Bab 1
BAJU KURUNG moden dari
kain chiffon yang bewarna kuning itu
tersarung kemas di tubuhnya. Bunga-bunga hitam yang tersusun kemas dihujung
baju dan tangan kian menyerlahkan keanggunan pemilik nama Alis Zahira binti Tan
Sri Adam. Rambut yang disanggul kemas menampakkan sisi anggun pewaris tunggal YNK
Global Holding sejak tujuh tahun yang lalu.
“Assalamualaikum dan
Selamat pagi, Cik Alis.”
“Waalaikumusalam, Auni.
Selamat pagi.” Alis menghadiahkan senyumannya yang manis di situ. Gadis yang memakai
baju korporat bewarna hitam dan ungu itu mengangguk hormat.
“Cantiknya cik Alis
hari ni. Macam perempuan melayu terakhir.” Ujar gadis itu lagi. Alis sambut
dengan gelak tawa. Bezanya dia hari ini kerana memakai pakaian sopan yang lain
dari kebiasaan.
“Awak pun apa
kurangnya.” Alis terus bergerak menuju ke bilik bersama beg dari jenama Gucci
di tangan. “Tan Sri dah masuk?” dia soal tatkala melihat bilik daddy yang masih kosong. Bukan ke tadi daddy keluar lebih awal dari dia.
“Tan Sri keluar jumpa
Dato Ismady. ”
Dato Ismady merangkap
bakal bapa mentua. Teringat persetujuannya semalam. Dia senyum lebar. Macam mimpi di siang hari tiba-tiba nak kahwin
dengan ex-boyfie sendiri. Sadis.
“Cik Alis!”
Alis kembali berpaling
melihat Auni yang berjalan mendekatinya.
“Kenapa awak ni?”
“Tak…tadi Rizal call saya dan dia apply cuti untuk seminggu.”
“Seminggu? Why?Lamanya dia apply cuti? Dah masuk sistem kenapa saya tak tahu? Dia menyoal
tegas. Bab cuti boleh suka-suka macam itu aje. ”
Auni angkat bahu. “Dia
tak cakap apa-apa Cik Alis. Dia cuma beritahu saya yang dia nak ambil cuti
seminggu. Itu saja.”
“Hmm…” Alis meneruskan
langkahnya semula. Rizal, salah seorang pekerjanya yang paling lama. lagi Rajin
dan tak berkira dalam soal kerja walaupun tugas Rizal hanya sebagai pembantu am
di pejabat ni. Bila tak ada Rizal pun susah jugak. Banyak dokumen yang perlu
dihantar memerlukan khidmat Rizal. Urusan keluar masuk cek ke akaun bank juga
selalunya melibatkan Rizal. Sebab akaun dia yang urus. Jadi memang memerlukan
bantuan Rizal. Kalau nak harapkan dia semua memang tak mungkin sempat.
Dia terus menuju ke
arah kerusi baldu bewarna hitam itu. Beg tangan diletakkan di kanan meja.
Fail-fail yang tersusun di hadapannya dikerling sejenak. Semua fail ini
memerlukan tandatangannya. Dia menekan button
on di komputer peribadi miliknya. Semalaman tidurnya tak tentu arah. Terasa
bayangan Amsyar datang mengganggu. Senyuman sinis lelaki itu terasa melekat
ditubir matanya.
Kau
boleh kembalikan hati aku yang mati disebabkan cinta kau dulu?
Kerana penghinaannya
hati Amsyar hilang rasa cinta. Sebaris kata yang hanya menuruti hati muda yang
sedang marah. Marah tatkala impian dan harapan untuk melihat lelaki itu menjadi
seperti apa yang dimahukan tidak tercapai. Hancur dan lebur tatkala lelaki itu menolak mentah-mentah kemahuannya. Dan di akhirnya, penghinaan itu yang keluar
dari bibirnya. Dia menyesal.
Mouse
segera dihalakan ke folder dokumen. Dia perlu hapuskan buat seketika ingatannya terhadap lelaki itu. Masih banyak kerja pejabat yang perlu perhatian kusyuk
darinya. Namun tiba-tiba pintu pejabatnya ditolak kuat. Dia terkejut dengan
tindakan Auni dan terus bangun. Terasa hendak marah.
“Kenapa ni Auni?”
suaranya sedikit meninggi. Dari pintu yang terbuka dia melihat kelibat beberapa
orang pekerja turut bangun. Dia nampak Auni begitu cemas.
“Rizal cik, Rizal!”
Auni gelabah.
“Kenapa dengan Rizal?”
“Rizal…Rizal…polis cari
Rizal.” balas Auni tergagap-gagap.
Alis terus bergerak
menuju ke arah Auni. Auni segera memberi laluan untuknya. Kelibat bebarapa
anggota polis sedang berdiri di hadapan meja menyambut tetamu itu dikerling
sejenak sebelum dia menoleh semula ke arah Auni.
