AKU mengambil
tempat duduk di hujung restauran untuk menjamu selera. Orang makan nasik tengahari tapi aku
petang-petang hari baru dapat makan. Hari ini adalah hari yang paling sibuk.
Penat letih lelah pasrah..eh! semua ada. Mujur semangat aku aje yang belum
luntur. Lepas makan aku ingat nak balik rumah sebentar. Bersihkan diri dulu
kemudian baru datang semula ke restauran. Lagipun tidak ramai pelanggan yang
berkunjung pada waktu-waktu petang begini.
“Hai
awak..makan sorang je ke?Nak saya temankan?” soal satu suara tiba. Terbatuk-batuk
aku dibuatnya. Belum pun sempat aku menjawab persoalannya dia terus duduk. Cis…
“Sorry tak sengaja.”katanya lagi.
Fitri, kehadirannya membuatkan perut aku yang
sudah masuk angin semakin tidak dapat menerima sebutir nasi lagi pun. Pinggan nasiku
tolak ke tepi. Fresh orange istimewa bauatan Hafifi ku sedut menuruni
esophagus.Fuh.. Inilah kali pertama aku dan dia duduk semeja.
“Hurm..Apalah
awak ni. Lain kali bagilah salam.!Awak dah makan ke belum?”Soalku pula memulakan
bicara pertama. Dia membetulkan duduknya sebelum menyambung bicara.
“Eh,
kenapa tak makan bagi habis? Tak baik tau. Saya dah makan awal lagi..”
“Tak
ada seleralah…”Aku menjawab tenang walaupun sebenarnya aku terasa begitu segan
bila berhadapan dengannya. Tambahan pula apabila aku mengingati kejadian
semalam.
“Ye
ke..maaflah kalau kehadiran saya ni yang membuatkan awak tak ada selera nak
makan.” Berbudi bahasanya dia.
“Mengarutlah
awak..Perut saya ni dah masuk angin. Sebab itu selera saya hilang.”
“Itulah
awak, kerja teruk sangat. Sampai kesihatan pun awak tak jaga. Orang lain kerja
restauran makin gemuk. Awak ni saya tengok dah makin kurus macam lidi je.”
“Tak
lah..lidi tu yang kurus seperti saya.”Aku menjawab selamba. Dia ketawa manja. Dia
pun kurus ada hati nak kata kat aku. Kalau aku kurus macam lidi dia tu macam
cicak kobeng,
“Awak
ni kelakarlah. Tak sia-sia saya kenal dengan awak. Saya tak kisah pun kalau
awak ni kurus macam lidi atau lidi tu
macam awak ke..”
“Ye
ke..?Bukan awak datang sini nak cari Hafifi? Dia ada tu di belakang. Nak saya
panggilkan dia ke?” Aku cepat-cepat memotong percakapannya. Aku tak nak lah dia
berjiwang-jiwang dengan aku. Nanti aku pun
jadi jiwang sama.
“Buat
apa nak panggil si lembut tu. Saya datang sini nak borak-borak dengan awak yang
comel ni.”
“Tak
baik tau awak cakap macam tu kat dia. Dia tu dah la suka kat awak. Tak kan awak
nak mereject cinta dia kot…Adoiiii!”Aku terjerit kuat. Tak menyangka dengan
tindakan Fitri yang mencubit lenganku. Hish!Beraninya dia.
“Awak
ingat saya manusia yang macam tu ke? Tolongla..tak ingin langsung saya dekat
dia tu. Pondan!Lebih baik saya pilih awak yang kelakar ni. Ada juga faedahnya.” Amboi lain macam je
bunyinya. Mendengarkan kata-katanya itu membuatkan aku terdiam. Dia pula hanya
memandang aku sambil tersenyum. Lembutnya senyuman..redupnya mata dia membuat
aku terpana seketika.”
“Marah
ke? Saya bergurau je lah…”
“Tak!
Cuma terfikir akan sesuatu?”
“Apa
dia? Boleh saya tahu?”
“Boleh!
Tapi dengan syarat awak mesti belanja saya makan Chiken Chop dulu. Baru saya
boleh beritahu.”
“Demi
awak Amili, apa pun saya sanggup.Hehehe..”Aku hanya mencebikkan bibir.
Nampaknya aku sudah mula berjangkit dengan penyakit dari Hafifi.
