* Okey malam ni kita bagi versi yang sudah di edit. Ingat lagi tak cerita ni? Semoga terhibur. BAKAL TERBIT OKTOBER INI. :)
Bab 14
WAJAH emak pada pagi
yang redup itu bertukar garang. Telinganya mula bersarapan ayat-ayat pedas dari
emak. Fazzura yang sedang menyapu sampah di dapur diam tidak bersuara.
Pagi-pagi mak Jah dah datang rumah bawa mulut pasal dia. Kononnya nampak dia
berasmara dana dangan dengan Ammar di Ban Pecah tempoh hari. Hish! Geramnya dia
dengan Mak Jah tu.
“Payah-payah sangat aku
nikahkan saja hang dengan Ammar!” herdik emak lagi.
Nikah dengan Ammar?Tak
akan sesekali.
“Mak, Ammar tu sepupu
Zurra mak. Anak saudara emak juga. Zurra tak naklah dengan dia.” Fazzura
akhirnya menjawab.Tidak bersetuju dengan cadangan emak.
“Habis tu yang hang
duduk berdua-duaan dengan dia sampai orang kampung mula mengata tak pulak hang
fikir!”
“Mak, Zurra tak buat
apa-apa pun dengan Ammar tu mak. Ammar tu je yang tak boleh tengok Zurra
senang.” Dia cuba pertahankan yang benar. Walaupun emak mungkin tak percaya apa
yang dia cakap. Tak tahulah ubat apa yang si Ammar buaya darat tu guna.
Emak memandang dia tajam.
“Hang tu dah janda. Hang suka orang bawa mulut pasal hang. Walaupun Ammar tu
sepupu, hampa berdua tetap boleh kahwin. Malu aku bila orang kampung mula
mengata. Tak habis-habis nak menyusahkan aku. Baik aku nikahkan sahaja hang
dengan dia.”
Emak begitu memandang
serong pada janda walaupun anaknya sendiri. Percaya sangat cakap Mak Jah.
Padahal Mak Jah tu pun janda jugak. Sampai dah tua pun kahwin masih lagi
bercerai.
Kalau kita tak buat apa
salah apa nak di takut. Pesan Riyadh berlegar di minda. Dia tak perlu takut
pada cakap-cakap orang kerana sememangnya dia tidak bersalah apa-apa. Dia
memandang emak semula. Bertekak lidah tidak akan memberikan apa-apa hasil.
“Mak, saya mintak maaf. Tapi antara saya dengar
Ammar kami tak buat apa-apa pun mak. Ammar jumpa saya hanya sekadar bertanya
khabar.” Penyapu kembali diletakkan di
tempatnya.
“Saya tak setuju mak
nak nikahkan saya dengan Ammar tu.” sambungnya lagi dan terus berlalu. Degilkah
dia? Dia cuma harapkan emak faham keadaannya saat ini. Dia perlukan sokongan
untuk terus hidup bersama anak-anak bukan dengan hal-hal yang menyakitkan
hatinya macam ni.
“Abah pun rasa lebih
elok kalau hang nikah saja dengan Ammar tu. Bukannya orang lain. Hang dah
kenal. Abah dengan emak pun dah kenal. Tapi dalam soal ni abah tak paksa. Bukan
hang tak tau mak hang ni dah berkenan sangat dengan si Ammar dari dulu lagi.”
Fazzura berpaling ke
belakang. Abah yang masuk dari pintu dapur pula memberikan cadangan sama
seperti emak. Ya Allah…hatinya kian rabak. Dia tak sanggup nak lukakan hati
abah dan emak. Sejak dia pulang abah
yang menyara hidupnya dengan anak-anak. Tapi dia juga tidak sanggup untuk
memperjudikan masa depannya dengan memilih Ammar Haikal sebagai pengganti bapa
kepada anak - anaknya. Apa bezanya Ammar dengan Aqil? Bukankah kedua duanya
menyakitkan hatinya.
“Saya tak fikir Ammar
tu boleh jadi pengganti bapa kepada anak-anak saya abah.”
