Thursday, August 9, 2012

Sedikit Sedutan - ABB


 Sedikit sedutan...Aku Bukan Bola..


“Risya...”
Khyrill memanggil Arisya. Penuh kelembutan di suaranya yang bisa membuat nafas setiap wanita yang mendengar berhenti berdegup. Arisya menoleh, pandangan mereka bertaut namun Arisya pantas melarikan matanya kearah laut.Arghhh...!
“Kenapa?kat mata Rill ini ada cahaya ke sampai Risya tak boleh nak tengok tu..?” Khyrill menyoal lagi.Aa..memang ada cahaya Rill, hinggakan aku tak mampu nak tengok,bukan apa takut cahaya tu nanti buat diri ni juling pulak...!Arisya berkata di dalam hati.Tak terluah semua kata walau hati ingin sekali melazkannya.
            “Haiiii....dah bertukar jadi bisu balik ke ni?”
            “Hmmm...kenapa?”Baru kedengaran suara Arisya setelah sekian lama.
   “Arisya saya suka awak..”
            “Sebabnya??”Arisya menyoal kembali.
        “Sebab sejak pertemuan pertama hingga kini jantung saya asyik berdegup ganassss bila saya terkenangkan awak.” Dia sudah tergelak.
            “Gilalah awak ni Rill!”
        “Betul la,saya sayang awak Risya. Awak tak macam gadis lain yang pernah saya kenali.”
            “Apa bezanya?”
     “Awak gadis comel yang bisu, yang lain-lain tu gadis cantik yang seksi..hehehehe..”Sempat lagi dia manyakat Arisya, walaupun pada saat-saat meluah perasaan macam ni.
            “Gila!!”
          “Alah,saya memang gila pun Risya. Gilakan awak yang sangat jual mahal tu.” Khyrill membalas sambil tersenyum memandang Arisya.Aduhhh..senyumanmu itu bisa membunuhku Rill..
“Hmm..entahkan betul entah kan tidak. Awak jangan nak main-main Rill tentang hati dan perasaan ni.” Saya takut untuk berdampingan dengan awak. Awak tahu kenapa?Saya tak mahu di salahertikan!.”
“Maksud awak?”
“Sebelum orang bercakap lebih baik saya berjaga-jaga. Awak orang popular Rill, saya tak nak dikaitkan dengan awak.”
“Tapi saya tak rasa macam tu.!”
“Terpulang pada awak. Tapi apa yang saya katakan adalah kenyataan!.”
“Kenyataan apa? kenyataan yang awak sendiri buat. Awak sendiri rumuskan. Awak silap Arisya. Saya insan biasa yang ada hati dan perasaan. Apakah kerana status saya sebagai seorang pemain bola membuatkan saya tidak layak untuk berkawan dengan orang seperti awak,Arisya.!”
“Arisya terpana mendengar kata-kata itu.
“Bukan awak tapi saya.”Tutur Arisya pula.
“Risya, jujur okey!Saya ikhlas untuk cinta ini. Saya tak reti nak menipu bila hati dah mula menyanyi lagu rindu. Awak tak dengar ke.?Saya nak awak tahu Risya, saya tak main-main okey. Saya betul-betul nak jadikan awak sebagai pemaisuri kat hati saya ini.!”
“Awak betul-betul Rill?”
“Betullah sayang oiii...Saya janji Risya, saya tak akan memainkan hati dan perasaan awak. Ombak dan pantai ini jadi saksi Risya. Awak tengok tu kat langit, betapa setianya bulan memancarkan cahayanya pada si pungguk. Saya pun nak jadi macam tu Risya.!”

Nak tahu lebih lanjut dapatkan ABB Ye :)

Ketika waktu mendatangkan cinta
         Aku putuskan memilih dirimu
         Setitik rasa itu menetes
         Dan semakin parah

         Bisa ku rasa getar jantungmu
         Mencintaiku apa lagi aku
         Jadikanlah diriku
         Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
         Setinggi anganku untuk meraihmu
         Memeluk batinmu yang sempat kacau
         Kerna merindu

         Butterfly fly away so high
         As high as hopes I pray
         To come and reach for you
         Rescuing your soul
         that previous messed up touching me and you

        Jalan ini jauh
        Namun kita tempuh
        Bagai bumi ini
        Hanya milik berdua

        Biar ku berlebihan
        Mendekatimu
        Namun ku tunggu






Friday, August 3, 2012

Aku Bukan Bola




Alhamdulillah..Bersyukur bila novel sudah siap sepenuhnya dan akan keluar tidak lama lagi...Aku Bukan Bola...Bertahun aku  menulis manuskrip ini. Ada Rahsia..ada sejarah..ada segala-galanya di sebalik manuskrip ini. Aku tidak pernah termimpi yang e-novel ini akan di terbitkan. Aku menghantar ke Syarikat Publisher setahun yang lalu dengan sedikit sahaja harapan yang ku pertaruhkan.

 Aku masih ingat manuskrip ini ku tulis 4 tahun yang lalu..bermula dengan cerita pendek kemudian kembali ku olah untuk menghasilkan satu jalan cerita yang panjang. Tapi, kesibukan sebagai seorang student memaksa aku mengambil masa yang begitu lama untuk menyiapkannya. Mungkin juga waktu itu aku tidak terlalu serius. Maklum sajalah, karya aku kisah pemain bola. Bukan kisah anak-anak Datuk seperti novel-novel yang lain.

 Lihat sajalah di blog ini, sambutannya tidaklah menggalakan seperti e-novel2 ku yang lain. Aku mengerti, kerana ini yg pertama..yang pertama belum tentu yang terbaik. Tetapi, aku tetap menzahirkannya dengan seikhlas hati. Bahkan aku menulis kerana kasih sayang...Kasih sayang sesama insan. Bukankah kita hidup dengan kasih sayang..dan juga atas dasar cinta..Cinta kepada Allah..kepada keluarga..juga kepada teman-teman...

