Thursday, September 6, 2012

Milik Siapakah Hati Ini - Bab 2



            JAM sudah menunjukkan jam 6.00 petang. Aku sudah standby tunggu di belakang restoran. Aku pasti sebentar lagi mamat milo ais tu pasti akan lalu. Mata aku betul-betul difokuskan ke arah jalan raya. Kalau ada teropong   lagi jelas aku dapat tengok dia. Mujur Abang Badrol dan Kak Mila tidak ada di restauran. Jadi bolehlah aku bertenggek kat belakang restoran ni.   Entah-entah dia dah letak ubat pengasih bagi aku suka kat dia tak? Sebab tu aku jadi angau macam ni. Hish..! Tak mungkinlah. Zaman sekarang ni ada lagi ke benda-benda macam tu. Mengarutlah.!
 Tunggu punya tunggu..usahkan kata batang hidung, batang gigi pun tak kelihatan. Tanda-tanda motorsikal dia nak lalu pun tak ada. Yang Hafifi dah start senyum perli kat aku dah. Siot aje budak lembut ni.
“Sudah-sudahlah tu, Amili weh.! Aku rasa mamat milo ais kau tu tak datang kerja kot hari ni. Dari pada kau tercegat dekat situ lebih baik kau  tolong aku basuh pinggan ni. Ada jugak faedahnya.”
“Aku yakin dia datang kerja hari ni. Mungkin petang ni dia buat over time kot.”
“ Kerja di restoran pun ada over time?Hey!jangan nak mengarutlah.”
“ Mungkin orang ramai kat restoran tu. Lagipun aku tengok dia sorang aje yang kerja kat Restauran Putra tu. Tak pernah nampak pulak pekerja lain.” Kataku sekali lagi yang masih  tidak berpuas hati.
           Mataku masih tajam merenung ke atas jalan raya di hadapan. Sudah hampir setengah jam. Bayang mamat ‘milo ais’ tu langsung tak kelihatan. Mungkin benar apa yang di katakan oleh Hafifi. Ah! hatiku hampa lagi. Keyakinan ku benar-benar terlebur kini.
“Amili kau tengok la kat hujung banggunan tu. Handsome kan mamat tu. Dia tengah tengok kau la Amili.Hey..! tengok la tu. handsome kan? Aku dah lama suka kat dia tu tapi dia tu mana layan yang sama spesis ni.”Kata  Hafifi  sambil menjuihkan  bibirnya ke arah budak lelaki tersebut. Tangannya terus membasuh pinggan dan gelas-gelas yang berselerak di dalam sinki itu.
Aku menoleh ke arah budak lelaki yang dikatakan  Hafifi. Tapi aku tak pasti yang mana satu sebabnya ada dua orang budak lelaki di hujung banggunan itu.   
“Bukan tengok aku. Tengok kau! Statement kau tu salah. Tapi yang mana satu?Yang besar gedabak tu ke? Hish!Gila punya taste.!”
“Eee..tu hah…yang duduk di atas bangku tu. Nampak ke tak?  Buka la mata tu bagi besar sikit! Bukan yang besar tu! Yang pakai baju warna putih tu la.”
Aku menoleh sekali lagi ke arah budak lelaki  yang dikatakan. Dari kejauhan aku tengok budak lelaki tu boleh la tahan. Aduh!Dia siap tunjuk isyarat ‘Peace’ lagi. Tapi seperti biasalah aku pura-pura tak nampak. Mujur Hafifi tak melihat isyarat ‘Peace’ itu, kalau tidak tergedik-gediklah jadinya dia. Tak kuasa aku nak melayan.
“ Kau kenal ke dia siapa?” Soal aku pula. Lain yang aku nak tengok hari ini, lain pulak yang muncul.
“ Hmm,budak tu kerja macam kita juga la. Kerja kat restauran Seafood Bertam  hujung banggunan tu. Kau tak teringin ke nak kenal dengan budak tu? Kalau tak silap aku nama dia Fitri.”
 “Kerja restauran lagi? Berapa banyak  budak lelaki yang kerja di restauran aku nak kenal ni? Aku teringin la juga nak kenal dengan lelaki yang kerja Lawyer ke? Ahli muzik ke? Pemain bola ke? Ini tak!”
“Amboi…belagaknya kau. Aku tahu la pemain bola tu pak we kau pun.!”  
“Hah! Bila masa pula aku berpakwe-pakwe dengan pemain bola ni? Jangan nak mereka-reka cerita yang tak ada. Itu fitnah namanya. Kau tahu tak fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.!Kalau  kau dapat 8A dalam SPM pun tidak mampu meleburkan dosa-dosa kau itu.”
“Eleh,kalau tanya kau memang tak pernah hendak mengaku. Abang Badrol yang cakap pada aku. Tak kan dia nak tipu aku pula.Tapi  apa status hubungan kau dengan pemain bola tu? Masih dalam perhubungan atau… ”
“Atau apa? Kau jangan nak mengarutlah!”marah aku pula. Tak habis-habis nak kaitkan aku dengan pemain bola. Cukuplah sikit-sikit.
“Ye lah..Kau pun sekarang ni asyik sebut pasal mamat milo ais tu aje. Cuba kau berterus terang dengan aku ni?Jangan cuba nak berlakon dengan aku ye..” 
 “Hey! Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah bercinta mahupun berkasih dengan seorang pemain bola. Siapa pemain bola tu? Cakap? Aku sendiri pun tak kenal. Apa yang abang Badrol cakapkan pada kau itu semua mengarut! Abang Badrol tu tipu kau aje! Yang kau pergi percaya apa dia cakap kenapa.?Kalau nak jadi betul bendul sangat pun biarlah bertempat. !”
             Hafifi tersengeh mendengarkan leteran panjang dariku.  Di sepanjang perjalanan yang aku lalui dalam mencari arah tujuan hidup bukan semata-mata cinta yang aku kejar. Tambahan pula untuk bercinta dengan pemain bola. Itu langsung tidak ada dalam senarai impianku. Memanglah aku minat menonton perlawanan bola sepak. Tapi bukannya aku ada hubungan dengan pemain bola. Mengarut! Tak masuk akal langsung. Macam manalah Abang Badrol boleh buat cerita macam tu. Gosip..gosip..perkara yang paling aku tak suka. Tapi sudah bertebaran di kawasan  Bertam ini tentang aku. Macam artis pula.
“Eh, budak tu bubye dekat kitalah.” Jeritnya pula. Lamunanku terhenti mendengarkan  jeritan darinya itu. Jeritan yang ku  rasakan sungguh gedik sekali. Kalau di ikutkan hati mahu saja aku menampar-nampar mulutnya yang  berwarna pink itu. Biar serta merta berubah menjadi lelaki sejati.   Boleh juga di buat suami.!
“Aku rasa dia bubye dekat  kau sorang je lah. Mungkin dia pun ada hati dekat  kau jugak kot. Maklumlah, kau tu cantik, memang sesuai sangatlah korang berdua.” Kataku pula sambil tersenyum nakal ke arahnya.  Giliran aku pula untuk ‘membasuhnya’ cukup-cukup.
“Mengarut!Ee..tension betul dengan kau ni!Sikit-sikit aku yang kena.!”Marahnya pula. Matanya dijegilkan bulat-bulat ke arahku.  Alahai… Ingat aku takut agaknya.
“Jangan la marah-marah Fifi. Engkau tu dah la cun. Orang cun seperti kau tak  sesuai langsung kalau marah-marah. Nanti hilanglah seri tu.Kalau dah hilang seri habislah tak ada orang yang akan suka pada kau lagi.” Aku  ketawa kuat melihat gelagat Hafifi yang seperti beruk terencat akal. Tambahan pula,melihatkan mukanya yang semakin bengang terhadap usikanku itu. Tapi aku tahu dia suka sebab aku panggil Fifi. Lebih ayu gitu .Uwekss!
“Kau pernah makan pinggan tak?!” Dia menyoal. Suaranya sedikit keras mungkin kerana wujudnya perasaan geram padaku. Aku berhenti ketawa serta merta. 
“Okey..okey..Janganlah marah. Aku tak pernah makan pinggan tapi kalau nasi dalam pinggan tu hari-hari la. Eh!Kau ni makin hari makin sensitif  ya. Aku puji pun salah. Pujian aku ikhlas tau!Mana ada orang yang nak puji kau selain dari aku yang baik hati ni.”
 PAPPP!!PAPPP!!PAPPP!!!
“Adoiiiiiiii!!Sakit la woi!Main pukul-pukul pulak!” Aku terjerit kuat. Siot! Dia ingat aku dinding ke nak main-main pukul macam ini. Sengal-sengal bahu aku akibat pukulan darinya tadi. Kalau dah lelaki tu lelaki juga.Keras! 
“Padan muka!Buatlah lagi. Baru kau tahu sakit ke tidak.!”Balas Hafifi pula.
“Hish!”
