Tuesday, December 27, 2011

Hangatnya Cinta - Bab 19


JAM sudah menunjukkan pukul 10 malam. Iskandar masih lagi kusyuk mengadap komputer ribanya. Masih banyak lagi kerja yang perlu di selesaikan. Kerja tak pernah habis malah makin banyak. Dunia perniagaan yang penuh cabaran dan persaingan kadangkala memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Dia bersyukur di dalam hati dengan rezeki kurnian Tuhan.Tidak semua yang berjaya sepertinya. Ada juga rakan-rakannya yang baru dapat dua tiga projek sudah jatuh bankrup.

Kadangkala kesibukan ini juga membuatkan dia terlupa kepada hal-hal yang lebih penting. Terlupa kepada isterinya sendiri. Kerana sikap alpanya Nur Nilam yang terpaksa tanggug derita. Mujur kecederaan yang Nur Nilam alami tidak teruk. Lukanya sikit tetapi agak dalam. Sebab itulah darahnya agak banyak mengalir siang tadi. Dia tidak sepatutnya biarkan Nur Nilam pergi makan seorang diri siang tadi. Kalau tidak lagi malulah dia dengan ibu mertuanya. Sudahlah dia masih malu dengan apa yang terjadi. Di tambah-tambah pula.Puas jugalah dia tahan telinga dengar nasihat dari ibu mertuanya tadi. Nak buat macam mana lagi tahan sajalah.

Telefon bimbitnya yang berdering membuatkan dia sedikit terganggu. Dia pantas mengambil telefon bimbit yang terletak di hadapannya itu. Tiada nama pemanggil yang tertera membuatkan dia terfikir samada mahu menjawab atau tidak. Siapa pula yang menelefonnya malam-malam begini. Tak mungkin soal kerja.

“Hello..”soalnya sebaik sahaja punat hijau ditekan. Perasaannya tiba-tiba sahaja rasa berdebar. Entahlah kenapa?Dia tidak pasti.

“Is..”kali ini dia tergaman. Bahkan terdiam seribu bahasa. Suara itu untuk sekian kali mengganggu ketenangan hatinya. Membuatkan hatinya bercampur baur. Perasaan amarah umpama air sungai yang mengalir. Laju sahaja terasa bahangnya.

“Kau nak apa lagi? Kau tak faham apa aku cakap? Aku dah tak perlukan kau dalam hidup aku. Hey!Tolonglah jangan ganggu aku lagi. Kalau aku boleh biarkan kau bahagia dulu kenapa sekarang kau tak boleh buat benda yang serupa macam mana aku buat!Please la!”

I minta maaf Is..I cuma..Cuma nak minta bantuan you. I benar-benar perlukan bantuan you. I tahu you bencikan I..Tapi, I merayu pada you Is..anak I sakit. I perlukan pertolongan you. Hanya you saja yang boleh tolong I Is..Tolonglah I Is..”suara di hujung talian putus-putus dek tangisan yang menderu.

Iskandar terdiam. Tangisan Kamalia untuk apa?Untuk meraih simpatinya? Ya Allah..apa yang harus aku lakukan. Bayi itu tidak bersalah. Aku tak patut menghukumnya hanya kerana dia anak kepada wanita yang pernah membuatkan luka di jiwaku. Ya Allah...

“Is..tolong Is..I benar-benar perlukan bantuan you. Badan anak I panas Is..I tak sanggup lihat dia begini. Dia tak bersalah Is..Tolong I..”

“Semalam you call untuk minta tolong I agar terima you?Hari ini alasan you call i sebab anak you? Alasan apa lagi yang you nak bagi lepas ni!”

“ Is..itu bukan alasan Is..Tapi I benar-benar terdesak. I tak ada sesiapa untuk minta tolong kecuali you saja. I merayu sangat...Tolonglah I is..”Kamalia berkata lagi dalam esak tangisannya.

You nak I tolong apa?” Iskandar yang agak lama terdiam akhirnya mengajukan persoalan berikut.

“Bawa anak I ke hospital..”

You di mana sekarang?”

“Hotel Cititel Mid Valley..”

“Okey!”

Talian di putuskan. Iskandar menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia tidak pasti samada betul atau tidak apa yang dia buat. Suara Kamalia meruntun simpati di tangkai hatinya. Seboleh-bolehnya dia tidak ingin lagi menyingkap kisah-kisah duka kerana yang dia mahu hanya bahagia. Apatah lagi, hatinya benar-benar sudah memilih Nur Nilam. Bahkan dia sendiri tidak mahu nama Kamalia itu di sebut lagi. Tapi, hatinya tiba-tiba sahaja simpati pada bayi kecil itu kerana bayi kecil itu memang tidak bersalah. Mujur petang tadi dia bergegas meminjam kereta milik kakaknya Izreen sementara keretanya masih di dalam bengkel. Kalau tidak dia sendiri memang tak dapat nak tolong.

Dia segera bangun dan menapak perlahan untuk keluar daripada bilik kerjanya itu.  Perlahan-lahan langkah kakinya di atur menuju ke biliknya yang bersebelahan sahaja. Masuk sahaja ke dalam bilik matanya terpandang kepada wajah Nur Nilam yang sedang lena di buai mimpi indah. Kain anduh yang dibalut di kepala Nur masih belum dibuka. Tapi darah sudah berhenti keluar. Dia tersenyum. Wajah isterinya pucat namun cukup mendamaikan hati yang tengah serabut.

Dia segera mengambil kunci kereta yang terletak di atas almari solek itu. Topi di capai lalu disarungkan di atas kepala. Sekilas dia memandang tubuhnya di cermin. Dengan cahaya lampu tidur yang samar-samar penampilannya kelihatan agak ringkas sahaja. Dengan t’shirt kelabu dan seluar pendek warna hitam. Rasanya tidak ada apa yang perlu di tukar. Biar begini kerana dia hanya ingin menghulurkan pertolongan bukan mahu pergi dating.!