Sewaktu menulis manuskrip ini selalu sahaja di iringi dengan lagu ’Di Sebalik Rahsia Cinta dari nyanyian  METROPOLITAN’ Tajuk asal manuskrip ini sebenarnya. Ini antara bait-bait lirik lagunya..

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Terlalu banyak yang perlu aku depani. Ada waktunya aku gagal mengawal emosi. Aku melatah juga pada awalnya bila manuskrip ini di berikan komen yang tak masuk akal. Kepada yang tak suka, tetap ingin aku ucapkan terima kasih. Kerana kata-kata cacian itu membuatkan aku semakin matang dalam dunia penulisan. 

Kerana Aku Bukan Bola..aku jadi kuat dan belajar erti kesabaran yang menggunung.
 Menantikan Aku Bukan Bola umpama menanti sang cinta yang entah di mana berada.
 Menyiapkan Aku Bukan Bola adalah kepuasan yang sukar untuk aku terjemahkan dengan kata-kata. 
 Semuanya kerana Aku Bukan Bola. 

Alhamdulillah, saat pertama kali mata ini menatap cover yg menghijau ini aku terasa segala penat lelah aku berakhir. Sesuatu yang menuntutkan aku  mengalirkan keringat yang bukan sedikit. Keringat hati dan perasaan. Kerana minat yang mendalam telah aku zahirkan.

Terima kasih untuk sahabat-sahabat ku tersayang  Fizah, ila, dayah, ira, bed, Emy n Jan...dan juga teman-temanku yang lain..Thanks support aku dari kiri kanan depan belakang. Untuk Auni Amauni...dia yang beria-ia meminta aku menyiapkan manuskrip ini dan menghantar ke syarikat publisher..Tanpa semangat darinya, aku tak mungkin menjadi seperti hari ini. Untuk Buku Prima yang sudi menerbitkan manuskrip aku..Aku begitu menghargainya. Juga untuk semua all readers yang follow story ni..thanks sangat-sangat. Kau orang semua menzahirkan aku kekuatan yang bukan sedikit. Aku begitu menghargai sokongan kalian semua kepadaku. :)

Perjalanan panjang yg berakhir dengan kebahagian. Antara yang pertama dengan yang kedua. Serupa namun tak sama.. Cinta pertama memang indah walaupun menyakitkan..Tapi mengapa pertama juga yang selalu di kenang-kenang? Selalu di rindu-rindu?Adakah yang pertama itu yang terbaik? Jika terbaik sudah pasti untuk selama-lamanya. Tetapi kenapa yang pertama tetap ada hentiannya? Dan untuk yang kedua, mampukah menjadi seperti yang pertama?Apakah perlu untuk membandingkan yang pertama dengan yang kedua?

Antara cinta dan cita-cita?yang mana satu pilihannya?Antara neraka dan syurga yang manakah hala tujunya..Manusia boleh berubah ke arah kebaikan dan juga kejahatan hanya kerana cinta. Namun, jika cinta itu suci...tetap ada jalannya...:)Semuanya di dalam AKU BUKAN BOLA.

Aku tidak terbaik..tapi aku cuba menghasilkan sesuatu yang terbaik..
Aku tidak sempurna..untuk memuaskan hati semua. Tapi aku berusaha untuk menggembirakan anda semua. Dalam hati aku ini, bergetar sejuta rasa..takut dengan penerimaan semua..Aku tidak boleh mengelak..Aku tidak boleh u-turn...Apapun aku perlu lalui dan depaninya dengan tenang. Moga Allah permudahkan segala-galanya.Amin.

Salam Ramadhan untuk semua...

Friday, July 20, 2012

Sentuhan Kecundang KEDAH DARUL AMAN

Assalamualaikum semua...dan salam sejahtera..

Macam mana ya mood you all semua hari ni?Aku?Bangun pagi masih rasa macam mimpi. Masih lagi terbayang2 kekalahan Kedah semalam. Mood dah tentu down...Masih ingat apa yg terjadi..KALAH sebab penalti aje?Huhuhu..

Sedih Gila..'Dia' say SEDIH GILA... mmg la sedih sangat. Dari liga SUPER jtuh liga PERDANA. Aku ni yang tengok dari jauh pun boleh rasa kesedihan tu. Apatah lgi dia yg melaluinya. Hope, dia tabah..jangan berputus asa..Aku dan penyokong2 yg lain cuma harap 'Dia' akan terus STAY dgn pasukan KEDAH.Tapi walau macam mana pun, dia BERHAK buat keputusan sendiri..Dia berhak tentukan masa depan dia..Pergilah ke mana pun KAKI INGIN MELANGKAH...

Tak Percaya.. 'Dia' say lagi TAK PERCAYA..Aku pun x percaya jugak!! tapi hakikat..hakikat nak x nak kita perlu terima. Siapa kita nak persoalkan takdir? Takdir belum mengatakan  yg kita berhak utk menang..Sebaik2nya redha dengan apa yg berlaku. 
SENTUHAN KALI TERAKHIR UNTUK LIGA SUPER

Ini kali pertama aku berkongsi suka duka tentang Pasukan Kesayangan aku di sini.. Aku tahu dia sudah buat yang terbaik. MEREKA sudah buat yg terbaik. Selama aku menulis..di sinilah semangat aku. Semangat aku untuk berkarya. Mujur, semangat aku masih ada lagi walaupun rebah tersungkur. Walaupun SENTUHAN KECUNDANG.. So, pakat2 doa ..MALAYSIA CUP ada lagi.


