Sunday, November 20, 2011

Hangatnya Cinta-Bab 11

Bab 11

Iskandar termanggu di balkoni bilik itu. Suasana malam ini diserikan dengan kehadiran bintang-bintang yang berkelipan di angkasa sana. Cuma hatinya yang kian berseri-seri sejak siang tadi bertukar mendung dengan tiba-tiba. Perasaannya bercampur baur. Jika siang tadi Nur Nilam takut dan ragu-ragu dengan perasaannya kini dia pula yang keliru dengan apa yang terjadi. Tiba-tiba sahaja dia rasa menyesal dan sesal!

            E-mail yang di terima daripada Kamalia sebentar tadi benar-benar menjerut tangkai hatinya. Benar-benar membuatkan dia jadi tidak keruan. Dia tidak pasti apa yang hatinya mahukan. Kata Kamalia dia begitu menderita di sana. Tidak sebahagia seperti yang Iskandar sangka. Malah rumahtangganya sudah bercerai berai. Setelah bertahun-tahun menyulam duka Kamalia ingin kembali menagaih kasihnya!Ya Allah..Apa yang harus aku lakukan...

            Kenapa dalam diam aku masih tak mampu melupai dirimu?Kenapa masih ada rasa simpati untukmu yang melukai. Kenapa aku rasa terbeban dengan derita yang kau tanggung sedangkan aku tahu itu jalan yang kau sendiri pilih?Kenapa aku begini?Menyebut sahaja namamu bisa membuatkan hati ku bergetar. Dan aku tak tahu apa yang aku mahukan sebenarnya. Sedangkan aku sudah berjanji pada Nur Nilam yang aku hanya miliknya dan dia hanya milikku. Ya Allah..

            “Abang,”

Suara itu lembut menyapa di gegendang telinganya. Suara itu begitu manja mengetuk tangkai hatinya. Dia tersenyum memandang Nur Nilam yang juga sedang tersenyum memandang dirinya.

            “Ya sayang..”

            Nur Nilam tersenyum lagi.  Wajahnya berseri-seri. Kata-kata Iskandar kedengaran begitu romantis. Tiada lagi bahasa aku kau. Dia tidak pernah impikan ini semua tapi takdir telah menentukan segalanya. Biarpun pada awalnya dia begitu tersiksa dengan sikap dan perangai Iskandar yang agak keterlaluan tetapi hari ini semua rasa itu telah bertukar.  Betul apa yang mak Piah katakan, siapa yang dapat meramal masa depan. Walaupun pada awalnya masing-masing menolak kehadiran sebuah cinta tetapi tidak lagi saat ini.

            “Kenapa? Abang ada masalah ke?Nilam tengok dari tadi lagi abang asyik mengadap suasana luar je?”laju sahaja persoalan itu muncul di bibirnya apabila melihat riak muka Iskandar yang begitu berlainan sekali malam ini.

            “Tak adalah..Abang okey je. Tak apalah, lepas ni abang mengadap sayang pula. Cuma takut sayang tak tahan pula nanti bila abang asyik nak pandang wajah sayang je,”jawab Iskandar selamba sambil tersengeh nakal.

“Abang ni...”Nur Nilam terasa malu dengan usikan-usikan nakal Iskandar itu.

“Kenapa pulak?Abang cakap benda yang betul. Tak boleh ke abang nak mengadap sayang?Ataupun nak abang pandang perempuan lain?”

“Tapi, Nilam tengok abang macam ada masalah je? Abang mahu kongsi dengan Nilam?”

“Betullah..tak ada apa-apa. Janganlah fikir yang bukan-bukan.”

“Tipu?Abang tak nak kongsikan dengan Nilam kan?Maybe abang teringat kat seseorang kot...”Nur Nilam cuba membuat andaiannya sendiri membuatkan Iskandar hampir rimas dan lemas.

“Betullah sayang..abang okey je,”jawab lagi Iskandar sedikit malas. Nur Nilam ni seperti tahu-tahu je. Tak kanlah dia nak bercerita pada Nur Nilam tentang Kamalia. Cukuplah yang Nur Nilam tahu dia pernah tersiksa kerana sebuah cinta.

“Abang tipu...”

Nur Nilam cuba mendesak. Berharap agar Iskandar akan berterus terang dengannya. Dari riak muka Iskandar sahaja dia sudah dapat membaca ada sesuatu yang lelaki itu rahsiakan daripadanya.