“Awak bertenang… biar
saya yang uruskan” Pesannya sebelum bergerak laju menuju ke arah
anggota-anggota polis itu.
“Ya encik boleh saya
bantu?”
Anggota polis itu
berpaling.
Amsyar! Alis terlopong.
“Saya polis.”Dia tunjuk
kad kuasanya.
“Kami datang untuk
mencari pemilik nama Mohd Rizal bin Rahman.”Tegas suara itu menyapa gegendang
telinga. Dia pandang Amsyar yang kemas memakai baju t’shirt bewarna putih
dengan jacket kulit dari warna hitam.
Amsyar tenang menunjukkan kad kuasanya kepada dia. Dia ketap bibir sebelum
menggelengkan kepalanya. Amsyar langsung tak terkejut tatkala berhadapan
dengannya. Berbeza betul dengan dia. Dah
macam cacing kepanasan.
Memang dia dah lupa kau
Alis.
“Encik boleh masuk ikut
saya ke bilik saya.” Dia bergerak menuju ke arah biliknya.
Amsyar member isyarat
kepada rakan setugasnya yang lain. Da bergerak menurut Alis. Pengarah Urusan.
Biar betul?
“Ada apa yang boleh
saya bantu? Kenapa cari Rizal?” ujarnya semula. Dia mempersilakan Amsyar duduk
berhadapan dengannya. Dua orang lagi pegawai polis menanti di luar biliknya.
Meninjau kawasan sekeliling pejabat miliknya. Carilah Rizal memang tak datang
bertugas.
“Kenapa
cari Rizal?”
“Kat
mana Rizal?” soalan dibalas soalan. Wajah Alis macam orang bingung. Amsyar
pandang bilik serba mewah ini. Set sofa kulit bukan calang-calang orang boleh
masuk dan duduk. Bingkai gambar keluarga Alis tergantung di satu sudut. Sebenarnya
mata nak lari dari pandang Alis yang…emm, perlu ke dia puji orang yang dah
sakitkan hati dia.
“Rizal dicari bagi membantu siasatan untuk kes
bunuh teman wanitanya.” Akhirnya dia mengalah. Sebab dia masuk rumah orang.
“Hah!”
Degup jantung Alis kian
laju. Betulkah apa yang Amsyar cakapkan ni.
“Apa kes pulak sampai
bunuh-bunuh ni?” spontan keluar dari bibirnya.Tak mungkin Rizal sanggup
membunuh. Dia kenal Rizal. Rizal orang susah. Tak mungkin…tak mungkin. Bisik
hatinya lagi.
“Awak jangan nak
main-main dengan saya. Rizal tak macam tu. Saya kenal Rizal. Saya kenal pekerja
saya.” Alis bangun mundar mandir di belakang sofa. Dia lupa saat ini ada
perbezaan di antara dia dengan Amsyar.
“Maaf cik Alis, ini
tugas saya. Tugas saya untuk menyiasat kes ini. Rizal didapati terlibat dengan
kes pembunuhan teman wanitanya. Kami perlukan siasatan lanjut. Jangan sesekali
Cik Alis sembunyikan apa-apa maklumat tentang Rizal kepada kami.”
Suara Amsyar tegas
tatkala menyebut namanya, Amsyar kian tegas. Bagai melepaskan amarah dan
geramnya di situ. Dia tak percaya Rizal macam tu. Tak mungkin.
“Rizal tak akan buat
kerja bodoh tu. Saya kenal Rizal. Rizal tak bersalah.” Kali ini gilirannya pula
bertegas mempertahankan Rizal.
“Cik Alis, apa bukti
yang cik Alis ada untuk mengatakan yang suspek tak bersalah?”
Alis terdiam.
“Cik Alis, tugas saya
bukan untuk menuduh tanpa menyiasat. Tugas saya bukan terus jatuhkan hukuman
kepada orang tanpa bukti. Kami hanya mengesyaki dia terlibat. Kami perlukan
siasatan. Saya perlu menyiasat Rizal sebelum membawa kesnya ke mahkamah jika
dia didapati bersalah. Hanya mahkamah yang berhak jatuhkan hukuman. Bukan saya.”
“Tapi…”
“Alis Zahira! Tolong
hormat undang-undang. Undang-undang tak ada tapi-tapi. Yang salah akan tetap
salah. Kalau tak salah kenapa perlu dia menghilangkan diri. Kalau dia tak
bersalah dia boleh menyerah diri. Aku harap kau boleh bagi kerjasama. Jangan
cuba-cuba nak sembunyikan apa-apa.”
“Am, saya kenal pekerja
saya. Dia tak akan buat macam tu. Tak akanlah,” Dia cekak pinggang geram. Tak
puas hati cara Amsyar tinggikan suara macam tu. Amsyar pun terus bangun dari
duduknya.