“Soal boleh ganti atau
tak hang tak payah nak fikir. Orang dah berkenan lama dengan hang. Hang terima
sudah la.” Sampuk mak lagi. Senangnya cara mak fikir. Apa salah dia sampai mak
sanggup paksa-paksa dia sampai macam ni. Kalau mak berkenan sangat dengan Ammar
tu kenapa tak nikahkan aje Ammar dengan Shahira, kakaknya itu.
“Saya baru lagi mak
jadi janda. Mak tak malu ke nanti orang cakap anak mak ni dah tergedik-gedik
nak kahwin. Bagi saya masa mak. Soal nikah kahwin ni bagilah saya masa fikir.”
“Dulu kau kahwin pun
bukannya kau fikir. Bercerai berai jugak. Pilihan kau sendiri tu.” Kali ni
Fazzura terus bergerak tinggalkan ruang dapur itu. Buat seketika dia perlu
jauhkan diri dari emak. Abah tidak terkata apa. Melihat sahaja tindakan emak
begitu. Abah memang sayangkan emak. Tapi emak tak sayangkan dia. Asyik-asyik
nak cari salahnya sahaja.
TENGAHARI itu Ammar
datang lagi. Siap bawa Mak Long. Fazzura yang sedang menyiapkan makanan
tengahari pura-pura sibuk. Malas nak layan Mak Long dengan Ammar yang berada di
ruang tamu. Butir bicara yang sedang
mereka bualkan pun dia tidak ambil kisah. Dia malas nak dengar. Kemudian dia
terdengar Aqilah dan Fazmizie terjerit-jerit di belakangnya. Turut disusuli
dengan Ammar yang mengusik mereka berdua.
“Rajinnya kau masak.
Bau sampai di depan tu.”
“Rezeki kau dengan Mak
Long lah…kebetulan pulak aku masak lebih hari ni.”
“Ibu…lapar bu…boleh
makan tak lagi ibu.” Aqilah menyoalnya sambil menarik baju t’shirt ditubuhnya.
“Aqilah, pergi main
dengan adik dulu jangan ganggu ibu nak siapkan makan ni. Sabar kejap.” pintanya
pula.
“Hah!pergi main
jauh-jauh. Uncle Ammar nak cakap
dengan ibu korang kejap!” Sergah Ammar sambil ketawa.“Masak pandai, serba serbi
pandai. Tapi tetap kena cerai. Tetap jadi janda. Kesian…” Ammar buat muka macam
nak kena penampar. Fazzura tarik nafas geram.
“Mulut kau tu Ammar
jaga sikit. Jangan sampai aku cabaikan nanti!”
“Eh!marah? Aku cakap
yang betul pun marah. Kesian…”Ammar juih bibir.
“Malaslah aku nak layan
kau Ammar.” Fazzura ambil mangkuk. Masak lemak ikan patin itu dicedoknya ke
dalam mangkuk. Lalu diletakkan di atas meja. Matanya memerhatikan Fazmizie yang
duduk ditepi meja makan itu. Surat khabar yang ada ditangannya direnyuk-renyuk.
Luka di kaki anaknya itu kian pulih. Dia masih membalut luka itu dengan kain
anduh. Bimbang dijangkiti kuman. Lagipun Fazmizie ni agak hyperaktif.
“Aku pun pelik dulu
bukan main lagi bahagianya kau dengan Aqil tu. Aku ni kau tolak mentah-mentah.
Tup-tup dapat berita macam ni aku terkejut jugak. Tapi orang kan selalu kata
kalau dah jodoh tak ke mana. Jodoh kau dengan akulah tu.”
“Ammar…boleh tak kau
berhenti cakap pasal aku.” potong Fazzura laju. “Kalau asyik bercakap pasal
diri orang lain lama-lama nanti takut terkena kat batang hidung sendiri.”
Ammar ketawa sinis.
