Friday, April 20, 2012

Tarian Cinta - Bab 1



“Mak tak peduli!Kau dah malukan mak dengan abah kau. Mak nak terima cincin merisik tu.!Sebab dia orang pun dah beria-ia!”ungkap mak selepas majlis merisik aku berakhir. Tiada lagi tempelan bedak sejuk di wajahku. Aku sudah kembali normal seperti biasa. Hanya hati aku sahaja yang tidak normal saat ini. Dari mak tak paksa sekarang dah jadi paksa. Salah aku. Ya, aku terpaksa mengaku itu kesalahan terbesar yang pernah aku buat.
“Mak, tolonglah..Sofea tak nak mak. Sofea tak nak kahwin pun dengan siapa-siapa yang Sofea tak kenal..”pujuk aku pula.
“Kami tiada pilihan Sofea. Sebab kamu dah banyak kali buat kami malu.”sambung abah pula. Aku toleh pandang abah. Macam tak percaya pula yang abah cakap begitu. Selalu, abah yang akan pertahankan aku. Sekarang ni?Nak mintak tolong kepada abang aku si Safwan tu. Jangan haraplah dia nak tolong aku. Tambahan pula anak kesayangan mak.
“Kenapa semua orang buat Sofea begini? Ini bukan zaman dulu yang orang tua-tua sibuk nak jodohkan anak-anak. Sofea berhak buat keputusan atas diri Sofea sendiri.”bentak aku kasar. Aku tak mampu nak kawal emosi. Entah siapa-siapa lelaki yang bakal jadi suami aku pun aku tak tahu.
“Mak dah bagi peluang kepada kau Sofea.Tapi kau degil. Kau buat juga apa yang mak larang. Sekarang, peluang untuk kau merayu dah tak ada.!Keputusan mak muktamad!”
“Apa ni mak..”aku protes lagi.
“Cukup!mak tak nak dengar apa-apa lagi!”jerkah mak lagi sekali sambil meletakkan sarung yang berisi cincin di hadapan aku.
Tergamam aku di buatnya. Aku rasa seperti nak berlari hingga ke hujung dunia saat ini. Hati aku macam dah jatuh gedebuk di atas lantai. Terus aku berlari masuk ke dalam bilik. Hati ini terlalu keras untuk mengalirkan air mata. Tapi, terlalu tegar merosakan apa sahaja benda yang ada di dalam bilik aku ini. Aku sepahkan semuanya sambil menjerit kuat. Sakit hati, geram, marah semua sudah bercampur menjadi satu. Ya, aku memang baran. Aku bukan budak kecil lagi. Aku sudah dewasa dan aku berhak untuk membuat keputusan ke atas diri aku sendiri.
Siapalah lelaki itu?Lelaki yang pada aku begitu bijak menilai siapa aku sebenarnya. Tapi dalam masa yang sama kenapa dia tidak faham yang aku sudah terang lagi bersuluh tidak mahukannya. Tidak mahu ada apa-apa ikatan walhal untuk berkahwin sekalipun aku belum bersedia.
***
Seharian aku berkurung di dalam bilik. Memikirkan apa kesudahan yang akan terjadi kepada aku. Menerima beerti aku akan hidup dalam dunia yang aku tak inginkan. Menolak pula beerti aku benar-benar membuat mak kecewa.Setelah puas berfikir aku akhirnya mengambil keputusan untuk menerima. Tetapi dengan syarat lelaki itu harus memberi masa tiga tahun kepada aku. Waktu itu aku yakin aku mampu buat keputusan yang tepat.
“Baiklah, Sofea akan terima apa yang mak nak sangat. Sofea akan ikut cakap mak dan abah. Tapi, satu saja yang Sofea minta.”
“Apa dia?”soal mak dan abah serentak.
“Bagi Sofea masa tiga tahun. Tiga tahun untuk kenal hati budi dia..”
“Kau dah gila Sofea?Kau ingat tiga tahun itu waktunya singkat?” sampuk abang Safwan ku dengan tiba-tiba.
“Betul kata abang kau tu Sofea!”
“Mak, Sofea dah bersetuju dengan semua ini pun dah kira baik. Sekarang Sofea Cuma minta itu je. Biarlah Sofea kenal dia betul-betul. Manalah tahu dia tu penagih dadah ke?pengedar dadah ke? Mak tak takut ke anak mak ni jadi janda muda?”
“Dia orang dari keluarga yang baik-baik Sofea!”