“Kau dari dulu sampai
sekarang nak menguasai segalanya. Kau ingat semua kau boleh tafsir. Kau boleh
baca?Kau boleh kenal? Kau rasa kau hebat. Ini dah tugas aku. Kalau kau tak
mampu nak faham tugas aku jangan pulak kau halang kerja aku. Aku tak pernah
halang kau nak maki hamun aku dulu. Please
lah! Jangan nak cakap kau kenal pekerja kau. Kau ingat bila kau cakap macam
tu dia akan terus didapati tak bersalah? Aku bukan nak jatuhkan hukuman gantung
sampai mati untuk dia. Segala hukuman bukan aku yang tentukan. Tolong la, tolong
hormat undang-undang dan kerja aku.” Cukup dalam maksud untuk difahami.
“Tapi Am?”Alis tak puas
hati.
“Saya datang sini untuk
menyiasat suspek yang bernama Mohd Rizal. Boleh cik Alis bagi maklumat
berkaitan pekerja Cik Alis ni.”
“Saya tak akan bagi
maklumat pekerja saya sesuka hati saya.”
Amsyar mendongak
pandang Alis. Payahlah bila berhadapan dengan orang yang tak faham tugas dia
ni.
“Tolong Cik Alis bagi
kerjasama.”
“Apa yang saya dapat
kalau saya bagi kerjasama pada awak Inspektor Amsyar?” Alis menyoal sambil
angkat kedua-dua kening.
“Jangan nak ambil
kesempatan dalam keadaan sekarang Cik Alis.” Amsyar jawab dengan muka serius
dengan tangan yang bersilang di dada.
“Itu jawapan untuk
soalan saya tadi?” Alis menduga lagi.
“Dah tu kau nak aku
buat apa? Jangan main-main boleh tak?” Temperature
dah mula nak tinggi semula. Payah sungguh berhadapan dengan orang yang tak
faham tugas dia ni macam mana.
“Dinner. Pukul lapan malam. Inspektor Amsyar jemput saya ya. Nanti
saya bagi info.” Alis kau memang gila. Amsyar dah macam nak terkam mangsa. Dia
boleh buat permintaan macam tu.
“So
now I waste my time coming here without any information.” Alis
memang betul-betul menduga Tak kan dia
nak balik Ibu Pejabat tanpa dapat apa-apa maklumat. Dah tu masuk bukan main
lama lagi dalam bilik ni dia buat apa. Jual minyak urat.
“Okay, Rizal tak datang
kerja hari ni. Tak tahu sebab apa. Pagi ni saya dapat info dari setiausaha
saya. Itu sahaja.”Alis cuba menipu. Info yang dia dapat dari Auni Rizal cuti
seminggu. Kena simpan untuk dinner
malam nanti.
Amsyar di lihat
mencatit sesuatu ke dalam buku notanya.
“Boleh saya tahu dah
lama ke dia kenal teman wanitanya tu?”
“Am, urusan peribadi
dia tak kanlah saya nak masuk campur. Yang saya tahu Rizal tu memang sayang
sangat dekat girlfreind dia. Dia
pernah bawak perempuan tu datang sini. Pernah bawak ketika annual dinner syarikat. Dua kali kalau tak salah saya.”
“Peribadi Rizal yang Cik
Alis tahu?”
“Baik. Sangat baik.
Sebab tu saya tak boleh terima Am apa yang awak cakap. Rizal tak akan buat
macam tu. Tak akan.” Macam dah banyak pulak dia jawab.
“Manusia ni mudah
berubah. Ombak dengan pantai pun berubah. Inikan pulak manusia. Sanggup berubah
demi cinta. Bila-bila masa aje boleh lupa diri sebab cinta. Sebab
sayang.”Amsyar simpan buku nota kecil dalam poket bajunya. Siap perli Alis lagi
tu.
Ketegasan Amsyar
membuatkan dia tidak berani untuk menentang anak mata lelaki itu. Tidak seperti
lima tahun yang dulu. Dia menguasai segalanya. Sekarang cakap pun aku, kau.
Tapi itu bukan bermakna dia boleh biarkan Amsyar buli dia sesuka hati.
Amsyar berpaling semula
ke arahnya.
“Saya harap Cik Alis dapat bagi kerjasama
kepada pihak polis. Ini melibatkan kes bunuh. BUNUH. Terima kasih atas
kerjasama yang diberikan tadi.” Ujar Amsyar bergerak menghampiri pintu. Tombol ditarik lalu tersua wajah seorang lelaki yang agak berusia sebaya papanya di
muka pintu tersua.
“Daddy…” suara Alis menyebut dari belakang.
Daddy
Alis.. Amsyar yang berada ditengah-tengah antara dua beranak itu berpaling
melihat Alis melambai –lambai tangannya.
“Sorry dad, Alis pinjam bilik daddy
kejap.” Alis berdiri di sebelahnya.
“Kenapa ni? Ada apa?
