Tuesday, January 3, 2012

Hangatnya Cinta - Bab 23


“Kau buat apa ni!”soal Iskandar dengan muka yang serius. Terus sahaja dia mendapatkan Nur Nilam. Tubuh Nur Nilam di peluk erat. Elusan lembut seolah-olah tidak mampu untuk mendamaikan hati isterinya itu apabila air mata masih berjuraian mengalir di pipi Nur Nilam.

“Is..Is..awak tak tahu Is..Dia ni..

“Aku tak mahu dengar apa-apa!Kau berambus dari sini! Berambus!”Marah Iskandar lagi. Nafas terasa deras setiap kali dia cuba menahan perasaan.

 “Is!awak dengar dulu apa yang saya nak cakapkan. Dia ni curang dengan awak Is..Curang..”

“Cukup!Kau tak faham bahasa ke apa aku cakap!Kau berambus sekarang! Berambus!”

“Is! Kenapa buat tetamu macam tu!”jerkah mama yang baru sahaja datang. Merah menyala muka Datin Rozita menahan marah.

“Mama, Is tak nak tengok muka perempuan ni lagi dalam rumah ni! Berambuslah!”

“Dia tetamu mama, Is. Mama yang jemput dia. Kamu tak patut nak halau dia!”hembur Datin Rozita lagi.

“Memang patut saya halau dia mama!Dengan apa yang dia dah buat pada Nilam saya takkan berdiam diri.”

“Kamu jangan nak buat hal Iskandar!”herdik mama sekali lagi. Matanya tajam merenung Nur Nilam yang sedang teresak-esak di dalam pelukan Iskandar.

“Pergi!Aku tak nak tengok muka kau!”ulang Iskandar lagi. Langsung tidak menghiraukan amarah Datin Rozita.

“Kau buat apa Kam?”soal Datin Rozita semula. Kini, semua mata sedang tertumpu ke arah Kamalia. Izreen dan Irma yang turut berada di situ hanya menjadi pemerhati. Tahu apabila Iskandar marah tak ada siapa boleh menghalang.

“Mak cik..saya tak buat apa-apa Mak cik. Iskandar dah salah faham..Saya tak buat apa-apa Mak cik..”Kamalia separuh merayu. Air mata turut bergenang di pipinya. Air mata yang dipaksa mengalir untuk menagih perhatian Datin Rozita. Dia tahu,yang Datin Rozita tidak begitu menyukai Nur Nilam. Lihat sajalah cara layanan Datin Rozita terhadap Nur Nilam.

“Sudahlah tu Iskandar. Malu bila tetamu dengar nanti,” tutur Datuk Ismail yang baru tiba di dapur. Kekecohan yang berlaku sebentar tadi menarik perhatiannya sehingga dia juga terdorong untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya.

“Perempuan ni kurang ajar papa,” balas Iskandar lagi sambil jari telunjuknya tepat ke wajah Kamalia.

“Tak pak cik..Iskandar salah faham..”

“Hey!telinga aku ni belum pekak lagi!Kau jangan nak buat wayang kat sini. Aku benci!”

“Abang...”Nur Nilam memanggil perlahan sambil mendongakkan wajahnya memandang Iskandar. Berharap agar Iskandar tidak terus-terusan memarahi Kamalia. Semuanya hanya salah faham sahaja.

“Dia dah buat sayang menangis..abang tak akan berdiam diri macam ni,”balas Iskandar pula separuh berbisik. Habis basah bajunya dek air mata dari Nur Nilam. Tapi itu semua  dah tak penting. Yang penting sekarang dia tak nak tengok lagi muka perempuan ini di dalam Teratak Qaseh ini.

            “Abang..janganlah macam ni. Nilam dah okey..”

            “Kalau sayang dah okey pun abang masih tak okey!”

            “Kau pilih samada kau nak pergi dengan cara elok atau kau nak aku heret kau keluar!”Iskandar masih tak puas hati lagi. Dia seolah-olah melepaskan kemarahan yang terpendam. Mak Piah yang baru tiba dari depan terus mendapatkan Iskandar dan Nur Nilam.

            “Mama, tak fahamlah dengan kau Is!Kenapa dengan kau ni?Kau tak boleh ke nak kawal emosi kau tu!Sakit kepala mama dengan kau orang semua ni.!”bentak Datin Rozita sebelum berlalu dari situ. Makin lama makin sakit hatinya.

             Kamalia ketap bibir. Mahu atau tidak dia harus pergi. Tak mengapa jika malam ini tuah bukan untuknya. Esok masih ada.“Saya minta maaf Is..saya tak berniat untuk sakitkan hati awak..”