“Keluarga saja yang baik mak, anaknya belum tentu. Dalam satu ranting yang ada buah tak kanlah semuanya boleh di makan. Mesti juga ada yang buruk,”jawab aku pula masih ingin membantah sebenarnya.
“Batul tu. Abah setuju dengan apa yang kamu kata..”ujar abah pula mencelah.
“Hai, abah setuju ke?Sofea ingat abah nak jadi orang pertama yang akan bantah..”perli aku pula sambil tersenyum. Maklumlah, abah sekarang dah menyebelahi mak. Aku lihat abah senyum. Tahu aku masih lagi dalam mood merajuk. Merajuk sangat-sangat. Senyum tawa yang aku pamerkan hanya untuk tutup duka lara. Inilah realiti yang harus aku depani.
            Sebelum aku bangun untuk kembali semula ke dalam bilik, abah sempat hulurkan aku sekeping sampul surat bewarna putih. Emak dan abang asyik senyum saja.Pelik betul aku. Aku terus ambil sampul bewarna putih itu lantas kaki segera di hayunkan menuju ke dalam bilik.
Sampai saja di dalam bilik aku tak terus buka sampul putih itu tetapi terus mengemaskan kembali barang-barang yang telah aku sepahkan. Ada juga sesetengahnya yang rosak. Itulah, waktu sedang marah tak ingat dunia. Inilah kerja yang langsung tak ada faedahnya untuk diri sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung.
Selesai saja mengemas aku ambil sampul putih yang  berada di ats meja. Aku buka dengan perasaan yang berdebar. Aku tarik perlahan isinya. Jelas mata aku di hidangkan dengan sesuatu yang membuatkan bibir aku tersenyum. Kemudian ketawa kuat. Aku baringkan tubuhku di atas katil sambil ketawa lagi. Biarlah apa pun yang keluarga aku nak cakap. Yang pasti aku sudah tidak mahu untuk menahan tawa aku ini dari berderai.
Gambar seorang lelaki dengan baju kemeja kotak dan berseluar jeans biru pudar itu benar-benar mencuit hati aku. Ini baru gambar, sudah sangat kelihatan skemanya. Itu belum lagi aku jumpa. Betul-betul skemalah. Rambut pun belah dua. Aduhai, mamat jiwang manalah yang bakal jadi suami aku ni. Langsung tak menepati citarasa aku. Tapi, muka lelaki ini manis. Senyumannya pun manis. Aku pandang lagi sekali..dua kali..tiga kali..Eh? Bukan ke lelaki ni yang senyum pada aku pagi tadi. Jadi?Dialah bakal suami aku? Oh....OMG...
            Aku alihkan pula gambar itu dan lihat ada profile lengkap. Aku senyum lebar. Nama Mohd Baddrol Bin Bakhtiar. Umur 27 tahun. Alahai, mamat ni macam zaman Noelitik. Sekarang orang dah pakai Facebook. Mana ada lagi yang buat cara tradisional dan skema begini. Aku senyum sebelum melelapkan mata. Tenang. Itulah yang sebenarnya aku rasa saat ini.
***
Tengahari esoknya aku di kejutkan dengan kedatangan mamat skema rambut belah dua. Aku tak terkejut langsung tapi sudah ketawa sekuat hati. Gayanya  betul-betul mencuit hati aku. Tapi, raut wajah dia manis. Manis-manis gula batu.
“Kau ni kenapa Sofea?Dah gila sangat agaknya. Cuba kau kawal sikit ketawa kau tu. Kau tak malu Baddrol ada di depan tu.”leter mak pula kepada aku sewaktu dia tiba dari ruang tamu.
“Biarlah. Memang nak bagi dia lihat pun. Cepat sikit dia reject Sofea..”jawab aku pula selamba.
“Kau jangan nak buat perangai lagi Sofea. Kalau kau buat lagi, esok juga mak kahwinkan kau.!”
Kata-kata Mak betul-betul  buat aku terdiam.Inilah yang paling aku tak suka. Bila kena ugut. Mak asyik nak ugut aku saja. Ini soal perasaan. Mana boleh dipaksa. Kenapalah mak tak boleh nak faham.
“Sekarang, kau pergi bersiap. Baddrol nak bawa kau keluar!”
“Tak naklah.” balas aku pula sambil buat muka tak ada perasaan.
“Sofeaaaaaa!!!”
“Ye lah...ye lah...”aku terus masuk di dalam bilik. Pintu bilik aku hempas kuat. Protes!Keluar dengan mamat skema. Ah!tak sukanyaaaa.

