Monday, October 13, 2014

Elusan Kasih - Bab 14


* Okey malam ni kita bagi versi yang sudah di edit. Ingat lagi tak cerita ni? Semoga terhibur. BAKAL TERBIT OKTOBER INI. :)

Bab 14


WAJAH emak pada pagi yang redup itu bertukar garang. Telinganya mula bersarapan ayat-ayat pedas dari emak. Fazzura yang sedang menyapu sampah di dapur diam tidak bersuara. Pagi-pagi mak Jah dah datang rumah bawa mulut pasal dia. Kononnya nampak dia berasmara dana dangan dengan Ammar di Ban Pecah tempoh hari. Hish! Geramnya dia dengan Mak Jah tu.
“Payah-payah sangat aku nikahkan saja hang dengan Ammar!” herdik emak lagi.
Nikah dengan Ammar?Tak akan sesekali.
“Mak, Ammar tu sepupu Zurra mak. Anak saudara emak juga. Zurra tak naklah dengan dia.” Fazzura akhirnya menjawab.Tidak bersetuju dengan cadangan emak.
“Habis tu yang hang duduk berdua-duaan dengan dia sampai orang kampung mula mengata tak pulak hang fikir!”
“Mak, Zurra tak buat apa-apa pun dengan Ammar tu mak. Ammar tu je yang tak boleh tengok Zurra senang.” Dia cuba pertahankan yang benar. Walaupun emak mungkin tak percaya apa yang dia cakap. Tak tahulah ubat apa yang si Ammar buaya darat tu guna.
Emak memandang dia tajam. “Hang tu dah janda. Hang suka orang bawa mulut pasal hang. Walaupun Ammar tu sepupu, hampa berdua tetap boleh kahwin. Malu aku bila orang kampung mula mengata. Tak habis-habis nak menyusahkan aku. Baik aku nikahkan sahaja hang dengan dia.”
Emak begitu memandang serong pada janda walaupun anaknya sendiri. Percaya sangat cakap Mak Jah. Padahal Mak Jah tu pun janda jugak. Sampai dah tua pun kahwin masih lagi bercerai.
Kalau kita tak buat apa salah apa nak di takut. Pesan Riyadh berlegar di minda. Dia tak perlu takut pada cakap-cakap orang kerana sememangnya dia tidak bersalah apa-apa. Dia memandang emak semula. Bertekak lidah tidak akan memberikan apa-apa hasil.
 “Mak, saya mintak maaf. Tapi antara saya dengar Ammar kami tak buat apa-apa pun mak. Ammar jumpa saya hanya sekadar bertanya khabar.”  Penyapu kembali diletakkan di tempatnya.
“Saya tak setuju mak nak nikahkan saya dengan Ammar tu.” sambungnya lagi dan terus berlalu. Degilkah dia? Dia cuma harapkan emak faham keadaannya saat ini. Dia perlukan sokongan untuk terus hidup bersama anak-anak bukan dengan hal-hal yang menyakitkan hatinya macam ni.
“Abah pun rasa lebih elok kalau hang nikah saja dengan Ammar tu. Bukannya orang lain. Hang dah kenal. Abah dengan emak pun dah kenal. Tapi dalam soal ni abah tak paksa. Bukan hang tak tau mak hang ni dah berkenan sangat dengan si Ammar dari dulu lagi.”
Fazzura berpaling ke belakang. Abah yang masuk dari pintu dapur pula memberikan cadangan sama seperti emak. Ya Allah…hatinya kian rabak. Dia tak sanggup nak lukakan hati abah dan emak.  Sejak dia pulang abah yang menyara hidupnya dengan anak-anak. Tapi dia juga tidak sanggup untuk memperjudikan masa depannya dengan memilih Ammar Haikal sebagai pengganti bapa kepada anak - anaknya. Apa bezanya Ammar dengan Aqil? Bukankah kedua duanya menyakitkan hatinya.
“Saya tak fikir Ammar tu boleh jadi pengganti bapa kepada anak-anak saya abah.”
“Soal boleh ganti atau tak hang tak payah nak fikir. Orang dah berkenan lama dengan hang. Hang terima sudah la.” Sampuk mak lagi. Senangnya cara mak fikir. Apa salah dia sampai mak sanggup paksa-paksa dia sampai macam ni. Kalau mak berkenan sangat dengan Ammar tu kenapa tak nikahkan aje Ammar dengan Shahira, kakaknya itu.
“Saya baru lagi mak jadi janda. Mak tak malu ke nanti orang cakap anak mak ni dah tergedik-gedik nak kahwin. Bagi saya masa mak. Soal nikah kahwin ni bagilah saya masa fikir.”
“Dulu kau kahwin pun bukannya kau fikir. Bercerai berai jugak. Pilihan kau sendiri tu.” Kali ni Fazzura terus bergerak tinggalkan ruang dapur itu. Buat seketika dia perlu jauhkan diri dari emak. Abah tidak terkata apa. Melihat sahaja tindakan emak begitu. Abah memang sayangkan emak. Tapi emak tak sayangkan dia. Asyik-asyik nak cari salahnya sahaja.