Puisi Buat Sang Wira

Biar Tercalar..
Semangat Tak Akan Pudar..
Bangunlah  Menuju Ke Taman Impian..
Sebelum Gugur..
Janganlah Kau Berputus Asa..
Kau Tetap Wira 
Selamanya :)

Okey.....sudah cukup cukup sudah aku merapu pagi ni....hehehe.. Saje je nak hiburkan hati sendiri...(Eleh..pulunnya budak ni.) hahaha...Kadang2 kita perlu luah apa yg kita rasa..marah, sakit hati, sakit jiwa, Jiwa kelajuan..heheh...Kalau simpan nanti mkn dlm...Jadi anai-anai la mkan dalam...Parah nanti sapa nak jawab. SENDIRI MAU INGAT LA... 

 Okessssssssss... Assalamualaikum.:) Senyum-senyum selalu..




Tuesday, July 10, 2012

Elusan Kasih Prolog & Bab 1

Prolog

*Update Terbaru* 

PERKAHWINAN yang dibina di atas dasar cinta ini semakin hari semakin menyesakkan dada. Semakin hari semakin sakit hati Fazzura di buatnya. Jam  yang tergantung di dinding dipandang. Sudah empat jam dia duduk disofa bewarna hitam itu.Masih setia menanti bayang tubuh seorang lelaki yang bergelar suami.
Siti Fazzura akur ini takdir untuknya. Tidak ada rumah tangga yang tidak bergolak. Sejak kebelakangan ini sikap suaminya Aqil, benar-benar mencabar kesabarannya. Sudah lewat-lewat malam masih belum pulang ke rumah. Inilah rutin Aqil sejak tujuh bulan kebelakangan ini. Semenjak mereka sekeluarga berpindah kerana Aqil dinaikkan pangkat, suaminya itu mula berubah. Aqil selalu sahaja pulang lewat. Alasan yang Aqil akan berikan semestinya melibatkan soal kerja. Tapi apa logiknya kerja sampai pukul dua tiga pagi. Deruman enjin kereta diluar rumah mula kedengaran. Fazzura bingkas bangun dari sofa yang didudukinya. Belum sempat pintu rumah dibuka olehnya Aqil terlebih dahulu menolak pintu kayu itu dari luar dengan kasar. Sekujur tubuh sedang berdiri terhoyong hayang. Sah, suaminya itu mabuk lagi.
“Apa lagi yang abang dah buat ni? Abang dah mula minum pulak!” jerit Fazzura kuat sambil menolak tubuh suaminya itu. Sudah tidak mampu untuk dia mengawal rasa marah yang terbuku dihati. Wajah Aqil yang kusut dipandangnya geram. Sampai hati Aqil buatnya begini. Sampai hati Aqil lupa daratan begini. Hatinya benar-benar terluka. Sudahlah bau arak terasa menyengat di hidungnya.
“Zurra! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Kau pergi tidur. Jangan nak membebel sekarang. Aku tampar kau nanti.” Pertuturan Aqil meleret. Tubuhnya terhoyong hayang. Dia menguis pipi Fazzura. Pantas Fazzura menepis. Tak rela disentuh oleh suami dalam keadaan mabuk begini.
 “Kau naik atas,” arah Aqil lagi sambil menghalakan jari telunjukknya ke atas.
“Kenapa abang sanggup buat Zurra dan anak-anak begini? Kenapa bang! Kenapa?” Kali ini setiap butir bicara yang keluar dari bibirnya di sertai dengan linangan air mata. Kebahagiaan yang dibina terasa kian musnah dalam sekelip mata. Terlalu cepat rasanya kebahagiaan itu hilang. Kebahagiaan yang dibina tanpa restu dari orang tua. Apakah ini karma yang selalu dinyatakan. Apakah ini balasan yang selalu disebutkan.
Wajah Aqil dipandang dengan linangan air mata. Aqil sudah mula bergerak menuju ke arah sofa. Inikah dia suami yang selama ini terlalu mulia keperibadiannya. Ternyata Aqil mudah tertewas. Tertewas dengan cara hidup di kota besar ini. Tertewas dengan nafsu duniawi yang hanya sementara ini.
“Kenapa abang? Kenapa mesti ada perubahan yang menyakitkan macam ni. Abang sedar tak apa yang abang buat. Abang sedar tak tindakan abang ni akan menghancurkan semuanya yang kita bina. Kenapa abang? Kenapa cepat benar abang jadi manusia yang lupa daratan. Bila abang dah senang, dah berada dipuncak kejayaan yang belum pasti lagi akan kekal. Ini yang abang syukurkan. Kenapa bang? Kenapa?” jerit Fazzura dipenghujung bicara bersama air mata yang setia berlinang. Bukan tangisan yang dia harapkan mengiringi perjalanan hidupnya tatkala memilih lelaki ini menjadi suami. Bukan harta kebendaan yang dia dambakan menjadi penghubung ikatan kasih sayang.
“Abang…tergamak abang…tergamak...”
“Zurra, ini biasa. Biasa! Kau apa tahu? Kau tahu duduk rumah dengan kain batik kau tu. Baju t’shirt kau tu. Huh! Kerja dapur kau. Aku bosanlah Zurra. Nak pandang kau pun aku dah tak ada selera. Tak ada apa yang menarik bagi aku. Sudah! Aku dah penat. Telinga aku nak sakit dengar kau membebel. Apa yang aku nak buat itu aku punya pasal lah!” luah Aqil lagi sambil menolak perlahan tubuh Fazzura yang berada di hadapannya itu. Lelaki itu bangun. Berdiri menentang anak matanya hanya untuk seketika sebelum ketawa seperti orang gila. Aqil terus bergerak ke atas dalam keadaan terhoyong hayang meninggalkannya sendirian.
Biasa?Minum arak itu biasa bagi Aqil? Ya Allah…Fazzura mengesat air matanya perlahan. Rasanya sudah lama dia tidak menangis. Sudah lama dia tidak berendam air mata. Sikap Aqil membuatkan jiwanya rasa kosong serta merta.  Ya, mungkin dia sudah tidak menarik lagi pada pandangan mata Aqil. Dia suri rumah bukan model yang harus cantik dua puluh empat jam. Bukankah dulu Aqil  sendiri yang suka dia macam ni.
 Sekarang, dah berubah. Semuanya tidak lagi menarik. Benar, bila hati dah benci tiada lagi keindahan yang dipandang. Semuanya hanya keburukan semata-mata. Betullah apa orang selalu kata, bila dah suka semua nampak indah. Bila dah tak suka, yang indah pun tak nampak lagi dah.Tiada lagi usik tawa dan manja. Yang menimpa dalam hidupnya sekarang adalah derita dan sengsara.