Selepas mengambil masa yang agak lama untuk bersiap aku kemudiannya keluar ke ruang depan. Aku bersiap biasa-biasa je. Aku lihat mamat skema tu pun dah ada di luar dengan abah dan mak. Mak dah berkenanlah tu. Aduh, segan pula aku. Bila mata aku dan dia bertentang lagi bertambah rasa segan aku. First time aku keluar dating. Pulak tu, dengan mamat skema yang aku langsung tak kenal. Kalau tahu dekat Ariana lagi teruk dia ketawakan aku.
Kereta Waja hitam itu terus menyusur dengan lajunya. Aku tak tahu ke mana destinasi yang akan kami pergi. Selalunya, orang Selangor akan ke Kuala Lumpur. Tapi, kalau boleh aku tak naklah. Aku sukakan kedamaian. Lebih baik jalan-jalan di kampung aku lagi seronok.
Sepanjang perjalanan itu aku dan dia masing-masing diam. Tapi, sebenarnya aku sedang menahan tawa. Ye lah, sejak dari mula perjalanan tadi mamat skema ni asyik mainkan lagu S. Jibeng. 'Inai di jari' dan 'Cik Ainon Janda Muda'.Hehehe. Aduhai......mamat skema ni. Betul-betul buat aku gila. Boleh pula di layannya lagu 60 an. Oh....kenapa jadi begini. Awal-awal lagi keserasian antara aku dan dia begitu berbeza. Sedangkan apa yang aku tahu, serasi itu akan membawa bahagia.
“Hai, awak ni dah tak ada lagu lain agaknya!” aku bersuara akhirnya kerana sudah hampir hilang kesabaranku untuk menahan tawa.
“Hai, ingatkan awak pekak tak tahu pula awak ada pendengaran yang baik.” Jawapan darinya yang ku kira sangat menyakitkan. Dia pandang kepada aku dan kemudian dia senyum.
“Awak ingat saya teringin sangat ke pada awak. Kalau bukan sebab mak yang paksa tak mungkin saya akan keluar dengan awak!”jawab aku kasar.
“Tak kisahlah..yang penting sekarang awak dah ada di sebelah saya dan tak lama lagi bakal jadi isteri saya..”jawabnya tenang sahaja.
“Awak ni buta ke?”
“Kenapa?”dia soal aku balik.
“Awak tak nampak ke apa yang saya buat semalam?Kenapa awak nak juga kahwin dengan saya. Saya ni tak bagus untuk awak.”
“Sebab saya nampaklah yang saya ambil keputusan nak kahwin juga dengan awak.”Aku tahu lelaki ini memang baik. Sebab itu dia begitu bijak menilai aku siapa sebenarnya.Tidak terus mengambil keputusan untuk menghukum.
“Tapi saya tak cintakan awak. Saya juga tak sukakan awak..!”
“Cinta?Cinta tu boleh di pupuk..boleh di semai.Yang penting langkahnya mesti betul.”
“Pandailah awak cakap. Macam awak tu dah betul sangat.”
“Tak apalah, kalau begitu sesuailah dengan awak yang tak betul semalam.”jawabnya pula sambil ketawa perlahan sahaja. Huh, nak control skemalah konon. Terus aku jeling tak puas hati.
“Boleh saya tahu, Sofea kerja apa sekarang?” soalnya pula sambil terus memandu keretanya dengan berhati-hati. Daripada ‘awak’ sudah bertukar menjadi ‘Sofea’. Tak kisahlah, aku pun senang dengan panggilan nama itu. Tidaklah terlalu skema sangat.
“Tanam anggur...”jawab aku malas. Aku pun tak tahu bila nak memulakan kerja setelah tamat pengajian hampir 6 bulan yang lalu.
“Nanti boleh kita petik anggur tu sama-sama kan..”
“Awak jangan terlalu mengharap!”balas aku lagi. Untuk sekian kali aku berkasar dengannya. Sungguh, aku masih sukar untuk menerimanya saat ini. Walaupun hati kecil aku kuat mengatakan dia seorang lelaki yang baik dan sempurna.Bahkan aku tahu dia punya kerjaya yang hebat. Aku sempat melihat pada kad kerja yang tergantung di keretanya itu. Tak sangka dia seorang Arkitek Landskap. Macam tak percaya pula aku.
 “Mak Sofea cakap yang Sofea mintak tempoh tiga tahun. Kenapa?”
“Sebab waktu itu Sofea yakin mampu buat pilihan yang tepat! Awak pun tahu ini bukan kehendak Sofea. Sofea belum bersedia untuk ada komitmen dengan sesiapa.”
“Maknanya, Sofea tak pernah bercintalah sebelum ni?”Aku angguk sambil pandang dia.
“Jadi, saya akan pastikan yang saya akan jadi cinta pertama untuk Sofea.” Terus berderai tawa aku bila dengar dia cakap begitu. Ada hati nak jadi cinta pertama untuk aku. Sedangkan semua yang berlangsung sekarang adalah paksaan semata-mata. Bukannya lahir ikhlas dari hati aku. Macam mana semuanya nak bertukar menjadi cinta. Dengan gayanya yang skema bahkan suka dengar lagu S. Jibeng. Aduh!Dunia aku dan kau terlalu berbeza.


