Cik
Ainon hidung mancung
Rambut
panjang bergulung-gulung
Cakap
sedikit mudah tersenyum
Bikin
pemuda jadi bingung..
SEBAIK sahaja
aku mendengar dia menyanyikan lagu ‘Cik
Ainon Janda Muda’ terus pecah berderai tawa aku. Aku dah tak peduli bila dia pandang
aku pelik. Kenapalah yang dia jadi pop yeh yeh sangat ni. Buat malu aku saja.
Ini baru kali pertama jumpa aku sudah asyik ketawa macam orang gila. Tak boleh
jadi macam ni.
“Tak sedap
ke?”dia soal kuat.
“Memang tak
sedap pun. Suara awak sangat sumbang!”balas aku kuat sambil merampas mikrofon
di tangannya. Terus aku letakkan mikrofon di atas meja sebelum menarik beg
keluar dari pusat Nyanyian itu. Hilang sudah mood aku nak menyanyi.
“Maaf Sofea,
saya tak pandai nyanyi.!” Luahnya perlahan.
“Kalau tak pandai
lain kali jangan datang ke sini!Awak ni buat malu betul la!”guman aku.
“Saya tak tahu
nak bawa Sofea ke mana..”tuturnya lagi sambil berjalan menghampiri aku. Sakit
hati betul aku bila dapat lelaki yang tak reti nak buat keputusan. Sampai nak
keluar pergi mana pun tak tahu.
“Kalau macam tu
lebih baik awak tak payah bawa saya keluar. Pelik betul saya dengan awak ni.
Dah la kemarin awak datang merisik saya. Saya ni bukannya sempurna untuk jadi
suri hati awak. Saya tak suka nak keluar-keluar dengan lelaki ni. Saya tak
suka!”jawab aku pula sambil langkah kaki terus menuju ke tempat parking kereta.
“Sebab semua
yang Sofea cakapkan tadilah yang membuatkan saya lagi bertambah sukakan
Sofea..”balasnya pula sambil tersenyum.
“Awak, macam Cik
Ainon..hidung mancung tapi..”
“Cepatlah!!buka
kunci!!!”aku jerit kuat. Terus potong apa yang dia nak cakap. Tak habis-habis
dengan Cik Ainon. Aku akan buat apa sahaja agar dia akan bencikan aku. Aku tak
sukakan dia!Tak boleh nak terima cara dia. Sejak dari zaman sekolah lagi aku
angan-angankan lelaki yang ada stail, dan macho. Bukan macam Baddrol ni. Aku
pandang rambut pun aku dah nak tergelak. Nasib baik muka manis. Tapi, aku tetap
tak suka!Arghhh..siksa jiwa an raga.
Tanpa berlengah
lagi dia terus menekan alarm kereta miliknya itu. Aku masuk ke dalam sambil
mendengus kuat. Benci..benci..benci..itulah yang hati aku rasa sekarang. Benci
sangat dengan mamat skema ni. Hati aku sekarang susah sangat nak terima yang
semua ni terjadi atas diri aku. Ini bukan kisah dongeng tapi kenyataan.
Kenyataan yang aku tak mampu nak telan langsung.
“Tapi yang beza
Cik Ainon dalam lagu tu janda awak dara lagikan?”
What????Aku rasa
macam nampak Baddrol ni besar kuman aje. Aduhai sabarlah
hati..sabar..sabar..sabar..
“Kita pergi
makan ya?” tuturnya kembali sambil kereta mula bergerak.
“Sofea nak
balik!”balas aku kasar.
“Makanlah dulu
sebelum balik..”dia cuba pujuk aku lagi.
“Kenapa nak
paksa-paksa!Tak suka tahu tak!”
“Okey, kalau
Sofea tak nak makan, saya beli bungkus.”
“Suka hati
awaklah!” aku jawab kasar lagi. Berharap dia bencikan aku.
***
Bau
Kfc satu kereta. Mak ai, punya banyak dia beli macam perli aku saja.
“Awak
nak bagi satu kampung makan ke?”aku soal pelik. Tapi, aku tengok dia senyum.
Heeee!menyampah betul la. Senyum gatal aku kira.
“Untuk
mak dan abah Sofea sama..”
Amboi,
baik hati sangatlah. Aku tahu mesti nak mengayat mak dan abah ni. Benci betul
aku orang yang kaki bodek macam ni. Hipokrit. Konon-konon nak tunjuk baik.
Buatlah baik macam mana pun, hati aku tetap keras bak kerikil. Bahkan mungkin
lebih lagi.
“Awak
tak perlulah nak tunjuk baik sangat.”
“Baik
tu tak perlu di tunjuk Sofea. Semulajadi. Kalau tunjuk nanti kang tak ikhlas
pula namanya..”dia jawab sambil senyum lagi. Lepas tu buat mata kuyu dia tu.
Rasa macam nak tarik aje rambut belah tengah dia tu. Berani dia jawab macam tu
ye!
“Kalau
awak baik, awak cari sajalah perempuan yang baik-baik. Perempuan yang suka dan
cinta mati dekat awak.!Saya ni tak suka awak. Tak suka!Tak suka! Tak suka!” aku
buat gaya kanak-kanak terencat akal. Dah memang aku tak suka nak buat macam
mana.
“Tapi
saya suka nak buat macam mana. Tak ada siapa yang boleh larang perasaan saya
dari sukakan awak wahai Cik Sofea.!”
“Arggh!!!!awak
tak sepadan dengan saya!Awak tahu tak awak bukan taste saya.!” Aku jawab lagi.
