat ketara pada pertemuan kali ini. Dengan Annis tak ada pula nak rasa
begini. Tapi dia cuba mengawal. Lelaki beb! Jangan tunjuk sangat kegusaran tu.
Alahai! Lupa nak
beritahu Annis yang dia berada di sini. Lupa lagi!
Persoalan dari Riyadh
di biarkan tidak berjawab. Tidak mahu pemuda itu terlalu memikirkan anaknya. “Kesian
awak datang jauh-jauh semata-mata nak tengok Fazmizie. Dia okey. Keadaan dia
okey je. Sorry, tadi saya solat di
surau dan tak dengar pun awak call.”
Riyadh angguk sambil
tangannya mula menaip mesej untuk memberitahu Annis yang dia ada di sini. Tak
nak nanti Annis cakap dia tak sayang pulak. Annis dah setuju terima lamaran dan
dia cukup gembira. Jadi seboleh-bolehnya dia mahu menjaga hati bakal isterinya
itu sebaik mungkin.
“Awak menyusahkan diri
datang ke sini. Esok-esokkan boleh.” Bukan niat Fazzura untuk menghalang
kedatangan pemuda ini. Tapi, dia rasa tak perlu pun. Nanti kalau cakap takut
lelaki ni berkecil hati pula. Jadi dia pilih untuk cakap dengan susun atur
perkataan yang paling sopan.
“Awak tak perlu buat
macam ni. Saya beritahu pada awak. Bukan mintak awak datang ke sini.” ulangnya
sekali lagi bila Riyadh macam dengar dengan tak apa yang dia katakan.
Riyadh senyum sekilas
memandangnya sambil tangan terus menaip mesej kepada Annis. Telinga pulak mendengar
bebelan Fazzura terhadapnya. Fazzura beritahu pun sebab dia tanya. Sebab
tergerak hati nak call. Kalau tak, mati
hidup semula pun dia tak akan tahu punya. Yalah, sebab dia bukan siapa-siapa
pun.
“Apa yang susah?
Bukannya perlu ambil tiket bas ke apa. Kuala Lumpur dengan Perak ni berapa jam
aje pun.”
Yalah, Riyadh bolehlah
cakap macam tu. Dia ada semuanya. Bukan nak perlu bersusah-susah macam dia pun.
Ermm…apa bezanya sewaktu dia bersama dengan Aqil dulu. Dia balik kampung pun
naik kereta. Tak susah pun. Entahlah, buat apa nak kenang lagi semua yang bukan
miliknya.
“Awak terus datang dari
tempat kerja?” Fazzura tanya sekadar untuk berbasa basi. Kalau tengok dari
pakaian yang tersarung ditubuh Riyadh ni memang dia dah dapat jawapan pun.
“A’ah,terus datang
sini. Risaulah. Mana boleh nak buat kerja.” Pelik! Macam anak dia pula yang
sakit.
“Boleh ke ni nak tengok
Fazmizie kejap.”
“Dah lewat kut…”
“Alah…mintak je lah kat
jururawat tu kalau Zurra takut nak cakap biar saya yang cakap.”Cadangnya pula.
Macam mana pun dia nak tengok keadaan Fazmizie dulu baru dia akan pergi. Kalau
tak jangan harap. Tidur kat sini pun tak pe lah!
“Awak nak cakap apa pulak kat jururawat tu.
Dia orang marah awak je nanti.”
“Hah! Lantaklah…peduli
apa saya. Dalam sejarah di Malaysia ni belum ada lagi Jururawat makan orang.”
bebelnya tak puas hati bila Fazzura cakap macam tu.
“Ataupun Zurra yang tak
izinkan saya ni?” dia kerling Fazzura. Kemudian ketawa. Kerisauannya yang tadi
bersarang rasa hilang tiba-tiba walaupun belum dengar khabar yang
sebetul-betulnya tentang Fazmizie dari Fazzura. Dia cakap memang okey. Selagi
tak tengok depan mata dia jangan harap dia nak percaya seratus peratus. Baru
lima puluh peratus. Fazzura ni pulak bukan jenis yang nak cerita sangat. Suka
pendam sampai dua tiga hari baru nak cerita. Itupun kena paksa.