p/s: dia tidak kacak...tapi dia manis..dia? Dia tidak menonjol tp dia sempurna.....
hehe..mamat skema suka dengar lagu s. jibeng..wuargghhh.....jemput komen:)



Wednesday, April 18, 2012

Tarian Cinta - Prolog



“Esok ada orang yang akan datang merisik kamu, Sofea . Kamu jangan cuba-cuba nak buat perangai lagi. Kalau kamu lari sekali lagi, mak akan kejar kamu sampai ke hujung dunia!”
Aduh!Pagi-pagi buta mak dah beritahu kepada aku perkara yang paling aku tak suka. Tersentap di buatnya. Sarapan nasi lemak itu aku tolak tanda protes.
“Mak bukannya paksa kamu suruh kamu menikah. Mak mintak kamu layan sajalah. Orang dah datang dengan cara baik. Nak terima atau tak itu terpulang kepada kamu.” Tambah mak lagi. Kata-kata yang sedikit membuatkan hati aku lega.
Tapi, pelik juga..kenapa mak cakap macam ni pula. Selalu tu dia suka paksa-paksa aku untuk terima. Kalau yang datang wajah seperti kapten bola sepak melaysia tu tak apalah juga. Ini, muka macam gangster. Pergh, tak sanggup aku. Tak ada kelembutan langsung.
“Tengoklah dulu mak..”jawab aku perlahan.
“Kamu jangan nak tengok-tengok!Siap kamu kalau kamu buat perangai lagi.!” Jerkah mak kuat. Aku cakap perlahan je tapi mak satu kampung dah boleh dengar. Itulah, abah selalu pesan kepada aku jangan di cucuh meriam buluh, nanti meletup satu kampung dengar. Ah! Susahnya.
“Kacak tak mak?”soal aku pula. Cuba bergurau walaupun dalam hati sangat tak sukanya aku.
“Kau tengok sendiri esok!”balas mak pula. Terus meninggalkan aku menuju ke ruang depan.Aku pun terus bangun dan menuju ke pintu dapur. Aku bersandar di balik pintu dengan pandangan yang ku halakan  ke arah luar rumah. Pandangan aku kosong. Seperti hati aku juga. Entahlah kenapa?Aku belum bersedia untuk bercinta bahkan berkahwin jauh sekali. Zaman sekarang umur 24 tahun seperti aku ni kira muda lagi.
Kepala aku ligat memikirkan apa yang harus aku buat esok. Kalau sebelum-sebelum ini aku selalu menghilang diri di saat-saat akhir. Tapi, esok tak kan aku nak buat benda yang sama. Aku perah otak. Fikir cara baru yang aku kira lebih selamat. Tapi, mak sekarang dah pandai main ugut-ugut dengan aku. Aduhai..tak kisahlah. Yang penting idea itu mesti muncul 24 jam dari sekarang.
***
Pagi itu aku dengar ketukan di muka pintu bilik aku tak henti-henti. Dah jadi macam orang mainkan gendang. Kecohnya. Aku toleh jam di dinding sudah hampir pukul 9 pagi. Lama jugalah aku sambung tidur lepas solat subuh tadi. Maklumlah, hati senang sebab rancangan baik sudah ada dalam fikiran.
Kemudian aku terus bangun dan buka pintu. Tubuh mak dan Ariana sahabat baikku tercegat di depan pintu.
“Kau tak siap lagi,Sofea?”soal mak keras.
“Baru bangun..”aku jawab perlahan. Sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Aku siapkan kau ya?”tutur Ariana pula.
“Tak payah Ariana..kau ikut mak cik ke dapur. Mak cik tak percaya kat kau orang berdua!”balas mak pula. Ariana tersengeh. Aku?terus buat muka tak ada perasaan. Macam mana mak nak percaya kalau setiap kali orang datang merisik je aku lesap. Ariana punya idealah. Aku ikut je. Tapi hari ini aku tak perlukan bantuan Ariana. Aku boleh buat sendiri. Aku senyum.
Ariana dan mak pandang aku pelik.
“Kau jangan nak buat hal, Sofea!Siap kau kalau kau buat hal lagi.”gumam mak lagi sebelum keluar.
‘Maaflah mak, anakmu ini memang degil.’tutur aku sendiri selepas itu. Kemudian aku terus baring di atas tilam sambil ketawa. Tak sabar pula sebenarnya untuk melakukan rancangan jahat aku.
***
            Rombongan merisik sampai di rumah aku kira-kira jam  11 pagi. Aku dah seperti budak tak betul. Bila aku pandang cermin lihat wajah aku, lagilah seperti rasa nak gelak guling-guling. Tapi, aku bimbang mak masuk. Jadi, aku terpaksa kawal semuanya agardalam keadaan normal. Walaupun aku dah rasa yang aku sebenarnya tak normal.
            Tidak lama kemudian aku dengar suara Ariana memanggil aku perlahan dari luar. Aku buka pintu sedikit. Tapi, raut wajah Ariana seratus peratus dah bertukar. Baru aku nak tarik dia masuk ke dalam tapi mak dah panggil aku untuk bawakan air ke hadapan. Dia sudah tak mampu nak kata apa-apa. Menjadi tugu di tepi pintu itu.
            Ah! Aku tekad. Apa nak jadi pun jadilah. Aku keluar dengan selamba sahaja walaupun dalam hati bergetar sejuta rasa. Kerja gila yang tak pernah aku buat. Dengan kain batik paras pinggang dan baju t’shirt di dalam sudah cukup untuk membuatkan mata jiran-jiran aku yang kepoh terbeliak. Bahkan silap hari bulan boleh juling. Ah! Aku dah tak peduli.Bukan itu sahaja wajah aku yang suci dan bersih ini aku tempek dengan bedak sejuk. Rambut pula aku ikat tocang dua. Hahaha...macam minah senget. Serius cakap, yang aku tak mandi. Biar puas hati. Yang penting aku nak dia orang reject aku.
            Aku terus ambil dulang air. Aku dah tak berani nak pandang muka mak. Tanpa tunggu masa lama terus aku menuju ke ruang depan. Aku selai tirai dengan kasar dan yang paling aku tak sangka aku boleh sepak kucing yang lintas di depan aku. Terima kasih kucing kerana menjadi pelakon tambahan untuk membantu aku. Hah!Semua mata pandang aku macam tak percaya. Tapi, hanya ada seorang saja yang senyum ke arahku. Siapa dia? Ah! Itu tak penting sekarang. Aku terus buat muka selamba sebelum  aku terdengar jeritan kuat mak di dapur.
“Sofeaaaaaaaaaaa!!!!!!”
            “Mati aku!”hanya sebaris ayat itu sahaja yang mampu aku ungkapkan.