“Itu baru sikit tau.” Katanya lagi.Geram pula aku padanya. Kalau ye pun janganlah main pukul-pukul macam tu. Sakitlah. Dah la aku cuma harapkan minum susu Anlane aje sebab nak kuatkan tulang-tulang ni. Aku tergosok-gosok bahuku. Hafifi tersenyum gembira apabila dapat membalas dendam dengan cara sebegitu rupa.
“Main kasar ye kau. Tak apa..Ada ubi ada batas. Hari ini juga akan aku balas.!” Dia ketawa mendengarkan kata-kataku itu. Dalam pada itu aku melihat budak lelaki yang berada dihujung banggunan itu sedang berjalan menuju ke arah kami berdua. Cari siapa pula..?
“Hafifi, kau tengok tu  budak yang kau miiiiinatttt sangat tu sedang menuju ke arah kita. Seronoklah kau ye..”
“Hah! Amili, Kau tegur dia erk!”
“Tak naklah aku!Kau yang syok kau dia,bukan aku. Sakit kena pukulan kau belum hilang lagi tau. !Dah la, aku nak masuk dalam. Nanti abang Badrol dan Kak Mila datang tak pasal-pasal dapat ayat-ayat power.” Kata aku dengan segera bergerak dari tempat  duduk ku tadi.
“Weh!Nanti la!Ee..kau jangan takutlah dengan diorang berdua tu.! ”Katanya pula yang cuba menahanku. Tadi bukan main lagi. Pukul aku sampai tak ingat dunia. Aku segera mematikan langkahku. Aku kembali berpaling ke arahnya. Budak lelaki yang bernama Fitri itu semakin hampir kepada aku dan Hafifi. Fulamak!Comelnya dia. Lagi dekat lagi comel. Kalau macam ini, aku pun boleh cair. Hilang sudah bayangan mamat ‘milo ais’ yang aku nanti-nantikan tadi. Tiba-tiba muncul satu idea nakal untuk mengenakan budak Hafifi ni.Jeng..jeng..jeng…
“Hai,awak!saya nak bagi tahu ni kawan saya ni suka bangat sama awak.! Awak janganlah jual mahal ye, kesian kat kawan saya. Dia dah lama pendamkan rasa cinta dia pada awak. Asyik pandang awak dari kejauhan aje. Tapi angan-angan dia menjadi kenyataanlah hari ini sebab awak sudah berda di depan mata. Okeylah! Saya masuk ke dalam dulu ye. Awak berdua bolehlah berkenal-kenalan ya. Bubyeee.”Aku berkata dengan panjang lebar sambil menekup mulut menahan tawa agar tidak terburai. Muka Hafifi sudah bertukar warna. Malu agaknya dengan tindakan aku yang di luar jangkaan itu. Lelaki juga kelihatan terpinga-pinga .  Aku segera beredar dari situ menuju ke hadapan. Tawaku sudah pecah terburai. Dalam pada itu,aku masih sempat menoleh ke arah budak lelaki itu dan melambai-lambaikan tanganku padanya . Dia merenungku tajam. Setajam pedang samurai. Namun jangan haraplah hati aku ini akan cair pada renungan-renungan tajam sebegitu.
Beberapa orang pelanggan yang berada di dalam restoran itu menoleh ke arahku. Aku berhenti ketawa tetapi masih tersengeh  macam kerang busuk. Mencari-cari bayangan Kak Kiah. Oh Kak Kiah…..di mana kau berada?
*****
Mendidih telinga aku mendengarkan leteran dari Abang Badrol. Entah apa yang tidak kena dengan bos aku hari ini. Anginnya lain macam. Aku memandangnya dari atas ke bawah. Melihat sikapnya yang banyak berubah hari ini. Langsung hilang sifat-sifat  penyayang yang ada dalam dirinya. Mungkin dia sudah berjangkit dengan sikap Kak Mila. Bukan pasal aku tak buat kerja, tapi sebab bagi muka pada teman baik aku tu. Siapa lagi kalau bukan Hafifi. Entah ke mana dia merayau. Tak pasal-pasal aku dengan Kak Kiah yang jadi mangsa.  Ini tidak adil dan sudah dikira diskriminasi menjatuhkan aku. Mujur tidak ramai pelanggan waktu-waktu selepas maghrib begini. Hafifi pun satulah, nanti bila ditegur mulalah dia nak merajuk. Muncung tu tak usah cakaplah. Panjang  mengalahkan burung belatuk.
“Lain kali jangan bagi muka sangat pada dia! Dia tu perempuan bukan lelaki. Lagi satu, yang korang panggil dia Hafifilah, Fifilah kenapa? Lagi seronoklah dia.!Kerja banyak di kedai ini boleh pula dia merayau! Tegur-tegurlah dia sikit! ”
“ Dia bukannya nak dengar apa yang kami cakapkan. Masuk telinga kanan keluar telinga kanan juga.”Jawab Kak Kiah pula selamba dan dengan  segeranya  berlalu menuju ke dapur kerana ada pesanan yang belum  disiapkan. Untung jadi Kak Kiah.
 “Ingat tu Amili, dia tu lelaki bukan perempuan! Jangan nak manjakan dia sangat. Ini tidak adil untuk kau juga. Kerja dia kau yang perlu buat. Habis  tu  dia makan gaji butalah.!”Wajah Abang Badrol kelihatan serius sehingga kedut di dahinya jelas kelihatan.Aku hanya mengangguk tanda memahami apa yang di katakan oleh Abang Badrol. Kadang-kadang aku dengar dia pun panggil Hafiz dengan gelaran Hafifi. Kadang-kadang Fifi.Jadi apa masalahnya.?Tak kanlah hanya di sebabkan nama budak Hafiz tu nak melampau-lampau. Ada apa pada nama?Aku kesian sebenarnya pada Hafiz tu. Dia pun bukannya minta semua itu jadi pada dia. Tapi  apa boleh buat bila naluri keperempuanannya lebih banyak dari lelaki. 
“Kau tahu ke mana dia pergi?”Soal Abang Badrol lagi.
“Entahlah. Dia tak cakap pula mana dia nak pergi.”
“ Hmm..Esok Abang Badrol tak dapat datang restauran. Abang Badrol serahkan kunci restauran ini dekat kau. Pagi esok kau tolong bukakan restauran ini ya.” Nada suara abang Badrol sudah berubah menjadi tenang. Aku mengambil kunci yang diberikan itu dan di mindaku kini muncul beribu-ribu soalan. Soalan yang jawapannya hanya ada pada abang Badrol sahaja.
“Kenapa tak berikan pada Kak Kiah saja?”Soalku hairan dengan situasi yang berlaku. Kenapa mesti aku yang terima kunci bukan Kak Kiah yang sudah lama bekerja di restauran  ini.
“Sebab rumah kau dengan restauran dekat aje. Kalau bagi pada Kak Kiah nanti lambat pula. Rumah dia jauh. Lagipun abang Badrol lebih harapkan kau dari mereka semua.”
Hah! Ini  yang buat aku tak berapa nak sedap hati ini. Kenapa pula aku yang dia harapkan. Aku ni baru aje kerja sepenuh masa di restauran ni. Sebuah harapan yang di berikan mejadikan aku seorang yang penakut. Buka takut untuk menggalas tanggungjawab yang di berikan.Tapi aku takut  jika ianya di salahertikan oleh pekerja lain. Hati manusia sukar untuk di duga.
“Selama ini Abang Badrol berpuas hati dengan kerja yang engkau lakukan. Jadi tak salah andainya Abang Badrol memberikannya kepada kau.” Katanya lagi padaku seolah-olah dapat membaca apa yang sedang bermain di dalam fikiranku.
“Kak Mila tak datang juga ke esok?”Laju sahaja soalan itu terpacul dari mulutku. Abang Badrol menjeling padaku sekilas. Aku mengharapkan jawapan yang lebih baik dari Abang Badrol  bukan dengan hanya memberikan aku jelingan tajam seperti itu kerana aku tidak arif tentang bahasa isyarat.
“Tak payahlah kau nak bertanya pada dia. Selama ini pun bukannya dia selalu ambil berat sangat pasal restauran ini. Abaikan soal dia. Tu ha..ada pelanggan masuk.”
Apa lagi yang hendak aku katakan selain tersengeh macam kerang yang tak laku-laku sebelum berlalu menuju ke arah pelanggan yang baru masuk itu. Kunci restauran masih berada kemas di dalam genggamanku. Aku sudah mula membuat kesimpulan sendiri bahawa Abang Badrol dan Kak Mila mungkin mengalami perselisihan rumah tangga. Jika tidak,masakan Abang Badrol berbicara sebegitu rupa. Bukannya ini yang pertama kali. Entah kali ini apa pula yang Kak Mila buat sehinggakan Abang Badrol moody aje.  Yang pasti aku tidak mahu terheret sama ke dalam urusan rumah tangga mereka.
*******

