Tuesday, April 2, 2013

Sakit Yang Menikam


Ku cuba bertahan dengan sakit ini
Hanya sampai waktu itu
Waktu yang akan membawa langkahku
Jauh berlalu...
Mungkin itu yang terbaik
Terbaik di dalam kehidupanku..

Ku cuba lawan derita ini..
Ku hadiahkan seulas senyuman
Untuk seisi alam yang mengerti..
Untuk sesiapa sahaja yang memahami..
Aku redha pada suratan takdir ini..

Akan ku rawat sendiri luka ini..
Akan ku pujuk sendiri jiwa yang remuk ini..
Akan ku bangkit kembali
Bersama cintaMU Ya Rabbi...


"Ya   Allah , aku  memohon dariMu jiwa yang tenang , yang beriman  dengan pertemuan denganMu , redha dengan ketentuanMu , dan merasa cukup dengan  pemberianMu”

 

Friday, March 8, 2013

Patahnya Sayap

Jika sayap yang baru engkau cipta
Kembali patah di rempuh angin yang menggila
Usahlah engkau merintih pedih
Rawatlah ia agar kembali pulih..

Mungkin engkau kan berkata
Aku sudah tidak mampu terbang tinggi lagi..
Sakitnya hingga aku tersungkur jatuh ke bumi..

Aku juga seperti engkau..
Sakit yang ku alami bukan kepalang
Hanya masa yang merawat lukaku...
Hanya waktu yang menyembuh warna-warni sayapku
Agar kembali seperti dahulu..
Menghirup harum sebuah kehidupan..
Terbang bebas melepaskan keluhan.

Kepaklah kembali sayapmu
Mencari sarang yang penuh dengan kejujuran
Mencari dahan-dahan yang utuh dengan keikhlasan..
Mungkin di sarang yang baru
Akan kau jumpa penawar yang kau cari itu.

Namun jangan engkau lupa
Pada angin yang menggila itu
Jangan kau lupa pada ribut taufan
Bila masa datangnya tak terduga
Bersiap sedialah agar sayapmu tak lagi terkulai
Di ranting-ranting hampa.


Patahnya Sayap Malam (*_*)
A'je Fazlina

Wednesday, March 6, 2013

Menangislah

Menangislah
Saat hati di robek dengan kecewa
Bila yang di impi
Tidak seperti yang di jangka..

Menangislah
Saat hujan turun lebat membasahi bumi..
Hati nan kosong ikut sama menari
Mengalunkan irama hati yang sepi..

Menangislah
Bila jiwa sudah tidak tertanggung sengsara
Apakah ini  adalah karma
Kalau memang itu takdirnya
Aku redha..

Menangislah
Bila cinta tak lagi seperti dahulu
Terlalu jauh impian bak bidadari itu..
Mengharap tapi hati masih meratap
Gugurlah air mata
Dalam terai tawa..

Menangislah..
Bila harus menangis..
Kerana hanya tangisan
Penawar terbaik untuk hatimu yang kecewa..