           
 p/s : dah lama nak buat story ni..akhirnya tercapai jugak..senyum :)




Thursday, March 15, 2012

* Istimewa untuk yg merindui Di sebalik Rahsia Cinta [bab 24]*




Cinta..
Kau Kini Di mana..
Ku Cari – Cari Kau Tiada.
Ku Nant-Nanti Kau Tak Datang Jua..
Angin..
Sampaikan Rindu Ini..
Yang Merana Kerana Cinta..
Jangan Kau Siksa Aku Seperti Ini..
Kau Robek–robek Hatiku..
Kau Sayat– sayat Batinku..
Hingga Aku Tak Berdaya..
Cinta..
Berikan Sinarmu Untukku..
Terangkan Jiwaku Yang Gelap Keranamu..
Bahagiakan Hatiku Yang Merana Olehmu..
Sembuhkan Lukaku Yang Telah Ternganga..
Agar Aku Dapat Menggapai Bahagia..
Yang Telah Lama Tiada......

SUDAH hampir empat bulan bulan cerita itu berlalu. Kakinya juga sudah semakin sembuh. Dia sudah boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat. Cuma ingatannya sahaja yang masih kukuh terhadap Khyrill. Sekukuh cinta yang sentiasa berlagu di hatinya. Bagaimana lagi caranya untuk dia melupakan Khyrill. Bagaimana untuknya menghapus rindu yang seringkali berlagu.  Sesungguhnya perpisahan itu membuatkan hari-harinya terasa sepi. Tidak mudah  merawat hati yang retak seribu setelah segunung kasih  dan selautan sayang sudah diberi. Tapi sampai bila dia akan terus begini?
 “Sampai bila hang akan begini Arisya.? Aku tak sanggup untuk melihat hang macam ni.! Hang harus kuatkan semangat, Arisya.! Biarkan masa yang menentukan segalanya. Aku percaya semua yang terjadi ada hikmahnya yang tersendiri.” Tutur Emilia panjang lebar. Arisya di sebelahnya hanya tersenyum kelat. Emilia, satu-satunya sahabat yang paling setia di sisi. Di saat-saatnya kebuntuan, kebingungan dan keseorangan. Emilia sentiasa menemani Arisya tanpa jemu.
“Entahlah..aku sendiri tak tahu sampai bila benda ini akan berakhir. Semangat aku hilang seiring kehilangan cinta yang aku bina bersama dia.”
“Cinta tak akan melemahkan hang, Arisya.! Hang kena belajar menerima kenyataan.! Jangan jadi bodoh kerana cinta, Arisya.!”
“Aku tahu semua tu, tapi aku tak kuat untuk menghadapinya. Perpisahan yang berlaku ini tanpa restu aku, Emi. ” Tutur Arisya lagi sambil menyapu perlahan daun-daun kering yang berguguran di sebalik meja yang terdapat di bawah pokok itu.
“Aku yakin semuanya akan pulih seperti sedia kala. Aku pasti dia ada sebab dan alasan yang tersendiri. Biarkan dia terus memburu impian dia itu. Hang jangan terus mengalah begini. Hang mesti kuat, Arisya.!”
“Dan kau mesti berusaha untuk menjadi seorang doktor jiwa yang hebat..”
Arisya berkata sambil tergelak kecil.
“Wah..hang ni.! Masih sempat lagi nak buat lawak  dalam  keadaan yang macam ni. Aku serius okey.! Aku boring tau dok sorang-sorang kat bandar tu.”
“Ya lah. Aku nak bergurau pun tak boleh. Weh! tadi kau juga yang suruh aku heppy la, gembira la. Ni bila aku dah heppy nak suruh aku sedih  balik ke.?”
“Hish..perasaan manusia ni kadang-kadang pelik kan. Sekejap okey, sekejap tidak. Memang sukar untuk di mengertikan. Lama-lama aku boleh sakit jiwa dengan hang ni.!”
“Okeylah tu.!Doktor jiwa yang sakit jiwa.!”Arisya tergelak kecil. Cuba menyembunyikan kedukaan jiwa.
Life must go on, Arisya! Aku tahu hang kuat untuk menghadapi  dugaan ini. Lagipun dalam dunia ni berlambak-lambak lelaki tak kanlah satu pun tak ada untuk hang kan.? ”
“Mungkin tak sama macam Khyrill.?” Arisya berkata lagi.
“Tak apa, mamat tiang tu kan ada...”
“Eh!engkau ni. Tak ingin aku dekat mamat tiang tu.! Dah la badan macam besi.!Gatal,gedik.!Menyampah aku.!” Emilia yang mendengar sudah ketawa terkekeh-kekeh.  Sekurang-kurangnya Arisya sudah boleh melupakan dunia derita yang sedang dia lalui. 
“Menyampah ya.!Dulu dengan Khyrill pun hang menyampah tahap maut. Tup..tup.. rasa tu bertukar jadi sayang. Hang tengok tu orang yang hang menyampah dah datang. Tuuu..” Emilia menjuihkan mulutnya menunjuk ke arah  kereta yang sedang membelok masuk ke halaman rumahnya. “Aku balik dulu lah. Tak nak kacau okey. Nanti aku datang lagi. Kirim salam pak cik dan mak cik.!”Pesannya lagi.
“Weh!Emi.!Emi.! Kurang asam punya minah.”Jerit Arisya perlahan. Emilia sudah berlalu menuju ke arah keretanya hanya tersengih.  Suka lah tu dapat kenakannya. Yang mamat tiang ni pun satu, sejak akhir-akhir ni makin kerap pula dia datang ke rumahnya ini kenapa. Hendak tak hendak terpaksalah Arisya melayan si Fauzie ni.
Ayah dan emaknya pun macam dah suka saja kat Tengku Fauzie. Huh!yang Nazirah pula hilang entah ke mana. Gagal di kesan. Itupun Fauzie yang beritahu padanya. Biarlah apa pun. Dia malas hendak ambil  tahu tentang perempuan yang cemburu membabi buta itu. Tak pasal-pasal dia kena pakai tongkat tiga bulan. Kan dah reject kaki. Ini kalau nak mintak jadi polis pun dah tak boleh ni.!Reject.!