Awak ni…
“Inspektor Amsyar,”
Amsyar jawab perlahan. Janganlah daddy Alis
ni buat pengumuman pasal dia. Harap-haraplah daddy Alis ni tak perasan dia anak Dato Ismady. Kalau tak hmm jahanamlah.
“Nanti Alis terangkan
kat daddy.” Alis mempersilakan Amsyar
keluar. Tan Sri Adam dah pandang pelik. Maknanya sekarang ni Alis dah kenakan
dia. Dia dah bajet Alis Pengarah Urusan yang mana berbezanya Alis dengan dia
macam langit dan Bumi. Tapi dia tak hairan pun. Alis anak tunggal dan tetap
akan jadi pewaris syarikat YNK Global Holdings ni. Itu hakikat.
Amsyar menghampiri dua
rakan setugasnya.
“Terima kasih di atas
kerjasama yang Cik Alis berikan,” ujar Amsyar hipokritlah.
Alis sekadar
mengangguk. Berlakon macam orang asing yang tak kenal. Padahal baru semalam
pertemuan mereka.
Amsyar…dia rindukan
Amsyar yang dulu. Amsyar yang romantik. Amsyar yang selalu memberinya bunga dan
coklat. Amsyar yang selalu menarik hidungnya yang tak berapa nak mancung ni.
Amsyar sekarang, hidupnya terlalu disiplin. Dia tetap yakin Rizal tak bersalah.
Rizal tak akan jadi pembunuh. Amsyar tak patut berkata pekerjanya macam tu. Tak
patut. Rizal tak bunuh sesiapa. Dia yakin itu. Tubuhnya sedikit bergetaran.
Perasaan takut menyelinap dalam diri. Tiba-tiba dia teringat tentang Rizal yang
memohon cuti selama seminggu pagi tadi. Allah! Rizal. Alis terduduk di kerusi
berhadapan dengan Auni.
“Cik Alis?”
Alis mendongak wajah
melihat Auni berdiri dihadapanya.
“Rizal disyaki bunuh
teman wanitanya.” Beritahu Alis berat. Gadis itu tersentak. Riak cemas jelas
terpamer diwajahnya sama seperti di awal kehadiran polis ke sini tadi.
“Saya tak percaya Rizal
buat begitu…”
Alis mendengus
perlahan. Kalau Auni tak percaya dia sendiri apa kurangnya. Daddy yang di dalam tu perlu ke dia
beritahu. Daddy tegas. Dia risau.
“Tolong rahsiakan hal
ni.” Ujarnya perlahan dan terus bangun. Dia yakin Auni boleh dipercayai untuk
menyimpan rahsia.
BUNYI
aplikasi WhatApps membuatkan makanan yang hendak disuapkan di dalam mulut
terhenti. Amsyar capai I Phone yang terletak di sebelah pinggan.
§ Tonight. 8.pm. Don’t late okay.
Alis ni tak faham
bahasa ke dia banyak kerja.
§ Bz.
§ Tak nak info ke? Tak nak sudah.
§ Kalau aku x dpt sumbat Rizal dlm
lokap aku sumbat kau dulu okay. Rahsiakan maklumat. Tak hormat undang-undang.
Siap
ada caption hidung besar dua dengan
jelir lidah lagi. Alis sudah mengekek ketawa.
§ Saya offer sekali je. Tak nak sudah
bukan saya yang rugi pun. Awak Inspektor Amsyar.
“Kurang
asam sungguh.” Tanpa sedar bibir melafaz kata.
“Kau dah angau dengan
minah mana pulak ni. Dari tadi asyik belek I phone tu. Depan rezeki ni I phone
tu campak tepi dulu.” Bebel Razif macam dia tak pernah pegang telefon waktu
makan.
“Kau ingat tugas macam
kita ni telefon boleh boleh main aci campak je. Tengah makan pun aku masih fikir
pasal tugas. Selagi tak dapat maklumat pasal kes pagi tadi aku punya selera
makan pun dah tahap zero.” Ayat nak
selamatkan diri semata-mata. Yang tak lalu makan sebab lain bukan sebab tugas
pun. Perlu ke dia cerita dekat Razif. Mahu mengekek ketawa si Razif ni nanti.
Baik dia simpan aje. Silent is better.
“Sebelum ni mana pernah
kau peduli I phone kau tu kalau waktu makan. Orang angau je yang selalunya
tengah makan pun sibuk-sibuk nak ber whatsapp ni.” Razif sengeh.
“Kalau aku cakap dekat
kau memang tak surprise kan? Tapi
kalau aku diam pun esok-esok orang akan tahu jugak.” Bab kahwin mana boleh nak
rahsia. Kena naik turun pejabat ambil dokumen sokongan. Surat kebenaran dari ketua.Yang pasti orang akan tahu.
Tambah-tambah dengan Razif. Razif satusatunya kawan yang paling rapat dengan
dia. Sama-sama dekat Pulapol. Anak cikgu ni.