Tawa Dalam Tangisan
~ A'je Fazlina ~


Thursday, February 28, 2013

Hangatnya Cinta :: Post percuma





“Buat apa Nilam duduk di sini sorang-sorang? Selalu nak risaukan abang.”tutur Iskandar tiba-tiba. Terus saja dia duduk mengadap Nur Nilam.
            Nur Nilam mengerling sejenak ke arah suaminya itu. Geram bila di kejutkan sebegitu rupa.
“Kenapa ni? Marahkan abang ke?”soal Iskandar lagi sambil mencapai jari jemari Nur Nilam yang berada berhadapan dengannya.
“Abang suka bagi Nilam terkejut.!”
“Oh!Patutlah terus saja muncung tu jadi sedepa.”
“Sorry..tak sengaja.”
Nur Nilam pandang wajah Iskandar. “Abang tak cukur ke janggut abang  tu?”soalnya semula.
“Tak sempat..asyik melayan sayang je..”Iskandar ketawa.
“Ye lah tu!Pergilah cukur..sekarang bukannya abang ada buat apa-apa pun!”
“Siapa cakap abang tak buat apa-apa?Abang tengah melayan Nilam kan?”
“Abang...!”
“Esok je lah Nilam...dah malam-malam ni malaslah abang.”
“Habis tu nak biarkan muka abang tu serabut macam tu..
“Serabut? Sayang cuba pandang betul-betul serabut ke kacak?Cakap je lah yang Nilam geli.Hehehe..”
Terus saja Nilam angkat punggung. Tak sanggup nak dengar lebih-lebih. Tahu dia juga yang akan terkena.
‘Baby mama tengok papa tu..suka perasaankan..’omel Nilam perlahan. Iskandar yang mendengar lagi ketawa besar. Terus saja dia mengejar Nilam yang sudah berada di muka pintu. Tercungap-cungap nafasnya.

*Nak lagi??Jangan lupa ye dapatkan Hangatnya Cinta. Boleh dapatkannya dari saya. Sementara stok masih ada :) 
*Post percuma.Just RM 15 okey :)
*Kalau yg dah baca tu, apa pendapat anda semua tentang cerita ni????Boleh bagi pendapat tak????Bagi dengan ikhlas ye...

Friday, December 14, 2012

Masih Ada Rindu

Sepasang matamu yang sayup..
Merenung lembut ke wajahku..
Membuat hatiku hancur lebur..
Tak mampu ku tahan air mata yang gugur...

Sesudah terputus ikatan..
Dan tertutup pintu harapan..
Mengapa harus berjumpa lagi??
Sekadar melepaskan rindu yang tidak beerti..

Tidak perlu kau bercerita..
Tentang dirimu yang sudah berpunya...
Ku tahu kau bahgia bersamanya..

Tidak perlu kau bercerita..
Tentang dirimu yang sudah berpunya...
Ku tahu kau bahgia bersamanya..
Hapuskan sahaja kenangan cinta kita...

Meski antara kau dan aku..
Masih ada kasih dan rindu..
Tapi apa guna itu semua..
Hanyalah menambah derita dalam dada..


Di hari Jumaat yang mulia...
Lumrah manusia...tak terlepas dari salah dan silap. Begitu jugak dengan hati yang kadangkala susah untuk di mengerti. 

Hati oh hati?
Mengapa masih ada wujud lagi rindu sedangkan kau tahu..semuanya tak seperti dahulu lagi. Semuanya sudah berbeza. Bukankah kau sudah dapat apa yang kau mahukan dalam hidup ini? Jadi lepaskanlah dia dari sangkar derita yang kau cipta.


Hati,
Bukankah satu waktu dulu..dia juga pernah menghambakan segala kebaikannya untukmu? Jika satu saat dia salah?Satu saat dia leka sehingga kau merasa terabai?Kenapa kau terlalu cepat menghukum?Menjatuhkan hukuman sehingga musnah segala yang kau cipta?Dan sekarang kenapa kau merasakan masih ada rindu? Bukankah kau sendiri ingin hapuskannya satu ketika dahulu.

Oh hati...
Kau lupa kebaikannya?Kau singkap kesalahannya.. Kau bentangkan keburukannya. Jadi, untuk apa kau masih ada rindu pada dia. Setelah kau hambat langkah-langkahnya dari mendekati. Kau menghukum tanpa rasa belas simpati. Kau terlalu ego wahai hati.. Egomu sudah tertanam di lubuk yang paling dalam sehingga kau merasakan sudah tidak ada apa yang perlu kau harapkan lagi.

Dan sekarang?Kenapa kau masih ada rindu wahai hati??Sukarnya untuk mengawalmu..sukarnya menafsir bahasamu.

Hati...aku tahu kau juga lelah menanggung derita. Kau simpan segala yang kau rasa. Kau pendam hingga kau sindiri terluka. Umpama api yang membakar sekam...ibarat anai-anai yang makan dalam akhirnya hancurlah yang indah itu.