Enough!”marah Iskandar lagi.

 Perempuan ini tak faham bahasa ke? Dah dia cakap tak mahu dengar apa-apa lagi sudahlah. Yang masih mahu bercakap kenapa? Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Kamalia langsung tak penting. Walaupun tadi dia mendengar apa yang Kamalia cakapkan. Nilam curang? Memang hatinya dah mula cuak!

Kamalia segera berlalu dari situ. Berlalu bersama tangisan yang menderu. Hatinya masih lagi sukar untuk menerima hakikat bahawa Iskandar begitu membenci dirinya sedangkan dulu cinta Iskandar sepenuh hati untuknya. Iskandar terlalu kejam padanya. Rindu dan dendam kini menjadi pegangan. Kata-kata Iskandar umpama pedang yang mengkelar hati dan jiwanya.

Datuk Ismail hanya menggelangkan kepala. Tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Jadi sudahnya, dia hanya berdiam diri sahaja dan berlalu dari situ diikuti Izreen dan Irma. Sudah masak dengan perangai anak lelakinya itu. Sejak dari kecil lagi tidak ada sesiapapun yang berani usik barang Iskandar. Seperti sekarang juga, siapa yang buat isterinya menangis tentu sahajalah tiada kompromi lagi.

“Sudahlah tu, Iskandar..”ujar Mak Piah pula.

“Saya bukannya apa Mak Piah, hati saya ni sakit. Tak cukup lagi ke dia dah sakitkan hati saya dengan kecurangan dia dan sekarang nak sakitkan hati Nilam pula.Kenapa dengan dia tu hah!”

“Dia sayangkan abang lagi..”ucap Nur Nilam perlahan sambil duduk di kerusi itu. Iskandar turut serta.

“Nilam jangan nak mengarut!”balas Iskandar sambil mencuit hidung Nur Nilam yang sudah kemerahan itu. Mudah menangis. Itulah Nur Nilam. Rasanya semenjak mereka berkahwin sudah beribu air mata ini menitis. Dia kemudiannya menghulurkan sehelai tisu buat isterinya itu.

“Nilam cakap benda yang betulkan?”

“Betul ke tak ke..abang tak peduli. Kenapa baru sekarang dia nak kembali meratap hiba setelah hati abang ni dah hancur. Kasih sayang yang dulu tak akan pernah kembali setelah abang di khianati. Abang hanya nak Nur Nilam sahaja! Faham!”

 Mak Piah tersenyum memandang kedua-duannya. Kelegaan kembali bermukim di hatinya melihatkan Iskandar sudah kembali tenang dan tersenyum. Tahulah dia yang kini Iskandar tu sayang sangat-sangat pada Nur Nilam sehingga sanggp menghalau Kamalia keluar dari rumah ini. Padahal dulu, separuh nanar jiwa Iskandar kecewa apabila cinta Kamalia beralih arah.

***

Selesai sahaja majlis ulang tahun Irma, Iskandar dan Nur Nilam segera beransur pulang. Bimbang untuk meninggalkan Puan Syarifah lama-lama di rumah seorang diri. Izreen juga mengambil tindakan yang serupa seperti Iskandar. Lebih lama dia tunggu lebih banyak pula soalan yang akan di tanya oleh mamanya nanti. Ini pun sudah berpuluh-puluh alasan yang di beri. Entahlah, bukannya dia marah akan mamanya. Dia tahu mamanya nak yang terbaik untuknya. Tapi, hakikatnya hingga ke saat ini dia belum merasai diri di sayangi oleh insan yang bergelar suami. Hingga kini di gantung tak bertali.

 Kalau tidak kerana Iskandar yang datang memujuknya sudah pasti dia tidak akan ada di majlis ini. Tapi, kesian juga lihat Iskandar tadi. Di sebabkan Kamalia  dia pula yang kena marah teruk dengan mama. Yang Kamalia tu pun satulah. Dah orang tak nak masih nak terhegeh-hegeh lagi kenapa?

Hurmm..rasa macam kena pada batang hidung dia je? Dah orang tak nak masih nak terhegeh-hegeh lagi kenapa?



Pertemuan secara tidak sengaja di bangku University telah membibitkan bunga-bunga cinta di hatinya untuk sang kumbang idaman. Namun, sayangnya kumbang yang dipuja adalah kumbang  di taman larangan. Dalam tidak sedar sahabat baiknya, Zhafirah juga mempunyai hala tuju yang serupa. Ternyata Zhafirah tidak bertepuk sebelah tangan apabila Ikram juga mempunyai perasaan yang serupa. Mereka saling mencintai.

