Tuesday, November 15, 2011

hangatnya cinta - 9

Bab 9

Nur Nilam memegang dahinya yang sudah lebam kebiru-biruan. Setitis air mata yang hening tiba-tiba mengalir laju sahaja di pipinya.Setiap denyut nafasnya terasa kesakitan yang sukar untuk diungkapkan. Terasa sesalan sedang memburu seluruh hidupnya kini. Semuanya tak terjangka dek akal fikiran. Tiba-tiba sahaja dia terheret ke lembah penuh siksa. Siksa yang di tempahnya sendiri. Bodohnya dia kerana menerima tawaran Iskandar untuk menolongnya. Walhal  Tuhan sudah mengurniakan dia lengkap dengan anggota fizikal. Sudah cukup sempurna untuk dia berdiri di atas kaki sendiri. Bukannya perlu bergantung kepada orang lain. Walaupun sementara ini semua tidak sepatutnya berlaku.

 Air mata yang berjuraian di pipi di biarkan terus mengalir.Sampai hati Iskandar buatnya begini. Dia terasa sangat lemah di kala ini. Mujur ibunya tidak perasaan apa-apa tentang lebam di dahinya ini yang kini jelas kelihatan.Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku ini...

“Nilam...,”tiba-tiba sahaja namanya di panggil perlahan. Dia yang sedang berdiri di balkoni bilik itu segera menoleh. Matanya jatuh ke wajah Iskandar yang sedang merenungnya kini. Bak air yang mengalir di similar begitu jugalah lajunya air mata yang menitis di pipi Nur Nilam waktu ini.

Iskandar menyesal. Dia terlalu ikutkan hati dan perasaan. Sehingga sanggup buat begitu pada Nur Nilam. Lebam yang jelas kelihatan di dahi Nur Nilam semakin membuatkan dia bersalah. Dia tidak tahu kenapa dia tidak mampu mengawal rasa hatinya sehingga selalu sahaja Nur Nilam yang  menjadi mangsa.

“Maafkan aku...”ucapnya sepatah.

“Awak tak salah apa-apa..”ucap Nur Nilam dengan suara yang serak kerana masih dalam tangisan.

Iskandar semakin lemah dengan tangisan itu. Masuk kali ini sudah berapa kali Nur Nilam bersedih dan menangis  kerana perbuatan dan sikapnya itu.

“Aku memang bersalah. Aku tak patut buat kau macam ni. Apatah lagi untuk layan kau macam ni. Kau perempuan yang sepatutnya di hargai oleh kaum lelaki seperti aku.Tapi, aku tak tahu kenapa dengan aku. Tiba-tiba sahaja aku jadi begini. Aku tak mampu nak kawal perasaan aku. Mungkin derita yang aku tanggung oleh seorang insan yang bernama perempuan membuatkan aku menyimpul dendam yang mana kau yang terpaksa jadi mangsanya.”tutur Iskandar sambil matanya merenung tajam ke arah Nur Nilam. Bukan mudah baginya membuka rahsia hati yang terluka.

Nur Nilam pantas mengesat air mata yang masih bersisa sebelum kembali menyambung bicaranya. Terlalu banyak persoalan yang perlu dirungkaikan.

“Tapi kenapa saya Is?”

“Sebab kau isteri aku. Walaupun kita kahwin bukan atas dasar cinta tapi kau adalah wanita yang hampir dengan aku.Aku takut...”

Nur Nilam memandang wajah Iskandar. Mengharap agar ayat yang terakhir itu dapat di teruskan kerana dia semakin tidak pasti apa yang Iskandar takutkan. Terkebil-kebil dia memandang Iskandar.