“Assalammualaikum..jauhnya termenung?”
Sapa Tengku Fauzie.
“Waalaikummussalam..eh..er...tak lah. Dekat-dekat je...”sambung Arisya lagi. Tengku Fauzie tersenyum memandang Arisya. Sambil  berkata perlahan. “Awak ni makin kelakar ye. Boleh saya duduk?” sambungnya lagi. Arisya hanya mengangguk. Duduk lah Fauzie oi, banyak lagi kerusi kosong yang tak terduduk  tu. Hatinya pula berbisik
“Cuaca petang ni redup sekali erk, seredup mata awak..? Awak sihat ke tak.?” Soal Fauzie kembali.
“Hmm..sihat.”
“Pak  cik dan mak cik ada.?”
“Ada.Jemputlah masuk ke rumah boleh berbual dengan mereka kat dalam.” Jawab Arisya kembali dan serentak dengan itu juga dia bangun dari tempat duduknya. Dia sebenarnya segan hendak berbual dengan Fauzie. Tambahan pula semenjak akhir-akhir ini Fauzie selalu datang menjenguknya.
“Nantilah, saya nk berbual dengan awak kat sini.” Tengku Fauzie pula bersuara.
“Er..hmm..okey..” Arisya kembali duduk.
“Saya tengok awak dah semakin sembuh. Bila awak boleh start kerja. Semua orang rindu kat awak.”
“Mengarutlah..”
“Betul. Saya lagilah boring tak ada orang nak melawan cakap saya.” Ujar Tengku Fauzie sambil tersengeh. Handsome..!
“Hmm..”
“Saya tak paksa awak. Tapi saya memang berharap agar awak bekerja lagi di syarikat saya. Tentang Nazirah tu awak tak perlu risau. Saya dengan dia memang tak ada apa-apa. Saya akan jaga awak dengan sebaiknya. Lagipun semenjak hal yang berlaku Nazirah sudah hilang entah ke mana. Kalau saya jumpa dia tahulah saya nak ajar dia cukup-cukup.!”
“Tak ada apa-apa konon. Awak ni kan senang je cakap. Habis awak kerjakan dia awak tinggal dia macam tu je. Lepas tu cakap tak ada apa-apa. Macam lah saya tak tahu. Tak pasal-pasal saya dapat dosa malam tu. Teruk punya perangai.” Balas Arisya kembali sambil menggelengkan kepalanya. Tengku Fauzie sudah gelak kuat mendengar kata-kata Arisya. Memang itu yang sebenarnya jadi untuk apa lagi dia menafikan.
 “Salah awak jugak! yang awak pergi buka pintu tak bagi salam tu siapa suruh. Awak mengintai ya...”
“Hah.! Tak hingin saya nak mengintai awaklah. Awak tu sengaja kan nak menunjuk-nunjuk perangai tak senonoh awak tu. Biar semua orang tahu kan dosa yang yang buat.?”
“Itu dulu Arisya. Sekarang saya dah berubah tau. Saya berubah kerana awak.! Kerana saya cinta kan awak.!” Arisya mencebikkan mulutnya. Gurauan apa yang sedang engkau mainkan Fauzie. Tak semudah itu untuk aku percaya. Hati Arisya berkata-kata.
“Cinta tu tak semudah ungkapan.! Awak jangan pandai nak sebut je kalau tak tahu apa itu cinta.! Dan satu lagi jangan nak berubah sebab saya okey. Itu tak ikhlas namanya. Kalau betul-betul awak berubah biarlah kerana Allah.” Sambung Arisya lagi.
 Tengku Fauzie hanya terdiam. Mengakui kebenaran pada kata-kata Arisya. Betapa jahil dirinya. Penuh dengan kekhilafan. Dia berjaya di dunia tetapi di akhirat sana entah bagaimana. Apakah bekalannya.Tiada.!
Saya manusia yang tak sempurna Arisya. Saya sedar kekhilafan yang saya lakukan terlalu banyak. Saya hanya mahu jadi sebahagian dari diri awak. Hanya awak yang mampu takhlukkan hati saya. Hanya awak, Arisya.”Luahan hati Fauzie membuatkan dada Arisya berombak kencang. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi mendengar kata-kata cinta dari mulut seorang lelaki kerana hatinya telah di lukai.
Saya tak mahu lagi dengar awak berbicara tentang hati dan perasaan awak pada saya. Tolonglah!.Saya bentul-betul tak mahu mendengarnya. Setelah apa yang saya lalui, hati saya ini seolah-olah tak bernyawa lagi. Separuh jiwa saya pergi dengan perpisahan yang berlaku antara saya dengan Khyrill. Saya mintak tolong pada awak, jangan cakap soal ini lagi.”
“Tapi awak mesti terima lamaran ni. Awak tak boleh menolak lagi. Saya tak mahu mendengar sebarang alasan lagi.”
“Apa lagi awak ni.! Saya dah cakapkan tadi. Saya tak mahu dengar apa-apa lagi soal hati dan perasaan ni.” Keras Arisya bersuara.
 “Terpulanglah pada awak, Arisya. Apa yang saya nak minggu depan awak mesti hadirkan diri ke pejabat. Saya tak mahu awak menolak lagi lamaran saya ni.” Tutur Fauzie sambil tersenyum. Arisya malu sendiri. Mamat tiang ini ada-ada sahaja. Arisya kembali diam seribu bahasa.
Sememangnya tawaran itu sudah banyak kali diterimanya. Sudah banyak kali juga dia menolak. Sudah banyak kali juga dia cuba mengelak. Dia takut jika sejarah mungkin berulang.Takut.!