“Awak tak perlu nak
buat macam tu. Tak kanlah saya ni sanggup tak bagi pulak!” Sampai ke situ pulak
yang Riyadh fikir.
“Saya nak balik rumah
kejap. Nak ambil barang-barang Fazmizie. Saya ingatkan dia tak kena tahan tadi.
Tapi, doktor mintak duduk wad dulu.
Sebab tadi banyak sangat darah dia keluar.”
“Darah banyak keluar?”
Fazzura angguk. “Jangan
risau sekarang dah okey pun.” Bila lepas habis solat Isyak tadi dia terus
datang ke kereta untuk balik ke rumah sebentar. Terpaksa tinggalkan Fazmizie
buat seketika. Sebenarnya dia tak menjangkakan yang pemuda ini betul-betul akan
datang ke sini.
“Eh!teruk ke dia?” soal
Riyadh lagi.
“Tak teruk sangat. Luka tu dalam sebab tu banyak darah keluar.
Tapi keadaan dia dah stabil. Minum susu tadi tidur terus. Esok boleh keluarlah
tu.”
“Macam mana boleh jadi
macam tu?” Nak tahu lagi.
“Budak-budak biasalah…Mizie
pulak awak faham-fahamlah. Baru boleh berjalan. Kena kepung selalu. Alpa
seminit je ermm…” Dia rasa sedikit menyesal. Sepatutnya dia tak biarkan
Fazmizie main di situ. Teruk sangat ke dia ni. Sampai anak kecil macam tu pun
boleh alpa sangat.
“Sebab tu lah kena
awasi dua puluh empat jam. Dia tu kecil lagi. Jangan tinggalkan dia main
sorang-sorang.”
“Hmm…” Fazzura sedar
memang salahnya.
“Boleh ke tunjukkan
saya di mana katil dia. Biar saya tolong jagakan dia.”
Fazzura angguk dan mula berpaling untuk menuju
ke wad kanak-kanak yang menempatkan anaknya itu. Tidak jauh dari kawasan tempat
letak kereta itu. Dia tahu walau macam mana pun dia bagi alasan lelaki ini
tetap berdegil.
“Saya harap tak menyusahkan awak, Riyadh. Awak
dah banyak tolong kami. Sampai sekarang pun awak masih ambil berat terhadap
kami. Kami ni bukan siapa-siapa pun. Orang luar yang tiba-tiba hadir dan
menyusahkan hidup awak. Tak ada kaitan pun kan?”
“Tak pernah ada istilah
susah untuk anak-anak awak, Zurra. Jangan cakap macam tu. Jangan buat ayat
simpati macam tu. Saya ni yang orang luar bukan awak. Apalah sangat ha...kecik
punya hal lah.” balas Riyadh tenang.
Buat apa nak cakap
lagi. Kalau menyusahkan tak adalah dia berada kat sini sekarang. Dia tak pernah
rasa susah pun. Sikit pun tak! Fazzura asyik pandang susah dia, cubalah pandang
keikhlasan dia ni.
Mereka terus beriringan berjalan menuju ke
wad. Tetapi seketika kemudian langkah kaki Riyadh terhenti. Dia pandang Fazzura
dengan dahi berkerut. “Kenapa pula dengan awak ni?” soal Fazzura aneh. Pelik
sangat cara Riyadh pandang. Dia tak suka.
“Zurra, boleh tak kalau
nak mintak tolong Zurra?” Riyadh cakap sambil peluk tubuh. Nak kata ada angin
sebab sejuk tak pula. Style kut!
Dia menentang mata
lelaki yang berdiri dihadapannya ini. “Awak nak saya tolong apa?” Selama dia
mengenali pemuda ini tidak pernah sekalipun Riyadh meminta pertolongan darinya.
Apa yang dia terima adalah sebaliknya. Riyadh selalu ada saat-saat ujian datang
menimpa dirinya.
“Boleh awak bawa Aqilah
sekali?” luah Riyadh dengan muka ala-ala mintak simpati. Fazzura rasa serba
salah. Bimbang Abah tak izinkan dia bawa sekali Aqilah. Lagipun di sini,
bukannya selesa sangat pun. Tak kan nak tidur atas lantai wad tu. Agak-agaklah!