“Aku takut jatuh cinta lagi. Aku takut untuk mencintai. Sebab itu aku terpaksa layan kau macam ni. Aku tak mahu ada bunga-bunga cinta yang akan mekar. Jadi sebelum ia mekar lebih baik aku layan kau dengan cara macam ni. Memang aku boleh kata cinta aku dah mati!Aku tak akan jatuh cinta lagi. Tapi siapa yang dapat meramal masa depan?Aku sendiri sudah semakin dapat merasakan perasaan halus itu. Setiap kali memandang wajah kau hati aku bergetar hebat?Kau tahu apa maknanya itu?Aku benci apabila perasaan itu datang lagi. Benci!” luah Iskandar panjang lebar. Tiada seri di wajahnya. Tiada senyum dan gelak tawa. Yang ada hanyalah rasa gundah gulana yang menyerang jiwa. Dia benci perasaan itu tetapi di dalam masa yang sama dia terlalu menyesal kerana menyebabkan air mata di pipi Nur Nilam berjuraian di sebabkan oleh dirinya. Adakah dia terlalu kejam? Terlalu ego dalam memaknakan cinta?Dia benar-benar keliru saat ini.

Dia kemudiannya terus berlalu dari bilik itu tanpa memandang Nur Nilam yang terkaku mendengarkan apa yang di katanya.

Apa yang sedang Iskandar rasa sekarang sama juga seperti yang di alaminya. Dia juga resah bila mata mereka berdua bertaut. Gelora jiwanya juga semakin sesak di dada. Dan dia juga sedang berusaha keras menafikan bahawa ada cinta di hatinya. Cuma bezanya Iskandar yang sedang berusaha menolak sebuah cinta kerana takut derita lama kembali menyengat hatinya.Ya Allah..bantulah Hambamu ini,

***

SEMINGGU sudah berlalu. Hari sudah hampir menginjak ke malam. Nur Nilam segera mempercepatkan kayuhan langkah kakinya untuk menuju ke perhentian teksi. Kali ini dia lebih berhati-hati kerana tidak mahu peristiwa dia di ragut dahulu berulang lagi. Nasibnya baik kerana teksi sudah tersedia menunggu. Sudah sehari suntuk dia keluar mencari kerja. Sejak peristiwa seminggu yang lalu dia berusaha keras untuk mencari kerja. Mujur ibunya tidak bertanya apa-apa. Lagipun pagi tadi sebelum dia keluar mencari kerja Mak Ndak datang mengambil ibunya. Katanya mahu dia buat teman kerana Pak Ndak perlu berkhusus ke luar daerah.

Perjalanan pulang ke rumah hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja. Sebaik sahaja teksi berhenti di hadapan rumahnya itu dia melihat kereta Iskandar telah berada di laman rumah. Lampu di bilik juga sudah terpasang.Sejak seminggu yang lalu Iskandar jarang pulang awal. Untuk bertentang empat mata pun sudah payah. Biarlah, kerana Iskandar sendiri yang mengharapkan keadaan menjadi seperti itu.Dia tidak menyalahkan Iskandar kerana dia sendiri sedang berusaha menolak sebuah rasa yang bertapak di jiwanya itu. Mereka serupa. Mahu menghalau rasa sedangkan ianya anugerah yang Maha Esa. Tak semua dapat merasa.

Suasana di dalam rumah begitu sunyi sewaktu dia melangkah masuk tadi. Perlahan-lahan dia menapak ke tingkat atas untuk menuju ke biliknya. Doanya di dalam hati agar Iskandar tiada di dalam bilik itu. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu langsung bertentang empat mata dengan lelaki itu. Pintu bilik kemudiannya dikuak perlahan.

“Puas dapat bebas hari ini?!”sergah Iskandar kuat.Nur Nilam telan liur. Terasa badannya menggigil untuk berhadapan dengan lelaki ini.

“Saya cari kerja...”jawab Nur Nilam takut-takut. Langkah kakinya di teruskan ke arah almari solek lalu meletakkan barang-barangnya keatas almari itu. Langsung tidak menghiraukan Iskandar yang sedang tajam merenungnya.

