Ada waktunya,
Terasa begitu kehilangan
Puas ku tahan rasa remuk di dada
Puas ku tahan sakit yang mencengkam jiwa
Puas ku rawat luka di hati
Aku penat dengan segala rasa yang
menghimpit jiwa ini.
Ada waktunya...
Aku ingin bertanya khabar tentang dirimu
Ingin aku tahu kisah hidupmu
Kata mereka
Kau sudah tinggi di atas sana
Mana mungkin kau akan pandang
Rumput yang melata di bumi
Aku hanya tersenyum
Ya, aku sedar retaknya bermula di mana.
Ada waktunya...
Aku ingin menangis
Tanpa ku tahu tangisan itu kerana apa?
Kerana kecewaku yang menggila
Kerana sakit ku yang masih terasa
Kerana rinduku pada kenangan yang tercipta
Kerana sepi hidupku tanpa sesiapa?
atau kerana beban yang aku tak mampu menggalasnya.
Ada waktunya...
Ingin aku bercerita
Seperti berbulan-bulan yang dulu
Tapi bila aku sedar
Aku sudah terlalu lama kehilangan
Tempat untuk aku bersandar
Aku pasrahkan hati relakan segalanya
Sakitku...mana mungkin kau tahu.
Yang aku lihat selepas itu,
Kau lempar kata nista,
Kau burukkan insan yang pernah kau puja
Insan yang selalu ada tatkala kau perlukan..
Yang kau hina...
Yang kau maki...
Yang kau tak peduli...
Yang kau curangi...
Yang kau tawar hati...
Yang kau khianati...
Pernah membahagiakanmu..
Pernah menerima dirimu seadanya kamu..
Pernah di sisimu sewaktu kau jatuh rebah ke bumi...
Ah! apakah semudah itu untuk aku lupa
sakit yang pernah kau cipta?
Walau kau pernah cuba untuk menebusnya...
Dan aku sedar,
Ini cuma ada waktunya sahaja...
Seperti lain-lain waktu...
Aku yakin mampu melupakanmu...
Menghargai kasih sayang yang pernah tercipta untukku..
Merelakan pemergiaanmu...
Membiarkan dirimu diulit bidadari kayangan...
Mendoakanmu bahagia bersama
Ribuan mawar yang mengelilingmu...
Menghapus bayang kenangan semalam...
Setiap aku kali aku sedar
Tangan ini tidak lagi sampai
Untuk menggapai dirimu yang kian tinggi di atas sana..
Kerana aku telah terlalu lelah untuk bertahan
Dengan kesakitan bersama
Hingga aku memilih untuk sendiri...
Ya, sendiri.
Apakah ada belahan jiwa yang sudi
mengubati seluruh jiwa ini nanti...
InsyaAllah, janji Allah itu pasti.
Aku cuba bersabar dari banyaknya perkara. Alhamdulillah dengan kesabaran itu aku mendapat kekuatan. Dari kekuatan yang ada aku bangun membela jiwa yang luka. |
Ada waktunya,
Aku sedar,
Diriku juga bukan sempurna
Untuk dilayan bak puteri raja.
Aku tak minta
Aku berpijak di bumi yang nyata
Bukan hanya kisah dongeng semata.
~Hujan kau sudah tinggi di atas sana~
A'je Fazlina 12.00 Am
No comments:
Post a Comment