“Macam ni, awak bawa
dia ke sini. Nanti malam saya sewa hotel
berdekatan. Awak boleh tidur dengan dia. Saya jaga Fazmizie boleh?” Fazzura
terus geleng kepala. Tak setuju dengan cadangan Riyadh. Kalau Aqil mungkin dia
setuju. Ada juga pertalian darah di situ.
“Saya tak nak
menyusahkan awak, Riyadh. Awak kena faham tu…”
“Zurra, please... okey kalau Zurra tak nak saya
jaga Fazmizie, Zurra bawa Aqilah sekali nanti. Saya jaga dia. Zurra bawa
pakaian dia sekali. Kita tukar plan!”
pujuk Riyadh sekali lagi.
“Saya janji saya jaga dia.” sambungnya pula
bila melihat Fazzura diam sahaja seperti sedang memikirkan cadangannya yang
pada pendapatnya tak perlu nak fikir-fikir lagi. Setuju sajalah. Bukan kena
jatuh hukuman apa pun kalau dia setuju.
Fazzura geleng kepala.
Tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Bukankah semua itu hanya akan menyusahkan pemuda ini.
“Zurra, boleh lah
Zurra. Awak ni macam tak percayakan sayakan?” rayunya lagi.
“Tak boleh Riyadh. Saya
tak nak menyu..”
“Boleh tak Zurra jangan cakap saya menyusahkan Zurra!”nada
suaranya keras sambil pandang Fazzura. Anak mata bewarna hitam itu ditenung
dalam namun Fazzura cepat sahaja melarikan pandangan matanya. Fazzura memang
degil. Apa benda mesti nak kena cakap berulang kali baru dia setuju. Tapi yang
dia tahu orang degil ni luar aje. Dalam hati baik.
“Saya tak tahu kenapa
awak perlu buat semua ni Riyadh?”
“Awak jangan soal saya
benda yang saya tak ada jawapan. Apa yang pasti saya ikhlas. Ikhlas dengan apa
yang saya lakukan.”
Fazzura geleng kepala.
Dia terus mengorak langkah. Tidak peduli dengan permintaan Riyadh. Dia tetap
tak nak menyusahkan pemuda itu. Sudahlah Riyadh.
“Zurra, please…”
Fazzura menoleh. Lagi
sekali Riyadh buat muka kesian. Allah! Dia tak sampai hati. Tolonglah Riyadh.
Jangan merayu macam tu depan aku.
“Please… ” pinta Riyadh sekali lagi. Dia tidak berganjak sedikitpun
dari situ walaupun Fazzura dah sedikit kehadapan meninggalkannya.
“Zurra!”
“No
Riyadh! saya tak nak menyusahkan awak. Saya tak nak menyusahkan awak. You can go and come tomorrow.”
“Semua tu akan hilang
bila dia orang berdua ada di sisi saya!” jawab Riyadh tegas. Degil sungguh
Fazzura ni. “I will not go!” balasnya
geram. Bertimbang rasalah sikit dekat dia. Dia ni datang jauh-jauh tak kan tak
boleh nak jumpa Aqilah langsung.
“Manalah saya tahu?”
Fazzura cebik mulut.
“Eee.. .dia ni kan! Aku
cium jugak nanti kut. Please la
Zurra! Awak tak kesiankan saya ke?”dia buat lagi muka simpati. Aduh! Tadi cakap
ikhlas sekarang dah macam mintak balasan pulak. Kenapa dengan dia ni!
“Teruknya awak!” ujar
Fazzura perlahan. Rasa nak ketawa pula bila tengok muka Riyadh masam macam tu.
Peliknya lelaki ini. Pelik sangat!
“Lantaklah…saya ni dah
sayang sangat kat anak-anak Zurra tu. Dah rasa macam anak sendiri. Zurra tu
degil. Bagilah saya jaga Aqilah kejap malam ni aje. Esok Zurra cakap adik dah
boleh keluar, habis tu bila masa yang
saya nak jumpa Aqilah. Nak bagi saya penasaran pun agak-agaklah!” Hah! Ambik
kau.