“Lain macam ayat kau bro,” Razif terus bangun pergi sinki
yang berdekatan untuk cuci tangan. Amsyar nampak macam ada something aje. Riak wajah lelaki tu dia dah dapat baca. Berangan
aje depan rezeki sambil pandang telefon. Sempat dia intai dari dalam cermin
yang ada di tempat sinki tu.
“Aku nak kahwin bulan
depan,” ujar Amsyar tenang. Razif yang baru nak sedut air guna straw terhenti.
Tawanya meletus.
“Kau ni bro biar betul?” Razif tak percaya.
Amsyar ada awek pun tak. Nak kahwin dengan siapa. Kalau ada macam mana dia
boleh tak tahu pun.
“Seriuslah.” Jawab
Amsyar malas.
“Dengan siapa? Kenapa
cepat sangat. Tak ada angin tak ada rebut tup
tup nak kahwin ni. Kau jangan bro.”
Razif dah mula nak fikir yang bukan-bukan. Sebab cepat sangat.
“Habis kau ingat aku
macam kau. Nak jadi bujang terlajak.” Amsyar terus bangun sambil ketawa.
Manusia diciptakan berpasangan. Kalau dia nak kahwin tu apa yang pelik. Ini
bukan drama, bukan kisah dalam novel tapi ini kenyataan yang dia memang akan
kahwin dengan kekasih lama. Barang mainan lama yang dah lukakan jari kita elok
bagi dekat orang. Tapi dia terpaksa kutip balik. Nak renevote bagi elok balik. Bukan senang nak terima tapi dia okey je.
Bila lagi nak ajar Alis. Sakit bayar sakitlah.
PROTON SATRIA NEO
bergerak laju membelah malam yang kian berginjak ke pagi. Di luar kereta hujan
renyai-renyai sejak dari petang tadi. Cuaca sedikit sejuk membuatkan dia
memperlahankan penghawa dingin yang terpasang sewaktu mula bergerak dari tempat
kerjanya tadi. Dia nak sahaja cepat sampai ke rumah. Lepas habis dinner dengan
Alis dia terus masuk kerja semula. Masih ada tugasan yang ingin dia selesaikan.
Papa tak suka dia balik lewat-lewat. Papa memang tak faham kerjayanya sebagai
anggota polis. Semua orang boleh pandang dia buruk. Mereka tak tahu kerjayanya
ini satu kerja yang mulia. Kalau tiada keberanian dan kesungguhan hentikan
angan-angan untuk menjadi anggota polis. Papa pun sama macam Alis. Nak dia
mewarisi syarikat papa. Perniagaan supply barang Hospital tu bukan kena dengan
jiwa dia. Papa sendiri tak kenal anaknya macam mana. Inikan pula Alis
Hmm… Alis…Alis…
bibirnya menguntum senyum. Puas hati dia dapat buat Alis begitu. Alis patut
terima harga yang setimpal di atas kesakitannya dulu. Dia tak akan lupa Alis
hinanya macam mana. Alis cuba nak ajar dia. Cuba nak bentuk dia jadi macam mana
yang Alis suka. Alis silap bila mana melibatkan cita-cita dia tak akan
berganjak.
Sampai
sahaja di banglo tiga tingkat milik Dato Ismady dia segera keluar dari kereta.
Angin sejuk dari luar terasa menyapa muka. Niatnya untuk melepak dibatalkan.
Dia rindukan suasana kampung. Angin kampung yang terasa lebih segar. Dia
rindukan semua tu. Kalaulah nenek dengan tok wan ada lagi waktu ni tentu dia
boleh ceritakan segalanya pada mereka. Tapi mereka dah lima tahun
tinggalkannya. Cinta sejati nenek dan tok wan sehingga hujung nyawa. Kemalangan
yang berlaku sewaktu umat Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut hari raya
benar-benar buat hidupnya kosong. Nenek dan tok wan pergi meninggalkannya di
malam Ramadhan yang mulia. Peristiwa itu membuatkan hari raya sudah tiada makna
baginya. Lima tahun berturut-turut dia bertugas. Dengan rela menawarkan diri
untuk bekerja di hari raya. Dalam keterpaksaan itu dia ikut arahan papa agar tinggal
dengannya.
Al-fatihah
untuk nenek dan tok wan.
Pintu
rumah ditolak perlahan. Setiap kali dia balik penghuni di dalam rumah ni
masing-masing sudah sampai ke bulan agaknya.
“Ehem…”
bnenek kecil kedengaran. Amsyar berpaling ke arah ruang tamu tengah itu. Papa
masih berada di situ dengan sebuah buku di tangan. Dia bergerak menuju ke arah
papanya sebelum menyalami tangan lelaki itu.
Dato Ismady mengerling
jam di dinding. Tepat pukul dua tiga puluh minit pagi.
“Lewat lagi kau blik
hari ni?”
