LAGI SEDUTAN DI DALAM BAB...
“Eh..abang?bila
sampai?”soal Arisya sebaik sahaja terpandangkan Khyrill. Ianya benar-benar
mengejutkan Fauzie. Tidak pula bagi Arisya yang seolah-olah gembira dengan
kehadiran Khyrill di sisinya.
“Abang..”panggil
Arisya sekali lagi apabila sapaannya yang pertama langsung tidak diendahkan
oleh Khyrill.
“Puas
hati kau dapat buat aku macam ni?Patutlah selama ini beria-ia benar nak
kerja.!Ini kerja kau!!”jerkah Khyrill kuat.
“Abang!dengar
dulu penjelasan Risya..”
“Sudahlah
Risya!aku tak nak dengar apa-apa lagi. Selama ini aku mengaku setiap kesalahan
aku pada kau!Tapi hari ini segalanya semakin jelas pada pandangan mata
aku!Jelas!Kau benar-benar dah tunjukkan yang kau tu curang!”
“Abang!”Jerkah
Arisya pula. Air mata pantas sahaja mengambil tempat di pipinya yang polos itu.
Sampai hati Khyrill menuduhnya begitu. Sampai hati kau, Rill.
“Khyrill,
kau dah salah faham. Dengar dulu
penjelasan aku.”giliran Fauzie pula bersuara.
“Hey!sudahlah!aku
tak tahu ubat guna-guna apa yang kau dah pakai. Mungkin juga hadiah yang aku
bagi pada kau dulu belum cukup kuat untuk kau.!”Balas Khyrill pula. Semua
pelanggan yang berada di dalam restauran kini tertumpu pada mereka.
“Abang
nanti dulu..dengar dulu penjelasan Risya..”ucap Arisya lagi dengan sedu
sedannya. Tangan Khyrill diraih,namun ditepis kuat.
“Jangan
kau nak berlakon lagi depan aku, Arisya!Aku boleh lepaskan kau jika itu yang
kau nak sangat.!”Bergema kemarahan Khyrill sekali lagi sebelum dia berlalu
meninggalkan Arisya yang terduduk lemah.
Kata-kata Khyrill bagaikan merobek seluruh
jiwa dan raganya. Tegarnya Khyrill mengatakan begitu kepadanya. Setelah aku
curahkan segalanya..ini yang kau balas Rill..Bisik hatinya pula. Dia terus
menangis dan menangis. Fauzie hanya menggelengkan kepala melihat Khyrill yang
sudah berlalu.
“Kau
silap Khyrill!”ucap Fauzie separuh berbisik.
No comments:
Post a Comment