“Ermm…Okey! Okey! Tapi
saya tak berani janji. Bimbang kalau abah tak izinkan. Lagipun awak faham-faham
sajalah hubungan saya dengan keluarga belum pulih lagi. Tapi saya cuba sebab
awak dah banyak tolong saya.” Kata Fazzura tenang. Rasanya tak sampai hati pula
untuk dia menghampakan permintaan Riyadh. Walaupun di awal tadi dia begitu
berdegil akhirnya dia berlembut juga bila pandang wajah Riyadh. Jatuh kasihan.
Riyadh tarik nafas lega
mendengar jawapan dari mulut Fazzura.
“Tak apalah, sekurang-kurangnya
awak cuba. Apa-apa pun kena cuba.” dia tarik senyum lebar. Puas hati. Macam
yakin sangat yang abah Fazzura nak benarkan Fazzura bawa Aqilah.
“Zurra, awak tahu
tak…saya rindu sangat dengan dia orang. Rindu sangat tau. Awaklah ni, saya ajak
stay aje kat sana. Awak tak nak. Saja
nak siksa batin saya ni.” luah Riyadh perlahan tapi cukup buat Fazzura terharu
mendengarkan kata-kata pemuda itu. Aqil sendiri tak pernah nak ambil tahu pasal
anak-anaknya. Inikan pula si Riyadh yang nak rindu bagai. Ermm…sayang sungguh
dia dengan anak-anak aku. Sampai cakap aku siksa batin dia. Dia tak tahu ke
Kuala Lumpur tu lagi buat batin aku
tersiksa.
“ Dia orang pun rindukan
awak jugak. Maklumlah awak tu selalu sangat layan kerenah diorang berdua.
Selalu belanja ice-cream. Bawak jalan-jalan. Balik kampung tak dapatlah
nak merasa semua tu selalu.”
“Sedihnya…”.
“Apa?”
“Tak ada apa-apalah.”
Kalau duduk dengan aku makanlah sampai habis sejuta pun tak apa. Aku rela!gumam
hati Riyadh perlahan. Langkahnya kembali seiring bersama Fazzura. Tinggi lampai
jugak Fazzura ni. Wajah dia ala-ala bulat sikit tapi cantik. Hidung tak mancung
sangat tapi boleh buat sesiapa pun tertarik. Dia? Rasa mecam dah tertarik.
Fazzura meminta
keizinan kepada jururawat yang bertugas untuk masuk sebentar ke dalam wad
bersama dengan Riyadh. Jururawat tu
senyum pandang Riyadh yang berada di sisinya. Lagi bertambah
senyum bila Riyadh cakap dia nak tengok anak dia.Ouh! Tak perlu pun. Orang tu
tak tanya buat apa nak terhegeh-hegeh nak beritahu. Pulak tu menipu. Buat dosa
aje.
Sampai sahaja di
hadapan katil yang menempatkan Fazmizie, Riyadh terus menghampiri tubuh kecil
yang sedang lena di atas katil itu. Wayar berselirat di atas tapak tangan
Fazmizie. Wajah Fazmizie pucat. Mungkin kerana terlalu banyak darah yang
mengalir. Tangannya menyentuh lembut tubuh itu. Diusapnya perlahan bak
melepaskan rindu yang terpendam. Lama direnung sebelum bibirnya menuturkan
kata.
“I miss
you so much dear...” Wajahnya kemudian didekatkan lalu satu ciuman jatuh di
wajah Fazmizie.
“Uncle datang sayang…” tangannya terus-terusan mengusap lembut tubuh
kecil itu. Matanya jatuh ke kaki
Fazmizie yang sudah dibalut dengan kain anduh itu. Hatinya kian sayu. Kenapa
terlalu banyak kesakitan yang perlu di lalui si kecil ini. Kalaulah boleh
ditukar ganti, dia rela.
“Sabar ya sayang…” ucapnya
sekali lalu ciuman jatuh bertubi-tubi di dahi, pipi dan terakhir kalinya di
hidung si comel itu. Fazzura yang berdiri di hujung katil hanya memandang
tingkah Riyadh. Teringatkan Aqil…ermm. Dia mengetap bibir cuba menahan
perasaan.
“Riyadh, saya gerak
dulu.” ujarnya menghampiri lelaki itu. Riyadh angguk tanpa menoleh ke arahnya. Mustahil
lelaki itu menangis kerana anaknya.