“Banyak kerja papa…”
“Hmm…kau dah fikir
masak-masak apa yang kau beritahu papa dalam telefon semalam?”
Amsyar angguk. Dia tahu
papanya sedang berbicara tentang perancangan mereka untuk snenekan dia dengan
Alis. Memang dia dah bersetuju. Tapi jangan harap kebahagiaan itu yang mampu
dia beri. Dia ada agendanya tersendiri. Dendam dalam diam terhadap wanita itu
masih menebal. Dia mahu ajar Alis dengan jiwanya yang kental ini. Dia nak Alis
tahu kekayaan tak mencerminkan segalanya. Dia nak ajar Alis hidup susah
walaupun dia tahu Alis sekarang sudah cukup hebat. Lihat saja cara Alis pagi
tadi. Walau dia nampak tenang hakikatnya dia sendiri terkejut melihat Anis yang
muncul di depan mata. Nyaris-nyaris ditipu yang Alis tu dah jadi Penagrah
Urusan. Hebat…Tapi Alis ingat dia duit banyak dia mulia. Mulia sampai nak hina
cita-citanya dulu. Itu tidak tepat Manusia yang tidak banyak duit tidak mulia lah? Itu yang
Alis silap dulu. Angan Alis terlalu tinggi. Kerana itu Alis hilang pedoman
dalam menilai mulia atau hina seorang manusia.
“Hmm…lamanya kau
fikir? Papa nak kau serius Amsyar. Ini soal masa depan kau. Kau dah jumpa budak
tu? Anak Tan Sri Adam rakan papa tu?”
Amsyar angguk.
Am lebih kenal dia siapa papa. Itu cinta rahsia. Sampa bila pun tetap rahsia.
Dan Amsyar sudah awal –awal lagi bersetuju. Bulan depan tu dia sendiri yang
pilih.
“Kau suka ke
tidak?”
Angguk. Entah.
Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya pada Alis sekarang. Suka atau tidak tu
belakang kira baginya.
“Kau setuju
tanpa bantahan?”
“Hmm...”Payah
nak cakap perkataan setuju tu banyak kali.
“Bila kau rasa
masa yang sesuai untuk langsungkan majlis tu?”
“Lagi cepat lagi
bagus. Papa dan mama je lah yang uruskan semuanya. Am sibuk sikit. Banyak kes
baru yang sedang berjalan. Bila dah dapat date
beritahu Am. Nanti Am mintak cuti dengan majikan. Am nak naik atas dulu papa.
Nak bersihkan diri. Kalau ada apa-apa lagi esok ajelah kita bincang. Lagipun
dah lewat ni papa. Pergilah naik tidur. Tak elok untuk kesihatan papa tu tidur
lewat-lewat. Buku tu esok-esok pun papa boleh baca lagi.”
Dia bangun untuk
bergerak menuju ke atas. Baru beberapa langkah kakinya terhenti. Dia berpaling
semula ke arah Dato Ismady.
“Papa, Am rasa
tak perlu nak buat majlis besar-besaran. Am tak nak.”
“Am lupa ke papa
siapa? Tak kan kita nak buat majlis kecil. Lagipun kau tu anak Dato Ismady, Am.
Perempuan yang kau nak kahwini tu pun anak kenalan papa. Papa tak nak dia cakap
bukan-bukan nanti.”
“Papa semua tu
tak penting pun. Yang penting nikah. Buat apa nak membazir. Am memang anak Dato
Ismady. Tapi Am bukan jutawan macam Dato Ismady dan Tan Sri Adam. Am ni polis
je papa. Am tak ada kepentingan langsung untuk buat majlis besar-besaran macam
tu.”
“Papa tak
peduli.” Dato Ismady bertegas.
“Tapi Am peduli
papa. Am yang nak kahwin. Am tak nak nak majlis besar-besaran macam tu.
Membazir.”
“Papa tetap nak
buat majlis besar-besaran.” Dato Ismady bangun dari duduknya. Dua beranak yang
tak ada satu persefahaman. Pada akhirnya si anak yang perlu mengalah mengikut
segala kehendak dari orang tuanya.
Amsyar geleng.
Payah betul nak lenturkan keegoaan papa.
“Papa, Am tak
perlu semua tu. Akad nikah yang penting,”
“Papa tetap
dengann keputusan papa. Kau suka atau tak majlis tetap akan berlangsung dalam
keadaan yang meriah dan besar-besaran. Papa nak undang semua kenalan papa. Kau
tak perlu risau. Papa akan uruskan semua.”
“Maksud papa
sekarang ni semua urusan perbelanjaan kahwin ni papa nak tanggung. Macam tu?”
Dato Ismady
angguk.
“Terpulanglah.”