“Cakaplah abang..Nilam pun nak tahu juga,”Nur Nilam masih tak putus asa.

            “Hey!Aku cakap betul tu betullah!Yang kau nak desak-desak aku macam ni kenapa!”

            Nur Nilam tersentak. Matanya terkebil-kebil memandang wajah Iskandar yang serius. Mulutnya juga serta merta terkunci rapat. Saat ini hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati dia dengan kata-kata Iskandar sebentar tadi. Pandangannya terasa kabur dek air mata yang mula mengambil tempat di pipinya.Kenapa tiba-tiba sahaja Iskandar berubah jadi seperti hari-hari sebelumnya. Kenapa?Air matanya pantas mengalir di pipi. Sakit!Sungguh sakit hati ini merasakannya.

            Iskandar menarik nafas sedalam-dalamnya. Apa yang dah jadi pada dia sebenarnya. Apa sebenarnya perasaan dia pada Nur Nilam. Dia keliru. Tiba-tiba sahaja dia jadi keliru!Tiba-tiba sahaja dia tidak mampu mengawal perasaan marahnya ini.

            “Kenapa Is?Kenapa awak buat saya macam ni?Apa salah saya Is?Setelah awak dapat segala-galanya ini yang awak buat. Salah ke saya bertanya?Tak berhak ke saya untuk tahu apa yang terjadi pada awak?” Nur Nilam bersuara dalam tangisnya. Kecewanya dia dengan sikap Iskandar. Dia rasa tertipu dengan lelaki itu. Tertipu untuk sekian kali.Ah!kenapa terlalu mudah dia percayakan lelaki ini.

“Aku tak suka orang desak-desak aku macam ni!Dah aku cakap tak ada apa tu dahlah!Jangan nak jadi penyibuk. Lantaklah kau isteri aku ke apa.Kenapa kau menyesal ?Aku tak paksa kau pun. Kau sendiri yang merelakan.!”

“Sampai hati awak cakap begini?Awak lupa apa yang awak janji pada saya?Awak lupa Is?”Nur Nilam merintih sayu.

“Pergi jahanamlah dengan janji!Sebab janji jugak yang buat aku jadi macam ni!”marah Iskandar lagi.

“Apa awak cakap Is?Kalau awak tak cintakan saya kenapa mesti awak lakukan itu semua Is?Kenapa?Awak sengaja nak menghancurkan hidup saya... Apa salah saya Is?Apa dosa saya pada awak?Saya mengharapkan keadaan yang lebih baik tetapi ini yang awak beri..”tangisan Nur Nilam merembes laju. Setiap patah bicara yang keluar dari mulutnya tersekat-sekat. Tubuhnya bergetar menahan perasaan hiba dan kecewa yang menggila. Betapa bodohnya dia mempercayai lelaki ini tanpa mengetahui niat yang tersimpul di hati lelaki ini yang sebenar.

“Kau boleh keluar dari bilik ni!Jangan ganggu aku!”

Iskandar menolak tubuh Nur Nilam agar keluar dari bilik itu. Secalit simpati pun tiada di hatinya saat ini.Wajah Nur Nilam yang di basahi deraian air mata juga langsung tidak di pandangnya. Pintu bilik segera di tutup lalu dia bergerak menuju ke arah katil dan menghempaskan badannya di tilam yang empuk itu.

Untuk sekian kali dia telah melakukan satu tindakan yang diluar jangkaan. Di luar batasan dan kewarasan normal manusia. Bukankah semalam dia begitu takut kehilangan Nur Nilam. Bukankah semalam juga dia begitu terbuai dalam belaian manja Nur Nilam. Dia sendiri yang membina harapan dan sekarang dia pula yang cuba menghancurkan.

Puncanya hanya di sebabkan oleh seorang wanita yang bernama Kamalia. Marahkan Kamalia Nur Nilam pula yang jadi mangsa. Betulkah begitu?Antara dendam,simpati,derita dan cinta semuanya sudah bercampur baur menjadi satu. Lama dia menderita akhirnya dia memilih untuk berlabuh di pelabuhan yang menghujaninya dengan kasih sayang. Jadi wajarkah nama Kamalia di sebut-sebut lagi. Wajarkah Nur Nilam menjadi yang menjadi mangsa keadaan ini sedangkan dia sudah mengambil hak Nilam. Dia memang kejam.!