“Cari kerja apa sampai malam-malam macam ni baru balik?Kerja apa yang ada malam-malam ni?Kau cari kerja GRO ke?”

“Is!!Heee..awak ni melampaulah!”Nur Nilam  mengerutkan wajahanya seribu. Keceluparan Iskandar benar-benar mewujudkan rasa amarah di hatinya.Mulut dinasour betul!

“Cari kerja sampai abaikan suami di rumah?Sampai abaikan makan minum suami macam tu ke?Dah la tu keluar rumah pun tak minta izin dari suami?”tutur Iskandar sekali lagi dengan muka tak puas hati.

Suami?Kenapa pula dengan Iskandar ni?Seminggu yang lepas  cakap macam lain. Sekarang ni dia nak cakap macam lain pula. Semenjak berpindah segala-galanya banyak di uruskan oleh dia. Daripada makan, minum dan pakaian Iskandar semuanya dia yang sediakan. Cuma hari ini sahaja dia tak buat semua tu. Sebabnya dia tahu, kalau dia masak sekalipun Iskandar tak akan makan. Balik pun dah lewat-lewat malam. Jadi untuk apa perlunya dia buat semua tu. Ibunya pun tidak ada. Daripada membazir lebih baik tak payah masak.

“Apa awak merepek ni Is?Kalau saya masak sekalipun ada ke awak sentuh makanan tu?”

“Merepek?Kau cakap aku merepek?Agaknya kau tak serik-serik dengan apa yang jadi pada kau malam tu.”

“Awak tak perlu risau Is, saya boleh jaga diri saya sendiri.!”

“Kalau kau tu bukan isteri aku lantaklah kau nak pergi mampus pun. Sikit pun aku aku tak kisah. Masalahnya sekarang ni kau tu di bawah tanggungjawab aku. Ibu kau dah amanahkan aku untuk jaga kau!”

“Jadi awak rasa terbeban dengan amanah tu?Awak boleh abaikan amanah tu Is!”bidas Nur Nilam semula sebelum  menuju ke towel rack untuk mengambil tuala. Dengan pantas juga dia bergerak menuju ke bilik air. Dia semakin tidak faham dengan perangai Iskandar.

Iskandar pula hanya memerhatikan tubuh Nur Nilam yang kemudiannya hilang di sebalik pintu bilik air yang tertutup. Dia mendengus kuat. Sejak seminggu yang lalu dia sengaja mengambil langkah untuk berjauhan dengan Nur Nilam. Dia cuba untuk menafikan perasaan yang wujud itu adalah cinta. Namun,semakin cuba untuk dia melupakan semakin hangatnya rasa rindu yang membara di jiwanya. Dia tidak boleh lari lagi. Semuanya akan membuatkan dia semakin tersiksa. Cinta itu hadir dalam sekelip mata biarpun dia tidak pernah menginginkannya. Mungkin benar apa yang di katakan oleh Mak Piah, bahawa mereka harus memberi peluang dan ruang di dalam diri masing-masing. Tapi, apakah luka lama akan berdarah kembali?Iskandar buntu.



Setengah jam kemudian Nur Nilam keluar dengan berpakaian lengkap seperti biasa. Rambut yang basah dililitkan dengan tuala. Kemudian dia bergerak pula ke arah  almari pakaian lalu telekung yang terlipat kemas itu segera di sarungkan ke tubuhnya. Dia segera menunaikan solat maghrib yang semakin menghampiri ke penghujungnya.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat dia bergerak pula menuju ke almari soleknya lalu losyen dari jenama baby & Johnson itu di sapu ke seluruh telapak tangannya. Iskandar pula sedang duduk di atas sofa sambil matanya terus di halakan ke kaca televisyen. Dengan t’shirt merah hati dan seluar jeans biru itu sudah dapat Nur Nilam bayangkan bahawa Iskandar akan keluar sebentar lagi.

