Monday, February 24, 2014

Hati


Wahai hati..
Dengarkan kataku...
Jangan mengikut kata nafsu
yang akan membuatkan kau
menderita lagi...
Apa kau lupa tangisan ibu..
Apa kau lupa amarah abah..
Apa kau lupa kalimah-kalimah mereka..

Wahai hati..
Jangan kau pamerkan riak kecewa di wajahku
Kerana aku tidak mahu mereka tahu..
Untuk sekali ini...
Biarlah segala rintihan hiba ini tidak terpamer
Kerana sesungguhnya
Aku tidak mahu sesiapun tahu deritaku..

Mungkin kau lupa hati..
Kau lupa pada sejarah yang pernah terjadi.
Kau lupa pada kisah lalu
Yang kau berniat untuk tidak mahu sakit lagi..
Jangan meyiksa mereka lagi...
Dengan keluhanmu...
Dengan tangisanmu
Dengan sakitmu..
Sampai kau lupa siapa dirimu...

Ungkaplah zikir tatkala kau rindu..
Basahlah bibirmu dengan kalimah itu..
Kalimah penuh syahdu...
Untuk Tuhan yang Satu...
Hanya dia yang maha mengetahui..
Rahsia di sebalik dukamu wahai hati...
Jika dia bahagia menyakitimu hati..
Relakanlah...

Saturday, February 22, 2014

Hujan

Bertemu dalam hamparan yang basah..
Dalam lebat titisan hujan yang mengalir..
Itu cerita...cerita tentang aku dan dia...
Ada musim bahagia..ada musim derita.. 

Pada mereka yang menjadi saksi..
Diri ini hilang arah dan kemudi..
Merajuk pada nama cinta yang tak mungkin memujuk..
Setiap kali gerimis halus berguguran..
Setia itulah hatiku berlagu tangisan..
Yang tak pernah ada hentian..
 
Aku kembali melihat rintik hujan diluar jendela
Sebanyak itukah rinduku padanya yang masih terasa..
Atau bencinya padaku yang tak mampu ku kira?
Gelombang rasa yang menggila..
Membelah akal kewarasan aku yang hanya tinggal sisa.
Mendoakannya dalam setiap sujudku
Lalu aku berjuang atas nama cinta
Menanti takdir menemukan ku kembali dengannya..

Rupanya takdir tetap membawa ku kepadanya..
Inikah kebahagiaan?
Ataupun penderitaan?
Jawapan dalam pencarian...
Cerita lalu yang dibangkitkan..
Aku hanya mahu kenangan lalu dijadikan pengajaran
Setiap kali kau cuba membukanya
Ada genggaman kasar yang merentap jiwa..

Jika sakit ubatilah ia..

Bukan membuka parut yang pernah ada..
Simbahlah dengan rintik-rintik hujan yang menyejukkan..
Dengan  irama yang seiringan...
Belajarlah mencintai walau banyak kekurangan...
Itub bukan kesalahan..Kerana yang mengalir dari hati..
Adalah keikhlasan mencintai..
Itu yang sepatutnya dihargai..


Wednesday, January 15, 2014

SINOPSIS ELUSAN KASIH ( AKHIRNYA SAYA MEMILIH TAJUK ASAL)