PAGI-pagi buta aku di kejutkan dengan sebuah  panggilan telefon. Baru sahaja mata ini mahu terlelap. Berat rasanya tanganku untuk menjawab panggilan itu. Tambahan pula aku melihat tiada nama pemanggil yang tertera. Entah siapa yang begitu berani mengganggu waktu-waktu tidurku ini. Sudahlah sehari suntuk aku menghambakan diri dengan kerja di restauran  sehinggakan aku langsung  tak punya masa untu menjaga kesihatan diriku ini. Telefon bimbitku sekali lagi berdering. Entah siapa gerangannya. Langsung tidak reti berputus asa. Agaknya sudah tiada hari esok bagi si pemanggil ini. Dengan perasaan bercelaru aku menjawab juga panggilan tersebut. Mujur masih ada sedikit perasaan simpati di sudut hatiku ini.
“Hello…”
“Hello..Assalammualaikum. Amili ke ni?”
“Waalaikummusalam. Ya, saya bercakap. Siapa ni?”Kali ini giliran aku pula yang bertanya siapakah gerangan empunya suara.
“Tak kenal ke?”
“Kalau saya kenal siapa awak, buat apa saya nak bertanya lagi.!”Jawabku sedikit geram. Sudahlah mengganggu waktu tidurku. Boleh pula bermukadimah panjang lebar.
“Sibuk ke?”
Alahai.. apa punya soalan ini. Memanglah aku sibuk sekarang ini. Sibuk nak tidur. Hendak aje mulut aku yang celupar ini menjawab begitu.
“Awak ni siapa?Saya kenal awak ke?” Sekali lagi aku menyoalnya dengan soalan yang serupa. Aku yakin ini bukan suara rakan-rakanku. Habis suara siapa. Aku tidak pernah memberikan nombor telefonku kepada sesiapa dengan sesuka hati.
“Sayalah..Fitri! Ingat saya lagi tak?”
“Fitri mana pula ni? Bila masa saya beri nombor telefon saya ni pada awak? Awak silap orang agaknya.”Kataku pula denga suara yang agak serak. Kedengaran tawa di hujung talian. Aku cuba juga memerahkan otakku ini  untuk cuba mengecam suara tersebut. Manalah tahu jika rakan-rakanku yang sengaja ingin mengenakan aku. Tapi tak mungkinlah.
“Awak ni kelakarlah. Tadi di restauran  bukan main lagi awak kenakan saya dengan mamat lembut tu. Apa namanya? Hafifi..”
“Err..hmm..laa..awak ke? Mana awak dapat nombor telefon saya ni? Sapa yang berikannya pada awak? Sorrylah..Tadi saya saja je nak kenakan si Hafifi tu. Awak marah ke?” Soalku bertubi-tubi. Baru mindaku ini mengingati kejadian yang berlaku di sinag hari tadi. Fitri di hujung talian ketawa lagi. Patutlah muka dia manis je. Suka ketawa. Bukankah ketawa itu pengubat segala duka lara. Ewah! Tiba-tiba je rasa nak jiwang.
“Saya ambil daripada budak lembut tu lah. Teman baik awak tu. Buat apa saya nak marahkan awak. Perkara kecil je lah. Sekurang-kurangnya saya dapat juga kenal dengan awak dengan lebih dekat.”
Lain macam saja bunyinya. Macam orang yang sudah jatuh cinta. Hish!Jangan perasaan boleh tak Amili!Jerit hatiku pula.
“Awak mesti bukan orang sini.”
“Mana awak tahu?”
“Dari gaya percakapan awaklah!”
“Oh..saya orang Kelantan.”
“Mak ai..jauhnya merantau sampai ke Pulau Pinang ni. Kenapa di Kelantan tu tak ada kerja ke. ?”
“Bukan tak ada kerja..”
“Habis tu..?”
“Tak ada perempuan yang macam awak!”Aku terdiam sejenak. Memikirkan kata-kata yang keluar dari bibir Fitri. Adakah ianya suatu gurauan di pagi-pagi buta ini ataupun ianya sebuah pengucapan yang serius. Tapi Fitri pun tak kurang hebatnya. Ciri-ciri lelaki idaman wanita itu ada padanya. Aku tersenyum sendiri. Hakikatnya untuk mencari cinta sejati sangat sukar. Apatah lagi untuk mengerti tentang hati dan perasaan sendiri.
“ Jangan nak mengarutlah awak. Ayat-ayat buaya awak tu tak laku kat sini.!”Dia ketawa lagi. Apa yang kelakarnya…Hish!Tak faham aku kerenah Fitri ini.
“Awak ada boyfriend?” Soalan yang langsung aku tak jangka akan keluar dari mulutnya. Kali ini giliran aku pula ketawa kuat sebelum menjawab soalan darinya itu.
“Untuk pengetahuan awak, saya memang ada ramai boyfriend! Dan  yang terkini adalah awak.” Aku ketawa lagi. Dia turut sama ketawa.
“Memang saya pun harapkan begitu. Menjadi salah seorang  dari boyfreind awak. Saya tahu awak memang istimewa. Tapi saya lagi suka kalau dapat jadi boyfriend ‘istimewa’ awak.! Okey awak..Bubye..”
Klik
Dia terus meletakkan gagang sebaik sahaja selesai berbicara sebegitu padaku. Aku tersenyun sendiri. Terlalu mesra sangatkah aku sehingga Fitri mudah memberikan tanggapan yang sebegitu rupa. Sedangkan aku dan dia langsung belum mengenali di antara satu sama lain. Tapi dia seolah-olah sudah begitu mengenali aku. Apakah Hafifi sudah menceritakan padanya tentang diriku ini. Ah! Budak lembut tu bukannya boleh di harapkan sangat.
Aku menoleh melihat jam di dinding. Waktu sudah hampir menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku ingin segera melelapkan mata agar perjalanan hari esok berjalan dengan lancar. Lagipun ada tanggungjawab besar yang perlukan aku laksanakan esok.
Fitri.Nama itu kembali meniti di bibirku. Yang sebenarnya Hafifi yang suka pada dia. Bukannya aku. Tapi aku tak kisahlah. Aku akan menerima sesiapa sahaja menjadi kawanku asalkan dia berniat jujur padaku. Tapi kalau untuk berpacaran, hati aku saat ini masih belum terbuka untuk itu. Aku masih mencari dan menanti cinta sejati untuk memberikan sekeping hati milikku ini. Adakah Fitri? Adakah mamat milo ais? Ah! Masih terlalu awal untuk aku berbicara tentang cinta. Aku tidak mahu terburu-buru di dalam soal cinta apatah lagi ianya melibatkan hati dan perasaan. Mataku semakin  berat. Aku ingin tidur lena di sepanjang watu yang ada sebelum memulakan hari esok. Semoga esok lebih baik dari hari ini.Amin…