“Awak
ni umur berapa ye?”Laju sahaja pertanyaan itu terpacul dari mulutku.
“Kenapa
awak tanya pasal umur?”
“Saja
nak tahu..”Jawabku pula. Aku pun tak tahu kenapa soal umur yang aku bangkitkan.
Sedangkan banyak lagi soalan yang boleh aku tanya pada dia. Dia pula terdiam
sebentar namun masih memandang aku dengan senyuman. Manisnya dia.Bisikku lagi
di dalam hati.
“Umur
saya 2…
“Amboi!!
berdating pula. Ingatkan dah balik.!”
Kedatangan Hafifi secara tiba-tiba itu membuatkan apa yang hendak Fitri
cakapkan lenyap begitu sahaja. Aku menoleh memandang Hafifi dengan perasaan
kurang senang. Istilah ber‘dating’
itu bagi aku tidak sesuai langsung. Bukannya aku dengan Fitri pasangan
kekasih. Beberapa orang pelanggan yang ada menoleh ke arah aku dan Fitri.
“Sibuk
je..”Fitri pula bersuara.
“Ya
lah..aku ni penyibuk. Kalau tak kerana aku jangan harap kau nak dapat kenal
dengan Amili tau tak!” Aku memandang Fitri dan Hafifi silih berganti.
“Ye
lah. Terima kasih banyak–banyak di atas jasa baik kau tu. Aku begitu
menghargainya.” Suara Fitri kedengaran begitu tegas. Aku semakin tidak dapat
menilai perangainya yang sebenar. Ketika berbicara denganku sebentar tadi penuh
dengan kesopanan. Aku memandangnya sambil tersenyum. Serentak itu juga dia
mengenyitkan sebelah matanya padaku seolah-olah Hafifi bagaikan tidak wujud di
antara kami. Aku masih seperti biasa. Diam tanpa suara. Berpura-pura
seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Padahal aku terasa begitu malu padanya.
******
Selesai
menunaikan solat Maghrib aku segera bersiap-siap untuk pergi semula ke
restauran. Kakak dan Abang Iparku belum lagi pulang. Sememangnya aku sudah
biasa tinggal di rumah ini sorang-sorang. Istilah takut itu bagaikan tidak
wujud lagi di dalam diriku kerana aku sudah terbiasa. Losyen yang berada di atas
meja ku capai sebelum ku sapu ke seluruh tapak tanganku. Aku mencium-cium tapak
tanganku. Menghidu harumnya wangian dari losyen Johnsoan &Baby. Sebentar
lagi wangian ini pasti akan hilang dek terkena air sabun basuh pinggan di
restauran. Kunci motosikal segera aku capai untuk menuju ke restauran yang
tidak jauh dari rumah yang ku diami ini.
Sebaik
sahaja sampai ke restauran aku melihat Abang Badrol sibuk memasang televisyen
dan set karaoke. Aku sangka dia tak datang terus ke restauran. Malam ni semakin
bertambah nampaknya kerja aku.
“Kakak
Amili……!!”Aku menoleh memandang suara anak kecil yang berlari menuju ke arahku.
“Hai
baby girl…Datang dengan siapa ni? Mummy datang tak?” Aku terus menyoalnya yang
memeluk pinggangku dari belakang. Anak Abang Badrol dan Kak Mila ini memang
rapat dengan semua orang. Dengan aku lagilah rapat sebab aku selalu melayan
kerenahnya yang nakal itu.
“Datang
dengan papa..Mummy tak datang. Kakak pergi mana? Tadi Batrisya datang kakak tak
ada?”Mulut kecil itu begtu betah berbicara.
“Kakak
balik mandi. Batrisya pergi main dengan abang tu ya..Kakak ada kerja sikit
ni.”Aku menunjukkan jariku ke arah Hafifi dan Kak Kiah. Dia segera berlari ke
arah Hafifi dan aku pula dengan pantas menuju ke belakang sambil
meninjau-ninjau pinggan di dalam besen. Kosong! Nampaknya Hafifi sudah
menyelesaikan tugasnya itu dengan sempurna.
Belum
sempat aku nak masuk ke dalam restauran semula aku terdengar satu suara
memanggil lembut namaku. Aku menoleh! Fitri….Handsomenya dia malam ini. Aku suka pada gayanya yang simple itu. Menarik
sekali pada pandanganku walaupun hanya dengan T’shirt putih dan di padankan
dengan seluar jeans berwarna biru .