TENGAHARI itu Ammar datang lagi. Siap bawa Mak Long. Fazzura yang sedang menyiapkan makanan tengahari pura-pura sibuk. Malas nak layan Mak Long dengan Ammar yang berada di ruang tamu. Butir  bicara yang sedang mereka bualkan pun dia tidak ambil kisah. Dia malas nak dengar. Kemudian dia terdengar Aqilah dan Fazmizie terjerit-jerit di belakangnya. Turut disusuli dengan Ammar yang mengusik mereka berdua.
“Rajinnya kau masak. Bau sampai di depan tu.”
“Rezeki kau dengan Mak Long lah…kebetulan pulak aku masak lebih hari ni.”
“Ibu…lapar bu…boleh makan tak lagi ibu.” Aqilah menyoalnya sambil menarik baju t’shirt ditubuhnya.
“Aqilah, pergi main dengan adik dulu jangan ganggu ibu nak siapkan makan ni. Sabar kejap.” pintanya pula.
“Hah!pergi main jauh-jauh. Uncle Ammar nak cakap dengan ibu korang kejap!” Sergah Ammar sambil ketawa.“Masak pandai, serba serbi pandai. Tapi tetap kena cerai. Tetap jadi janda. Kesian…” Ammar buat muka macam nak kena penampar. Fazzura tarik nafas geram.
“Mulut kau tu Ammar jaga sikit. Jangan sampai aku cabaikan nanti!”
“Eh!marah? Aku cakap yang betul pun marah. Kesian…”Ammar juih bibir.
“Malaslah aku nak layan kau Ammar.” Fazzura ambil mangkuk. Masak lemak ikan patin itu dicedoknya ke dalam mangkuk. Lalu diletakkan di atas meja. Matanya memerhatikan Fazmizie yang duduk ditepi meja makan itu. Surat khabar yang ada ditangannya direnyuk-renyuk. Luka di kaki anaknya itu kian pulih. Dia masih membalut luka itu dengan kain anduh. Bimbang dijangkiti kuman. Lagipun Fazmizie ni agak hyperaktif.
“Aku pun pelik dulu bukan main lagi bahagianya kau dengan Aqil tu. Aku ni kau tolak mentah-mentah. Tup-tup dapat berita macam ni aku terkejut jugak. Tapi orang kan selalu kata kalau dah jodoh tak ke mana. Jodoh kau dengan akulah tu.”
“Ammar…boleh tak kau berhenti cakap pasal aku.” potong Fazzura laju. “Kalau asyik bercakap pasal diri orang lain lama-lama nanti takut terkena kat batang hidung sendiri.”
Ammar ketawa sinis.
“Aku tak ada susahkan kau pun Ammar. Aku tak mintak simpati kau pun. Kenapa kau rasa susah ke? Tak habis-habis nak busy body! Pergi cari perempuan lain Ammar.” Ammar memang sengaja nak sakitkan hati dia. Ammar pula terus bangun dari kerusi yang di duduknya itu. Mukanya merah padam menahan perasaan marah barangkali mendengar kata-kata yang keluar dari bibirnya.
“Kau tak layak kut Ammar nak gantikan tempat Aqil.”
Ammar pandang dia macam nak telan. “Kau jangan nak belagak sangat Zurra.”
“Aku belagak?” Fazzura tertawa.
“Aku sedar siapa diri aku Ammar. Aku pelik apa yang mak Ngah nampak pada kau ni. Kau tahu tak, mungkin sebab kau ni manusia yang hipokrit. Depan mereka bukan main lagi kau kan. Belakang?macamlah aku tak tahu ligatnya kau tu.”
Sejak dari kecil mereka bersekolah di satu sekolah yang sama. Kenakalan Ammar sampaikan mak Long dengan arwah pak Long terpaksa berulang alik ke sekolah. Masuk bilik guru besar. Buat malu aje.
“Kau suka aku ke tak tu tak penting. Yang penting mak dan abah kau tu suka kat aku.” Ammar tarik senyum lebar. Dapat merasakan kemenangan akan berpihak kepadanya. Memiliki Fazzura adalah keinginan dari zaman persekolahan yang tidak pernah ada batasan.
“Suka hati kau lah Ammar. Aku malas nak layan kau. Tak sangka pulak janda macam aku ni pun kau berkenan.” Fazzura senyum sinis.
Taste engkau tak adalah tinggi sangatkan Ammar?” lagi sekali dia ingin menyakitkan hati sepupunya itu.
“Asalkan aku dapat memiliki kau. Aku puas!” balas Ammar dan terus bangun.
“Sukahati kaulah Ammar.” Kata dia janda. Tapi janda ni jugaklah yang Ammar terhegeh-hegeh. Hanya Riyadh seorang yang tak pernah nak pandang rendah akan dia. Riyadh? Satu nama asing yang tiba-tiba muncul di dalam kamus hidupnya. Sebaris nama yang tidak pernah buat dia rasa tarafnya rendah. Perselisihan faham kelmarin tidak lama bila Riyadh memohon maaf darinya. Beruntung bakal isteri Riyadh.
“Ibu, Aqilah rindu uncle Yadh.” tutur Aqilah tiba-tiba.
Uncle sibuk Aqilah. Uncle kan nak kahwin tak lama lagi.” jawabnya sambil meletakkan pinggan diatas meja itu. Lauk pauk sudah terhidang tunggu hendak dijamah sahaja lagi.
“Bila kita nak jumpa uncle ibu?” rungut Aqilah lagi.
“Syut... nantilah kita jumpa. Sekarang Aqilah jangan cakap pasal uncle lagi. Nanti nenek dan tok wan marah.” pujuknya pula. Kalau emak dan abah dengar nanti banyak pula curiga mereka. Walaupun dia dan Riyadh tak ada apa-apa yang istimewa tapi dengan anak-anaknya ada sesuatu hubungan yang mesra. Hubungan yang penuh dengan kasih sayang.
“Uncle janji nak bawa Aqilah dan adik jalan-jalan.” Bibir comel itu masih lagi ingin bersuara. Mengulangi janji yang pernah dibuat oleh Riyadh. Budak-budak besar ni kalau dah berjanji mesti dia akan ulang soal. Itu sebab dia tak suka bila Riyadh berjanji nak bawak diaorang jalan-jalan.
“Aqilah, kenapa degil ni. Lepas makan nanti ibu telefon uncle.”
Aqilah terus lompat girang. “Yeee! Adik! Nanti ibu nak call uncle adik.” dia beritahu pula kepada Fazmizie.
“Aqilah jangan bising-bising macam tu. Nanti nenek dan tok wan marah. Jangan sebut-sebut pasal uncle. Pergi panggil nenek, tok wan dan tok long makan.” pinta Fazzura kepada anaknya.
“Kalau uncle Yadh ada kan seronok.”
Fazzura mengeluh perlahan. Lagi-lagi nama Riyadh!