  


Sunday, September 2, 2012

Milik Siapakah Hati Ini - Bab 1


 Maaf, jika cerita ini agak 'nakal' sedikit jalan ceritanya. Ini manuskrip 4 tahun yg lepas. Hanya suka2...


BAB 1
Cerita tentang masa lalu..
Cerita tentang kau dan aku…
Kini tinggal hanya kenangan..
Kau abadi di dalam hatiku…


HARI ini aku mula kerja sepenuh masa di Restoran Sri Buluh. Lagipun dah selalu sangat aku dapat tawaran kerja dekat sini. Tawaran gaji yang diberikan kepada aku juga agak lumayan. Bukannya dulu aku tak mahu terima. Cuma perasaan malu yang menebal dalam diri ini yang membuatkan aku menolak tawaran yang di beri. Senang cakap, aku seganlah kerja kedai makan.! Hendak melayan pelanggan yang bermacam-macam kerenah ni. Kadang-kadang buat sakitkan hati sendiri. Tapi itulah, tokey restoran ini jenis yang tak reti berputus asa. Semakin aku tolak semakin galak pulak dia suruh aku kerja di restoran ini. Dari part time dah jadi full time.
Nampaknya bermula hari ini aku dah tak dapat nak ushar mamat ‘milo ais’ tu lagi la. Oh, lupa aku nak bagitahu, mamat ‘milo ais’ tu kerja dekat restoran yang hampir dengan tempat kerja lama aku. Rupa parasnya tidaklah handsome mana pun. Boleh di kategorikan sebagai sederhana. Kulitnya pula hitam macam kicap cap MAJU. Kakak aku lagi la teruk, siap cakap mamat ‘milo ais’ tu macam negro!.
Hah! aku tak kisah. Ada apa dengan kulit?.Yang penting hati dan perasaan. Sebab hati yang melahirkan rasa cinta. Tapi aku suka dia aje sebab dia selalu buat lawak bila aku masuk ke restoran tu. Tak adalah sampai cinta-cinta ini. Yang paling aku suka milo ais dia buat. Sedap gila. Nak Tanya nama dia aku malu,nanti dikatakan perigi mencari timba pulak.Jadi aku panggil aje lah dia dengan gelaran tu. Mamat milo ais..!Hehehe…kira okey la dari aku panggil mamat ‘kicap’.
Nama aku pulak Nur Amili Binti Bakhtiar. Umur aku baru nak masuk 21 tahun. Muda lagi. Sementara masih muda inilah aku hendak cari pengalaman hidup puas-puas. Perjalanan yang masih jauh untuk aku gapai. Cuma bila masuk bab cinta aje aku tak ada banyak pengalaman. Pengalaman zaman persekolahan ada la. Apa orang panggil cinta monyet.!
Aku ni pulak jenis habitat yang saja seronok-seronok nak bercouple. Padahal dalam hati bukan ada cinta sejati pun. Aku bukan sengaja nak memainkan perasaan kaum Adam ni, tapi aku ini jenis yang suka berterus terang. Aku akan cakap bila aku dah tak suka. Waktu tu, keluarlah air mata darah sekalipun aku tak akan merujuk kembali hubungan yang sudah terputus. Cinta itu tak perlu dipaksa. Nampak seperti aku kejam, tapi hakikatnya aku jujur dengan hati sendiri. Jujur dengan orang lain juga.
“Amili, nanti awak tolong ambil barang-barang di pasaraya depan tu, saya dah order tadi. Ajak Hafifi sekali ya.” Kata tauke aku atau lebih senang ku panggil dengan panggilan Abang Badrol.
Aku menoleh sebelum menjawab “Okey”. Sejak akhir-akhir ini Abang Badrol bukannya selalu sangat ada di restoran. Aku pun tak tahu apa masalah dia yang sebenarnya.
Jauh benar aku mengelamun tadi. Agak-agaknya sudah sampai ke bulan atau bintang? Agak-agaknya mungkin sudah sampai ke bulan kot..Hish!merepek betul. Aku memarahi diri ku sendiri dengan menggeleng-gelengkan kepalaku beberapa kali. Abang Badrol dan isterinya yang ku panggil Kak Mila tersenyum ke arah ku. Mungkin mereka menjadi pemerhati ke atas perlakuan ku sebentar tadi.
 Alamak! malunya. Mujur pelanggan tidak ada. Jeritan Kak Kiah a.k.a tukang masak yang memanggil namaku menyelamatkan aku dari malu yang amat. Aku dengan kadar segera bangun menuju ke belakang.
“Kenapa?”Soal aku sebaik sahaja sampai di hadapannya. Kak Kiah menjuihkan bibirnya ke arah Hafiz a.k.a Hafifi. Rakan sekerjaku yang perwatakannya seperti perempuan. Sememangnya dia telah di kenali dengan panggilan Hafifi. Aku menoleh ke arahnya yang sedang kyusuk benar melakukan lawak yang aku kira ‘tersangat bangang’. Ada ke patut buah Oren dua biji tu dimasukkan ke dalam bajunya. Hey! budak ni memang nak kena dengan aku. Siap boleh buat gaya ala-ala model lagi. Pusing-pusing macam anak patung Barbie yang paling comel. Dari elok-elok ALLAH lahirkan sebagai lelaki nak jugak jadi perempuan.MasyaAllah.
“Ha! elok sangat la tu.! Aku takut nanti buah oren tu masuk dalam mulut engkau pulak.!” Kataku sambil menggelengkan kepala. Ketawa Kak Kiah dah pecah terburai mendengarkan kata-kata aku.
“Kalau buat jus oren tak payah letak susu dah, sebab susu original dah tersedia dalam buah limau tu..!” Mak ai Kak Kiah. Siap mencarut lagi. Dasyat betul  bila kawan dengan orang yang dewasa ni. Sepatutnya dia yang paling tua kenalah tegur kami yang muda ni,tapi sebaliknya pula. Dua kali lima aje dia. Entahlah, aku pun tak faham.
Bestkan kalau realitinya macam ni. Aku teringin sangat lah tapi nak buat macam mana ye.?” Kata Hafiz dengan lemah lembutnya. Rambutnya yang kerinting itu mengerbang apabila di tiup angin. Macam dah sarang tebuan aku tengok. Tak pun sarang lebah. Confirm ada madu ni.
“Pergi ajelah buat pembedahan plastik. Kumpul la duit banyak-banyak. Lepas tu jangan lupa duit untuk kenduri arwah kau sama nanti.”
Sengaja aku memberikan cadangan yang bodoh tu. Aku tahu dia tak akan mampu punyalah. Tambahan pula bila dengar aku cakap ‘kenduri arwah’ muka dia dah kelat aku tengok.