Dia meraup mukanya beberapa kali. Apa yang dia dah buat pada Nur Nilam semalam itu tidak sepatutnya berlaku. Sedangkan hatinya masih lagi keliru. Sedangkan jiwanya masih lagi di buru kisah lalu. Terlalu ikut nafsukah dia atau mereka memang di takdirkan untuk bersatu dalam cinta.Dia tidak tahu!

Nur Nilam masih lagi dalam esak tangisannya. Dia bersandar di sebalik pintu bilik yang sudah tertutup rapat.Hancur!itulah yang boleh di gambarkan hatinya saat ini. Sebagai seorang isteri salahkah jika dia bertanya. Jika semalam mereka melakar mimpi indah hari ini umpama mimpi ngeri yng tak mungkin lekang daripada sejarah hidupnya. Jika semalam mereka cuba bajai dan sirami sebuah cinta tetapi malam ini hanya ada deraian air mata sengsara.

“Kenapa kau buat aku macam ni Is!Kenapa?!Aku benci kau Is!Aku benci kau!”Nur Nilam menjerit marah. Tangisan air mata kecewa masih setia menghujani pipinya yang mulus.

Kau minta aku sama-sama memberi peluang dan ruang untuk membina cinta tetapi sekarang kau begitu tegar merelaikannya. Setelah aku serahkan segala-galanya milikku yang abadi buatmu ini balasan yang kau beri. Kau terlalu kejam Is!Kau terlalu pandai berjanji tetapi seringkali mungkiri. Apa yang menyebabkan kau berubah Is?Salah aku atau ada rahsia di sebaliknya yang aku tak tahu? Hati Nur Nilam semakin merintih sayu.

***

Keesokkan harinya Iskandar keluar awal daripada rumah. Sengaja dia buat begitu. Dia tidak mahu bersua muka dengan Nur Nilam. Biarlah apa pun jua tafsiran yang bermain di benak Nur Nilam. Yang lebih penting sekarang dia harus mencari jawapan di atas setiap kekeliruan yang timbul. Biarpun pada awalnya dia begitu yakin dengan perasannya pada Nur Nilam tetapi apa yang berlaku semalam adalah sebaliknya.

Dia sampai ke pejabat tepat jam 8.00 pagi. Selepas berkahwin agak jarang dia masuk ke pejabat. Terlalu banyak perkara yang perlu di uruskan. Hal mertuanya juga perlu di fikirkan. Entahlah. Dia sendiri yang memilih jalan ini jadi dia harus menempuhnya. Masuk sahaja ke pejabatnya bertimbun-timbun kerja yang perlu di laksanakan dengan segera. Sebuah keluhan berat di lepaskan. Bukan mengeluh pada rezeki kurnian Tuhan tetapi terlalu banyak yang perlu di fikirkan. Dia duduk di atas sofa yang terdapat di dalam biliknya itu. Sambil menyandarkan badannya di sofa.

Ingatannya kembali melayang kepada Nur Nilam. Kesian Nur Nilam. Ini semua tidak sepatutnya berlaku. Dia tidak sepatutnya menyentuh Nur Nilam bahkan berjanji bahawa dia hanya milik Nur Nilam dan Nur Nilam adalah miliknya. Tetapi dia juga begitu takut kehilangan Nur Nilam. Tetapi bagaimana pula dengan Kamalia yang sedang menderita di sana? Bagaimana pula dengan permintaan Kamalia yang ingin kembali kepadanya. Sukarnya menghakis cinta pertama walaupun dia begitu tersiksa. Dia benar-benar keliru saat ini.

            Ketukan di muka pintu biliknya membuatkan lamunan panjangnya terhenti. Tersembul wajah Nur Hana Elieyana. Eksekutif pentadbiran di syarikatnya itu. Nur Hana kemudianya berjalan menghampiri  Iskandar sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Iskandar. Iskandar mengambil dan terus melihat Isi kandungan surat tersebut.Manakala Nur Hana pula terus duduk di sofa berhadapan dengan Iskandar.

            Tidak lama kemudian dia memandang wajah Nur Hana Elieyana dengan muka yang berkerut.“Kenapa? Kau ada masalah ke?Kau tahukan sekarang di pejabat ni bertimbun-timbun kerja. Kalau kau berhenti 24 jam macam ni..teruklah aku.”tutur Iskandar pula. Dia sudah lama mengenali Nur Hana. Jadi antara dia dan Nur Hana sudah seperti adik beradik. Nur Hana memang banyak membantunya dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan tender.