RIYADH leka bermain dengan anak-anak buahnya berhampiran pergola pangkin itu. Cuaca di luar yang redup membuatkan anak-anak buahnya seramai tiga orang itu di dua petang. Budak-budak ni kalau balik rumah nenek dengan atuk mana reti duduk diam-diam. Ummi, walid, kak Long dan abang Ngah semua berkumpul di rumah. Riuh rendah rumah dengan celoteh anak cucu Tuan Radhi. 
“Riyadh!” panggil kak Long tiba-tiba. Dia menoleh. Kak Long yang duduk di pintu rumah itu tergamit-gamit memanggilnya.
“Kenapa?” soalnya sedikit terjerit di dalam keriuhan suara anak-anak saudaranya. Kak Long bagi isyarat tangan agar dia ke sana.
“Kenapa?”soalnya sebaik tubuhnya berada di hadapan kak Long.
“Sinilah…” Kak Long tarik tangannya menuju ke meja bulat yang berhampiran pintu itu.
“Kau dengan Annis ni sure ke nak kahwin?” Riyadh pandang kak Longnya pelik. Tiba-tiba sahaja tanya soalan macam ni.
“Kau janganlah buat muka pelik kau tuh. Kak Long tanya je. Kau serius ke ni dengan Annis tu?”
“Habis tu tak kan saya nak main-main pulak. Bukannya kak Long tak tahu yang saya dengan Annis tu dah lama kawan. Tak kan saya nak buang masa.” jawabnya yakin. Terlalu yakin yang hatinya hanya ada pada Annis. Terlalu yakin yang hanya Annis wanita yang akan di kahwininya. Yang mampu memberikan kebahagiaan kepadanya. Yang mampu melahirkan anak-anak yang comel seperti Aqilah dan Fazmizie. Ah! Rindu pulak dekat diorang berdua.
“Kenapa?apa yang tak kena?” soalnya pula. Kak Long menghadiahkan senyuman yang dia sendiri tak faham apa maksud senyuman kak Long nya tu. Boleh pulak tanya begitu.Tak kan benda-benda begitu nak dia nak buat gurauan.
“Manalah kak Long tahu kau serius ke tak. Selama tujuh tahun kau couple dengan Annis tu tak pernah pulak kau cakap yang kau nak kahwin.”
“Kalau dah sampai jodoh…kahwin la tak kan nak membujang sampai tua kut!”
“Tapi dengan Annis?”
“Hesy kak Long ni…mestilah dengan Annis. Habis yang ummi pergi merisik tu  orang lain ke? Bukan Annis? tu la kak Long! Sibuk sangat dengan kerja. Bila orang ajak pergi majlis merisik dulu tak nak. Kak Long ikut abang Long ke Luar negara. Tak boleh renggang sikit kak Long ni. Time tu la juga nak pergi.” Lancar mulutnya berbicara. Kak Long suri rumah tapi sibuk mengalahkan yang kerja. Maklumlah abang iparnya berjawatan besar. Kak Long pun ikut sibuklah agaknya.
Ruzilah sengeh. Mengakui kekhilafan diri. “Habis tu siapa pulak budak dua orang yang selalu kau usung ke hulu, ke hilir dulu tu?”
Dupp!
Pertanyaan dari kak Long membuatkan jantungnya berdegup kencang. Dia pandang wanita yang lapan tahun beza dengan darinya itu. Kak Long tetap berlagak biasa. Menanti jawapan yang terbit dari mulutnya. Kak Long ni dah macam perisik pulak. Perlu ke dia nak cerita benda yang tak perlu dia nak cerita. Lagipun siapa Aqilah dan Fazmizie biarlah jadi rahsia hidupnya. Kalau pun ahli keluarganya nak tahu biarlah di majlis perkahwinan dia dengan Annis nanti. Kerana waktu itu dia pasti akan kenalkan insan-insan yang telah membuka pintu hatinya untuk berkahwin.
“Budak mana pulak yang kak Long tengok saya bawak ni? Merepek ke kak Long? Demam ke nak boleh sorang lagi ni?” Riyadh mengusik selamba.
“Hesy!kau tak payah nak tukar topik Yadh.” Ruzilah menampar kuat bahu adiknya itu.
“Merepeklah kak Long ni. Mana ada.” Riyadh cuba berahsia pula. Bahunya yang ditampar digosok perlahan. Boleh tahan sakit.
“Tak ada ye? Kau nak menipu pun agak-agaklah. Kau ingat Taman Reakreasi Pullman tu tempat kau sorang? Kak Long nampak tau dengan bijik mata dua bijik ni. Tak rabun lagi.” bebel kak Long siap tunjuk dua biji matanya dengan jari. Riyadh bagi isyarat tangan agar Ruzilah memperlahankan sedikit suara. Nanti kalau ummi dan walid dengar banyak pulak soalan.
“Kak Long tunggu di majlis perkahwinan saya nanti. Saya akan jawab soalan kak Long tu.”
Ruzilah geleng kepala. “Yang kau nak berahsia dengan kak Long ni apesal?”
“Alah…kak long tolong jangan bagi tekanan. Hesy!mana ada. Mana kak Long nampak ni? Sejak bila pulak jadi wartawan tak bertauliah ni?”
“Kau nak cerita ke tak nak?” Ruzilah soal sekali lagi.
“Tak nak.” balas Riyadh tanpa memandang sedikitpun ke arah Ruzilah. “Kak Long saya ni dah besar tau. Bukan budak kecil yang kak Long boleh kepit bawah ketiak kak Long tu. Jangan risau sangat.”sambungnya lagi.
“Pasal kau tu adik kak Long yang diri ni risau.”
“Yalah…tapi janganlah buat saya macam budak kecik. Saya ni lelaki.”
“Terpulang kepada engkaulah. Kak Long cuma tak nak  kau tersalah pilih.”
“Masalahnya saya dah pilih Annis tu.” terangnya untuk sekian kali. Apesal dengan kak Long ni. Macam ada sesuatu yang cuba kakaknya itu sembunyikan darinya.
“Ada news yang saya tak tahu?”
Ruzilah mengeluh berat dengan pertanyaan Riyadh.
“Kau lebih kenal dia Yadh. Bukan kak Long. Tapi kau kena ingat selama mana pun kita kenal, kita kawan dan kita bercinta dengan orang tu, itu semua belum menjamin lagi yang kita betul-betul kenal akan dirinya.”
“Kak Long bercakap pasal Annis?Apa yang kak Long cuba nak sampaikan kepada Yadh ni?”
Tak kanlah aku nak cakp kepada adik aku ni. Ermm…Ruzilah geleng kepala. “Tak ada apalah Yadh. Kak Long nak masuk dalam dululah.”pintanya pula.
“Pulak? Tadi beria-ia macam nak cakap sesuatu.” Riyadh ketawa memandang Ruzilah.
Dia tidak kisah siapapun pilihan adiknya itu. Tapi, Kalau boleh biarlah bukan dengan Annis. Sejak dari dahulu lagi dia tidak berkenan dengan Annis. Dia tahu kehidupan Annis macam mana. Dia tahu kebebasan Annis di belakang Riyadh.  Mungkin tanggapannya silap tentang Annis. Mungkin juga Riyadh lebih mengenali Annis. Tapi di sudut hati kecilnya dia dapat rasakan ada sesuatu yang kurang pada Annis. Dia pernah ternampak Annis bersama lelaki lain. Berjalan sakan berpelukan. Bukan sekali dua.Tapi berkali-kali dengan orang yang berbeza.
Begitu juga dengan Riyadh? Dia tertanya-tanya siapakah sepasang budak kecil yang Riyadh bawa. Kemesraan yang Riyadh tonjolkan seoalah-olah Riyadh terlalu kasihkan kanak-kanak comel itu. Mereka kelihatan mesra. Adakah anak Riyadh dengan Annis? Ya Allah…dia tidak ingin berfikir bukan-bukan. Dia yakin Riyadh bukan begitu. Adiknya cukup terdidik dengan ilmu agama. Tapi, dengan cara hidup Annis itu yang menggusarkan hatinya sebagai seorang kakak.
Riyadh masuk ke dalam rumah dan berlalu menuju ke biliknya. Senyuman tersungging dibibirnya. ‘Kak Long ni dah macam edisi siasat.’ Dia ketawa kecil. Telefon bimbit dicapai. Sebut pasal budak-budak tu tiba-tiba ada rasa rindu yang bertamu.

