Assalammualaikum...
Seperti tajuk yg tertera di atas..start now nak fokus balik menulis.Hehehe...WAJIB FOKUS!!. baru sudah habis edit blog chantek2 (Cantik ke??) dan baru sudah upload cover-cover E-Novel yg mmg ada dlm simpanan. Okesss..
1. Milik Siapakah Hati Ini..
Cerita ni dah lama buat. Time duduk Penang dulu. Zaman budak kecik..haha..pernah hantar ke Penulisan2u. But, separuh jln....so, nak habiskan..cuma ada dalam berapa bab saja lagi. Karya ni akan di habiskan di blog. Mini E-Novel....tak banyak bab sangat. Esok Lusa Cuti...Isnin aku publish ye.hehehe.
2. Elusan Kasih
Okey..cerita ni pun mungkin separuh sahaja yg akan di masukkan di blog. Aku akan hantar ke ( Di rahsiakan).Manuskrip ni aku dapat idea sewaktu di Langkawi.. Malam tu aku mimpi panjang..Kisah ni mcm sedih sikit. So, siap tisu banyak2 nanti...Hahaha..(Eh, ckp sedih tp aku gelak pulok).
3. Tarian Cinta
Cerita ni ada sikit2 kisah benar. Hahah. Kelakar...Aku nak korang yg gundah gulana tu happy2..Mamat Skema dgn S. Jibengnya. Aku belum pasti nak panjangkn jln ceritanya @ nk pendekkan. Boleh jd Mini E- Novel saja.
4. Bila Cinta Hadir
Karya yg korang semua nanti2kan yee...?Syameen n Lia..Utk pengetahuan korang e-novel ni dah hampir siap. Cuma aku tak boleh nak hantar ke syarikat publisher lg.Sebabnya, e-novel aku yg kedua belum keluar lagi. Nanti bila dh kuar baru aku boleh hantar. Lagipun, aku nak hasilkan yg memberikan kepuasan utk aku dan berbaloi utk korang semua. Ambil masa sikit x salahkan?Aku cuma belajar dari pengalaman.
5. Hangatnya Cinta
E- Novel ni akan di terbitkan di bawah KAKI NOVEL ENTERPRISE. InsyaAllah bulan NOVEMBER nanti. Aku hantar kepada KNE pada bulan March yg lalu. Melalui proses suka dan duka. Aku harap di terima dengan hati yg terbuka.
6. Aku Bukan Bola
Banyak yg aku cerita ttg novel ni. Sebab 4 tahun aku hasilkan..Inilah semangat utk aku lebih berkarya. sbb tu mest bnyk yg nk aku story kan. Terima kasih BUKU PRIMA sudi terbitkan karya ini. Okey, fokus aku sekarang memang kpda menulis sambil mempromosikan AKU BUKAN BOLA. Sudi-sudilah memilikinya :) Kalau nak beli dari aku pun boleh. E-mailkan je kepada aku ( aje_fazlina@yahoo.com) atau pu3_irries87@yahoo.com. Kalau xdpt gk korang mesej aku di fbook okey ;)
Thursday, August 30, 2012
Friday, August 17, 2012
Berhari Raya Di samping ABB
Assalammualaikum...
Sedar x sedar dh nk raya...Cepat je masa berlalu meninggalkan kita.Apa tema raya anda semua tahun ni???hehe... Raya tahun ni bermakna sekali buat diri ni coz dpat sambut dengan keluaran AKU BUKAN BOLA. Sudah berada di pasaran...so, jangan tunggu lama2..nanti habesss.. (cewahhhh, bajet hot je kan) Alhamdullillah, aku rasa lega sngt2..Lega bila dapat zahirkan kasih sayang di atas kertas...Hihihi.
Sebenarnya Mood lebih kepada keterujaan tahap jakunnnnn menyambut Aku Bukan Bola. Hehe..Sebenarnya dalam perancangan aku nak buat AKU BUKAN BOLA 11. Macam tak mahu lepaskan Heroin ni..(Heroin ke Hero?)hahahaha...mati aku kena ligan nanti. Ya Ampunnnnnnn.....gurau2 sebelum menyambut hari raya :) Minat tak beerti suka...Suka tak beerti sayang..sayang tak beerti rindu..Rindu tak beerti cinta.