Mengisahkan tentang Siti Fazzura yang telah berkahwin dengan Aqil selama enam tahun dan di kurniakan dua orang anak.  Perkahwinan yang pada awalnya di tentang keras oleh keluarganya kelihatan amat bahagia. Apatah lagi Aqil telah di naikkan pangkat dan ditukarkan ke kota metropolitan. Kuala Lumpur.
Bermulalah sejarah kesakitan dalam hidup Fazzura. Aqil bagaikan lupa siapa dirinya. Aqil bukan lagi seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab. Semuanya sudah hilang. Seiring beredarnya masa. Harta dan pangkat telah menyebabkan lelaki itu jauh tersasar dari landasannya. Kebahagian yang di bina musnah dalam sekelip mata. Sikap Aqil benar-benar membuatkan hati  Fazzura hancur luluh.
Kesabaran  Fazzura akhirnya teruji apabila Aqil telah membentangkan kecurangannya sewaktu anak lelakinya sakit.  Dalam susah payah Fazzura akhirnya membawa anaknya sendiri menaiki kereta tanpa mempunyai lesen memandu. Dia tak punya apa-apa bekalan untuk masa depan. Di saat itulah dia di pertemukan dengan lelaki yang bernama Riyard.
Dalam satu tragedi Fazzura diceraikan. Lalu Fazzura mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Perak. Berdepan dengan masalah keluarga yang hebat dia akhirnya akur pada kehendak orang tuanya yang inginkan dia bernikah dengan lelaki yang merangkap sepupunya sendiri.  Ammar Haikal.
Bagi Riyadh pula, pertemuannya dengan anak-anak Fazzura twlah membuka satu lembaran baru dalam hidupnya. Dia inginkan kehidupan yang sempurna. Kehidupan yang di ikat dengan ikatan perkahwinan di antara dia dengan kekasihnya, Annis. Tiba hari yang di janjikan, Fazzura di risik, manakala Riyard pula berdebar menanti kedatangan Fazzura dan anak-anaknya. Bagi Riyard mereka adalah tetamu istimewa yang perlu hadir di majlis pernikahannya.
Malang bertimpa-timpa dalam hidup Fazzura. Dalam perjalanan menuju ke rumah Riyard dia ditimpa kemalangan yang mengorbankan nyawa kedua-dua anaknya.Remuk redam jiwa kelakian Riyard mendengar khabar berita itu. Sementelah majlis pernikahannya batal dek pengantin perempuan yang tak kunjung tiba. Fazzura pula di sahkan lumpuh sementara.
Saat itulah takdr bagai menyatukan Fazzura dan Riyard. Walaupun puas Fazzura menolak kehadiran lelaki ini. Bermacam kata yang keluar dari bibirnya agar lelaki ini membenci. Apalah yang ada padanya untuk lelaki sebaik Riyard mencintai dirinya. Dia hanya janda yang pernah memiliki dua orang anak. Sudahlah cacat keluarga sendiri bagaikan tak ingin dia ada di sisi. Tapi kuasa Allah…elusan kasih Riyard amat kuat. Sikap Riyard membuatkan jiwanya parah. Parah dengan cara kasih sayang yang lelaki itu tunjukkan. Keikhlasan lelaki itu jelas biarpun mulut Fazzura beribu kali menafikan.
Biarpun Fazzura janda anak dua, tiga sekalipun cinta itu kuasa Tuhan. Dia tidak minta untuk jatuh cinta. Tapi,takdir menemukan mereka. Saat Fazzura jatuh di timpa tangga dia hadir di sisi merawat luka-luka yang di tinggalkan. Biarpun cinta itu terlewat untuknya.Apa yang ada pada janda? Pada anak dara?Bukankah hati yang lebih penting dari segala-galanya.Dia tidak akan pernah berputus asa mengharap cinta dari Fazzura.

“ Awak bukan yang pertama..tapi awak yang terakhir untuk saya.”-  Siti Fazzura
 “Saya janji ini bukan sahaja soal anak-anak. Tapi, soal cinta. Saya cintakan awak. Siapapun awak..apapun adanya awak, yang penting hati saya awak dah tawan.”- Mohd Riyadh Rizqullah.

Friday, December 27, 2013

SINOPSIS BILA CINTA HADIR




Pertemuan di antara Lia Juwita dan Syameen Fikran di dalam satu majlis telah membuka kembali  kenangan sewaktu kecil di antara mereka berdua. Bagi Lia Juwita, kehadiran lelaki itu sedikit sebanyak mengubat jiwanya yang baru sahaja putus kasih dan sayang dengan Azlan. Setiap baris kata Syameen Fikran berlagu irama cinta. Hanya dalam masa sebulan ikatan cinta terjalin Syameen Fikran mengambil kata putus untuk memperisterikan Lia Juwita.  Bagi Syameen, teman tadikayang bernama Lia Juwita adalah isteri pilihannya.

Perkahwinan yang di bina di atas dasar cinta tidak selamanya menjanjikan kebahagian. Apatah lagi perkenalan di antara mereka terlalu singkat waktunya. Tatkala inai masih merah di jari, Lia Juwita terpaksa melangkah pergi. Lari dari Syameen yang ternyata tegar mengkhianati. Malahan Syameen tegar menuduh kehadirannya hanya semata-mata kerana harta bukan cinta. Remuk redam jiwanya menerima kata-kata nista dari insan yang suatu masa begitu beria-ia mahu memperisterikan dirinya. Kehilangannya secara tiba-tiba pada malam pernikahan mereka telah membuatkan keluarga Syameen malu besar. Lia Juwita pergi tanpa pengetahuan sesiapa termasuk keluarganya sendiri. Lia Juwita pasrah. Lebih pasrah apabila suami sendiri meragui keikhlasan dirinya. Bagi Syameen, perkahwinannya itu hanya satu kesilapan.