Sehinggalah  sebaik tamat pengajian semuanya berubah. Tanpa pengetahuannya mama telah merancang perkahwinannya dengan anak kenalan mama. Dia mengikut sahaja pada kehendak mamanya tanpa mengetahui siapa bakal suaminya. Sehinggalah seminggu sebelum perkahwinan di langsungkan. Rupanya Ikram adalah bakal suaminya.

Waktu itu segala tangis sendu sudah tidak bermakna lagi. Beribu kata-kata nista yang di lemparkan oleh Zhafirah kepadanya. Dia di tuduh perampas kebahagian sedangkan dia sendiri tidak minta semua itu berlaku.

Lantaran terlalu kecewa dengan sikap kedua ibu bapanya, Ikram bersetuju sahaja dengan pilihan ibu bapanya untuk menyatukan mereka berdua. Ternyata pada malam perkahwinan mereka dia dilayan bagaikan sampah!Seminggu selepas itu Ikram hilang tanpa khabar berita. Hari-hari dia menjadi penunggu yang setia. Ternyata, takdir masih tidak memihak kepadanya sehingga kini. Entah di mana Ikram berada waktu ini. Ibu bapa Ikram pula kembali menetap di utara sana. Sehingga kini dia tidak mendengar sebarang berita. Mungkin ibu bapanya juga menyangka mereka sedang mengulit bahagia. Tapi kenyataannya..

Setitis demi setitis air matanya jatuh. Dia menyeka perlahan dengan telapak tangan. Tidak mahu air mata ini cuba mengaburi pandangan. Lagipun malam kelam dan dia juga sudah lama tidak memandu pada waktu malam begini. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia tamatkan kisah hati ini namun masih ada kekuatan yang Tuhan berikan untuk dirinya agar terus bertahan.

Jadi, dia akan terus bertahan dan redha dengan apa yang berlaku selagi hati masih ada rindu!

***



“Sayang, abang nak tanya sesuatu ni..”ucap Iskandar sewaktu di dalam perjalanan pulang ke rumah mereka. Nur Nilam yang berada di sebelah tersenyum. Pelik pula kenapa mesti nak minta izin. Selalunya Iskandar akan tanya terus je.Tapi, dia tetap anggukkan kepalanya.

“Kenapa dia cakap macam tu tadi?”soal Iskandar lagi ragu-ragu.

“Dia?”

“Kamalialah..Maksud abang kenapa dia cakap yang Nilam curang dengan abang?Betul ke?”Iskandar sudah mula berterus-terang.Tidak lagi teragak-agak untuk bertanya. Kereta terus dipandu di dalam kelajuan yang biasa-biasa sahaja.

“Dia salah faham abang. Bila masa pula Nilam ni nak curang dengan abang? Lagipun tak ada sebab untuk Nilam buat semua tu.”

“Habis tu kenapa Kamalia cakap macam tu tadi?Abang pun peliklah!”

“Sebenarnya, waktu abang berkumpul di depan dengan Kak Reen dan Irma tadi ada panggilan telefon yang Nilam terima dari seseorang. Nilam pun tak kenal siapa?Bila Nilam tanya dia cakap yang dia adalah orang yang langgar kereta tempoh hari. Dia kenalkan dirinya dengan abang Am,”

“Abang Am?”

“Ye..mungkin sebab dia lebih tua dari Nilam.”

“Dia nak apa?”

“Dia call sebab nak tahu berapa kos kerosakan kereta tu. Nilam cakaplah yang abang dah uruskan semuanya.”

“Entah-entah ada udang di sebalik batu!”

“Kenapa? Abang cemburu?”soal Nur Nilam sambil tersenyum memandang Iskandar.

“Tentulah sayang oi!”balas Iskandar pula sambil mencuit hidung Nur Nilam. Sudah jadi tabiatnya. Nur Nilam yang mendengar terus ketawa.

“Tapi, Nilam peliklah macam mana dia tahu nama Nilam. Rasanya Nilam tak beritahu pun nama Nilam pada dia. Dia panggil Nilam, Qaseh..”

“Hurmm...melampaulah tu!” ucap Iskandar lagi.

 Kali ini tawa Nur Nilam makin meledak. Seronok sangat bila tengok raut wajah tak puas hati suaminya ini. Cemburu sangat! Sedangkan dia juga sudah mulai cemburu mendengarkan nama Kamalia apatah lagi Iskandar. Mereka merasa perasaan yang serupa.