Jawab Amsyar akhirmya. Kenapa nak buat majlis besar-besaran. Nak menunjuk yang
mereka mampu. Ada duit banyak. Macam tu? Menunjuk-nunjuk tu sifat keanak-anakan
je Anak-anak kecil je yang suka menunjuk-nunjuk barang permainan. Tak kan papa
nak dia jadi macam tu. Tujuk isteri cantik Hmm…cantik ke? Tunjuk yang diorang
mampu buat majlis gah. Anak Dato katanya. Padahal dia tak mampu pun. Bukan dia
yang Dato.
“Macam tak
bertanggungjawab pula saya ni kan papa bila papa yang nak kena tanggung majlis
kahwin saya.” Dia jawab tak puas hati.
“Kalau nak
tunggu dan harapkan gaji kau untuk buat majlis tu memang tak tercapai impian
papa nak buat majlis besar-besaran macam tu. Tak perlu kau nak fikirkan soal
majlis tu. Kau cuma prepare duit
belanja dan mas kawen aje.”
Senangnya cara
papa fikir. Lagi seronoklah Alis bahan dia nanti. Tak dapat jugaklah nak
buktikan kat Alis yang dia mampu. Aduh! Amsyar malas nak pening-pening. Setuju
ajelah dengan permintaan papa kau tu. Hatinya terus menyambung kata-kata. Kalau
bertekak dengan papa memang tak akan ada kesudahannya. Sudahnya dua tiga hari
baru nak bertegur sapa. Memang dari dulu dia tak bertentang angin dengan papa
sendiri.
“Terpulanglah.”
Amsyar terus bergerak
tinggalkan Dato Ismady di sofa mewah bewarna merah hati itu sebaik sahaja
berkata begitu.
Dato Ismady
mengerling ke arah anaknya itu sambil geleng kepala. Dia tak kira, dia dah
janji dengan Tan Sri Adam untuk buat yang terbaik jika anaknya mereka bersetuju
untuk berkahwin. Tiga hari tiga malam pun dia akan buat. Dia tak peduli Amsyar
setuju ke tidak.
“Amsyar nak jadi polis papa. Itu amanah nenek untuk
Amsyar. Dia nak tengok Am jadi polis macam Tok wan. Lagipun sejak kecil Am
tinggal dengan nenek dan tok wan. Jadi tak salah Am buat apa yang nenek suka.
Lagipun memang cita-cita Am nak jadi polis.”
“Habis syarikat papa tu siapa yang nak urus.”
“Jangan harapkan Am semata-mata papa. Am tak minat.
Jangan paksa Am. Adik Zarema ada papa. Mintak dia yang uruskan. Mintak dia yang
buat. Dia ada pendidikan dalam bidang tu. Bukan Am papa. Am tak berminat.”
Dato Ismady menarik kaca matanya. Dia gosok perlahan matanya yang terasa pedih. Dia
masih ingat ketegasan Amsyar waktu itu. Walaupun dia halang Amsyar tetap
berdegil untuk masuk Pulapol. Kalau tak disebabkan bondanya yang beria-ia dia
rasa, Amsyar masih boleh ikut kata-katanya. Tapi dulu, hidupnya hanya diperhambakan
untuk membuka empayar perniagaan Dia terpaksa tinggalkan Amsyar dengan bonda di
kampung. Sebab tu susah nak baca hati Amsyar. Dia bagaikan tak kenal anaknya
sendiri. Bila dia dah senang tak salah untuk dia banggakan apa yang dia ada.
Peduli soal Amsyar suka atau tidak.
Amsyar menolak
pintu biliknya. Penghawa dingin dipasang. Dia bergerak menuju ke jendela. Angin
luar terus menyapa ke wajah. Hujan renyai telah berhenti. Dia mendengus
perlahan. Beg yang masih tergalas di bahu diambil lalu diletakkan di atas katil
semula. Zip beg dibuka dan sekotok rokok Mild Seven dikeluarkan. Disiplin dalam
tugas tapi bila bab rokok tetap tak boleh tinggal. Jangan jadi lelakilah kalau
tak hisap rokok. Itu teori yang dicipta untuk dirinya sendiri. Tak ada kaiatan
untuk lelaki-lelaki lain di luar sana. Tapi dia bukan penghisap rokok tegar.
Sekotak ni seminggu agaknya baru habis. Sekadar suka-suka. Bila stress sangat barulah nak layan
sebatang dua. Itu yang Alis tak suka agaknya. Konon lelaki korporat tak hisap
rokok.
Nak cari yang
sempurna bukan dia. Kalau mama tahu dia hisap rokok ni siaplah kena bebel. Mama
ingat dia budak kecik agaknya. Yalah, tok wan dulu pun hisap rokok jugak.
Bahagia je hidup dengan nenek. Nenek siap balut rokok daun untuk tok wan lagi.
Aduh, rindunya kat kampung. Rumah arwah nenek dan tok wan yang dah lama
ditinggalkan.
Pemetik api
segera dinyalakan ke hujung rokok. Asap mengambil alih angin malam yang segar
dan masuk melalui jendela yang dibukanya tadi. Hujan pun sudah berhenti.