So, di kesempatan ini aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN untuk semua all readers yg selalu follow blog ni. Thanks kerana sentiasa support diri ni untuk lebih maju ke depan.
Untuk TEMAN2 SEPERJUANGAN..brutal, ira, emy, dayah, ila, jan, n bed SELAMAT HARI RAYA...Jangan lupa, AKU BUKAN BOLA..Hehehe.
Untuk...hero nobel...nk say gak..selamat hari raya. Semoga maju jaya...hahaha..Tak sempat nk bukak kt 18 CORNER..jadual penuh.Lagipun tokey xdk xmau p. Hahaha..(Amboihhhhh gelak seronok aih)
Dan yg last sekali utk sapa2 yg kenal diri ni, baik yang berada di PENENG, PERAK, PERLIS N SELURUH MALAYSIA ku nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin kalau ada terkasar bahasa tersilap kata. 10 jari ku pohon ampun dan maaf. Jangan lupa makan lemang dan ketupat sambil layan AKU BUKAN BOLA. hehehe.(Sempat lagi promote).
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATINNN...............:)
Sedar x sedar dh nk raya...Cepat je masa berlalu meninggalkan kita.Apa tema raya anda semua tahun ni???hehe... Raya tahun ni bermakna sekali buat diri ni coz dpat sambut dengan keluaran AKU BUKAN BOLA. Sudah berada di pasaran...so, jangan tunggu lama2..nanti habesss.. (cewahhhh, bajet hot je kan) Alhamdullillah, aku rasa lega sngt2..Lega bila dapat zahirkan kasih sayang di atas kertas...Hihihi.
ini Arisya sebelum pakai tudung |
ini?Siapa ni?Ada sapa2 kenal x?Kenapa dia boleh sesat di sini????Hahaha.. |
Sebenarnya Mood lebih kepada keterujaan tahap jakunnnnn menyambut Aku Bukan Bola. Hehe..Sebenarnya dalam perancangan aku nak buat AKU BUKAN BOLA 11. Macam tak mahu lepaskan Heroin ni..(Heroin ke Hero?)hahahaha...mati aku kena ligan nanti. Ya Ampunnnnnnn.....gurau2 sebelum menyambut hari raya :) Minat tak beerti suka...Suka tak beerti sayang..sayang tak beerti rindu..Rindu tak beerti cinta.
So, di kesempatan ini aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN untuk semua all readers yg selalu follow blog ni. Thanks kerana sentiasa support diri ni untuk lebih maju ke depan.
Untuk TEMAN2 SEPERJUANGAN..brutal, ira, emy, dayah, ila, jan, n bed SELAMAT HARI RAYA...Jangan lupa, AKU BUKAN BOLA..Hehehe.
Untuk...hero nobel...nk say gak..selamat hari raya. Semoga maju jaya...hahaha..Tak sempat nk bukak kt 18 CORNER..jadual penuh.Lagipun tokey xdk xmau p. Hahaha..(Amboihhhhh gelak seronok aih)
Dan yg last sekali utk sapa2 yg kenal diri ni, baik yang berada di PENENG, PERAK, PERLIS N SELURUH MALAYSIA ku nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin kalau ada terkasar bahasa tersilap kata. 10 jari ku pohon ampun dan maaf. Jangan lupa makan lemang dan ketupat sambil layan AKU BUKAN BOLA. hehehe.(Sempat lagi promote).
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATINNN...............:)
Sunday, August 12, 2012
Sedutan lagi ABB
LAGI SEDUTAN DI DALAM BAB...
“Eh..abang?bila
sampai?”soal Arisya sebaik sahaja terpandangkan Khyrill. Ianya benar-benar
mengejutkan Fauzie. Tidak pula bagi Arisya yang seolah-olah gembira dengan
kehadiran Khyrill di sisinya.