“Ibu tinggalkan adik
kejap nanti ibu datang ya sayang…” bisik Fazzura lembut lalu mencium dahi
anaknya itu. Hatinya berat untuk meninggalkan Fazmizie walau seminit tetapi di
dalam keadaan sekarang dia terpaksa kerana satu barang apa pun dia tak bawa
tadi.
“Zurra, hati-hati bawa
kereta tu. Kunci pintu kereta. Kalau jadi apa-apa awak call saya terus ya. Handphone
tu jangan letak dalam beg. Letak dekat tempat yang senang nak dicapai. Jangan
bawak laju-laju sangat.”
Fazzura angguk. Kakinya
terus melangkah keluar dari wad kanak-kanak itu. Kesian Riyadh, tak pasal-pasal
kena jaga anaknya pula. Seolah-olah dia hidup sebatang kara. Yang pasti dia tak
nak menyusahkan keluarganya.
Riyadh terus menarik kerusi lalu duduk ditepi katil itu
dengan pandangan masih lagi terarah ke wajah comel Fazmizie. Pipi tembam itu dioles
lembut.
“Adik tahu tak sebab
adik jugalah uncle boleh kenal kakak.
Sebab adik jugalah uncle boleh kenal
ibu.”tuturnya perlahan sambil meraih jari jemari kecil itu. Membuka sejarah
lalu.
“Adik tahu tak sebab
adik dengan kakak, uncle mula terbuka
hati untuk bekeluarga. Untuk memiliki anak seperti adik dan kakak.” Diusapnya
lembut tapak tangan itu. Kemudian
didekatkan ke bibirnya. Teringat saat-saat Fazmizie menarik rambutnya. Bergetaran
hatinya seoalah membayangkan si kecil ini anaknya. Dan saat itu perasaannya
makin membuak-buak mahu hidup seperti sebuah keluarga.
“Bila kita terpisah uncle macam hilang arah jugak. Tapi
uncle simpan semua perasaan rindu ni. Tahu uncle ni bukan siapa-siapa pun. Hari ni takdir mempertemukan kita
lagi. Dengan cara yang sama.” Dia teringat pertemuan pertama mereka di hospital
dulu. Dia yang mendukung Fazmizie sehingga masuk ke dalam bilik rawatan. Mana
boleh lupa kenangan indah itu.
Selama hampir dua bulan
dia rasa hatinya sarat menanggung rindu.
Hari ini dia rasa tenang. Memandang wajah kecil ini hilang tekanannya. Apatah
lagi sejak dua menjak ini dia terlalu sibuk dengan urusan perkahwinan.
Sampaikan pening kepala di buatnya. Annis letak syarat macam-macam. Nak kahwin
terus tak nak bertunang. Dia tak kisah asalkan Annis mahu kahwin.
Mana dengan butik Annis yang dia janjikan nak
tolong. Projek Denai Alam pun masih ada yang belum selesai lagi. Tapi semua
masalah tu hilang bila terpandangkan wajah kecil ini. Itu belum lagi dia jumpa
dengan Aqilah yang petah bercakap tu. Kadang-kadang dia sendiri tidak mengerti
dan memahami kenapa dia terlalu kasihkan mereka. Kenapa? Setiap nafas yang dia
hela terasa mereka ada bersamanya. Kenapa juga takdir seringkali membawanya
kepada mereka. Kenapa?
Hampir satu jam dia
berada di sisi Fazmizie. Sedikitpun dia
tidak berganjak. Seolah-olah yang sedang tidur di atas katil itu anaknya
sendiri. Selama mereka hilang dari pandangan matanya dia cuba juga untuk
melupakan. Tetapi ingatannya semakin hari semakin kuat. Akhirnya dia membiarkan
sahaja mereka menjadi raja di dalam hatinya.
Bunyi mesej dari
telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya itu segera di ambil.
Riyadh,
saya tunggu di luar ni. Awak keluar kejap. Saya tak nak Aqilah tengok Fazmizie. Nanti bising pula. Lagipun dah
lewat sangat ni.
Riyadh terus bangun.
Bibirnya mencium lembut ubun-ubun anak kecil itu. Kemudian dia terus melangkah
perlahan menuju ke luar. Tidak mahu mengganggu pesakit-pesakit lain yang ada.