Bab 1


 “PAPA!papa!” Jari jemari anak kecil itu menggoncang lembut tubuh yang sedang meniarap diatas katil itu. “Papa…papa...” panggil anak kecil itu lagi berulang kali. Aqil terasa tidurnya diganggu. Terpisat-pisat dia membuka mata. Cahaya matahari dari tingkap terasa menerjah ke anak mata. Dia kembali menarik kain gebar menutupi seluruh wajahnya.
“Papa...”panggil si anak kecil itu lagi.
“Kau nak apa ni? Pergi main jauh-jauh jangan ganggu aku boleh tak? Aku nak tidur. Papa, papa,papa, pergilah kat ibu kau tu. Tak boleh tengok aku senang sikit!” herdiknya kuat. Perasaan marahnya membuak kerana tidurnya diganggu oleh anaknya itu. Satu cubitan hinggap di lengan anak kecil itu lantas suara halus mulai kedengaran di pagi yang hening itu.
“Pergi jauh-jauh. Jangan kacau aku nak tidur.Pergi!” marah Aqil kuat sebelum menarik kembali kain gebar itu. Dia mendengus kuat.
Tangisan Siti Aqilah yang berusia empat tahun itu mula memecah pagi yang yang sunyi. Fazzura yang berada di bawah segera berlari anak mendapatkan Aqilah. Hatinya sudah mula tak keruan rasa. Aqilah tak akan menangis kalau tiada apa-apa yang berlaku.
“Aqilah, kenapa ni?” soalnya sebaik sahaja sampai di muka pintu bilik tidur itu. Dia segera mendapatkan anaknya yang menangis di tepi katil itu.
“Kenapa ni sayang? Kenapa menangis ni?” soalnya sekali lagi. Tubuh Aqil yang berada di atas katil dipandang sekilas.
“Ibu…sakit…papa…buat..” tutur si kecil itu lagi sambil menunjukkan sakit yang di alaminya. Lengannya kemerah-merahan.
“Hmm…Papa cubit sayang ya? Sayang diam…syuuut…diam ya. Sikit je ni.” pujuk Fazzura sambil menggosok lembut lengan anaknya itu. Dihembusnya perlahan ke arah lengan yang kemerah-merahan.
 “Papa letih sayang. Jangan ganggu papa. Ikut ibu turun bawah. Kita siram pokok bunga.  Pagi-pagi macam ni banyak rama-rama cantik yang hinggap dipokok bunga. Aqilah nak tengok tak? Jom ikut ibu. Dah la…jangan nangis. Nanti adik jaga ibu tak boleh nak buat kerja.” Fazzura terus mendukung anaknya itu lalu dibawa keluar dari bilik yang semakin terasa panasnya. Penghawa dingin yang terpasang seperti tidak terasa kesejukannya. Mengenang sikap Aqil yang semakin melampau. Hatinya rawan.
“Sabarlah sayang, papa tu penat. Sayang jangan ganggu papa ya. Papa buat sayang ya,  nanti mama buat papa balik. Sayang budak baikkan. Sayang jangan menangis. Nanti adik jaga. Susah mama nak buat kerja kalau adik jaga nanti.” pujuk Fazzura sekali lagi sambil menunjukkan buaian adik Aqilah. Mohd Fazmizie yang masih lena di ruang tamu itu. Mereka berdua hanya berbeza umur tiga tahun sahaja. Aqilah sudah hampir memasuki usia empat tahun dan Fazmizie baru menginjak masuk ke angka setahun. Sudah pandai merengek mintak itu dan ini.
 Siti Aqilah masih lagi tersedu. Tangisannya sudah tidak sekuat tadi. Sepanjang perkahwinan dan dikurniakan Aqilah belum pernah Aqil melakukan perbuatan macam ni. Anak jadi mangsa. Memang semakin melampau. Dahulu sebelum dia dinaikkan pangkat dan mereka masih di Perak. Aqil tak ada pula bersikap begini. Di dalam diri seorang lelaki yang bernama Aqil Ahmad penuh dengan kasih sayang. Aqil seorang yang penyayang dan penuh dengan kasih sayang. Tapi, saat ini semuanya hilang dalam sekelip mata. Kerana pangkat dan kekayaan yang dia miliki hari ini suaminya itu menjadi manusia yang lupa daratan. Nak berubah ke arah kebaikan tu ambil masa tapi nak berubah ke arah kejahatan sekejap aje. Sedar-sedar dah jadi manusia lain yang dia sendiri semakin tak kenal.

“Syukur sayang, ini rezeki kita sekeluarga. Kejayaan abang hari ini kejayaan kita sekeluarga.”

Masih terngiang-ngiang kata-kata Aqil sewaktu dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai pemasaran di dalam syarikatnya yang terletak Kuala Lumpur. Sejak itulah Aqil berubah. Mula keluar dan balik lewat malam. Hari minggu selalu saja hilang. Mula-mula dia boleh terima tapi lama kelamaan dia rasa keadaan tu semakin ketara dan dia perlu bersuara.
Itulah dusta Aqil yang terlalu nyata sekarang. Lafasan kata yang meniti di bibir Aqil tidak seiring dengan apa yang dia lakukan dulu. Dia sudah penat untuk berperang dengan Aqil. Kadang-kadang hanya di sebabkan benda-benda yang kecil sahaja merek bertengkar. Sudahnya dia beralah. Memendam rasa. Entah sampai bila.