“Bersiap sekarang!”ucap Iskandar tiba-tiba. Bagaikan seorang ketua memberi arahan kepada anak buahnya.

“Nak ke mana pula?”soal Nur Nilam kembali.

“Makan!”

“Makan?Laa..kenapa awak tak cakap tadi awak lapar?Saya boleh masakkan untuk awak, Is..”bebel Nur Nilam pula.

“Perlu ke aku beritahu?Sepatutnya kau dah tahu tanggungjawab kau kan?”

“Tapi Is..”

“Tapi apanya lagi?”

“Hmm..tak ada apa. Kalau awak nak saya boleh pergi masak sekarang. Awak tunggu saya siapkan semuanya okey?” Nur Nilam tergesa-gesa. Walaupun pada awalnya dia mahu mempertahankan dirinya tapi dia berubah fikiran pula kerana dia tahu memang dia bersalah. Itu memang tanggungjawabnya.

“Hey! Tak payahlah!Aku ajak kau makan kat luar kan?Yang kau rajin terlebih kenapa?Kau bersiap sekarang aku tunggu kau di bawah.”seretak itu juga Iskandar bergerak keluar dari bilik.

Bibir Nur Nilam mengukir senyuman tiba-tiba. Entah kenapa.?Sejak seminggu yang lalu dia juga rindukan usikan-usikan nakal Iskandar.

Dia segera menyarung baju yang berwarna putih berlengan panjang itu ke tubuhnya. Kemudian di sarungkan pula seluar jeans biru dan rambut kerintingnya itu di biarkan terburai. Bukan sebab Iskandar suka tapi sebab baju yang di pakainya ini agak mendedahkan sedikit bahunya.  Tak adalah nampak seksi sangat. Kemudian dia menata rias wajahnya ala kadar sahaja.  Sebelum berlalu keluar dari bilik sempat lagi dia tersenyum sorang-sorang depan cermin itu.

****

Kereta Honda Civic Mugen itu terus meluncur laju membelah kepekatan malam. Jam sudah menunjukkan ke angka 10 malam. Selepas makan malam tadi Iskandar mahu membawanya ke satu destinasi. Dia hanya menurut sahaja. Lagipun malam minggu  begini mesti banyak aktiviti bukan. Dah lama dia tidak keluar malam-malam macam ni. Dulu sewaktu belajar adalah juga sekali sekala keluar dengan teman-teman. Tapi sekarang sudah tidak lagi.

“Dah dapat kerja?”soal Iskandar memecah kesunyian yang ada.

“Belum?”

“Nak kerja apa?”

“Tak kisah..apa pun boleh janji halal.”

“Kerja dengan akulah..”

Nur Nilam tergelak kecil. Biar betul Iskandar ni. Mood lain macam je mamat ni. Tadi bukan main lagi ganas.Tu la siapa cakap mamat yang ganas-ganas tak romantik?Lagi romantik sebenarnya.

“Kenapa kau gelak?Aku ada buat lawak ke?”

“Awak tak kisah ke kalau saya kerja dengan awak?Awak lupa yang kita ni kahwin hanya untuk sementara je?Nanti bila kita dah berpisah saya nak kerja apa pulak?Sudah sah-sah saya kena cari kerja di tempat lain jugak. Jadi...”

“Kau tak setujulah ni?”

“Is..semuanya akan membuatkan keadaan kita menjadi semakin rumit nanti,”

“Lebih baik kau fikir semasak-masaknya. Aku tak paksa tapi aku suruh kau fikir,”ungkap Iskandar lagi dengan tenang.  Nur Nilam diam. Memang betul kata Iskandar. Tapi dia bimbang jika masalah lain pula yang timbul nanti. Bekerja di bawah satu bumbung, sebagai suami isteri sudah semestinya dia perlu sentiasa mesra dengan Iskandar. Nanti apa pula kata pekerja-pekerja Iskandar.