Sebaik sahaja pintu wad ditarik terus Aqilah jerit memanggil namanya.
“Sayang…comelnya dia
pakai baju kelawar ni?” terus didukungnya Aqilah sambil menonyoh perlahan
wajahnya ke wajah si kecil itu.
“Uncle…uncle…ibu cakap Aqilah tidur dengan uncle malam ni.” soal Aqilah petah.
“Ya sayang, malam ni Aqilah tidur dengan uncle. Ibu nak jaga adik. Rindu uncle tak ni?” Riyadh mencium lagi dan
lagi. Rasa lepas bebas.
Aqilah angguk. “Aqilah
rindu uncle. Kenapa uncle tak datang bawa Aqilah
jalan-jalan. Dekat umah nenek ada pantai.”
“Aqilah, janganlah soal uncle macam tu. Ibu kan dah cakap uncle sibuk.” baru menginjak usia empat tahun. Tapi, petahnya dia
sampai kadang-kadang tak terlayan Fazzura. Siap bercerita tentang pantai yang
ada di kampung mereka.
“Eh! Mana ada sibuk. Sekarang uncle tak sibuk. Tapi dah malam sangat
tak boleh nak bawa Aqilah jalan-jalan. Esok
uncle bawa tengok pantai okey.” jawab Riyadh sambil menurunkan Aqilah dari
dukungannya. Aqilah lompat gembira sambil memeluknya.
“Kita pergi jalan-jalan
bawa adik dengan ibu sekali okey?”
“Yee! bila kita nak
pergi uncle. Aqilah dah lama tak
jalan-jalan.” Dipeluknya Riyadh dengan gembira.
“Kalau boleh sekarang pun uncle nak pergi sayang. Tunggu adik sembuh dulu. Uncle janji, uncle bawak pergi jalan-jalan. Kita bawa ibu sekali ek!”
Fazzura geleng kepala.
Jalan-jalan nak bawa dia sekali. Dah gila ke apa Riyadh ni. Nanti tak
pasal-pasal pula dia dicop macam-macam. Dengan statusnya yang baru sahaja
memegang gelaran janda. Orang luar akan cop apa sahaja kepada dia. Seoalah-oleh
janda gatal. Lagipun dia lebih selesa jika hanya anak-anaknya sahaja yang rapat
dengan Riyadh. Dia tiada keinginan untuk semua itu.
“Riyadh, jangan nak
susah-susah macam tu.” Lagipun dia bimbang jika anak-anaknya asyik menuntut
janji. Asyik bertanya itu dan ini. Susah dia nak jawab. Mulut budak-budak ni
bukan boleh control. Kalau cakap
depan emak dan abah nanti lagi payah.
“Apa pulak yang susahnya.
Zurra ni kan… macam tak suka sangat saya rapat dengan anak-anak Zurra.” Riyadh
tak puas hati.Tak habis-habis nak cakap susah..susah…naik bosan dia dengar.
“Bukan macam tu maksud
saya.”
“Habis tu?” soalnya
ingin tahu. Fazzura asyik cakap tak nak susahkan dia. Padahal dia buat semua
ini ikhlas. Kalau tak ikhlas tak kan dia nak ada di sini. Buang masa dia je.
Baik dia pergi keluar dengan Annis bincang pasal majlis perkahwinan mereka. Lagi
bagus!
“Kenapalah ibu ni tak
faham-faham yang uncle ikhlas.”
tuturnya lagi sambil pandang Aqilah.
Macamlah budak tu mengerti apa itu ‘ikhlas’!
Fazzura ketap bibir.
“Nah...” Dia menghulurkan sebungkus plastik kepada Riyadh.
“Saya belikan nasik
tadi. Tentu awak laparkan. Awak makanlah bila balik bilik nanti.” Dia yakin pemuda itu belum makan. Belum mandi
dan belum lagi mencari mana-mana bilik hotel untuk disewa. Alang-alang dia
keluar tadi terus dia carikan bilik dan juga membeli makanan untuk Riyadh.
“Terima kasih Zurra.
Awak tahu tak mana-mana hotel yang dekat dengan area ni?” soal Riyadh kembali
tenang walaupun tadi dia dah start
nak makan hati. Tapi, pandai pula Fazzura tawan dengan berikan nasi ni.