Dulu masa mula-mula aku kerja part time kat restoran ni, aku ada la jugak rasa geram dan menyampah tahap ‘kaw-kaw punya’ dengan  kelakuannya yang lembut tu, tapi lama kelamaan bila aku dah kenal dia, aku jadi serasi pulak. Aku manalah ada kawan perempuan kat sini. Dapat kawan yang separuh perempuan pun jadilah kan.
“Kau ajak je Amili ni pergi farmasi di seberang jalan tu. Cari pil hormon. Tak payah kau nak buang duit banyak-banyak, Hafifi oi.!” Kak Kiah pula memberikan cadangan. Aku mengangguk tanda setuju dengan cadangan Kak Kiah itu. Rasa macam bersubahat la pulak aku. Tapi yang sebenarnya aku malas nak tegur-tegur dia lagi.
Aku pernah tanya dia kenapa dia nak sangat jadi perempuan? Ada ke dia cakap sebab kecil-kecil dulu mak dia selalu pakaikan dia dengan pakaian perempuan. Tersalah didikanlah ni. Tapi yang dia pun satu, sedarlah yang diri tu adalah lelaki. Bukan perempuan.
“Malulah nak beli. Amili, kau tolong belikan kat aku ye. Boleh la..boleh la..boleh la…” Dia merayu. Heee..geli telinga aku mendengarnya. Kak Kiah masih lagi dalam tawanya. Patutlah ‘kembang’ ketawa banyak sangat.
“Boleh.!Tapi aku nak kau beri upah dua kali ganda dari harga pil yang kau nak beli tu. Macam mana?Setuju?”
“Amboi kau, dengan aku pun nak berkira ye. Habislah gaji aku macam ni.” Katanya separuh merajuk. Lemah lembut mengalahkan perempuan sejati. Aduhai…aku sendiri pun tak seperti itu.
“Kau nak ke tak nak? Tak nak kau boleh cari orang lain.” Kataku dengan lagaknya.
“Yang sorang dah macam perempuan dan yang sorang lagi dah macam lelaki Kak Kiah tengok.!” Aku ketawa mendengar kata-kata itu. Aku belum tahap ‘tomboy’ okey. Masih perempuan melayu terakhir. Cuma caraku sahaja yang sedikit kasar.
“Macam mana? Setuju ke tak dengan tawaran balas yang aku berikan?” Soalku sekali lagi kepada Hafiz.
“Hah.! Tawaran apa pulak ni? Pergi ambil barang yang abang Badrol kata tadi. Hafifi, kau pergi tolong Amili angkat barang tu. Abang Badrol dengan Kak Mila nak balik dah ni. Nanti malam abang Badrol datang lagi. Nak berborak pun pergilah kat depan tu. Duduk kat dapur ni tak nampak pulak pelanggan masuk nanti.” Kata abang Badrol dengan panjang lebar. Sebelum sempat Hafifi memberikan aku jawapan.
Aku segera menuju ke arah store dan mengambil troli untuk mengambil barang-barang yang di pesan. Hafifi juga turut serta. Kak Kiah apalagi, buat-buat sibuk mengemas dapur. Tadi bukan main lagi bergelak ketawa. Pandai berlakon betul. Mujur abang Badrol agak sporting. Kalau Kak Mila mungkin kena tahan telinga jugak kot. Biasalah perempuan lebih emosi dari lelaki.Ye tak..?
*****
“Aku nampak dia..! Aku nampak dia…!Aku nampak dia…!Seronoknya akuuu…!” Aku terjerit kuat sambil buat muka kanak-kanak ribena.
“ Woi Amili! Kau ni kenapa? Apa yang engkau nampak ni?Seronok lain macam je. Belum maghrib lagi kau dah kena sampuk ke ha?” Kata Hafifi dengan kuatnya tapi versi tetap samalah seperti biasa. Lemah lembut. Aku mengangkat kedua-dua belah keningku. Seronok sangat sampai tak boleh nak berkata-kata.
“Apa yang kau nampak?” Soalnya lagi.
“Dia..!!”
“Siapa?”
“Dia laaa..”
" Mamat ‘milo’ ais tu erk..?”
“Hah! tahu pun. Aku nampak dia lalu tadi. Aku rasa-rasa dia balik kerjalah. Sekarang pukul berapa hah. Esok bolehlah aku tunggu dia lalu lagi time-time macam ni.”
“Pukul 6.10 minit. Hish..Kacak sangat ke mamat milo ais tu sampai kau sanggup jadi penunggu ni ?”
“Kacak la sikit pada engkau tu.”
“Amboi kau..tak sayang mulutnya?” Aku tersengeh mendengar kata-kata itu. Siap dengan gaya lembut tu yang aku tak tahan tu. Kelakar betullah dia ni.
“Alah..aku melawak je. Kau tak segak, tapi kau cantik.Hehehe.”
“Menyampah! Eh, kau perkenalkanlah mamat tu kat aku? Boleh aku mengorat..”
"Ish kau ni…! Kau dengan dia sama spesis aje lah.!” Kataku dengan geramnya.
“Kau cemburu ya?”Aku yang mendengar terus ketawa kuat. Gila apa dia ni. Ada ke aku nak cemburu dekat dia. Ish..tak logik langsung. Lagipun tak kan lah aku nak cemburu dekat Hafifi yang lembut ni. Aku jugak tak rasa yang aku cinta mamat ‘milo ais’ tu. Aku rasa aku ni terlebih minat je.Hehehe..
“Senyumlah sorang-sorang tu. Angau!” Katanya lagi dan terus berlalu menuju ke hadapan. Merajuklah tu. Sikit-sikit merajuk, rimas aku. Tak kuasalah aku nak pujuk. Dia ingat aku ni pak we dia apa nak merajuk-merajuk. Tapi aku memang tak nafikan yang pak we dia memang handsome. Itupun aku curi-curi tengok dalam telefon bimbit dia semasa aku nak mintak Bluetooth MP3. Tak sangka ya, ada juga lelaki yang suka dekat kaum sejenis ni. Selalunya aku baca dalam surat khabar dan Internet je, sekarang ni aku dah lalui pengalaman tu sendiri. Dunia akhir zaman. Astagafirullahalazim…
Tadi dia bilang aku angau? Entahlah, kadang-kadang aku memang selalu memikirkan tentang mamat ‘milo ais ‘ tu. Tapi kadang-kadang dia langsung tak ada dalam kotak fikiran aku ini. Cuma aku seronok bila teringat akan caranya yang kelakar tu. Hatiku rasa terhibur. Celotehnya yang mesra alam tu membuatkan aku selalu tersenyum sorang-sorang. Angau ke aku? Kalau dah senyum sorang-sorang macam ni, lepas itu menjerit-jerit seronok macam tadi, bukan ke itu dah angau namanya.? Tak pun gila bayang bila sudah asyik terkenang. Perasaan apakah yang sebenarnya ku alami terhadap mamat ‘milo ais’ tu..?Cinta atau suka.?Entahlah?Persoalan hati terlalu sukar untuk di tebak. 