Assalammualaikum orang di sana?Sibuk tak?Kalau uncle nak call cakap kejap boleh tak?

Dia senyum lebar sambil berbaring di atas katil. Aduhai macam dah panasaran pulak dia. Terbayang rupa Fazzura bila dapat mesej tadi. Mesti serius macam selalu. Alah, dia tak kisah pun. Kehendak hati mana boleh nak halang. Dia teringatkan Aqilah dan Fazmizie jadi dia mesejlah. Apa yang jadi masalahnya. Dia teringin nak bawa diaorang jalan-jalan pun apa masalahnya. Masalahnya  kak Long tadi mesti dah fikir bukan-bukan. Ermm…tak akan ada yang percaya. Tapi dalam sejuta mungkin dia insan yang paling istimewa sebab Allah anugerahkan dia perasaan kasih sayang terhadap budak-budak tu. Sayang sangat-sangat.

Waalaikumussalam. Ini cerita P. Ramlee ke bujang lapok siap ada disana bagai. Sibuk la uncle. Kalau uncle nak cakap malam nantilah. Kalau mesej tu boleh lagi.
           
Alah sibuk ye? Apa yang di sibukkan tu?Buat2 sibuk tak sebab tak nak cakap?

Jangan merepek uncle. Tok Long Aqilah dengan adik datang rumah ni.

Iye?Buat apalah tu kan..

Tak buat apa uncle. Makan2 je.

Makan apa tu?Ibu masak apa?Sedap tak?

Masak ikan patin lemak cili api. Sedap kut!mai la rasa.

Ermm…ibu mana bagi uncle pergi. Dia cakap nanti nenek marah. Agaknya tok wan dengan nenek tu makan orang kut. Setakat dalam mesej jelah ibu berani ajak kan!

Rasa terliur tiba-tiba bila Fazzura sebut pasal masak lemak ikan patin tu. Fazzura ni macam tau je kesukaan dia. Hesy! Dalam SMS berani la ajak. Kalau betul-betul bukan main lagi dia mengelak. Beribu alasan Fazurra bagi sampai gaduh-gaduh tempoh hari.
Seminit dua telah berlalu. Dia pandang skrin telefon. Sudah tak ada balasan dari orang di sana. Sudahnya dia tarik bantal. Mata terasa berat pulak. Rasa lemak ikan patin terasa di hujung lidah. Seronoknya kahwin kalau dapat orang yang pandai masak. Annis? Ermm…silap-silap dia yang kena masak. Rebus air pandailah Annis tu. Tapi tak apa lah. Aku terima kekuranganmu seadanya Annis. Bukan salah pun mencintai kalau ada kekurangan. Riyadh pejam mata sebelum hanyut  terlena. Zzz…



* Maaf kalau ada kekurangan di dalam naskhah ni.