Sebelum berlalu keluar sempat dia mengucup dahi Nur Nilam. “Maafkan abang sayang..abang benar-benar bersalah sebab biarkan sayang pergi makan seorang diri tadi. Semoga sayang cepat sembuh..”bisiknya perlahan sebelum menapak perlahan keluar dari bilik itu


Perjalanan hanya mengambil masa selama setengah jam sahaja dari rumahnya. Waktu sudah semakin menginjak ke malam. Waktu-waktu begini jalan memang lengang sahaja. Sebaik sahaja sampai di hadapan Hotel tersebut dia sudah melihat tubuh Kamalia yang sedang mengedong bayinya. Ah!Hatinya semakin resah untuk berhadapan dengan wanita itu.

            “Terima kasih, Is kerana sudi datang. Awak terlalu baik..”tutur Kamalia sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta Iskandar.

            I buat semua ini bukan sebab you! Tapi sebab I simpatikan anak you! I bukannya tak ada hati perut macam you!”balas Iskandar agak sinis.

            I menyesal Is dengan apa yang I dah buat pada you. I tak sepatutnya tinggalkan you dulu..”

You tak perlu nak ungkit atau nak timbulkan kemarahan di hati I. You menyesal macam mana pun keadaan tetap tak akan berubah kembali seperti dahulu. Lebih baik you berpijak di bumi yang nyata!”

I hanya ada you Is..harapan I hanya pada you..”

“Harapan?!Harapan apa lagi?Semuanya dah hancur!Hancur!”

“Tidak Is..Kita masih ada peluang. Kita masih boleh bina kembali semuanya. Tolonglah Is..terima saya kembali..saya sayangkan awak Is..Cinta saya..

“Cukup!!Hati aku ni dah tak ada untuk orang macam kau!Kau tak faham ke?Kau dah hancurkan semuanya sekarang kau mintak aku untuk sama-sama membinanya kembali?Cinta aku dah mati untuk kau..!”

            Kamalia terdiam mendengarkan kata-kata itu. Ada air mata yang bertakung di kelopak matanya. Kenapa aku perlu terasa dengan semua kata-kata dia. Memang aku yang bersalah. Aku meninggalkannya saat cinta  cinta sedang mekar mewangi. Aku tahu dia terluka? Tapi wajarkah aku di layan sebegini rupa. Bisik hati Kamalia lagi. Sedaya upaya dia cuba bertahan agar air mata yang sedang bertakung ini tidak gugur. Sesungguhnya dia tidak mahu Iskandar mengatakan yang dia hanya ingin meraih simpati semata-mata. Kepercayaan itu benar-benar telah luput dalam diri Iskandar.

            Kini, dia benar-benar merasa apa itu ertinya kehilangan. Iskandar bukan lagi seperti yang dia kenali dulu. Cinta itu sudah semakin jauh untuk digapai semula. Sudah semakin tiada tunasnya. Setiap patah kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar merobek-robek hatinya. Kalaulah dia dapat undurkan kembali putaran masa, ingin rasanya dia membetulkan segala salahnya. Sudah pasti dia tidak akan mensia-siakan lelaki sebaik Iskandar. Namun, dia terlalu ikutkan kata hati. Terlalu ikutkan nafsu yang beraja di hati. Jadi, inilah yang harus di tempuhinya. Perjalanan yang amat menyakitkan.

             Mereka sampai di hadapan klinik 24 jam itu tepat pukul 11.30 malam. Iskandar membatu di dalam kereta. Bersusah payah Kamalia cuba untuk membuka pintu dengan sendirinya. Karl yang sedang nyenyak tidur merengek apabila tubuhnya terasa digerakan. Kesian Karl..Karl tak bersalah sayang. Mama yang bersalah. Bisik hatinya lagi sambil keluar dari perut kereta. Suhu badan Karl semakin panas. Mungkin perubahan cuaca yang menyebabkan dia mudah di serang deman begini.

Pantas sahaja dia berjalan menuju ke kaunter pendaftaran sebelum jururawat memanggilnya masuk ke dalam bilik. Sejenak dia memerhatikan di luar klinik. Iskandar masih ada di dalam perut kereta. Tak mengapalah jika Iskandar tidak mahu menemaninya. Lagipun Iskandar bukan ada kaitan dengan Karl. Karl bukan darah dagingnya. Iskandar sudah menolongnya pun sudah di kira cukup bagus. Dia cuba pujuk hati lagi.

Iskandar menyandarkan badannya. Radio yang terpasang di kuatkan sedikit. Matanya di pejamkan rapat-rapat. Cuba untuk mendamaikan jiwa yang berkocak dengan seribu macam rasa. Terlalu banyak yang berlaku kadang kala tak terjangka dek akal fikiran. Dia benar-benar merasa keletihan. Sejak dari pagi sampai ke malam tak pernah selesai urusannya. Aduhai..letihnya baik fizikal dan mental.

***

Ketukan di cermin kereta berulang kali mengejutkan dia yang baru sahaja terlelap. Dia kembali ke alam nyata. Pintu kereta yang di kunci tadi di buka semula. Kamalia masuk ke dalam perut kereta dengan mendukung Karl yang sedang merengek-rengek manja.

“Maaflah sebab saya menyusahkan awak..”

“Hmm..”

Entahlah Iskandar tidak tahu samada pertolongan yang dia hulurkan ini ikhlas atau tidak. Sedangkan di dalam hatinya dia rasa pedih melihat wajah ini. Bahkan mendengarkan suara ini juga membuatkan dia diburu dengan bermacam-macam rasa. Antara benci dan simpati kadangkala sudah bercampur menjadi satu. Dia bencikan Kamalia yang curang dalam bercinta dan dia juga masih ada simpati untuk bayi kecil ini yang tidak bersalah.

“Kenapa dengan dia?”soal Iskandar sambil kereta terus  di pandu dalam kelajuan yang biasa sahaja.

“Panggil saja Karl..Mohammad Iskandar Haikarl. Tak ada apa cuma deman sahaja. Mungkin perubahan cuaca agaknya..”balas Kamalia pula sambil menepuk lembut Haikarl agar terus tidur. Suhu badan anaknya masih panas.