Thursday, August 30, 2012

FOKUS!!

Assalammualaikum...

Seperti tajuk yg tertera di atas..start now nak fokus balik menulis.Hehehe...WAJIB FOKUS!!. baru sudah habis edit blog chantek2 (Cantik ke??) dan baru sudah upload  cover-cover E-Novel yg mmg ada dlm simpanan. Okesss..

1. Milik Siapakah Hati Ini..
Cerita ni dah lama buat. Time duduk Penang dulu. Zaman budak kecik..haha..pernah hantar ke Penulisan2u. But, separuh jln....so, nak habiskan..cuma ada dalam berapa bab saja lagi. Karya ni akan di habiskan di blog. Mini E-Novel....tak banyak bab sangat. Esok Lusa Cuti...Isnin aku publish ye.hehehe.

2. Elusan Kasih
Okey..cerita ni pun mungkin separuh sahaja yg akan di masukkan di blog. Aku akan hantar ke ( Di rahsiakan).Manuskrip ni aku dapat idea sewaktu di Langkawi.. Malam tu aku mimpi panjang..Kisah ni mcm sedih sikit. So, siap tisu banyak2 nanti...Hahaha..(Eh, ckp sedih tp aku gelak pulok).

3. Tarian Cinta
Cerita ni ada sikit2 kisah benar. Hahah. Kelakar...Aku nak korang yg gundah gulana tu happy2..Mamat Skema dgn S. Jibengnya. Aku belum pasti nak panjangkn jln ceritanya @ nk pendekkan. Boleh jd Mini E- Novel saja. 

4. Bila Cinta Hadir
Karya yg korang semua nanti2kan yee...?Syameen n Lia..Utk pengetahuan korang e-novel ni dah hampir siap. Cuma aku tak boleh nak hantar ke syarikat publisher lg.Sebabnya, e-novel aku yg kedua belum keluar lagi. Nanti bila dh kuar baru aku boleh hantar. Lagipun, aku nak hasilkan yg memberikan kepuasan utk aku dan berbaloi utk korang semua. Ambil masa sikit x salahkan?Aku cuma belajar dari pengalaman.

5. Hangatnya Cinta
E- Novel ni akan di terbitkan di bawah KAKI NOVEL ENTERPRISE. InsyaAllah bulan NOVEMBER nanti. Aku hantar kepada KNE pada bulan March yg lalu. Melalui proses suka dan duka. Aku harap di terima dengan hati yg terbuka.

6. Aku Bukan Bola
Banyak yg aku cerita ttg novel ni. Sebab 4 tahun aku hasilkan..Inilah semangat utk aku lebih berkarya. sbb tu mest bnyk yg nk aku story kan. Terima kasih BUKU PRIMA sudi terbitkan karya ini. Okey, fokus aku sekarang memang kpda menulis sambil mempromosikan AKU BUKAN BOLA. Sudi-sudilah memilikinya :) Kalau nak beli dari aku pun boleh. E-mailkan je kepada aku ( aje_fazlina@yahoo.com) atau pu3_irries87@yahoo.com. Kalau xdpt gk korang mesej aku di fbook okey ;)

Friday, August 17, 2012

Berhari Raya Di samping ABB

Assalammualaikum...

Sedar x sedar dh nk raya...Cepat je masa berlalu meninggalkan kita.Apa tema raya anda semua tahun ni???hehe... Raya tahun ni bermakna sekali buat diri ni coz dpat sambut dengan keluaran AKU BUKAN BOLA. Sudah berada di pasaran...so, jangan tunggu lama2..nanti habesss.. (cewahhhh, bajet hot je kan) Alhamdullillah, aku rasa lega sngt2..Lega bila dapat zahirkan kasih sayang di atas kertas...Hihihi.



ini Arisya sebelum pakai tudung




ini?Siapa ni?Ada sapa2 kenal x?Kenapa dia boleh sesat di sini????Hahaha..