Friday, October 3, 2014

Dia Menangis lagi

Dia menangis lagi...
Menangis kerana diri sendiri yang masih mahu mengulit kenangan. Menangislah kerana dirinya yang tak kuat membuang segala yang ada. Menangis kerana diri sendiri yang seringkali keliru dengan perasaan. Menangis kerana orang di sekelilingnya yang tak pernah berhenti menyoal soalan yang benar-benar mengusik kenangan dan kesakitan untuk dirinya. 

Dia menangis lagi...tapi..
Dia menangis di dalam hati saat bibirnya tertawa. Saat senyuman terukir mesra tapi tidak pada jiwanya. Dia menangis di malam hari tatkala orang lain lena di ulit mimpi. Agaknya seminggu dua ni dia benar-benar rindu pada hujan. Dia mahu berlari di bawah titisan air hujan. Tapi dia tak mampu. Dia hanya mampu berdiri di sisi jendela merenung hujan dari dalam rumah. Sehingga saat ini dia masih keliru dengan apa yang terjadi. 

Esoknya dia ke pantai lagi. Sama seperti kelmarin dan hari-hari sebelumnya. Entah apa yang ada di dalam laut tu. Entahkan ikan entahkan kenangan. Di dalam keriuhan dia membawa dirinya jauh ke dunianya sendiri. Dia benar-benar rindu kenangan indah yang pernah tercipta dulu. Seperti dulu kenangan indah itu melenyapkan segala rasa sakitnya. Itu hanya sisa-sisa kekuatan yang ada untuk dia teruskan hidupnya. 

Hujan...ada kisah yang terukir
Hujan...perjalanan yang sudah tak sehala.
Hujan...perhentian yang sudah jauh berbeza.
Hujan...setiap rintik-rintikmu berlagu irama sendu membuat hatiku di pagut rasa pilu.
Hujan...adakalanya aku masih mahu menangis di bawah titisan-titisanmu..
Hujan...adakalanya aku ingin bercerita kepadamu...
Hujan...adakah kau sudi mendengar keluhan hatiku?
Hujan...sakitku lepaskan semuanya!

Dia kembali sedar...

Ada sesuatu yang menariknya ke dunia nyata.  Hujan sudah lama berhenti. Barangkali dia rindukan kenangan bukan insan. Dia kembali sedar...semuanya sudah ditakdirkan. TAKDIR!




Sesal separuh nyawa ~ Alyah

Andai pastinya ku tahu
Tak kan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu
Tetap tiada ku lupakan..
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan
Mana harusku hamparkan rindu
Tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa tak kan hilang
Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Tenang dihembus bayu membawa khabar rindu
Tapi sulit ku teruskan
Engkau jauh ke hadapan...
Aku tabah berjalan sembunyikan harapan.
Separuh sayangmu di hati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentukannya...



*pesan untuk diri sendiri*
jangan bimbang dengan kenangan. manusia akan matang seiring waktu dan kenangan lama akan berganti juga dengan kenangan baru. Ketika hati tertinggal di masa lalu, untuk mengubatinya bukanlah berbuat bodoh dengan terus tinggal di masa yang telah berlalu itu. ada sesuatu yang baik di masa hadapan inshaAllah, maka teruslah melangkah walau penuh luka.
Tuhan sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan. Kuatlah demi masa hadapan itu, bukan menyesali apa yang telah terlepas.(Sumber Aku Islam)

Tuesday, September 23, 2014

Ada waktunya

Ada waktunya,
Terasa begitu kehilangan
Puas ku tahan rasa remuk di dada
Puas ku tahan sakit yang mencengkam jiwa
Puas ku rawat luka di hati
Aku penat dengan segala rasa yang
menghimpit jiwa ini.

Ada waktunya...

Aku ingin bertanya khabar tentang dirimu
Ingin aku tahu kisah hidupmu
Kata mereka
Kau sudah tinggi di atas sana
Mana mungkin kau akan pandang
Rumput yang melata di bumi
Aku hanya tersenyum
Ya, aku sedar retaknya bermula di mana.

Ada waktunya...
Aku ingin menangis
Tanpa ku tahu tangisan itu kerana apa?
Kerana kecewaku yang menggila
Kerana sakit ku yang masih terasa
Kerana rinduku pada kenangan yang tercipta
Kerana sepi hidupku tanpa sesiapa?
atau kerana beban yang aku tak mampu menggalasnya.

Ada waktunya...
Ingin aku bercerita
Seperti berbulan-bulan yang dulu
Tapi bila aku sedar
Aku sudah terlalu lama kehilangan
Tempat untuk aku bersandar
Aku pasrahkan hati relakan segalanya
Sakitku...mana mungkin kau tahu.


Yang aku lihat selepas itu,
Kau lempar kata nista,
Kau burukkan insan yang pernah kau puja
Insan yang selalu ada tatkala kau perlukan..
Yang kau hina...
Yang kau maki...
Yang kau tak peduli...
Yang kau curangi...
Yang kau tawar hati...
Yang kau khianati...
Pernah membahagiakanmu..
Pernah menerima dirimu seadanya kamu..
Pernah di sisimu sewaktu kau jatuh rebah ke bumi...
Ah! apakah semudah itu untuk aku lupa
sakit yang pernah kau cipta?
Walau kau pernah cuba untuk menebusnya...

Dan aku sedar,
Ini cuma ada waktunya sahaja...
Seperti lain-lain waktu...
Aku yakin mampu melupakanmu...
Menghargai kasih sayang yang pernah tercipta untukku..
Merelakan pemergiaanmu...
Membiarkan dirimu diulit bidadari kayangan...
Mendoakanmu bahagia bersama
Ribuan mawar yang mengelilingmu...
Menghapus bayang kenangan semalam...