Iskandar telan liur. Kenapa pula mesti ada nama Iskandar pada pangkal kedua nama anaknya itu. Ah!

You tahu Is..I sengaja letakkan nama you pada nama anak I..sebab I nak dia jadi seorang lelaki seperti you.”

“Apa you merepek ni Kam!”

I nak selalu ingat pada you. I nak you tahu Is..I tak pernah lupakan you!Never!”

Enough!!Kau jangan nak cakap macam ini lagi pada aku. Kau tak faham ke yang aku dah benci sangat pada kau!Bertahun aku tersiksa sebab perempuan yang tak tahu nak menghargai cinta macam kau. Kalau aku tahu macam ni, aku tak tolong kau!”bentak Iskandar kuat. Karl yang baru sahaja terlelap kembali terjaga. Terkebil-kebil mata bayi comel itu. Nyata dia terlalu kecil untuk menilai semuanya.

Kamalia bungkam. Cecair jernih yang cuba ditahan akirnya menitis jua. Apalagi yang harus di depani selepas ini. Iskandar terlalu benci akan dirinya. Sangat-sangat benci. Dia merasa sangat kecewa. Semenjak dia pulang hanya air mata yang mengiringi perjalanannya. Dia tidak peduli jika Iskandar sudah berkahwin sekalipun kerana dia hanya mahu lelaki itu dalam hidupnya. Hanya Iskandar!

Bagi Iskandar pula Kamalia seolah-olah menambah bara dalam luka. Dia tidak mahu lagi dengar kata-kata cinta dari perempuan yang tak tahu untuk menghargai cinta. Dahulu, Kamalia terlalu tegar meninggalkan dia. Kini, dengan mudahnya dia mahu menagih kembali kasih sayang yang hilang sedangkan dia tahu kasih sayang itu bukan miliknya lagi. Untuk apa lagi nyanyian rindu kerana semuanya sudah hilang di bawa angin yang menderu.!


Iskandar tiba di rumahnya waktu jam sudah menunjukkan ke angka 12 malam. Badannya minta segera di rehatkan. Perlahan sahaja pintu bilik di tolak bimbang jika Nur Nilam terjaga. Namun, sangat jelas di matanya kini Nur Nilam sedang memandang tepat ke arahnya.Alahai..macam tak boleh nak rehat dengan segera je.

“Sayang, kenapa tak tidur lagi ni?Kenapa bangun pula..”soal Iskandar sambil menghampiri Nur Nilam. Dia naik di atas katil sambil duduk memandang Nur Nilam yang sedang bersandar itu.

“Abang ke mana?”

“Er..hmm..abang..abang..alah, sayang tidurlah ek..”

“Nilam tanya abang ke mana? Abang pergi berlumba lagi ke? Kenapa dengan abang ni. Abang lebih pentingkan semua tu dari Nilam ke?”

“Kenapa dengan sayang ni?Sayang dah lupa ke yang sayang dah rosakkan kereta abang siang tadi. Nak berlumba pakai waja Kak Reen ke?Kalahlah abang kalau guna waja tu..”

Tawa Iskandar meledak melihat muka tak puas hati Nilam. Kepala masih di balut pun boleh lupa lagi. Masih mahu menuduhnya pergi berlumba. Padahal sudah lama juga dia tidak pergi berlumba.

“Hai sayang..agaknya sebab luka di kepala sayang tu kot yang buat sayang lupa?”kali ini tawanya semakin meleret-leret. Terasa lepas beban dapat gelak macam tu. Hilang habis keserabutannya dek kata-kata Kamalia tadi. Yang ada kini, senyuman baik di hati mahupun di bibir.

“Abang!Heeeiii..abang nak cakap Nilam tak betul ke!”

“Eh..abang ada sebut ke?Rasanya tak ada pun sebut. Tapi, kalau Nilam perasaan macam tu..Tak apalah, abang tak kisah isteri abang tak betul pun sebab abang sayang sangat-sangat dah. Tak betul pun tak betullah. Nak buat macam mana...”

Kali ini Iskandar tidak ketawa lagi tetapi cuba nak buat muka selamba. Riak wajah tak puas hati masih lagi merenung tajam padanya. Segera dia merebahkan badannya lalu matanya di pejamkan rapat-rapat. Bibirnya masih mengukir senyuman. Meleret-leret sebelum dia terasa pipinya dicubit kuat.

“Aduhhhh!!”

“Padan muka!”

“Sakitlah sayang...”

“Habis abang ingat Nilam tak sakit?Hati Nilam ni lagi sakit tahu tak.!”

“Okey..okey..abang ada cara macam mana nak hilangkan sakit hati sayang tu,”kali ini dia kembali duduk mengadap muka isterinya itu sambil tangannya memegang jari jemari Nur Nilam.
            “Macam mana?”

“Tidur! Bila kita tidur otak dan hati kita dah tak fikir apa-apa lagi. Selamat malam sayang...”bicara Iskandar  sambil merebahkan badannya kembali. Pantas sahaja tangannya menarik kain selimut agar menutupi seluruh tubuhnya. Tidak mahu memandang muka tak puas hati Nur Nilam lagi kerana sekarang pun dia sudah puas menahan tawa di sebalik kain selimut yang menutupi tubuhnya. Hehehe...


mood: Rindukan seseorang yg telah lama hilang..ekekeke...