“Abang..”panggil
Arisya sekali lagi apabila sapaannya yang pertama langsung tidak diendahkan
oleh Khyrill.
“Puas
hati kau dapat buat aku macam ni?Patutlah selama ini beria-ia benar nak
kerja.!Ini kerja kau!!”jerkah Khyrill kuat.
“Abang!dengar
dulu penjelasan Risya..”
“Sudahlah
Risya!aku tak nak dengar apa-apa lagi. Selama ini aku mengaku setiap kesalahan
aku pada kau!Tapi hari ini segalanya semakin jelas pada pandangan mata
aku!Jelas!Kau benar-benar dah tunjukkan yang kau tu curang!”
“Abang!”Jerkah
Arisya pula. Air mata pantas sahaja mengambil tempat di pipinya yang polos itu.
Sampai hati Khyrill menuduhnya begitu. Sampai hati kau, Rill.
“Khyrill,
kau dah salah faham. Dengar dulu
penjelasan aku.”giliran Fauzie pula bersuara.
“Hey!sudahlah!aku
tak tahu ubat guna-guna apa yang kau dah pakai. Mungkin juga hadiah yang aku
bagi pada kau dulu belum cukup kuat untuk kau.!”Balas Khyrill pula. Semua
pelanggan yang berada di dalam restauran kini tertumpu pada mereka.
“Abang
nanti dulu..dengar dulu penjelasan Risya..”ucap Arisya lagi dengan sedu
sedannya. Tangan Khyrill diraih,namun ditepis kuat.
“Jangan
kau nak berlakon lagi depan aku, Arisya!Aku boleh lepaskan kau jika itu yang
kau nak sangat.!”Bergema kemarahan Khyrill sekali lagi sebelum dia berlalu
meninggalkan Arisya yang terduduk lemah.
Kata-kata Khyrill bagaikan merobek seluruh
jiwa dan raganya. Tegarnya Khyrill mengatakan begitu kepadanya. Setelah aku
curahkan segalanya..ini yang kau balas Rill..Bisik hatinya pula. Dia terus
menangis dan menangis. Fauzie hanya menggelengkan kepala melihat Khyrill yang
sudah berlalu.
“Kau
silap Khyrill!”ucap Fauzie separuh berbisik.
Thursday, August 9, 2012
Sedikit Sedutan - ABB
Sedikit sedutan...Aku Bukan Bola..
“Risya...”
Khyrill memanggil Arisya. Penuh kelembutan
di suaranya yang bisa membuat nafas setiap wanita yang mendengar berhenti
berdegup. Arisya menoleh, pandangan mereka bertaut namun Arisya pantas
melarikan matanya kearah laut.Arghhh...!
“Kenapa?kat mata Rill ini ada cahaya ke
sampai Risya tak boleh nak tengok tu..?” Khyrill menyoal lagi.Aa..memang ada
cahaya Rill, hinggakan aku tak mampu nak tengok,bukan apa takut cahaya tu nanti
buat diri ni juling pulak...!Arisya berkata di dalam hati.Tak terluah semua
kata walau hati ingin sekali melazkannya.
“Haiiii....dah
bertukar jadi bisu balik ke ni?”
“Hmmm...kenapa?”Baru
kedengaran suara Arisya setelah sekian lama.
“Arisya saya suka awak..”
“Sebabnya??”Arisya
menyoal kembali.
“Sebab
sejak pertemuan pertama hingga kini jantung saya asyik berdegup ganassss bila
saya terkenangkan awak.” Dia sudah tergelak.
“Gilalah awak ni Rill!”
“Betul
la,saya sayang awak Risya. Awak tak macam gadis lain yang pernah saya kenali.”
“Apa
bezanya?”
“Awak
gadis comel yang bisu, yang lain-lain tu gadis cantik yang
seksi..hehehehe..”Sempat lagi dia manyakat Arisya, walaupun pada saat-saat
meluah perasaan macam ni.
“Gila!!”