*mood* begitu rindu..:)Rindu pada siapa?Rindu untuk menatapnya..heheh..mengarut di petang hari..lamakan nk tunggu cerita ni keluar..entahkan betul entahkan tidak..ekeke..InsyaAllah, kalau di izinkan bulan August akan dtg..penantian mmg satu penyiksaan. Kadang kala ada waktu2nya rasa seperti ini tidak adil..tidak adil..bagiku..hehe:) sabo je la kan..kitakan SB3 (saya bdk bru belajar)hehe:)senyum tu penting..saya ambil semangat dari hero cerita ni..Senyum..apapun terjadi senyum..Betul, ubat yg paling mujarab adalah senyum:)











Tuesday, March 6, 2012

Hilang


Selama mana
Harus ku mencari
Igauan ini
Ku gagahi

Ingin berjumpa
Sayang kau tiada
Erti jiwa rasa cinta
Seorang lelaki

Lemas meronta
Mengonjang lara
Menangis aku sendiri
Jangan di tanya
Engkau pun tahu
Mengapa kau bersembunyi

Kau jelmalah engkau
Beraksi rindu
Mimpi-mimpi ku

Malam di gerbang luka
Mengarap cinta
Suratan resah

Bulan bukannya bintang
Siang hilanglah malam
Gundah bila kau hilang
Resah hilang kau datang

Jika kau tiba
Jelanglah sinar
Malam ku yg kesepian
Moga hangatnya rasa asmara kasih hulurkan cintamu

Nilam juga permata
Hilang bukannya intan
Sayang bila kau datang
Senyum hilanglah duka



Tuesday, February 28, 2012

Kiri dan Kanan..

Ada kesedihan yang bertamu di hati...ada keserabutan yang menghuni jiwa. Tidak tahu untuk menzahirkannya di mana?Pada siapa?Hmm..bersabar?Terlalu lama kesabaran menjadi peneman jiwa. Terlalu banyak rintangan untuk menghasilkannya. Bila terlalu di fikirkan smkin skit rasanya. Kenapa?Itukah ujian pertama utkku sebelum dpt mendakapnya??:(

Oh..aku sudah jd jiwang thp bersawang..Semuanya pasal e-novel2 yg sudah ku hantar. Serius aku buntu?Buntu sangat2.. Antara Di sebalik Rahsia Cinta dan Hangatnya Cinta..Kau org semua pilih yg mana?Yg mana kau orang rasa patut keluar dulu?Please help me!!