Monday, December 26, 2011

DSRC - Bab 18


NAZIRAH  memerhatikan gelagat Fauzie dari dalam kereta. Di balik kaca mata hitamnya dia masih mampu melihat gelagat Fauzie dengan jelas. Entah dengan perempuan mana pula lelaki itu berbicara.  Bukan main mesra lagi gelagat mereka berdua.  Pedih hatinya masih berbekas akibat kejadian semalam. Tergamak Fauzie memalukannya sebegitu sekali.  Hanya kerana  Arisya.  Istimewa sangatkah wanita itu, sampai Fauzie sanggup memperlakunya sebegitu.
Dasar lelaki buaya, habis madu sepah dibuang.!” Nazirah berkata kuat dan segera keluar dari kereta.  Tidak puas hatinya selagi tidak bersemuka dengan Fauzie.   Dia mahu bersemuka dengan Fauzie dan dia harus tahu siapa perempuan yang begitu mesra berbual dengan Fauzie itu.
“Hebat awak Encik Fauzie.!!! Ini mangsa yang keberapa?!!!” Ucap Nazirah  dengan agak kuat sebaik sahaja dia menghampiri meja mereka.  Serentak dengan itu juga kedua-duanya berpaling.  Mujur Fauzie memilih untuk duduk di meja yang terdapat di hujung restauran.  Jika tidak mahu tersentak juga pelanggan lain yang sedang menikmati hidangan makan tengahari di restauran itu.  Perempuan di hadapan Fauzie juga agak terkejut dengan kedatangan Nazirah yang secara tiba-tiba. 
 “Please Nazirah. Jangan buat hal di sini.”Tutur Fauzie perlahan namun masih mampu di dengari oleh perempuan yang berada bersamanya itu.
“Oh! buat hal.  Habis betina ni siapa!?” Kedengaran sekali lagi suara Nazirah bertanya dengan kuat sambil jari telunjuknya tepat ke arah gadis itu.
“Encik Fauzie saya rasa...
 “Hey betina baik kau diam!!” Belum sempat perempuan tersebut menghabiskan kata-katanya Nazirah sudah memotong.  Tercengang Fauzie di buatnya.  Nazirah sudah melampau.  Serentak dengan itu juga perempuan di hadapannya itu bangun. 
Excuse me Encik Fauzie, saya tarik dirilah untuk mendapatkan perkhidmatan dari syarikat awak.  Saya tak perlu nak terlibat sama dengan semua ini. Thanks you.”  Tutur perempuan itu lagi sambil merenung tajan ke arah Fauzie dan Nazirah.
“Nanti dulu Cik Shuhada, kita masih boleh bincang.  Tutur Fauzie pula.  Dia juga tidak menyangka sampai begini sekali akan terjadi.Nazirah bukan sahaja sudah memalukannya di depan pelanggan syarikatnya malah turut membuatkan syarikatnya kehilangan seorang pelanggan. Yang lebih parah, pelanggan ini adalah pelanggan Arisya.  Dia cuma menggantikan tempat Arisya yang bercuti. 
“Terima kasih Encik Fauzie.  Saya sudah tak berminat.” Tutur  Cik Shuhada  dan segera mencapai begnya sebelum berlalu keluar meninggalkan Fauzie dan Nazirah yang dalam keadaan terpinga-pinga.  Mungkin menyedari kesalahan yang telah dilakukan.
Nampaknya dia telah tersilap membuat penilaian untuk sekian kali. Lebih teruk, perempuan yang di tuduhnya tadi adalah pelanggan di syarikat Fauzie. Tapi dia peduli apa.  Lantaklah apa yang terjadi.  Janji hatinya puas.
Fauzie merenungnya dengan pandangan yang begitu tajam.  Tiada lagi senyuman yang terukir di bibirnya.  Amarahnya pada Nazirah menyala-nyala, hanya menuggu masa untuk di lepaskan.  Mujur dia masih menyedari di mana dia berada.  Jika di pejabat, memang teruk perempuan ini diajarnya. Dasar perempuan tak bermaruah! Bentak hatinya lagi. 
Dia segera mengambil fail-failnya sebelum berlalu keluar meninggalkan Nazirah.
“Awak ingat saya nak biarkan awak macam tu je.!Awak silap Fauzie!” Ucap Nazirah sebaik sahaja dia menghampiri Fauzie yang sedang berjalan menuju ke tempat parking kereta.
“Hey perempuan! Sebelum apa-apa jadi di sini lebih baik kau pergi!!” Balas Fauzie pula.  Sikap Nazirah memang mencabar kesabarannya yang sudah semakin tipis ini.
“Senangnya awak cakap.! Awak mesti bertanggungjawab atas apa yang awak dah lakukan !” Balas Nazirah pula.
“Hey betina! Aku tak pernah anggap kau tu girlfreind aku pun. So, kau tolong sedar diri sikit.!  Aku tak ingin tengok muka kau lagi.!  kau boleh blah!! jangan ganggu hidup aku lagi.  Perempuan macam kau petik jari pun aku boleh dapat.! Kau faham.!!” Jerkah Fauzie kuat.
Dia segera masuk ke dalam kereta lalu enjin kereta segera di hidupkannya. Nazirah terpinga-pinga di situ. Pengakuan Fauzie bukan sahaja melukakan hatinya bahkan bagai menikam-nikam jiwanya saat itu.  Sama sekali dia tidak menduga, hanya kerana peristiwa yang terjadi kelmarin Fauzie terus menghinanya malah turut menganggapnya sebagai perempuan yang bagaikan tak punya maruah.  Hanya digunakan untuk pemuas nafsunya cuma.  
Semuanya gara-gara  Arisya! Jaga kau Arisya! Aku akan ajar kau cukup-cukup. Biar kau tahu, siapa Nazirah.!! Jahanam kauuuuu!!!!!”
 Cukup kuat jeritan Nazirah sehingga masih mampu di dengari oleh beberapa orang awam yang berada di kawasan tempat letak kereta tersebut. Semua memandangnya dengan pandangan yang penuh curiga.  Ah! dia peduli apa!
***
“WOI  Risya,! bangun Risya! Awat dengan hang  ni dari semalam lagi asyik terperap dalam bilik.  Makan tidak apa pun tak!” Gerakan Emilia telah mengejutkannya dari tidur yang panjang.  Entah dari pukul berapa dia terlelap.  Dia sendiri tidak sedar.  Emilia masih menanti jawapan dari setiap persoalan yang di tanya.  Namun Arisya hanya membisu diam seribu bahasa.
  Emilia memandang wajah temannya itu yang sangat pucat, lemah tak bermaya. Lantas dia menyoal untuk kali yang kedua.  Namun, Arisya masih dalam keadaan yang sama.  Merenungnya dengan pandangan yang kosong.
“Kenapa ni Risya? Siapa yang buat hang macam ni.! Aku risaulah tengok hang macam ni.?” Soal Emilia lagi.  Arisya yang di kenali bukanlah pendiam sebegini.  Arisya suka berceloteh, walaupun dalam keadaannya yang masih baru bangun tidur.  Tapi tidak hari ini.  Entah mengapa, dia sendiri tidak sempat bertanya.  Bila dia pulang kerja semalam, Arisya sudah tidur.  Hari ini pula tiba-tiba sahaja  Arisya memohon cuti.  Arisya bukanlah seorang yang suka mengambil cuti tanpa ada hal-hal penting yang berlaku.
“Hati aku sakit...sakit..” Tutur Arisya perlahan.  Emilia memandangnya dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.
“Bagitahu aku Risya.!”
“Aku tak tahu apa salah aku. Kau masih ingat perempuan seksi yang bersama mamat tiang tu.?” Arisya bertanya.
“Mestilah aku ingat. Kenapa? apa kena mengena dengan dia.?” Emilia bertanya meminta kepastian.  Masakan dia lupa perempuan seksi tu.
“ Dia tampar aku Emi..” Arisya bersuara perlahan.
Why!?kenapa sampai jadi macam ni.?” Keras suara Emilia menyoal.
“Semuanya kerana mamat tiang tu! Aku benci dia Emilia. Aku benci!” Arisya separuh menjerit.  Emilia segera mendapatkan Arisya.  Cuba menenangkan Arisya yang seperti kebuntuan.
“Tapi, apa salah dia Risya.?”
“Ada yang lebih sakit dari tu Emi.  Sakit aku lebih hebat dari tamparan yang aku terima dari perempuan seksi itu.” Emilia semakin tidak faham. 
“Siapa yang menyakiti hati hang ni.!” Berapa banyak langsung hah..!”
 “Khyrill...Rill, Emi.”
 Arisya sudah mula bercerita tentang kejadian yang berlaku.  Tentang segala salah faham yang berlaku antaranya dengan Nazirah. Malah salah faham yang terjadi antaranya dengan Khyrill.  Semuanya kerana Fauzie yang  telah menjawab panggilan yang di buat oleh Rill tanpa pengetahuannya.  Membuatkan lelaki yang di cintainya bersikap sampai sedemikian rupa.  Sangat menyakitkan bila insan yang kita sayangi sanggup berbuat begitu.
 “Menuduh tanpa sempat aku berikan penjelasan.”  Arisya bersuara lagi.
 What!? Aku tak percaya Khyrill macam tu.  Hang jangan nak buat lawak Risya!” Emilia pula bersuara.
“Aku sendiri masih tak percaya Khyrill bersikap macam tu, itu bukan Khyrill yang aku kenali.....” Air mata kembali mengalir di pipinya.  Jelas terpancar rasa kecewa di balik raut wajahnya.  Sukar untuk di mengertikan mengapa Khyrill bersikap begitu.  
Emilia di sebelahnya turut terdiam.  Seperti mana Arisya yang mengenali Khyrill, begitu juga dengan dia.  Khyrill yang di kenali bukanlah seperti apa yang Arisya cerita tadi.  Mengapa Khyrill sanggup melukakan hati sahabatnya ini.  Sebuah pertanyaan yang dia sendiri tak punya jawapan.
“Bersabarlah. Mungkin Khyrill tengah tension kot. Hang jangan macam ni.  Risau aku tengok.” Tutur Emilia lagi.  Hanya itu yang mampu diberikan kepada sahabat baiknya ini.  Dia tidak rela melihat air mata terus membasahi di pipi Arisya.  Arisya mesti kuat, walau apapun yang berlaku Arisya mesti terus tabah.  Memang onak dan ranjau percintaan, penuh dengan dugaan.  Tambahan pula percintaan jarak jauh antara Arisya dan Khyrill.  Pasti ujian yang datang melanda lagi hebat. Kesian Arisya.