“Aku terpaksa Is.Suami aku di tukarkan ke sekolah di Terengganu. Jadi aku mesti ikut dia.”jawab Nur Hana pula. Memang berat untuk dia lepaskan apa yang sudah bina tetapi rumahtangganya lebih penting saat ini. Lagipun dia tidak mahu berjauhan dengan suaminya. Tapi dia juga kesiankan Iskandar. Sudahlah baru sahaja melangsungkan perkahwinan sekarang di bebankan dengan kerja yang bertimbun-timbun pula.

“Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal..?”soal Iskandar lagi.

“Macam mana aku nak bagitahu?Kau tu sibuk sangat. Maklumlah pengantin baru. Mood berbulan madu pun tak habis lagi. Tapi,aku pelik orang baru kahwin muka ceria tapi kau macam ayam berak kapur.”ucap Nur Hana lagi sambil ketawa memandang wajah Iskandar yang serperti terkejut mendengarkan kata-katanya itu. Muka bermasalah.

“Kau boleh call aku kan?Sekarang macam mana aku nak cari pengganti kau?”tutur Iskandar serius. Macam manalah mukanya tak seperti ayam berak kapur. Dia kahwin pun bukan atas dasar cinta. Semuanya terpaksa sahaja. Dah tu bila hati sudah mula  rasa sayang ada pula yang buat bagi dia jadi keliru. Entahlah, macam mana agaknya keadaan Nur Nilam saat ini. Kenapalah diakejam sangat.

“Macam mana kalau kau minta isteri kau yang kerja di sini?”

Kali ini giliran Iskandar pula yang ketawa besar.”Kau buat lawak apa ni?”

            “Aku seriuslah!”

            “Kau ingat dia tahu ke buat tender-tender ni?!”bidas Iskandar pula. Sebenarnya dia belum mengenali Nur Nilam sepenuhnya.Apa yang dia tahu Nur Nilam baru tamat pengajian di peringkat University. Jurusan apa pun dia tak tahu.

            “Aku dulu pun mula dari bawah Is. Aku pun bukannya pandai sangat. Kau jugak yang banyak tunjuk ajar pada aku. So, aku rasa tak ada masalah untuk kau ajar isteri kau. Aku rasa dengan pendidikan yang dia ada sudah cukup mudah untuk kau beri tunjuk ajar pada dia.”

            Iskandar terdiam. Memang betul apa yang Nur Hana katakan. Cuma dia risau tentang Nur Nilam. Dengan apa yang berlaku semalam sudah cukup untuk dia bayangkan betapa hancurnya hati Nur Nilam dengan sikap dia. Sebelum ini pun dia pernah tawarkan Nur Nilam untuk bekerja dengan dia. Tapi Nur Nilam menolaknya atas alasan mereka tidak seharusnya bekerja di bawah satu bumbung kerana masing-masing perlu berlakon.

“Tengoklah nanti aku fikirkan macam mana..”Iskandar kembali bersuara perlahan. Nur Hana hanya mengangguk sambil tersenyum memandang wajah Iskandar langsung tak ceria. Mungkin Iskandar ada masalah lain yang dia tidak tahu. Jadi dia rasa perlu untuk segera keluar dari bilik Iskandar agar Iskandar dapat mencari ketenangan.
Iskandar mengeluh kecil. Bayang wajah Nur Nilam dan Kamalia bersilih ganti di hadapannya. Dia seharusnya tidak memikirkan Kamalia. Kerana segala punca derita dan air mata sengsara adalah kerana wanita itu. Tapi, hatinya kadangkala terlalu degil untuk tidak mengingati Kamalia. Saat dia baru sahaja mahu memulakan sebuah kehidupan baru bersama Nur Nilam muncul pula Kamalia.
Kesian Nur Nilam...Saat ini dia sedar terlalu banyak dosanya pada Nur Nilam. Tangis sendu Nur Nilam semalam saat dia di halau dari bilik bagaikan terngiang-ngiang di halwanya telinganya. Air mata itu selalu sahaja mengalir kerananya. Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang sebenar-benarnya. Aku keliru di antara simpati dan cinta..














           

5 comments:

  1. kesiannya nilam..asi wat bini cam2..?-Say Hello(Aina Eyna)

    ReplyDelete
  2. ala..tak suka lah iskandar tukar2 mood macam tukar baju..:( go back to being romantic n caring towards nilam pls...kesian nur nilam...

    ReplyDelete
  3. buat cam ner watak Is mmg dh kejam..heheh

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...