Sebenarnya Mood lebih kepada keterujaan tahap jakunnnnn menyambut Aku Bukan Bola. Hehe..Sebenarnya dalam perancangan aku nak buat AKU BUKAN BOLA 11. Macam tak mahu lepaskan Heroin ni..(Heroin ke Hero?)hahahaha...mati aku kena ligan nanti. Ya Ampunnnnnnn.....gurau2 sebelum menyambut hari raya :) Minat tak beerti suka...Suka tak beerti sayang..sayang tak beerti rindu..Rindu tak beerti cinta.

So, di kesempatan ini aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN untuk semua all readers yg selalu follow blog ni. Thanks kerana sentiasa support diri ni untuk lebih maju ke depan.

Untuk TEMAN2 SEPERJUANGAN..brutal, ira, emy, dayah, ila, jan, n bed SELAMAT HARI RAYA...Jangan lupa, AKU BUKAN BOLA..Hehehe.

Untuk...hero nobel...nk say gak..selamat hari raya. Semoga maju jaya...hahaha..Tak sempat nk bukak kt 18 CORNER..jadual penuh.Lagipun tokey xdk xmau p. Hahaha..(Amboihhhhh gelak seronok aih)

Dan yg last sekali utk sapa2 yg kenal diri ni, baik yang berada di PENENG, PERAK, PERLIS N SELURUH MALAYSIA ku nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin kalau ada terkasar bahasa tersilap kata. 10 jari ku pohon ampun dan maaf. Jangan lupa makan lemang dan ketupat  sambil layan AKU BUKAN BOLA. hehehe.(Sempat lagi promote).


 SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATINNN...............:)

Sunday, August 12, 2012

Sedutan lagi ABB


 LAGI SEDUTAN DI DALAM BAB...

“Eh..abang?bila sampai?”soal Arisya sebaik sahaja terpandangkan Khyrill. Ianya benar-benar mengejutkan Fauzie. Tidak pula bagi Arisya yang seolah-olah gembira dengan kehadiran Khyrill di sisinya.
“Abang..”panggil Arisya sekali lagi apabila sapaannya yang pertama langsung tidak diendahkan oleh Khyrill.
“Puas hati kau dapat buat aku macam ni?Patutlah selama ini beria-ia benar nak kerja.!Ini kerja kau!!”jerkah Khyrill kuat.
“Abang!dengar dulu penjelasan Risya..”
“Sudahlah Risya!aku tak nak dengar apa-apa lagi. Selama ini aku mengaku setiap kesalahan aku pada kau!Tapi hari ini segalanya semakin jelas pada pandangan mata aku!Jelas!Kau benar-benar dah tunjukkan yang kau tu curang!”
“Abang!”Jerkah Arisya pula. Air mata pantas sahaja mengambil tempat di pipinya yang polos itu. Sampai hati Khyrill menuduhnya begitu. Sampai hati kau, Rill.
“Khyrill, kau dah salah faham. Dengar dulu  penjelasan aku.”giliran Fauzie pula bersuara.
“Hey!sudahlah!aku tak tahu ubat guna-guna apa yang kau dah pakai. Mungkin juga hadiah yang aku bagi pada kau dulu belum cukup kuat untuk kau.!”Balas Khyrill pula. Semua pelanggan yang berada di dalam restauran kini tertumpu pada mereka.
“Abang nanti dulu..dengar dulu penjelasan Risya..”ucap Arisya lagi dengan sedu sedannya. Tangan Khyrill diraih,namun ditepis kuat.
“Jangan kau nak berlakon lagi depan aku, Arisya!Aku boleh lepaskan kau jika itu yang kau nak sangat.!”Bergema kemarahan Khyrill sekali lagi sebelum dia berlalu meninggalkan Arisya yang terduduk lemah.
 Kata-kata Khyrill bagaikan merobek seluruh jiwa dan raganya. Tegarnya Khyrill mengatakan begitu kepadanya. Setelah aku curahkan segalanya..ini yang kau balas Rill..Bisik hatinya pula. Dia terus menangis dan menangis. Fauzie hanya menggelengkan kepala melihat Khyrill yang sudah berlalu.
“Kau silap Khyrill!”ucap Fauzie separuh berbisik.

Thursday, August 9, 2012

Sedikit Sedutan - ABB


 Sedikit sedutan...Aku Bukan Bola..


“Risya...”
Khyrill memanggil Arisya. Penuh kelembutan di suaranya yang bisa membuat nafas setiap wanita yang mendengar berhenti berdegup. Arisya menoleh, pandangan mereka bertaut namun Arisya pantas melarikan matanya kearah laut.Arghhh...!
“Kenapa?kat mata Rill ini ada cahaya ke sampai Risya tak boleh nak tengok tu..?” Khyrill menyoal lagi.Aa..memang ada cahaya Rill, hinggakan aku tak mampu nak tengok,bukan apa takut cahaya tu nanti buat diri ni juling pulak...!Arisya berkata di dalam hati.Tak terluah semua kata walau hati ingin sekali melazkannya.
            “Haiiii....dah bertukar jadi bisu balik ke ni?”
            “Hmmm...kenapa?”Baru kedengaran suara Arisya setelah sekian lama.
   “Arisya saya suka awak..”
            “Sebabnya??”Arisya menyoal kembali.
        “Sebab sejak pertemuan pertama hingga kini jantung saya asyik berdegup ganassss bila saya terkenangkan awak.” Dia sudah tergelak.
            “Gilalah awak ni Rill!”
        “Betul la,saya sayang awak Risya. Awak tak macam gadis lain yang pernah saya kenali.”
            “Apa bezanya?”
     “Awak gadis comel yang bisu, yang lain-lain tu gadis cantik yang seksi..hehehehe..”Sempat lagi dia manyakat Arisya, walaupun pada saat-saat meluah perasaan macam ni.
            “Gila!!”
          “Alah,saya memang gila pun Risya. Gilakan awak yang sangat jual mahal tu.” Khyrill membalas sambil tersenyum memandang Arisya.Aduhhh..senyumanmu itu bisa membunuhku Rill..
“Hmm..entahkan betul entah kan tidak. Awak jangan nak main-main Rill tentang hati dan perasaan ni.” Saya takut untuk berdampingan dengan awak. Awak tahu kenapa?Saya tak mahu di salahertikan!.”
“Maksud awak?”
“Sebelum orang bercakap lebih baik saya berjaga-jaga. Awak orang popular Rill, saya tak nak dikaitkan dengan awak.”
“Tapi saya tak rasa macam tu.!”
“Terpulang pada awak. Tapi apa yang saya katakan adalah kenyataan!.”
“Kenyataan apa? kenyataan yang awak sendiri buat. Awak sendiri rumuskan. Awak silap Arisya. Saya insan biasa yang ada hati dan perasaan. Apakah kerana status saya sebagai seorang pemain bola membuatkan saya tidak layak untuk berkawan dengan orang seperti awak,Arisya.!”
“Arisya terpana mendengar kata-kata itu.
“Bukan awak tapi saya.”Tutur Arisya pula.
“Risya, jujur okey!Saya ikhlas untuk cinta ini. Saya tak reti nak menipu bila hati dah mula menyanyi lagu rindu. Awak tak dengar ke.?Saya nak awak tahu Risya, saya tak main-main okey. Saya betul-betul nak jadikan awak sebagai pemaisuri kat hati saya ini.!”
“Awak betul-betul Rill?”
“Betullah sayang oiii...Saya janji Risya, saya tak akan memainkan hati dan perasaan awak. Ombak dan pantai ini jadi saksi Risya. Awak tengok tu kat langit, betapa setianya bulan memancarkan cahayanya pada si pungguk. Saya pun nak jadi macam tu Risya.!”