Wednesday, December 21, 2011

Hangatnya Cinta- Bab 18

Hari kedua memulakan kerja Nur Nilam sudah mula di timbunkan dengan fail-fail yang berselerak di atas mejanya. Di dalam masa yang sama dia mula belajar daripada Iskandar bagaimana caranya hendak mengisi borang tender sampailah kepada penetapan harga. Biliknya pula hanya bersebelahan dengan bilik Iskandar jadi kalau ada apa-apa yang dia tidak tahu dia akan cepat-cepat bertanya pada Iskandar. Banyak kali jugalah dia asyik ketuk pintu bilik Iskandar. Sampai Nur Harmimi, setiausaha di syarikat ini  sudah ketawa melihat gelagatnya itu. Ada waktunya bila dia masuk, wajah Iskandar serius sangat. Macam nak telan dia pun ada. Tapi nak buat macam mana. Dia budak baru belajar. Kalau bukan Iskandar yang nak tunjuk ajar siapa lagi.

Jam sudah menunjukkan tepat pukul satu tengahari. Sudah masuk waktu lunch.Perutnya yang sedari pagi tadi lagi asyik berbunyi-bunyi minta segera di isikan dengan segera. Dia lantas mengambil beg tangannya lalu bangun dari kerusi itu. Dia melangkah laju ke muka pintu. Hanya beberapa langkah sahaja dia sudah sampai di hadapan bilik Iskandar yang tertera tulisan ‘Pengarah Urusan’. Pintu bilik Iskandar di ketuk perlahan sebelum kedengaran suara Iskandar memberi kebenaran untuk masuk.

Tombol pintu dipulas dengan kadar segera. Dia tersenyum memandang Iskandar tetapi lain pula dengan Iskandar yang langsung tidak memandang ke arahnya. Sibuk barangkali. Tak mengapa dia tidak berkecil hati pun.

“Abang..”dia memanggil Iskandar perlahan sambil duduk di kerusi berhadapan dengan Iskandar. Iskandar mengalih pandangan ke arahnya. Terukir satu senyuman yang manis buatnya di situ.