“Aku tak ada susahkan
kau pun Ammar. Aku tak mintak simpati kau pun. Kenapa kau rasa susah ke? Tak
habis-habis nak busy body! Pergi cari
perempuan lain Ammar.” Ammar memang sengaja nak sakitkan hati dia. Ammar pula
terus bangun dari kerusi yang di duduknya itu. Mukanya merah padam menahan
perasaan marah barangkali mendengar kata-kata yang keluar dari bibirnya.
“Kau tak layak kut Ammar
nak gantikan tempat Aqil.”
Ammar pandang dia macam
nak telan. “Kau jangan nak belagak sangat Zurra.”
“Aku belagak?” Fazzura
tertawa.
“Aku sedar siapa diri
aku Ammar. Aku pelik apa yang mak Ngah nampak pada kau ni. Kau tahu tak,
mungkin sebab kau ni manusia yang hipokrit. Depan mereka bukan main lagi kau
kan. Belakang?macamlah aku tak tahu ligatnya kau tu.”
Sejak dari kecil mereka
bersekolah di satu sekolah yang sama. Kenakalan Ammar sampaikan mak Long dengan
arwah pak Long terpaksa berulang alik ke sekolah. Masuk bilik guru besar. Buat
malu aje.
“Kau suka aku ke tak tu
tak penting. Yang penting mak dan abah kau tu suka kat aku.” Ammar tarik senyum
lebar. Dapat merasakan kemenangan akan berpihak kepadanya. Memiliki Fazzura
adalah keinginan dari zaman persekolahan yang tidak pernah ada batasan.
“Suka hati kau lah
Ammar. Aku malas nak layan kau. Tak sangka pulak janda macam aku ni pun kau
berkenan.” Fazzura senyum sinis.
“Taste
engkau tak adalah tinggi sangatkan Ammar?” lagi sekali dia ingin menyakitkan
hati sepupunya itu.
“Asalkan aku dapat
memiliki kau. Aku puas!” balas Ammar dan terus bangun.
“Sukahati kaulah
Ammar.” Kata dia janda. Tapi janda ni jugaklah yang Ammar terhegeh-hegeh. Hanya
Riyadh seorang yang tak pernah nak pandang rendah akan dia. Riyadh? Satu nama asing
yang tiba-tiba muncul di dalam kamus hidupnya. Sebaris nama yang tidak pernah
buat dia rasa tarafnya rendah. Perselisihan faham kelmarin tidak lama bila
Riyadh memohon maaf darinya. Beruntung bakal isteri Riyadh.
“Ibu, Aqilah rindu uncle Yadh.” tutur Aqilah tiba-tiba.
“Uncle sibuk Aqilah. Uncle kan
nak kahwin tak lama lagi.” jawabnya sambil meletakkan pinggan diatas meja itu.
Lauk pauk sudah terhidang tunggu hendak dijamah sahaja lagi.
“Bila kita nak jumpa uncle ibu?” rungut Aqilah lagi.
“Syut... nantilah kita
jumpa. Sekarang Aqilah jangan cakap pasal uncle
lagi. Nanti nenek dan tok wan marah.” pujuknya pula. Kalau emak dan abah
dengar nanti banyak pula curiga mereka. Walaupun dia dan Riyadh tak ada apa-apa
yang istimewa tapi dengan anak-anaknya ada sesuatu hubungan yang mesra.
Hubungan yang penuh dengan kasih sayang.
“Uncle
janji nak bawa Aqilah dan adik jalan-jalan.” Bibir comel itu masih lagi ingin
bersuara. Mengulangi janji yang pernah dibuat oleh Riyadh. Budak-budak besar ni
kalau dah berjanji mesti dia akan ulang soal. Itu sebab dia tak suka bila
Riyadh berjanji nak bawak diaorang jalan-jalan.
“Aqilah, kenapa degil
ni. Lepas makan nanti ibu telefon uncle.”
Aqilah terus lompat
girang. “Yeee! Adik! Nanti ibu nak call
uncle adik.” dia beritahu pula kepada Fazmizie.