Setiap aku kali aku sedar
Tangan ini tidak lagi sampai
Untuk menggapai dirimu yang kian tinggi di atas sana..
Kerana aku telah terlalu lelah untuk bertahan
Dengan kesakitan bersama
Hingga aku memilih untuk sendiri...
Ya, sendiri.

Apakah ada belahan jiwa yang sudi
mengubati seluruh jiwa ini nanti...
InsyaAllah, janji Allah itu pasti.

Aku cuba bersabar dari banyaknya perkara.
Alhamdulillah dengan kesabaran itu aku mendapat kekuatan.
Dari kekuatan yang ada aku bangun membela jiwa yang luka.

Sebenarnya sendiri itu subjektif.
Aku masih ada si bambam. Yang kelakar, pemalu, merapu.... :P
Yang penuh gurau senda tawa tangis dan rajuk...
Aku masih ada
Si kawan-kawan yang banyak akal :)
Senyum :)
Walaupun sedar kalian tidak selamanya akan menemani diriku :'(
Allahkan ada...


Ada waktunya,
Aku sedar, 
Diriku juga bukan sempurna
Untuk dilayan bak puteri raja.
Aku tak minta
Aku berpijak di bumi yang nyata
Bukan hanya kisah dongeng semata.



~Hujan kau sudah tinggi di atas sana~
A'je Fazlina 12.00 Am 






Friday, September 19, 2014

Kisah Ini Kisah Klasik

Cerita Tentang Masa Lalu...


Cepatnya masa tinggalkan aku. Cepat sangat...Bila belek buku-buku lama tadi. Dah sepuluh tahun tinggalkan zaman sekolah. Dah bertahun-tahun jugak tinggalkan zaman remaja di Penang. Rindunya kenangan dulu. Rindu kerja kat Penang. Rindu nak dengar orang panggil Putri. Rindu sangat... serius rindu! Dulu rasa memang macam putri sangat. Ramai yang take care. Ramai yang ambik kisah. Ramai yang hiraukan si budak kecik katanya. Kawan dengan orang yang berumur. Banyaknya kenangan yang tak akan luput ditelan zaman. Bukan nak cakap duduk Kedah tak best...Kedah ni banyak sangat kisah jiwanya. 


Dah lost contact! Hiburan sihat sekeluarga. Tahun 2007
Ermm...aku ingat lagi...si baju merah nak kenenkan aku dengan si baju merah...muahaha...kelakor! Datang restoran semata-mata nak tengok putri. Ceh! gelak aku sorang-sorang.  Ingat semudah tu nak ngorat budak kecik ni. 


Lama jugak aku segan nak cakap dengan mamat ni. Bila orang asyik sebut aku dengan dia. Aku ni cakap dengan dia pun tak. Mamat poyos. Bila dia datang restoran je aku lari belakang. Suka cakap aci lepas. Mulut macam puaka. Benci gua...hahaha... Dia kan king! Puiii...kelakor time tu! Entah aku pun tak ingat dah macam mana tiba-tiba aku boleh rapat dengan dia. Maybe, dalam keceloparan dia tu...dia selalu backup aku kot. Macam abang aku dah. Hang ingat aku bangga ke kena gosip dengan KING! hahaha

Bila habis Stpm duduk sana. Walaupun tak lama tapi banyak kenangan yang tercipta. Mula start menulis balik. Tempek dekat dinding bilik. Happy! Balik kerja, tidur...tak tidur char koteaw Sungai Dua. Roti Canai...Racing...Camping. Nasik kandar dekat Bandar Sunway. Layan karoks! Lepak RnR. Pergi Pangkor, Langkawi,KL. Pergh...rindu benor.

Pangkor...Pak Long Ben...lost contact...:'(  dekat sana dia dah macam ayah sendiri. Rindu... Ingat lagi kami kayuh basikal sama-sama. Dekat pantai ceria Bogak. Pak long sporting! Waktu planning nak datang sini kebetulan aje. Tiba-tiba putri amik cuti..bos dah pelik.Si baju merah tak datang restoran dua hari. My sis pun x nampak batang hidung. Pak long pun tak ada...hehe...Rahsia pergi tak nak kecoh-kecoh.
Ye lah!Asal dulu meluat nak mampos...

Aku ingat lagi time ni. Aku duduk atas buaian.  Aku tulis puisi...Ilham oh ilham... lepas tu jalan-jalan amik angin malam. Tengok orang memancing... Pangkor, i miss this moment. Walaupun bising sikit.

Pangkor! Rindu....sapa nak bawak cek p sana lagi....jodoh cek bawak cek nanti na!Hahaha... boleh? BOLEH TAK?! Hahaha...
time ni p dengan dgn akak...dengan pak long...ex abg ipar. n si baju merah di atas.Huhuhu... Best la time ni.


Bila balik dari Pangkor, esok tu masuk kerja. Si baju merah datang Restoran. Kantoi dengan member tempat kerja aku kenapa kasut selipar hampa sama? Muahaha... Bos dah pandang pelik! Jeles la tu...dia ada hati kut dekat si baju merah. Hahaha...Ada aku kesah ke? Aku bukannya ada apa-apa kaitan pun. Adik dengan abang je. Huh!

Bila duduk sorang-sorang macam ni kadang-kadang teringat balik kenangan-kenangan ni. Ni separuh je la pict.  Cerita tentang masa lalu. :) Dulu seiring dan sejalan. Aku harap diorang semua sekarang tengah happy-happy je. :) Bahagia dengan family masing-masing. Zaman tu dah berlalu. Jadi sejarah...seronok waktu tu bila jatuh ada orang yang bagi semangat. 