“APA yang merasuk abang sampai sanggup cubit anak macam tu. Aqilah tu kecil lagi.Kalau marahkan Zurra jangan sesekali nak lepaskan kepada anak pula. Anak tu tak salah apa-apa dengan abang.” tegur Fazzura sewaktu melihat kelibat Aqil turun dari atas.
“Dia ganggu aku tidurlah!” marah Aqil terus.
“Abang, Aqilah tu anak kita abang. Rapatnya dia dengan abang macam mana? Lebih dari Zurra kan. Sekarang,  macam orang asing pulak abang buat dia. Kalau dia ganggu abang tu dia rindulah nak main dengan papa dia macam dulu-dulu.”
“Zurra, kau tahukan aku penat. Banyak kerja aku nak buat. Aku nak tidur pun tak senang.” Aqil mencapai surat khabar yang terletak di atas meja kaca itu. “Kau duduk rumah, bukannya buat apa pun. Kau pun boleh main dengan dia orang.” sambungnya semula. Sofa bewarna hitam itu menjadi pilihannya untuk duduk.
“Masalahnya Aqilah tu nak bergurau dengan papa dia. Bukan dengan ibu ni pun.”
“Argh! banyak kerja lagilah aku nak buat. Nak bergurau bukannya dapat duit berjuta pun.” balas Aqil kasar. Tangannya menyelak satu persatu helaian surat khabar itu.
Fazzura geleng. Kasih sayang adakah perlu melibatkan wang ringgit.“Banyak kerja abang? tunggang arak tu pun salah satu kerja abang jugak ke? Orang lain hujung minggu ada jugak duduk di rumah. Tapi, abang kerja sampai tak ada masa untuk Zurra dengan anak-anak ke bang?” soalnya kembali. Dia duduk berhadapan dengan Aqil. Tubuh Aqil yang berpakaian baju kemeja lengan pendek berkotak itu dipandang. Mustahil Aqil akan duduk di rumah dengan pakaian seperti itu.
Aqil tutup akhbar yang dibaca. Mencerlung mata Aqil memandangnya. Surat khabar yang berada di tangan terus dibaling ke tubuhnya. Fazzura membiarkan dan tidak mengelak. Secara zahirnya Aqil boleh buat apa sahaja. Dia tak kisah.
“Kau jangan nak kurang ajar sangat dengan aku Zurra!” jerkah Aqil kasar. Tiada lagi bahasa kasih sayang yang keluar dari bibir lelaki itu. Semuanya sudah tidak seindah dulu lagi.
“Kenapa? Kenapa abang nak marah? Kenapa abang nak naik angin? Sebab  apa yang Zurra cakap tu benda betul.” balas Fazzura lagi dengan berani. Sesungguhnya dia tidak sanggup menghadapi semua yang menyakitkan ini. Lama disimpan rasa marahnya. Sesekali datang perasaan ketidakpuasan hatinya. Dia bukan tunggul kayu yang tak ada perasaan. Tak cukup pengorbanan yang dia buat selama ni. Dia berharap Aqil akan sedar salahnya sendiri. Namun, Aqil rupanya kian hanyut. Makin dibiar makin ketara perubahan lelaki itu.
“Sebab tu lah aku bosan duduk dalam rumah ni. Bosan! Aku duduk rumah kau membebel. Sakit telinga aku kau tahu tak! sakit!” jerkah Aqil lalu terus bangun menuju kea rah pintu. Dia ingin keluar rumah. Lebih bagus dia keluar dan melepak dengan kawan-kawan yang sama sepertinya.
“Penat tak kan sampai nak lupa anak-anak? Abang, tunggu! Zurra tak habis cakap lagi. Sampai bila nak jadi macam ni. Sampai bila abang nak buat kami begini. Abang, bukan anak-anak saja yang rindukan abang. Zurra abang, Zurra nak abang yang dulu. Tolonglah abang…Zurra merayu…jangan buat Zurra dengan anak-anak macam tunggul tak ada hati dan perasaan.” Fazzura cuba menghalang suaminya dari keluar.  Tubuh itu dipeluk dari belakang. Berharap lelaki ini akan terpujuk. Rupanya tidak.
“Kau ni kenapa hah Zurra? Kau nak aku tampar kau ke apa? kau jangan nak halang aku macam ni. Hesy! Aku rimas. Gelilah aku dengan kau ni.”
“Abang, apa salah Zurra abang? Tak cukupkah layanan Zurra terhadap abang selama ni. Di mana kurangnya Zurra, bang…”
 “Cuba kau cermin diri kau tu? Tak ada apa-apa yang menarik dah pada aku. Dengan kain batik kau! Kusut masai kau. Sakit mata aku tengok,” gumam Aqil geram. Di matanya dia sudah tidak nampak apa lagi yang menarik tentang Fazzura. Semuanya nampak buruk.
Fazzura tak putus asa. Tangan Aqil dicapai. “Abang, apa yang tak kenanya pada Zurra? Zurra dah korban seluruh hidup Zurra untuk bersama abang. Zurra buat yang terbaik untuk abang. Hanya sebab Zurra dah tak menarik pada pada pandangan abang. Teruk sangat ke Zurra abang? Teruk sangat ke Zurra pada pandangan abang. Zurra sedar, Zurra tak sempurna. Zurra hanya suri rumah sepenuh masa. Semuanya Zurra lakukan atas kehendak dari diri abang sendiri. Tolonglah, Zurra merayu jangan buat Zurra dan anak-anak begini.” Esakan mengiringi butir bicaranya. Mengharap belas simpati sang suami. Apa kurangnya dia?
Aqil tersenyum sinis. Kemudian mengeluh. “Entahlah, bagi aku kau dah tak ada apa yang menarik. Bila aku duduk rumah kau bebel-bebel. Sakit telinga aku dengan bebelan kau. Sakit jugak telinga aku ni sebab jeritan-jeritan anak kau. Aku nak tidur pun tak senang. Dah! Lepaskan tangan aku. Kau dah tak menarik. Tak perlu goda aku. Aku tak hadap apa-apa dari kau.” Aqil merentap tangannya kasar.Tangisan Fazzura membuatkan api kemarahanya kian meluap-luap.
“Sampai hati abang buat Zurra macam ni…sampai hati…” Fazzura terus merintih di muka pintu itu. Hanya mampu melihat Aqil pergi meninggalkannya. Tangisannya sudah tak beerti pada sang suami yang sudah jauh berubah peribadinya. Deruman enjin kereta mula kedengaran. Tiada guna dia menangis untuk sesuatu yang sia-sia.
Dahulu kau berjanji menerima aku seadanya. Kau kata, adatlah suri rumah pakai kain batik. Kau kata, kau faham beza suri rumah dengan wanita berkerjaya. Kau kata cukuplah aku menarik hanya pada pandangan kau. Tapi sekarang semuanya berbeda. Ya Allah, jika aku yang bersalah membuat suamiku berubah ampunkanlah dosaku Ya Allah.
Fazzura merintih. Siksa dan sesal mula mengambil tempat. Dia berdiri memandang cermin. Tubuhnya yang tersarung baju t’shirt dari warna biru muda beserta kain batik di tubuhnya dipandang. Rambutnya yang bersanggul dilepaskan mengurai. Matanya sebam dek terlalu banyak mengalirkan air mata. Benar wajahnya sudah tiada seri dek menyimpan rasa kecewa. Sudah agak lama dia tidak memakai pakaian yang cantik-cantik. Sudah agak lama dia tidak menyolek wajahnya. Berhias pipi merah, maskara dan celak. Kerana apa? Aqil sendiri yang tidak suka. Tetapi di mana kurangnya layanan dia terhadap Aqil.  Makan, minum dan pakai lelaki itu semuanya dilakukan dengan sempurna. Anak-anak diuruskannya dengan sepenuh kasih sayang. Pernahkah Aqil peduli? Atas alasan dirinya sudah tidak menarik itukah penyebab Aqil mula berubah. Mudahnya.