Tidak lama kemudian mereka sampai ke dataran yang di penuhi dengan berbagai jenis kereta.  Iskandar segera mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan kenderaannya. Nur Nilam di sebelah masih kusyuk melihat kereta-kereta yang bersusun di dataran itu.

“Awak nak lumba haram ke Is,?”terpacul pertanyaan itu dari bibir Nur Nilam. Iskandar yang baru sahaja membuka pintu kereta terus ketawa kuat sebelum kembali bersuara.

“Kau gila ke apa?Aku tak mainlah haram-haram ni. Yang halal pun aku tak main apatah lagi yang haram-haram ni.”ungkapnya lagi sambil tersengeh memandang Nur Nilam. Dalam sungguh maksudnya. Nur Nilam mencebikkan bibirnya tidak berpuas hati dengan kata-kata Iskandar sebentar tadi.Celupar!

Dia segera mengikut jejak langkah Iskandar yang keluar dari kereta. Iskandar kemudian menghampirinya dan mereka berdiri sambil menyandarkan badan ke arah kereta. . Bau wangian yang di pakai Iskandar terasa menyengat di hidungnya. Entah kenapa dia rasa damai yang sukar untuk di ungkapkan dengan kata-kata.

 “Is, awak selalu datang sini?”soal Nur Nilam perlahan tapi cukup mendamaikan Iskandar.

“Selalulah jugak. Aku memang minat bab-bab yang berkaitan dengan kereta ni. Kalau aku tension aku ikut dia orang berlumba.”

“Oh!tadi awak cakap awak tak lumba haram?”

Iskandar tergelak kecil. Nampaknya dia dah silap cakap.“Aku berlumba suka-suka je. Untuk kepuasan diri aku. Untuk lepaskan keserabutan aku.”balas Iskandar pula.

“Tapi tetap salahkan?Bahaya Is..”

Iskandar hanya tersenyum mendegarkan kata-kata Nur Nilam itu. Bahaya pun bahayalah,janji aku puas hati.Tuturnya pula di dalam hati.

“Kalau aku mati pun kau boleh bebas..”

“Is!”

Keras suara Nur Nilam. Iskandar ni suka hati dia je nak cakap yang bukan-bukan. Kalau nak mati pun biarlah mati dengan aman. Bukannya mati sebab lumba haram!

“Kenapa?kau sayangkan aku eh?Aku tahu kau sayangkan aku. Sebab tu kau risaukan aku kan?”Iskandar mengangkat keningnya beberapa kali. Sengaja mahu mengusik Nur Nilam. Tengok sahajalah muka terkejut beruk Nur Nilam itu. Sudah cukup mengeletek hatinya. Apatah lagi bila seraut wajah comel ini tersenyum manja. Itu sudah cukup untuk mendebarkan jiwanya.Ah!Dia gagal untuk menolak sebuah rasa.

“Jom!”Iskandar terus menarik tangan Nur Nilam supaya cepat bergerak.  Dia kemudiannya membuka pintu kereta untuk Nur Nilam. Saat itu juga Nur Nilam melihat satu persatu kereta yang berada di situ keluar dari tempat letak kereta masing. Iskandar turut serta seperti mereka. Seolah-olah mereka seperti mahu berkonvoi. Atau boleh jadi di kejar polis. Tapi tak ada pula dia lihat kelibat anggota polis di sini. Kereta peronda pun dia tidak nampak.

 “Is!Janganlah laju sangat Is!Bahaya ni!”marah Nur Nilam pula apabila merasakan tahap kelajuan kereta Iskandar semakin bertambah. Kalau ye pun nak lumba haram tak payahlah bawa dia sekali. Dah tu boleh pula buat ‘derk’.Sakit hati betul.