“Hai
awak..Sibuk tak?”
“Hai..awak
ni macam tahu-tahu je saya ada kat belakang ni. Awak mengintip saya ke…?”
“Saya
pun duduk di belakang jugak tadi. Kebetulan nampak awak tu yang saya datang.”
“Awak
tak ada kerja ke?”
“Amboi
awak..kalau tak suka saya datang cakap ajelah.”Aku yang mendengar terus ketawa
kuat. Sambil itu aku sempat menjeling ke dalam restauran. Risau pula kalau
Abang Badrol menyedari kehadiran Fitri di sini. Walaupun Abang Badrol tak
kisah, tapi aku pula yang di hinggapi perasaan malu padanya. Sudahlah berborak
di belakang restauran dalam keadaan cahaya yang samar-samar macam ni. Bahaya
ni.
“Bukan
begitu maksud saya. Awak datang sini bos awak tak cari ke?”
“Saya
cutilah hari ini..”
“Oh!kenapa?
Sakit ke?”
“Taklah..”
“Habis
tu?”
“Saja
nak rehatkan fikiran yang bercelaru..”Aku mengangkat kedua-dua belah keningku.
Kenapa pula fikirannya bercelaru. Aku tengok dia tersenyum gembira bagai tiada
duka aje. Tiba-tiba pula dia cakap dia bercelaru.
“
Kenapa?”Soalku semula.
“Nantilah
saya cerita..”
“Kenapa
pula nanti? Sekarang tak boleh ke?”
“Saya
baru je kenal awak..”
“Habis
tu awak tak percayakan saya?Hurm…”
“Saya
tak nak kehilangan orang yang baru saya kenal. Cukuplah dengan apa yang sedang
saya lalui sekarang. Saya cukup takut pada sebuah kehilangan.”Kedengaran
keluhan, perlahan. Kata-kata yang keluar dari bibirnya itu membuatkan aku di
landa perasaan aneh. Adakah Fitri terlalu mengharapkan kehadiran aku di dalam
hidupnya.
“Saya
tak faham apa yang awak cuba sampaikan ni. Awak ni putus cinta ke?”Dia
tersenyum memandang aku sebelum menjawab.
"Lebih
dari itu yang sedang saya lalui.”
“Ceritalah..mana
tahu saya boleh tolong awak.”Dia tersenyum lagi. Adoiiii….kalau macam ni hati
yang keras bak kerikil pun bisa cair dong!.Muka suci je. Sesiapa pun pasti tak
akan dapat menduga dan membaca apa yang
ada di dalam hati dan fikirannya saat ini. Dia seolah-olah sedang menutup
hatinya yang gundah dengan terus-terusan
mengukir senyuman.
“Kehadiran
awak sedikit sebanyak telah menolong saya. Terima kasih.”
Aku
sendiri tidak faham apa yang dia sedang sampaikan. Bukannya aku tak faham bahasa
Melayu, tapi aku tak faham maksud di sebalik kata-katanya itu. Ucapan terima
kasih untuk apa? Anehnya dia. Belum pun sempat aku hendak bertanya dengan lebih
lanjut Abang Badrol terlebih dahulu memanggilku. Aku segera menapak perlahan
menuju ke dalam dan meninggalkan dia sendirian.
“Kenapa?”Soal
ku pada Abang Badrol.
“Tolong
buatkan Abang Badrol Barli ais..”La..itu
je. Aku mengangguk perlahan. Hafifi yang sedang duduk tanpa sebarang kerja itu tak
mahu pula dia suruh. Kenapa mesti aku.?Hish!Aku segera berlalu semula menuju ke
belakang namun bayang Fitri sudah tidak
kelihatan. Aku segera menyediakan air
yang di minta oleh Abang Badrol.
Telefon
bimbit yang berada di dalam poket seluar ku ambil dan tanganku dengan pantas
menaip sesuatu kepada Fitri. Aku harap dia akan datang semula ke restauran
nanti. Tiba-tiba sahaja perasaan ingin tahu itu meluap-luap. Aku ingin sekali
mendengarkan semua kisah tentangnya. Sama ada duka atau suka? Konon-kononnya
nak jadi doktor jiwalah. Tapi aku sendiri pun kadang-kadang sakit jiwa.