“Abang tak nak makan ke?”soalnya lagi.

Sorry sayang, abang busy. Sayang pergilah makan dulu. Kalau sayang nak tunggu abang juga nanti perut sayang tu masuk angin. Nah!sayang ambil kunci kereta abang ni. Tapi, hati-hati okey. Abang tak pernah izinkan siapa-siapa pun yang naik kereta tu kecuali isteri abang sorang ni saja.”ucap Iskandar sambil menyerahkan kunci kereta miliknya kepada Nur Nilam.

Nur Nilam mengambil kunci itu dari tangan Iskandar tetapi di dalam masa yang sama hatinya resah dan gundah. Bahkan sekarang dia rasa sedikit terkilan dengan sikap Iskandar. Seolah-olah lebih pentingkan kereta miliknya daripada keselamatan isterinya ini. Sudahlah terpaksa makan seorang diri. Sampai hati Iskandar. Kalau tadi dia tidak berkecil hati sekarang dia sangat makan hati dengan sikap Iskandar.

Tanpa sepatah kata dia bangun dari kerusi yang di dudukinya lantas segera melangkah keluar dari bilik Iskandar. Tidak ada sesiapa pun yang boleh dia ajak teman kerana mereka yang lain masing-masing sudah keluar terlebih dahulu. Tak mengapalah. Dia cuba pujuk dirinya lagi.

Tidak sampai sepuluh minit dia sudah sampai di hadapan kereta milik Iskandar. Kunci kereta yang berada di tangganya di renung. Entahlah kenapa dia rasa takut sangat nak naik kereta ini. Bukan sebab dia tidak cekap tetapi bimbang kalau-kalau terjadi apa-apa. Sudahlah pemiliknya begitu sayang sangat-sangat. Tapi, kalau dia tak gunakan juga macam mana pula dia nak pergi makan. Perutnya dah tak tahan daulat sangat dah.

 Pintu kereta segera di buka. Dia segera masuk ke dalam perut kereta lalu enjin kereta pantas di hidupkan. Perlahan-lahan dia bergerak menuju ke destinasi. Rasanya di mahu ke restauran yang berhampiran sahaja.

Lebih kurang 15 minit memandu dia sampai di hadapan restauran Putra. Ada ramai juga pelanggan yang berada di dalam restaurant tersebut. Suis kereta segera di matikan. Dia lnatskeluar dari kereta dan menuju ke dalam restauran.

“Nilam!”

Dia yang baru sahaja mahu mengambil hidangan terdengar namanya di panggil. Dia menoleh ke belakang. Fatihah sedang tersenyum memandangnya.

“Ya Allah, lamanya aku tak jumpa kau, Rinduuu...”ucap Nur Nilam sambil menghulurkankan tangannya untuk bersalaman dengan sahabat baiknya itu.

“Ye ke?Aku ingatkan kau sudah lupakan aku. Maklumlah, sedang bahagia melewati alam rumah tangga.”

“Betul, aku rindukan kau. Eh!Marilah temankan aku makan..”tutur Nur Nilam lagi sambil menarik tangan Fatihah. Fatihah mengangguk setuju kerana dia sendiri masih belum menjamu selera. Mereka pantas mengambil lauk pauk yang terhidang.

Selepas itu, mereka berdua menuju ke meja kosong yang terdapat di sudut itu. Rasanya itu tempat yang paling sesuai untuk mereka berborak panjang sambil mengisi perut masing-masing.

“Kau buat apa kat sini?Tak pernah jumpa kau pun sebelum ini?”soal Fatihah sebaik duduk berhadapan dengan Nur Nilam.

“Ye lah, ini baru kali pertama aku masuk restauran ini.”

“Seorang je ke?Mana suami kau?Aku teringin nak berkenalan dengan dia. Hari itu masa kenduri kahwin kau aku tak sempat nak borak panjang.”

“Dia sibuklah dengan kerja dia. Sebab tu aku ke sini seorang diri.”Balas Nur Nilam pula sambil menyuap nasi tersebut ke dalam mulutnya. Fatihah mengangguk.

“Kau kerja di mana sekarang?”

“Tempat suami aku. Kalau kau nak tahu hari ini masuk hari kedua aku bekerja dengan dia. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya lepas ini dapat juga aku merasa duit gaji sendiri,”

“Seronoklah kau Nilam, sudahlah dapat yang kacak, kaya pula tu. Patutlah kau pilih dia dari Syahrizal,”

Mendengarkan Fatihah menyebut nama Syahrizal membuatkannya hampir tersedak. Dia menjegilkan matanya bulat-bulat ke arah Fatihah yang sedang tersenyum melihat gelagatnya. Dia tidak menyangka nama itu yang akan di sebut oleh Fatihah. Lagipun dia bukan memilih Iskandar di sebabkan paras rupa mahupun harta yang ada. Tapi, semuanya kerana terpaksa sahaja. Tapi itu dululah. Sekarang dia bahagia dan dia ikhlas .
            “Agaknya kau suka aku mati tercekik kot!”

Sorry..aku tahu sekarang kau sedang di ulit kebahagiaan. Aku gembira sangat walaupun pada awalnya aku bimbang dengan keputusan kau yang mahu berkahwin dengan tiba-tiba. Tapi hari ini aku rasa lega sangat lihat kau bahagia.”

“Terima kasih Fatihah kerana selalu ambil berat pasal aku. Kaulah sahabat aku yang paling mengerti..” Fatihah mengangguk sambil tersenyum. Dia juga hanya ada seorang sahabat yang paling mengerti dan insan yang di maksudkan itu sudah tentulah Nur Nilam. Walaupun sudah agak lama mereka tidak bertemu namun mereka tidak pernah putus hubungan.



 Selesai menjamah hidangan makanan tengahari itu mereka masih lagi berbual panjang hinggakan Nur Nilam tidak sedar yang waktu rehatnya sudah habis. Apalagi kelam kabutlah dia mengejar masa. Memanglah dia isteri bos tapi itu bukan tiket untuk dia masuk dan keluar sesuka hati. Sejak mula melangkah masuk ke pejabat milik suaminya itu lagi dia sudah nekad untuk menjadi pekerja yang berdisiplin. Tapi, sekarang dia benar-benar sudah lewat. Hampir setengah jam. Aduhai...