Terlalu banyak msa yg terbuang.Yg setia menanti..ikutkan seperti aku dh begitu berjauh hati..huh..semangat2...masih ada smgt. Ke kiri dan kanan..aku gak yg rugi.rugi dengan masa..Hmm..pilu hati..pilu sekali...:(

Monday, February 27, 2012

sedikit sedutan DSRC


JANUARI 2009
Selepas selesai menyediakan makan malam, Arisya menuju ke ruang depan untuk menonton televisyen. Belum pun sempat Arisya hendak menonton rancangan yang di siarkan, telefon bimbitnya pula berdering.  Seperti kebiasaan. Siapa lagi yang akan mengganggunya waktu-waktu begini kalau bukan Khyrill.  Nak jawab ke tidak ni? Arisya berperang dengan perasaannya sendiri.  Masuk kali kedua panggilan, Arisya terpaksa menjawab. Selagi tak dijawab, selagi itulah telefon bimbit ini akan terus berbunyi, berbunyi, dan berbunyi.  Pemanggilnya memang jenis yang tak reti berputus asa. Selalu sahaja mengganggunya pada masa-masa yang sebegini.
“Assalammualaikum…Sayang buat apa tu? Maaf ya ganggu awak.”
 Soal  Khyrill tergopoh-gapah.
“Waalaikummussalam.!Hah awak nak apa ni call saya.? Tak ada kerja!.”Soal Arisya dengan perasaan geram. Suka hati dia aje nak panggil aku dengan panggilan yang macam tu.! Tak suka betul.!sayang..sayang! eee..geli telinga lah dengar!.
“Kalau tak ikhlas tu, tak payah la jawab.  Tak baik paksa-paksa jawab salam ni.”
“Peduli apa saya...!” Arisya berkata perlahan namum masih mampu di dengari oleh Khyrill. Khyrill terdiam. Keegoaan Arisya terlalu tinggi.
”Arisya, saya suka awak?”Tutur Khyrill berterus-terang. Dia cakap dia suka aku.! Huh,aku mimpi ke ni ?Ingat bola ke boleh main-main.
“Awak orang popular Rill, saya tak nak dikaitkan dengan awak.”
“Tapi saya tak rasa macam tu.!”
“Terpulang pada awak. Tapi apa yang saya katakan adalah kenyataan!.”
“Kenyataan apa? kenyataan yang awak sendiri buat. Awak sendiri rumuskan. Awak silap Arisya. Saya insan biasa yang ada hati dan perasaan. Apakah kerana status saya sebagai seorang pemain bola membuatkan saya tidak layak untuk berkawan dengan orang seperti awak,Arisya.!”
“Arisya terpana mendengar kata-kata itu. Khyrill di hujung talian juga diam.
“Bukan awak tapi saya.!”
Tapi cinta itu buta dan juga membutakan. Hatinya juga menginginkan cinta itu. Dia sendiri selalu mendengar cerita seorang pemain bola selalunya bersikap playboy? Adakah Khyrill juga begitu.  Tetapi sepanjang perkenalan mereka, Khyrill sendiri mengakui hatinya belum dimiliki oleh sesiapa.
  Sikapnya yang merendah diri tu kadang-kadang buat Arisya akur, hatinya senang mengenali lelaki itu, tapi sikap Khyrill yang suka sangat mengusik dan menyakatnya tu kadang-kadang buat dirinya rimas. Kadang-kadang pulak rasa seronok.  Cuma apabila dia sedar siapa dirinya yang sebenar. Dia jadi malu sendiri. Beribu-ribu alasan yang di beri untuk mengelak dari lelaki itu. Sehinggakan sampai satu waktu bicara-bicara Khyrill terhenti di situ. Semuanya kerana Khyrill menyangkakan bahawa hatinya sudah di miliki.
Dia tahu di mana bumi berpijak.  Tak mungkin lelaki itu akan jatuh cinta dengannya.  Dan tak mungkin dia akan berdampingan dengan lelaki itu.  Segala kata-kata hanya sandiwara mainan di bibir.   Memang dia tidak pernah meletakkan harapan untuk berdampingan dengan lelaki pujaan itu.
 Jadi untuk apa untuk dia merungkaikan salah faham yang terjadi itu.  Biarkan semuanya begitu.  Keegoaannya terlalu tinggi untuk memulakan kembali bicara-bicara yang telah hilang itu.  Biarkan....Bisik hati Arisya lagi. Sehinggalah percutian di Pulau Langkawi. Separuh jiwanya menjadi milik Khyrill saat itu. Cintanya berlagu dalam irama syahdu di temani bintang-bintang malam. Ombak dan pantai menjadi saksi penyatuan dua hati.

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...