Hati, walaupun sakit tapi masih tidak mampu untuk membenci. Kerana hati bukan di berikan untuk MEMBENCI...

Dan setelah sekian lama kau memilih jalanmu..kenapa Masih Ada Rindu wahai HATI?


Ada yang indah untuk yang pasrah :) senyummmmmmmmmmmm



Tuesday, November 20, 2012

Rapuhnya

 
Aku tak ingin menjadi rapuh..
Seperti ranting-ranting kayu...
Yang bisa kau patah-patahkan..

Aku tak ingin menjadi rapuh..
Seperti rapuhnya daun Maple..
Yang terbang bila di tiup angin..

Aku takut..
Jika hati kembali membatu...
Sayang pasti bertukar menjadi benci..
Tak ingin rasanya semua itu terulang kembali..
Hanya kerana kerapuhanmu..

Sejuta kata maaf yang kau beri..
Belum tentu menyembuhkan hatiku yang telah kau lukai..
Rapuhnya ku rasakan cinta ini..
Untuk mencari keredhaan Ilahi.
Sedangkan kau mengerti..
Bukan ini yang aku ingini..

Kenapa sementara yang sempurna..
Kenapa sekejap ketenangan yang tercipta..
Kenapa singkatnya bahagia yang di damba..
Kenapa rapuhnya keteguhan yang ada.

Hari ni aku memandang indahnya hari tanpa makna..
Kerana rasa yang paling dalam telah kau cemarinya..








Sunday, November 11, 2012

Antara Kawan Dan Kekasih

Antara kawan dan kekasih? Keduanya tak bisa ku sisih. Kawan menghulurkan bantuan, kekasih menghulurkan sokongan. 

Antara kawan dan kekasih...kedua-duanya ku harapkan. Kawan sekuntum senyuman..kekasih sepenuh perhatian :) 

Antara kawan dan kekasih?Sebenarnya persoalan ini tak akan pernah berkesudahan kan..kan..kan.. Tapi, sebenarnya bergantunglah kepada diri sendiri macam mana nak kawal situasi. (Cakap macam senang!!!)Aku pun kadang-kadang tak dapat nak jawab benda ni bila dah terasa kena kat batang hidung.Hehe..

Tapi antara kawan dan kekasih kedua-duanya bagi aku penting.Kalau dekat kawan kita boleh dengan bebasnya meluahkan apa yang kita fikirkan, boleh tanya pendapat dan jugak boleh buat perangai bodoh tanpa rasa BERSALAH.

Tapi kalau dengan kekasih dah tentu-tentulah kita kena jaga hati dan perasaan. Bukan nak hipokrit sebab memang dah macam tu lah. Sebab tu lah wujudnya ISTILAH BERCINTA.Tak kanlah nak cakap pun main lepas je. (Tapi, kalau dah sampai tahap angin puting beliung aku sampai aku lepas juga!!!)Hehehe. 

Tapi kalau dah BFF tu lelaki macam mana pulak??

Banyak bezanya BFF lelaki dan perempuan. Bagi aku BFF lelaki lebih senang.Aku setuju sangat2. Siapa cakap lelaki dan perempuan tak boleh kawan rapat?Boleh apaaaa....Aku pernah terbaca satu blog tu..Ini ayat-ayatnya.

"Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai kawan baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik. Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang sama, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh."

Huhuhu.. Bagi aku selagi kita tahu meletakkan garisan antara kawan dan kekasih itu lebih penting. Apa yang lagi penting adalah hati. Hati tahu batas-batasnya. ;)  Apa yang penting KEPERCAYAAN.

Lagipun persoalan Antara kawan dan kekasih ni hanya jadik sebelum kahwin je. Bila dah kahwin dah tentu-tentulah kita utamakan keluarga!Ye dok??Nak jugak pening2 fikir kenapa?Hehehe.

Sebenarnya..banyak lagi hal-hal yang lebih penting dari hal ini... :(



Budak-budak nakal :P











NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...