“Aqilah jangan
bising-bising macam tu. Nanti nenek dan tok wan marah. Jangan sebut-sebut pasal uncle. Pergi panggil nenek, tok wan dan
tok long makan.” pinta Fazzura kepada anaknya.
“Kalau uncle Yadh ada kan seronok.”
Fazzura mengeluh perlahan.
Lagi-lagi nama Riyadh!
RIYADH leka bermain
dengan anak-anak buahnya berhampiran pergola pangkin itu. Cuaca di luar yang
redup membuatkan anak-anak buahnya seramai tiga orang itu di dua petang.
Budak-budak ni kalau balik rumah nenek dengan atuk mana reti duduk diam-diam. Ummi,
walid, kak Long dan abang Ngah semua berkumpul di rumah. Riuh rendah rumah
dengan celoteh anak cucu Tuan Radhi.
“Riyadh!” panggil kak
Long tiba-tiba. Dia menoleh. Kak Long yang duduk di pintu rumah itu
tergamit-gamit memanggilnya.
“Kenapa?” soalnya
sedikit terjerit di dalam keriuhan suara anak-anak saudaranya. Kak Long bagi
isyarat tangan agar dia ke sana.
“Kenapa?”soalnya sebaik
tubuhnya berada di hadapan kak Long.
“Sinilah…” Kak Long
tarik tangannya menuju ke meja bulat yang berhampiran pintu itu.
“Kau dengan Annis ni sure ke nak kahwin?” Riyadh pandang kak
Longnya pelik. Tiba-tiba sahaja tanya soalan macam ni.
“Kau janganlah buat
muka pelik kau tuh. Kak Long tanya je. Kau serius ke ni dengan Annis tu?”
“Habis tu tak kan saya
nak main-main pulak. Bukannya kak Long tak tahu yang saya dengan Annis tu dah
lama kawan. Tak kan saya nak buang masa.” jawabnya yakin. Terlalu yakin yang
hatinya hanya ada pada Annis. Terlalu yakin yang hanya Annis wanita yang akan
di kahwininya. Yang mampu memberikan kebahagiaan kepadanya. Yang mampu
melahirkan anak-anak yang comel seperti Aqilah dan Fazmizie. Ah! Rindu pulak
dekat diorang berdua.
“Kenapa?apa yang tak
kena?” soalnya pula. Kak Long menghadiahkan senyuman yang dia sendiri tak faham
apa maksud senyuman kak Long nya tu. Boleh pulak tanya begitu.Tak kan
benda-benda begitu nak dia nak buat gurauan.
“Manalah kak Long tahu
kau serius ke tak. Selama tujuh tahun kau couple
dengan Annis tu tak pernah pulak kau cakap yang kau nak kahwin.”
“Kalau dah sampai
jodoh…kahwin la tak kan nak membujang sampai tua kut!”
“Tapi dengan Annis?”
“Hesy kak Long
ni…mestilah dengan Annis. Habis yang ummi pergi merisik tu orang lain ke? Bukan Annis? tu la kak Long!
Sibuk sangat dengan kerja. Bila orang ajak pergi majlis merisik dulu tak nak.
Kak Long ikut abang Long ke Luar negara. Tak boleh renggang sikit kak Long ni. Time tu la juga nak pergi.” Lancar
mulutnya berbicara. Kak Long suri rumah tapi sibuk mengalahkan yang kerja.
Maklumlah abang iparnya berjawatan besar. Kak Long pun ikut sibuklah agaknya.
Ruzilah sengeh.
Mengakui kekhilafan diri. “Habis tu siapa pulak budak dua orang yang selalu kau
usung ke hulu, ke hilir dulu tu?”
Dupp!
Pertanyaan dari kak
Long membuatkan jantungnya berdegup kencang. Dia pandang wanita yang lapan
tahun beza dengan darinya itu. Kak Long tetap berlagak biasa. Menanti jawapan
yang terbit dari mulutnya. Kak Long ni dah macam perisik pulak. Perlu ke dia
nak cerita benda yang tak perlu dia nak cerita. Lagipun siapa Aqilah dan
Fazmizie biarlah jadi rahsia hidupnya. Kalau pun ahli keluarganya nak tahu
biarlah di majlis perkahwinan dia dengan Annis nanti. Kerana waktu itu dia
pasti akan kenalkan insan-insan yang telah membuka pintu hatinya untuk
berkahwin.