“Is!!Awakdengar tak saya cakap?”jerit Nur Nilam sekali lagi. Semakin di tegur bukan semakin perlahan tetapi semakin laju pula di bawanya. Satu - satu kereta yang berada di hadapannya itu di potong. Nur Nilam makin gayat. Gayatnya bertambah apabila kereta mereka tiba di jalan yang berselekoh. Macam nak tercabut jantungnya.Tangannya segera di rangkulkan ke tangan Iskandar. Memeluk kuat tangan itu. Dia terasa seolah-olah mahu terbang keluar dari kereta ini. Lantas matanya di pejam rapat-rapat. Takut!Lama dia berkeadaan begitu. Biarlah apa pun yang Iskandar nak anggap kepadanya. Apa yang dia tahu saat ini dia begitu takut dengan kelajuan yang di bawa oleh Iskandar. Fuhh!!

“Nilam!Nilam!”dia mendengar namanya di panggil perlahan.Dia segera membuka matanya perlahan-lahan.Anak matanya jatuh tepat ke wajah kacak Iskandar.

“Tak nak turun ke?”soal Iskandar pula.

“Kita di mana?”

“Tempat tadilah sayang oi!Yang kau peluk-peluk aku macam tak mahu lepas ni apahal?Dah syok nak peluk aku?Selalunya bukan main lagi kau jual mahal?”

Nur Nilam yang mendengar terus melepaskan rangkulan tangannya di tangan Iskandar. Bukan dia sengaja tapi dia takut sangat tadi. Tak patut betul Iskandar bawa dia ke sini dah tu naik macam dengan pelesit lagi.

“Awak tahu tak bahaya lumba haram!”marah Nur Nilam pula.

“Okeylah tu baru ada thrill.”

“Kalau ye pun tak payahlah awak nak bawa saya sekali.!”

“Takut sangat ek?”

“Mestilah!Kalau jadi apa-apa tadi macam mana?”

“Tak payah cakaplah benda tak jadi apa-apa pun. Jomlah keluar.Aku dah menang malam ni.Tuah bawa kau agaknya!”ucap Iskandar lagi. Dia kemudiannya segera keluar dari kereta dan menuju ke arah Nur Nilam yang teragak-agak mahu keluar dari kereta itu.

Is!”Iskandar menoleh apabila namanya dipanggil. Kelibat seorang pemuda sedang menghampiri mereka berdua.

“Wah..siap ada amoi lagi. Patutlah aku tak boleh nak lawan kau malam ni.”tutur lelaki itu sebaik sahaja berhadapan dengan Iskandar. Iskandar tersenyum menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik.

“Bukan amoi Baddrol,tapi isteri akulah. Nur Nilam Qaseh.”ungkap Iskandar pula. Nur Nilam hanya tersenyum. Tetapi Baddrol pula kelihatan terkejut.

“Mati-mati aku ingatkan amoi mana tadi kau bawa. Kalau aku ada isteri cantik macam ini aku tak bawa dia datang sini Is,”ucap Baddrol pula.

“Habis tu kau nak aku kurung dia di rumah ke?”

“Bukan macam tu maksud aku.Isteri kau ni cantik sangat. Kau tak takut ke ada yang mengorat nanti. Kau tengok tu berapa banyak mata-mata yang sedang ‘ushar’ isteri kau ni.”

Iskandar tergelak kecil. Baddrol memang begini. Dari zaman university sehinggalah sekarang begitu prihatin dan mengambil berat akan dirinya. Mungkin dia takut sejarah lama Iskandar berulang lagi. Tapi dia pun perasan akan mata-mata yang sedang merenung ke arah Nur Nilam. Nur Nilam pun satulah yang seksi sangat malam ni apahal. Hish!Kalau rasa nak kena penumbuknya cubalah goda isterinya ini.

Nur Nilam pula hanya membisu di samping Iskandar. Dia terasa malu pula apabila dirinya menjadi topik perbualan di antara Iskandar dan Badrol. Namun dia tersenyum nipis apabila Iskandar buat muka tak puas hati macam tu. Cemburu ke?Hehe..