Geram sambil jeling tajam kepada dia. Tapi dia tenang je sambil pandu kereta.
Bukan tenang memang skema sangat pun. Tak boleh blah!
“Memilih
ya?Jangan memilih nanti jadi anak dara tua..”
“Lantaklah!Yang
awak nak sibuk-sibuk kenapa.!”aku balas lagi kasar sekasar-kasarnya.
Tapi,
dia masih senyum. Arghh!sakit hati aku di buatnya. Rasa macam nak hempuk aje
muka dia di stereng kereta tu. Baru ada akai!.
***
“Kenapa balik
awal sangat?”soal abah kepada aku. Mak pula asyik senyum saja bila pandang wajah
aku. Sukalah tu.
“Sofea tak ada
mood la abah nak keluar dengan mamat skema ni.”jawab aku separuh berbisik
kepada abah. Tapi aku rasa cukup jelas di pendengaran telinga mak. Sebab mak
jegilkan biji mata bulat-bulat kepada aku. Senyumannya pun lenyap. Amboi,
cepatnya mak berubah.
“Baddrol okey
tak?Sofea ni ada susahkan kamu tak?” mak soal Baddrol pula. Macam dah boleh
jangka apa yang akan aku buat. Risau semacam aje mak soal kepada Baddrol.
“Okey aje Mak
cik. Tak susah sangat.”jawab Baddrol sambil hulurkan KFC itu kepada mak.
Apalah maksud
dia ‘tak susah sangat tu’.
“Eh,
banyaknya...” Mak bersuara lagi.
“Banyaklah mak,
Baddrol nak buat kenduri satu kampung.”aku jawab selamba. Walaupun aku takut
sebenarnya dengan jelingan dari mak. Macam petir yang menyambar.Bila-bila masa
sahaja aku boleh ‘spark’.
“Mulut kamu tu
jaga sikit Sofea..”
Ha, aku baru je
cakap mak dah tegur aku. Baddrol apa lagi senyum meleret-leret. Benci betul
aku!
“Tak apalah
bukan selalu. Sekali sekala apa salahnya. Lagipun tadi saya ajak Sofea makan
tapi dia jual mahal pula. Itu yang saya beli lebih tu. Manalah tahu, kalau di
rumah banyak yang dia makan.” Tutur Baddrol selamba juga. Amboi, mulalah tu.
Abah dan mak
ketawa denga Baddrol cakap begitu. Bukan main lagi. Tak sangka pula aku yang mamat
skema ni betah bercakap. Ingatkan bisu. Maklumlah, aku buat dia bagi sakit hati
dia selamba badak aje diam tak cakap apa.
“Kalau saya nak
makan lebih pun saya boleh pergi beli sendiri. Tak minta jasa baik awak pun.
Terima kasih sajalah!”terus aku masuk ke dalam. Tinggalkan mereka semua dengan
hati yang sebal.
“Merajuklah
tu..”aku dengar abah cakap begitu.
Aku bukan
merajuk cuma tak puas hati. Sangat-sangat tak puas hati. Abah dan mak macam dah
berkenan sangat dengan Baddrol. Sedangkan aku langsung tak rasa ada apa-apa
perasaan kepada Baddrol. Semuanya terlalu cepat. Cepat sangat. Tiga tahun
tempoh yang aku minta pun rasa cepat sangat. Entah-entah esok lusa aku akan di
tunangkan. Arghh...lagi tekanan perasaan di buatnya. Kenapa mesti aku yang melalui semua mimpi
ngeri ini. Mak dan abah tak boleh nampakkah yang dunia aku dan Baddrol terlalu
berbeza. Bagaimana rentak tarian cinta akan sempurna kalau aku selatan dia
utara.
Ah! Aku tak mahu
mengalah. Tiga tahun akan aku pastikan semuanya tak semanis yang di impikan
mereka. Tiga tahun akan ku pastikan dia tersiksa dengan sikap aku. Tiga tahun
akan aku pastikan hanya derita sengsara yang beraja di hatimu bukan bunga-bunga
cinta. Sorrylah!bunga taik ayam aku
bagi. Aku nekad nak buat apa sahaja asalkan dia sakit hati dan benci aku.
Maaf, aku memang tak boleh nak terima
segala-galanya tentang dia. Bagi aku dia langsung tak ada keistimewaannya.
Setakat senyum manis tu biasa. Ramai lagi di luar sana yang manis-manis belaka.
Baddrol, kenapa
dalam banyak-banyak perempuan aku jugak
yang kau pilih?Aku juga yang kau nak. Kenapa kau tak sedar ke kau tu bukan
pilihan aku. Kau memang kejam sebab buat semua ini. Kau tahu tak kau tak
sempurna langsung buat aku!. Hati aku menjerit marah lagi!Sukar untuk terima semua yang terjadi.
Baddrol memang terbaik!!!#^_^
ReplyDeletehehehehe :)terbaikk...terima kasih..
Deletenot bad..interesting start..
ReplyDeletethank ya..:)
DeleteBaguslah Baddrol...macam dia dah sedia maklum dgn perangai Sofea...tu yg dia ikut je rentak Sofea...ending nanti Sofea
ReplyDeleteakan terjatuh cinta juga dgn Baddrol...hahaha
~kak min~
kak min: huhuhu....mungkinkah????
Deletehahahaha...lawak betul cerita ni..cepat sambung ya aje...i likeeeee
ReplyDeletek ju
K ju,
DeleteTerima kasih :)InsyaAllah..aje akan sambung lg..
wah... lawaklah.. cepat2 sambung ye :)
ReplyDelete