Tiba-tiba bunyi deringan telefon bimbit I phone
miliknya berbunyi. Rokok yang baru dihisap lekas-lekas dipadamkan apinya lalu dibuang
ke dalam tong sampah. Dia pantas mengambil I-phone yang berada di dalam beg.
Bimbang jika ada hal kecemasan yang memerlukan dia kembali semula ke pejabat.
Tapi sangkaannya meleset bila nama Alis Zahira yang tertera. Apa gadis ni buat
sudah lewat-lewat malam pun masih nak hubunginya. Tak cukup pertemuan makan
malam tadi.
“Hello!”
“Waalaikummusalam.
Kau dah kenapa? Tak tahu nak beza malam ke siang?”
“Rizal? Kenapa
kau ada maklumat tentang dia lagi?”
“Oh! Maknanya
dia ada hubungi kaulah nak cuti seminggu sebab mak dia sakit. Habis tu kenapa
kau tak cakap awal-awal waktu dinner
tadi. Sengaja kau nak buang masa aku jumpa kau. Sekarang dah pukul berapa. Bila
aku tanya tadi kau tak boleh nak jawab dengan betul ke? Kau main-main sebab
benda tu tak kena dekat diri kau.” Alis jumpa dia makan malam konon nak bagi
dia maklumat. Alis cakap Rizal apply cuti
tiga hari tadi. Sekarang dah seminggu. Seminggu boleh jadi sebulan. Lesap
terus. Ingat dia nak biarkan macam itu aje. Alis ni memang nak bagi dia angin
satu badan.Tak perlu pun nak sembunyikan maklumat apa-apa. Dia akan siasat
sampai jumpa siapa pembunuhnya.
“Kau nak apa
lagi?” soalnya tatkala Alis masih berada di talian.
“Am dah balik
kerja?” soalan Alis memang macam budak-budak-budak baru nak up. Tak payah soal dia. Selama hari ni
pun bukan ada sesiapa pun peduli dia.
“Kenapa beria-ia
kau beritahu aku malam ni.”
“Alis nak jumpa
Am lagi esok.”
“Jumpa esok?
Tengoklah.”Button cancel terus
ditolak di skrin. Talian diputuskan olehnya.
“Kau tunggu
langit tu tinggi ke rendah ye sayang.”
Amsyar terus
bangun mencapai tuala yang terletak dirak tuala. Tuala bewarna biru itu
disangkut di bahunya. Dia menyanyi-nyanyi kecil sebelum masuk ke dalam bilik
air. Seronok pula tiba-tiba. Seronok atas alasan yang dia kurang pasti.
Barangkali gembira dapat sakitkan hati Alis. Entahlah.
Malis Corner Danau Kota
“Am nak bawak
Alis dinner kat sini je?” Alis muka
kelat pandang dia tak puas hati.
“Dah tu kau nak
dinner kat mana? Hotel lima bintang.
Sorry tak mampu.” Amsyar tolak pintu kereta dan keluar.
Alis muka masam
tolak daun pintu ikut dia keluar. Punya cantik dia pakai last-last Amsyar bawak dia datang sini.
“Senyum sikit.
Ramai lagi orang susah yang tak dapat makan sedap-sedap. Sini pun dah cukup
sedap. Syukur. Belajar bersyukur.” Ujar Amsyar tenang. Dia bergerak masuk ke
dalam. Port dia dengan Razif. Nasik lemak yang paling best area ni. Terubat rindu dekat arwah nenek dan tok wan sebab
dulu dia selalu bawak mereka datang sini. Bahagia waktu itu dapat bergurau
senda dengan diorang berdua. Nenek romantis
“Duduk situ aku
ambilkan.” Amsyar ketuk meja dengan jari. Isyarat agar Alis duduk di situ.
“Cepat sikit.”
Balas Alis tak puas hati.
“Sabar sikit.”
Jawab Amsyar sambil menuju ke kaunter. Nasik lemak special dua jadi
pilihan Selesai buat pesanan dia bawak
dulang yang berisi nasik lemak ke kaunter sebelah. Milo kosong ais dua.
“Betul ke awak order air tu?” soal Alis.
“Masih ingat apa
yang Alis Zahira suka.” Dia balas rileks.
“Sudu?”
“Nampak sinki tu
pergi basuh tangan. Jangan nak belagak sangat.” Selamba dia cakap. Muka tak
puas hati Alis tersua. Habuan…ajak lagi dia dinner
konon.
“Awak tak boleh
ke nak tolong ambilkan saya sudu dan garpu?”
“Aku bukan kuli
kau.” dia terus suap nasik ke dalam mulut. Terasa hendak ketawa tengok wajah
Alis. Itu baru sikit. Banyak lagi yang kau perlu hadap.
Amsyar pusing
pancuran air paip dia atas kepala. Senyum dan terus tersenyum mengingati makan
malam yang tak berapa nak indah tadi.