Kereta terus di pandu dengan berhati-hati. Di dalam hati tak putus-putus berdoa agar perjalanan pulang ke pejabat berjalan lancar. Matanya masih fokus di hadapan. Betul-betul berhemah macam baru ambil lessen P saja.

Bumm!!!

Bunyi dentuman kuat menggegarkan jantungnya. Dia terhentak ke permukaan stereng kereta. Ah...dia mngerang kesakitan. Kepalanya rasa sakit yang amat. Dia memegang kepalanya yang sakit itu dan saat itu juga dia terasa ada darah yang mengalir di celahan jari jemarinya. Kini, dia sedar yang dia telah di langgar dari arah belakang. Ya Allah..bantulah hambaMu ini.

Cermin tingkap kereta di ketuk berulang kali. Dengan kudrat yang masih ada dia segera membuka pintu kereta.Seorang  lelaki dengan raut wajah cemas sedang memandangnya. Dia berjalan menuju ke belakang kereta. Cuma bumber belakang kereta sahaja yang kemik. Tidaklah teruk sangat. Tapi jenuh jugalah dia hendak menjawab dengan Iskandar nanti.

“Cik..Kepala cik berdarah. Mari saya bawa cik ke hospital. Saya minta maaf. Saya tak sengaja tadi. Saya betul-betul tak sangaja.”lelaki itu cemas. Dia kemudiannya menghulurkan sapu tangannya kepada Nur Nilam.

Pantas sahaja Nur Nilam mengambil sapu tangan terebut lalu di letakkan ke tempat di mana darah sedang mengalir. Sakit sangat. HanyaTuhan yang tahu.

“Terima kasih. Tak mengapa, sikit sahaja...”ucapnya sayu.

“Tapi cik cedera.Mari saya bawa cik ke hospital. Cik nampak lemah..”

“Hmm..tak..tak.. saya masih boleh memandu lagi. Saya yang silap sebab tak pakai tali pinggang keselamatan. Kalau tidak kecederaan ini tentu boleh di elakkan,”

“Kalau begitu ini kad saya. Cik boleh hantar kereta ini ke bengkel. Nanti bila sudah siap saya akan bayar bilnya. Saya minta maaf sekali lagi. Saya tak sengaja. Tadi saya betul-betul kejar masa.”

Nur Nilam mengambil kad nama yang di hulurkan kepadanya itu.

“Tak mengapa, benda dah terjadi,”jawabnya perlahan sambil menahan kesakitan yang tidak terperi.

“Boleh saya ambil nombor telefon cik?Manalah tahu jika ada apa-apa boleh saya menghubungi cik..”bicara lelaki itu lagi.

Pantas sahaja Nur Nilam mengambil telefon bimbitnya sebelum menaip sesuatu lalau di hulurkan telefon itu kepada lelaki berkenaan.

“Terima kasih. Saya minta maaf kerana melanggar cik..saya memang tak sengaja,”ucap lelaki itu sekali lagi sambil menyerahkan kembali telefon bimbit kepada Nur Nilam.

“Tak mengapa..”

“Betul cik boleh memandu lagi?”

Nilam hanya menggangguk. Banyak sangat soalan dari lelaki ini membuatkan dia rimas. Bukan dia tidak mahu menghargai pertolongan yang ingin di beri tetapi dia merasakan masih mampu untuk meneruskan pemanduan walaupun kereta milik Iskandar sudah cacat di belakangnya. Bahkan darah juga masih tidak mahu berhenti dari mengalir. Berdenyut-denyut rasanya.

Lelaki yang melanggarnya itu kelihatan berat untuk melangkah pergi. Tetapi, apakan daya kerana dia tetap berdegil tidak mahu pergi ke hospital. Dia mahu segera ke pejabat untuk berhadapan dengan suaminya pula. Moga-moga Iskandar tidak marah kepadanya.



Sampai sahaja di hadapan pejabat dia segera menapak perlahan-lahan menuju ke bilik Iskandar dengan sapu tangan yang masih di basahi darah. Dia sudah rasa nak pitam dek terlalu banyak darah yang mengalir. Dalam pada itu dia berjalan menundukkan wajah agar tidak ada seorang pun pekerja Iskandar yang perasaan akan kecederaan yang di alaminya. Waktu-waktu begini rambutnya memainkan peranan yang sangat baik. Mujur ianya dapat di lindungi. Tapi, sekejap-sekejap sapu tangan itu di letakkan di atas luka. Berharap agar darah yang mengalir ini akan berhenti dengan kadar segera.

Kali ini dia tidak lagi mengetuk pintu bilik Iskandar tetapi jari-jemarinya pantas memulas tombol pintu  tersebut.Iskandar dengan muka serius memandangnya dan saat itu juga dia menundukkan wajahnya ke bawah.

            “Nilam ke mana? Boleh tak kalau nak pergi ke mana-mana beritahu pada abang?!Boleh tak jangan nak menyusahkan abang!”Kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar ibarat luka yang sedang di tambah-tambah. Ya Allah..sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

            “Abang..Nilam kemalangan..kereta abangada di bawah.Tapi..tapi...”

            What!!”Iskandar tersentak. Belum pun sempat untuk Nur Nilam menghabiskan ayatnya yang terakhir Iskandar terlebih dahulu meluru keluar dari biliknya itu. Tahulah, Nur Nilam bahawa kereta itu lebih penting dari dia. Iskandar sanggup melihat kerosakan keretanya itu berbanding kecederaan yang di alaminya. Air matanya laju sahaja merembes keluar bersama darah yang masih setia mengalir. Dia terjelopok di atas lantai. Badannya rasa bergetar menahan tangisan agar tidak terus mengalir. Tapi, dia tidak sekuat itu. Dia lemah. Bahkan kini hatinya semakin terkilan dek sikap Iskandar. Sampai hati Iskandar.