Kini, dia rasa bahagia sedang melewati hari-harinya. Bahagia ada suami seperti Iskandar. Walaupun Iskandar panas baran tetapi sebenarnya Iskandar adalah orang yang paling penyayang. Orang yang melindunginya di kala susah dan senang.

“Sayang, kenapa pandang abang macam tu?”

Teguran dari Iskandar membuatkan Nur Nilam kembali ke alam nyata.

“Kenapa tak boleh ke Nilam nak pandang abang?”balasnya pula.

“Bukan tak boleh..abang tahu abang ni kacak. Sebab tu isteri abang ni asyik nak pandang je. Abang bukannya apa, cuma abang takut kereta ini akan berhenti kat sini. Tak sempat nak sampai rumah.”balas Iskandar pula selamba. Cuba menahan diri dari ketawa. Kini, raut wajah Nur Nilam berubah. Malulah tu!Tadi bukan main lagi nak mengusik dia. Sekarangkan dah terkena. Hehehe..

“Abang ni gatallah!”

Serentak itu kedua-duanya ketawa. Iskandar menarik tubuh Nur Nilam agar berada lebih dekat dengannya. Dia mahu terus merasai kehangatan tubuh Nur Nilam. Ah, bila mereka dekat jiwanya selalu sahaja bergetaran sejuta rasa. Nur Nilam seperti ada kuasa yang luar biasa.

Honda Civic Mugen yang dipandunya itu terus membelah kepekatan malam yang kian larut.  Kehangatan cinta kian terasa di sebalik dinginnya penghawa dingin yang sedia terbuka.

Sayang...

Ku ingin kau selalu di sampingku..

Ku mahu sentiasa mendakap kasihmu..

Ku mahu terus membelai rindu..

Sayang..

Sudah puas ku tersadung..

Sudah puas tangisan rebahku..

Kerana cinta palsu yang lalu..

Sayang..

Ku mahu kau tahu..

Hanya kau yang bisa mengetuk sendiku

Hanya kau yang mampu mengejut nadiku..

Agar kembali menjadi perindu..

Pada sebuah cinta kasih yang baru..

Tuhan..

Terima Kasih di atas kurnianMu..

Mengejutkan ku dari mimpi lalu..

Menyatukan hatiku dan hatinya..

Agar terus seiring merasa hangatnya cinta..



p/s: Hurmm..mood agak hilang utk continue hangatnya cinta..kenapa ek..kenapa?Kenapa? Oh kenapa?Huhuhu..(Don't worry..saya x akn hampakn pmbaca2 semua)Ngeee.. ^_^






           

14 comments:

  1. la jgn mcm ni cik writer.... tgh besh2 ni, lgpun is sekrg dh ok ckit.... please, jgn stop ok

    ReplyDelete
  2. zawani: x,saya x akn stop..masih ingin bercinta dgn Iskandar juga..hehe

    ReplyDelete
  3. okey2...sabor yer zue..terima kasih sbb sudi bca hangatnya cinta

    ReplyDelete
  4. ala..jgn la hilang mood...tgh b est ni..kita dah feeling dah..jgn stop eh? dah lama follow ;)

    sz

    ReplyDelete
  5. terima kasih...okey sudah tentu saya akn sambugknnya kerana anda semua...

    ReplyDelete
  6. cite ni best...sy tertarik nk taw kisah kakak is dan suami die plk...ok jugak bile ade 2 citer dlm cite ni...

    ReplyDelete
  7. suke cite ni.hope eppy nding utk is dan nilam.nak tahu jugak kisah si izreen dan suami dia.

    ReplyDelete
  8. jangan la hilang mood wahai cik writer...hangatnya cinta tengah betul2 hangat ni..nak lagi..nak lagi...please..nak Is dengan Nilam hidup bahgia...ever after...

    ReplyDelete
  9. ala Aje, kenapa sikit sgt. ....

    ReplyDelete
  10. nk taw kisah izreen ngn husband dia,hope ikram trjtuh cinta ngn izreen plak..hehe

    jgn ckp ikram tu abang am,,uii xsggup...

    nk lg....

    ReplyDelete
  11. tp kan kak...rasenya penulisan akak makin superb lps kes akak sakit hati tu...suka baca!

    ReplyDelete
  12. abg am tu ikram ke...mana dia tau nama qaseh ye...cpt2 samb ye Aje...

    ReplyDelete
  13. okey..sabar ye..saya sdg berusaha ke arah itu.

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...