* Bakal Terbit Oktober 2014



Tuesday, June 19, 2012

Life Is Beautiful - Sahabat Selamanya

Assalamualaikum...salam sejahtera..

Firstly, rasanya dah lama x update blog...huhuhu...macam biasa..mood lari..x terkejar lagi..hihihihi. Sedang gila kamera bila dapat kuar jalan2 dgn kawan2 yg gila2 remaja gini.(remaja la sangat)
 
KENANGAN TERINDAH...

Semua muka teruja bila dpt jumpa...walaupun ada yg x muncul2 sampai ke malam...haha..tp still meriah.penuh gelak tawa n senda gurau.Cewahhhhhhh. Bak kata Ray Era Fm, mana nak carikkkkkkk.hehehe. Kalau aku story kenangan kami semua dari zmn sek smpai sekarang lebih dari 1000 pages kot. Banyak sngt. Nakal semua nih!

Kena rotan depan perhimpunan..kena basuh kaw2 punya dgn Cikgu sbb main air dlm tandas (mmg teruja n jakun)hahaha. Nama je duduk class No 1. Tapi, perangainya...MasyaAllah....lebih dari budak2 class No.4

Walaupun dah hampir 8 tahun aku meninggalkan sek. Tapi, antara aku dan kawan2 ada kenangan. Kenangan yg x akan pudar di telan zaman. Tak akan pupus di telan waktu.Persahabatan kami lain dari yg lain. Gaduh2 biasa la. x ada manusia yg sempurna. Lidahkan lg tergigit. Inikan pulak kami.

Paling terindah bila waktu sukan. Boleh di katakn 95% budak class sukan. Nampak sangat x mo belajar.hahaha. Bila sorg join..yg lain pun join.. Main hoki tengah hujan..naik turun tangga dari tingkat 1 smpai 3 dgn kayu hoki. Tidur kat sek dan ada yg kena mengusik. 2 lah..nakal sngttt...
 Atletlah konon.hahaha. Aku plak time team hoki jd kapten.hahaha.(Kaptenlh sangat!!!)sampai satu hari 2..hujan lebat sngt n cikgu suruh kami main ragbi..team pompuan lwn team laki..of coz lah kalah.lepas tensen la time tu..esoknya tu ada game.hehe..best..baling2 katak..haha..amik ko!


Keluar masuk bilik pengetua...ada yg kena tampar ngn cikgu..nk kena siku ngan ustaz..huhu..pahit tetap pahit.Tapi, still happy..

Alhamdullillah, aku rasa bersyukur..walaupun kami semua nakalll sngt tp bab pelajaran kami tetap utamakan.hehe...

Selamanya :)

Persahabatan n setiakawan. 

Jan dah jadik polis..mbe gaduh akulah 2..Gaduh x ingat dunia!

Emy plak dari dok KL balik kedah. Katanya jiwanya x serasi duk sana..Ya lah tu (Emy?hg frust ke?)hahaha.Jadi cikgulah Emy!

Budin?jauh bawa diri seberang laut china selatan,,hahaha.. Tuan JPJ kitak tuk!hehe.aku x taw ckp sarawak..aku bedal ja.hahaha!

Nazirah, dari ralit2 dah jadi Nurse. Chaiyokkkk..jangan ralit cucuk jarum dh.hahaha..!

Dayah plak dh jadi Bendahari kat UUM. oi, banyak duit dok kira. Mai sikit.Hahaha!