“Budak mana pulak yang
kak Long tengok saya bawak ni? Merepek ke kak Long? Demam ke nak boleh sorang
lagi ni?” Riyadh mengusik selamba.
“Hesy!kau tak payah nak
tukar topik Yadh.” Ruzilah menampar kuat bahu adiknya itu.
“Merepeklah kak Long
ni. Mana ada.” Riyadh cuba berahsia pula. Bahunya yang ditampar digosok
perlahan. Boleh tahan sakit.
“Tak ada ye? Kau nak
menipu pun agak-agaklah. Kau ingat Taman Reakreasi Pullman tu tempat kau
sorang? Kak Long nampak tau dengan bijik mata dua bijik ni. Tak rabun lagi.”
bebel kak Long siap tunjuk dua biji matanya dengan jari. Riyadh bagi isyarat
tangan agar Ruzilah memperlahankan sedikit suara. Nanti kalau ummi dan walid
dengar banyak pulak soalan.
“Kak Long tunggu di
majlis perkahwinan saya nanti. Saya akan jawab soalan kak Long tu.”
Ruzilah geleng kepala.
“Yang kau nak berahsia dengan kak Long ni apesal?”
“Alah…kak long tolong
jangan bagi tekanan. Hesy!mana ada. Mana kak Long nampak ni? Sejak bila pulak
jadi wartawan tak bertauliah ni?”
“Kau nak cerita ke tak
nak?” Ruzilah soal sekali lagi.
“Tak nak.” balas Riyadh
tanpa memandang sedikitpun ke arah Ruzilah. “Kak Long saya ni dah besar tau.
Bukan budak kecil yang kak Long boleh kepit bawah ketiak kak Long tu. Jangan
risau sangat.”sambungnya lagi.
“Pasal kau tu adik kak
Long yang diri ni risau.”
“Yalah…tapi janganlah
buat saya macam budak kecik. Saya ni lelaki.”
“Terpulang kepada
engkaulah. Kak Long cuma tak nak kau
tersalah pilih.”
“Masalahnya saya dah
pilih Annis tu.” terangnya untuk sekian kali. Apesal dengan kak Long ni. Macam
ada sesuatu yang cuba kakaknya itu sembunyikan darinya.
“Ada news yang saya tak tahu?”
Ruzilah mengeluh berat
dengan pertanyaan Riyadh.
“Kau lebih kenal dia Yadh.
Bukan kak Long. Tapi kau kena ingat selama mana pun kita kenal, kita kawan dan
kita bercinta dengan orang tu, itu semua belum menjamin lagi yang kita
betul-betul kenal akan dirinya.”
“Kak Long bercakap
pasal Annis?Apa yang kak Long cuba nak sampaikan kepada Yadh ni?”
Tak kanlah aku nak cakp
kepada adik aku ni. Ermm…Ruzilah geleng kepala. “Tak ada apalah Yadh. Kak Long
nak masuk dalam dululah.”pintanya pula.
“Pulak? Tadi beria-ia
macam nak cakap sesuatu.” Riyadh ketawa memandang Ruzilah.
Dia tidak kisah
siapapun pilihan adiknya itu. Tapi, Kalau boleh biarlah bukan dengan Annis.
Sejak dari dahulu lagi dia tidak berkenan dengan Annis. Dia tahu kehidupan
Annis macam mana. Dia tahu kebebasan Annis di belakang Riyadh. Mungkin tanggapannya silap tentang Annis.
Mungkin juga Riyadh lebih mengenali Annis. Tapi di sudut hati kecilnya dia
dapat rasakan ada sesuatu yang kurang pada Annis. Dia pernah ternampak Annis
bersama lelaki lain. Berjalan sakan berpelukan. Bukan sekali dua.Tapi
berkali-kali dengan orang yang berbeza.