Aduhai….kau jangan buat aku tergoda pula Zurra. Nanti kang Annis ke mana kahwin
ke mana. Bisik hatinya pula.
Fazzura senyum. “Saya
dah carikan untuk awak. Ini kunci bilik awak. Tapi di sini tak ada hotel lima
bintang. Yang ada Hotel Damai ni je.” usik Fazzura. Riyadh terkejut.
“Zurra, awak ni
kan…kenapalah nak susah-susah tolong carikan untuk saya pula. Ish…saya tak
mintak pun.” dia geleng kepala.
“Saya datang sini bukan
nak menyusahkan awak pun, Zurra.” Kali ini gilirannya pula yang guna perkataan
susah tu.
“Bila lagi saya nak
balas budi awak kan?”
“Macamlah saya mintak
Zurra balas.”
“Ambillah, harap awak
selesa.”
“Terima kasih.”
“Manalah tahu takut
awak tak selesa.” balasnya lagi.
“Kalau nak berbulan
madu hotel macam ni mungkinlah tak selesa!” balas Riyadh selamba. Dia senyum
pandang raut wajah Fazzura yang nampak terkejut. Cakap lagi kan dah kena.
Fazzura buat tak
peduli. Bukan urusan dia pun. Suka hati Riyadh lah. Sempat Fazzura memandang
wajah Riyadh yang ada tahi lalat di bawah mata. Nampak menarik tetapi itu tak
bermakna dia tertarik. Dahulu wajah Riyadh lebih terurus tidak seperti
sekarang. Janggut dan misai mula mengambil tempat di wajah pemuda itu. Tapi Riyadh
tetap ada auranya tersendiri. Sebagai lelaki yang bekerjaya namun bersederhana
dalam banyak perkara. Itulah yang mampu dia rumuskan tentang Riyadh. Lagipun
dia lebih sedar siapa dirinya jika hendak di bandingkan dengan Riyadh. Pasti
bakal isteri pemuda ini jauh lebih bagus darinya. Eh! Tak perlu dia nak
bandingkan pun sebenarnya.
“Selesa itu yang
sebenarnya lebih datang dari hati bukan pada tempat.” kata Riyadh lagi sambil
memegang tangan Aqilah. Dia bergurau pun Fazzura tetap buat muka serius.
“Okey, sayang…cium
tangan ibu…kita balik tidur dulu. Esok kita datang lagi.”
Anaknya itu hanya
menurut.
“Letih sangat dah ni dia. Kesian dia.” Riyadh
ambil beg yang mengandungi pakaian dan barang-barang Aqilah dari Fazzura.
“Terima kasih Riyadh.”
ucap Fazzura.
Riyadh angguk. “Kalau
ada apa-apa jangan lupa call saya.”
Fazzura angguk lagi.
“Dah, Zurra pergi masuk
dalam. Jangan risau pasal Aqilah. Saya jaga dia baik-baik. Saya tak akan
sia-siakan susah payah awak bawa dia ke sini. Terima kasih sanggup bagi peluang
untuk saya. Terima kasih sebab percayakan saya. Saya sangat menghargai.” ucap Riyadh
dengan wajah yang tenang.
Mata Fazzura mengekor
langkah kaki Riyadh dengan anak matanya. Di perhatikan juga Aqilah yang sangat
selesa di samping Riyadh. Tidak menduga sekali lagi takdir menemukan mereka di
dalam keadaan yang sama. Riyadh, kenapa kau baik sangat? Bisik hatinya pula
lalu terus menapak perlahan masuk ke dalam wad itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
NOVEL PATERI
Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...
-
Bab 1 HARI sudah hampir gelap. Nur Nilam Qaseh mempercepatkan langkahnya untuk menuju ke perhentian teksi. Dia harus cepat kerana jalan yang...
-
Prolog *Update Terbaru* PERKAHWINAN yang dibina di atas dasar cinta ini semakin hari semakin menyesakkan dada. Semakin hari ...
-
“Kau buat apa ni!”soal Iskandar dengan muka yang serius. Terus sahaja dia mendapatkan Nur Nilam. Tubuh Nur Nilam di peluk erat. Elusan le...