Brutal? mana brutal dah la ni. Dah ayu sopan santun gitu. Mak mertua syg tu..sekarang dh jadik org kanan Boss..pekerja dedikasi ni.hahaha.

 Dayah dan Ila

Ila plak x join ari tu..sibuk lah sikit..org bru kawen.hehehe...kalau rasa nk buat loan cari dia la...hahaha.

Yang ni plak


 sorg lagi membe aku kecik molek, Shuhada a.k.a Bed.Bisnesswoman....mana nak carikkkk..terbaik laaa....hahaha!

 

Aku???macam ni lah..menulis.
 Dari zaman sek sampai sekarang..x pernah habis2...dari hobi dah jadi salah sa2 kerjaya utk aku. InsyaAllah...aku masih belum layak utk pegang gelaran sebagai penulis. Masih menanti..menghitung hari utk buah tangan aku yg pertama. AKU BUKAN BOLA. Kemudian, akn menyusul pula HANGATNYA CINTA untuk yg kedua.. dap dup dap ja neyh....huhuhu. 

Untuk kawan2 yg aku syg...sbb aku syg sngt kat ampa semua..aku masukkan nama ampa semua dlm novel 'AKU BUKAN BOLA'. Bola?ada kenangan jugakan?hahaha...


Panjang gak aku dok karang ni...hahaha..!Semoga mimpi2 kita akan sampai ke bintang....!sudah cukup sempurna semua kawan2 kita...Ingat!!pandang bintang di langit jgn lupa rumput di bumi.Hehehe...(utk diri aku sendiri jugak!) :)

Wednesday, June 6, 2012

Tarian Cinta - Bab 2



Cik Ainon hidung mancung
Rambut panjang bergulung-gulung
Cakap sedikit mudah tersenyum
Bikin pemuda jadi bingung..