“Kau jangan risau Badd. Aku tak kan biarkan sejarah lama berulang lagi. Betul tak sayang?”

Nur Nilam mengerutkan keningnya. Iskandar ni dah start nak buat perangailah tu. Lihat sajalah rangkulan tangan Iskandar di pinggang Nur Nilam. Mengada-ngada betullah mamat ni. Gerutu hati Nur Nilam pula.Baddrol yang melihat hanya ketawa terbahak-bahak. Happy go lucky betul.

Mereka kemudiannya meminta diri untuk pulang apabila  merasakan cuaca malam yang cerah bertukar dingin dan mendung menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja lagi. Di dalam kereta Nur Nilam memeluk tubuh. Penghawa dingin yang terpasang terasa semakin sejuk sehingga menyusuk ke tulang-temulang.

“Kenapa sejuk?Itulah pakai lagi baju yang seksi-seksi macam ni.Lain kali tak payah pakai baju langsung lagi senang.!”Tutur Iskandar tiba-tiba. Penghawa dingin yang terpasang itu di perlahankan.

Seksi?Iskandar ni macam mak nenek betullah. Nak marahkan dia pula. Tapi seksi sangat ke dia?Memanglah baju yang dia pakai ni menampakkan sedikit bahunya. Tapi dia dah cover pakai rambutkan.Tak adalah seksi sangat pun.Agaknya Iskandar cemburu kot.Tak pun dah tergoda!

“Is,kenapa awak beritahu saya isteri awak tadi. Habislah saya nanti tak ada orang yang nak kan saya. Sekurang-kurangnya lepas kita berpisah nanti saya dah ada pengganti,”ucap Nur Nilam pula selamba tanpa menoleh sedikit pun ke arah Iskandar. Sengaja mahu menduga sekeping hati milik lelaki bernama Iskandar Dzulkarnain ini.

“Aku tak nak lepaskan kau!”

Nur Nilam ketawa. Walhal kata-kata Iskandar kedengaran sangat serius.

“Aku serius!Sampai bila-bila pun aku tak akan lepaskan kau!”

“Is,kenapa awak selalu jadi orang yang mungkir janji. Awak tak cintakan saya. Awak menafikan rasa yang ada. Saya perempuan Is?Saya mahukan hidup yang lebih sempurna.”

Luah Nur Nilam kembali. Hajat di hatinya tadi mahu menduga sekeping hati milik lelaki yang berada di sebelahnya ini. Alih-alih dia pula yang terduga sekarang. Jika Iskandar tidak mahu melepaskannya alamatnya sampai bila-bila pun dia akan terpenjara di dalam sangkar derita.

Iskandar diam. Dia tidak tahu dari mana mahu memulakannya. Dia tidak tahu dari mana mahu menzahirkan perasaannya. Benar, dia sudah jatuh hati pada Nur Nilam. Dan dia tidak mahu lagi menafikannya. Walau baru dua minggu dia tinggal bersama Nur Nilam segala-galanya tentang gadis ini begitu menawan. Dia tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta dalam masa sesingkat ini. Namun kini, dia sedar perkahwinan yang di rancang inilah yang membuah cinta sekali lagi di hatinya. Tetapi di dalam masa yang sama dia juga bimbang. Bimbang seandainya derita lama berulang kembali.

 Sehingga kereta yang sedang di pandunya itu sudah sampai di hadapan rumah yang mereka diami dia masih membisu seribu bahasa. Begitu juga dengan Nur Nilam yang langsung tidak memaksanya untuk berbicara. Hujan rintik-rintik mula turun membasahi bumi.Nur Nilam terlebih dahulu keluar dari dalam perut kereta. Tanpa menunggu Iskandar membuka pintu kereta untuknya.