Langkawi....time ni aku dah fikir-fikir nak balik kedah balik...Ermm...kenapa?Rahsia :P Aku buat keputusan nak balik Kedah dengan tiba-tiba. Aku tahu keputusan aku tu melukakan hati banyak pihak. Aku balik diam-diam aje. Aku sendiri rasa LOST.
Rasa kadang-kadang tu macam menyesal jugak tinggalkan Penang. Tapi tak apalah, balik Kedah duduk dengan family. Sambung belajar kat Perlis. Perjalanan yang dah tertulis macam tu. Terima aje semuanya. 

Aku pernah pergi sana balik. Waktu cuti semester. Kerja Restoran lain. Ubah angin walaupun dekat dengan tempat lama. Aku dah tak jumpa lagi dengan kawan-kawan di atas. Kenal pulak dengan family mak long...anak-anak dia. Seronok jugak sebab depa semua jenis sporting. Di sini aku lebih banyak belajar nak kenal orang tu macam mana. Pandangan aku dekat orang. Serius, sebab aku kenal depa ni aku belajar jangan menilai seseorang tu dari luaran. Nampak sangat nakalnya depa ni. Tapi satu yang aku respek depa ni jaga aku kot! Giler baik hati... Aku ingat lagi depa cakap kat aku. 


Dia - "Kalau aku jumpa orang yang boleh ubah aku...aku akan berubah." 

Aku- "Kalau asyik pergi lubuk yang sama...macam mana nak jumpa. Balik-balik terjun lubuk tu jugak!"

Tapi now, depa dah kahwin. Dah ada anak. Dapat bini yang cantik molek. Dah berubah 100 peratus. Pergh! aku rasa bangga jugak bila aku tengok dari kejauhan. Sebab tu la aku jenis yang tak adalah nak memilih kawan sangat. Walaupun aku ni agak susah sikit nak kenal. Alhamdulillah...


Now, dah bertahun-tahun habis belajar. Kerja...berhenti. Menulis...tak adalah fokus 100 peratus. Kerja..berniaga.. Rasa tak jumpa apa yang aku cari. Maybe aku dapat pengalaman tapi bukan satu kepuasan yang buat aku rasa selesa. Rasa dua tiga tahun kebelakangan ni hidup aku kosong sikit. Hambar...banyak ujian, dugaan...cabaran...dan yang seangkatan dengannya.  Sakit...itu lumrah. Kalau aku tak pernah rasa sakit mungkin sekarang ni aku tak kuat. Banyak yang aku belajar lepas satu-satu benda yang jadi. Tuhan tunjuk dekat aku sebab Tuhan sayang. Tuhan tarik apa yang aku ada sebab dia nak uji aku lagi. Tak apa aku reda. Mungkin bila umur dah makin meningkat ni aku dah boleh fikir guna akal kewarasan manusia normal.Hahaha.( Teringat time kerja kat Perlis hari tu...sorang pun tak percaya aku umur 2+..haha...suka hatilah...nak anggap umur 19 pun) aku senyum je la. Jangan buli cek sudah! Tapi tu lah...tak lama kerja situ. Maaf yer budak comel ni terpaksa angkat kaki! Hihihi...(Terperasan kejap bila ada yg cakap macam tu kat tempat kerja. Puii!kembali ke pangkal jalan!) Tak hidup dek puji...tak mati dek keji..Siap nak kenen-kenenkan dengan budak tempat kerja tu yang aku malas. Aku nak kerja bukan nak bercinta. Hesy! Agensi cari jodoh ke apa? 


Bab kahwin? Kawan-kawan ramai yang dah kahwin. Aku? Gelak je bila soalan wajib tu selalu di tanya. Jodoh tak sampai lagi lah. Bercinta tujuh tahun, pengakhiranya di mana? Putus tengah jalan. Tak sampai penghujung. Hmm! Tak apalah, dah tak ada jodoh. Sakit jugak nak terima semua ni. Tapi itu lebih baik untuk diri sendiri yang dah lama bersabar ni. Aku pernah down. Pernah rasa kehilangan. Aku rasa aku sorang-sorang. Waktu aku perlukan kekuatan dari orang yang dekat dengan aku tapi tak ada. Aku ingat manusia ni satu je...selalu merenung bintang kat langit lupa rumput kat bumi. Bila dah berjaya.. ermm. Tak apalah Allah hadirkan aku insan-insan yang selama ni aku tak terasa sangat kewujudannya. Aku pertahankan cinta tu walaupun aku sendiri makan hati. Nasihat demi nasihat aku abaikan je. Rupanya makin lama aku makin kuat dengan sakit tu. Mungkin dah lama Allah nak tunjukkan dekat aku. Tapi aku jenis yang tak mudah mengalah. Sejauh tu aku bertahan...kecundang jua akhirnya. Benda dah lama...tak payahlah nak cerita. Rahsia! Malas nak fikir bab cinta. Ada ke yang nak kat aku ni? Muahaha.....merepek! jangan gelak dengan soalan tu. Tak apa jodohku...sabar menanti ya. <3 <3 <3. Cinta lepas kahwin tu lebih indah. Apa?semudah macam dalam novel ke...yang penting doa mintak dekat Tuhan. Tuhan bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita nak. Kita akan lebih menghargai, mencintai, menyayangi bila kita pernah tersakiti. jodoh kadangkala dekat dengan kita tapi kita je tak sedar..Hahaha....sabar tu kunci segala-galanya.


Pengalaman itu mematangkan...
Kenangan  itu kadangkala tak perlu terlalu dikenang...seiring beredarnya masa perubahan itu perlu...Alhamdulillah...semakin tabah.









