Alhamdulillah..Bersyukur
bila novel sudah siap sepenuhnya dan akan keluar tidak lama lagi...Aku Bukan
Bola...Bertahun aku menulis manuskrip
ini. Ada Rahsia..ada sejarah..ada segala-galanya di sebalik manuskrip ini. Aku
tidak pernah termimpi yang e-novel ini akan di terbitkan. Aku menghantar ke
Syarikat Publisher setahun yang lalu dengan sedikit sahaja harapan yang ku
pertaruhkan.
Aku masih ingat manuskrip ini ku tulis 4 tahun
yang lalu..bermula dengan cerita pendek kemudian kembali ku olah untuk
menghasilkan satu jalan cerita yang panjang. Tapi, kesibukan sebagai seorang
student memaksa aku mengambil masa yang begitu lama untuk menyiapkannya.
Mungkin juga waktu itu aku tidak terlalu serius. Maklum sajalah, karya aku
kisah pemain bola. Bukan kisah anak-anak Datuk seperti novel-novel yang lain.
Lihat sajalah di blog ini, sambutannya
tidaklah menggalakan seperti e-novel2 ku yang lain. Aku mengerti, kerana ini yg
pertama..yang pertama belum tentu yang terbaik. Tetapi, aku tetap
menzahirkannya dengan seikhlas hati. Bahkan aku menulis kerana kasih
sayang...Kasih sayang sesama insan. Bukankah kita hidup dengan kasih sayang..dan juga atas dasar cinta..Cinta kepada Allah..kepada keluarga..juga kepada teman-teman...
Sewaktu
menulis manuskrip ini selalu sahaja di iringi dengan lagu ’Di Sebalik Rahsia
Cinta dari nyanyian METROPOLITAN’ Tajuk
asal manuskrip ini sebenarnya. Ini antara bait-bait lirik lagunya..
Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta
Terbukalah rahsia cinta
Terlalu
banyak yang perlu aku depani. Ada waktunya aku gagal mengawal emosi. Aku
melatah juga pada awalnya bila manuskrip ini di berikan komen yang tak masuk akal.
Kepada yang tak suka, tetap ingin aku ucapkan terima kasih. Kerana kata-kata
cacian itu membuatkan aku semakin matang dalam dunia penulisan.
Kerana
Aku Bukan Bola..aku jadi kuat dan belajar erti kesabaran yang menggunung.
Menantikan Aku Bukan Bola umpama menanti sang cinta yang entah di mana berada.
Menyiapkan
Aku Bukan Bola adalah kepuasan yang sukar untuk aku terjemahkan dengan
kata-kata.
Semuanya kerana Aku Bukan Bola.
Alhamdulillah,
saat pertama kali mata ini menatap cover yg menghijau ini aku terasa segala
penat lelah aku berakhir. Sesuatu yang menuntutkan aku mengalirkan keringat yang bukan sedikit. Keringat hati dan perasaan. Kerana
minat yang mendalam telah aku zahirkan.
Terima
kasih untuk sahabat-sahabat ku tersayang Fizah, ila, dayah, ira, bed, Emy n Jan...dan juga teman-temanku yang lain..Thanks support aku dari kiri kanan
depan belakang. Untuk Auni Amauni...dia yang beria-ia meminta aku menyiapkan
manuskrip ini dan menghantar ke syarikat publisher..Tanpa semangat darinya, aku
tak mungkin menjadi seperti hari ini. Untuk Buku Prima yang sudi menerbitkan
manuskrip aku..Aku begitu menghargainya. Juga untuk semua all readers yang
follow story ni..thanks sangat-sangat. Kau orang semua menzahirkan aku kekuatan
yang bukan sedikit. Aku begitu menghargai sokongan kalian semua kepadaku. :)
Perjalanan
panjang yg berakhir dengan kebahagian. Antara yang pertama dengan yang kedua.
Serupa namun tak sama.. Cinta pertama memang indah walaupun menyakitkan..Tapi
mengapa pertama juga yang selalu di kenang-kenang? Selalu di rindu-rindu?Adakah
yang pertama itu yang terbaik? Jika terbaik sudah pasti untuk selama-lamanya.
Tetapi kenapa yang pertama tetap ada hentiannya? Dan untuk yang kedua, mampukah
menjadi seperti yang pertama?Apakah perlu untuk membandingkan yang pertama
dengan yang kedua?
Antara
cinta dan cita-cita?yang mana satu pilihannya?Antara neraka dan syurga yang
manakah hala tujunya..Manusia boleh berubah ke arah kebaikan dan juga kejahatan
hanya kerana cinta. Namun, jika cinta itu suci...tetap ada jalannya...:)Semuanya
di dalam AKU BUKAN BOLA.
Aku
tidak terbaik..tapi aku cuba menghasilkan sesuatu yang terbaik..
Aku
tidak sempurna..untuk memuaskan hati semua. Tapi aku berusaha untuk menggembirakan anda semua. Dalam hati aku ini, bergetar sejuta
rasa..takut dengan penerimaan semua..Aku tidak boleh mengelak..Aku tidak boleh
u-turn...Apapun aku perlu lalui dan depaninya dengan tenang. Moga Allah
permudahkan segala-galanya.Amin.
Salam
Ramadhan untuk semua...
congratz cik writer..... akhirnya Aku Bukan Bola bakal berada dipasaran..... jgn mudah putus asa dan teruslah berkarya.....
ReplyDeleteterima kasih awak :)
DeleteTahniah...
ReplyDeleteteruskan menulis...
Congrates...teruskan usaha mengasah bakat yg ada....
ReplyDeleteaq bkn bola mmg best...
ReplyDeleteTQ TAUFIK :)
Deletetahniahhhhh !
ReplyDeletecongrats doakan saya jugak macam awak suatu hari nanti
ReplyDeletecongrats doakan saya juga jadi macam awak tau
ReplyDelete