Selepas dua tahun Lia Juwita kembali. Kembali tanpa ingin bersua dengan Syameen lagi. Tapi ternyata takdir tetap menemukan mereka untuk kedua kali. Satu persatu rahsia yang Syameen bentangkan terhadapnya. Baginya itu semua fitnah. Fitnah akibat cinta yang tidak kesampaian. Dalam diri manusia yang bernama Syameen Fikran bagaikan luput sebuah kepercayaan terhadap insan yang bergelar perempuan.

 Apakah kuasa fitnah itu lebih mengatasi rasa cinta dan kasih sesama manusia? Haknya di nafikan?Gerak gerinya di pertikaikan. Syameen hanya ingin penjarakan dirinya dalam sebuah sangkar derita sedangkan di dalam masa yang sama dia bakal di tunangkan dengan pilihan keluarganya. Farah, wanita itu terlalu baik budi pekertinya untuk di tolak. Lia Juwita akur dalam meraih kembali kepercayaan Syameen Fikran. Pasrah andai dirinya harus di pinggirkan atas kesalahan yang dia sendiri tidak pernah sangkakan.

Kehadiran Haq telah menggugat keegoan Syameen Fikran. Bagi Syameen, lelaki itu penyebab jiwanya hilang rasa percaya. Azlan pula kembali datang menambah derita. Menjadi perencah yang merosakkan rasa sebuah bahagia.

Saat cinta di antara mereka telah di atur dengan sempurna, Syameen terjerat sekali lagi di antara dua pilihan. Memilih Lia Juwita sudah pasti melukakan hati keluarganya.

Bagi Lia Juwita, kisahnya bukan sinetron. Tapi kenyataan yang benar-benar menggerikan. Cinta yang kian hadir tetap tak mampu di lenyapkan walaupun seribu pilihan yang datang. Beribu cacian dan tomahan yang di terima ditelan walaupun pahit demi harga sebuah bahagia. Tatkala cinta itu hadir, persahabatan yang terbina terputus angkara nafsu, Saat cinta itu telah hadir, perkahwinan hampir musnah angkara fitnah. Dan bila cinta itu hadir... dia masih bertahan walau di hujani berjuta ujian.


Sunday, October 6, 2013

Lama Tak Merepek Di Blog

Assalamualaikum... to all..readers.

Huh!Lama giler kan x merepek kat sini. Tengah siapkan manuskrip Elusan Kasih a.k.a Akulah Mentarimu. Sudah hampir sampai ke penghujung. In sha Allah, kalau ada rezeki terbit la karya tu dalam versi cetak...Cerita yg mencabar untuk saya buat. Untuk saya siapkan...Dari satu bulan ke satu bulan target. Tak jugak siap2kan. Kalau siap saya hantar kat publisher secepat mungkin.Mungkin tahun ni tak ada rezeki untuk keluarkan novel. Untuk cerita ni sebenarnya saya x dapat tajuk yg betul2 sesuai lagi. Mungkin di penghujung jalan cerita. Entahlah, kenapa susah sangat. Kenapa rumit sangat. Kenapa sedih sangat. Hehheheee..

Thursday, August 1, 2013

Aku Bukan Bola ~ Adaptasi Drama Bersiri


Aku Bukan Bola

Assalamualaikum..selamat berpuasa ^__^

Alhamdulillah...walaupun AKU BUKAN BOLA tak BEST SELLER. Tapi ada juga rezekinya.Macam tahun lepas jugak dapat berita pasal novel saya yg first AKU BUKAN BOLA di kuarkan..Time2 bulan Puasa macam ni lah. Awalnya macam x percaya sangat pun. Maklumlah, novel saya biasa2 tp isinya luar biasa. Hehehe... In shaa Allah, bakal di adaptasi untuk drama bersiri. Sama-sama kita nantikan :)





Friday, July 26, 2013

Saya Akan Edit Semula ~ Bila Cinta Hadir

Assalamualaikum dan selamat berpuasa ya..

Hari ni entah kenapa tetiba saja teringat kepada story Bila Cinta Hadir Tu..Ingat lagi x Syameen Fiqran dan Lia Juwita.Dah lamakan story tu...Saya ingat nak simpan je tapi ada mintak saya edit balik. Aisey...sebab sekarang saya tengah fokus buat cerita Akulah Mentarimu.  Jadi setelah di tolak tambah darab dan bahagi.(merepek bulan2 posa ni ) saya akan edit balik cerita tu...Edit balik!Hehehe...

Sekian, Terima Kasih.

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...