Thursday, September 11, 2014

Hujan Telah Berlalu


Hujan telah berlalu...
Aku masih lagi di sini...
Merenung  bintang yang bertaburan di dada langit...
Kata orang ada pelangi selepas hujan...
Tetapi tidak bagi aku...
Pelangi itu seperti tujuh warnanya..
Indah tapi sementara...
Bila senja kian menghampiri...
pelangi kian hilang pergi..
Tapi aku percaya bintang akan wujud 
walaupun tanpa hujan
Walaupun bintangkan hilang bila subuh menghampiri...
Ia pasti akan datang lagi...
Pasti...
Esok malam bintangkan menghiasi lagi..

Hujan telah berlalu...
Aku cuba mencari semangat dan kekuatan...
Dalam pencarian itu... 
Aku terlihat sebutir bintang
yang cahayanya terasa melekat di hati...
Bintang itu hadir dalam tidak sedar...
Bintang itu datang membuatku tersenyum riang...
Anehnya, bintang itu seringkali muncul tatkala
diriku sedang sakit, jatuh dan rebah.
Bintang...
Adakah kau diutuskan Allah untuk jiwaku 
yang resah...

Hujan sudah berlalu...
Sudah berbulan-bulan lamanya..
Aku memendam kisah yang sudah...
Sesekali ada rindu pada kenangan yang pernah tercipta...
Namun seiring itu jugalah
Kesakitan pada kisah itu masih aku terasa...
Tapi,
Bintang-bintang tetap di sini
Dengan cahayanya yang tersendiri...
dan aku masih berpegang pada kata-kata
Merenung bintang di langit jangan lupa rumput di bumi...


Syukur padaMu Ya Allah..
Hadirkan aku sahabat dan teman...
Tidak lagi ku persoal kenapa diriku diuji...
Kerana ku tahu kau beri apa yang aku perlu...
Merekalah bintang-bintang hatiku.
Sahabat-sahabat baikku..
(Brutal, ira, emy, dayah, mat krie, bed, pak jan, ayap, ayuih, fikri, shidin, budin, pak art, pak ali)

Kadang-kadang yang jauh akan sentiasa ada dari yang dekat...
Yang jauh lebih mengerti dari yang di sisi....
Mekasih eh bambam! :P
Selalu buat cek tersenyum dan gelak ketawa depan henpon sorg2...
Rahsia nama hg eh! takut nanti kena gosip sebab hg popular!
Hehehe....



Senyum! Positif! Kalau nak nangis...nangislah...

Tika hujan berlalu sekali lagi...
Aku bangkit melawan rasa..
Aku semakin mengenal apa itu makna semangat...
Tak akan ku biar badai menggila itu merosakkan jiwa
Untuk sekian kalinya...
Syukur Padamu Ya Allah...
Atas kekuatan yang engkau berikan untuk HambaMu ini...

Monday, February 24, 2014

Hati


Wahai hati..
Dengarkan kataku...
Jangan mengikut kata nafsu
yang akan membuatkan kau
menderita lagi...
Apa kau lupa tangisan ibu..
Apa kau lupa amarah abah..
Apa kau lupa kalimah-kalimah mereka..

Wahai hati..
Jangan kau pamerkan riak kecewa di wajahku
Kerana aku tidak mahu mereka tahu..
Untuk sekali ini...
Biarlah segala rintihan hiba ini tidak terpamer
Kerana sesungguhnya
Aku tidak mahu sesiapun tahu deritaku..

Mungkin kau lupa hati..
Kau lupa pada sejarah yang pernah terjadi.
Kau lupa pada kisah lalu
Yang kau berniat untuk tidak mahu sakit lagi..
Jangan meyiksa mereka lagi...
Dengan keluhanmu...
Dengan tangisanmu
Dengan sakitmu..
Sampai kau lupa siapa dirimu...

Ungkaplah zikir tatkala kau rindu..
Basahlah bibirmu dengan kalimah itu..
Kalimah penuh syahdu...
Untuk Tuhan yang Satu...
Hanya dia yang maha mengetahui..
Rahsia di sebalik dukamu wahai hati...
Jika dia bahagia menyakitimu hati..
Relakanlah...

Saturday, February 22, 2014

Hujan

Bertemu dalam hamparan yang basah..
Dalam lebat titisan hujan yang mengalir..
Itu cerita...cerita tentang aku dan dia...
Ada musim bahagia..ada musim derita.. 

Pada mereka yang menjadi saksi..
Diri ini hilang arah dan kemudi..
Merajuk pada nama cinta yang tak mungkin memujuk..
Setiap kali gerimis halus berguguran..
Setia itulah hatiku berlagu tangisan..
Yang tak pernah ada hentian..
 
Aku kembali melihat rintik hujan diluar jendela
Sebanyak itukah rinduku padanya yang masih terasa..
Atau bencinya padaku yang tak mampu ku kira?
Gelombang rasa yang menggila..
Membelah akal kewarasan aku yang hanya tinggal sisa.
Mendoakannya dalam setiap sujudku
Lalu aku berjuang atas nama cinta
Menanti takdir menemukan ku kembali dengannya..

Rupanya takdir tetap membawa ku kepadanya..
Inikah kebahagiaan?
Ataupun penderitaan?
Jawapan dalam pencarian...
Cerita lalu yang dibangkitkan..
Aku hanya mahu kenangan lalu dijadikan pengajaran
Setiap kali kau cuba membukanya
Ada genggaman kasar yang merentap jiwa..

Jika sakit ubatilah ia..

Bukan membuka parut yang pernah ada..
Simbahlah dengan rintik-rintik hujan yang menyejukkan..
Dengan  irama yang seiringan...
Belajarlah mencintai walau banyak kekurangan...
Itub bukan kesalahan..Kerana yang mengalir dari hati..
Adalah keikhlasan mencintai..
Itu yang sepatutnya dihargai..


NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...