Nak tahu lebih lanjut dapatkan ABB Ye :)

Ketika waktu mendatangkan cinta
         Aku putuskan memilih dirimu
         Setitik rasa itu menetes
         Dan semakin parah

         Bisa ku rasa getar jantungmu
         Mencintaiku apa lagi aku
         Jadikanlah diriku
         Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
         Setinggi anganku untuk meraihmu
         Memeluk batinmu yang sempat kacau
         Kerna merindu

         Butterfly fly away so high
         As high as hopes I pray
         To come and reach for you
         Rescuing your soul
         that previous messed up touching me and you

        Jalan ini jauh
        Namun kita tempuh
        Bagai bumi ini
        Hanya milik berdua

        Biar ku berlebihan
        Mendekatimu
        Namun ku tunggu






Friday, August 3, 2012

Aku Bukan Bola




Alhamdulillah..Bersyukur bila novel sudah siap sepenuhnya dan akan keluar tidak lama lagi...Aku Bukan Bola...Bertahun aku  menulis manuskrip ini. Ada Rahsia..ada sejarah..ada segala-galanya di sebalik manuskrip ini. Aku tidak pernah termimpi yang e-novel ini akan di terbitkan. Aku menghantar ke Syarikat Publisher setahun yang lalu dengan sedikit sahaja harapan yang ku pertaruhkan.

 Aku masih ingat manuskrip ini ku tulis 4 tahun yang lalu..bermula dengan cerita pendek kemudian kembali ku olah untuk menghasilkan satu jalan cerita yang panjang. Tapi, kesibukan sebagai seorang student memaksa aku mengambil masa yang begitu lama untuk menyiapkannya. Mungkin juga waktu itu aku tidak terlalu serius. Maklum sajalah, karya aku kisah pemain bola. Bukan kisah anak-anak Datuk seperti novel-novel yang lain.

 Lihat sajalah di blog ini, sambutannya tidaklah menggalakan seperti e-novel2 ku yang lain. Aku mengerti, kerana ini yg pertama..yang pertama belum tentu yang terbaik. Tetapi, aku tetap menzahirkannya dengan seikhlas hati. Bahkan aku menulis kerana kasih sayang...Kasih sayang sesama insan. Bukankah kita hidup dengan kasih sayang..dan juga atas dasar cinta..Cinta kepada Allah..kepada keluarga..juga kepada teman-teman...

Sewaktu menulis manuskrip ini selalu sahaja di iringi dengan lagu ’Di Sebalik Rahsia Cinta dari nyanyian  METROPOLITAN’ Tajuk asal manuskrip ini sebenarnya. Ini antara bait-bait lirik lagunya..

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Terlalu banyak yang perlu aku depani. Ada waktunya aku gagal mengawal emosi. Aku melatah juga pada awalnya bila manuskrip ini di berikan komen yang tak masuk akal. Kepada yang tak suka, tetap ingin aku ucapkan terima kasih. Kerana kata-kata cacian itu membuatkan aku semakin matang dalam dunia penulisan. 

Kerana Aku Bukan Bola..aku jadi kuat dan belajar erti kesabaran yang menggunung.
 Menantikan Aku Bukan Bola umpama menanti sang cinta yang entah di mana berada.
 Menyiapkan Aku Bukan Bola adalah kepuasan yang sukar untuk aku terjemahkan dengan kata-kata. 
 Semuanya kerana Aku Bukan Bola. 

Alhamdulillah, saat pertama kali mata ini menatap cover yg menghijau ini aku terasa segala penat lelah aku berakhir. Sesuatu yang menuntutkan aku  mengalirkan keringat yang bukan sedikit. Keringat hati dan perasaan. Kerana minat yang mendalam telah aku zahirkan.

Terima kasih untuk sahabat-sahabat ku tersayang  Fizah, ila, dayah, ira, bed, Emy n Jan...dan juga teman-temanku yang lain..Thanks support aku dari kiri kanan depan belakang. Untuk Auni Amauni...dia yang beria-ia meminta aku menyiapkan manuskrip ini dan menghantar ke syarikat publisher..Tanpa semangat darinya, aku tak mungkin menjadi seperti hari ini. Untuk Buku Prima yang sudi menerbitkan manuskrip aku..Aku begitu menghargainya. Juga untuk semua all readers yang follow story ni..thanks sangat-sangat. Kau orang semua menzahirkan aku kekuatan yang bukan sedikit. Aku begitu menghargai sokongan kalian semua kepadaku. :)

Perjalanan panjang yg berakhir dengan kebahagian. Antara yang pertama dengan yang kedua. Serupa namun tak sama.. Cinta pertama memang indah walaupun menyakitkan..Tapi mengapa pertama juga yang selalu di kenang-kenang? Selalu di rindu-rindu?Adakah yang pertama itu yang terbaik? Jika terbaik sudah pasti untuk selama-lamanya. Tetapi kenapa yang pertama tetap ada hentiannya? Dan untuk yang kedua, mampukah menjadi seperti yang pertama?Apakah perlu untuk membandingkan yang pertama dengan yang kedua?

Antara cinta dan cita-cita?yang mana satu pilihannya?Antara neraka dan syurga yang manakah hala tujunya..Manusia boleh berubah ke arah kebaikan dan juga kejahatan hanya kerana cinta. Namun, jika cinta itu suci...tetap ada jalannya...:)Semuanya di dalam AKU BUKAN BOLA.

Aku tidak terbaik..tapi aku cuba menghasilkan sesuatu yang terbaik..
Aku tidak sempurna..untuk memuaskan hati semua. Tapi aku berusaha untuk menggembirakan anda semua. Dalam hati aku ini, bergetar sejuta rasa..takut dengan penerimaan semua..Aku tidak boleh mengelak..Aku tidak boleh u-turn...Apapun aku perlu lalui dan depaninya dengan tenang. Moga Allah permudahkan segala-galanya.Amin.

Salam Ramadhan untuk semua...

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...