“Alah,saya
memang gila pun Risya. Gilakan awak yang sangat jual mahal tu.” Khyrill
membalas sambil tersenyum memandang Arisya.Aduhhh..senyumanmu itu bisa
membunuhku Rill..
“Hmm..entahkan betul entah kan tidak. Awak
jangan nak main-main Rill tentang hati dan perasaan ni.” Saya takut untuk
berdampingan dengan awak. Awak tahu kenapa?Saya tak mahu di salahertikan!.”
“Maksud awak?”
“Sebelum orang bercakap lebih baik saya
berjaga-jaga. Awak orang popular Rill, saya tak nak dikaitkan dengan awak.”
“Tapi saya tak rasa macam tu.!”
“Terpulang pada awak. Tapi apa yang saya
katakan adalah kenyataan!.”
“Kenyataan apa? kenyataan yang awak sendiri
buat. Awak sendiri rumuskan. Awak silap Arisya. Saya insan biasa yang ada hati
dan perasaan. Apakah kerana status saya sebagai seorang pemain bola membuatkan
saya tidak layak untuk berkawan dengan orang seperti awak,Arisya.!”
“Arisya terpana mendengar kata-kata itu.
“Bukan awak tapi saya.”Tutur Arisya pula.
“Risya, jujur okey!Saya ikhlas untuk cinta
ini. Saya tak reti nak menipu bila hati dah mula menyanyi lagu rindu. Awak tak
dengar ke.?Saya nak awak tahu Risya, saya tak main-main okey. Saya betul-betul
nak jadikan awak sebagai pemaisuri kat hati saya ini.!”
“Awak betul-betul Rill?”
“Betullah sayang oiii...Saya janji Risya,
saya tak akan memainkan hati dan perasaan awak. Ombak dan pantai ini jadi saksi
Risya. Awak tengok tu kat langit, betapa setianya bulan memancarkan cahayanya pada
si pungguk. Saya pun nak jadi macam tu Risya.!”
Nak tahu lebih lanjut dapatkan ABB Ye :)
Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Kerna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you
Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Kerna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you
Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu
Friday, August 3, 2012
Aku Bukan Bola
Alhamdulillah..Bersyukur
bila novel sudah siap sepenuhnya dan akan keluar tidak lama lagi...Aku Bukan
Bola...Bertahun aku menulis manuskrip
ini. Ada Rahsia..ada sejarah..ada segala-galanya di sebalik manuskrip ini. Aku
tidak pernah termimpi yang e-novel ini akan di terbitkan. Aku menghantar ke
Syarikat Publisher setahun yang lalu dengan sedikit sahaja harapan yang ku
pertaruhkan.
Aku masih ingat manuskrip ini ku tulis 4 tahun
yang lalu..bermula dengan cerita pendek kemudian kembali ku olah untuk
menghasilkan satu jalan cerita yang panjang. Tapi, kesibukan sebagai seorang
student memaksa aku mengambil masa yang begitu lama untuk menyiapkannya.
Mungkin juga waktu itu aku tidak terlalu serius. Maklum sajalah, karya aku
kisah pemain bola. Bukan kisah anak-anak Datuk seperti novel-novel yang lain.
Lihat sajalah di blog ini, sambutannya
tidaklah menggalakan seperti e-novel2 ku yang lain. Aku mengerti, kerana ini yg
pertama..yang pertama belum tentu yang terbaik. Tetapi, aku tetap
menzahirkannya dengan seikhlas hati. Bahkan aku menulis kerana kasih
sayang...Kasih sayang sesama insan. Bukankah kita hidup dengan kasih sayang..dan juga atas dasar cinta..Cinta kepada Allah..kepada keluarga..juga kepada teman-teman...
Sewaktu
menulis manuskrip ini selalu sahaja di iringi dengan lagu ’Di Sebalik Rahsia
Cinta dari nyanyian METROPOLITAN’ Tajuk
asal manuskrip ini sebenarnya. Ini antara bait-bait lirik lagunya..
Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta
Terbukalah rahsia cinta
Terlalu
banyak yang perlu aku depani. Ada waktunya aku gagal mengawal emosi. Aku
melatah juga pada awalnya bila manuskrip ini di berikan komen yang tak masuk akal.
Kepada yang tak suka, tetap ingin aku ucapkan terima kasih. Kerana kata-kata
cacian itu membuatkan aku semakin matang dalam dunia penulisan.
Kerana
Aku Bukan Bola..aku jadi kuat dan belajar erti kesabaran yang menggunung.
Menantikan Aku Bukan Bola umpama menanti sang cinta yang entah di mana berada.
Menyiapkan
Aku Bukan Bola adalah kepuasan yang sukar untuk aku terjemahkan dengan
kata-kata.
Semuanya kerana Aku Bukan Bola.
Alhamdulillah,
saat pertama kali mata ini menatap cover yg menghijau ini aku terasa segala
penat lelah aku berakhir. Sesuatu yang menuntutkan aku mengalirkan keringat yang bukan sedikit. Keringat hati dan perasaan. Kerana
minat yang mendalam telah aku zahirkan.
Terima
kasih untuk sahabat-sahabat ku tersayang Fizah, ila, dayah, ira, bed, Emy n Jan...dan juga teman-temanku yang lain..Thanks support aku dari kiri kanan
depan belakang. Untuk Auni Amauni...dia yang beria-ia meminta aku menyiapkan
manuskrip ini dan menghantar ke syarikat publisher..Tanpa semangat darinya, aku
tak mungkin menjadi seperti hari ini. Untuk Buku Prima yang sudi menerbitkan
manuskrip aku..Aku begitu menghargainya. Juga untuk semua all readers yang
follow story ni..thanks sangat-sangat. Kau orang semua menzahirkan aku kekuatan
yang bukan sedikit. Aku begitu menghargai sokongan kalian semua kepadaku. :)
Perjalanan
panjang yg berakhir dengan kebahagian. Antara yang pertama dengan yang kedua.
Serupa namun tak sama.. Cinta pertama memang indah walaupun menyakitkan..Tapi
mengapa pertama juga yang selalu di kenang-kenang? Selalu di rindu-rindu?Adakah
yang pertama itu yang terbaik? Jika terbaik sudah pasti untuk selama-lamanya.
Tetapi kenapa yang pertama tetap ada hentiannya? Dan untuk yang kedua, mampukah
menjadi seperti yang pertama?Apakah perlu untuk membandingkan yang pertama
dengan yang kedua?
Antara
cinta dan cita-cita?yang mana satu pilihannya?Antara neraka dan syurga yang
manakah hala tujunya..Manusia boleh berubah ke arah kebaikan dan juga kejahatan
hanya kerana cinta. Namun, jika cinta itu suci...tetap ada jalannya...:)Semuanya
di dalam AKU BUKAN BOLA.
Aku
tidak terbaik..tapi aku cuba menghasilkan sesuatu yang terbaik..
Aku
tidak sempurna..untuk memuaskan hati semua. Tapi aku berusaha untuk menggembirakan anda semua. Dalam hati aku ini, bergetar sejuta
rasa..takut dengan penerimaan semua..Aku tidak boleh mengelak..Aku tidak boleh
u-turn...Apapun aku perlu lalui dan depaninya dengan tenang. Moga Allah
permudahkan segala-galanya.Amin.
Salam
Ramadhan untuk semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)
NOVEL PATERI
Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...
-
Bab 1 HARI sudah hampir gelap. Nur Nilam Qaseh mempercepatkan langkahnya untuk menuju ke perhentian teksi. Dia harus cepat kerana jalan yang...
-
“Kau buat apa ni!”soal Iskandar dengan muka yang serius. Terus sahaja dia mendapatkan Nur Nilam. Tubuh Nur Nilam di peluk erat. Elusan le...
-
Prolog *Update Terbaru* PERKAHWINAN yang dibina di atas dasar cinta ini semakin hari semakin menyesakkan dada. Semakin hari ...