SEBAIK sahaja aku mendengar dia menyanyikan lagu  ‘Cik Ainon Janda Muda’ terus pecah berderai tawa aku. Aku dah tak peduli bila dia pandang aku pelik. Kenapalah yang dia jadi pop yeh yeh sangat ni. Buat malu aku saja. Ini baru kali pertama jumpa aku sudah asyik ketawa macam orang gila. Tak boleh jadi macam ni.
“Tak sedap ke?”dia soal kuat.
“Memang tak sedap pun. Suara awak sangat sumbang!”balas aku kuat sambil merampas mikrofon di tangannya. Terus aku letakkan mikrofon di atas meja sebelum menarik beg keluar dari pusat Nyanyian itu. Hilang sudah mood aku nak menyanyi.
“Maaf Sofea, saya tak pandai nyanyi.!” Luahnya perlahan.
“Kalau tak pandai lain kali jangan datang ke sini!Awak ni buat malu betul la!”guman aku.
“Saya tak tahu nak bawa Sofea ke mana..”tuturnya lagi sambil berjalan menghampiri aku. Sakit hati betul aku bila dapat lelaki yang tak reti nak buat keputusan. Sampai nak keluar pergi mana pun tak tahu.
“Kalau macam tu lebih baik awak tak payah bawa saya keluar. Pelik betul saya dengan awak ni. Dah la kemarin awak datang merisik saya. Saya ni bukannya sempurna untuk jadi suri hati awak. Saya tak suka nak keluar-keluar dengan lelaki ni. Saya tak suka!”jawab aku pula sambil langkah kaki terus menuju ke tempat parking kereta.
“Sebab semua yang Sofea cakapkan tadilah yang membuatkan saya lagi bertambah sukakan Sofea..”balasnya pula sambil tersenyum.
“Awak, macam Cik Ainon..hidung mancung tapi..”
“Cepatlah!!buka kunci!!!”aku jerit kuat. Terus potong apa yang dia nak cakap. Tak habis-habis dengan Cik Ainon. Aku akan buat apa sahaja agar dia akan bencikan aku. Aku tak sukakan dia!Tak boleh nak terima cara dia. Sejak dari zaman sekolah lagi aku angan-angankan lelaki yang ada stail, dan macho. Bukan macam Baddrol ni. Aku pandang rambut pun aku dah nak tergelak. Nasib baik muka manis. Tapi, aku tetap tak suka!Arghhh..siksa jiwa an raga.
Tanpa berlengah lagi dia terus menekan alarm kereta miliknya itu. Aku masuk ke dalam sambil mendengus kuat. Benci..benci..benci..itulah yang hati aku rasa sekarang. Benci sangat dengan mamat skema ni. Hati aku sekarang susah sangat nak terima yang semua ni terjadi atas diri aku. Ini bukan kisah dongeng tapi kenyataan. Kenyataan yang aku tak mampu nak telan langsung.
“Tapi yang beza Cik Ainon dalam lagu tu janda awak dara lagikan?”
What????Aku rasa macam nampak Baddrol ni besar kuman aje. Aduhai sabarlah hati..sabar..sabar..sabar..
“Kita pergi makan ya?” tuturnya kembali sambil kereta mula bergerak.
“Sofea nak balik!”balas aku kasar.
“Makanlah dulu sebelum balik..”dia cuba pujuk aku lagi.
“Kenapa nak paksa-paksa!Tak suka tahu tak!”
“Okey, kalau Sofea tak nak makan, saya beli bungkus.”
“Suka hati awaklah!” aku jawab kasar lagi. Berharap dia bencikan aku.
***
            Bau Kfc satu kereta. Mak ai, punya banyak dia beli macam perli aku saja.
            “Awak nak bagi satu kampung makan ke?”aku soal pelik. Tapi, aku tengok dia senyum. Heeee!menyampah betul la. Senyum gatal aku kira.
            “Untuk mak dan abah Sofea sama..”
            Amboi, baik hati sangatlah. Aku tahu mesti nak mengayat mak dan abah ni. Benci betul aku orang yang kaki bodek macam ni. Hipokrit. Konon-konon nak tunjuk baik. Buatlah baik macam mana pun, hati aku tetap keras bak kerikil. Bahkan mungkin lebih lagi.
            “Awak tak perlulah nak tunjuk baik sangat.”
            “Baik tu tak perlu di tunjuk Sofea. Semulajadi. Kalau tunjuk nanti kang tak ikhlas pula namanya..”dia jawab sambil senyum lagi. Lepas tu buat mata kuyu dia tu. Rasa macam nak tarik aje rambut belah tengah dia tu. Berani dia jawab macam tu ye!
            “Kalau awak baik, awak cari sajalah perempuan yang baik-baik. Perempuan yang suka dan cinta mati dekat awak.!Saya ni tak suka awak. Tak suka!Tak suka! Tak suka!” aku buat gaya kanak-kanak terencat akal. Dah memang aku tak suka nak buat macam mana.
            “Tapi saya suka nak buat macam mana. Tak ada siapa yang boleh larang perasaan saya dari sukakan awak wahai Cik Sofea.!”
            “Arggh!!!!awak tak sepadan dengan saya!Awak tahu tak awak bukan taste saya.!” Aku jawab lagi. Geram sambil jeling tajam kepada dia. Tapi dia tenang je sambil pandu kereta. Bukan tenang memang skema sangat pun. Tak boleh blah!
            “Memilih ya?Jangan memilih nanti jadi anak dara tua..”
            “Lantaklah!Yang awak nak sibuk-sibuk kenapa.!”aku balas lagi kasar sekasar-kasarnya.
            Tapi, dia masih senyum. Arghh!sakit hati aku di buatnya. Rasa macam nak hempuk aje muka dia di stereng kereta tu. Baru ada akai!.
***
“Kenapa balik awal sangat?”soal abah kepada aku. Mak pula asyik senyum saja bila pandang wajah aku. Sukalah tu.
“Sofea tak ada mood la abah nak keluar dengan mamat skema ni.”jawab aku separuh berbisik kepada abah. Tapi aku rasa cukup jelas di pendengaran telinga mak. Sebab mak jegilkan biji mata bulat-bulat kepada aku. Senyumannya pun lenyap. Amboi, cepatnya mak berubah.
“Baddrol okey tak?Sofea ni ada susahkan kamu tak?” mak soal Baddrol pula. Macam dah boleh jangka apa yang akan aku buat. Risau semacam aje mak soal kepada Baddrol.
“Okey aje Mak cik. Tak susah sangat.”jawab Baddrol sambil hulurkan KFC itu kepada mak.
Apalah maksud dia ‘tak susah sangat tu’.
“Eh, banyaknya...” Mak bersuara lagi.
“Banyaklah mak, Baddrol nak buat kenduri satu kampung.”aku jawab selamba. Walaupun aku takut sebenarnya dengan jelingan dari mak. Macam petir yang menyambar.Bila-bila masa sahaja aku boleh ‘spark’.
“Mulut kamu tu jaga sikit Sofea..”
Ha, aku baru je cakap mak dah tegur aku. Baddrol apa lagi senyum meleret-leret. Benci betul aku!
“Tak apalah bukan selalu. Sekali sekala apa salahnya. Lagipun tadi saya ajak Sofea makan tapi dia jual mahal pula. Itu yang saya beli lebih tu. Manalah tahu, kalau di rumah banyak yang dia makan.” Tutur Baddrol selamba juga. Amboi, mulalah tu.
Abah dan mak ketawa denga Baddrol cakap begitu. Bukan main lagi. Tak sangka pula aku yang mamat skema ni betah bercakap. Ingatkan bisu. Maklumlah, aku buat dia bagi sakit hati dia selamba badak aje diam tak cakap apa.
“Kalau saya nak makan lebih pun saya boleh pergi beli sendiri. Tak minta jasa baik awak pun. Terima kasih sajalah!”terus aku masuk ke dalam. Tinggalkan mereka semua dengan hati yang sebal.
“Merajuklah tu..”aku dengar abah cakap begitu.
Aku bukan merajuk cuma tak puas hati. Sangat-sangat tak puas hati. Abah dan mak macam dah berkenan sangat dengan Baddrol. Sedangkan aku langsung tak rasa ada apa-apa perasaan kepada Baddrol. Semuanya terlalu cepat. Cepat sangat. Tiga tahun tempoh yang aku minta pun rasa cepat sangat. Entah-entah esok lusa aku akan di tunangkan. Arghh...lagi tekanan perasaan di buatnya.  Kenapa mesti aku yang melalui semua mimpi ngeri ini. Mak dan abah tak boleh nampakkah yang dunia aku dan Baddrol terlalu berbeza. Bagaimana rentak tarian cinta akan sempurna kalau aku selatan dia utara.
Ah! Aku tak mahu mengalah. Tiga tahun akan aku pastikan semuanya tak semanis yang di impikan mereka. Tiga tahun akan ku pastikan dia tersiksa dengan sikap aku. Tiga tahun akan aku pastikan hanya derita sengsara yang beraja di hatimu bukan bunga-bunga cinta. Sorrylah!bunga taik ayam aku bagi. Aku nekad nak buat apa sahaja asalkan dia sakit hati dan benci aku.
 Maaf, aku memang tak boleh nak terima segala-galanya tentang dia. Bagi aku dia langsung tak ada keistimewaannya. Setakat senyum manis tu biasa. Ramai lagi di luar sana yang manis-manis belaka.
Baddrol, kenapa dalam banyak-banyak  perempuan aku jugak yang kau pilih?Aku juga yang kau nak. Kenapa kau tak sedar ke kau tu bukan pilihan aku. Kau memang kejam sebab buat semua ini. Kau tahu tak kau tak sempurna langsung buat aku!. Hati aku menjerit marah lagi!Sukar untuk terima semua yang terjadi.




NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...