Hilang
sudah bayangan mamat ‘milo ais’ itu hari ini. Hanya yang bermain di fikiranku
kini adalah kata-kata daripada Fitri sebentar tadi.
Sebaik
sahaja aku menghidang air kepada Abang Badrol aku menapak ke arah
Kak Kiah dan Hafifi yang sibuk benar melayan kerenah Batrisya.
“Kau
ni kenapa?” Soal Kak Kiah padaku sebaik sahaja aku menarik bangku dan duduk di
sebelahnya.
“Kenapa
apa?”Soalku semula.
“Muka
bermasalah!” Tutur Hafifi kuat sebelum ketawa. Hish! Budak ni memang nak kena
dengan aku. Pandai-pandai aje bagi jawapan. Kalau betul tak apalah jugak. Ini
tak.!
“Kau
tu yang bermasalah. Bukan aku.!”
“Kau
pergi ke mana tadi? Lama sangat menghilang di belakang tu..?Buat apa?” Soal Kak
Kiah ingin tahu.
“Ala,
tak kan Kak Kiah tak tahu dia berdatinglah tuu..”Jawab Hafifi lagi.
“Dengan
siapa.?”
“Siapa
lagi Kak Kiah kalau bukan dengan Fitri, budak yang kerja di restauran hujung tu.”Hafifi
menolak bahuku lembut. Macam mana pula dia tahu ni. Mengintailah ni.
“Ala…ada
orang cemburu Kak Kiah saya berborak dengan orang tu. Tapi salah dia juga,
siapa suruh dia bagi nombor telefon saya pada Fitri tu. Saya layan je lah.
Takut nanti orang kata sombong pula. Betul tak Kak Kiah?”
“Betul sangat tu ,Amili. Lagipun bukan senang nak
dapatkan orang yang muka macam Fitri tu.”Kak Kiah tersenyum memandang aku dan
Hafifi.
“Ya
lah,tak kan saya nak lepaskan lelaki yang baik dan kacak tu macam tu je.”Balas
ku pula. Kak Kiah cuba
membantu aku dalam misi untuk mengenakan Hafifi. Apa lagi muncung Hafifi tu dah
mula nak panjang macam burung belatuklah. Aku dan Kak Kiah terus ketawa kuat
melihat muka Hafifi yang bengang itu. Ada aku kisah?Hafifi segera bangun menuju
ke luar. Merajuklah tu. Tak kuasalah aku nak pujuk.
Fitri,
nama itu menjadi topik perbualan malam ini di antara aku dan Kak Kiah. Sambil
melayan kerenah pelanggan yang datang ke restauran untuk menyanyi, kami
berborak-borak tentang Fitri. Bingitnya telinga mendengarkan suara-suara
sumbang itu menyanyi. Tapi nak buat macam mana?Sabar jelah.
Kak
Kiah bertanya padaku tentang ciri-ciri jejaka idamanku. Aku sendiri tidak tahu
jawapan apa yang harus ku beri. Hanya satu yang aku pasti, aku mahu lelaki yang
lebih berusia dari aku. Maksudnya dua tiga tahun lebih tua dari aku.
Aku
ternanti-nanti juga kehadiran Fitri, tapi sampai jam sudah menunjukkan ke
angka 12 malam bayangnya masih tidak kelihatan. Aku semakin di landa rasa aneh.
Aku jenguk ke belakang. Tiada! Aku hantar mesej tadi pun dia tak balas. Tak kan aku nak telefon dia
pula. Tak naklah aku. Nanti dia kata aku suka kat dia pula. Aku cuma tak sabar aje
nak tahu apa benda yang dia nak ceritakan. Itu aje, entah-entah aku berborak
dengan hantu tak tadi?Lepas Maghrib pula tu. Hish….Biar betul.? Bajunya pula
bewarna putih. Tiba-tiba je aku rasa nak deman. Hish!mula nak fikir yang
bukan-bukan.
Sambung:)
Hehehe..cerita
ni macam ‘kelaut’ sikit. Cerita lama zaman muda mudi. Watak-watak penting yang
pernah hadir dalam hidupku! Biarpun hanya seketika.(Huhuhu)
Lokasi: Bandar
Putra Bertam, Penang.
Oh! Sangat2
merindukan Kenangan Lalu!
Rindu, Rindu Serindu-rindunya namun orang tak peduli…Hihihi.*_*
kan dah cakap memang kelaut habis.