Begitu juga dengan Riyadh?
Dia tertanya-tanya siapakah sepasang budak kecil yang Riyadh bawa. Kemesraan
yang Riyadh tonjolkan seoalah-olah Riyadh terlalu kasihkan kanak-kanak comel
itu. Mereka kelihatan mesra. Adakah anak Riyadh dengan Annis? Ya Allah…dia
tidak ingin berfikir bukan-bukan. Dia yakin Riyadh bukan begitu. Adiknya cukup
terdidik dengan ilmu agama. Tapi, dengan cara hidup Annis itu yang menggusarkan
hatinya sebagai seorang kakak.
Riyadh masuk ke dalam
rumah dan berlalu menuju ke biliknya. Senyuman tersungging dibibirnya. ‘Kak
Long ni dah macam edisi siasat.’ Dia ketawa kecil. Telefon bimbit dicapai.
Sebut pasal budak-budak tu tiba-tiba ada rasa rindu yang bertamu.
Assalammualaikum
orang di sana?Sibuk tak?Kalau uncle nak call cakap kejap boleh tak?
Dia senyum lebar sambil
berbaring di atas katil. Aduhai macam dah panasaran pulak dia. Terbayang rupa
Fazzura bila dapat mesej tadi. Mesti serius macam selalu. Alah, dia tak kisah
pun. Kehendak hati mana boleh nak halang. Dia teringatkan Aqilah dan Fazmizie
jadi dia mesejlah. Apa yang jadi masalahnya. Dia teringin nak bawa diaorang
jalan-jalan pun apa masalahnya. Masalahnya
kak Long tadi mesti dah fikir bukan-bukan. Ermm…tak akan ada yang
percaya. Tapi dalam sejuta mungkin dia insan yang paling istimewa sebab Allah
anugerahkan dia perasaan kasih sayang terhadap budak-budak tu. Sayang
sangat-sangat.
Waalaikumussalam.
Ini cerita P. Ramlee ke bujang lapok siap ada disana bagai. Sibuk la uncle.
Kalau uncle nak cakap malam nantilah. Kalau mesej tu boleh lagi.
Alah
sibuk ye? Apa yang di sibukkan tu?Buat2 sibuk tak sebab tak nak cakap?
Jangan
merepek uncle. Tok Long Aqilah dengan adik datang rumah ni.
Iye?Buat
apalah tu kan..
Tak
buat apa uncle. Makan2 je.
Makan
apa tu?Ibu masak apa?Sedap tak?
Masak
ikan patin lemak cili api. Sedap kut!mai la rasa.
Ermm…ibu
mana bagi uncle pergi. Dia cakap nanti nenek marah. Agaknya tok wan dengan
nenek tu makan orang kut. Setakat dalam mesej jelah ibu berani ajak kan!
Rasa terliur tiba-tiba
bila Fazzura sebut pasal masak lemak ikan patin tu. Fazzura ni macam tau je
kesukaan dia. Hesy! Dalam SMS berani la ajak. Kalau betul-betul bukan main lagi
dia mengelak. Beribu alasan Fazurra bagi sampai gaduh-gaduh tempoh hari.
Seminit dua telah
berlalu. Dia pandang skrin telefon. Sudah tak ada balasan dari orang di sana.
Sudahnya dia tarik bantal. Mata terasa berat pulak. Rasa lemak ikan patin terasa
di hujung lidah. Seronoknya kahwin kalau dapat orang yang pandai masak. Annis?
Ermm…silap-silap dia yang kena masak. Rebus air pandailah Annis tu. Tapi tak
apa lah. Aku terima kekuranganmu seadanya Annis. Bukan salah pun mencintai
kalau ada kekurangan. Riyadh pejam mata sebelum hanyut terlena. Zzz…
Bila nak keluar
ReplyDeleteBaby mio novel akan terbit bulan ni jugak..
Delete