            Hampir sepuluh minit dia berkeadaan begitu. Air mata dan darah bercampur menjadi satu. Dia benar-benar rasa sedih. Jika sayangkan kereta sekalipun apa salahnya jika Iskandar bertanya tentang keadaannya dulu. Ini tidak. Laju sahaja keluar dari bilik itu.

Selepas itu telinganya terdengar bunyi pintu pejabat di tolak perlahan. Dia tidak pasti siapa kerana dia tidak punya kekuatan untuk memandang siapa empunya gerangan yang masuk. Untuk bangun kembali juga dia merasa tidak berdaya.  Dia tidak mahu ambil peduli lagi.

“Sayang..maafkan abang,”ucap Iskandar perlahan sahaja sambil memeluk tubuh Nur Nilam dari belakang. Nur Nilam menangis lagi?Ya Allah apa dia dah buat ni?Dia sepatutnya bertanya keadaan Nur Nilam sebantar tadi bukan pergi melihat kerosakkan keretanya. Dia memang dah buat satu kesilapan besar. Jika tidak air mata di pipi wanita kesayangannya ini tidak akan menitis tanpa ada sebab yang menyentuh hati dan perasaan.

Lengannya masih merasakan ada cecair panas yang menitik. Dia mengalih wajah Nur Nilam ke arahnya. Berharap agar air mata itu tidak akan terus-terusan mengalir lagi.

“Ya Allah..”

            Iskandar terkejut dengan apa yang sedang di lihatnya. Nilam cedera. Darah merah yang mengalir di sebalik rambut kerinting Nur Nilam jelas kelihatan. Patutlah Nur Nilam menangis sebegini sekali. Betapa bodohnya dia merasakan dirinya sekarang. Sanggup medahulukan benda lain yang langsung tidak penting berbanding Nur Nilam isterinya sendiri. Kenapalah dia selalu sahaja buat kesilapan-kesilapan bodoh sebegini.

Tanpa berlengah lagi dia terus mengangkat tubuh Nur Nilam lantas meletakkan tubuh Nur Nilam yang lemah di atas sofa itu. Pantas sahaja dia keluar dari bilik itu sebelum kembali semula bersama peti kecemasan dan semangkuk air suam. Nur Nilam memejamkan matanya rapat-rapat. Membiarkan sahaja apa yang mahu Iskandar lakukan terhadapnya. Tangisannya juga sudah semakin perlahan cuma yang tinggal rasa sedu dan sedannya sahaja.

Iskandar mengelap perlahan-lahan darah yang masih berbaki di wajah Nur Nilam sebelum membersih pula luka di kawasan yang tercedera. Luka yang di alami Nur Nilam agak dalam. Patutlah darah tidak henti-henti mengalir sejak dari tadi. Rasanya Nur Nilam perlu di bawa ke klinik segera agar luka tersebut dapat di jahit.

“Sayang, abang bawa ke klinik ya? Luka sayang ni dalam.”

Nur Nilam menggeleng. Dia tidak mahu.

“Tapi...”

“Nilam tak nak.  Tolong jangan paksa Nilam.. Nilam tak nak..”

“Okey-okey. Abang tak kan paksa. Tapi kalau darah masih juga mengalir abang tak akan diam diri dan biarkan Nilam macam ni je. Samada Nilam nak ke tak nak ke abang akan bawa. Buat sementara ini abang akan letakkan ubat ini dan balut kepala sayang yang cedera tu.”

“Kenapa abang tak ubatkan saja kereta abang tu. Buat apa nak kisahkan Nilam. Nilam tak penting pun dalam hidup abang..”

“Sayang, jangan cakap macam tu!Abang tahu abang silap. Abang memanglah sayang sangat kereta tu. Tapi abang lupa, nyawa Nilam lebih berharga. Kalau Nilam tak ada abang boleh mati,”

“Abang tipu!”

“Sayang...abang tak tipu. Kenapa yek sayang sekarang sensitif sangat? Abang buat salah sikit je sayang nak nangis-nangis macam ni.”

“Sikit? Abang kata salah abang sikit?abang tak sedar ke macam mana sakitnya hati Nilam dengan sikap abang. Sanggup abang penting kereta abang dari Nilam. Lepas itu buat seperti Nilam tak wujud. Kalau abang sayang sangat kereta tu jangan bagi Nilam guna. Nilam dah ikut cakap abang. Nilam dah berhati-hati pun tapi orang lain pula yang langgar Nilam dari belakang. Bukan salah Nilam pun. Sampai hati abang buat Nilam macam ni..”

Nilam berkata dalam esak tangisnya. Di dalam hatinya tak henti-henti berdoa agar darah yang sejak tadi mengalir akan berhenti. Sememangnya dia tidak mahu untuk ke Hospital.

“Okey..banyak! Abang salah banyakkkkk..Puas hati.”

Balas Iskandar lagi sambil membalut kepala Nur Nilam dengan kain anduh yang terdapat di dalam peti kecemasan itu. Kata-kata Iskandar selamba sahaja sampai kadang-kadang Nur Nilam fikir yang Iskandar ini tidak ada hati dan perasaan. Dia kembali terdiam dan memejamkan matanya rapat-rapat. Masih ada air mata yang bersisa.

 Iskandar seperti sudah biasa merawat luka-luka sebegini. Bukan hanya luka di hati bahkan dia terasa sakitnya semakin berkurangan.  Semakin hari dia semakin tertawan dengan keperibadian Iskandar yang kadang kala agak aneh dan sulit untuk difahami. Tak boleh nak merajuk dan makan hati lama-lama sebab Iskandar memang seorang yang pandai memujuk rayu walaupun adakala kata-kata pujukannya boleh menambah rajuk yang ada. Biarlah,kerana hati sahaja yang mampu menilai segala-galanya.Ya Allah, terima kasih di atas segala anugerah yang Engkau berikan. Aku bersyukur usiaku masih panjang untuk mengecapi kehidupan di dunia ini. Amin...

    mood: maaf jika ku bukan yg terbaik..hukhuk..:(       

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...