 Iskandar semakin resah. Lama dia duduk di dalam kereta sebelum mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah. Kemudian perlahan-lahan dia menapak menuju ke tingkat atas. Semakin hampir di muka pintu bilik semakin perasaan berdebar itu mengetuk segala sendi dan urat-urat sarafnya yang ada. Pintu bilik di kuak. Baru sahaja langkah kaki pertamanya di atur satu jeritan kuat sudah memecah kesunyian malam. Dia terkaku di situ.

“Is!!!!!lebih baik awak keluar sekarang!”jerit Nur Nilam sekali lagi. Cuba menyedarkan Iskandar yang masih kaku di situ dengan pandangan matanya tajam merenung ke arah dia yang hanya bertuala sehelai sepinggang itu. Dengan rambutnya yang masih basah itu membuatkan dia benar-benar seksi. Manalah dia tahu Iskandar nak masuk ke dalam bilik. Sangkanya Iskandar akan tidur di bilik sebelah. Lagipun ibu kan tak ada. Buat apa Iskandar nak tidur di dalam bilik ni pula. Sebab itulah dia tidak membawa bajunya sekali tadi ketika masuk ke dalam bilik air.

“Is!!!!Tolong jangan tengok saya macam tu!!!!”jerit Nur Nilam lagi.

Iskandar yang sudah kembali ke alam nyata langsung tidak menghiraukan jeritan-jeritan Nur Nilam. Tetapi semakin meneruskan kayuhan langkah kakinya menuju ke arah Nur Nilam.

Nur Nilam resah. Dia cuba berundur ke belakang sehingga badannya melekat di dinding.

“Is!!!”NurNilam cuba menjerit sekali lagi. Namun langsung tidak diendahkan oleh Iskandar. Badan Iskandar sudah hampir denganya.Nur Nilam semakin menggigil ketakutan.Hembusan nafas Iskandar semakin dapat di rasakan.

“Sayang...i love you!”itulah ungkapan pertama yang terpacul di bibir Iskandar. Nur Nilam kelu. Hilang sudah panggilan aku kau yang selalu Iskandar guna. Tangannya di raih Iskandar. Terasa ada kehangatan yang meresap ke tubuhnya yang hanya bertuala itu.

“Sayang..abang tak mampu untuk terus menafikan rasa cinta ini. Abang yakin dengan apa yang abang rasa. Sebab itu abang tak mahu melepaskan sayang pergi. Abang perlukan sayang. Dalam setiap langkah kaki abang mahu sayang ada bersama. Abang manusia biasa yang bisa berkata bahawa abang tak akan jatuh cinta lagi. Tapi percayalah, semua rasa itu telah wujud dalam diri abang. Abang tak mampu lagi untuk menafikannya. Abang mahukan kita beri peluang di dalam diri masing-masing...”

Nur Nilam terasa mahu menangis mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar itu. Adakah ianya lafasan yang lahir dari hati yang ikhlas atau hanya kepura-puraan semata-mata. Dia juga mahukan Iskandar di dalam hidupnya. Kerana dia juga semakin merasai hangatnya cinta itu di dalam jiwanya. Saat mata mereka bertaut dia resah sendiri.

“Sayang..Izinkan abang untuk terus berada di dalam hati sayang buat selama-lamanya...”ucap Iskandar lagi. Haruman yang menyerobos masuk ke hidungnya membuatkan jiwa lelaki Iskandar meronta. Apatah lagi matanya di hidangkan dengan kecantikan dan pesona luar biasa Nur nilam dia sudah tidak mampu berfikir apa-apa lagi. Apa yang dia tahu saat ini dia mahukan Nur Nilam Qaseh menjadi miliknya yang abadi. Nur Nilam pula hanya mengangguk. Merelakan sahaja apa yang Iskandar lakukan kepadanya.

Dalam rintik-rintik hujan malam ini..
Ku di buai asmara kasihmu..
Dalam kedinginan kasih yang menyentuh...
Ku hanyut dalam kehangatan cintamu..





























 

7 comments:

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...